peraturan makmal dan etika internet

9
PERATURAN MAKMAL KOMPUTER DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

Upload: mohd-aizat-idris

Post on 18-Aug-2015

224 views

Category:

Education


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan makmal dan etika internet

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

DAN ETIKA

PENGGUNAAN INTERNET

Page 2: Peraturan makmal dan etika internet

Peraturan asas penggunaan makmal ICT di sekolah:

 1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.

2.  Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.

3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.

4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.

5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.

Page 3: Peraturan makmal dan etika internet

Contoh peraturan asas penggunaan makmal ICT di sekolah:

6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.

7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.

8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.

9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)

Page 4: Peraturan makmal dan etika internet

Contoh peraturan asas penggunaan makmal ICT di sekolah:

10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.

11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan  wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.

12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.

13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.

Page 5: Peraturan makmal dan etika internet

Contoh peraturan asas penggunaan makmal ICT di sekolah:

14.Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.

15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.

16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.

17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.

18. Tindakan disiplin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.

Page 6: Peraturan makmal dan etika internet

• Pelajar yang melanggar peraturan-peraturan di makmal komputer akan diberi amaran dan diminta meninggalkan makmal. Sekiranya arahan itu tidak dipatuhi suis komputer akan dimatikan.

• Tindakan Kompaun akan diambil mengikut ‘Senarai Kesalahan dan Denda' yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Kolej.

Contoh peraturan asas penggunaan makmal ICT di sekolah:

Page 7: Peraturan makmal dan etika internet

Etika penggunaan internet• Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah

menjadi satu kesalahan untuk:

i) Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.

ii) Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

iii) Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya

iv) Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

Page 8: Peraturan makmal dan etika internet

E-mel– Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisement/

spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing).

– Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing), iaitu secara sengaja membanjiri e-mail seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.

– Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.

– Memalsukan e-mel (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.

– Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.

– Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerobohan:

Etika penggunaan internet

Page 9: Peraturan makmal dan etika internet

Etika penggunaan internet• Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer 

milik orang lain. • Menghalang identiti pengesahan pengguna atau ciri-ciri keselamatan mana-mana komputer  atau 

rangkaian milik orang lain.

• Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host (to crash the host).

– Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.

– Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang ditujukan kepadanya.