peraturan pertandingan futsal

13
PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL (LELAKI) PERTANDINGAN FUTSAL SEMPENA HARI TERBUKA INSTUN 2012 1. AM 1.1 Nama Pertandingan Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Futsal Sempena Hari Terbuka INSTUN 2012 1.2 Undang-Undang Pertandingan Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA serta telah diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 1.3 Peraturan Tambahan Selain dari peruntukan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjuran aktiviti sukan MAKSAK Malaysia. 2. PENDAFTARAN PEMAIN 2.1 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja. Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan yang ke dua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan. 2.2 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum tarikh pertandingan bermula.

Upload: irsyad-syahmi

Post on 22-Nov-2014

9.214 views

Category:

Sports


12 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan pertandingan futsal

PERATURAN PERTANDINGAN FUTSAL (LELAKI)

PERTANDINGAN FUTSAL SEMPENA

HARI TERBUKA INSTUN 2012

1. AM

1.1 Nama Pertandingan

Pertandingan ini dinamakan Pertandingan Futsal Sempena Hari Terbuka

INSTUN 2012

1.2 Undang-Undang Pertandingan

Pertandingan akan dijalankan mengikut undang-undang FUTSAL yang

berkuatkuasa sebagaimana yang diperuntukkan oleh FIFA serta telah

diterima oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

1.3 Peraturan Tambahan

Selain dari peruntukan umum di atas, Jawatankuasa Penganjur adalah

berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras

dengan matlamat penganjuran aktiviti sukan MAKSAK Malaysia.

2. PENDAFTARAN PEMAIN

2.1 Seorang pemain hanya boleh didaftarkan dalam satu pasukan sahaja.

Jika terdapat seorang pemain yang pasukannya telah kalah/menang

dan kemudiannya bermain untuk pasukan lain maka penyertaan yang ke

dua-dua pasukan yang berkenaan akan dibatalkan.

2.2 Pertukaran nama-nama pemain boleh dilakukan semasa mesyuarat

pengurus-pengurus pasukan yang akan diadakan sebelum tarikh

pertandingan bermula.

Page 2: Peraturan pertandingan futsal

2.3 Untuk memulakan permainan, bilangan minimum pemain untuk satu

pasukan ialah lima (5) orang. Sekiranya dalam perkara di mana pemain

diperintah keluar padang dan salah satu pasukan tinggal kurang dari tiga

pemain, maka permainan hendaklah dibatalkan.

2.4 Bilangan maksimum pengganti yang dibenarkan ialah lima (5) orang.

2.5. Bilangan gantian dibuat semasa permainan adalah tidak terhad.

Seseorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula ke

gelanggang sebagai pengganti kepada pemain lain.

2.6 Syarat-syarat berikut hendaklah dipatuhi apabila gantian dibuat semasa

bola dalam permainan:-

2.6.1 Pemain yang meninggalkan gelanggang hendaklah keluar melintasi

garisan tepi di kawasan zon penggantian.

2.6.2 Pemain yang masuk ke gelanggang juga dikehendaki berbuat demikian

dari kawasan zon penggantian, tetapi hendaklah menunggu sehingga

pemain yang hendak keluar telah melintasi garisan tepi.

2.6.3 Seseorang pengganti adalah tertakluk kepada kuasa dan kebijaksanaan

pengadil sama ada memanggil atau tidak untuk bermain.

2.6.4 Penggantian dikira sempurna apabila pengganti masuk ke gelanggang,

di mana ketika ia menjadi pemain dan pemain yang diganti tidak lagi

dianggap pemain.

2.6.5 Penjaga gol boleh bertukar tempat dengan mana-mana pemain lain

dengan syarat kebenaran dari salah seorang pengadil hendaklah

diminta terlebih dahulu.

2.6.6 Pemain-pemain kontrak yang berdaftar dengan Liga Perdana FAM atau

Piala Presiden tidak dibenarkan mengambil bahagian di Kejohanan ini.

Page 3: Peraturan pertandingan futsal

Walau bagaimanapun, pemain-pemain amatur Piala Presiden dan Liga

FAM bagi musim 2012 anjuran FAM, adalah dibenarkan bermain dengan

syarat Liga berkenaan telah selesai dijalankan, ataupun pemain-pemain

berkenaan tidak terikat dengan mana-mana pasukan Liga yang

berkenaan di sepanjang Kejohanan dan mendapat kebenaran atau

pelepasan dari FAM.

2.6.7 Sesiapa yang pernah menjalani hukuman Rasuah Bola Sepak tidak

dibenarkan terlibat di dalam kejohanan ini.

2.6.8 Pengurus dan Jurulatih dibenarkan didaftarkan sebagai pemain.

3. CARA PERTANDINGAN

3.1 Kejohanan ini adalah di antara pasukan.

3.2 Semua pasukan akan dibahagikan kepada 4 kumpulan.

3.3 Semua perlawanan di peringkat awal akan dijalankan secara liga

kumpulan.

3.4 Johan dan Naib Johan kumpulan di peringkat liga akan layak ke

pusingan separuh akhir.

3.5 Bagi pusingan separuh akhir hingga akhir perlawanan akan dijalankan

secara kalah mati.

3.6 Kedudukan pasukan-pasukan yang layak ke pusingan seterusnya akan

diundi seperti carta di bawah. Pengundian ini akan dilakukan dengan

memisahkan di antara Johan dan Naib Johan Kumpulan di Peringkat

Kumpulan. Pasukan yang menjadi Johan Kumpulan akan bertemu

dengan pasukan yang menjadi Naib Johan Kumpulan yang berbeza.

Johan dan Naib Johan Kumpulan yang sama akan bertemu di peringkat

akhir sahaja.

Page 4: Peraturan pertandingan futsal

4. KESALAHAN-KESALAHAN & KELAKUAN TIDAK BERSOPAN:

Seseorang pemain yang sengaja melakukan salah satu dari sebelas kesalahan-

kesalahan berikut:

4.1.1 Menendang atau cuba menendang pemain lawan

4.1.2 Membentes pemain lawan dengan menjatuhkan atau cuba

menjatuhkannya dengan menggunakan kaki atau dengan

membongkok di hadapan atau di belakang

4.1.3 Melompat ke pemain lawan

4.1.4 Merempuh pemain lawan dengan cara ganas atau bahaya

4.1.5 Merempuh pemain lawan dari belakang

4.1.6 Memukul atau cuba memukul pemain lawan atau meludahnya

4.1.7 Memegang pemain lawan

4.1.8 Menolak pemain lawan

4.1.9 Merempuh pemain lawan dengan bahu

4.1.10Menggelunsur (sliding tackle) untuk memainkan bola yang sedang

dimainkan atau cuba dimainkan oleh pemain lawan.

4.1.11 Memegang bola iaitu dengan membawa, menampar atau

mengawalnya menggunakan dengan tangan atau lengan (kecuali

penjaga gol yang berada di dalam kawasan penaltinya sendiri).

Hendaklah dihukum dengan sepakan percuma terus, dibuat oleh pihak

lawan dari tempat di mana kesalahan berlaku. Sekiranya seorang

pemain dari pasukan bertahan sengaja melakukan salah satu dari

sebelas kesalahan tersebut dalam kawasan penaltinya, ianya dihukum

Page 5: Peraturan pertandingan futsal

dengan satu sepakan penalti tanpa mengira kedudukan bola, asalkan

bola berada di dalam permainan.

4.2 Seseorang pemain yang melakukan salah satu dari empat

kesalahan berikut:-

4.2.1 Pada pendapat pengadil ia bermain dengan cara bahaya

4.2.2 Apabila tidak memainkan bola, dengan sengaja menghalang

pemain lawan iaitu berlari antara pemain lawan dengan bola atau

menggunakan badan untuk menghalang pemain lawan.

4.2.3 Merempuh penjaga gol kecuali setelah keluar dari kawasan penalti.

4.2.4 Apabila bermain sebagai penjaga gol:-

4.2.4.1 Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan setelah dengan

sengajanya bola di sepak oleh rakan sepasukan kepadanya.

4.2.4.2Memegang atau mengawal bola dengan tangan setelah

menerimanya terus dari sepakan ke dalam oleh rakannya.

4.2.4.3 Menyentuh atau mengawal bola dengan tangan atau kaki di

mana-mana bahagian gelanggang, melebihi 4 saat

4.2.4.4 Dari hantaran gol ia menerima semula bola dari rakannya sebelum

disentuh atau dimainkan oleh pemain lawan

Hendaklah dihukum dengan memberi sepakan percuma tidak terus

kepada pemain lawan di mana tempat kesalahan dilakukan kecuali

kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penaltinya maka sepakan

percuma tidak terus itu akan dibuat di garisan 6 meter paling hampir

dengan tempat kesalahan dilakukan.

4.3 Seorang Pemain diberi amaran jika:

Page 6: Peraturan pertandingan futsal

4.3.1 Semasa penggantian ia masuk ke gelanggang sebelum pemain

yang hendak diganti sempurna keluar dari gelanggang permainan atau

pengganti masuk dari tempat yang tidak sepatutnya.

4.3.2 Sentiasa melanggar undang-undang permainan

4.3.3 Membantah dengan perkataan atau perbuatan mengenai

sebarang keputusan pengadil

4.3.4 Bersalah kerana tidak bersemangat kesukanan.

Untuk kepada kesalahan di atas, pengadil akan memberi sepakan

percuma tidak terus kepada pasukan lawan di tempat kesalahan

dilakukan (melainkan kesalahan itu dilakukan dalam kawasan penalti,

sepakan percuma tidak terus itu hendaklah dibuat di garisan 6, paling

hampir dengan kesalahan) sebagai tambahan kepada amaran

berkaitan dan dengan syarat tiada pelanggaran undang-undang lebih

berat berlaku.

4.4 Seseorang pemain akan diperintah keluar gelanggang, jika pada

pendapat pengadil, ia:

4.4.1 Bersalah kerana bermain dengan amat kasar

4.4.2 Bersalah kerana berkelakuan ganas

4.4.3 Menggunakan bahasa yang menyinggung perasaan, menghina

atau kata-kata kesat

4.4.4 Bersalah kerana menerima amaran kedua dalam satu permainan

Jika permainan dihentikan untuk beri perintah keluar gelanggang

kepada pemain di atas kesalahan para 4.2 tanpa pelanggaran undang-

undang lain,

Page 7: Peraturan pertandingan futsal

permainan akan dimulakan semula dengan sepakan percuma tidak terus

oleh pemain lawan dari tempat di mana kesalahan itu dilakukan. Jika

kesalahan itu dilakukan di dalam kawasan penalti, sepakan percuma

tidak terus hendaklah diambil dari garisan 6 meter yang paling hampir

dengan tempat kesalahan berlaku.

4.5 Mana-mana pemain yang didapati menyerang Pengadil atau

pemain-pemain yang diperintah keluar padang kerana bergaduh akan

digantung bermain sepanjang tempoh kejohanan ini. Beliau akan tampil

kehadapan Jawatankuasa Tatatertib untuk tindakan tatatertib yang

sewajarnya.

4.6 Mana-mana Pengurus atau Jurulatih atau pemain yang melakukan

kesalahan di luar padang semasa pasukannya sedang bermain adalah

dianggap sebagai melakukannya di dalam padang.

5. PEMBERIAN MATA DAN PENENTUAN KEMENANGAN

Setiap pasukan yang bertanding akan diberi mata berdasarkan kepada format

berikut:-

a) Menang - 3 Mata

b) Seri - 1 Mata

c) Kalah - 0 Mata

Pasukan yang berjaya mengumpul jumlah mata yang terbanyak akan menjadi

Johan kumpulan dan pasukan yang mendapat jumlah mata kedua terbanyak

akan menjadi Naib Johan kumpulan.

Page 8: Peraturan pertandingan futsal

Jika dua atau lebih pasukan terikat kedudukannya dengan memperolehi

jumlah mata yang sama maka perbezaan gol akan digunakan untuk

memutuskan kedudukannya:-

5.3.1 Jika masih seri, maka pasukan yang telah menjaringkan lebih

banyak gol akan melayakkan diri untuk pusingan seterusnya

5.3.2 Jika masih seri, maka keputusan perlawanan di mana kedua-dua

pasukan bermain antara satu sama lain akan diambil kira;

5.3.3 Jika selepas menggunakan semua langkah di atas dan keputusan

masih seri maka kedudukan pasukan akan ditentukan oleh lantikan duit

siling atau sebagaimana yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penganjur

dan Keputusannya adalah muktamad.

Bagi perlawanan secara kalah mati, sekiranya berkesudahan dengan

seri, maka kemenangan akan ditentukan melalui (5) tendangan penalti

dan jika masih seri, penalti secara sudden death akan berkuatkuasa

mengikut peraturan FIFA.

6. MASA PERTANDINGAN

6.1 Kejohanan ini akan dijalankan dalam tempoh dua (2) hari.

6.2 Setiap pasukan adalah diwajibkan bermain lebih daripada satu

perlawanan di dalam satu hari.

6.3 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang

telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola.

6.4 J angka masa permainan hendaklah dibahagi kepada dua tempoh

yang sama masa iaitu lima (5) minit setiap satu.

6.5 Jangka masa bagi setiap separuh masa boleh dilanjutkan untuk

membolehkan sepakan penalti diambil.

Page 9: Peraturan pertandingan futsal

6.6 Pasukan-pasukan berhak meminta satu perhentian masa (time out)

di tiap-tiap separuh masa dengan peraturan berikut:-

6.6.1 Jurulatih-jurulatih pasukan boleh meminta satu perhentian masa

(time out) satu (1) minit dari penjaga masa. Permintaan boleh

dibuat pada bila-bila masa (satu di setiap separuh masa) tetapi

hanya boleh berbuat demikian apabila bola di bawah kawalan

pasukannya.

6.6.2 Penjaga masa akan memberi isyarat kebenaran perhentian masa

ketika bola berada di luar permainan dengan meniup wisel atau

isyarat bunyi yang lain dan berbeza dengan yang digunakan oleh

pengadil.

6.6.3 Bila perhentian masa (time out) diberi, pemain-pemain boleh

berkumpul di dalam gelanggang. Jika mereka hendak menerima

arahan dari pegawai pasukan, ia hendaklah dilakukan di garisan

tepi gelanggang berhadapan dengan bangku simpanan pasukan.

Pemain-pemain tidak dibenarkan keluar gelanggang dan begitu

juga pegawai yang memberi arahan tidak dibenarkan memasuki

gelanggang.

6.6.4 Pasukan yang tidak meminta perhentian masa yang dibolehkan di

separuh masa pertama tidak boleh membawanya ke hadapan

dalam separuh masa kedua.

6.7 Rehat pada separuh masa tidak melebihi lima (2) minit.

6.8 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di

gelanggang permainan lima belas (15) minit sebelum perlawanan

dimulakan.

Page 10: Peraturan pertandingan futsal

6.9 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-

pemain kepada Pengadil Rasmi lima belas (15) minit sebelum

perlawanan dimulakan.

6.10 Pasukan yang gagal hadir di gelanggang pada masa yang dijadualkan

akan diberi masa tangguhan selama 10 minit. Jika setelah tamat tempoh

kemenangan percuma akan diberi kepada pasukan lawan yang hadir

dengan kiraan jaringan 2 – 0.

6.11 Walau bagaimanapun, tiada sebab bagi pasukan-pasukan memberi

kemenangan percuma kepada pasukan lawan. Urus setia MAKSAK

Malaysia akan mengambil tindakan dengan menarik bantuan kewangan

yang diperuntukkan dan akan melaporkan kepada Yang Di Pertua

Badan-Badan Gabungan agar mengambil tindakan tegas kepada yang

terlibat dan bertanggungjawab.

7. PENANGGUHAN PERLAWANAN

Jawatankuasa Pertandingan akan memutuskan kedudukan perlawanan yang

ditangguhkan oleh Pengadil kerana tidak dapat dijalankan atas sebab-sebab

yang tidak dapat dielakkan. Dalam membuat keputusan, perkara-perkara

berikut adalah diambil kira.

7.1 Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa pertama dan

Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak boleh

diteruskan lagi maka keputusan perlawanan akan ditentukan dengan cara

sistem tendangan penalti, tanpa mengambilkira Sebarang jaringan yang telah

diperolehi oleh kedua-dua pasukan dalam separuh masa pertama.

Page 11: Peraturan pertandingan futsal

7.2. Jika perlawanan diberhentikan dalam separuh masa kedua dan

Jawatankuasa Pertandingan berpendapat perlawanan tersebut tidak boleh

diteruskan lagi maka jaringan yang telah diperolehi sehingga perlawanan

diberhentikan akan diambilkira. Pasukan yang mempunyai lebih jaringan gol

akan diberi kemenangan. Walau bagaimanapun jika semasa perlawanan

diberhentikan, kedua-dua pasukan terikat dengan kedudukan seri maka

keputusan perlawanan akan ditentukan dengan cara sistem tendangan

penalti.

8. PERALATAN PEMAIN

8.1 Pemain tidak dibenarkan memakai apa-apa yang berbahaya kepada

pemain-pemain lain.

8.2 Peralatan biasa seorang pemain adalah baju, seluar, stokin, shin guard

dan alas kaki. Hanya alas kaki yang diperbuat dari canvas atau kasut latihan

dari kulit yang lembut atau kasut jimnastik dengan tapak getah atau dari van-

bahan yang sama. Pemakaian alas kaki adalah diwajibkan.

8.3 Baju Pemain hendaklah bernombor dari No. 1 hingga 10 dan setiap

pemain dari pasukan yang sama mempunyai nombor berbeza. Penjaga gol

dibenarkan memakai seluar panjang. Ia hendaklah memakai warna di mana

dengan mudahnya dapat membezakan dengan pemain-pemain lain dan

Pengadil.

8.4 Sekiranya seorang pemain menggantikan penjaga gol, pemain tersebut

hendaklah melekatkan nombor bajunya di belakang baju penjaga gol yang

dipakainya.

Page 12: Peraturan pertandingan futsal

9. BOLA

9.1 Pihak Jawatankuasa Penganjur menyediakan bola jenis yang diiktiraf oleh

pihak FIFA/ FAM.

10. PENGADILAN

10.1 Pihak Jawatankuasa Penganjur/Pengelola akan menyediakan pengadil-

pengadil yang bertauliah di sepanjang pertandingan diadakan.

11. BANTAHAN DAN RAYUAN

Segala bantahan atau rayuan boleh dibuat dengan merujuk kepada Perkara 6,

Syarat-Syarat Am Pertandingan Kejohanan Futsal Hari terbuka INSTUN.Apa apa

saja keputusan dan perkara yang berbangkit adalah tertakluk kepada budi

bicara pihak urusetia .

Page 13: Peraturan pertandingan futsal

FORMAT PERTANDINGAN

( FORMAT INI AKAN BERUBAH MENGIKUT KEADAAN SEMASA )

Kump A Kump B Kump C Kump D

A1 B1 C1 D1

A2 B2 C2 D2

A3 B3 C3 D3

A4 B4 C4 D4

JOHAN DAN NAIB JOHAN KUMPULAN LAYAK KE PERINGKAT SETERUSNYA

Johan Kump A

Naib Johan Kump B

Johan Kump B

Naib Johan Kump A

Johan Kump C

Naib Johan Kump D

Johan Kump D

Naib Johan Kump C