masalah pembelajaran matematik dalam bahasa inggeris … · bahasa inggeris 4.2.4 keputusan ujian...

26
MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BATU 34, PONTIAN NORFATIMAH BINTI A. GHANI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: buidien

Post on 02-Jul-2018

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN BATU 34, PONTIAN

NORFATIMAH BINTI A. GHANI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31
Page 3: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31
Page 4: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS

DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 2 SEKOLAH MENENGAH

KEBANGSAAN BATU 34, PONTIAN

NORFATIMAH BINTI A. GHANI

Laporan Kajian Ilmiah Ini Dikemukakan Sebagai

Memenuhi Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2006

Page 5: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31
Page 6: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

iii

DEDIKASI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Kesyukuran kupanjatkan Atas segala kurniaan-Nya

Yang tidak terhingga sepanjang usiaku

Yang Teristimewa & Paling Disayangi... Ayahanda & Bonda (A. Ghani Mohamed & Isah Wandi)

Tiada bicara dapat Anakanda ungkapkan Segala pengorbanan kalian berdua

Mengasuh, mendidik & membesarkan Anakanda Perhatian, nasihat serta bantuan kalian

Menjadi pendorong buat Anakanda untuk meneruskan perjuangan ini Anakanda sentiasa berdoa moga kalian

Dipanjangkan usia dan dimurahken rezeki Serta sentiasa di bawah lindungan Allah Taala

Pohonkan kejayaan Anakanda dalam pelayaran ilmu Tiada apa yang dapat Anakanda hadiahkan melainkan

Pastinya segulung Ijazah dari Anakanda Semoga kejayaan sentiasa mengiringi hidup Anakanda

Yang Tercinta & Dihormati...

Kekandaku (Rosli & Roslina, Surati & Md. Zain, Mah, Rokiah & Khairi serta Salem)

Sokongan dari kalian telah membakar semangat Adinda Apa sahaja yang Adinda lakukan

Pasti Adinda lakukan dengan yang terbaik Sekalung penghargaan atas jasa dan bantuan kalian

Serta perhatian yang telah diberikan Untuk Adindamu ini sepanjang pengajian Adinda

Yang Tersayang & Dikasihi...

Adindaku (Hamidon, Hamzah, Rahmah & Yusof) Kini...langkah pertama telah Kekanda lalui

Kalian Kekanda harap menyusul seketika nanti Semoga kita semua menjadi kebanggaan Ayahanda & Bonda

Page 7: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

iv

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Bersyukur saya ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan Izin-Nya serta Taufiq dan

Hidayah-Nya, saya dapat menyempurnakan tesis ini, walaupun banyak halangan dan

rintangan yang saya hadapi.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan yang tulus

ikhlas kepada penyelia saya, Encik Johari Bin Surif dan bekas penyelia saya iaitu Prof.

Madya Dr. Shariff Bin Omar, yang telah banyak membantu dan memberi sokongan

padu yang berterusan sehingga tesis ini dapat disempurnakan. Hanya Allah jua yang

mampu membalasnya.

Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada Pengetua Sekolah Menengah

Kebangsaan Batu 34 Pontian, Puan Rohana Binti Abdullah kerana memberi kebenaran

kepada saya menjalankan penyelidikan dan juga guru-guru serta pelajar-pelajar

tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 34 di atas kerjasama yang telah

diberikan.

Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak

langsung dalam penyelidikan ini, saya merakamkan penghargaan dan jutaan terima

kasih.

Akhir kata, semoga tesis saya dapat memberikan manfaat dan saya memohon

maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam tesis saya ini, sesungguhnya segala yang baik

itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya daripada Allah jua namun

ianya bersandarkan kepada kelemahan diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Page 8: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

v

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa

Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 34,

Pontian. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif. Instrumen yang

digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik berdasarkan kepada empat

persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru

dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan

faktor persekitaran. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah α = .93. Seramai 120

responden dipilih secara rawak yang merupakan pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah

Kebangsaan Batu 34, Pontian. Analisis dapatan kajian menggunakan perisian Statistical

Packages For Social Science (SPSS) yang melibatkan kekerapan, peratusan, min dan

sisihan piawai. Dapatan kajian menunjukkan, faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris)

dan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar berada pada tahap yang

rendah dengan purata skor min masing-masing adalah 2.24 dan 2.29, manakala faktor

pengajaran guru dan persekitaran berada pada tahap yang tinggi iaitu dengan purata skor

min 4.00 dan 3.90. Secara keseluruhannya, ini menunjukkan masalah pembelajaran

Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar adalah disebabkan masalah bahasa

pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar. Diharapkan

kajian yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat kepada pelajar, guru, sekolah

mahupun ibu bapa serta masyarakat dalam usaha memperbaiki taraf pendidikan

khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Semua pihak perlu bekerjasama bagi

menangani masalah ini agar dapat membantu pembelajaran pelajar untuk memahami dan

menguasai Matematik.

Page 9: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

vi

ABSTRACT

This survey aimed to study the problems of learning Mathematics in English

among form 2 students of Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 34, Pontian. This survey

is a descriptive survey. Questionnaires were used as instruments for this survey. The

questions were based on four factors in the research statements which were the use of

English as the medium of instruction, teachers method of teaching in English, students

English proficiency and the environment. Realibility the instruments is α = .93. A total

of 120 respondents were randomly chosen among form 2 students of Sekolah Menengah

Kebangsaan Batu 34, Pontian. The data for this survey were analysed using Statistical

Packages For Social Science (SPSS) which involved the use of frequency, percentages,

mean and standard deviation. The end result of the study revealed that the two factors

namely the teaching of Matehematics in English and students English proficiency were

at low level with mean score average of 2.24 and 2.29. However, the other two factors

namely teachers method of teaching in English and environment were at high level with

mean score average 4.00 and 3.90. Generally, it means that the problems of learning

Mathematics in English among form 2 students are teaching of Mathematics in English

and students proficiency in English. Hopefully, this survey will benefit students,

teachers, school management, parents and other communities in improving the students

of education especially for Mathematics. All authorities have to cooperate in order to

overcome this problem and help students in understanding and mastering Mathematics.

Page 10: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

I PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

Page 11: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

viii

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Rasional Kajian 8

1.7 Skop Kajian Dan Batasan kajian 10

1.8 Definisi 10

1.9 Rumusan 13

II SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Teori-teori Pembelajaran 14

2.3 Masalah Pembelajaran Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

17

2.3.1 Masalah Bahasa Pengantar (Bahasa

Inggeris)

18

2.3.2 Pengajaran Guru Dalam Bahasa

Inggeris

20

2.3.3 Tahap penguasaan Bahasa

Inggeris Di Kalangan Pelajar

21

2.3.4 Persekitaran 23

2.4 Rumusan 26

III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 27

3.2 Reka Bentuk Kajian 28

3.3 Tempat Kajian 28

3.4 Sampel Kajian 29

3.5 Instrumen Kajian 29

3.5.1 Bahagian A 30

Page 12: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

ix

3.5.2 Bahagian B 30

3.6 Prosedur Kajian 32

3.6.1 Kajian Rintis 32

3.6.2 Kajian Sebenar 33

3.7 Analisis Data 34

3.8 Rumusan 36

IV DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Analisis Data bahagian A 38

4.2.1 Jantina

4.2.2 Bangsa

4.2.3 Keputusan UPSR Bagi Mata

Pelajaran Matematik, Sains Dan

Bahasa Inggeris

4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan

Terkini Bagi Mata Pelajaran

Matematik

4.2.5 Pekerjaan Ibu Bapa

38

38

39

41

41

4.3 Analisis Data bahagian B 42

4.3.1 Faktor Bahasa Pengantar (Bahasa

Inggeris) Terhadap Masalah Yang

Dihadapi Oleh Pelajar Semasa Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran

Matematik Dalam Bahasa Inggeris

4.3.2 Faktor Pengajaran Guru Dalam

Bahasa Inggeris Terhadap Masalah

Yang Dihadapi Oleh Pelajar Semasa

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran

43

45

Page 13: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

x

Matematik Dalam Bahasa Inggeris

4.3.3 Faktor Tahap Penguasaan Bahasa

Inggeris Di Kalangan Pelajar

Terhadap Masalah Yang Dihadapi

Oleh Pelajar Semasa Proses

Pengajaran Dan Pembelajaran

Matematik Dalam Bahasa Inggeris

4.3.4 Faktor Persekitaran Terhadap

Masalah Yang Dihadapi Oleh Pelajar

Semasa Proses Pengajaran Dan

Pembelajaran Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

47

50

4.4 Rumusan 53

V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN

CADANGAN

5.1 Pengenalan 54

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 54

5.2.1 Faktor Bahasa Pengantar (Bahasa

Inggeris) Terhadap Masalah

Pembelajaran Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

5.2.2 Faktor Pengajaran Guru Terhadap

Masalah Pembelajaran Matematik

Dalam Bahasa Inggeris

5.2.3 Faktor Tahap Penguasaan Bahasa

Inggeris Di kalangan Pelajar

Terhadap Masalah Pembelajaran

Matematik Dalam Bahasa Inggeris

55

57

59

61

Page 14: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

xi

5.2.4 Faktor Persekitaran Terhadap

Masalah Pembelajaran Matematik

Dalam Bahasa Inggeris

5.3 Rumusan Kajian 64

5.4 Cadangan Untuk Mempertingkatkan

Penguasaan Bahasa inggeris Dan Menangani

Masalah Pembelajaran Matematik Dalam

Bahasa Inggeris

65

5.4.1 Sekolah

5.4.2 Guru

5.4.3 Pelajar

5.4.4 Ibu Bapa

5.4.5 Kementerian Pendidikan Malaysia /

Jabatan Pelajaran Negeri / Pejabat

Pendidikan Daerah

66

66

68

68

69

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70

RUJUKAN 71

LAMPIRAN 81 - 110

Page 15: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

xii

SENARAI JADUAL

NO.

JADUAL TAJUK

MUKA

SURAT

1.1 Keputusan peperiksaan pertengahan

tahun mata pelajaran Matematik,

pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah

Kebangsaan Batu 34, Pontian

6

3.1 Item-item soalan 31

3.2 Klasifikasi kekuatan korelasi 33

3.3 Skala pengukuran min 35

3.4 Perubahan mata skala likert 36

4.1 Bilangan dan peratusan responden

mengikut jantina

38

4.3 Keputusan UPSR bagi mata pelajaran

Matematik

39

4.5 Keputusan UPSR bagi mata pelajaran

bahasa Inggeris

40

4.3.1 Skor min bagi faktor bahasa pengantar 43

4.3.2 Faktor bahasa pengantar (bahasa

Inggeris)

44

4.3.3 Skor min bagi faktor pengajaran guru

dalam bahasa Inggeris

45

Page 16: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

xiii

4.3.4 Faktor pengajaran guru dalam bahasa

Inggeris

46

4.3.5 Skor min bagi faktor tahap penguasaan

bahasa Inggeris di kalangan pelajar

48

4.3.6 Faktor tahap penguasaan bahasa

Inggeris di kalangan pelajar

49

4.3.7 Skor min bagi faktor persekitaran 50

4.3.8 Faktor persekitaran 51

Page 17: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

xiv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.2

Bilangan responden mengikut bangsa

39

4.4 Keputusan UPSR bagi mata pelajaran

Sains

40

4.6 Keputusan ujian atau peperiksaan terkini

bagi mata pelajaran Matematik

41

Page 18: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

xv

SENARAI SINGKATAN

BI - Bahasa Inggeris

EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

JPNJ - Jabatan Pelajaran Negeri Johor

KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PKPSM - Persidangan Pengetua Sekolah Menengah Malaysia

PMR - Penilaian Menengah Rendah

PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains Matematik dalam

Bahasa Inggeris

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS - Statistical Packages For Social Science

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

UPSR - Ujian Pencapaian Sekolah Rendah

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

Page 19: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

xvi

SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A

Pengesahan Instrumen Kajian

81

B Soal Selidik 83

C Surat kebenaran menjalankan

penyelidikan Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan (EPRD)

91

D Surat kebenaran menjalankan

penyelidikan Jabatan Pelajaran Negeri

Johor (JPNJ)

93

E Surat kebenaran menjalankan

penyelidikan Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

95

F Surat kebenaran menjalankan

penyelidikan Sek. Men. Keb. Batu 34,

Pontian

97

G Kajian rintis 99

H Dapatan kajian 101

Page 20: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang sangat penting dan

penggunaannya amat meluas di dalam kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik

yang diajar di sekolah membekalkan ilmu pengetahuan Matematik kepada pelajar untuk

memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran yang

kritis serta bersistematik.

Di samping itu, Matematik merupakan syarat utama kemasukan ke institusi-

institusi pengajian tinggi. Ini menunjukkan betapa pentingnya Matematik bukan sahaja

dalam kehidupan bahkan dalam menentukan hala tuju kita pada masa akan datang. Ia

juga selaras dengan hasrat negara untuk menuju ke arah negara maju serta membangun

selari dengan matlamat Wawasan 2020. Oleh itu, sudah tentulah asas pendidikan yang

kukuh terutamanya di dalam mata pelajaran Matematik perlu diutamakan.

Menurut Cockroft (1992), pada umumnya, semua orang menerima tanpa ragu-

ragu bahawa Matematik adalah satu bidang pengajian yang sangat mustahak

dimasukkan dalam kurikulum. Sudah berabad lamanya, mata pelajaran Matematik

Page 21: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

2

mendapat kedudukan yang utama dalam kebanyakan bidang pengajian baik pada

peringkat sekolah mahupun peringkat yang lebih tinggi.

Walau bagaimanapun bagi kebanyakan pelajar, Matematik adalah satu bidang

yang membosankan, susah untuk diikuti perkembangannya dan dipelajari hanya kerana

mereka tidak mempunyai pilihan lain (Noor Azlan, 1995). Pelajar-pelajar tidak dapat

menguasai Matematik dengan baik dan memperoleh keputusan yang memuaskan sama

ada dalam ujian mahupun peperiksaan. Secara keseluruhannya, pelajar-pelajar banyak

bermasalah dalam Matematik.

Pelaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik

sejajar dengan perkembangan pendidikan negara menghadapi era globalisasi. Namun

ianya menimbulkan pelbagai masalah dalam proses pembelajaran Matematik. Hal ini

dijelaskan melalui penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan

Matematik yang telah dikuatkuasakan pada tahun 2003 yang lalu. Ianya melibatkan para

pelajar tahun satu, tingkatan satu dan juga tingkatan enam rendah. Menurut Tan Sri

Musa Mohamad (2002), pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar menggunakan

bahasa Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan

dan juga bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Langkah ini diambil kerana kerajaan

menyedari bahawa penguasaan ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris

bertambah penting dalam era globalisasi dan teknologi maklumat. Penggunaan yang

kerap di sekolah sudah pasti akan membantu pelajar terutamanya pelajar bumiputera

memahirkan diri dalam penggunaan bahasa Inggeris. Cadangan penggunaan bahasa

Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dibuat untuk membantu pelajar

meningkatkan penguasaan bahasa itu di samping memantapkan kefahaman kedua-dua

mata pelajaran tersebut. Ini adalah alasan yang baik untuk berubah. Ia perlu bagi

menyediakan masyarakat Malaysia yang mampu menguasai bahasa Inggeris dan

bersedia menghadapi era globalisasi dengan penuh keyakinan.

Page 22: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

3

Perubahan dasar itu mula dilaksanakan pada sesi persekolahan 2003 yang

bermula pada 6 Januari 2003. Sebagai permulaan, semua pelajar tahun satu, pelajar

tingkatan satu dan pelajar tingkatan enam rendah akan mula belajar mata pelajaran itu

dalam bahasa Inggeris. Ia akan diteruskan secara berperingkat sehingga tahun 2008

apabila semua pelajar dalam semua tahap persekolahan akan menggunakan bahasa

Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran berkenaan.

Sewajarnya Matematik perlulah dikuasai dan digunakan dengan sebaik-baiknya

pada peringkat persekolahan lagi. Bagi mencapai tujuan ini perlulah ditinjau dan dikaji

faktor-faktor yang menjadi masalah kepada pembelajaran Matematik di sekolah pada

ketika ini. Faktor-faktor tersebut adalah seperti bahasa pengantar yang sekarang ini

menggunakan bahasa Inggeris, pengajaran guru, penguasaan bahasa Inggeris pelajar dan

persekitaran. Melalui penemuan faktor-faktor ini diharapkan pihak-pihak yang tertentu

seperti guru-guru, pelajar dan sebagainya bersama-sama mengambil inisiatif bagi

meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kita selalu mendengar tentang rungutan pelajar mengenai kesukaran mata

pelajaran Matematik. Apakah punca menyebabkan perkara ini berlaku? Mungkinkah ia

berpunca dari kesukaran mata pelajaran tersebut ataupun pelajar sendiri lemah dalam

menguasai sesuatu konsep berkaitan?

Persoalan ini perlu dijawab terutamanya oleh pihak pelajar, pendidik, sekolah,

jabatan pendidikan, kementerian pendidikan mahupun oleh masyarakat sendiri.

Kegagalan dalam menangani atau mengatasi masalah ini akan menyebabkan

kemerosotan dalam penguasaan mata pelajaran Matematik ini akan berterusan.

Tambahan pula, isu kelemahan di dalam mata pelajaran Matematik ini semakin hangat

diperkatakan terutamanya setelah keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM

Page 23: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

4

diumumkan. Adalah tidak wajar situasi ini hanya menjadi bahan rungutan masyarakat

sedangkan tiada jalan penyelesaian untuk mencari punca sebenar masalah tersebut.

Walaupun perhatian yang serius diberikan terhadap pendidikan Matematik dan

telah bermacam-macam usaha dilakukan oleh pelbagai pihak, namun kebolehan pelajar

dalam menguasai Matematik masih pada tahap yang kurang memuaskan. Adalah amat

menyedihkan setelah berpuluh tahun mata pelajaran Matematik ini diberi perhatian

tetapi masih ramai pelajar yang belum dapat menguasai kemahiran asas Matematik yang

diharapkan.

Sejajar dengan perkembangan kemajuan negara, kurikulum mata pelajaran

Matematik turut diperkasakan bagi meningkatkan nilai saintifik dan pemikiran kritis

masyarakat khususnya para pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia telah

melaksanakan dasar kurikulum baru iaitu penggunaan bahasa Inggeris dalam mata

pelajaran Sains dan Matematik. Namun yang demikian, pelbagai masalah yang timbul

kesan dari dasar pelaksanaan kurikulum baru tersebut.

Salah satu daripada masalah yang tersebut ialah penguasaan bahasa Inggeris di

kalangan pelajar pada masa kini semakin lemah dan mencapai tahap yang

membimbangkan. Ramai pelajar hanya tahu untuk berkomunikasi dengan menggunakan

bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah. Apabila

mereka ingin mencari maklumat ataupun ilmu baru tentang Sains dan Matematik pada

mana-mana bahan rujukan yang menggunakan bahasa Inggeris terutamanya di internet,

ini akan menjadi satu masalah besar bagi mereka untuk mendapatkan maklumat atau

ilmu yang dikehendaki disebabkan tahap penggunaan dan penguasaan bahasa Inggeris

yang lemah.

Menurut Tengku Razaleigh (2004), banyak kajian oleh pelbagai pihak berhubung

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris

telah mendapati banyak masalah yang berbangkit daripada pelaksanaan dasar itu.

Page 24: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

5

Kajian itu mendapati wujud kegelisahan di kalangan guru dan murid yang dipaksa

mengajar dan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah kebanyakan

guru dan pelajar Melayu, terutama di sekolah luar bandar tidak bersemangat dan malas

untuk mengajar dan belajar mata pelajaran terbabit dalam bahasa Inggeris. Sekiranya

pelajar Melayu sekolah rendah mahupun sekolah menengah gagal dalam mata pelajaran

Sains dan Matematik, ia bukan disebabkan mereka tidak mempunyai kebolehan untuk

belajar Sains dan Matematik dalam bahasa mereka, tetapi kerana mereka gagal dalam

bahasa Inggeris dan kelemahan kaedah pengajaran.

Sebahagian besar pelajar gagal menguasai bahasa Inggeris dengan baik,

khususnya pelajar-pelajar Melayu luar bandar (Tengku Razaleigh, 2004). Terdapat juga

di kalangan ibu bapa yang bimbang anak-anak mereka akan tercicir sekiranya kedua-dua

mata pelajaran tersebut diajar dalam bahasa Inggeris. Isu utama yang harus dikenal pasti

ialah guru yang mampu menguasai bahasa ini untuk mengajar mata pelajaran tersebut

kerana kegagalan mengajar dengan baik akan dikhuatiri melibatkan kurangnya minat

pelajar terhadap mata pelajaran Sains dan Matematik.

Menurut Azlina (2003), Matematik adalah antara mata pelajaran yang dianggap

sebagai ‘killer subject’. Bermula tahun 2003, pengajaran dan pembelajaran bagi kedua-

dua mata pelajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris telah menimbulkan

banyak masalah dan pelbagai reaksi terutamanya kepada para pelajar yang terlibat. Bagi

para pelajar yang dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik tentunya mereka dapat

mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran dengan baik. Bagaimana dengan pelajar

yang lemah dalam bahasa Inggeris khususnya pelajar-pelajar sekolah luar bandar?

Adakah mereka dapat mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut dengan

baik?

Hal ini dibuktikan melalui pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik

dan merujuk kepada Jadual 1.1, didapati tidak ramai pelajar yang memperolehi

keputusan yang cemerlang dengan mendapat gred A dalam peperiksaan pertengahan

Page 25: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

6

tahun di kalangan pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 34, Pontian.

Majoriti pelajar mendapat gred C dan terdapat juga pelajar yang gagal. Permasalahan

yang dikemukakan di atas jelas menunjukkan wujudnya masalah pembelajaran

Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Jadual 1.1 : Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Mata Pelajaran

Matematik, Pelajar Tingkatan 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Batu 34, Pontian

1.3 Pernyataan Masalah

Isu penggunaaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik

yang telah pun dilaksanakan pada tahun 2003 yang lalu, hingga kini masih lagi hangat

diperkatakan. Ini menimbulkan pelbagai masalah seperti di kalangan pelajar-pelajar

yang terlibat. Ini menyebabkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains dan

Matematik berada pada tahap yang kurang memuaskan dan terdapat juga pelajar yang

gagal. Sehubungan dengan itu, pelajar sekolah menengah mencatatkan tahap kelulusan

sederhana dan kelemahan ketara telah dikesan di sekolah luar bandar. Oleh itu,

penyelidik melaksanakan satu kajian tentang apakah masalah-masalah yang dihadapi

oleh pelajar berkenaan melalui pelaksanaan penggunaan bahasa Inggeris dalam mata

pelajaran Matematik? Kajian ini dilaksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu

34, Pontian yang melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 2 dan memfokuskan kepada

sukatan mata pelajaran Matematik KBSM tingkatan 2.

Gred A B C D E Jumlah

Bilangan 21 40 59 23 15 158

Peratus (%) 13.29 25.32 37.34 14.56 9.49 100

Page 26: MASALAH PEMBELAJARAN MATEMATIK DALAM BAHASA INGGERIS … · Bahasa Inggeris 4.2.4 Keputusan Ujian Atau Peperiksaan ... tahun mata pelajaran Matematik, ... 3.1 Item-item soalan 31

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah-masalah

yang dihadapi oleh pelajar berkenaan dengan penggunaan bahasa Inggeris semasa proses

pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik. Masalah-masalah adalah

berdasarkan kepada faktor-faktor seperti berikut :

i. Faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris)

ii. Faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris

iii. Faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar

iv. Faktor persekitaran

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan yang menjadi asas kepada kajian adalah untuk mengenal pasti

i. Adakah faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris) merupakan masalah

yang dihadapi oleh pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran

mata pelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris?

ii. Adakah faktor pengajaran guru merupakan masalah yang dihadapi oleh

pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Matematik dalam bahasa Inggeris?

iii. Adakah faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar

merupakan masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa proses pengajaran

dan pembelajaran mata pelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris?

iv. Adakah faktor persekitaran merupakan masalah yang dihadapi oleh

pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Matematik dalam bahasa Inggeris?