perancangan strategik b & k 2014 versi 1

19
KE ARAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING PROFESIONAL VISI Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015. MISI Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya: 1) Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan. 2) Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia. 3) Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik. 4) Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling. 5) Memberi pendidikna kerjaya bersepadu kepada pelajar. 6) Memupuk semangat patriotik dan kulaiti kepimpinan di kalangan pelajar. FALSAFAH

Upload: grant-russell

Post on 20-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

KE ARAH PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING PROFESIONAL

VISI

Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

MISI

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

1) Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.2) Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.3) Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.4) Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.5) Memberi pendidikna kerjaya bersepadu kepada pelajar.6) Memupuk semangat patriotik dan kulaiti kepimpinan di kalangan pelajar.

FALSAFAHBahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

MATLAMAT BIMBINGAN & KAUNSELING

Terdapat lima matlamat Unit Bimbingan SK Bandar Hilir memudahkan perubahan tingkah laku meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan membantu keberkesanan klien menguruskan diri menggalakkan proses membuat keputusan membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien

Matlamat Perkhidmatan

Pencapaian PotensiProses Membuat KeputusanPengurusan DiriPerhubungan PositifPerubahan Tingkahlaku Positif

ETIKA PERKHIDMATAN BIMBINGAN & KAUNSELING

1) Menerima tanpa syarat2) Menerima dan merahsiakan maklumat yang diberi.3) Menghormati klien sebagai seorang individu.4) Sanggup mendengar segala permasalahan.5) Sedia berjumpa apabila diperlukan.

CARTA ORGANISASI UNIT BIMBINGAN SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR HILIRMELAKA SESI 2014

En Adnan B. Hj SidekGuru Besar

En Rostam B. JalilGuru Penolong Kanan Ko-kurikulumEn Edie GanGuru Penolong Kanan HEMEn Khoo Chai HuatGuru Penolong Kanan Pentadbiran

Pn Siti Rokiah Bt Mat NoorGuru Bimbingan & Kaunseling

S/U PEPERIKSAANS/U PSSSDISIPLINPEMULIHANAGAMA

PARPTN17DADAHS/U UPSR

SENARAI TUGASGURU BIMBINGAN SEPENUH MASA (GBSM)

1.Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

2.Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.

3.Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4.Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5.Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan kelompok dan tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6.Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan bimbingan / kaunseling individu secara profesional dan beretika.

7.Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua pelajar.

8.Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti selepas peperiksaan UPSR.

9.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10.Merancang, menyedia dan mendedahkan pelajar kepada peluang pendidikan selepas UPSR.

11.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

12.Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

13.Membuat penilaian aktiviti, modul, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

14.Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

15.Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan di sekolah.

16.Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

17.Mengenalpasti dan merujuk pelajar, guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukan perkhidmatan kaunseling krisis.

18.Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

19. Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

20.Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

21.Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

22.Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

23.Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

24.Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

25.Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWABBagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikutBilBidangInputKaedah

1.Akademik1.Pemilihan mata pelajaran Bimbingan KelompokBimbingan Individu

2.Kemahiran BelajarBengkel

Seminar

a.Membaca Kem/PerkhemahanTayangan Video

b.Mencatat/ mengambil notaPembimbing Rakan Sebaya (PRS)

c.Pengurusan masaTaklimat

d.Pengurusan diriKolokium

e.Mendengar Tutor Sebaya

f.Mengingat Mentor Mentee

g.Mengulangkaji

h.Menjawab soalan peperiksaan

i.Menghadapi peperiksaan

3.Pengumpul maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di sekolah menengah (asrama penuh/ rancangan khas/ intergrasi/ dsb)Lawatan CeramahPameran Bank maklumat manualBank maklumat berkomputer

2.Kerjaya 1.Inventori minatBimbingan Kelompok

2.Inventori PersonalitiBimbingan Individu

3.Inventori nilaiLawatan

4.Pemilihan Matapelajaran Ceramah Forum

5.Pengumpulan maklumat kerjayaSeminar Tayangan video

6.Pendedahan kerjaya Peluang latihan kerjayaPertandingan-pertandingan- Media Maklumat Kerjaya

7.Penyebaran maklumat- Buku Skrap Kerjaya

- Eksplorasi Alam Kerjaya- Poster Kerjaya- Sketsa Kerjaya

3.Psikososial & Kesejahteraan Mental1.2.3.Ujian PersonalitiSenarai semak masalahMerujuk Kad Maklumat Diri(Jika perlu)Bimbingan Kerjaya merentasi Kurikulumdan KurikulumPRS

4.Kemahiran KomunikasiBimbingan Kelompok

5.Kemahiran Asertif/Tegas diriBimbingan Individu

6.Penyaringan maklumatForum

7.Pengurusan TekananKursus

8.Kemahiran RohaniBengkel

9.Kemahiran Membuat KeputusanSeminarKem Bina Insan/ Diri

10.Kemahiran Pengawalan DiriKolokium

11.Kemahiran AplikasiRehlah

12.Kemahiran SintesisLawatan

13.Kemahiran Analisis KritikalTayangan video

14.Pengekalan Penghargaan Kendiri/ Self EsteemKaunseling KeluargaPRS

15. Perkembangan KeremajaanLatihan Dalam Kumpulan

16. Konsep KendiriAktiviti Simulasi Kumpulan

17.Pengendalian KendiriPerkhemahan Ibadah

18.Program OrientasiCeramah

4.Keibubapaan1.Komunikasi Ceramah

2.Perkembangan individuSeminar

3.Isu-isu KekeluargaanForum

3.1Kepimpinan Bengkel

3.2Perkembangan remaja masa kini dan akan datangPerkhemahan keluarga/ Hari KeluargaLawatan ke rumah

3.3Kerukunan dan kesejahteraan keluarga.(Home Visit)Khidmat KonsultasiKursus KemahiranKeibubapaan Konferens Buletin KeluargaPameran Bimbingan IndividuBimbingan Kelompok

5.Pembangunan 1.Kemahiran KomunikasiBimbingan Individu

Diri2.Kemahiran Penyelesaian MasalahBimbingan KelompokLatihan Dalam Kumpulan

3.Kepimpinan Lawatan ke rumah

4.Kemahiran Tegas DiriCeramah

5.Pembimbing Rakan SebayaBengkel

(PRS)Praktikum PRS

6.Kemahiran Sosial

7.Kemahiran Pemilihan aktiviti keutamaan

8. Pengurusan Diri

6.Pendidikan Pencegahan Dadah / Rokok / Inhalan dan HIV/ AIDS1.2.3.4.Kemahiran AsertifKemahiran SosialPerkembangan SeksualSikap Benci kepada dadahCeramahSeminarPertandingan EseiPertandingan PosterPertandingan Pidato

5.Kemahiran MenghindarPertandingan Boria

Jangkitan HIV/ AIDSPertandingan Nasyid

6.Pendidikan KekeluargaanKuiz

5 Minit Anti Dadah

Pameran

Bengkel

Bimbingan Individu

Bimbingan Kelompok

7.Pengurusan danPentadbiran1.2.3.Maklumat KerjayaMaklumat Pendidikan dan LatihanSistem FailPaparanSebaran

4.Maklumat DadahBrosur / Phamplet

5.Maklumat HIV/ AidsPoster

6.Maklumat Bahaya Rokok dan KesihatanBukuBuku Skrap

7.Rancangan TahunanPerkongsian

8.Kertas Kerja Program

9.Buku Rekod Perkhidmatan

10.Borang-borang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

11.Jadual Waktu Perkhidmatan

12.Maklumat Murid

13.Laporan Program

14.Keceriaan Bilik Kaunseling

15. Papan Kenyataan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling

16. Laporan dan Rekod Sesi

17.Penilaian Program

18.Rekod dan Laporan Kewangan

8.Perkhidmatan 1.AkademikKaunseling Individu

Bimbingan dan Kaunseling23.KerjayaPsikososialKaunseling KelompokBimbingan Individu

4.KeluargaBimbingan Kelompok

5.PeribadiKonsultasi

6.Kes Disiplin

7.Dadah

8.HIV/ AIDS

Justifikasi Perlaksanaan Program Bimbingan & KaunselingSekolah Kebangsaan Bandar Hilir, Melaka 2014

Selain menjalankan sesi kaunseling individu dan sesi kaunseling kelompok Unit Bimbingan & Kaunseling juga diamanahkan untuk menjalankan program-program mengikut bidang tertentu seperti pembangunan kendiri, kepimpinan, kerjaya, psikososial dan kesejahteraan mental, keibubapaan, pendidikan pencegahan dadah, rokok, inhalan HIV AIDS dan arak. Program yang dijalankan dalam bentuk ceramah motivasi, sesi bimbingan dan kaunseling secara individu dan kelompok , lawatan sambil belajar, pertandingan dan lain-lain.Adakalanya Unit Bimbingan & Kaunseling akan menjalankan program dan aktiviti ini dengan kerjasama Unit Disiplin, Unit Pemulihan Khas, Unit PPda dan lain-lain. Terdapat juga program yang dijalankan secara kolaborasi iaitu gabungan dengan beberapa sekolah berhampiran iaitu Program Kolaborasi Antidadah yang dibuat mengikut zon tertentu. Berikut adalah beberapa justifikasi pelaksanaan program bimbingan yang akan dijalankan pada tahun 2014 :

1. Perbincangan Dengan Guru KelasTerdapat beberapa program yang dijalankan oleh Unit Bimbingan merupakan permintaan daripada guru kelas itu sendiri. Program ini adalah kehendak kelas dan dijalankan pada waktu relif atau Sesi Bimbingan & Kaunseling. Kebiasaannya murid-murid ini mempunyai beberapa sebab seperti berikut :a) Masalah disiplinb) Keadaan kelas yang sentiasa bising dan tidak teratur semasa ketiadaan guruc) Murid yang selalu tidak menghormati gurud) Terlalu ramai murid yang berpakaian tidak kemase) Jumlah kehadiran murid yang tidak memuaskanf) Terlalu ramai murid yang tidak menyiapkan kerja rumahAdakalanya, Guru Bimbingan akan menjalankan kajian sebab-sebab berlakunya keadaan sedemikian bertujuan untuk merangka program-program class base yang lebih berkesan. Program-program ini tidak tercatat di dalam perancangan tahunan.

2. Berdasarkan Keperluan Murid TertentuMurid merupakan pelanggan utama Unit Bimbingan. Ada kalanya program program yang dirancang oleh Unit Bimbingan adalah berdasarkan keperluan murid-murid tertentu seperti murid yang selalu ponteng, murid yang sering tidak membuat kerja rumah, kelompok murid yang dikategorikan malas, mempunyai masalah disiplin dan sebagainya. Program ini dijalankan dalam bentuk Bimbingan Kelompok Kecil yang mempunyai masalah yang sama bagi setiap murid. Program ini dijalankan secara berterusan dan bertujuan untuk membimbing murid murid ke arah yang lebih positif dan menaikkkan kendiri murid-murid tersebut

3. Kehendak SemasaUnit Bimbingan seharusnya peka dengan kehendak dan keperluan semasa. Perubahan sekeliling sekolah seperti faktor geografi, faktor ekonomi serta faktor sosial sentiasa mempengaruhi perubahan tingkahlaku murid-murid. Guru Bimbingan juga terlibat menjalankan Modul Bimbingan & Kaunseling di dalam kelas-kelas meliputi 6 bidang utama tersebut. Program ini dijalankan semasa waktu relif atau secara pertukaran jadual waktu (mengikut keperluan pada waktu tersebut). Berdasarkan kepada pekeliling terbaru Guru Bimbingan & Kaunseling perlu memberi fokus kepada 3 bidang utama yang meliputi:a) Disiplin & Pembangunan Sahsiah Dirib) Psikososial & Kesejahteraan mentalc) Kerjaya

4. Hasil Mesyuarat Guru, Panatia dan UnitSemasa mesyuarat guru/ panatia/ unit terdapat guru-guru yang memberi cadangan program-program yang ingin dilaksanakan bersama-sama Unit Bimbingan . Antara program-program tersebut adalah : a) Program Disiplin / Kepimpinanb) Kaedah Belajarc) Pendidikan Kerjaya.

5. Program Program Kehendak Unit BimbinganUnit Bimbingan juga menjalankan beberapa program bertujuan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan bimbingan.

a) Kaunseling Berfokusb) Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)c) 5 Minit Anti Dadahd) Pendidikan Kerjayae) Lawatan Sambil Belajarf) Program Motivasi Keibubapaan.g) Psikososial & Kesejahteraan Mentalh) Disiplin & Keterampilan Dirii) Program Guru Penyayangj) Program Dwenk) Program Mentor Mentee

PENUTUP & PENGHARGAAN

Unit Bimbingan & Kaunseling berterima kasih diatas sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh pihak pentadbir, terutama Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan, Persatuan Ibubapa dan Guru ( PIBG), Jabatan Pelajaran Melaka, guru-guru serta individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di dalam memastikan setiap program yang dirancang oleh Unit Bimbingan & Kaunseling berjalan dengan lancar. Terima Kasih Sekalung Budi.