peranan guru mengurus kelas abad ke
DESCRIPTION
....TRANSCRIPT
Peranan Guru Mengurus Kelas Abad ke-21
Sebaik sahaja kita bergerak maju pada zaman millennium ini,sudah semakin jelas
keperluan kelas abad ke-21 sangat berbeza dengan keperluan kelas yang terdahulu. Kelas dan
cara pembelajaran pada abad ke 21 ini memerlukan guru sebagai fasilitator dan mencipta
keadaan yang produktif di dalam kelas di mana murid dapat memperkembangkan kemahiran
mereka untuk melangkah ke alam pekerjaan nanti. Fokus kelas abad ke-21 ini adalah untuk
memberi pengalaman langsung kepada murid kepada suasana yang bakal mereka hadapi
sebagai pekerja pada zaman yang maju ini. kurikulum pada abad ke-21 ini yang menekankan
kepada dasar membuat projek dan berkolaborasi yang mampu membina kemahiran berfikir aras
tinggi, kemahiran komunikasi yang berkesan dan pengetahuan dalam menggunakan alat-alat
teknologi komunikasi yang terkini. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang kerap digunakan
oleh guru sudah tidak relevan lagi untuk diteruskan pada abad ini. Guru perlu meneroka strategi
pengajaran terkini yang lebih bersesuaian dan relevan pada abad ini untuk membentuk murid
yang lebih bersedia menghadapi segala cabaran yang mereka akan hadapi pada zaman yang
lebih canggih ini.