peranan matematik keputusan kepada masyarakat (unfinisihed)

1
TUGASAN 3 SECARA INDIVIDU, TULISKAN SATU ESEI YANG BERTAJUK “BINCANGKAN PERANAN MATEMATIK KEPUTUSAN DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT DI DAERAH BESUT” Matematik keputusan merupakan salah satu cabang ilmu matematik yang amat penting di dalam ilmu Matematik sendiri. Subjek ini mementingkan aplikasi matematik ke dalam kehidupan harian bagi menyelesaikan masalah-masalah yang wujud. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya subjek ini diwajibkan kepada semua siswa yang mengambil major matematik. Matematik keputusan melibatkan penggunaan algoritma, rangkaian, graf, analisis laluan kritikal dan pengaturcaraan linear bagi mendapatkan penyelesaian yang optimum kepada masalah-masalah yang dihadapi. Pelbagai strategi ini akan membantu pengguna matematik keputusan untuk membuat keputusan yang lebih baik dan tepat. Namun begitu, kepentingan matematik keputusan boleh dilihat melalui persepektif yang lebih meluas lagi. Kepentingan matematik keputusan juga boleh dilihat di dalam pembangunan masyarakat. Sebagai contohnya, matematik keputusan mempunyai peranan yang amat penting kepada pembangunan masyarakat di Besut. Salah satu tajuk utama di dalam Matematik Keputusan ialah Algoritma. Algoritma merupakan tatacara langkah demi langkah dalam penyelesaian masalah dalam masa yang terhingga. Proses algoritma telah diasaskan oleh seorang tokoh matematik Islam yang terkenal iaitu Al-Khawarizmi. Oleh sebab itu, di sesetengah negara Algoritma dikenali sebagai Alkhawarizmi. Algoritma amat penting di dalam penyelasaian masalah kerana ianya akan membantu di dalam proses menyelesaikan masalah di mana proses menyelesaikan masalah disusun secara terperinci satu persatu. Oleh itu, masalah-masalah yang wujud akan diselesaikan mengikut panduan yang telah sedia ada dan tidak akan lari daripada garisan yang telah ditetapkan. Cara ini lebih sistematik dan memudahkan proses menyelesaikan masalah. Konsep algoritma dapat diaplikasikan kepada masyarakat Besut bagi memastikan pembangunan Besut.

Upload: azrul-nizam-yucque-azral

Post on 22-Dec-2015

228 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

MATHS

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Matematik Keputusan Kepada Masyarakat (UNFINISIHED)

TUGASAN 3SECARA INDIVIDU, TULISKAN SATU ESEI YANG BERTAJUK “BINCANGKAN PERANAN MATEMATIK KEPUTUSAN DALAM PEMBANGUNAN MASYARAKAT DI DAERAH BESUT”

Matematik keputusan merupakan salah satu cabang ilmu matematik yang amat penting di dalam ilmu Matematik sendiri. Subjek ini mementingkan aplikasi matematik ke dalam kehidupan harian bagi menyelesaikan masalah-masalah yang wujud. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya subjek ini diwajibkan kepada semua siswa yang mengambil major matematik. Matematik keputusan melibatkan penggunaan algoritma, rangkaian, graf, analisis laluan kritikal dan pengaturcaraan linear bagi mendapatkan penyelesaian yang optimum kepada masalah-masalah yang dihadapi. Pelbagai strategi ini akan membantu pengguna matematik keputusan untuk membuat keputusan yang lebih baik dan tepat. Namun begitu, kepentingan matematik keputusan boleh dilihat melalui persepektif yang lebih meluas lagi. Kepentingan matematik keputusan juga boleh dilihat di dalam pembangunan masyarakat. Sebagai contohnya, matematik keputusan mempunyai peranan yang amat penting kepada pembangunan masyarakat di Besut.

Salah satu tajuk utama di dalam Matematik Keputusan ialah Algoritma. Algoritma merupakan tatacara langkah demi langkah dalam penyelesaian masalah dalam masa yang terhingga. Proses algoritma telah diasaskan oleh seorang tokoh matematik Islam yang terkenal iaitu Al-Khawarizmi. Oleh sebab itu, di sesetengah negara Algoritma dikenali sebagai Alkhawarizmi. Algoritma amat penting di dalam penyelasaian masalah kerana ianya akan membantu di dalam proses menyelesaikan masalah di mana proses menyelesaikan masalah disusun secara terperinci satu persatu. Oleh itu, masalah-masalah yang wujud akan diselesaikan mengikut panduan yang telah sedia ada dan tidak akan lari daripada garisan yang telah ditetapkan. Cara ini lebih sistematik dan memudahkan proses menyelesaikan masalah. Konsep algoritma dapat diaplikasikan kepada masyarakat Besut bagi memastikan pembangunan Besut.