peraturan pertandingan pesta pantun

Upload: sardimpbl

Post on 05-Apr-2018

553 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    1/46

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    2/46

    2

    PESTA PANTUN

    . 1.0 PENDAHULUAN

    Pantun merupakan puisi tradisi Melayu yang diwarisi zaman berzaman.Dalam usaha untuk mewarisi puisi tradisional ini dihayati oleh generasi

    muda, Kementerian Pelajaran telah memperkenal pertandingan berbalaspantun antara Sekolah Menengah Malaysia pada tahun 1989 yangdikenali sebagai Pesta Pantun Sekolah-Sekolah Menengah Malaysia.Penganjuran pertandingan ini mendapat kerjasama yang amat baikdaripada Berita Harian yang juga penyumbang Piala Sirih Pulang KeGagang dan Piala Ketrampilan yang menjadi rebutan pemantun. Pihak-pihak lain yang memberikan kerjasama dalam pengelolaan Pesta Pantunialah Kementerian Komunikasi, Penerangan, Kebudayaan dan WarisanMalaysia, Kerajaan Negeri, RTM, Dewan Bahasa dan Pustaka, BahagianTeknologi Pendidikan dan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaanyang lain.

    2.0 OBJEKTIF

    2.1 Mengekal dan mengembangkan pantun dan seni berpantunsebagai puisi tradisional khazanah dan warisan bangsa.

    2.2 Pelajar dapat menggunakan daya fikir dalam berpantundengan cepat dan tepat serta kritis dan kreatif.

    2.3 Pelajar dapat mengaplikasi kemahiran berbahasa dalammenjawab pantun.

    2.4 Pelajar dapat membina keyakinan diri dalam pertandingan danberdaya saing secara sihat.

    3.0 PENGANJURAN DAN PENGELOLAAN

    Pesta Pantun dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengankerjasama Berita Harian dan beberapa agensi kerajaan dan bukankerajaan. Pertandingan Peringkat Kebangsaan akan dikelolakan olehJabatan Pelajaran Negeri sebagai tuan rumah yang dipilih pada setiaptahun. Pertandingan Peringkat Negeri dikelolakan oleh Jabatan PelajaranNegeri, pertandingan Peringkat Daerah dikelolakan oleh PejabatPelajaran Daerah dan peringkat sekolah dikelolakan oleh sekolahberkenaan.

    4.0 JENIS PERTANDINGAN

    Pertandingan Peringkat Kebangsaan dilaksanakan secara Kalah Mati,yang mempertemukan perlawanan pemenang antara dua kumpulan.Walau bagaimanapun, pada pertandingan pertama dan kedua, peluangbertemu antara pasukan kalah dan menang dibenarkan seperti rajahberikut:

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    3/46

    3

    CARTA PERTANDINGAN

    K1 M1

    M9 P9 P10 M10

    M2 K2 M18M17

    P17 P18K3 M3

    M11 P11 P12 M12M21 M22

    M4 K4P21 P22

    K5 M5K21 M13 M14 K22

    P13 P14

    M6 K6M19 P19 P20 M20

    K7 M7

    M15 P15 P16 M16

    M8 K8

    P = PerlawananM = MenangK = Kalah

    P1

    Negeri 1

    Negeri 2

    P2Negeri 3

    Negeri 4

    P4

    Negeri 7

    Negeri 8

    P3

    Negeri 5

    Negeri 6

    P6Negeri 11

    Negeri 12

    P8Negeri 15

    Negeri 16

    P5

    Negeri 9

    Negeri 10

    P7Negeri 13

    Negeri 14

    P 24 ( Akhir)Johan / Naib Johan

    P 23Ke-3 / Ke-4

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    4/46

    4

    5.0 PENYERTAAN/ PENDAFTARAN

    5.1 Pendaftaran peserta- 5 orang5.2 Bilangan guru 1 orang guru pengiring5.3 Pertandingan ini terbuka kepada semua murid TINGKATAN SATU

    hingga TINGKATAN LIMA sekolah bantuan kerajaan di MalaysiaTIDAK TERMASUK MRSM

    5.4 Setiap negeri hanya dibenarkan menghantar satu pasukansekolah ke pertandingan peringkat kebangsaan.

    5.5 Setiap pasukan sekolah hanya boleh diwakili oleh murid yangsedang belajar di sekolah tersebut sahaja.

    6.0 PELAKSANAAN PERTANDINGAN

    6.1 Syarat-Syarat Pertandingan

    6.1.1 Pantun yang dibenarkan hanyalah jenis empat kerat iaitu pantun

    empat baris yang mempunyai dua baris pembayang dan duabaris maksud. Rima hujung baris mestilah berpolakan abab.

    6.1.2 Peserta pantun ini disertai oleh lima pemantun

    6.1.3 Pasukan yang memperoleh markah yang tertinggi dikira sebagaipemenang. Walau bagaimanapun ketua hakim berhak berbincangdalam kalangan hakim untuk menentukan pemenang berdasarkansistem juri sekiranya terdapat pemberian markah antara hakim tidakseimbang.

    6.1.4 Jika berlaku seri, pasukan yang mendapat markah isi terbanyak dikirasebagai pemenang.

    6.1.5. Jika masih berlaku seri, markah bahagian bahasa diambil kira.

    6.1.6 Masa menjual dan membelipantun dikira berdasarkan arahanjurupantun.

    6.1.7 Masa dikira mulai daripada pengerusi mengarahkan penjualan pantunialah 15 saat untuk pusingan pertama. Manakala dalam pusingankedua masa untuk mereka cipta dan menjual pantun bagi tema

    spontan ialah 60 saat.

    6.1.8 .Masa untuk membeli pantun ialah 60 saat untuk ketiga-tiga pusingan.

    6.1.9 Loceng akan dibunyikan selepas 15 saat masa untuk jualan bagipusingan pertama dan 30 saat bagi pusingan ketiga. Setiappemantun dibenarkan menjual tiga rangkap pantun dan membeli tigarangkap pantun.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    5/46

    5

    6.1.9.1 Pusingan Tambahan. Loceng akan dibunyikan selepas 30 saat masauntuk jualan dan masa untuk membeli pantun selama 60 saat

    6.1 FORMAT PERTANDINGANMemperkenalkan peserta salah seorang pemantun pertamaPertandingan setiap peringkat terbahagi kepada 3 pusingan iaitu:Pusingan Pertama ( Tema diberi awal)

    Pusingan Kedua ( Tema Spontan dicabut semasa pertandingan))Pusingan Ketiga ( Tema Spontan - disediakan oleh penjual pantun )Pusingan Tambahan ( Tema Spontan disediakan oleh pemantun kelima )

    Formula Pusingan

    FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA

    6.2.1 Pertandingan Pusingan Pertama Tema diberi awal- Pantun disediakan oleh peserta

    6.2.1.1 Menjual dalam masa 15 saat

    6.2.1.2 Membeli dalam masa 60 saat6.2.1.3 Menjual/menjawab diterima asalkan pemantun memulakan

    soalan/jawapan dalam masa ditetapkan (6.2.1.1 & 6.2.1.2)

    1 A

    2 B

    3 C

    FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA

    6.2.2 Tema Spontan dicabut semasa pertandingan- Pemantun akan disediakan kertas kosong. Apa-apa bahan bertulis

    atau bercetak tidak dibenarkan dibawa bersama-sama peserta.

    6.2.2.1 Menjual dalam masa 60 saat6.2.2.2 Membeli dalam masa 60 saat6.2.2.3 Menjual/menjawab diterima asalkan pemantun memulakan

    soalan/jawapan dalam masa ditetapkan (6.2.2.1 & 6.2.2.2)

    1 A

    2 B

    3 C

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    6/46

    6

    FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KETIGA

    6.2.3 Tema spontan disediakan oleh penjual pantun.

    - Pemantun akan disediakan kertas kosong. Apa-apa bahan bertulisatau bercetak tidak dibenarkan dibawa bersama-sama peserta.

    6.2.3.1 Menjual dalam masa 30 saat6.2.3.2 Membeli dalam masa 60 saat6.2.3.3 Menjual/menjawab diterima asalkan pemantun memulakan

    soalan/jawapan dalam masa ditetapkan (6.2.3.1 & 6.2.3.2)

    1 A

    2 B

    3 C

    FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN TAMBAHAN

    6.2.4 Tema pusingan penentuan disediakan oleh pemantun- Pemantun akan disediakan kertas kosong. Apa-apa bahan bertulis

    atau bercetak tidak dibenarkan dibawa bersama-sama peserta.

    6.2.4.1 Menjual dalam masa 30 saat

    6.2.4.2 Membeli dalam masa 60 saat6.2.4.3 Menjual/menjawab diterima asalkan pemantun memulakan

    soalan/jawapan dalam masa ditetapkan (6.2.4.1 & 6.2.4.2)

    5 E

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    7/46

    7

    Formula pertandingan dihuraikan seperti berikut:

    PERTANDINGAN PERINGKAT AWAL (P1 hingga P8)

    PUSINGAN 1 (TEMA DIBERI AWAL)Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

    A Jati Diri 1 A 1 A B MenghargaiMasa

    C BahasaJiwa Bangsa

    2 B 2 B D SekolahkuIndah

    E JimatCermat

    3 C 3 C F TeknologiMaklumat

    PUSINGAN 2 ( TEMA SPONTAN CABUTAN SPONTAN)

    Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual TemaCabutan 1 B 1 B Cabutan

    Cabutan 2 C 2 C Cabutan

    Cabutan 3 A 3 A Cabutan

    PUSINGAN 3 ( TEMA SPONTAN PENJUAL PANTUN)

    Tema Penjual Pembeli Pembeli

    Penjual Tema

    Spontan Jual 1 C 1 C Spontan Jual

    Spontan Jual 2 A 2 A Spontan Jual

    Spontan Jual 3 B 3 B Spontan Jual

    PERTANDINGAN PERINGKAT KEDUA (P9 hingga P16)

    PUSINGAN 1 ( TEMA DIBERI AWAL)Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

    A PendidikanDi Rumah

    1 A 1 A B KesejahteraanMental

    C BangsaMerdeka

    2 B 2 B D Nilai Murni

    E BahasaPesanan Ringkas

    3 C 3 C F Bencana Alam

    PUSINGAN 2 ( TEMA SPONTAN CABUTAN SPONTAN)

    Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual TemaCabutan 1 B 1 B Cabutan

    Cabutan 2 C 2 C Cabutan

    Cabutan 3 A 3 A Cabutan

    PUSINGAN 3 ( TEMA SPONTAN PENJUAL PANTUN)

    Tema Penjual Pembeli Pembeli

    Penjual Tema

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    8/46

    8

    Spontan Jual 1 C 1 C Spontan Jual

    Spontan Jual 2 A 2 A Spontan Jual

    Spontan Jual 3 B 3 B Spontan Jual

    PERTANDINGAN PERINGKAT SUKU AKHIR (P17 hingga P20)

    PUSINGAN 1 ( TEMA DIBERI AWAL)Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

    A Inflasi 1 A 1 A B KemudahanInternet

    C BudayaMembaca

    2 B 2 B D Akhlak Mulia

    E Jiwa Merdeka 3 C 3 C F BudayaTradisional

    PUSINGAN 2 ( TEMA SPONTAN CABUTAN SPONTAN)

    Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual TemaCabutan 1 B 1 B Cabutan

    Cabutan 2 C 2 C Cabutan

    Cabutan 3 A 3 A Cabutan

    PUSINGAN 3 ( TEMA SPONTAN PENJUAL PANTUN)

    Tema Penjual Pembeli Pembeli

    Penjual Tema

    Spontan Jual 1 C 1 C Spontan Jual

    Spontan Jual 2 A 2 A Spontan Jual

    Spontan Jual 3 B 3 B Spontan Jual

    PERTANDINGAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR (P21 dan P22)

    PUSINGAN 1 ( TEMA DIBERI AWAL)Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

    A PerkasaBahasa

    1 A 1 A B LestarikanAlam

    C IndustriKampung

    2 B 2 B D TeknologiPertanian

    E Minda KelasPertama

    3 C 3 C F GenerasiBerbudi

    PUSINGAN 2 ( TEMA SPONTAN CABUTAN SPONTAN)

    Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual TemaCabutan 1 B 1 B Cabutan

    Cabutan 2 C 2 C Cabutan

    Cabutan 3 A 3 A Cabutan

    PUSINGAN 3 ( TEMA SPONTAN PENJUAL PANTUN)

    Tema Penjual Pembeli Pembeli

    Penjual Tema

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    9/46

    9

    Spontan Jual 1 C 1 C Spontan Jual

    Spontan Jual 2 A 2 A Spontan Jual

    Spontan Jual 3 B 3 B Spontan Jual

    PERTANDINGAN TEMPAT KETIGA / KEEMPAT (P23)

    PUSINGAN 1 ( TEMA DIBERI AWAL)Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

    A SemangatPatriotik

    1 A 1 A B BusanaTradisional

    C Kitar Semula 2 B 2 B D Perangi Dadah

    E MasyarakatPrihatin

    3 C 3 C F KeluhuranBudi

    PUSINGAN 2 ( TEMA SPONTAN CABUTAN SPONTAN)

    Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual TemaCabutan 1 B 1 B Cabutan

    Cabutan 2 C 2 C Cabutan

    Cabutan 3 A 3 A Cabutan

    PUSINGAN 3 ( TEMA SPONTAN PENJUAL PANTUN)

    Tema Penjual Pembeli Pembeli

    Penjual Tema

    Spontan Jual 1 C 1 C Spontan Jual

    Spontan Jual 2 A 2 A Spontan Jual

    Spontan Jual 3 B 3 B Spontan Jual

    PERTANDINGAN AKHIR (P24)

    PUSINGAN 1 ( TEMA DIBERI AWAL)Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual Tema

    A MalaysiakuGemilang

    1 A 1 A B Cintai Bahasa

    C KeretaNasional

    2 B 2 B D PenerokaanAngkasa

    E IntegrasiNasional

    3 C 3 C F KesetiaanKepada Rajadan Negara

    PUSINGAN 2 ( TEMA SPONTAN CABUTAN SPONTAN)Tema Penjual Pembeli Pembeli Penjual TemaCabutan 1 B 1 B Cabutan

    Cabutan 2 C 2 C Cabutan

    Cabutan 3 A 3 A Cabutan

    PUSINGAN 3 ( TEMA SPONTAN PENJUAL PANTUN)

    Tema Penjual Pembeli Pembel Penjual Tema

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    10/46

    10

    iSpontan Jual 1 C 1 C Spontan Jual

    Spontan Jual 2 A 2 A Spontan Jual

    Spontan Jual 3 B 3 B Spontan Jual

    Nota: TEMA PANTUN:

    a. Tema pantun disediakan oleh pemantun untuk dijual kepada pasukan lawan.b. Pantun yang dijual mestilah mempunyai nilai murni dan bermesej positif.c. Pemantun tidak boleh menjual pantun yang berbentuk kuiz / teka - tekid. Tema pantun tidak boleh menyentuh perkara-perkara yang sensitif seperti agama,

    fahaman politik, kaum dan peribadi individu.e. Dalam pusingan ketiga, penjual pantun hendaklah menyerahkan tema pantun

    semasa giliran untuk menjual pantun kepada juru pantun untuk diumumkan terlebihdahulu sebelum menjual pantun masing-masing.

    6.3 PEMARKAHAN DAN PENGHAKIMAN6.3.1 Isi - 20 markah6.3.2 Bahasa - 20 markah6.3.3 Persembahan - 10 markah6.3.4 Penghakiman dalam pertandingan ini dihakimi oleh lima orang hakim6.3.5 Bahagian isi - 2 orang hakim6.3.6 Bahagian Bahasa - 2 orang hakim6.3.7 Bah. Persembahan - 1 orang hakim6.3.8 Pemantun tidak dibenarkan berbincang antara anggota kumpulan.

    Sekiranya berlaku perbincangan,sebanyak 50 markah daripadajumlah markah keseluruhan perlu dipotong.6.3.9 Pemantun dibenarkan bergerak dengan tertib dalam kawasan

    pasukannya sahaja.6.3.10 Keputusan hakim adalah muktamad

    6.2 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM PERTAMA

    (Menghakimi Isi - Ketepatan soalan/belian/jawapan - Jelas dan sesuaidengan tema (10/20)

    ISI - JUMLAH MARKAH (10/20)

    i. Ketepatan soalan/jawapan - jelas dan sesuai dengan tema

    ii. Pantun yang dijual mestilah mempunyai satu soalan yang jelas

    iii. Jika lebih daripada satu soalan, markah tidak akan diberikan.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    11/46

    11

    iv Jualan pantun yang merupakan pernyataan dan bukan berbentuksoalan, markah tidak akan diberikan.

    v. Jualan pantun yang terkeluar daripada tema tidak mendapat sebarangmarkah.

    vi. Pantun yang berupa pelarian , yakni yang tidak menjawab soalan tidakdiberikan markah.

    6.5 PANDUAN PEMARKAHAN UNTUK HAKIM KEDUA

    (Menghakimi isi- Padat & jitu serta bernilai susila 10/20 markah)

    ISI - Jumlah Markah (10/20 )

    Pantun yang dijual dan dibeli hendaklah:-

    i. Padat dan jitu - 5 markah

    ii. Mempunyai nilai susila - 5 markah

    Padat dan jitu bermaksud:

    Pemilihan kosa kata yang indah

    Tanpa kesalahan bahasa

    Susunan kosa kata yang betul

    Mempunyai nilai susila:-

    Pantun sarat dengan nilai-nilai murni dan dapat dijadikan panduan/pedomandalam kehidupan seharian

    6.6 PANDUAN PEMARKAHAN HAKIM KETIGA

    Menghakimi Bahasa - Pola Rima & Suku kata (10/ 20 )

    1. Pola Rima `abab

    Rima di hujung baris - 3 markah Rima di tengah - 2 markah

    2. Suku kata dalam baris

    8 hingga 12 suku kata - 5 markah

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    12/46

    12

    6.7 PANDUAN PEMARKAHAN HAKIM 4 :

    Menghakimi bahasa pembayang dan maksud serta tautannya ( 10 / 20 )

    Pembayang maksud- ( 6 markah )

    a) Terdapat tautan / kesinambungan dengan baris pertama dengan

    baris kedua.

    Pembayang maksud mestilah berkaitan dengan keindahanalam semesta atau unsur semula jadi atau kerenahmanusia.

    Pembayang maksud mestilah mempunyai cerita yang jelasdan berkaitan.

    Pembayang maksud TIDAK MENGANDUNGI MAKSUDKIASAN SEPERTI METAFORA, PERSONIFIKASI, SIMILEdan seumpamanya.

    Tautan pembayang dengan maksud- ( 4 markah )

    ( Ada hubungan antara baris pembayang dengan barismaksud).

    6.8 PANDUAN PEMARKAHAN HAKIM 5 :

    Menghakimi persembahan gerak fizikal, intonasi, jeda, kelancaran dan sebutanbaku. (10 markah)

    a) Gerak-geri yang seimbang dengan pantun ( 3 markah )

    ( Gerak-geri tangan, jelingan dan senyuman. Jika terdapataksi yang berlebihan, tiada markah yang diberikan ).

    b) Intonasi dan jeda ( 3 markah )

    ( Jeda ialah nada / hentian sebutan bagi suku kata padasetiap baris ).

    Intonasi ialah nada bagi memisahkan maksud denganpembayang maksud pantun.

    c) Kelancaran ( 2 markah )

    ( Tiada kegagapan dan perulangan dalam pengucapan ).

    d) Sebutan baku dan jelas ( 2 markah )

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    13/46

    13

    BORANG PEMARKAHAN HAKIM PESTA PANTUN SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAHPERINGKAT KEBANGSAAN

    TAHUN __________

    NAMA HAKIM

    ...............

    ( BAHAGIAN ____________ )

    NEGERI :____________________________________

    PusinganNAMA PEMANTUN:

    1 2 3

    Jumlah

    1.

    2.

    3.

    Jumlah

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    14/46

    14

    RUMUSAN MARKAHPERTANDINGAN PESTA PANTUN

    PERINGKAT KEBANGSAAN / NEGERI / DAERAH / ZONTAHUN _______

    PASUKAN : ____________________________________________( Yang menjual pantun dahulu )

    HAKIM 1 2 3 4 5 JUMLAH

    PEMANTUN1

    PEMANTUN2

    PEMANTUN3

    JUMLAH

    PASUKAN : ____________________________________________

    HAKIM 1 2 3 4 5 JUMLAH

    PEMANTUNA

    PEMANTUNB

    PEMANTUNC

    JUMLAH

    K.HAKIM _____________________________ TANDATANGAN ________________________

    HAKIM 1 : _____________________________ TANDATANGAN _________________________

    HAKIM 2 : _____________________________ TANDATANGAN _________________________

    HAKIM 3 : _____________________________ TANDATANGAN _________________________

    HAKIM 4 :______________________________TANDATANGAN _________________________

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    15/46

    15

    KEPUTUSANPERTANDINGAN PESTA PANTUN

    PERINGKAT KEBANGSAAN / NEGERI / DAERAH / ZONTAHUN _______

    PEMENANG PERTANDINGAN PANTUN

    PERINGKAT PUSINGAN AWAL

    SUKU AKHIR

    SEPARUH AKHIR

    AKHIR

    PASUKAN : ____________________________________________

    NEGERI _____________

    PEMANTUN TERBAIKPEMANTUN TERBAIKPEMANTUN TERBAIKPEMANTUN TERBAIK

    NAMA : ______________________________________________________NAMA : ______________________________________________________NAMA : ______________________________________________________NAMA : ______________________________________________________

    PASUKAN : __________________________________________________PASUKAN : __________________________________________________PASUKAN : __________________________________________________PASUKAN : __________________________________________________

    K.HAKIM _____________________________ TANDATANGAN _______________

    HAKIM 1 : _____________________________ TANDATANGAN ________________

    HAKIM 2 : _____________________________ TANDATANGAN ________________

    HAKIM 3 : _____________________________ TANDATANGAN ________________

    HAKIM 4 :______________________________TANDATANGAN ________________

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    16/46

    16

    PANDUAN UNTUK HAKIM

    BIL JENIS KESALAHAN HURAIAN DAN PEMBERIAN MARKAH

    11. Bukan pantun jual / pantun pernyataan

    Cuma intonasi dinaikkan pada baris keempat atau caraberpantun seolah olah bertanya

    2. Dua soalan dalam satu pantun

    3. Lari atau tidak menepati tema

    TIADA MARKAH( Hakim 1 dan Hakim 2 )

    2. Contoh pantun penytaan:

    Burung merbuk riang bersenda,Bersenda riang di pohon turi;

    sayang remaja wawasan tiada

    ibunda tercinta menghilang diri ?

    2. Contoh 2 soalan:

    Ilmu dituai buahnya di mana?Pabila dituai murnikah hasilnya?

    4 Tidak baku Tolak2markah persembahan.

    ( Hakim 5 )

    5 Pantun jual berbentuk kuiz

    TIADA MARKAH ISI

    Hakim 1 dan hakim 2

    Contoh:

    Angin teknologi menghembus maju

    Pusat cyberdibina bila

    6 Perbincangan sesama sendiri/ memberi nota

    Semasa menjual dan menjawab

    TIADA MARKAH ISI DAN BAHASA

    Hakim 1, hakim 2 ( isi )Hakim 3 dan Hakim 4 ( bahasa )

    7 Tergagap / tersekat-sekat Hakim 5 : hakim persembahan sahajaTergagap / tersekat sekali : 4 markah

    Tergagap / tersekat 2 kali & lebih : 3 markah

    Kerap tersekat : 1 atau 2 markah sahaja

    8Pantun ciplak ( pantun jual atau pantun beli ) sama ada:

    Pantun lama atau Diambil daripada pihak lawan- sebaris atau dua baris

    penuh.

    Mengulang pantunnya sendiri atau pantunpasukannya- sebaris atau dua baris penuh.

    Peribahasa

    Ciplak sebaris 5 markah sahaja ( Hakim 4 )

    Ciplak dua baris TIADA MARKAH ( Hakim 4)

    Contoh:

    Buah cempedak di luar pagar

    Bunga melurcantik di tamancantikdi rimba

    cantikdi tanjung

    9 Pantun TERCEMAR/ TERSASARRIMA HUJUNG TIDAK SAMA

    TIADA MARKAH : Hakim 3 dan Hakim 4

    Contoh:

    sayang puteri termenung di pangkin,budak kecil bermain di taman;

    gejala dadah kian menular,mengapa renaja tampak keliru.

    10

    Pantunjawapan pelarian

    Tidak menjawab soalan yang diberi.

    Pemantun mesti memahami soalan dan mengambil

    sebahagian soalan yang dijual sebagai asas jawapan.

    TIADA MARKAH : Hakim 1 dan Hakim2

    Contoh:jawapan disedia berasaskan tema

    1. Budaya ilmu amalan mulia

    darjat insan kan kekal berzaman2. manfaat ilmu bersinar indah

    insan kreatif memimpin pertiwi

    3. manfaat ilmu bersinar indah

    kukuhkan iman hadapi dugaan

    11 Pihak lawan mesti membeli pantun berasaskan tema

    walaupun pantun jual gagal dilafazkan dalam tempoh yangditetapkan.

    Hakim 1( isi ) : 5 markah

    Hakim 2 ( isi ): 5 markahHakim 3 ( bahasa ) : BERDASARKAN BAHASA

    Hakim 4 ( bahasa ) : BERDASARKAN BAHASA

    Hakim 5 ( persembahan ):BERDASARKAN PERSEMBAHAN

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    17/46

    17

    RAGAM BAHASA DALAM PANTUN

    JENIS HURAIAN DAN CONTOH

    METAFORA

    Perbandingan secara langsung

    bahtera merdeka berlayar sudah

    gedung ilmu gagah di hutan batu bendera bahasa berkibar megah

    Contoh maksud pantun

    Bunga ilmu mekarmewangi,

    bagaimanaharumnyamajukan bangsa?Contoh maksud pantun

    Lautan ilmu diharung sudah,

    mengapa lemas di jagat raya?

    SIMILE

    Perbandingan secara tidak langsung

    ( bagai, bak, seperti, umpama, macam, laksana dll )

    gigih pak tua baksemarak api laksana helang di angkasa raya

    Contoh pantun

    Rangkaian satelit bakcendawan tumbuh,Nilaian kudus dirakam bagaimana.

    Contoh pantun

    Andai masa bakmata pedang,mengapa dibiarmenikam diri?

    PERSONIFIKASI

    Unsur perorangan. Memberi sifat manusia kepada benda benda bukan

    manusia

    Tampak rembulan tersenyum padaku alam terbakar menangis hiba hembusan sang bayu menyapa puteri

    INVERSI

    Pembalikan susunan kata kata

    jiwa pak tua teguhnya masih remaja kini ditegurjangan ilmu dituai buahnya di mana?

    kasih beralih dibelai bagaimana?

    HIPERBOLA

    Kiasan yang melampau dan berlebih lebihan

    gerak remaja memukau ummah hilang duniaku sekelip mata penjara rumah berabad sudah kasih ibu melaut saujana

    Contoh pantun ( tema : tanggungjawab remaja )

    Gunungterbeban dipikul remaja

    kenapa bimbang dipikulgelombang?

    REPETISI

    Pengulangan kata sebagai penegas; anafora, reponsi, epifora

    Contoh pantun

    Orang di Jawa menanam kapas,

    Orang di Eropah menanam anggur;

    Jangan tertawa pelepah di atas,melihat pelepah di bawah yang gugur.

    ASONANSI Perulangan huruf vocal

    ALITERASI Perulangan huruf konsonan

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    18/46

    18

    PROFESIONAL HAKIM PANTUN

    CONTOH PANTUN JUAL

    Juntai cendana sisian keledang,

    kelapa berjajar luas terperi;

    andai masa bak mata pedang,mengapa dibiar menikam diri.

    HAKIM BIDANG TUGAS MARKAH DINILAIHakim 110 markahMenilai soalan baris 3 dan 4Menilai jawapan baris 3 dan 4

    Menilai soalan baris 3 dan 4

    Andai masa bak mata pedangMengapa dibiar menikam diri

    Jelas dan Tepat

    10 MARKAH

    Hakim 2

    10 markahPemilihan kata dan nilai susila

    juntai cendana sisian keledang,

    kelapa berjajar luas terperi;andai masa bak mata pedang,mengapa dibiar menikam diri.

    Pemilihan kata di baris pembayang

    tidak tepatNilai susila kurang menarik

    PEMILIHAN DIKSI 3NILAI SUSILA - 3

    Hakim 310 markahMenilai pola rima dan sukukata

    Menilai pola rima dan suku kataJuntai cendana sisian keledang,

    kelapa berjajar luas terperi;andai masa bak mata pedang,

    mengapa dibiar menikam diri.

    Rima tengah : 2Rima hujung : 3Suku kata : 5

    JUMLAH : 10 MARKAH

    Hakim 410 markahPembayang maksud dan

    maksud serta tautannya

    Hubungan baris 1 & 2Juntai cendana sisian keledang

    Kelapa berjajar luas terperi( 2 markah )Ada cerita

    TIADA tautanTiada kiasanjuntai cendana sisian keledang b 1andai masa bak mata pedang - b3kelapa berjajar luas terperi - b2mengapa dibiar menikam diri - b4

    ( 2 markah )PEMBAYANG KURANGMENGGAMBARKAN MAKSUD

    4 markah

    Hakim 510 markahGerak fizikal : 3Intonasi : 3Kelancaran : 2Sebutan baku: 2

    Gerak fizikal : 3Intonasi : 3

    Kelancaran : 2Sebutan baku : 2

    Berasaskan pemerhatian atauketelitian hakim

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    19/46

    19

    HAKIM 1MENILAI SOALAN BERASASKAN TEMA

    10MARKAH

    Fokus Hakim 1 ( hakim isi ): pantun soal baris ketiga dan keempat. peserta yang sama atau peserta dalam pasukan tidak mengulang / meniru soalan

    yang sama atau hampir sama ( peserta kurang kreatif ). Markah tidak lebihdaripada 3 markah

    peserta tidak meniru jawapan pasukan lawan pantun yang dijual mesti berasaskan tema. 0 markah tidak berasaskan tema. Hakim dan peserta prihatin bentuk dan aras soalan

    Contoh contoh soalan pantun

    Redup nyaman di kala senja,undan di sawah terbang ke hilir;

    hidup setaman tidak bersapa,

    sahutan muhibah mengapa dipinggir? ( Tema : Amalan kejiranan )

    9-10

    SOALAN YANG JELAS

    Hidup setaman tiada bersapa,

    Sahutan muhibah mengapa dipinggir?

    7-8

    SOALAN YANG

    MASIH BAIK

    Hidup setaman tiada bersapa,Dijurang sengketa mengapa terjadi?

    ( tiada bersapa seolah( tiada bersapa seolah( tiada bersapa seolah( tiada bersapa seolah olah ada sengketa )olah ada sengketa )olah ada sengketa )olah ada sengketa )5-6

    SOALAN SEDERHANA

    Hidup setaman tiada bersapa,Tika bertemu mengapa membisu?

    ( tidak bersapa = membisu )( tidak bersapa = membisu )( tidak bersapa = membisu )( tidak bersapa = membisu )3-4

    SOALAN

    LEMAH

    Hidup setaman tiada bersapa,Bolehkah jiran usahakan damai?

    Soalan : menunjukkan sudah ada jawapanSoalan : menunjukkan sudah ada jawapanSoalan : menunjukkan sudah ada jawapanSoalan : menunjukkan sudah ada jawapan

    1-2

    SOALAN SANGAT

    LEMAH

    Hidup setaman tiada bersapa,Mengapakah sukan menjadi lesu.

    0

    DUA SOALAN

    Mengapa setaman tiada bersapa ?,Tercuitkah hati ingin berdamai?

    0SOALAN PERNYATAAN

    Hidup setaman tiada bersapa,Tika bertemu juga bermesra?

    0

    PANTUN KUIZ

    Budaya ilmu digarap indah,Siapa ilmuan paling tersohor?

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    20/46

    20

    HAKIM 1

    MENILAI JAWAPAN BERASASKAN TEMA

    10 MARKAH

    Fokus Hakim 1( Hakim Isi ): pantun soal

    Menilai baris ketiga dan baris keempat. Jawapan dalam bahagian maksud pantun beli / pantun jawapan boleh mengandungi kata / frasa yang

    terdapat dalam bahagian maksud (soalan) pantun jual. Peserta yang sama atau peserta dalam pasukan tidak mengulang / meniru jawapan yang sama (

    peserta kurang kreatif). Markah diberi tidak lebih daripada 2 markah Peserta menjawab soalan yang dijual sahaja. Hakim berhak memberikan markah antara 3-4 markah sahaja sekiranya jawapan nafi diberikan

    dengan alasan ( Contohnya, takkan ). Hakim berhak memberikan markah 0 sekiranya jawapan nafi diberikan tanpa alasan (Contohnya,

    takkan). 0 markah tidak menjawab soalan atau 0 markah untuk jawapan pelarian. Hakim dan peserta prihatin bentuk dan aras soalan 0 markahbagi peserta yang mengambil sepenuhnya jawapan peribahasa.

    Contoh contoh pantun jawapan

    Duduk di dapur membakar bahulu,untuk dibuat hidangan kenduri; Pantun jual

    kawan ketawa ramai selalu, ( Tema: amalan kejiranan )bila susah mengapa sendiri?

    Berjaja meriah di pekan sari,sirih dijual, serapah dibaca; Pantun beli

    tika susah pasti sendiri, ( Tema: amalan kejiranan )rakan ketawa tak sanggup berkorban.

    9-10

    BAIKJelas

    Tika susahpasti sendiri,Boleh mengenal intan dan kaca.

    ( simbol / metafora / simile / yang jelas )( simbol / metafora / simile / yang jelas )( simbol / metafora / simile / yang jelas )( simbol / metafora / simile / yang jelas )7-8

    masih baikTika susahpasti sendiri,

    Barulah kenal budi sahabat.

    5-6

    sederhanaTidak dapat membuat

    perbandingan

    Tika susahpasti sendiri,

    Sahabat sejati dicari masih.

    ( baru hendak mencari rakan )( baru hendak mencari rakan )( baru hendak mencari rakan )( baru hendak mencari rakan )3-4

    lemah Tika susahpasti sendiri,

    Usah dikenang rakan ketawa.1-2

    sangat lemah

    Tika susahpasti sendiri,ibu menangis duduk di rumah.

    0 ( PELARIAN ) Tidak menjawab soalan Jawapan pelarian

    Jawapan sudah sediaberasaskan tema

    Adat dunia begitu lumrahnya,Jangan kecewa kuatkan semangatATAU

    Ketawa dan tangis seiring masa,tautan kasih hanya di jiwa.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    21/46

    21

    PANTUN JAWAPAN PELARIAN

    CONTOH CONTOH PANTUN PENJELASAN JAWAPAN PANTUN

    Sirih gaharu dijaga cermat,dibungkus rapi kain berwarna;

    berjerih guru menyemai maklumat,ilmu dituai, buahnya di mana.

    serindit berkidung di pohon sena,di ranting tinggi tiadakan gayat;

    berbuah ilmu serata buana,menjadi panduan sepanjang hayat.

    ATAUilmu dituai, ada tempatnya

    berbuah ilmu, serata buana

    1. sebaris soalan diambil dijadikan jawapan2. jawapan pengukuhHakim 1 : 9 @ 10 markah

    Pantun jual yang samailmu dituai, buahnya di mana?

    Contoh jawapan pelarian:jawapan tuan bicaranya mudah,

    kiranya kita ada pertemuan

    pelarian yang jelas kerana tidak menjawab

    soalan Hakim 1 (isi) 0 markah Hakim 2 (isi) 0 markah

    Pantun jual yang samailmu dituai, buahnya di mana?

    Contoh jawapan pelarian:soalan tuan tidak kugundah,

    yakinkan diri kuatkan iman

    pelarian yang jelas kerana tidak menjawabsoalan

    Hakim 1 (isi) 0 markah Hakim 2 (isi) 0 markah

    Tema : kecemerlangan ilmu

    Pantun jual yang samailmu dituai, buahnya di mana?

    Tema : kecemerlangan ilmu

    Contoh jawapan pelarian: ( jawapan disediaawal )budaya ilmu kian bercambah,

    ilmuan tersohor daulatkan nusa

    pelarian yang jelas kerana tidak menjawabsoalan

    jawapan disediakan lebih awal berasaskantema

    Hakim 1 (isi) 0 markah Hakim 2 (isi) 0 markah

    Tema : kecemerlangan ilmu

    Pantun dijualAkhlak remaja muramnya sudah

    mampukah remaja mengharung zaman

    Hakim 1 (isi) 0 markah Hakim 2 (isi) 0 markah

    Contoh jawapanTakkan remaja akhlaknya suram

    bimbingan agama tersemat di kalbu

    Dianggap tidak menjawab soalanSoalan bertanya mampu atau tidak

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    22/46

    22

    HAKIM 2 : 10 markahPemilihan kata / Diksi dan Nilai Susila

    Padat dan jitu : 5markah mempunyai nilai susila : 5markah

    Fokus Hakim 2 ( hakim isi ):

    Menilai pemilihan kata/frasa dan nilai susila padakeseluruhan baris.

    Pemilihan kata yang betul, tepat, indah dan berfungsi.

    Pemilihan kata yang tidak berulang - ulang

    Peserta tidak mengulang perkataan yang sama dalam barispembayang atau baris maksud.

    Sekiranya pemantun mengulang kata/frasa yang sama denganketara dan memperlihatkan pemantun ketandusan diksi, hakim

    berhak memberikan 2 markah sahaja bagi markah padat dan jitu.

    CONTOH PEMBERIAN MARKAH

    CONTOH - CONTOH PANTUN PADAT & JITU5 markah

    NILAI SUSILA5 markah

    jangan diusik kerbau jalangjika digesel rebah juga;

    kalau nasib memang malang,sudah jatuh ditimpa tangga.

    Kata / frasayang digunakantepat

    4 5 MARKAH

    Mempunyainilai,yangmenggambarkanmood pantun

    4 5 MARKAH

    jangan dihalau kerbau jalang,jika ditanduk jatuhlah juga;

    kalau nasib sudahlah malang,walaupunjatuh masih berbangga

    Kata / frasayang berulang.Kata tidaktepat

    3 MARKAH

    Nilai estetikayang agaklonggar

    3 MARKAH

    jangan dibaling kerbau jalang,ke hujung tanjung mengutip pegaga

    kalau nasib sudahlah malang,walaupun jatuh bangunlah juga

    Kata / frasayang tidaktepat denganmood pantun

    2 MARKAH

    Tidak mempunyainilai estetika

    2 MARKAH

    jangan dibaling kerbau jalangdi pagi hari, dinginlah juga;

    kalau nasib sudahlah malangduduk di anjung makanlah juga

    Kata yangtidak tepatKata/frasayang dianggaptidak logik

    1 MARKAH

    Tidak mempunyainilai estetikaTiada kaitanantara baris

    1 MARKAH

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    23/46

    23

    CONTOH PEMBERIAN MARKAH

    BAGI PANTUN PEMBAYANG CIPLAK

    CONTOH PEMANTUN YANG SAMA MENCIPLAK PEMBAYANG SENDIRI

    DI PUSINGAN 2 DAN KE- 3

    PUSINGAN 1

    Peserta 1

    PUSINGAN 2

    Peserta 1

    PUSINGAN 3

    Peserta 1

    bunga melur indah di laman

    dipetik dara, di kala pagi

    Hakim 4: menilai seperti biasa

    ( hubungan baris 1 dan 2 )

    bunga melur di tepi perigi

    daunnya gugur sepah merata

    Hakim 4 : memberi 2 markah

    ( markah padat dan jitu )

    di tepi perigi merimbun melur

    tempat pipit bermain riang

    Hakim 4:memberi 2 markah

    ( markah padat dan jitu)

    CONTOH PEMANTUN DALAM KUMPULAN MENCIPLAK PEMBAYANG

    RAKAN SEPASUKAN DALAM MANA MANA PUSINGAN

    PUSINGAN 1

    Peserta 1

    PUSINGAN 2

    Peserta 2

    PUSINGAN 3

    Peserta 3

    bunga seroja indah di laman

    tempat puteri berhibur hati

    Hakim 4: menilai seperti biasa( markah padat dan jitu )

    bunga seroja indah di laman

    daunnya gugur sepah

    merata

    Hakim 4 : memberi 2 markah

    ( markah padat dan jitu )

    bunga seroja indah di laman

    tempat pipit bermain riang

    Hakim 4 : memberi 2 markah

    ( markah padat dan jitu )

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    24/46

    24

    HAKIM 3 : 10 markah

    POLA RIMA DAN SUKU KATA

    Rima tengah : 2 markah

    Rima hujung : 3 markah

    Suku kata : 5 markah

    ( 8 suku kata hingga 12 suku kata )

    FOKUS HAKIM 3: 10 markah ( rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah ) Rima tengah berasaskan sebutan / bunyi Rima hujung berasaskan suku kata. Suku kata : 5 markah ( 8 12 suku kata ) Lebih daripada 12 suku kata :3 markah sahaja Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja Kurang daripada 8 suku kata : 1 markah sahaja

    Contoh contoh pantun

    Pulau karang jauh berjajar,buih membusa di tepi tepinya; rima tengah : 2 markah

    kalau kurang menaruh sabar, rima akhir : 1.5 markahboleh binasa semua jadinya. suku kata : 5 markah Jumlah markah : 8.5

    Bayu berlaludi teluk tenang,

    Menerpa lembayungmengorak tingkah; rima tengah : 2 markah

    Ilmu baru setampuk pinang, rima akhir : 3 markah

    Kenapa gununghendak dilangkah? suku kata : 5 markah Jumlah markah : 10

    Burung kedidihinggap di dahan,Turun ke tanahdi pinggir kota; rima tengah : 2 markah

    Rosakkah budiruntunan kemajuan, rima akhir : 1.5 markah

    Musnahkah maruah kerana harta? suku kata : 5 markah Jumlah markah : 8.5

    Pulau di balikPulau Gosong,

    Pandangdi Jawa diranggungkan; rima tengah : 1 markah

    Jangan kata terdorong dorong, rima akhir : 1.5 markah

    Badan dan nyawamenanggungkan. suku kata : 5 markah Jumlah markah : 7.5

    Laksana teruna putera di Johor,

    Bijak membilang ayam betina; rima tengah : 0 markah

    Jasad menangis di pintu kubur, rima akhir : 0 markah

    Hendak kembali ke alam dunia. suku kata : 5 markah Jumlah markah : 5

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    25/46

    25

    Contoh pemberian markah rima tengah dan rima akhir

    SKALA

    Markah

    PANGKAL

    Bunyi

    TENGAH

    Bunyi

    AKHIR

    Bunyi

    Terbaik : 55 markah rima Tidak diambil kira

    rang

    sa

    rangsa

    2 markah

    lar,

    nya;

    lar,nya.

    3 markah

    Baik :33.5 markah rima Tidak diambil kira

    lu

    bung

    ru

    bung2 markah

    lang,

    sah;

    lang,

    mah.1.5 markah

    Sederhana 22 markah rima Tidak diambil kira

    di

    mah

    gi

    lah2 markah

    rang,

    ti;

    yang,

    li.0 markah

    Suku kata : antara 8-12 suku kata : layak mendapat5 markah

    Sekiranya, pemantun mengungkapkan rima syair ( rima akhir),

    Hakim 3 TIDAK MEMBERIKAN SEBARANG MARKAH UNTUK RIMA

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    26/46

    26

    HAKIM 4 : ( 10 markah )

    PEMBAYANG MAKSUD ( 6 MARKAH )

    KESESUAIAN DENGAN MAKSUD ( 4 MARKAH )

    FOKUS HAKIM 4: 10markah sahaja. Hubungan baris 1 dan baris 2 ( ada cerita, bertautan dan tiada kiasan) : 6 markah Hubungan pembayang maksud dan kaitannya dengan maksud : 4 markah

    Menilai keserasian antara pembayang dengan maksud : 3 markah Ada cerita, bertautan dan tiada kiasan : 5 6 markah Ada cerita, MASIH ada tautan dan tiada kiasan : 3 4 markah Ada cerita, TIADA tautan , tiada kiasan : 2 markah Ada cerita< TIADA tautan, ADA kiasan : 1 2 markah TIADA cerita, TIADA tautan, ADA kiasan : 1 markah

    1. HUBUNGAN BARIS 1 dan BARIS 2 ( ada cerita , bertautan dan tiada kiasan : 6 MARKAH

    Baik

    (5 6 markah)

    Ada cerita,

    bertautan dantiada kiasan

    Pergi menebang si pohon sena,

    buat pangkin di rumpun rendang;

    Sederhana

    (3 4 markah )

    Ada cerita,

    masih ada tautan

    dan tiada kiasan

    1. Pergi menebang si pohon sena,

    jangan lupa membawa parang

    2 Pergi menebang si pohon sena,

    si pohon sena di hujung kampung (mengulang frasa : si pohon sena)

    Lemah

    ( 2 markah)

    Ada cerita,

    tiada tautan,

    tiada kiasan

    Pergi menebang si pohon sena,

    sayang petani pergi ke bendang;

    Lemah

    (1 2 markah)

    Ada cerita,

    tiada tautan

    ,ada kiasan

    Pergi menebang si pohon sena,

    bayu menyapa di waktu petang;

    Amat lemah

    1 markah

    Tiada cerita,

    Tiada tautan,

    Ada kiasan

    Mentari pagi menyapa sena,

    bayu berlalu membelai kalbu

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    27/46

    27

    CONTOH PEMBERIAN MARKAH

    BAGI PANTUN PEMBAYANG CIPLAK

    CONTOH PEMANTUN YANG SAMA MENCIPLAK PEMBAYANG SENDIRI

    DI PUSINGAN 2 DAN KE- 3

    PUSINGAN 1

    Peserta 1

    PUSINGAN 2

    Peserta 1

    PUSINGAN 3

    Peserta 1

    bunga melur indah di laman

    dipetik dara, di kala pagi

    Hakim 4: menilai seperti biasa

    ( hubungan baris 1 dan 2 )

    bunga melur di tepi perigi

    daunnya gugur sepah merata

    Hakim 4 : memberi 2 markah

    ( markah padat dan jitu )

    di tepi perigi merimbun melur

    tempat pipit bermain riang

    Hakim 4:memberi 2 markah

    ( markah padat dan jitu)

    CONTOH PEMANTUN DALAM KUMPULAN MENCIPLAK PEMBAYANG

    RAKAN SEPASUKAN DALAM MANA MANA PUSINGAN

    PUSINGAN 1

    Peserta 1

    PUSINGAN 2

    Peserta 2

    PUSINGAN 3

    Peserta 3

    bunga seroja indah di laman

    tempat puteri berhibur hati

    Hakim 4: menilai seperti biasa( markah padat dan jitu )

    bunga seroja indah di laman

    daunnya gugur sepah

    merata

    Hakim 4 : memberi 2 markah

    ( markah padat dan jitu )

    bunga seroja indah di laman

    tempat pipit bermain riang

    Hakim 4 : memberi 2 markah

    ( markah padat dan jitu )

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    28/46

    28

    2.Hubungan PEMBAYANG MAKSUD dan kaitannya dengan MAKSUD ( 4 MARKAH)

    Melati berserak tiada berguna,bunga hiasan tiada pengganti;

    pasti terjebak dadah durjana,takwa dan iman tiada di hati.

    4

    baik*ada kaitan

    berserak tiada berguna baris 1

    terjebak dadah durjana baris 3 hiasan tiada pengganti - baris 2 iman tiada di hati - baris 4

    3

    masih baik

    *ada kaitan

    dihias serasi baris 1

    mengganti tradisi - baris 3

    lelawang madah terakhir baris 2

    pawang di era mutakhir - baris 4

    2

    sederhanakurang berkait

    kenyalang sayup riang baris 1 ( berasa gembira ) hidup dirintang reba - baris 3 ( berasa hiba ) tampakberwarna kelabu baris 2 Akhlakmemikat kalbu - baris 4

    1lemah

    terbilang melenggokseroja baris 1

    dijulang wawasan dipuja - baris 3 temu diruah redah - baris 2

    tercetuskah sudah - baris 4

    1

    lemah

    sayang puteri duduk termenung baris 1 kalau ilmu penuh setanjung - baris 3 selepas puas tertidur lena - baris 2 kalah dekpetua lama - baris 4

    Pantun dapatdijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian

    Jangan diusikkerbau jalang,Jika digeselrebah juga; contoh pantun Johor dan Melaka

    kalau nasib memangmalang, jalang menggambarkan malangkalau jatuh ditimpa tangga. rebah menggambarkanjatuh

    hilir berderap mudik berderap,patah galah di dalam perahu; dinilai sangat beruntung, tetapi tiada berguna

    sungguh laksana bunga dedap,cantik merah tiada berbau patah galah dalam perahu

    menggambarkan keadaan yangtidak menguntungkan =cantik merah tiada berbau

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    29/46

    29

    HAKIM 5 : 10 MARKAH

    GERAK FIZIKAL ( 3 markah ),

    INTONASI ( 3 markah )

    KELANCARAN ( 2 markah ),

    BAKU ( 2 markah )

    FOKUS HAKIM 5:

    10 markah sahaja. Gerak fizikal / bahasa tubuh : 3 markah Intonasi : 3 markah Kelancaran : 2 markah Sebutan baku : 2 markah Menghayati pantun yang diucap dan gerak geri tangan yang seimbang lntonasi serta jelingan dan senyuman berasaskan mood diksi dalam pantun Berkeyakinan / kelihatan tenang, jeda yang sesuai setiap baris / sekata.

    SKALA GERAK GERI

    3 markah

    INTONASI / JEDA

    3 markahKELANCARAN

    2 markah

    BAKU 2 markah

    BAIK

    3 markah

    Menghayati pantun yangdiucap

    Gerak geri tangan yangseimbang

    Jelingan dan senyuman yangsesuai dengan diksi.

    Berkeyakinan

    Jeda yang sesuai setiapbaris/sekata

    Intonasi berasaskan mooddiksipantun

    Berkeyakinan

    SEDERHANA

    2 markah

    gerak- geri tangan yang dibuat buat

    jelingan yang berlebihan /menghala setempat

    senyuman yang seakan akandibuat buat

    intonasi suara yang melandai /sama

    hentian jeda agak perlahan atauagak cepat

    ada yang tersekat sekat. Tidak yakin

    LEMAH

    1 markah

    Gerak geri tanganberlebihan / kelihatan kaku.

    Tampak agak tertekan. Kurang yakin

    Tidak bijak mengawal intonasi Hentian jeda yang tidak kena

    pada tempatnya Tersekat sekat dan tergagap

    gagap. Suara: antara dengar dengan

    tidak.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    30/46

    30

    BORANG PENGHAKIMAN

    ( HAKIM PERTAMA ISI : 10 MARKAH )

    PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN

    TARIKH : __________________________ TEMPAT : _______________________

    SEKOLAH : ____________________________ NEGERI : ______________

    TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3

    SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML

    AH

    P1: 1 4 5 8 9 12

    P2: 13 16 17 20 21 24

    P3: 25 28 29 32 33 36JUMLAH BESAR

    LWN

    SEKOLAH : ____________________________ NEGERI : ______________

    TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun C

    SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML

    AHP1: 3 2 7 6 11 10

    P2: 23 22 15 14 19 18

    P3: 31 30 35 34 27 26

    JUMLAH BESAR

    Nama hakim : _____________________________________________ Tandatangan : ____________________

    FOKUS HAKIM 1:

    10 MARKAH sahaja. Menilai baris ketiga dan keempat.

    Pemantun yang sama atau pemantun dalam pasukan atau pasukan lawan tidakmengulang / meniru jawapan yang sama (peserta kurang kreatif) Markah diberi tidaklebih daripada 2 markah.

    Pemantun MESTI fokus pantun yang dijual dan menjawab soalan yang dijual sahaja. 0 markah tidak menjawab soalan atau 0 markah untuk jawapan pelarian. Pemantun prihatin bentuk dan aras soalan. 0 markah bagi peserta yang mengambil sepenuhnya jawapan peribahasa. Pantun jawapan berbentuk nafi dengan alasan : 3 4 markah Pantunjawapan berbentuk nafi tanpa alasan : 0 markah

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    31/46

    31

    BORANG PENGHAKIMAN

    ( HAKIM KEDUA ISI : 10 MARKAH )

    PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN

    TARIKH : __________________ TEMPAT : ______________________

    SEKOLAH : ____________________________ NEGERI : ______________

    TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3

    SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML

    AH

    P1: 1 4 5 8 9 12

    P2: 13 16 17 20 21 24

    P3: 25 28 29 32 33 36

    JUMLAH BESAR

    LWN

    SEKOLAH : ____________________________ NEGERI : ______________

    TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun C

    SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML

    AH

    P1: 3 2 7 6 11 10P2: 23 22 15 14 19 18

    P3: 31 30 35 34 27 26

    JUMLAH BESAR

    Nama hakim : _____________________________________________ Tandatangan : ____________________

    FOKUS HAKIM 2:

    10 MARKAH ( padat dan jitu : 5 markah, nilai susila : 5 markah )

    Menilai pemilihan kata/frasa serta nilai susila pada keseluruhan baris Pemantun tidak mengulang perkataan yang sama dalam baris pembayang atau baris

    maksud.

    Sekiranya pemantun mengulang kata/frasa yang sama dengan ketara danmemperlihatkan pemantun ketandusan diksi, hakim berhak memberikan 2 markahsahaja bagi markah padat dan jitu.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    32/46

    32

    BORANG PENGHAKIMAN

    ( HAKIM KETIGA BAHASA : 10 MARKAH )

    PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

    TARIKH : ________________________ TEMPAT : ________________________

    SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

    TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3

    SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML

    AH

    P1: 1 4 5 8 9 12

    P2: 13 16 17 20 21 24

    P3: 25 28 29 32 33 36JUMLAH BESAR

    LWN

    SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

    TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun C

    SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML

    AHP1: 3 2 7 6 11 10

    P2: 23 22 15 14 19 18

    P3: 31 30 35 34 27 26

    JUMLAH BESAR

    Nama hakim : _____________________________ Tandatangan : ____________________

    FOKUS HAKIM 3:

    10 markah ( rima tengah 2 markah, rima hujung 3 markah ) Rima tengah berasaskan sebutan / bunyi Rima hujung berasaskan suku kata. Suku kata : 5 markah ( 8 12 suku kata ) Lebih daripada 12 suku kata :3 markah suku kata sahaja. Lebih daripada 14 suku kata: 1 markah sahaja Kurang daripada 8 suku kata : 1 markah sahaja

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    33/46

    33

    BORANG PENGHAKIMAN

    ( HAKIM KEEMPAT KEINDAHAN BAHASA : 10 MARKAH )

    PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

    TARIKH : ________________________ TEMPAT : ________________________

    SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

    TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3

    SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML

    AH

    P1: 1 4 5 8 9 12

    P2: 13 16 17 20 21 24

    P3: 25 28 29 32 33 36JUMLAH BESAR

    LWN

    SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

    TEMA Pemantun A Pemantun B Pemantun C

    SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML

    AHP1: 3 2 7 6 11 10

    P2: 23 22 15 14 19 18

    P3: 31 30 35 34 27 26

    JUMLAH BESAR

    Nama hakim : _____________________________ Tandatangan : ____________________

    FOKUS HAKIM 4:

    10markah sahaja. Hubungan baris 1 dan baris 2 ( ada cerita, bertautan dan tiada kiasan) : 6 markah Hubungan pembayang maksud dan kaitannya dengan maksud : 4 markah Menilai keserasian antara pembayang dengan maksud : 3 markah Ada cerita, bertautan dan tiada kiasan : 5 6 markah Ada cerita, MASIH ada tautan dan tiada kiasan : 3 4 markah Ada cerita, TIADA tautan , tiada kiasan : 2 markah Ada cerita< TIADA tautan, ADA kiasan : 1 2 markah TIADA cerita, TIADA tautan, ADA kiasan : 1 markah

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    34/46

    34

    BORANG PENGHAKIMAN

    ( HAKIM KELIMA PERSEMBAHAN : 10 MARKAH )

    PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN 2008

    TARIKH : ________________________ TEMPAT : ________________________

    SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

    TEMA Pemantun 1 Pemantun 2 Pemantun 3

    SESI MENILAI PEMANTUN JUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML

    AH

    P1: 1 4 5 8 9 12

    P2:13 16 17 20 21 24

    P3: 25 28 29 32 33 36

    JUMLAH BESAR

    LWN

    SEKOLAH : ______________________________ NEGERI : ______________

    Pemantun A Pemantun B Pemantun C

    TEMAJUAL BELI JUAL BELI JUAL BELI JUML

    AHP1: 3 2 7 6 11 10

    P2: 23 22 15 14 19 18

    P3: 31 30 35 34 27 26

    JUMLAH BESAR

    Nama hakim : _____________________________ Tandatangan : ____________________

    FOKUS HAKIM 5:

    10 markah sahaja. Gerak fizikal / bahasa tubuh : 3 markah Intonasi : 3 markah Kelancaran : 2 markah Sebutan baku : 2 markah Menghayati pantun yang diucap dan gerak geri tangan yang seimbang lntonasi serta jelingan dan senyuman berasaskan mood diksi dalam pantun Berkeyakinan / kelihatan tenang, jeda yang sesuai setiap baris / sekata.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    35/46

    35

    CADANGAN TEMA PESTA PANTUN PERINGKAT KEBANGSAAN

    1. Kebersihan makanan2. Memperkasa Wawasan Remaja3. Manfaat ICT4. Majlis Harga5. Rukunegara6. Amalan Budi Bahasa7. Sekolahku Duniaku8. Pelajar Bestari Negara Lestari9. Modal Insan10. Masyarakat Hadhari11. Malaysiaku Gemilang12. Faedah Kokurikulum13. Malaysiaku Indah14. Memperkasa Bahasa15. Pendidikan Percuma16. Kepentingan IT17. Manfaat Litar Tertutup18. Sayangi Keluarga19. Cintai Alam Sekitar20. Semangat Kejiranan

    21. Semangat Perpaduan22. Budaya Membaca23. Gaya Hidup Sihat24. Pendidikan Cemerlang25. Kepimpinan Melalui Teladan26. Akhlak Mulia27. Ibu Mithali28. Keselamatan Jalan Raya29. Malaysia Cergas30. Permainan Tradisional31. Pakaian Tradisional32. Batik Malaysia33. Makanan Tradisional

    34. Sayangi Warga Emas35. Industri Tani36. Perubatan Tradisional37. Jati Diri38. Pemimpin Mithali39. Belia Jaya40. Kebersihan Diri41. Alam Sekitar42. Bekerja Lima Hari43. Sekolah Satu Sesi44. Makanan Seimbang45. Dunia Tanpa Sempadan46. Pemikiran Kritis

    47. Kecemerlangan Sukan Negara48. Di Mana Bumi Dipijak, Di situ Langit Dijunjung49. Bahasa Jiwa Bangsa50. Budaya Keusahawanan51. Satu Malaysia52. Faedah Koperasi53. Pendermaan Organ54. Permata Negara55. Pengguna Bijak56. Rakayat Sihat57. Integriti

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    36/46

    36

    58. Perpaduan Bangsa59. Pelancongan Kesihatan60. Warisan Sejarah61. Sains Sukan62. Sepakat Membawa Berkat63. Fikiran Terbuka64.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    37/46

    37

    TEKS PENGERUSI PANTUN

    Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

    Yang Berbahagia . [ nama dan jawatan ]

    Yang Berusaha . [ nama dan jawatan ]Yang Dihormati [ nama dan jawatan ]Yang dihormati dif dif jemputan,irinYang dihormati para hakim, guru guru pengiring, para pemantun dan hadirin yang dikasihilagi dimuliakan.

    Bersyukur kita ke Hadrat llahi kerana pada hari ini kita sama sama dapat beramah mesra dansaling bertukar pendapat dalam Pesta Pantun Peringkat . sambilberhubung mesra, kita dapat menghayati keindahan warisan Melayu yang tak luput ditelanzaman biarpun arus kemajuan dihirup segar sekarang ini.

    Daerah nama diberi,

    menyimpan sejarah sepanjang masa;meraut seni menyulam tradisi,tersimpul ikatan jalinan mesra.

    Sebelum gelanggang pantun dibuka, saya mempersilakan pasukan pantun dari....... dan pasukan dari mengambil tempatmasing masing.

    Saya mempersilakan barinsan hakim yang dedikasi dan bijaksana mengambil tempat mengikutprosedur masing masing. Pihak majlis mempersilakan.

    Eloklah saya memperkenalkan barisan pemantun pada hari ini. Di sebelah kanan saya ialah

    pasukan pantun dari . dengan membariskan:

    Pemantun pertama

    Pemantun kedua

    Pemantun ketiga

    Pemantun keempat

    Pemantun Kelima

    Manakala di sebelah kiri saya ialah pasukan pantun dari . denganmembariskan:

    Pemantun pertama

    Pemantun keduaPemantun ketiga

    Pemantun keempat

    Pemantun kelima

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    38/46

    38

    Hakim hakim yang dedikasi dalam melaksanakan tugas ialah :

    Hakim 1 ( Isi ) K. Hakim

    Hakim 2 ( Isi )

    Hakim 3 ( Bahasa )Hakim 4 ( Bahasa )

    Hakim 5 ( Persembahan )

    Di sebelah saya ialah penjaga masa yang sentiasa setia dengan penggunaan masa yang telahditetapkan iaitu

    Landasan peraturan wajar dimanfaatkan sebaik mungkin oleh para peserta. Sehubungan itu,saya bacakan peraturan peraturan pertandingan pantun:

    1. Pantun yang dibenarkan ialah pantun empat kerat dengan dua baris pembayang dandua baris maksud.

    2. Masa yang dibenarkan untuk menjual dan membeli pantun ialah:2.1 Masa menjual pantun 15 saat untuk pusingan pertama dan30 saat untuk

    pusingan ketiga serta pusingan tambahan2.2 Masa untuk membeli pantun 60 saat untuk pusingan pertama, kedua, ketiga dan

    pusingan tambahan2.3 Untuk pusingan kedua, masa menjual dan membeli pantun ialah 60 saat.2.4 Pantun hanya boleh dijual dan dibeli setelah loceng dibunyikan iaitu:

    (A) JUAL PANTUNLoceng dibunyikan sekali sebaik sahaja jurupantun meminta pemantun menjualkan

    pantun dan loceng akan dibunyikan dua kali setelah tamat masa menjua, iaitu tamatnya 15saat untuk pusingan pertama.. Sementara pusingan kedua masa menjual pantun adalah 60saat dan masa menjual pantun bagi pusingan ketiga dan pusingan tambahan adalah 30saat.

    (B) BELIAN PANTUNLoceng dibunyikan sekali sebaik sahaja dan jurupantun meminta pemantun membeli

    pantun. Loceng dibunyikan dua kali menandakan masa membeli pantun telah tamatnya,iaitu 60 saat. Pantun yang dibeli / dijawab selepas loceng dua kali dibunyikan tidak akandiberi sebarang markah.

    3. Pemantun yang gagal menjual pantun dalam tempoh masa yang dibenarkan tidakmendapat sebarang markah. Sebaliknya pembeli pantun tersebut tetap dikehendakimembeli pantun berasaskan tema yang sepatutnya dijual oleh pihak lawan.

    4. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang pantun yang dijualkan olehpenjual pantun kecuali atas permintaan jurupantun setelah mendapat arahan daripadaketua hakim.

    5. Setiap pemantun dikehendaki menjual 3 rangkap pantun berdasarkan tema yangditetapkan dan membeli rangkap pantun.

    6. Pertandingan pantun dijalankan dalamempat pusingan.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    39/46

    39

    7. Jika berlaku seri, pasukan mendapat markah isi terbanyak dikira sebagai pemenang.Sekiranya berlaku seri, markah dalam bahasa akan dikira.

    8. PEMBAHAGIAN MARKAHIsi : 20 markahBahasa : 20 markahPersembahan : 10 markah

    9. PERTANDINGAN INI DIHAKIM OLEH LIMA HAKIMIsi : 2 hakimBahasa : 2 hakimPersembahan : 1 hakim

    10. Pemantun tidak dibenarkan berbincang atau meniru dalam kumpulan masing-masing.Sekiranya berlaku perbincangan atau meniru, markah akan dipotong sebanyak 50markah daripada jumlah markah keseluruhan.

    11. Pada pusingan kedua, semua pemantun hendaklah berpantun secara spontan / bebas

    berdasarkan tema yang terkawal yang dipilih oleh pemantun sendiri. Prosedurnya,selepas sahaja selesai pusingan pertama, para pemantun hendaklah menyerahkansemua kertas / nota / buku / bahan kepada urus setia. Maksudnya, tidak ada apa-apabahan bersama - sama pemantun. Pemantun akan diberi kertas kosong, mencabutundian tema, diberikan 60 saat untuk menjual dan membeli pantun berdasarkan tematersebut secara spontan.

    12. Pada pusingan ketiga, semua pemantun hendaklah berpantun secara spontan / bebasberdasarkan tema pemantun sendiri. Pemantun mesti menyerahkan tema pantunkepada juru pantun untuk diumumkan oleh juru pantun sebelum menjualkanpantun masing-masing. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang temapantun yang disebutkan oleh juru pantun pantun kecuali atasbudi bicarajuru pantun

    setelah mendapat arahan daripada ketua hakim. Pantun hendaklah dicipta dan dijualdalam masa 30 saat. Pemantun juga tidak boleh mempunyai sebarang bahan rujukan,iaitu tidak ada apa-apa bahan bersama-sama pemantun kecuali kertas kosong dan alattulis yang telah diberikan semasa pusingan kedua.

    13. Pada pusingan ketiga, pemantun boleh menjualkan pantun dengan tema yang samadalam pusingan awal dan kedua. Bagaimanapun, untuk memperoleh markah yang baik,sewajarnya pemantun dapat menjualkan pantun yang berbeza seperti aspekpembayang, soalan, pemilihan diksi dan lain-lain.

    14. Pada pusingan tambahan, pemantun kelima hendaklah berpantun secara spontan /

    bebas berdasarkan tema pemantun sendiri.Pemantun mesti menyerahkan temapantun kepada juru pantun untuk diumumkan oleh jurupantun sebelummenjualkan pantun masing-masing. Pembeli pantun tidak dibenarkan memintamengulang tema pantun yang disebutkan oleh juru pantun pantun kecuali atasbudibicarajurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim. Pantun hendaklahdicipta dan dijual dalam masa 30 saat. Pemantun juga tidak boleh mempunyaisebarang bahan rujukan, iaitu tidak ada apa-apa bahan bersama-sama pemantunkecuali kertas kosong dan alat tulis yang telah diberikan semasa pusingan kedua.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    40/46

    40

    [ Pilih salah satu pantun di bawah untuk dibaca ]

    Indah cuaca senja menjelang,lebat rimbun pohon mengkudu;

    Bismillah kata pembuka gelanggang,silat pantun anak Melayu.

    ATAU

    Mekar budaya bangsa tersohor,falsafah bangsa pengukir zaman;

    Pesta pantun hidup subur,agar terpelihara budaya berzaman.

    FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN PERTAMA

    1 A

    2 B

    3 C

    KE PUSINGAN PERTAMA(Pilih dan baca salah satu pantun di bawah)

    1 Ke Tanjung Arus memburu rusa,tiadakan sunyi bertemu jiran;

    gelanggang pantun menggamit rasa,

    pusingan pertama menguji fikiran.

    ATAU

    2 Di kala senja dingin terasa,nyaman suasana indah terperi;

    pusingan pertama debaran terasa,(rujuk tema) tema diberi.

    ATAU

    3 Tampak pemuda setia menanti,

    asuhan tok guru jadi panduan;pusingan pertama debaran menanti,

    hati terusik jelingan rakan.ATAU

    4 Hajat si miskin menumpang si kaya,berbincang mesra tersemat di hati;

    hajat hati biarlah berjaya,pusingan pertama ujian menanti.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    41/46

    41

    Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan pertama ini ialah(bacakan tema-ulang tema dua kali)

    Nota : Pengerusi pantun, sila rujuk format pertandingan pusingan pertama.

    Baiklah, dipersilakan pemantun pertama dari . menjualkan pantun kepada pemantunpertama dari.

    Arahan pengerusi pantun:

    1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat darisekarang.

    ATAU2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    ATAU3 Pantun dijual penuh makna. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Nota : 1 Setelah pantun dibeli / dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada ketuahakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. ( sama ada hakim bersediaatau tidak)

    2 Rujuk format pertandingan pusingan pertama agar arahan boleh diberi denganbaik kepada pemantun.

    FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KEDUA

    1 A

    2 B

    3 C

    PUSINGAN KEDUA

    (Pilih dan baca salah satu rangkap pantun sahaja)

    1 Sayang pauh patahnya dahan,

    Tempat merbuk berkidung mesra;Banyak tajuk jadi pilihan,

    Undian dibuat menguji minda.

    ATAU

    2 Pandan podak di celah batu,Rumpun cempa kembang berseri;

    Pusingan keduaUndian tajuk syarat diberi.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    42/46

    42

    ATAU

    3 Lambaian Pak Tua tercuitnya hati,Berpisah keluarga ke tengah lautan;

    Pusingan pertama berlalu pergi,Pusingan kedua semaraknya cabaran.

    ATAU

    4 Tampak pemuda jiwa semarak,Kepada penggawa memohon restu;

    Debaran berpesta kian memuncak,Pusingan kedua

    ATAU

    5 Sidara jelita bersendaloka,Bersimpuh manja terhibur hati;

    Pusingan kedua gelanggang terbuka,

    Minda diuji debaran menanti.

    Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, di pusingan kedua, tema-tema pilihandibuat melalui undian. Oleh itu setiap peserta diminta memilih tema pantun berdasarkan

    _______ . Para peserta diberi masa selama 1 minit ATAU 60 saat untuk mencipta pantunsecara spontan. Pemantun tidak dibenarkan meniru sebarang nota/merujuk kepada mana-mana nota untuk mencipta pantun.

    Nota : Pengerusi pantun sila rujuk format pertandingan pusingan kedua.

    Contoh Arahan :

    Peserta pertama daripada pasukan. sila ke meja Pengerusi Pantun untuk mencabut undi.

    Setelah pemantun duduk.

    Anda telah mendapat tema .. Sila cipta pantun dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Setelah pantun dijual.

    1 Anda telah mendengar pantun itu tadi. Sila jawab 60 saat dari sekarang.

    ATAU

    2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    ATAU

    3 Pantun dijual penuh bermakna. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    43/46

    43

    ATAU

    4 Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada ketuahakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama ada hakimbersedia atau tidak)

    2 Rujuk format pertandingan pusingan kedua agar arahan boleh diberi denganbaik kepada peserta.

    FORMAT PERTANDINGAN PUSINGAN KETIGA

    1 A

    2 B

    3 C

    KE PUSINGAN KETIGA

    (Pilih dan baca salah satu pantun di bawah)

    1 Terasa mesra tersusun madah,Dara jelita baru bersua;

    Pusingan kedua berakhir sudah,Cabaran menanti di pusingan ketiga.

    ATAU

    2 Awan nan biru tampaknya indah,Di laman anggerik cantik berseri;

    Ke pusingan ketiga hati tak gundah,(bacakan tema) tema diberi.

    ATAU

    3 Rumpun serai padat berbaris,Bunga mawar indah mencelah;

    Budaya berpantun penyeri majlis,Pusingan ketiga bertambah meriah.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    44/46

    44

    ATAU

    4 Di laman mawar tampaknya bersih,Sayang sekali ditimpa hujan;

    Pusingan ketiga tema dipilih,(bacakan tema) menjadi sebutan.

    ATAU

    5 Pinggiran rimba tumbuhnya palas,Tumbuh mencelah pohonan pala;

    Di pusingan ketiga pantun berbalas,Hati yang tenang penawar segala.

    Untuk pengetahuan para pemantun dan para hakim, tema pada pusingan ketiga adalah temapemantun sendiri. Penjual pantun mesti menyebutkan tema pantun dengan jelas terlebih dahulusebelum menjualkan pantun. Masa menjual pantun adalah 30 saat. Pembeli pantun tidakdibenarkan meminta mengulang tema pantun yang disebutkan oleh penjual pantun kecuali atas

    permintaan jurupantun setelah mendapat arahan daripada ketua hakim.

    Nota : Pengerusi pantun sila rujuk format pertandingan pusingan ketiga.

    Contohnya: Di pusingan ketiga ini, pemantun pertama dari akanmenjualkan pantun kepada pemantun ketiga dari .

    Arahan Pengerusi Pantun

    1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat darisekarang.

    ATAU

    2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    ATAU

    3 Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada ketuahakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama ada hakim bersediaatau tidak}

    2 Rujuk format pertandingan pusingan ketiga agar arahan boleh diberi denganbaik kepada pemantun.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    45/46

    45

    NOTA UNTUK JURUPANTUN:

    Sila cipta pantun yang berkaitan sebelum ke pusingan tambahan

    KE PUSINGAN TAMBAHAN

    5 E

    Untuk pengetahuan pemantun kelima dan para hakim, tema pada pusingan tambahan iniadalah tema pemantun kelima sendiri.Pemantun kelima mesti menyerahkan tema pantunkepada juru pantun untuk diumumkan oleh jurupantun sebelum menjualkanpantun kepada pihak lawan. Pembeli pantun tidak dibenarkan meminta mengulang temapantun yang disebutkan oleh juru pantun kecuali atasbudi bicarajurupantunsetelah mendapat arahan daripada ketua hakim. Pantun hendaklah dicipta dan dijual dalammasa 30 saat. Pemantun juga tidak boleh mempunyai sebarang bahan rujukan, iaitu tidak ada

    apa-apa bahan bersama-sama pemantun kecuali kertas kosong dan alat tulis yang telahdiberikan semasa pusingan kedua.

    Nota : Pengerusi pantun sila rujuk format pertandingan pusingan tambahan.

    Contohnya: Di pusingan tambahan ini, pemantun pertama dari akanmenjualkan pantun kepada pemantun kelima dari .

    Arahan Pengerusi Pantun

    1 Anda telah mendengar pantun itu tadi, sila jawab dalam masa 60 saat darisekarang.

    ATAU

    2 Begitulah soalan yang diberi. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    ATAU

    3 Pantun dijual indah terserlah. Sila jawab dalam masa 60 saat dari sekarang.

    Nota : 1 Setelah pantun dibeli/dijawab, pengerusi pantun perlu merujuk kepada ketuahakim pantun untuk mendapat arahan selanjutnya. (sama ada hakim bersediaatau tidak}

    2 Rujuk format pertandingan pusingan tambahan agar arahan boleh diberidengan baik kepada pemantun.

  • 7/31/2019 Peraturan Pertandingan Pesta Pantun

    46/46

    Hadirin-hadirat yang dirahmati,

    Begitulah berakhirnya jual beli pantun antara pasukan .. dengan pasukan pantun dari Semuanya tampak meriah dan bercambah kembali susila berpantun dalamkalangan generasi alaf baru ini.

    Kenari bersenda di dahan ara,tiadakan sunyi bersama kawan;

    budaya berpantun bersambut mesra,biarlah abadi sepanjang zaman.

    Sementara menanti keputusan daripada para hakim yang menjalankan tugas dengan penuhdedikasi, saya memberi peluang kepada mana-mana pelajar atau penonton untuk menjualkanpantun kepada para peserta yang ada di kiri dan di kanan saya ini. Dipersilakan

    Sampailah masa yang ditunggu-tunggu untuk kita mengetahui pemenang dalam pertandingan

    ini. Sebelum itu,Tiada kata seindah madah,

    dicipta lagu tersentuh rasa;jika terdapat silap dan salah,

    maaf dipinta setiap masa.

    Nota : Sila baca keputusan dengan cermat sebelum mengumumkan pemenang.

    Tahniah kepada pasukan yang berjaya, manakala kepada pasukan yang gagal, kecewa bukanpenawar segala. Berusahalah agar ruang kegagalan menjadi penawar berharga untuk menciptakejayaan yang membanggakan. Akhirnya,

    Mekar mewangi bunga cempaka,daun semalu dikirai jangan;

    akar budi santun bahasa,pantun Melayu kekal berzaman.

    Ampun maaf andainya terkasar bahasa , terkhilaf bicara dan kurang berhemah ketikamengendalikan pertandingan yang menjadi perhatian semua pihak.Sekian, assalamualaikum..