221306513 peranan orang bugis dalam politik johor negeri sembilan selangor perak dan kedah pada abad...

28
DARI SULAWESI KE SEMENANJUNG TANAH MELAYU: PERANAN ORANG BUGIS DALAM POLITIK JOHOR, NEGERI SEMBILAN, SELANGOR, PERAK DAN KEDAH PADA ABAD KE-18 Oleh Abdullah Zakaria bin Ghazali Jabatan Sejarah Universiti Malaya Kuala Lumpur PENDAHULUAN Sejarah Malaysia abad ke 18 tidak akan sempurna tanpa menyentuh kegiatan orang Bugis. Orang Bugis terlibat dalam politik Tanah Melayu sebelum dan selepas abad ke -18. Namun begitu dalam kertas ini perbincangan hanya di sekitar abad ke-18. Dan negeri yang disentuh pula, Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak. Pada abad ini tokoh yang sangat terkenal ialah Daeng Marewah, Daeng Parani, Daeng Chelak, Daeng Manambun dan Daeng Kemasi.

Upload: hafizuldeyla

Post on 16-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

dr acai

TRANSCRIPT

DARI SULAWESI KE SEMENANJUNG TANAH MELAYU: PERANAN

PAGE 17

DARI SULAWESI KE SEMENANJUNG TANAH MELAYU: PERANAN

ORANG BUGIS DALAM POLITIK JOHOR, NEGERI SEMBILAN, SELANGOR, PERAK DAN KEDAH PADA ABAD KE-18Oleh

Abdullah Zakaria bin Ghazali

Jabatan Sejarah

Universiti Malaya

Kuala Lumpur

PENDAHULUANSejarah Malaysia abad ke 18 tidak akan sempurna tanpa menyentuh kegiatan orang Bugis. Orang Bugis terlibat dalam politik Tanah Melayu sebelum dan selepas abad ke -18. Namun begitu dalam kertas ini perbincangan hanya di sekitar abad ke-18. Dan negeri yang disentuh pula, Johor, Negeri Sembilan, Kedah dan Perak. Pada abad ini tokoh yang sangat terkenal ialah Daeng Marewah, Daeng Parani, Daeng Chelak, Daeng Manambun dan Daeng Kemasi. Mereka adalah keturunan Daeng Rilaka, putera La Maddusalat, Raja Bugis di negeri Luwuk.

SEPINTAS LALU KEADAAN DI SULAWESIKeadaan politik dalaman telah menjadi salah satu sebab kepada pengembaraan orang Bugis. Salah satu destinasi mereka ialah Semenanjung Tanah Melayu. Dalam Sejarah Malaysia mereka hanya dikenali sebagai orang Bugis. Tidak banyak menyentuh mengenai orang Makasar. Padahal ternyata yang terlibat dalam politik Tanah Melayu pada abad ke-18 terdiri daripada mereka yang bernaung di bawah kelompok besar: To-Ugi atau Bugis To-Mengkasara atau Makasar. Walaupun begitu Bugis dan Makasar memiliki satu kebudayaan yang dikenali dengan kebudayaan Bugis-Makasar. Selain itu pemimpin terkenal Bugis yang terlibat dalam politik Tanah Melayu menggunakan gelaran Daeng. Padahal gelaran Daeng digunakan oleh orang Makasar. Tetapi kemudiannya gelaran ini digunakan pula oleh orang Bugis.

Kehandalan mereka di laut dan kepandaian membina perahu yang terkenal Pinisi membolehkan mereka merantau mengharungi lautan kepulauan Melayu. Pada abad ke -17 berlaku persaingan di antara To-Ugi di bawah pimpinan Aruppalakka Petta Malampee Gemmena (Arung Palakka, 1634-1696) dengan Tu-Mengkasara di bawah pimpinan I Mallombasi Daeng Mattawang yang terkenal dengan Sultan Hasanuddin (1653-1669). Pada tahun 1660 Arung Palakka memimpin kira-kira 10,000 orang Bugis dari Bone menyerang kerajaan Gowa tetapi dikalahkan oleh tentera Makasar. Namun Arung Palakka masih menjalankan usaha untuk mengalahkan kerajaan Gowa ini. Pada ketika ini Belanda (Syarikat Hindia Timur = V.O.C) berminat menguasai Gowa kerana ingin mengawal perdagangan rempah di kepulauan Maluku. Perkembangan ini diambil kesempatan oleh Belanda dengan membantu To-Ugi yang dipimpin oleh Arung Palakka. Manakala Sultan Hasanuddin dibantu oleh kerajaan Wajo, salah sebuah kerajaan di tanah Bugis. Pada 1666 angkatan Belanda di bawah pimpinan Cornelis Speelman dengan bantuan angkatan Bugis di bawah Arung Palakka melancarkan serangan ke atas kerajaan Gowa. Sultan Hasanuddin kalah dalam peperangan ini dan menandatangani perjanjian Cappaya ri Bungaya pada 18 November 1667. Walaupun begitu Sultan Hasanuddin masih meneruskan perjuangan menentang Belanda. Akibatnya Belanda menghantar pasukan menyerang baginda dari April 1668 hingga Jun 1669. Sultan Hasanuddin, pembesar dan rakyat mengalami kekalahan dan penderitaan. Kubu Ujung pandang diduduki Belanda dan Speelman memberi nama baru, sempena tempat kelahirannya; Rotterdam. Kejayaan ini meletakkan Arung Palakka sebagai seoran gyang berkuasa di Sulawesi Selatan. Kini Bone mengambil alih kekuasaan daripada kerajaan Gowa. Arung Palakka secara rasminya menjadi Raja pada 1672 dengan penggilan rumpone atau Arung Bone. Dengan itu pusat pentadbiran To-Ugi di Tana Bone dan rajanya dikenali dengan Arrumpone. Pemerintahan Arung Pallaka tanpa merujuk pembesar dan melancarkan serangan sehingga menimbulkan keadaan tidak aman; menyebabkan ramai meninggalkan Sulawesi Selatan: di antaranya ke Tanah Melayu. Upu Daeng Rilaka bersama lima orang anaknya, setelah mendapat kebenaran Raja Bone berlayar ke Tanah Melayu. Upu Daeng Rilaka bersama lima orang anaknya, setelah mendapat kebenaran Raja Bone berlayar ke Tanah Melayu.

JOHORTahun 1641 amatlah penting dalam perkembangan sejarah kerajaan Johor. Bermula tahun 1641, kedua-dua kuasa, Portugis dan Aceh tidak lagi menganggui kerajaan Johor. Johor muncul sebagai sebuah kuasa di Kepulauan Melayu di masa pemerintahan Sultan Abdul Jalil Syah III (1623-1677). Pada masa pemerintahan baginda, sempadan Johor mulai jelas, di mana pada ketika ini kerajaan Johor merangkumi Sungai Kampar, Sungai Penagi (Kuala Linggi), Sungai Klang, Sungai Siak, Unggaran, Bengkalis, Pulau-Pulau Karimun, Bintan (Riau), Bulang, Lingga dan pulau-pulau sekitarnya, Singapura, Muar dan Sungai Batu Pahat.

Sultan Abdul Jalil Syah III mangkat, takhta kerajaan digantikan oleh Raja Ibrahim, putera Raja Bajau. Ketika menduduki takhta kerajaan Johor, baginda memakai gelaran Sultan Ibrahim Syah (1677-1685). Apabila Sultan Ibrahim

mangkat takhta kerajaan digantikan oleh putera baginda Sultan Mahmud II (1685-1699). Sultan Mahmud II mangkat dibunuh oleh Megat Seri Rama pada tahun 1699. Oleh kerana Sultan Mahmud Syah II dikatakan tidak mempunyai zuriat maka Bendahara Seri Maharaja Tun Abdul Jalil telah dipilih dan diangkat menjadi Sultan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV (1699-1718). Perlantikan beliau di atas takhta kerajaan Johor menandakan bermulanya keluarga baru dalam pemerintahan Johor. Kini keluarga Bendahara Johor menggantikan keturunan Kesultanan Melaka di atas takhta kerajaan. Tun Abdul Jalil ialah putera Tun Habib Abdul Majid, Bendahara Seri Maharaja Padang Saujana.Kira-kira sembilan belas tahun memerintah, Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV dicabar oleh Raja Kechil pada tahun 1718 yang mendakwa dirinya putera Sultan Mahmud II dan berhak ke atas takhta kerajaan Johor. Dengan bantuan Orang Laut, pembesar dan penduduk tertentu Johor di bawah Laksamana Johor, Raja Kechil yang melancarkan serangan ke atas Johor berjaya menawannya. Beliau menduduki takhta kerajaan Johor dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Pada tahun 1721, Sultan Abdul Jalil Riayat Syah yang berada di Kuala Pahang kerana berundur dari Johor: telah dibunuh oleh Laksamana Nakhoda Sekam, dengan titah Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Putera Sultan Abdul Jalil Riayat Syah IV, Raja Sulaiman telah meminta bantuan Bugis Lima Bersaudara, Daeng Marewah Daeng Parani, Daeng Chelak, Daeng Kemasi dan Daeng Menambun. Pertempuran berlaku di antara angkatan Bugis dengan angkatan Raja Kecil. Dengan bantuan Bugis Lima Bersaudara ini Raja Sulaiman berjaya mengalahkan Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah. Pada tahun 1722 Raja Sulaiman ditabalkan menjadi SultanJohor dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (1722-60) bersemayan di Pulau Bintan. Daeng Marewah dilantik sebagai Yamtuan Muda Johor yang pertama. Kenaikan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah telah berjaya menegakkan semula dinasti bendahara memerintah Johor.

Penglibatan Bugis dalam pentadbiran Johor mencetuskan perselisihan dengan suku Melayu. Di bawah pimpinan Sultan Mansur Terengganu (1733-1794), orang Melayu menjalankan usaha untuk dilakukan; termasuk meminta bantuan Belanda, tetapi orang Melayu gagal. Sultan Mansur Terengganu tinggal di Riau selama 14 tahun (1746-1760) untuk melaksanakan usaha ini. Apabila percubaan baginda dengan Belanda menawan Yamtuan Muda Daeng Kemboja gagal dalam pertempuran di Linggi kerana diselamatkan oleh Raja Lumu, Sultan Mansur Terengganu pulang ke Terengganu pada tahun 1760. Pada tahun 1760, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah mangkat, disebut Marhum Batangan: putera baginda yang pada ketika itu berada di Kuala Selangor diangkat menjadi Sultan dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Muazzam Syah. Sebelum sempat pulang ke Riau, baginda mangkat di Kuala Selangor. Namun begitu jenazah baginda di bawa dan dimakamkan di Riau. Takhta kerajaan Johor digantikan oleh putera baginda, Raja Ahmad yang masih kecil. Tidak lama menduduki takhta kerajaan Johor Sultan Ahmad pula mangkat pada tahun 1761,dengan itu takhta kerajaan Johor digantikan oleh saudara baginda, Raja Mahmud (1761-1812) yang juga masih kecil.

NEGERI SEMBILANSementara persaingan di antara orang Bugis dengan Raja Kecil berlaku di Johor, berlaku pergaduhan di antara beberapa orang nelayan Bugis dari Selangor dengan Penghulu Linggi. Perselisihan ini berpunca daripada tindakan Penghulu Linggi meminta hasil daripada tangkapan tersebut. Oleh kerana nelayan Bugis enggan, pergaduhan berlaku di antara kedua pihak. Seterusnya Daeng Marewah dan angkatan datang melanggar Linggi. Penghulu Linggi meminta bantuan Raja Kecil di Riau. Dengan itu, pertempuran berlaku di antara angkatan Daeng Marewah denan Raja Kecil. Dalam pertempuran ini Raja Kecil dikalahkan. Penghulu Linggi pun tunduk kepada Bugis dan mengakui tidak akan derhaka kepada Bugis.

Berkembangnya kuasa Bugis di Tanah Melayu : Selangor, Johor dan Negeri Sembilan, khususnya Linggi telah melahirkan kebimbangan Penghulu-Penghulu di Negeri Sembilan. Pada ketika ini pula Negeri Sembilan tidak mempunyai Sultan atau Yang Dipertuan. Di atas inisiatif Penghulu Luak Rembau keputusan dicapai daripada Penghulu Luak Jelebu dan Penghulu Luak Naning bagi mendapatkan seorang anak raja dari Minangkabau untuk dilantik sebagai Sultan atau Yang Dipertuan. Dengan itu wakil yang terdiri daripada Dato Panglima Bandan, Dato Panglima Badot sebagai ketua rombongan: Dato Johan, Dato Panglima Sultan, Dato Laksamana, Dato Panglima Raja dan Dato Andatar dihantar ke Minangkabau.

Dalam pertemuan dengan Raja Alam Minangkabau, Sultan Muning Syah; baginda bersetuju menghantar seorang anak raja sebagai Yang Dipertuan Besar di Negeri Sembilan. Sultan Muning Syah telah melantik Raja Mahmud sebagai Yang Dipertuan Besar. Dipercayai Raja Mahmud telah pun berada di Rembau sekitar tahun 1720-an dan dikenali dengan nama Raja Rembau.

Dalam usaha membuat persiapan pertabalan Raja Mahmud, Sultan Muning Syah menghantar Raja Khatib untuk menguruskan perkara ini. Apabila tiba di Negeri Sembilan, Raja Khatib mengakui yang dia dihantar oleh Sultan Muning Syah sebagai Yang Dipertuan Negeri Sembilan. Kemudiannya Raja Khatib berkahwin dengan anak penghulu Naam, Hulu Muar. Raja Mahmud pula setelah mendapat watikah perlantikan mengembara terlebih dahulu ke Palembang, Jambi, Inderagiri, Sungai Paku, Bandar Sepuluh, Inderapura, Pariaman, Acheh, Siak: terus ke Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Akhirnya membina istana di Bukit Serajin. Oleh kerana pengembaraan ini dia disifatkan `melewar dan seterusnya dikenali sebagai Raja Melewar.

Oleh kerana Raja Khatib telah pun mengisytiharkan dirinya sebagai Raja, berlaku pertempuran di antara Raja Melewar dengan Raja Khatib. Raja Khatib dikalahkan oleh Raja Melewar ditabalkan Yang Dipertuan Besar di Penajis, Rembau pada tahun 1773. Sempena dairpada semilan orang Penghulu Luak yang datang memberi pengiktirafan kepadanya, Raja Melewar mengisytiharkan yang dia menjadi pemerintah bagi Negeri Sembilan. Negeri Sembilan menjemput Raja Hitam dari Minangkabau menjadi Raja Negeri Sembilan. Begitu juga apabila Raja Hitam mangkat pada tahun 1808, Raja Alang Husin, puteranya tidak dilantik sebagai pengganti, sebaliknya menjemput Raja Lenggang dari Minangkabau.

SELANGOROrang Bugis sudah lama menetap di Selangor. Sebelum Raja Lumu ditabalkan sebagai Sultan Selangor pada tahun 1766, sudah ada pemerintah keturunan Bugis di sini: Harun Pasarai (Aron Passarai) yang dikurniakan mohor oleh Dato Ungku Kelang dan kemudiannya digantikan oleh adiknya, Raja Siti. Ketika Daeng Chelak menjadi Yamtuan Muda Johor Kedua menggantikan Daeng Marewah. Beliau bersama Raja Lumu melancarkan serangan ke atas Perak pada tahun 1742. Apabila Daeng Chelak meninggal dunia, jawatan Yamtuan Muda digantikan oleh Daeng Kemboja, anak Daeng Parani. Manakala Raja Lumu ditempatkan di Selangor sebagai pemerintah di sini. Dia dikenali dengan nama Raja Selangor.

Pada tahun 1760, Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah Johor mangkat. Yamtuan Muda Ketiga, Daeng Kemboja mempengaruhi pembesar melantik putera baginda yang masih kecil. Raja Ahmad menjadi Sultan Johor. Tidak sampai setahun Sultan Ahmad pula mangkat. Sekali lagi Yamtuan Muda Daeng Kemboja berjaya melantik Raja Mahmud, adik Sultan Ahmad yang juga masih kecil sebagai Sultan Johor. Dengan ini kuasa pentadbiran Johor di bawah pegangan Yamtuan Muda Daeng Kemboja: tambahan pula sultannya masih kecil. Perkembangan Johor ini memberi peluang kepada Raja Selangor, Raja Lumu untuk membebaskan negerinya dairpada naungan Johor. Untuk maksud ini pada September 1766, kapal Selangor muncul di Kuala Perak membawa surat kepada Sultan Mahmud. Di antara lain surat itu meminta melupakan segala hubungan tidak baik Perak - Selangor dahulu, mencadangkan hubungan baru dan yang lebih daripada itu ialah hasratnya untuk datang sendiri membincangkan perkara tersebut. Sultan Mahmud Syah pula mendapatkan pandangan Residen Belanda, Wielderholt mengenai utusan Raja Lumu ini. Residen pula tidak akan membenarkan utusan Raja Lumu memasuki kuala sebelum mendapat arahan daripada Melaka. Namun begitu pada 27 September 1766, dua rombongan Perak ke Selangor untuk memulihkan hubungan Perak - Selangor. Walaupun sebelum ini Sultan Mahmud memberi jaminan kepada Belanda tidak akan berbincang dengan Raja Lumu, tetapi apabila rombongan Perak pulang dari Selangor pada Oktober 1766, mereka membawa surat yang menyatakan Raja Lumur berhasrat berjumpa Sultan Mahmud Syah atau saudaranya Raja Muda sendiri dan akan datang ke Perak. Pada bulan Oktober, 1766, Raja Lumur berada di Pulau Pangkor. Pada 6 November 1766, 6 kapal Bugis membawa Raja Lumu, diiringi oleh 8 baluk yang dihantar oleh Sultan Mahmud Syah berlabuh di Lumut. Pada 20 November 1766, Sultan Mahmud Syah menulis surat kepada Gabenor Schippers di Melaka menyatakan persahabatan baru ini menjamin keselamatan Perak - Selangor dan Selangor - Melaka (Belanda). Ketika berada di Perak Raja Lumur telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor oleh Sultan Mahmud Syah. Nobat dan cop mohor diberikan kepadanya. Kini Raja Lumu menjadi Sultan bagi Selangor, dan Selangor bebas daripada kekuasaan Johor.

PERAKOrang Bugis terlibat dalam negeri Perak pada tahun 1720-an dan 1740-an. Pada penghujung pemerintahan Sultan Alauddin Mughayat Syah (1720-1728) tahun 1728, orang Bugis di bawah pimpinan Daeng Marewah Yamtuan Muda pertama Johor membantu Muzaffar Syah, menyerang dari Bernam. Pada tahun 1739, Encik Unuk, anak Daeng Marewah melanggar Perak. Beliau mati di racun di Perak. Dengan itu pada Jun 1740, Daeng Chelak, Yamtuan Muda Johor kedua, dan ke Perak menuntut kematian anak saudaranya. Beliau merampas empat perahu dengan muatannya sebanyak 200 bahara bijih timah. Menurut Tuhfat Al-Nafis pergeseran berlaku di antara Sultan Perak, dengan Yamtuan Muda Daeng Chelak kerana berlainan fikiran dan tujuan. Oleh kerana Sultan Perak enggan mematuhi kehendak Daeng Chelak, beliau pun marah dan melanggar Perak. Pertempuran berlaku di antara kedua-dua pihak; Perak di kalahkan, Daeng Chelak mengambil dua orang perempuan Perak, Che Samidah dan Che Timah sebagai isterinya. Dalam pada itu dinyatakan juga pada tahun 1742 Daeng Chelak bersama anaknya, Raja Lumu membantu Raja Muda Bisnu menyerang Sultan Muzaffar Shah III. Walaupun gagal menggulingkan Sultan Muzaffar Shah III, beliau berjaya melantik Raja Bisnu sebagai Sultan bergelar Sultan Muhammad dan bersemayam di Brahman Indera. Sultan Muzaffar Syah kekal memerintah Perak, berpusat di Kuala Kangsar.

Pada ketika ini terdapat dua orang Sultan di Perak. Sultan Muzaffar Syah III bersemayam di Kuala Kangsar dan Sultan Muhammad Syah bersemayam di Brahman Indera. Sultan Muhammad melantik anaknya Raja Iskandar sebagai Raja Muda. Raja Muda Iskandar mencari helah untuk mengawal bijih timah daripada bapa saudaranya Sultan Muzaffar Syah. Untuk tujuan ini dan merampas kuasa Perak, Raja Muda Iskandar meminta bantuan Yamtuan Muda Daeng Chelak dan berjanji akan memberi 50 bahara bijih timah setahun. Sultan Muzaffar syah yang mencurigai anak saudaranya ini mengambil langkah menyekat penyaluran bijih timah dari hulu dan kuala. Langkah ini mengagalkan Raja Muda Iskandar yang berakhir dengan memohon maaf daripada Sulta Muzaffar Syah. Namun begitu Sultan Muzaffar Shah mencari jalan supaya Raja Muda Iskandar tidak mewarisi takhta kerajaan. Sebaliknya keturunannya akan mewarisi takhta kerajaan Perak. Baginda berharap suami anaknya nanti akan menjadi Sultan Perak. Calon menantunya, Sultan Berkabat, putera Raja Kecil Siak (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor) dengan anak raja Kedah. Oleh kerana puterinya, Raja Budak Rasul masih kecil, baginda pula telah tua; Sultan Muzaffar Syah khuatir rancangan itu gagal. Dengan itu beliau memutuskan menjemput Belanda membina loji di Perak. Selain itu perniagaan gajah dengan India merosot. Saudagar India tidak berminat datang ke Perak kerana gangguan British. Banyak daripada bijih timah Perak di bawah ke Selangor. Bakinya dibawa ke Kedah, dijual kepada saudagar Portugis dan China dengan harga hingga $40.00 satu bahara. Keadaan dalam negeri ini menjadikan kedatangan Arry Verbrugge sebagai peluang keemasan kepada Sultan Muzaffar. Pada mei 1746, Arry Verbruged datang lagi ke Perak memberi jaminan kepada Sultan Muzaffar. Belanda akan melindungi Perak daripada Bugis dan sebuah kubu akan dibina di Pulau Pangkor.

Ketika pemerintahan Sultan Mansur Syah, Perak menghadapi huru-hara yang ditimbulkan oleh Sultan Berkabat dan Raja Halim. Sultan Berkabat, Raja Halim dan Raja Muda Iskandar menuntut hak keatas takhta kerajaan Perak. Sultan Berkabat, putera Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah (Raja Kechil) dengan puteri Kedah dan telah pun bertunang dengan puteri Sultan Muzaffar Syah; Raja Ali pula putera kerabat diraja Kedah dengan puteri diraja Perak, saudara Sultan Muzaffar Syah. Kekacauan yang ditimbulkan oleh Sultan Berkabat yang mendapat bantuan Daeng Menteko dan anaknya Daeng Mencelak dapat diatasi oleh Raja Muda Iskandar. Manakala Raja Halim yang dibantu oleh Encik Hasil dapat diatasi oleh kerajaan Perak dengan bantuan Belanda.

KEDAHSeperti juga Johor, penglibatan orang Bugis di Kedah adalah dalam perselisihan takhta kerajaan. Tunku Muhammad Jiwa meminta bantuan Daeng Parani untuk mendapatkan takhta kerajaan Kedah daripada adiknya, Raja Nambang. Dengan itu Yamtuan Muda Daeng Marewah bersama saudaranya dan angkatan berangkat ke Kedah. Seterusnya mereka melantik Tunku Muhammad Jiwa sebagai Yang Dipertuan Kedah. Raja Nambang murka dan melancarkan serangan ke atas Tunku Muhammad Jiwa yang dibantu oleh Bugis. Angkatan Raja Nambang dikalahkan. Dengan itu Yamtuan Muda Daeng Marewah bersama saudaranya pulang ke Riau.

Raja Nambang kemudiannya meminta bantuan Raja Kecil. Oleh kerana angkatan Raja Kecil datang ke Kedah, Sultan Muhammad Jiwa sekali lagi meminta bantuan Yamtuan Muda di Riau. Dengan itu angkatan Bugis di bawah pimpinan Yamtuan Muda. Pertempuran berlaku di antara kedua-dua belah pihak. Walaupun angkatan Bugis berjaya membantu Sultam Muhammad Jiwa tetapi Daeng Parani gugur dalam pertempuran tersebut. Pada November 1770, Raja Haji dan Raja Said, Raja Muda Selangor, menghantar surat kepada Sultan Muhammad Jiwa akan melanggar Kedah. Kemudiannya angkatan Selangor, yang terdiri di antara Raja Haji dan Sultan Sallehuddin singgah di Perak bertemu Sultan Mahmud dan mengharapkan doa selamat. Ketika berada di Perak, Sultan Sallehuddin berkahwin dengan anak Raja Bendahara Chulan. Pada 31 Disember 1770, selepas berkahwin, Sultan Sallehuddin menyertai angkatan Bugis melanggar Kedah. Pada tahun 1771, angkatan Bugis melancarkan serangan ke atas Kedah. Raja Chulan menyatakan dalam Misa Melayu, Sultan Mahmud mengarahkan Raja Kechil Bongsu ikut serta dalam serangan itu. Misa Melayu dan Tuhfat Al-Nafis menyatakan Bugis mencapai kemenangan dalam serangan tersebut. Padahal angkaan Kedah menentang pasukan Bugis ini. Setelah pertempurana berlarutan melebihi tiga bulan. Pada Mac 1771, Raja Haji meninggalkan Kedah, lansung ke Bernam. Raja Haji kehilangan empat atau lima panglima yang handal dan ramai tenteranya mati. Angkatan Bugis dikalahkan.

KESIMPULANPada abad ke 18, memperlihatkan penglibatan orang Bugis dalam politik di Semenanjung Tanah Melayu. Setelah berjaya menjawat jawatan Yamtuan Muda Johor pusat kegiatan orang Bugis di Selangor berpinda ke Johor. Dari Johor orang Bugis terlibt di Linggi, Perak dan Kedah. Penglibtan di Perak dan Kedah tidak meninggalkan kesan yang besar berbanding di Selangor. Johor dan Linggi. Walaupun jawatan Yamtuan Muda bukan bakal sultan tetapi pengaruh dan kuasanya sangat kuat dalam kerajaan Johor. Manakala di Linggi, Bugis berjaya mewujudkan petempatan mereka. Manakala di Selangor, anak Yamtuan Muda Daeng Chelak, Raja Lumu berjaya menduduk takhta kerajaan.

SINGKATANC.O

-Colonial Office

JMBRAS-Journal of The Malaysian Branch Royal Asiatic Society.

SP

-Surat Persendirian.

Mohd. Yusof Md. Nor, (Diusahakan oleh) Salasilah Melayu dan Bugis. (Petaling Jaya; Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1984). hlm. 14-15.

Dalam hal ini Hamid Abdullah menyatakan yang To-Ugi terdiri daripada suku Wajo, Soppeng, Bone dan Balangnipa; To-Mengkasara pula, Goa, Bontonompo, Takalara, Jeneponto dan Tombolo. (Hamid Abdullah, Perubahan Sosial di Kalangan Masyarakat Keturunan Bugis di Linggi dan Kesannya ke atas Masalah Kepimpinan. Tesis Ph.D., Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1984, hlm. 1-3).

H.C. Ricklefs, Sejarah Indonesia Modern (Yogyakarta: Gadjah Mada University Press, 1992). hlm. 93: 97-100.

Hamid Abdullah, Perubahan Sosoal di kalangan Masyarakat Keuturnan Bugis..., hlm. 20. Lihat juga Sartono Kartodirjdo, Pengantar Indonesia Baru: 1500-1900 Dari Emporium Sampai Imperium Jilid 1, (Jakarta: Penerbit).

H.C. Ricklefs, Sejarah Indonesia Modern, hlm. 100.

Mohd. Yusof Md.Nor, Salasilah Melayu dan Bugis. hlm. 21.

L.Y. Andaya, The Kingdom of Johor 1641-1728: Economic and Political Developments (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1975), hlm. 59.

Hikayat Johor serta Pahang, hlm. 1-2, R.O. Winstedt , A History od Johore (Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1979), hlm. 50-51. Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972). hlm. 73: Sejarah Terengganu ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972), hlm. 73: Sejarah Terengganu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1974), hlm. 14. W Linehan, A History of Pahang (Kuala Lumpur: MBRAS, 1973).hlm. 45. Aruna Gopinath, Pahang 1880-1933: A Political History (Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1991), hlm. 17. Kenyataan ini boleh diterima sekiranya menolak Raja Kechil (Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah Johor, 1718-1722) sebagai putera Sultan Mahmud. Raja Kechil mendakwa bahawa baginda adalah putera Sultan Mahmud dengan gundiknya Che Pong. (Mengenai Raja Kechil, sila lihat Abdullah Zakaria bin Ghazali. Raja Kechil-Sultan Abdul Jalil Rahmat Syah 17.18-1722): Satu Kaijan Tentang Asal-Usulnya, Jurnal Sejarah Melaka. Bil. 6., 1981, hlm. 48-52.

Abdullah Zakaria bin Ghazali, Sultan Keturunan Kesultanan Melaka di Pahang dan Johor, Jurnal Sejarah Melaka. Bil. 7, 1 982, hlm. 58.

L.Y. Andaya, The Kingdom of Johor 1641-1728, hlm. 240.

Sebelum ini orang laut adalah tulang belakang kepada kekuatan kerajaan Melaka dan Johor. (Zainal Abidin Borhan, Orang Seletar: Ibarat Meniti Buih, Abdullah Zakari Bin Ghazali dan Zainal Abidin Borhan (editor), Johor Dahuludan Sekarang. (Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1994), hlm. 47-50.

Raja Ali Haji, Tuhfat Al-Nafis (Singapura: Malaysian Publications Ltd., 1965), hlm. 62.

Abdullah Zakaria bin Ghazalli, Terengganu : Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan (Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 19996), hlm. 10-14.

Raja Ahmad bukanlah putera Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah; juga bukan pengganti Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah (Aruna Gopinath, Pahang 1880-1933, lm. 19). baginda adalah ptuea Sultan Abdul Jalil Muazam Syah (atau Raja Abdul Jalil atau Raja di Baruh). Sultan SulaimanBadrul Alam syah digantikan oleh putea baginda, Raja Abdul Jalil.

Virginia Matheson Hooker, Tuhfat al-Nafis: Sejarah Melayu-islam ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991), hlm. 20 6-211.

Abdul Samad Idris, Takhta Kerajaan Negeri Sembilan, (Kuala Lumpur: Utusan Printcorp Sdn. Bhd., 1987), hlm. 22-32.

Haji Buyong Adil, Sejarah Negeri Sembilan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981), hlm. 45-48.

SP. 79/2, Sejarah Dato Ungku Kelang Dengan Negeri Selangor.

SP. 79/3, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku Badar Shah, Tungku Panglima Besar of Selangor Concerning his Right and Claim To Be Appointed Raja Muda of Selangor. C.O. 717/117, Pesuruhjaya Tinggi kepada J.H. Thomas, 7April 1936, enclosure no. 1, Memorial Presented on Behalf of His Highness Tungku (Tengku) Badar Shah, Tungku Panglima Besar of Selangor, Concerning his right and claim to be appointed Raja Muda of Selangor.

B.W. Andaya, Perak: The Abode of Grace: A Study of An Eighteenth Century Malay State (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1979), hlm. 262-264.

22. Ibid., hlm. 268, Raja Chulan. Misa Melayu (Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1966). hlm. 186-188. Virginia Matheson (editor), Tuhfat Al-Nafis, hlm. 178.

R.O. Winstedt & R.J. Wilkinson, A History of Perak (Kuala Lumpur: Malaysian Branch of The Royal Asiatic Society, 1974), hlm. 61.

Barbara Watson, Andaya, Perak: The Abode of Grace. hlm. 72.

Shaharil Talib, Ismail Hussein, Michiko Nakahara (Pengenalan), Tuhfat Al-Nafis Naskah Terengganu (Kuala Terengganu: The House of Tengku Ismail, 1991), hlm. 70. Virginia Matheson & Barbara Watson Andaya (an annotated translation), The Precious Gift(Tuhfat Al-Nafis) Kuala Lumpur : Oxord University Press. 1983). hlm. 91. Virginia Matheson Hoooker, Tuhfat Al-Nafis: Sejarah Melayu-Islam, hlm. 261-262.

Haji Buyong Adil, Sejarah Perak (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972), hlm. 26, Raja Chulan, Misa Melayu, hlm. 22-23. R.O. Winstedt and R.J. Wilkinson, A History of Perak, hlm. 62.

Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace.hm. 74-78.

Manuskrip Misa Melayu mengejanya Raja Halim. Barbara Watson Andaya, Perak : The Abode of Grace, Mengeja Raja Alim.

Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace, hlm. 160.

Mohammad Isa Othman, Politik Tradisonal Kedah 1681-1942, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990), hlm. 18.

Virginia Matheson Hooker, Tuhfat Al-Nafis, hlm. 218-224.

Barbara Watson Andaya, Perak; The Abode of Grace, hlm. 296, Raja Chulan, Misa Melayu,hlm. 190-191.

Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace, hlm. 299. Haji Buyong Adil, Sejarah Selangor, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981), hlm. 18-19. Membuat Kesilapan Menyatakan Raja Lumur datang ke Perak pada Tahun 19770 dan ditabalkan sebagai Sultan Selangor serta berkahwin dengan anak saudara Sultan Perak. Sebenarnya, Sultan Salaeehudin telah ditabalkan di Perak pada tahun 1766; tetapi badinda dan Raja Haji singgah di Perak pada tahun 1770 dalam perjalanan hendak melanggar Kedah. Ketika berada di Perak, Sultan Sallehudin berkahwin dengan anak Raja Chulan, anak saudara Sultan Mahmud Syah Perak.

Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace,hlm. 300.

R. Bonney, Kedah 1771-1821: The Search For Security and Independence (Kuala Lumpur: Oxford University Press, 1974), hlm. 28.

Raja Chulan, Misa Melayu, hlm. 191. Virginia Matheson (editor), Tuhfat Al-Nafis, hlm. 184-188. Mengenai serangan ini sila lihat juga, Dianne Lewis, Kedah - The Development of A Malah State in the 18th and 19th Centuries, Anthony Reid and Lance Castles (eds.). Pre-colonial State System in Southeast Asia (Kuala Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society, 1975), hlm 39; 40.

Barbara Watson Andaya, Perak: The Abode of Grace , hlm. 300.

Mohammad Isa Otman, Politik Tradisional Kedah 1681 - 1942 hlm. 20-21. Beliau mencatitkan serangan ini dilakukan pada tahun 1769.