dato’ - forestry.gov.my · kumpulan pengurus muda (kpm), nre buat julung kalinya telah...

2
Kumpulan Pengurus Muda (KPM), NRE buat julung kalinya telah menganjurkan Pertandingan Futsal Piala KSU 2014 sebagai kick start kepada aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh KPM, NRE sepanjang tahun 2014. Pertandingan yang telah diadakan di Kompleks Futsal 1Malaysia, Presint 18, Putrajaya pada 26 April 2014 ini adalah terbuka kepada penyertaan semua warga Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah NRE. Pertandingan yang telah melibatkan seramai 120 peserta dengan 15 pasukan lelaki dan wanita ini dirasmikan oleh YBrs. Tn Hj. Suhaimi Hj. Mamat, Penasihat KPM, NRE. Seterusnya, pertandingan dimulakan pada jam 9.00 pagi. Bagi kategori lelaki, pasukan Forestry Research Institute Malaysia (FRIM) telah dinobatkan sebagai juara pada pertandingan kali ini dan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memenangi naib johan. Bagi kategori wanita pula, pasukan RJL telah menjuarai pertandingan manakala naib johan dimenangi oleh pasukan KPM NRE. Pihak KPM NRE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Dato’ Sri KSU NRE di atas penajaan piala pusingan, pihak BPKN di atas peralatan logistik dan pihak UKK sebagai media rasmi pertandingan. Pihak KPM NRE juga merakamkan penghargaan kepada Perbadanan Putrajaya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Futsal Kebangsaan Malaysia, Kelab Futsal NRE dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan Pertandingan Futsal Piala KSU 2014.

Upload: duongnga

Post on 06-May-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kumpulan Pengurus Muda (KPM), NRE buat julung kalinya telah

menganjurkan Pertandingan Futsal Piala KSU 2014 sebagai kick start

kepada aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan oleh KPM, NRE sepanjang

tahun 2014. Pertandingan yang telah diadakan di Kompleks Futsal

1Malaysia, Presint 18, Putrajaya pada 26 April 2014 ini adalah terbuka

kepada penyertaan semua warga Bahagian, Jabatan dan Agensi di bawah

NRE.

Pertandingan yang telah melibatkan seramai 120 peserta dengan 15

pasukan lelaki dan wanita ini dirasmikan oleh YBrs. Tn Hj. Suhaimi Hj.

Mamat, Penasihat KPM, NRE. Seterusnya, pertandingan dimulakan pada

jam 9.00 pagi.

Bagi kategori lelaki, pasukan Forestry Research Institute Malaysia (FRIM)

telah dinobatkan sebagai juara pada pertandingan kali ini dan Jabatan

Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) memenangi naib johan. Bagi

kategori wanita pula, pasukan RJL telah menjuarai pertandingan manakala

naib johan dimenangi oleh pasukan KPM NRE.

Pihak KPM NRE merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg.

Dato’ Sri KSU NRE di atas penajaan piala pusingan, pihak BPKN di atas

peralatan logistik dan pihak UKK sebagai media rasmi pertandingan.

Pihak KPM NRE juga merakamkan penghargaan kepada Perbadanan

Putrajaya, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Futsal

Kebangsaan Malaysia, Kelab Futsal NRE dan Persatuan Perkhidmatan

Tadbir dan Diplomatik di atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan

Pertandingan Futsal Piala KSU 2014.