mengurus wang anda

Upload: afiffarhan

Post on 04-Apr-2018

260 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    1/16

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    2/16

    1

    3

    4

    7

    8

    10

    11

    12

    Perancangan kewangan

    Simpanan

    Melabur wang anda

    Mendapatkan produk kewangan

    Pinjaman dan kad kredit

    Melindungi wang anda

    Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan

    Butiran organisasi berkaitan

    Kandungan

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    3/16

    bankinginfo

    infoperba

    nkan

    1

    BAHAGIAN 1Perancangan kewangan

    Perancangan kewangan merupakan langkah pertama untuk mengurus kewangan anda.Terdapat 4 langkah yang

    perlu diambil iaitu:

    1. Menetapkan matlamat kewangan anda. 3. Menilai tabiat berbelanja anda.

    2. Jejaki ke mana perginya wang anda. 4. Menulis rancangan perbelanjaan anda.

    Langkah 1: Menetapkan matlamat kewangan anda

    Matlamat kewangan mencerminkan apa yang anda hendak lakukan dengan wang anda dalam tempoh yang

    ter tentu. Penentuan matlamat akan memastikan anda berbelanja serta menyimpan secara teratur untuk mencapai

    matlamat anda. Matlamat ini boleh berbentuk jangka masa pendek, sederhana atau panjang bergantung kepada

    faktor-faktor seperti usia, pendapatan, taraf perkahwinan dan jumlah tanggungan.

    Matlamat Kewangan Pendek Sederhana Panjang

    Melangsaikan hutang kad kredit

    Membeli kereta

    Membeli rumah

    Simpanan untuk persaraan

    Jangka Masa

    X

    X

    X

    X

    Buku ini terbahagi kepada dua bahagian: Bahagian 1 menggariskan panduan berkaitan pengurusan wang seperti

    perancangan kewangan, simpanan dan pelaburan. Bahagian 2 pula memberi panduan berkenaan hal lain yang

    berkaitan dengan pengurusan wang seperti mendapatkan produk kewangan, perlindungan ke atas harta serta

    cara-cara untuk mendapatkan bantuan dalam menyelesaikan masalah kewangan.

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    4/16

    Langkah 2: Jejaki ke mana perginya wang anda

    Seterusnya, anda perlu memantau tabiat berbelanja anda.

    Mulakan dengan merekod segala perbelanjaan dalam tempoh

    tertentu, contohnya, selama lapan minggu. Ini ber tujuan untuk

    mengetahui ke mana wang anda telah dibelanjakan, bukanuntuk mengurangkan perbelanjaan.

    Langkah 3: Menilai tabiat berbelanja anda

    Anda perlu menilai tabiat berbelanja sekiranya anda tidak

    mempunyai sebarang lebihan wang pada akhir bulan atau ingin

    meningkatkan jumlah simpanan.Teliti senarai perbelanjaan

    harian dan nilai sama ada ia merupakan keperluan ataukehendak. Kurangkan perbelanjaan yang berkaitan dengan

    kehendak. Kenalpasti dan elak tabiat buruk ketika berbelanja.

    Langkah 4: Menulis rancangan perbelanjaan anda

    Setelah anda mengkaji tabiat berbelanja anda, anda boleh

    membuat pelan perbelanjaan yang akan membantu anda

    mencapai matlamat kewangan anda. Anda boleh menggunakanBuku Pengurusan Belanjawan Keluarga yang diterbitkan oleh

    Bank Negara Malaysia untuk membantu pengguna membuat

    dan memantau perbelanjaan harian, bulanan dan tahunan.

    Anda menggunakan wang simpanan

    untuk membayar bil semasa.

    Anda hanya membayar jumlah

    minimum apabila menyelesaikan hutang

    kad kredit anda.

    Anda selalu meminjam wang untuk

    menampung perbelanjaan harian.

    Anda hanya membayar jumlah

    minimum apabila menyelesaikan hutang

    anda dan tidak mengurangkan jumlah

    hutang yang sedia ada.

    Anda sentiasa bertengkar dengansuami/ isteri atau keluarga berkaitan

    wang.

    Tanda amaran tabiatburuk perbelanjaan

    bankinginfo

    info

    perbankan

    2

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    5/16

    bankinginfo

    infoperba

    nkan

    3

    SimpananMula menyimpan dari awal. Jangan menunggu sehingga

    waktu yang sesuai. Lebih awal anda mula menyimpan,

    lebih banyak wang simpanan anda. Cuba simpan

    sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan setiap

    bulan sebelum berbelanja. Tingkatkan simpanan anda

    setiap kali pendapatan anda bertambah, contohnya,

    apabila anda menerima bonus. Simpan wang anda

    dalam akaun simpanan tetap. Dengan faedah yang lebih

    tinggi berbanding akaun simpanan, wang simpanan anda

    akan bertambah dengan lebih cepat.

    Simpan sebelum anda berbelanja bukan sebaliknya.

    Kebanyakan orang melakukan ini:

    PENDAPATAN PERBELANJAAN =

    SIMPANAN/ PELABURAN

    Anda sepatutnya melakukan ini:

    PENDAPATAN SIMPANAN/ PELABURAN =

    PERBELANJAAN

    Dengan cara ini, anda pasti dapat menyimpan

    sebahagian daripada pendapatan yang diperolehi setiap

    bulan.

    Wujudkan sebuah tabung kecemasan yang berjumlah tiga

    hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda untuk

    memenuhi keperluan sekiranya terjadi sesuatu perkara

    atau perbelanjaan yang tidak diingini.Tabung kecemasan

    ini akan menghindarkan diri anda daripada berhutang

    apabila terjadi perkara seperti ini.Walau bagaimanapun,jangan gunakan wang yang disimpan di dalam tabung ini

    untuk perbelanjaan harian atau memenuhi matlamat

    kewangan anda.

    Langkah-langkah untuk mewujudkan tabung kecemasan

    1. Kira jumlah perbelanjaan bulanan anda, contohnya

    perumahan, barangan dapur, pengangkutan, utilitidan pembayaran hutang lain.

    2. Tetapkan bilangan bulan bagi perbelanjaan bulanan

    yang anda ingin simpan dalam tabung kecemasan

    anda.

    3. Kira jumlah tabung kecemasan anda iaitu jumlahperbelanjaan bulanan (langkah 1) darab bilangan

    bulan (langkah 2).

    4. Masukkan wang anda ke dalam tabung kecemasan

    ini.

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    6/16

    bankinginfo

    info

    perbankan

    4

    Anda boleh meningkatkan kekayaan anda melalui pelaburan jika anda melabur secara berhemat. Jenis

    pelaburan yang dipilih adalah bergantung kepada tujuan anda melabur, jadi kenalpasti matlamat pelaburan

    anda.Tanyakan diri anda:

    Apakah matlamat saya? Apakah yang saya ingin capai melalui pelaburan ini?

    Bagaimanakah tahap risiko yang saya sanggup hadapi?

    Adakah saya memerlukan wang dalam masa terdekat?

    Adakah saya tahu bagaimana pelaburan ini dilakukan bagi membolehkan saya

    memantau perkembangannya dengan lebih berkesan?

    Kenalpasti tahap risiko dan pulangan sesuatu produk pelaburan sebelum melabur. Pulangan yang tinggi

    mempunyai risiko yang tinggi. Sekiranya anda tidak bersedia untuk menanggung risiko, jangan melabur.

    Berwaspada terhadap produk pelaburan yang menjanjikan pulangan yang amat tinggi, contohnya produk

    yang memberi pulangan lebih tinggi daripada kadar pasaran. Ini dapat menghindari diri anda daripada skim

    pelaburan palsu.

    Melabur wang anda

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    7/16

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    8/16

    Anda perlu menyimpan atau melabur dengan pihak yang

    diberi lesen oleh pihak berkuasa supaya simpanan dan

    pelaburan anda dilindungi:

    Institusi yang menerima deposit telah diberi lesen oleh

    Bank Negara Malaysia. Anda boleh memeriksa status

    perlesenan daripada laman web Bank Negara Malaysia

    di www.bnm.gov.my.

    Semua simpanan anda dalam institusi kewangan yang

    diberikan lesen oleh Bank Negara Malaysia akan

    diberikan jaminan sepenuhnya oleh Kerajaan melalui

    Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) sehingga

    Disember 2010. Perlindungan ini diberikan secara

    automatik tanpa sebarang kos dikenakan ke atas

    pendeposit. Ketahui lebih lanjut tentang insurans deposit

    di laman web PIDM www.pidm.gov.my atau hubungi

    PIDM di talian bebas tol 1-800-88-1266.

    Individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti

    pelaburan diberi lesen oleh Suruhanjaya Sekuriti.Anda

    boleh memeriksa status perlesenan di laman web

    Suruhanjaya Sekuriti di www.sc.com.my.

    Bagaimana untuk melindungidiri anda daripada penipuan?

    Ingat - jika ianya terlalu baik untuk dipercayai,ia mungkin satu penipuan.

    Hanya berurusan dengan institusi kewangan

    yang berlesen.

    Periksa dengan pihak berkuasa sebelum

    melabur.

    Elakkan daripada dipaksa atau terburu-buru

    untuk melabur.

    Berwaspada terhadap peluang pelaburan yang

    tidak bertulis.

    Simpan maklumat berkenaan akaun bank dan

    kad kredit dengan baik. Jangan mendedahkan

    kepada sesiapa.

    banki

    nginfo

    info

    perbankan

    6

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    9/16

    bankinginfo

    infoperbankan

    7

    Apabila mendapatkan produk kewangan, pilih produk kewangan dengan teliti supaya mengelakkan

    daripada menanggung kerugian kewangan sekiranya anda mengambil keputusan untuk menarik diri atau

    menamatkan produk tersebut sebelum tarikh matang. Sebelum anda membeli sesuatu produk, anda

    perlu:

    Kumpulkan maklumat berkaitan produk yang ditawarkan. Bandingkan harga dan ciri-ciri

    produk tersebut.

    Dapatkan keterangan lanjut sekiranya anda tidak faham. Beli produk kewangan hanya

    setelah anda mengetahui bagaimana produk itu berfungsi serta syarat dan termanya.

    Ketahui fi dan caj yang anda perlu bayar sekarang dan setelah anda membeli produk

    tersebut. Ini untuk mengelakkan sebarang perbelanjaan tambahan yang tidak dirancang.

    Beri perhatian terhadap klausa pengecualian dalam sesuatu kontrak.

    Pertimbangkan sebarang tawaran dengan teliti. Katakan tidak sekiranya anda tidak

    memerlukan produk kewangan yang ditawarkan.

    Ketahui bahawa terdapat produk kewangan seperti amanah saham atau insurans/ takaful

    yang memberi tempoh untuk anda membuat keputusan sama ada mahu meneruskan

    perjanjian setelah anda menandatanganinya.

    BAHAGIAN 2Mendapatkan produk kewangan

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    10/16

    bankinginfo

    info

    perbankan

    8

    Pinjaman merupakan produk yang ditawarkan oleh institusi kewangan untuk membantu anda menjalankan

    transaksi ter tentu. Contohnya, apabila anda ingin membeli kereta atau rumah, anda mungkin perlu meminjam

    daripada institusi perbankan untuk membiayai pembelian tersebut. Kad kredit ialah instrumen pembayaran yang

    membolehkan anda membayar untuk barang dan perkhidmatan yang dibeli berbanding menggunakan wang.

    Berikut adalah isu-isu yang anda perlu memberi pertimbangan apabila memohon pinjaman atau kad kredit:

    Pinjaman yang berbeza mempunyai ciri-ciri, kadar faedah, fi dan caj serta terma dan syarat yang

    berlainan. Ketahui perjanjian anda dengan institusi perbankan.

    Pastikan anda mampu membayar bayaran bulanan. Secara amnya, bayaran balik bulanan anda

    tidak boleh melebihi satu per tiga daripada pendapatan kasar isi rumah bulanan anda.

    Bayar pada masa yang ditetapkan untuk meminimumkan caj faedah. Gunakan wang yang anda

    terima secara sekaligus, contohnya, bonus untuk mengurangkan jumlah pinjaman anda.

    Anda perlu lebih berdisiplin ketika menggunakan kad kredit kerana anda seumpama

    memperolehi wang tunai. Sekiranya anda terlebih berbelanja, anda akan menanggung bebanan

    hutang yang banyak. Ingat, caj kewangan atas hutang kad kredit adalah tinggi dan boleh mencecah setinggi

    18% setahun.

    Bincang dengan institusi perbankan anda dengan segera sekiranya anda mempunyai masalah

    untuk membayar hutang anda. Institusi perbankan anda mungkin boleh menstruktur semula

    pelan pembayaran balik pinjaman anda buat sementara waktu sehingga keadaan kewangan

    anda beransur baik.

    Pinjaman dan kad kredit

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    11/16

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    12/16

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    13/16

    bankinginfo

    infoperban

    kan

    11

    Membuat aduan

    Di bawah adalah cara bagaimana anda boleh membuat aduan terhadap institusi yang dikawal oleh Bank Negara

    Malaysia seperti institusi perbankan, syarikat insurans, pengendali takaful atau institusi bukan perbankan yang

    mengeluarkan kad kredit atau kad caj.

    Terlebih dahulu, kemukakan aduan kepada Unit Aduan institusi kewangan anda. Rujuk aduan anda kepada Biro Pengantaraan Kewangan (BPK) sekiranya anda tidak berpuas hati dengan maklum

    balas atau keputusan yang diberikan oleh institusi kewangan anda. BPK adalah sebuah badan bebas yang

    ditubuhkan bagi membantu menyelesaikan pertikaian di antara orang awam dan ahli-ahli BPK (bank

    perdagangan, syarikat insurans, pengendali takaful, institusi bukan perbankan yang menawarkan kad kredit dan

    kad caj). Perkhidmatan yang disediakan oleh BPK adalah percuma. Anda boleh mendapatkan maklumat tentang

    jenis aduan yang dikendalikan oleh BPK melalui laman webnya www.fmb.org.my. Institusi anda adalah tertaklukkepada keputusan BPK, tetapi anda tidak.

    Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan BPK, anda boleh merujuk kes anda ke mahkamah. Jika aduan anda bukan di bawah skop BPK, anda boleh merujuk aduan anda kepada Bank Negara Malaysia.

    Bantuan pengurusan hutang

    Sekiranya anda memerlukan nasihat berkenaan pengurusan wang dan mendapatkan bantuan dalam

    menyelesaikan hutang, anda boleh menghubungi Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK).AKPK

    merupakan sebuah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan

    pengurusan kewangan, kaunseling kredit, pendidikan kewangan dan perkhidmatan penstrukturan semula pinjaman

    kepada individu. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh AKPK adalah percuma. Maklumat lanjut tentang AKPK boleh

    didapati dalam laman web www.akpk.org.my.

    Mendapatkan bantuan berkaitan perihal kewangan

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    14/16

    Butiran organisasi berkaitan

    Bank Negara Malaysia

    BNMTELELINK

    Jabatan Komunikasi Korporat,

    Bank Negara Malaysia,

    Peti Surat 10922,

    50929 Kuala Lumpur.

    Talian tol: 1-300-88-5465

    E-mel: [email protected]

    Laman web: www.bnm.gov.my

    Agensi Kaunseling Dan

    Pengurusan Kredit

    Tingkat 8, Maju Junction Mall,

    1011, Jalan Sultan Ismail,

    50200 Kuala Lumpur.

    Talian bebas tol:1-800-88-2575

    E-mel: [email protected]

    Laman web: www.akpk.org.my

    bank

    inginfo

    info

    perbankan

    12

    Biro Pengantaraan Kewangan

    Tingkat 25, Dataran Kewangan

    Darul Takaful,

    4, Jalan Sultan Sulaiman,

    50000 Kuala Lumpur.

    Telefon: 03-2272 2811

    E-mel: [email protected]

    Laman web: www.fmb.org.my

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    15/16

  • 7/29/2019 mengurus wang anda

    16/16