peraturan hoki 6 sebelah 2012

6
PERATURAN PERTANDINGAN HOKI 6 – SEBELAH BAWAH 10 TAHUN (L), BAWAH 16 TAHUN (L/P) DAN JEMPUTAN DEWASA ( L) TAHUN 2012 _______________________________________________________ 1. Nama Pertandingan Pertandingan Hoki 6 – Sebelah Bawah 10 Lelaki, Bawah 16 Tahun Lelaki / Perempuan dan Jemputan Lelaki Anjuran Bersama Sekolah Menengah Sains Johor , Persatuan Hoki Daerah Kluang Dan Pejabat Sukan dan Belia Daerah Kluang pada 21- 23 September 2012. 2. Peraturan Am Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang terbaru yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa yang diterima pakai oleh Persatuan Hoki Malaysia (PHM) dan Peraturan Am MSSM Tahun 2010. 3. Peraturan Pertandingan Selain daripada peraturan am di atas, Jawatankuasa Penganjur berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur. 4. Penyertaan Pasukan Pertandingan ini akan disertai oleh pelajar-pelajar daripada sekolah menengah dan rendah yang terdiri daripada pasukan Bawah 10 Lelaki, Bawah 16 Tahun Lelaki / Perempuan dan Jemputan Lelaki Bawah – 10 lahir pada atau selepas 1 Januari 2002 Bawah – 16 lahir pada atau selepas 1 Januari 1996 5. Kelayakan Dan Pendaftaran Pemain 5.1 Pertandingan terbuka kepada semua sekolah (bawah 10 lelakki dan 16 tahun L/P) dan Jemputan Terbuka Lelaki. Bagi penyertaan kategori Jemputan Terbuka adalah terhad. Pasukan yang layak menyertai kategori ini akan dihubungi oleh setiausaha kejohanan atau boleh disemak dalam laman web kejohanan pada 5 September 2012. 5.2 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 8 orang pemain (termasuk 2 orang pemain simpanan).Setiap sekolah dibenarkan menghantar lebih daripada satu pasukan. 5.3 Borang pendaftaran lengkap mestilah diserahkan pada hari pendaftaran iaitu pada hari Jumaat 21 Sept 2012 jam 2.30 petang, bagi kategori bawah 10 Lelaki dan hari Sabtu 22 Sept 2012 jam 8.00 pagi bagi kategori bawah 16 Lelaki/Perempuan serta Terbuka,Jemputan , 5.4 Hanya pemain yang berdaftar dengan sekolah sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian kategori bawah 10 dan 16 tahun.

Upload: mohammad-falakhuddin

Post on 26-Jul-2015

160 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Hoki 6 Sebelah 2012

PERATURAN PERTANDINGAN HOKI 6 – SEBELAHBAWAH 10 TAHUN (L), BAWAH 16 TAHUN (L/P)DAN JEMPUTAN DEWASA ( L) TAHUN 2012

_______________________________________________________

1. Nama Pertandingan

Pertandingan Hoki 6 – Sebelah Bawah 10 Lelaki, Bawah 16 Tahun Lelaki / Perempuan dan Jemputan Lelaki Anjuran Bersama Sekolah Menengah Sains Johor , Persatuan Hoki Daerah Kluang Dan Pejabat Sukan dan Belia Daerah Kluang pada 21- 23 September 2012.

2. Peraturan Am

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang terbaru yang telah ditetapkan oleh Persekutuan Hoki Antarabangsa yang diterima pakai oleh Persatuan Hoki Malaysia (PHM) dan Peraturan Am MSSM Tahun 2010.

3. Peraturan Pertandingan

Selain daripada peraturan am di atas, Jawatankuasa Penganjur berhak meminda/mengadakan peraturan-peraturan tambahan, selaras dengan matlamat penganjur.

4. Penyertaan Pasukan

Pertandingan ini akan disertai oleh pelajar-pelajar daripada sekolah menengah dan rendah yang terdiri daripada pasukan Bawah 10 Lelaki, Bawah 16 Tahun Lelaki / Perempuan dan Jemputan Lelaki

Bawah – 10 lahir pada atau selepas 1 Januari 2002 Bawah – 16 lahir pada atau selepas 1 Januari 1996

5. Kelayakan Dan Pendaftaran Pemain

5.1 Pertandingan terbuka kepada semua sekolah (bawah 10 lelakki dan 16 tahun L/P) dan Jemputan Terbuka Lelaki. Bagi penyertaan kategori Jemputan Terbuka adalah terhad. Pasukan yang layak menyertai kategori ini akan dihubungi oleh setiausaha kejohanan atau boleh disemak dalam laman web kejohanan pada 5 September 2012.5.2 Setiap pasukan hendaklah terdiri daripada 8 orang pemain (termasuk 2 orang pemain simpanan).Setiap sekolah dibenarkan menghantar lebih daripada satu pasukan.5.3 Borang pendaftaran lengkap mestilah diserahkan pada hari pendaftaran iaitu pada hari Jumaat 21 Sept

2012 jam 2.30 petang, bagi kategori bawah 10 Lelaki dan hari Sabtu 22 Sept 2012 jam 8.00 pagi bagi kategori bawah 16 Lelaki/Perempuan serta Terbuka,Jemputan ,

5.4 Hanya pemain yang berdaftar dengan sekolah sahaja dibenarkan untuk mengambil bahagian kategori bawah 10 dan 16 tahun.

5.4 Pertukaran pemain TIDAK DIBENARKAN selepas pendaftaran dibuat.5.5 Seorang pemain hanya mendaftar dalam satu pasukan sahaja dan memakai nombor yang sama sepanjang pertandingan.

6. Kelayakan Pemain

6.1 Semua pemain hendaklah terdiri daripada pelajar yang berdaftar dengan sekolah masing-masing dan berumur tidak lebih daripada 10 dan 16 tahun. 6.2 Bagi kategori Jemputan Dewasa, setiap pasukan hanya dibenarkan mendaftar seorang pemain Malaysia ATAU bekas pemain Malaysia ( tahun 2005 hingga 2012 )

6.3 Semua perlawanan akan dilangsungkan pada 21 hingga 23 September 2012 bertempat di Padang Rumput Sekolah Menengah Sains Johor. Jadual pertandingan akan diedarkan kemudian oleh pihak pengelola.

Page 2: Peraturan Hoki 6 Sebelah 2012

7. Pakaian

7.1 Setiap pasukan dikehendaki menyediakan dua set jersi yang berlainan warna . Jika terdapat kes di mana dua buah pasukan yang bertanding itu mempunyai warna jersi yang sama maka pasukan yang namanya disebut dahulu hendaklah menukarkan jersinya.

8. Sistem Pertandingan

8.1 Format - 6 - sebelah sepasukan 8.2 Pusingan awal - Liga dalam kumpulan

- Johan dan Naib Johan setiap kumpulan layak ke peringkat seterusnya. 8.3 Pusingan kedua dan seterusnya dijalankan mengikut ketetapan berikut :

* Lelaki bawah 10 tahun – Kumpulan X ,Y dan akhir.* Lelaki bawah 16 tahun – Suku akhir dan kalah mati.* Perempuan bawah 16 tahun - Kumpulan X ,Y dan akhir.* Jemputan Lelaki – Pusingan kedua dan kalah mati.

8.4 Jumlah minima pemain dalam satu pasukan ialah 4 orang pemain. Pasukan yang menurunkan kurang daripada 4 orang pemain dalam satu perlawanan akan dibatalkan perlawanannya dan dikira kalah. Pasukan lawan yang mempunyai cukup pemain di atas padang akan diberi kemenangan percuma dengan jaringan 2-08.5 Pemain simpanan dibenarkan untuk ditukar pada bila-bila masa sepanjang

perlawanan. Pengantian ini adalah dibuat secara ‘Rolling Substitution’.8.6 Peraturan ‘Auto Play’ diguna pakai, jarak 3m.8.7 Permainan akan ditamatkan mengikut masa yang ditetapkan walaupun semasa Penalti Corner.

9. Masa Pertandingan

9.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut susunan jadual yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola.9.2 Setiap perlawanan ( pusingan awal, separuh akhir dan akhir) mempunyai 2

separuh masa. Tempoh permainan bagi setiap separuh masa adalah 7 minit dengan 1 minit masa rehat ( 7 minit – 1 minit – 7 minit ).

9.3 Jika peringkat pusingan kedua, separuh akhir dan akhir masih seri , sistem pukulan penalti 3kali dijalankan bagi menentukan pemenang ( Rujuk Peraturan Am 10.3.2 dan 10.3.3). 9.4 Semua pasukan yang dijadualkan untuk bermain mestilah berada di gelanggang permainan 10 minit sebelum perlawanan dimulakan. Pasukan yang lewat 10 minit selepas masa yang dijadualkan akan dikira kalah. Kemenangan percuma akan diberikan kepada pihak lawan yang hadir dengan kiraan jaringan 2-0. 9.5 Pengurus atau Ketua Pasukan hendaklah menyerahkan nama pemain-pemain kepada Pegawai teknikal bertugas 10 minit sebelum perlawanan dimulakan.9.6 Sekiranya keadaan tidak mengizinkan seperti cuaca buruk dan masa suntuk, pukulan penalti 3 kali akan dijalankan untuk menentukan pemenang.9.7 Pihak Jawatankuasa Teknikal Pertandingan berhak mengubah masa dan jadual pertandingan dan akan dimaklumkan kepada pengurus pasukan pasukan yang berkenaan.

Page 3: Peraturan Hoki 6 Sebelah 2012

10. Sistem Penalti Stroke

10.1 Pengadil akan menentukan pintu gol mana penalti strok hendak dijalankan.10.2 Pengadil akan membuat undian. Pasukan yang menang dalam undian akan membuat pilihan sama ada

memulakan penalti strok atau bertahan dahulu.10.3 Tiga (3) pemain dari kedua-dua pasukan akan mengambil penalti strok berselang-seli terhadap penjaga

gol lawan.10.4 Pengurus pasukan akan menentukan susunan pemain yang akan mengambil pukulan penalti strok bagi

pasukan masing-masing.10.5 Jika jaringan pukulan penalti strok adalah sama selepas tiga (3) penalti strok diambil oleh kedua-dua

pasukan, penalti strok ’SUDDEN DEATH’ akan dijalankan sehingga terdapat pemenang.10.6 Susunan kedudukan pemain yang mengambil penalti strok secara ’SUDDEN DEATH’ tidak perlu

mengikut turutan penalti strok awal tetapi diambil oleh tiga(3) pemain yang sama.10.7 Pasukan yang tidak memulakan penalti strok pada peringkat awal akan mengambil penalti strok pertama

dalam penalti strok ’SUDDEN DEATH’.10.8 Pemain-pemain yang telah didaftarkan boleh mengambil bahagian dalam pertandingan penalti strok

kecuali pemain-pemain yang digantung kekal ( Players of Permanent Suspension)10.9 Penjaga Gol diwajibkan memakai set lengkap semasa mempertahankan golnya semasa penalti strok.

11. Cara – cara memutuskan keputusan kumpulan

11.1. Pemberian mata setiap perlawanan adalah seperti berikut :Menang : 3 mataSeri : 1 mataKalah : 0 mata

11.2 Kedudukan pasukan akan ditentukan berdasarkan jumlah mata yang dikumpulkan oleh setiap pasukan.11.3 Jika di akhir pertandingan dalam kumpulan sama, maka kedudukan pasukan akan

ditentukan berpandukan kapada PERBEZAAN GOL (GOAL DIFFERENCE ) bilangan gol yang dijaringkan ditolak bilangan gol yang kena jaring.

11.4 Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah menjaringkan GOL TERBANYAK akan dikira menang. 11.5 Jika lebih dari satu pasukan mempunyai mata yang sama, maka kedudukan akan ditentukan berdasarkan BILANGAN KEMENANGAN. 11.6 Jika kedudukan masih sama, pasukan yang telah MENGALAHKAN LAWANNYA di peringkat kumpulan dikira menang.

11.7 Jika kedudukan masih sama , sistem pukulan penalti 3 kali akan digunakan untuk menentukan pemenang.

11.8 Jika masih sama selepas 6 pukulan penalti, maka lambungan Duit Syiling akan digunakan untuk menentukan pemenang.

12. Bantahan

12.1 Bantahan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan secara bertulis dan dihantar kepada Pengelola Pertandingan dalam masa Tiga Puluh (30) minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan.

12.2 Bermain di bawah bantahan dibenarkan. Jika bantahan itu berjaya, keputusan kemenangan 3 – 0 diberikan kepada pihak yang membuat bantahan.12.3 Setiap bantahan (12.1 dan 12.2) mestilah disertakan dengan bayaran

sebanyak RM 300.00. Wang tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu tidak berjaya.12.4 Jawatankuasa teknikal akan bermesyuarat bersama dengan pengadil

perlawanan untuk membuat keputusan . Keputusan adalah muktamad..

Page 4: Peraturan Hoki 6 Sebelah 2012

13.0 Penangguhan Perlawanan

13.1 Tiap-tiap perlawanan akan dijalankan mengikut masa yang telah dijadualkan tetapi sekiranya pada pendapat Pengarah Pertandingan, keadaan padang tidak sesuai untuk sesuatu perlawanan ataupun ditangguhkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan maka perlawanan itu akan dijalankan di tempat dan pada masa yang akan ditetapkan oleh Pengarah Pertandingan. Keputusan Pengarah Pertandingan dalam hal ini adalah muktamad.

13.2 Jika selepas bermain separuh masa iaitu 7 minit permainan diberhentikan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, maka permainan itu dianggap telah tamat tempoh permainannya dan kedudukan jaringan masa itu akan diambil kira.

13.3 Jika permainan diberhentikan sebelum 7 minit maka permainan itu akan disambung dari masa ia diberhentikan dengan kedudukan kekal sebelum permainan ditangguhkan di suatu tempat dan masa yang akan ditetapkan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan.

14.0 Jawatankuasa Bantahan dan Tatatertib

14.1 Tn. Haji Idris B. Ahmad 14.2 Tn. Haji Abdul Malik Khew Bin Abdullah 14.3 En. Samsulharul Bin Anuar 14.4 En. B Shaji

13. Menarik Diri Dan Menyerah Kalah

15.1 Sila rujuk Peraturan Am (23) MSSM15.2 Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau ,menyerah kalah dengan sengaja

daripada pertandingan, semua keputusan perlawanan yang dimainkan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak akan dibenarkan memasuki sebarang perlawanan seterusnya

14. Tindakan Tatatertib

16.1 KadKAD HIJAU - ( minimum 2 minit keluar padang )KAD KUNING - ( minimum 5 minit keluar padang )KAD MERAH - ( keluar padang serta tidak dibenarkan berada

dibangku simpanan dan gantung 1 perlawanan berikutnya)

15. Lantikan Pengadil

16.1 Jawatankuasa Teknikal dan Pengelola bertanggungjawab melantik pengadil – pengadil untuk pertandingan ini.16.2 Sebarang rayuan atau bantahan terhadap keputusan atau pemilihan pengadil - pengadil TIDAK akan di

layan.16.3 Keputusan Pengadil adalah MUKTAMAD dan TIDAK boleh dipertikaikan.

Perkara – Perkara Yang Tidak Dinyatakan

18.1 Perkara-perkara yang tidak dinyatakan di dalam Peraturan Pertandingan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola yang mana keputusannya adalah MUKTAMAD.

Setiausaha.Pengelola Kejohanan

Page 5: Peraturan Hoki 6 Sebelah 2012