peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

36
PERATURAN MAKMAL KOMPUTER DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET BY: MINALHAYATIH BT. KAMARUDDIN , NOORMALLY BT. JAIN & JIRAH BARATI

Upload: oconner-lminl

Post on 19-Jun-2015

14.459 views

Category:

Technology


18 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

PERATURAN MAKMAL KOMPUTER

DAN ETIKA

PENGGUNAAN INTERNET

BY: MINALHAYATIH BT. KAMARUDDIN , NOORMALLY BT. JAIN & JIRAH BARATI

Page 2: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Peraturan makmal diwujudkan untuk:

• Memaksimumkan penggunaan.• Meminimumkan risiko penyelewengan dan

kerosakan.• Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa

untuk pengajaran dan pembelajaran.• Panduan untuk penggunaan ramai.

Page 3: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer:

– Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.

– Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

– Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.

– Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

Page 4: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer:

– Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.

– Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.

– Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.

– Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.

Don’t!

Page 5: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer:

– Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas.

– Padamkan mana-mana suis yang perlu.

– Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.

– Tidak dibenarkan membawa liquid paper.

– Dilarang membuat bising di dalam makmal.

Page 6: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

– Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tetrtentu.

– Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.

– Dilarang mengubah atau menambah

perisian dan perkakasan.

– Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.

Peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal

komputer:

Page 7: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer:

– Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.

– Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.

– Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.

– Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.

Page 8: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

• Pekeliling–Pekeliling yang berkaitan dengan program

ICT Kementerian Pelajaran Malaysia ( lihat folder Pekeliling )

• Surat menyurat–Surat-surat yang berkaitan dengan ICT

sekolah dari pihak kementerian, jabatan, pejabat pelajaran daerah mahupun dari syarikat luar/swasta.–Surat dari sekolah hal-hal berkaitan ICT

SISTEM

FAIL

Page 9: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

• Perkembangan Staff– Laporan perkembangan staff/’in-house training’

yang diadakan.– Senarai kehadiran perkembangan staff/’in-house

training’

• Jadual waktu penggunaan– Jadual waktu penggunaan makmal komputer

untuk tahun semasa.

• Fail mesyuarat–Minit mesyuarat yang dijalankan atau yang

dihadiri.–Minit curai mesyuarat

SISTEM

FAIL

Page 10: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Inventori • Buku stok/rekod bekalan pejabat

– Buku stok/rekod bekalan pejabat diperolehi dari pejabat sekolah.

• Kad inventori (kew312)– Semua peralatan yang berada dalam makmal komputer

telah didaft arkan dalam kad inventori– Semua kad inventori yang telah diisi dengan sempurna

hendaklah dimasukkan di dalam fail tegak

• Senarai inventori– Senaraikan semua peralatan yang telah didaft arkan dan

dicetak serta dipamerkan dalam fail inventori.

Page 11: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Inventori • Buku laporan penyelenggaraan

– Sediakan satu buku penyelenggaraan peralatan makmal komputer dan catatkan sekiranya ada penyelenggaran dijalankan (Pihak Syarikat Warisan Nusa juga ada membekalkan buku penyelenggaraan peralatan ICT – sila pasti kan buku tersebut berada dalam makmal komputer sepanjang masa dan senang diakses.)

• Buku pinjaman alatan

– Sila sediakan buku pinjaman jika ada individu yang bercadang menggunakan peralatan ICT di luar makmal komputer

• Label– Labelkan semua peralatan ICT dalam makmal komputer

mengikut daft ar inventori yang telah dibuat

Page 12: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Penggunaan Makmal– Rekod penggunaan makmal

• Sila pastikan rekod penggunaan makmal diisi oleh guru-guru dan murid/pelajar sepanjang masa

– Rekod penggunaan Komputer

• Semua komputer diletakkan buku rekod penggunaan dan pengguna dimestikan mengisi rekod

– Rekod Penggunaan Bahan• Sediakan juga rekod penggunaan bahan yang berada dalam

makmal

– Rekod buku pelawat• Setiap pelawat yang mengunjungi makmal diminta mengisi buku

pelawat

Page 13: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

PERALATAN• Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer

atau peralatan yang ada tanpa kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT.

• Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers, perisian utility untuk mengelakkan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang.

• Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu.

KESELAMATAN

Page 14: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

PERALATAN• Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan

supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku.

• Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh salah

pengendalian.

• Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakan terlampau panas.

KESELAMATAN

Page 15: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

PELAN KECEMASAN

• Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal Komputer.

KESELAMATAN

Page 16: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

KESELAMATAN FIZIKAL SECARA UMUM

• KUNCI :– Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas– Kunci disimpan oleh Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras ICT sahaja.– Buku log untuk rekodkan pengguna kunci.

• AKSES PELAWAT :– Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik berkenaan,

khasnya bilik Pelayan.– Penyelaras ICT mesti menemani pelawat mengunjungi bilik bawah kawalan

beliau.

• ELEKTRIK :– Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bagunan perlindungan pengalir kilat.– Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted

Power Supply.– Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat.

Langkah-langkah

KeselamatanKESELAMATAN

Page 17: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

KESELAMATAN FIZIKAL SECARA UMUM

• LABEL– Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel.

• PENCEGAHAN KEBAKARAN – Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer perlu

mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis CO2.– Setiap pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam

keadaan baik.

• MAKANAN– Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam Bilik

Pelayan.

Langkah-langkah

KeselamatanKESELAMATAN

Page 18: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN

(SERVER ROOM)• BILIK

– Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci

• KUNCI– Buku log untuk rekodkan pengguna kunci

• AKSES PELAWAT– Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik

Pelayan.– Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses. Contoh

maklumat yang dicatat termasuk tarikh, masa, nama, nombor Kad Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar serta masukan ruangan catatan jika perlu.

– Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik Pelayan setiap masa.

Langkah-langkah

KeselamatanKESELAMATAN

Page 19: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN

(SERVER ROOM)

• ELEKTRIK– Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power

Supply.– Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa

dingin.

• ALAT PENGHAWA DINGIN– Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua (2)

unit alat penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown apabila tidak diguna.

Langkah-langkah

KeselamatanKESELAMATAN

Page 20: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER

• AKSES

• Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal Komputer. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa dan direkodkan dalam buku log termasuk penggunaan peralatan dan internet.

• ELEKTRIK

• Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan makmal

• ALAT PENGHAWA DINGIN

• Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.

Langkah-langkah

KeselamatanKESELAMATAN

Page 21: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Keceriaan

– Pelan Makmal• Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di

Makmal Komputer• Gambarajah infrastruktur teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal

Komputer) perlu didokumenkan dan dipamerkan. Susun atur perkakasan dalam makmal hendaklah mengikut pelan lokasi yang dipamerkan. Sebarang perubahan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah.

– Susun atur (kreativiti)• Susun atur perkakas dalam makmal komputer hendaklah mengikut

kreativiti sendiri dan tidak menghalang peralatan yang penting dalam makmal tersebut.

• Dilarang mengubah tempat dan kedudukan komputer sepertimana yang telah ditetapkan dalam pelan asal makmal komputer.

Page 22: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Keceriaan

– Sudut Pembelajaran• Terpulang kepada penyelaras untuk menyediakan Sudut

Pembelajaran mengikut subjek tertentu atau seperti yang diarahkan dalam subjek ICTL (sekolah rendah sahaja)

– Kebersihan• Kebersihan dalam makmal perlu diutamakan terutama

peralatan-peralatan komputer.• Boleh melantik murid/pelajar yang bertanggungjawab untuk

menguruskan kebersihan dalam makmal komputer.

Page 23: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Simbol-Simbol Keselamatan Di Makmal Komputer

Amaran Kejutan Elektrik / Litar Pintas

• Peringatan risiko berlakunya kejutan elektrik dan litar pintas sistem unit serta perkakas komputer yang lain.

• Jauhkan perkakas komputer daripada penyaman udara untuk mengelakkan titisan air penyaman udara terkena peralatan komputer yang boleh mengakibatkan kejutan elektrik dan litar pintas, yang boleh merosakkan komputer dan boleh mendatangkan bahaya. Elakkan perkakas komputer daripada terkena cecair (terutamanya air).

Page 24: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Tanda Peringatan Utamakan Keselamatan

• Sentiasa berhati-hati dan mengutamakan keselamatan diri sewaktu berada dimakmal komputer.

• Terutamanya ketika kerja-kerja membaiki dan membaik pulih komputer.

• Mengutamakan keselamatan diri dapat mengelakkan sebarang kemalangan dan kecederaan, mahupun kehilangan nyawa.

• Terdapat perkakas dan peralatan yang boleh mendatangkan bahaya sekiranya tidak mementingkan keselamatan.

Page 25: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Amaran Larangan Merokok

• Tidak dibenarkan merokok didalam makmal komputer.

• Mengelakkan pencemaran udara yang boleh menyebabkan sesak nafas dan sebagainya.

• Api dan punting rokok boleh menyebabkan risiko berlakunya kebakaran makmal komputer.

• Debu abu rokok boleh memasuki unit sistem yang boleh merosakkannya dan menyebabkan litar elektronik berkarat.

Page 26: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Dilarang Berlari, Berkejaran dan Bergurau Senda

• Mengelakkan daripada terjatuh, terseliuh, tersadung, dan sebagainya, yang boleh menyebabkan kecederaan.

• Bagi mengelakkan kerosakan dan litar pintas akibat terpaut kabel komponen dan peralatan komputer.

• Mengelakkan kerosakan kabel system rangkaian komputer yang menghubungkan semua unit sistem didalam makmal komputer.

• Mengelakkan monitor atau system unit terjatuh atau beralaih tempat kedudukan asalnya yang boleh merosakkan komputer tersebut seperti skrin monitor retak atau pecah, pemacu keras rosak akibat gegaran, dan sebagainya.

Page 27: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Dilarang Membuang Sampah Merata-rata

• Dilarang membuang sampah merata-rata untuk menjaga kebersihan makmal komputer.

• Mengelakkan habuk dan kotoran dari sampah memasuki system unit yang boleh menarik perhatian serangga seperti semut dan cicak, boleh merosakkan peralatan dan komponen komputer.

• Mengelakkan bau busuk dan tidak menyenangkan didalam makmal komputer.

Page 28: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Contoh peraturan asas penggunaan makmal ICT di sekolah:

1. Pengguna tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal komputer tanpa izin atau semasa tiada penyelaras.

2. Semua pengguna dikehendaki mengikut jadual waktu penggunaan makmal komputer yang telah disediakan.

3. Pengguna dilarang membuat bising, berlari-lari, bergurau senda dan bergaduh di dalam makmal.

4. Pengguna dilarang membawa masuk makanan dan minuman.

5. Alat tulis yang dibenarkan sahaja boleh di bawa masuk.

Page 29: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Contoh peraturan asas penggunaan makmal ICT di sekolah:

6. Kasut dan beg diletak di luar dan disusun dengan rapi.

7. Pengguna dikehendaki sentiasa menjaga kebersihan makmal dan peralatan dan pastikan tiada sampah sarap semasa meninggalkan makmal.

8. Semua pengguna dikehendaki mencatat butir-butir tertentu dalam log book/ rekod penggunaan makmal komputer dengan mengisi semua ruang yang disediakan.

9. Pengguna dilarang sama sekali melayari internet pada alamat yang tidak bermoral atau yang boleh menyentuh sensitiviti masyarakat. Kaum, dan negara. ( JANGAN MENYALAHGUNAKAN KEMUDAHAN INTERNET)

Page 30: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Contoh peraturan asas penggunaan makmal ICT di sekolah:

10. Pengguna dilarang membawa masuk atau keluar dari makmal sebarang cakera perisian atau dokumen.

11. Pengguna dilarang mengusik sebarang sambungan wayar pada komputer atau membuat sebarang pengubahsuaian atau cuba membaiki sendiri sebarang kerosakan.

12. Laporkan sebarang kerosakan dengan segera kepada penyelaras atau guru bertugas.

13. Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil atau terbau sesuatu terbakar atau keadaan disyaki tidak normal, sila laporkan kepada penyelaras atau guru bertugas.

Page 31: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Contoh peraturan asas penggunaan makmal ICT di sekolah:

14.Tidak dibenar menggunakan makmal semasa hujan atau kilat.

15. Pastikan anda menggunakan Username dan Password yang dibenarkan sahaja.

16. Jika berlaku kecemasan sila patuhi arahan guru dan panduan kecemasan.

17. Sebelum keluar pastikan kerusi disusun kemas , lampu, kipas dan alat pendingin hawa ditutup mengikut kesesuaian masa.

18. Tindakan disiplin yang keras akan diambil pada mereka yang tidak mematuhi arahan ini.

Page 32: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

• Pelajar yang melanggar peraturan-peraturan di makmal komputer akan diberi amaran dan diminta meninggalkan makmal. Sekiranya arahan itu tidak dipatuhi suis komputer akan dimatikan.

• Tindakan Kompaun akan diambil mengikut ‘Senarai Kesalahan dan Denda' yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Kolej.

Contoh peraturan asas penggunaan makmal ICT di sekolah:

Page 33: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Etika penggunaan internet• Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah

menjadi satu kesalahan untuk:

i) Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.

ii) Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

iii) Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya

iv) Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

Page 34: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

E-mel– Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisement/

spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing).

– Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing), iaitu secara sengaja membanjiri e-mail seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.

– Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.

– Memalsukan e-mel (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.

– Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.

– Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerobohan:

Etika penggunaan internet

Page 35: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

Etika penggunaan internet• Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer

milik orang lain. • Menghalang identiti pengesahan pengguna atau ciri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau

rangkaian milik orang lain.

• Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host (to crash the host).

– Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.

– Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang ditujukan kepadanya.

Page 36: Peraturan makmal komputer dan etika penggunaan internet

RUJUKANJURUTEKNIK SISTEM KOMPUTER TAHAP 2 DAN 3 SKM.

http://juruteknik-komputer.blogspot.com/2010/11/simbol-simbol-keselamatan-di-makmal.html. Diakses pada 08 Februari 2012.

SMK KING EDWARD VII. http://ahmadmazlan.smkevii.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=54&Itemid=71. Diakses pada 08 Februari 2012.

SMK SUNGAI PUSU GOMBAK, SELANGOR. http://www.smksgpusu.net/ict/etika.htm. Diakses pada 08 Februari 2012.