peraturan dalam makmal sains

Upload: ting-siong-poh

Post on 04-Nov-2015

269 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

rules

TRANSCRIPT

PERATURAN DALAM MAKMAL SAINS1. Pelajar tidak dibenarkan masuk makmal tanpa guru.2. Tidak boleh menjalankan eksperimen tanpa arahan guru dan guru mesti ada bersama sepanjang masa.3. Dilarang bermain dengan sebarang peralatan/kelengkapan di dalam makmal.4. Makanan dan minuman tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam bilik makmal.5. Peralatan-peralatan Sains dan bahan kimia tidak boleh dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru.6. Peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi hanya boleh digunakan atas arahan dan panduan guru.7. Semua peralatan sains, bahan kimia atau bahan biologi yang telah digunakan hendaklah dikembalikan ke tempat asalnya.8. Semua peralatan yang digunakan hendaklah dibersihkan sebelum disimpan.9. Sebarang kerosakan, pecah atau hal kemalangan hendaklah dilaporkan kepada guru.10. Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.11. Kertas tidak boleh digunakan untuk menghidupkan api penunu bunsen.12. Kayu mancis atau benda-benda lain yang menyala mesti dimatikan sebelum dibuang dalam bakul sampah.13. Murid-murid tidak dibenarkan membawa beg sekolah masuk ke dalam makmal.14. Sebelum meninggalkan makmal pastikan semua sinki, paip ditutup, papan hitam dibersihkan dan tidak ada sebarang sampah.15. Kerusi makmal hendaklah diatur dengan kemas. Keadaan dalam makmal hendaklah bersih dan kemas selepas tiap-tiap waktu makmal.16. Setiap kerosakan, pecahan atau hal kemalangan perlulah dilaporkan dengan segera kepada guru atau pun kakitangan makmal.17. Langkah-langkah keselamatan hendaklah dipatuhi setiap masa berada di dalam makmal.

PERATURAN SEMASA MENGEDALIKAN BAHAN KIMIA1. Label pada botol mestilah dibaca dengan teliti untuk mempastikan bahawa bahan kimia yang akan digunakan itu betul.2. Gunakan sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia sahaja semasa membuat pemerhatian kerana sedikit bahan kimia adalah mencukupi untuk memberi pemerhatian yang jelas. Jangan membazirkan bahan kimia.3. Gunakan spatula untuk mengambil bahan kimia pepejal. Jangan gunakan jari tangan.4. Botol yang mengandungi bahan kimia mesti ditutup semula dengan segera setelah diambil bahannya.5. Bahan kimia yang lama dilupuskan dengan cara yang betul.

Saya telah membaca dan memahami peraturan-peraturan makmal seperti yang dinyatakan di atas. Saya bersetuju untuk mematuhi semua peraturan ini, ikut arahan, dan bertindak secara bertanggungjawab pada setiap masa.

Tandatangan: Tarikh:Nama:No matriks:Kumpulan:

Tandatangan: Tarikh:Pengajar: