mengurus pembelajaran anda

47
PENGENALAN Selamat datang ke topik pertama modul Kemahiran Belajar Jarak Jauh. Mari kita mulakan pembelajaran kita dengan melihat kembali pengalaman pembelajaran kita ketika menjadi pelajar di sekolah. Anda mungkin masih ingat kelas yang telah diatur jadualnya dan deringan loceng yang menandakan berakhirnya setiap kelas. Anda juga mempunyai guru yang „mengajar‰ anda dan memberi panduan agar anda dapat belajar secara sistematik. T T o o p p i i k k 1 1 Mengurus Pembelajaran Anda HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menerangkan tiga metodologi pembelajaran adunan di OUM; 2. Memilih 10 strategi untuk mengurus tekanan; 3. Menetapkan matlamat berdasarkan sembilan ciri matlamat yang efektif; 4. Menggunakan tujuh strategi motivasi untuk pembelajaran yang berjaya; 5. Mempraktikkan tiga aspek pengurusan masa; 6. Mengenal pasti lapan sebab penumpuan dan strategi yang lemah untuk meningkatkan daya tumpuan; dan 7. Mengenal pasti gaya pembelajaran peribadi anda. Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Upload: dangcong

Post on 12-Jan-2017

301 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mengurus Pembelajaran Anda

PENGENALAN

Selamat datang ke topik pertama modul Kemahiran Belajar Jarak Jauh. Mari kita mulakan pembelajaran kita dengan melihat kembali pengalaman pembelajaran kita ketika menjadi pelajar di sekolah. Anda mungkin masih ingat kelas yang telah diatur jadualnya dan deringan loceng yang menandakan berakhirnya setiap kelas. Anda juga mempunyai guru yang „mengajar‰ anda dan memberi panduan agar anda dapat belajar secara sistematik.

TTooppiikk

11

Mengurus Pembelajaran Anda

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Menerangkan tiga metodologi pembelajaran adunan di OUM;

2. Memilih 10 strategi untuk mengurus tekanan;

3. Menetapkan matlamat berdasarkan sembilan ciri matlamat yangefektif;

4. Menggunakan tujuh strategi motivasi untuk pembelajaran yangberjaya;

5. Mempraktikkan tiga aspek pengurusan masa;

6. Mengenal pasti lapan sebab penumpuan dan strategi yang lemahuntuk meningkatkan daya tumpuan; dan

7. Mengenal pasti gaya pembelajaran peribadi anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 2: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 2

Sekarang, bagaimanakah pula dengan pembelajaran di Open University Malaysia (OUM)? Apakah yang boleh anda bayangkan tentang pembelajaran di OUM? Di OUM, situasi ini akan menjadi sangat berbeza. Anda perlu memainkan peranan utama mengurus pembelajaran anda sendiri, menyatakan kecenderungan pembelajaran anda kepada tutor dan mengatur strategi untuk menjadi pelajar jarak jauh yang berjaya.

Secara umumnya, konsep pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikaitkan dengan perkara seperti bangunan sekolah, kelas, dewan peperiksaan, guru, buku teks dan peperiksaan. Dalam dunia masa kini yang semakin pesat membangun, semakin banyak model pembelajaran moden diperkenalkan. Salah satu institusi yang mengalami perubahan ketara dalam kaedah pembelajarannya ialah OUM, yang mengamalkan pendekatan pembelajaran teradun. Di sini, anda sebagai pelajarlah yang menjadi watak utama.

Sebagai pembekal pembelajaran secara terbuka dan jarak jauh, OUM dapat menyediakan semua keperluan anda. Kaedah pembelajaran fleksibel disediakan untuk anda dengan tiga kaedah pembelajaran pembelajaran kendiri, interaksi secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian.

Oleh itu dalam topik pertama ini, anda akan diperkenalkan kepada cara untuk menguruskan pembelajaran anda, terutamanya dengan tiga pendekatan yang diterapkan di OUM bagi membekalkan anda dengan pengalaman pembelajaran terbaik sebagai pelajar jarak jauh. Matlamat kami adalah untuk menyokong anda menjadi seorang yang lebih berdikari dalam berfikir dan mampu membuat keputusan agar anda dapat meneruskan pembelajaran di sepanjang hayat.

PERSEKITARAN PEMBELAJARAN OUM

Seperti yang telah dinyatakan, di OUM, kami mengamalkan pembelajaran teradun. Oleh itu, dalam topik ini anda akan didedahkan dengan lebih mendalam tentang kaedah pembelajaran ini. Selain itu, anda juga akan didedahkan dengan apa yang diperlukan untuk menjadi pelajar cemerlang menggunakan pendekatan pembelajaran teradun.

1.1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 3: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 3

1.1.1 Mengenali Kaedah Pembelajaran OUM

Bagi membangunkan sistem pembelajaran yang setanding atau mungkin lebih baik daripada kaedah pembelajaran tradisional, OUM telah menerapkan pendekatan pembelajaran teradun yang melibatkan strategi pelbagai kaedah. Di sini, pembelajaran berlaku melalui interaksi sebenar dan maya antara pelajar dan tutor menerusi metodologi pembelajaran kendiri, interaksi secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian.

Pembelajaran teradun menggabungkan pembelajaran dalam talian atau kaedah pembelajaran berbentuk teknologi canggih dengan kaedah tradisional seperti interaksi secara bersemuka. Selain itu, pembelajaran teradun membolehkan anda menikmati manfaat daripada kedua-dua kaedah, iaitu dengan memberikan bimbingan dari kelas sebenar dan juga fleksibiliti dan keterbukaan pembelajaran kendiri melalui kaedah pembelajaran dalam talian dan secara maya. Terdapat pelbagai paras dalam pembelajaran teradun seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Tiga metodologi bagi pembelajaran teradun di OUM

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 4: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 4

Ketiga-tiga kaedah ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Tiga Kaedah Pembelajaran Teradun di OUM

Kaedah Deskripsi

Pembelajaran kendiri

Ia memerlukan anda agar belajar sendiri secara berdikari pada masa yang anda tetapkan sendiri. Modul ini berfungsi sebagai sumber utama pembelajaran. Ia disokong dengan bahan bacaan lain, kedua-duanya bercetak dan digital.

Selain itu, pembelajaran juga berlaku melalui mod audio/video. Rajah 1.2 menunjukkan bagaimanakah cara anda boleh menjadi pelajar kendiri yang baik.

Rajah 1.2: Apa yang anda perlu buat untuk menjadi pelajar kendiri yang baik

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 5: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 5

Interaksi secara bersemuka (kelas sebenar)

Ini merupakan sesi tutorial yang dijalankan dalam kelas sebenar oleh tutor di pusat pembelajaran OUM yang ada di seluruh negara. Isu berkaitan bahan kursus, tugasan dan isu lain berkenaan dibincangkan semasa sesi tutorial ini. Sesi ini biasanya dijalankan setiap dua minggu, iaitu pada hujung minggu ataupun selepas waktu pejabat, sekurang-kurangnya tiga kali setiap semester. Nisbah tutor kepada pelajar dipastikan rendah agar kualiti sesi tersebut terjamin.

Metodologi pembelajaran dalam talian (kelas maya)

Dalam kelas maya, alat komunikasi elektronik seperti e-mel, forum perbincangan dan bilik sembang disediakan untuk memudahkan interaksi antara pelajar, tutor dan fasilitator.

Selain itu, bahan pembelajaran elektronik (seperti e-buku dan objek pembelajaran multimedia) sentiasa dibangunkan untuk meningkatkan hasil pembelajaran. Alat komunikasi dan bahan e-pembelajaran disediakan menggunakan Internet melalui platform penyampaian dalam talian OUM yang dikenali sebagai myINSPIRE.

1.1.2 Menjadi Berdikari

Di OUM, anda digalakkan untuk menjadi pelajar yang berdikari. Anda diharap dapat belajar secara bebas ataupun belajar secara berkumpulan.

Sebagai pelajar kendiri, anda seharusnya boleh menjadikan pengalaman pembelajaran anda lebih bermakna dan dalam masa yang sama, menjalani rutin harian anda. Tanpa mengira sama ada anda belajar sambil bekerja ataupun tidak, anda kini mempunyai tanggungjawab yang lebih besar terhadap program pengajian anda!

Rujuk Rajah 1.1 tentang pembelajaran teradun di OUM. Pendekatan manakah yang sesuai dengan gaya belajar atau kecenderungan anda? Bincangkan jawapan dengan rakan anda. Anda boleh merujuk Apendiks 1.1 untuk mempelajari gaya pembelajaran.

AKTIVITI 1.1

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 6: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 6

Untuk menjadi pelajar yang berdikari, anda boleh menggunakan sebahagian atau kesemua teknik yang dicadangkan dalam Jadual 1.2.

Jadual 1.2: Cadangan Teknik untuk Pelajar Kendiri

Teknik Huraian

Merancang dan mengurus dengan cara bijak

Teknik merancang dan mengurus akan dibincangkan di sepanjang topik ini. Dengan mengaplikasikan teknik merancang dan mengurus pembelajaran yang dicadangkan dalam modul ini, sudah tentu anda akan dapat memastikan pembelajaran di OUM ini membuahkan hasil.

Mengamalkan pengurusan masa yang bijak

Ia adalah penting untuk anda mengurus masa anda dengan baik. Pengurusan masa akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam Subtopik 1.2.4.

Memotivasikan diri sendiri

Untuk proses pembelajaran yang lancar, anda juga perlu mempelajari teknik motivasi diri. Strategi untuk motivasi diri ini akan dibincangkan dalam Subtopik 1.2.3.

Memupuk strategi pembelajaran

Anda perlu memupuk gaya pembelajaran peribadi dengan mengenal pasti gaya belajar anda dan menyesuaikannya dengan mana-mana daripada tiga teknik tadi. Contohnya, sekiranya anda mempunyai gaya pembelajaran visual, anda perlu merekodkan/ menulis kandungan pelajaran anda secara visual dalam bentuk nota pendek, peta minda atau carta (rujuk Subtopik 1.3 untuk maklumat lebih lanjut tentang gaya pembelajaran).

Selain daripada teknik yang dibincangkan dalam Jadual 1.2, anda perlu mempunyai kemahiran penting yang lain untuk membantu anda sebagai pelajar kendiri. Ini termasuklah kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT information and communication technology), dan maklumat yang akan dibincangkan kemudian dalam modul ini.

1.1.3 Memaksimumkan Kemudahan Pembelajaran OUM

Untuk menjadi pelajar yang lebih bersedia, anda mesti memaksimumkan penggunaan kemudahan OUM yang tersedia untuk anda. Semua kemudahan ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.3.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 7: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 7

Rajah 1.3: Kemudahan OUM yang tersedia untuk anda

Anda perlu mengambil tahu akan semua sumber yang telah tersedia untuk anda bagi membantu pembelajaran anda. Cuba fikirkan sejenak tentang bagaimanakah agaknya pelajar OUM yang tinggal di kawasan pedalaman dapat mengambil peluang sepenuhnya sepanjang belajar di OUM.

Memahami fungsi pusat perkhidmatan pelajar OUM, pusat pembelajaran OUM, perpustakaan digital OUM dan portal OUM akan membantu anda untuk menguruskan pembelajaran anda dengan lebih efektif.

Setelah anda mempelajari kaedah yang diguna pakai di OUM, sekarang mari kita teruskan ke bahagian penting yang berikutnya menghadapi pembelajaran.

MENGHADAPI PEMBELAJARAN

Sedarkah anda bahawa pengalaman pembelajaran yang baru boleh menjadi saat bahagia dan juga peristiwa tidak menyenangkan? Apabila anda merasa tidak gembira, situasi tertekan mungkin terbina. Oleh itu, ia adalah penting untuk anda menyedari situasi ini dan belajar cara untuk menguruskannya. Dalam subtopik berikutnya, kita akan mengajar anda cara mengurus tekanan, menetapkan matlamat, strategi motivasi untuk pembelajaran yang berjaya, pengurusan masa dan strategi tumpuan untuk pembelajaran yang lebih baik.

1.2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 8: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 8

1.2.1 Mengurus Tekanan

Tekanan ialah bahagian yang penting dan fitrah dalam kehidupan seharian kita. Contohnya dipaparkan dalam Rajah 1.4. Bolehkah anda bayangkan betapa tertekannya ibu ini?

Rajah 1.4: Menguruskan pelbagai perkara boleh menyebabkan tekanan, sama seperti

anda sebagai pelajar dewasa; anda perlu menyeimbangkan antara urusan rumah, kerja dan belajar

Kita mencapai apa yang telah kita tetapkan untuk dilakukan pada hari atau minggu tersebut dengan sedikit tekanan. Semasa menghadapi tekanan, kedua-dua badan dan minda kita akan terjejas. Tekanan boleh menjadi positif dan negatif. Badan kita direka untuk bertindak balas dengan kedua-dua jenis tekanan. Kita mesti mempelajari tentang tekanan bagi membantu badan kita kembali kepada keadaan yang lebih tenang.

Tekanan positif membantu kita untuk berhati-hati, memotivasikan diri kita untuk menghadapi cabaran dan mendorong kita untuk menyelesaikan masalah. Tahap tekanan yang rendah boleh dihadapi dan dilihat perlu untuk simulasi yang normal.

Tekanan negatif sebaliknya berlaku apabila badan kita bertindak berlebihan kepada sesuatu kejadian. Ia menjurus kepada reaksi „berjuang atau melarikan diri‰ (flight or flight). Reaksi sebegitu mungkin sangat berguna satu ketika dahulu apabila nenek moyang kita sering berhadapan dengan situasi antara hidup dan mati. Walau bagaimanapun, keadaan tersebut bukanlah satu kebiasaan lagi pada masa kini. Namun, kita masih menunjukkan reaksi secara tidak rasional bagi banyak situasi harian seolah-olah ia merupakan isu antara hidup dan mati.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 9: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 9

Walaupun begitu, tekanan tidak harus diendahkan. Tanda awal seperti sebarang perubahan yang ketara dalam corak tingkah laku anda dapat menunjukkan sesuatu itu bermasalah. Apakah simptom tekanan? Mari kita lihat Rajah 1.5 untuk mengenal pasti beberapa simptom tekanan.

Rajah 1.5: Simptom tekanan

Antara penyebab biasa tekanan yang anda mungkin hadapi sebagai pelajar kendiri adalah berkaitan prestasi akademik, perubahan gaya hidup, kewangan, kesihatan, hubungan sosial, keluarga dan rakan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 10: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 10

Sebagai pelajar kendiri, anda perlu menguasai sesetengah strategi dalam cara yang lebih realistik dan munasabah untuk mengatasi sebarang situasi yang tertekan. Bahagian berikutnya membincangkan strategi bagi mengurus tekanan dan menangani masalah setiap hari yang menyebabkan kebimbangan.

(a) Strategi untuk Mengurus Tekanan Yang berikut adalah antara strategi untuk mengurus tekanan (lihat

Jadual 1.3).

Jadual 1.3: Strategi Menguruskan Tekanan

Strategi Deskripsi

Mulakan pengurusan diri yang teratur

Anda harus mengawal cara anda menggunakan masa dan tenaga anda agar anda boleh menguruskan tekanan dengan lebih efektif. Contohnya, jika anda bekerja secara sepenuh masa, anda mungkin mahu belajar pada waktu malam apabila semua orang sedang tidur atau bangun awal dan memulakan hari anda antara satu atau dua jam lebih awal.

Mengawal persekitaran anda dengan mengawal siapa dan apa yang berada di sekeliling anda

Melalui cara ini, anda boleh sama ada menghapuskan tekanan atau mendapatkan sokongan untuk diri anda. Cuma berada dalam kumpulan rakan pembelajaran anda supaya anda dapat memaksimumkan masa lapang anda atau masa yang tidak dirancang.

Beri maklum balas positif kepada diri anda

Selalu isi minda separa sedar anda dengan ingatan yang positif. Contohnya, beritahu diri anda yang anda akan lulus peperiksaan semester ini dengan jayanya. Jika anda sentiasa memikirkannya dan bekerja keras, anda mungkin dapat mencapai apa yang anda mahukan.

Memberi ganjaran kepada diri anda

Ia amat membantu jika anda mempunyai sesuatu aktiviti yang amat anda nantikan. Lakukan aktiviti yang merehatkan minda atau rancang aktiviti riadah yang kerap selepas anda sudah mencapai objektif anda.

Senaman untuk badan anda

Kesihatan dan produktiviti anda bergantung pada keupayaan badan anda untuk membekalkan oksigen dan makanan kepada sel. Oleh itu, lakukan senaman untuk jantung dan paru-paru anda dengan kerap, sekurang-kurangnya tiga hari seminggu selama 15 hingga 30 minit. Ia mungkin dalam bentuk aktiviti seperti berjalan, berlari, berbasikal, berenang atau aerobik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 11: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 11

Rehat Alihkan minda anda daripada tekanan dan tumpukan kepada pernafasan dan pemikiran yang positif. Bermimpi juga memberikan rehat, bersama-sama dengan bertafakur, rehat secara progresif, bersenam, mendengar muzik yang menenangkan dan juga berhubung dengan kawan dan orang tersayang.

Rehat sekerap mungkin

Secara umumnya, tidur malam selama enam atau tujuh jam adalah mencukupi untuk pelajar dewasa. Ambil rehat yang singkat. Minda anda tidak dapat menyerap kesemuanya pada satu masa. Ia memerlukan masa untuk memproses dan menyatukan maklumat. Sepertimana peraturan umum (general rule of thumb), ambil rehat 10 minit bagi setiap jam. Rehatkan mata dan juga minda anda.

Awasi diri anda Awasi tanda tekanan seperti insomnia, sakit kepala, kebimbangan, sakit perut, kurang tumpuan, demam/ selesema dan letih berlebihan. Ingat, ia boleh menjadi tanda gangguan yang serius (seperti ulser, hipertensi, penyakit jantung). Sentiasa perhatikan sekiranya timbul ketegangan pada badan anda. Sebagai contoh, perhatikan jika anda menggenggam stereng kereta terlalu kuat ketika memandu!

Makan diet yang seimbang dan bersenam

Elakkan makanan yang tinggi lemak dan gula. Jangan bergantung pada ubat atau alkohol. Kafein mungkin membuat anda berjaga tetapi ia juga mungkin membuatkan anda lebih sukar memberikan tumpuan. Ingat, berjalan selama 20 minit boleh menjadi ubat penenang yang lebih baik daripada sesetengah ubat yang diberikan preskripsi.

Belajar untuk menikmati hidup

Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang lebih gembira hidup lebih lama, kurang masalah fizikal dan lebih produktif. Lihat kepada jenaka dalam kehidupan apabila keadaan tidak masuk akal. Ingat, anda sangat istimewa dan berhak mendapat layanan terbaik untuk diri anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 12: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 12

(b) Menghadapi Masalah Belajar Setiap Hari Terdapat beberapa cara untuk menghadapi masalah belajar setiap hari

(lihat Jadual 1.4).

Jadual 1.4: Beberapa Cara untuk Menghadapi Masalah Belajar Harian

Cara Huraian

Mengenali sumber anda

Menilai kekuatan dan kelemahan anda boleh membantu anda melihat apa yang anda ada untuk membantu anda bertahan. Contohnya, ketahui di mana anda boleh mendapatkan buku rujukan. Tanya diri anda, „Adakah ia hanya terdapat di perpustakaan yang berdekatan dengan saya atau bolehkah saya mendapatkannya dalam talian? Bagaimanakah saya boleh mendapatkan buku dalam talian ini?‰

Anda tidak perlu menghadapinya berseorangan

Bercerita kepada keluarga dan kawan mungkin membantu anda mengatasi masa sukar dalam pembelajaran anda. Di OUM, kami mempunyai Pusat Pengurusan Pelajar yang boleh membantu anda mengatasi sebahagian masalah anda. Kami mempunyai kaunselor pelajar yang terlatih untuk membantu anda menghadapi situasi yang sukar dan penuh tekanan.

Menjadi realistik Tetapkan matlamat yang boleh dicapai. Jika anda mempunyai tiga tugasan untuk disiapkan pada semester itu, periksa tarikh akhir dan peruntukan masa yang mencukupi untuk setiap tugasan.

Anda tidak boleh mengawal sepenuhnya

Untuk menjadi pelajar yang berjaya, anda perlu bekerjasama dan kolaborasi dengan orang lain. Ingat, anda tidak boleh melakukannya berseorangan. Rakan dan tutor anda memainkan peranan penting dan anda akan mendapat manfaat dengan menyertai kumpulan belajar dan kekal berhubung dengan tutor anda.

Belajar untuk menerima kegagalan

Jangan terlalu sedih jika keputusan penilaian pertama anda adalah teruk. Perbaiki diri anda boleh menjadi proses yang berperingkat. Berbincanglah dengan tutor anda jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan anda dan ketahui cara untuk anda perbaikinya.

(c) Kebimbangan Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh kebimbangan. Sebagai pelajar

OUM, anda mungkin berasa bimbang apabila anda hendak menduduki peperiksaan atau menyerahkan tugasan, sama seperti gambar dalam Rajah 1.6. Kebanyakan kebimbangan datang daripada perasaan takut anda mungkin akan gagal atau tidak menunjukkan prestasi yang baik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 13: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 13

Rajah 1.6: Ia adalah perkara biasa untuk anda merasa cemas apabila anda ingin

menduduki peperiksaan

Faktor penyebab kebimbangan boleh berpunca daripada jangkaan atau keadaan. Dua faktor ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 1.5.

Jadual 1.5: Dua Faktor Penyebab Kebimbangan

Kebimbangan Jangkaan Kebimbangan Keadaan

Merujuk kepada kesukaran yang anda rasai semasa belajar atau ketika bersedia untuk kuiz/ujian dan tugasan serta pemikiran anda tentang apa mungkin terjadi bila anda mengambil kuiz/ujian atau lambat menyerahkan tugasan.

Yang berikut ialah beberapa perkara penting yang boleh membantu anda mengatasi kebimbangan jangkaan:

Relaks; Fokus; Berfikiran positif; Belajar dalam kumpulan; Mempunyai waktu belajar yang

spesifik; Mendapatkan set nota yang

lengkap; Merasa selesa dengan tempat

belajar anda; dan Mengetahui di mana diri anda dan

ke mana hala tuju anda.

Merujuk kepada kebimbangan yang berlaku ketika peperiksaan dan sebelum tarikh penyerahan tugasan.

Yang berikut ialah perkara penting untuk pengurusan kebimbangan dalam bilik peperiksaan atau pengurusan tekanan bagi menyiapkan tugasan:

Sentiasa menepati masa; Mengatur jadual kerja anda; Mengelakkan kawan mempunyai

tahap kebimbangan yang tinggi; Membaca dan memahami arahan; Membuat kerja pada kelajuan yang

selesa; Mendapatkan penjelasan; Terus bergerak; dan Relaks.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 14: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 14

Perkara paling penting yang anda boleh lakukan untuk mengawal tahap kebimbangan anda adalah dengan belajar dan mengenali bahan dengan baik supaya anda boleh mengingat dengan jelas walaupun berada di bawah tekanan. Selain itu, cara lain untuk mengawal kebimbangan ialah tetapkan matlamat, motivasikan diri anda, amalkan pengurusan masa yang baik dan elakkan perasaan malas, bertangguh atau berangan.

1.2.2 Penetapan Matlamat

Apakah yang dimaksudkan dengan matlamat? Bagaimanakah anda mendefinisikannya?

Oleh itu, matlamat adalah penting bagi pelajar jarak jauh seperti anda kerana ia membantu memotivasikan anda untuk melakukan kerja, hadir ke kelas dan belajar untuk menghadapi peperiksaan. Ini akan meningkatkan peluang anda untuk berjaya.

Walau bagaimanapun, kebanyakan orang tidak mencapai matlamat mereka kerana mereka gagal menetapkan matlamat yang efektif dan/atau mereka tidak mengambil tindakan untuk mencapai matlamat mereka. Mereka hanyut tanpa tujuan. Bahagian berikut menghuraikan ciri matlamat yang efektif dan langkah-langkah dalam merealisasikan matlamat itu.

Matlamat ialah sesuatu yang anda mahu capai dengan melaksanakan tindakan tertentu.

Anda ada peperiksaan dalam masa tiga hari lagi. Walaubagaimanapun, akibat komitmen kerja dan komitmen peribadi, andatidak dapat meluangkan masa untuk belajar bagi menghadapipeperiksaan ini. Apabila panik menyerang, apakah reaksi anda?Berikan jawapan anda dalam forum perbincangan maya. Anda bolehmenceritakan pengalaman peribadi anda dalam jawapan anda.

AKTIVITI 1.2

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 15: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 15

(a) Ciri Matlamat yang Efektif Matlamat yang efektif mempunyai ciri ini seperti yang dinyatakan dalam Jadual 1.6.

Jadual 1.6: Ciri Matlamat yang Efektif

Ciri Deskripsi

Pilihan sendiri Anda perlu menentukan matlamat anda sendiri.

Relevan Ia mesti relevan dan sesuai dengan misi dan nilai teras anda.

Mencabar Matlamat perlu lebih daripada apa yang anda telah capai sebelum ini tetapi tidak sampai memberikan tekanan yang tidak perlu untuk pencapaian.

Realistik atau boleh dicapai

Untuk menetapkan matlamat yang realistik, anda harus menilai peluang anda untuk mencapai matlamat tersebut. Pastikan anda mempunyai pengetahuan, kemahiran, bakat atau sumber yang diperlukan untuk menyelesaikan matlamat anda.

Khusus Matlamat khusus adalah perlu untuk mengukur perkembangan dan memastikan pencapaiannya. Lebih khusus matlamat anda, lebih banyak anda akan terdorong untuk mencapainya.

Boleh diukur Matlamat boleh diukur jika anda boleh tentukan sama ada anda boleh mencapainya atau tidak.

Terikat dengan masa

Jika matlamat tidak terikat dengan masa, anda akan melengahkan tindakan untuk mencapainya. Tarikh akhir juga penting dalam mendorong anda untuk mencapai matlamat anda.

Positif Apabila bekerja ke arah sesuatu, ia membantu untuk mempunyai sikap yang positif.

Bertulis Matlamat perlu ditulis dan diletakkan di tempat yang selalu anda lihat. Tulis idea dengan jelas agar dapat mendorong tindakan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 16: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 16

Dalam menetapkan matlamat yang berkesan, ingatlah mnemonik ini, SMART yang bermaksud:

S Specific (khusus);

M Measurable or verifiable (boleh diukur atau boleh disahkan);

A Attainable (boleh dicapai);

R Relevant to personal mission (relevan kepada misi peribadi); dan

T Time-bound (target date) (terikat dengan masa [tarikh sasaran]).

Oleh itu, adalah penting untuk menyeimbangkan matlamat akademik dan peribadi anda. Matlamat akademik adalah berkaitan kerja kursus anda. Namun, matlamat peribadi juga adalah penting. Jika anda terlalu memfokuskan kepada matlamat peribadi anda, anda akan dapati bahawa anda hanya ada masa yang sedikit untuk belajar. Menyeimbangkan matlamat akademik dan peribadi memerlukan perancangan dan fleksibiliti. Matlamat ini mungkin dalam bentuk jangka pendek atau panjang. Mari kita lihat Jadual 1.7 yang menunjukkan beberapa contoh matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

Jadual 1.7: Contoh Matlamat Jangka Pendek dan Jangka Panjang

Matlamat Jangka Pendek Matlamat Jangka Panjang

Saya ingin meluangkan tiga jam untuk membuat tugasan saya.

Saya mahu membaca Topik 2 hingga Topik 4 bagi modul Kemahiran Belajar Jarak Jauh sebelum tutorial berikutnya.

Saya mahu lulus dalam masa empat tahun.

Saya mahu mengambil program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA Master of Business Administration) saya pada bulan hadapan.

Bahagian berikutnya menerangkan lima langkah pendekatan menetapkan matlamat yang realistik.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 17: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 17

(b) Lima Langkah Pendekatan untuk Menetapkan Matlamat Lima langkah ini diterangkan dengan lebih lanjut dalam Jadual 1.8.

Jadual 1.8: Lima Langkah untuk Menetapkan Matlamat

Langkah Contoh

Langkah 1: Tulis apa yang anda mahu capai.

Saya mahu membaca modul Kemahiran Belajar Jarak Jauh (muka surat 22 hingga 40) sebelum jam 4 petang.

Langkah 2: Senaraikan sebarang halangan.

Saya selalu mengantuk selepas makan tengah hari.

Ada perlawanan bola sepak di televisyen pada jam 3 petang.

Langkah 3: Tulis sebarang sumber yang ada dengan anda.

Saya ada modul Kemahiran Belajar Jarak Jauh bersama saya.

Internet ada di rumah jika saya perlu melayari laman web untuk melakukan aktiviti yang dicadangkan dalam modul.

Langkah 4: Kaji dan semak semula pernyataan matlamat tentatif anda (rujuk Langkah 1). Ambil tindakan pembetulan dan ubah suai matlamat anda jika perlu.

Langkah 5: Perbaiki penyataan matlamat anda.

Anda telah diberikan beberapa petua tentang cara untuk menetapkan matlamat. Sekarang, lakukan Aktiviti 1.3 untuk berlatih seni dalam menetapkan matlamat.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 18: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 18

1.2.3 Strategi Motivasi untuk Pembelajaran yang Berjaya

Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan motivasi?

Bagaimanakah ia memberi kesan terhadap anda? Ia memberi kesan terhadap bagaimana anda melakukan kerja anda, bila anda melakukan kerja anda, berapa lama anda melakukan tugasan, bagaimana anda memberi tumpuan kepada kerja anda dan strategi belajar mana yang anda gunakan.

Motivasi ialah sesuatu yang memberi tenaga, mengarah dan mengekalkan tingkah laku terhadap matlamat tertentu.

1. Senaraikan matlamat akademik anda untuk rancangan jangka pendek dan jangka panjang di OUM.

Jadual Skala Akademik

Jangka pendek

Jangka panjang

2. Tulis matlamat anda untuk semester ini di OUM.

3. Buat satu senarai halangan yang anda hadapi sebagai pelajar kendiri di OUM.

4. Buat satu senarai sumber yang ada yang boleh anda gunakan di OUM, tempat kerja atau di rumah.

5. Jelaskan bagaimana anda boleh menggunakan sumber yang ada untuk mengatasi halangan tersebut.

6. Tulis semula matlamat anda untuk semester ini.

7. Tahukah anda bahawa ramai orang gagal menetapkan matlamat untuk diri mereka sendiri? Layari beberapa laman web mengenai topik ini dan cari sebabnya.

AKTIVITI 1.3

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 19: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 19

Terdapat tujuh strategi motivasi yang boleh membantu anda untuk memotivasikan diri anda bagi menjadi pelajar kendiri yang cemerlang. Strategi ini diterangkan dalam Jadual 1.9.

Jadual 1.9: Tujuh Strategi Motivasi untuk Menjadi Pelajar Kendiri yang Cemerlang

Strategi Deskripsi

Tetapkan matlamat pembelajaran yang mencabar tetapi realistik

Sebelum anda memulakan tugas anda, tentukan fakta, konsep atau idea yang anda mahu pelajari. Tetapkan diri anda matlamat yang realistik dan boleh dicapai supaya anda lebih bermotivasi untuk mencapainya.

Bahagikan tugas besar yang ada kepada bahagian kecil

Jadikan tugas lebih senang diurus dengan membahagikannya kepada bahagian yang lebih kecil dan senang diurus supaya anda tidak akan merasa gentar atau takut.

Kekalkan sikap positif Mengekalkan sikap yang positif adalah sangat penting. Fikirkan kesusahan sebagai cabaran. Jika ada sesuatu yang perlu anda pelajari kelihatan seperti ancaman, pertimbangkannya sebagai peluang untuk melakukan sesuatu yang baharu.

Sasar puncak yang lebih tinggi

Paksa diri anda untuk lebih kuat bila anda telah capai satu set matlamat. Sediakan set matlamat yang berikutnya agar ia sedikit lebih mencabar.

Gunakan strategi pembelajaran yang aktif

Gunakan strategi pembelajaran aktif dan bukannya pembelajaran pasif. Ambil inisiatif untuk mencari sumber dengan pergi ke perpustakaan, melayari laman web, bercakap dengan tutor anda dan bersemuka atau berbincang dalam talian dengan rakan anda.

Belajar daripada kesilapan

Jangan berkecil hati dengan kesilapan yang anda buat semasa belajar. Sebaliknya, dapatkan seseorang atau sumber baharu untuk membantu pembelajaran anda. Cari bantuan daripada tutor anda, rakan atau sesiapa sahaja yang boleh membantu anda. Lihat kembali pendekatan anda untuk belajar. Tanya diri anda, „Adakah terdapat cara yang lebih baik dalam melakukan sesuatu?‰

Pantau pembelajaran anda

Untuk motivasi diri anda, gambarkan perkembangan anda semasa belajar. Dapatkan maklum balas daripada tutor anda tentang ujian dan tugasan anda. Bincangkan gred anda dengan pihak yang berkaitan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 20: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 20

Untuk mengukuhkan motivasi anda, renung kembali sebab anda melanjutkan pelajaran di OUM. Isi tempat kosong untuk memantau kemajuan anda dan membantu memfokuskan pemikiran anda. Jika anda menghadapi kesukaran dalam proses pembelajaran, lihat kembali jawapan anda ini untuk meningkatkan motivasi diri.

Soalan untuk Ditanya kepada Diri Sendiri Jawapan Anda

Adakah terdapat tahap yang berbeza untuk membaca modul OUM seperti unit, topik, konsep, kemahiran, tahap dan sebagainya?

Adakah saya mempunyai matlamat jangka pendek yang spesifik?

Berapa banyakkah masa dalam sehari atau seminggu yang saya perlu peruntukan untuk belajar?

Adakah saya mempunyai jadual harian atau mingguan?

Apakah sumber-sumber maklumat yang saya boleh gunakan untuk meningkatkan pembelajaran saya?

Bagaimanakah saya boleh menyemak pembelajaran saya?

Apakah kemahiran tambahan yang telah saya peroleh untuk berjaya sebagai pelajar jarak jauh?

Kepada siapakah saya harus melaporkan perkembangan pembelajaran saya?

Bilakah saya perlu laporkan kemajuan pembelajaran saya?

Apakah ganjaran setelah saya maju? Siapakah yang harus saya rujuk jika saya tidak mendapat keputusan yang saya mahu?

Adakah saya berfikir secara positif tentang matlamat saya?

Adakah kandungan subjek menarik seperti yang saya fikirkan? Jika tidak, apakah yang boleh saya lakukan?

Adakah proses pembelajaran yang saya pilih berkesan?

Adakah tutor saya membantu?

AKTIVITI 1.4

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 21: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 21

Ia adalah penting untuk mengetahui bahawa jika anda tidak berjaya dalam pembelajaran seperti yang anda harapkan, ini tidak bermakna bahawa anda telah gagal. Kejayaan dalam pembelajaran ditentukan oleh penilaian proses pembelajaran anda dan apa yang anda telah belajar daripada proses ini.

1.2.4 Pengurusan Masa

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan masa?

Bagaimanakah pengurusan masa yang berjaya dapat dicapai? Kunci kepada pengurusan masa yang berjaya merupakan memberikan masa yang mencukupi untuk menyiapkan kerja anda sementara masih mempunyai masa untuk menyelesaikan tanggungjawab lain. Oleh itu, mempelajari teknik pengurusan masa yang baik dapat memberi motivasi untuk mencapai matlamat anda.

Semua pengurusan masa yang berjaya bermula dengan perancangan. Apabila anda merancang aktiviti anda dengan objektif untuk mencapai matlamat, anda bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan pilihan anda. Dengan kata lain, anda sekarang berada dalam kawalan tentang bagaimana anda menguruskan masa anda.

Pengurusan masa ialah cara anda mengatur atau menjadualkan masa anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 22: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 22

Terdapat banyak manfaat hasil pengurusan masa yang efektif. Antaranya ditunjukkan dalam Rajah 1.7.

Rajah 1.7: Faedah pengurusan masa yang berkesan

Bahagian seterusnya memberikan beberapa cadangan tentang cara menganalisis penggunaan masa, menetapkan keutamaan dan merancang jadual.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 23: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 23

(a) Menganalisis Penggunaan Masa Anda Salah satu perkara yang paling penting dalam pembelajaran kendiri ialah

anda bertanggungjawab menguruskan masa anda sendiri dan menguruskannya dengan berkesan. Walau bagaimanapun, pengurusan masa bukan sekadar menguruskan masa anda. Ia juga berkaitan pengurusan diri sendiri. Mari kita kenal pasti bagaimana anda menggunakan masa anda dengan menggunakan Jadual 1.10.

Jadual 1.10: Analisis Penggunaan Masa Anda

Soalan Ya/Tidak/

Jawapan Lain

Strategi: Apakah yang Harus Saya Buat untuk

Memperbaikinya?/ Huraikan

1. Adakah saya menggunakan masa saya dengan cekap?

2. Bagaimanakah saya membuang masa?

3. Apakah atau siapakah yang mengganggu saya tumpuan saya?

4. Adakah saya perlu merancang masa saya untuk setahun, satu semester, minggu, hari atau untuk setiap tugas?

5. Adakah saya ada membuang masa ketika hendak memulakan sesi belajar?

6. Adakah saya menggunakan sebahagian besar masa lapang saya untuk pembelajaran saya?

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 24: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 24

(b) Menetapkan Keutamaan Anda Sebaik sahaja anda mengetahui jumlah peruntukan masa yang anda ada

untuk belajar, anda perlu mempelajari cara menetapkan keutamaan supaya mudah bagi anda mengawal situasi dan mencapai matlamat anda. Memberi fokus ialah nasihat yang kami berikan sepanjang masa. Keutamaan anda juga harus mencerminkan hubungan anda dengan orang lain. Jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak, maka keutamaan anda mungkin termasuk pasangan dan anak anda. Sekiranya anda masih bujang dan tinggal bersama rakan, anda mungkin meletakkan rakan sebagai keutamaan dalam senarai anda.

Ingat, menetapkan keutamaan adalah penting. Walau bagaimanapun, jangan biarkan orang lain atau kepentingan mereka mengalih perhatian anda daripada matlamat anda sebagai pelajar!

(c) Merancang Jadual Anda boleh mulakan proses perancangan bijak dengan menulis

perancangan anda dalam buku perancangan. Ada alat bantu pengurusan masa yang berbeza yang boleh membantu anda merancang. Ini termasuklah jadual waktu, buku harian dan rancangan tahunan. Anda juga boleh membuat perancangan dengan mudah dengan mendapatkan alat perancangan elektronik terkini!

Yang berikut ialah beberapa garis panduan dalam mengenal pasti masa belajar:

(i) Kenal pasti pada waktu bila pada setiap hari anda berasa segar dan dapat memberi tumpuan;

(ii) Jika boleh, kekalkan masa ini pada setiap minggu;

(iii) Pertimbangkan masa anda biasa tidur; dan

(iv) Belajar apabila mental anda berada pada keadaan paling waspada!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 25: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 25

Terdapat begitu banyak cara untuk anda merancang dan menjadualkan tugas anda. Apabila anda mempunyai rancangan, anda akan:

(i) Menyedari bagaimana anda menghabiskan masa anda;

(ii) Berupaya mengurus dan mencapai matlamat anda; dan

(iii) Mengelakkan keadaan tergesa-gesa pada saat-saat akhir untuk memenuhi tarikh akhir.

Mempelajari kemahiran pengurusan masa akan membantu anda untuk bersedia, bukan sahaja buat masa ini tetapi juga masa depan. Ia juga boleh membantu anda untuk membangunkan tabiat dan kemahiran yang baik. Anda boleh menjadi pengurus masa dan pelajar yang berjaya jika anda bersedia untuk belajar dan menggunakan alat dan teknik pengurusan masa yang berkesan.

1. Cuba aktiviti ini untuk melatih anda agar dapat menyelesaikan tugasan harian dan mingguan anda. Sila ambil perhatian bahawa terdapat banyak cara untuk mencapai matlamat ini. Satu kaedah yang paling ringkas adalah dengan menyenaraikan tugas harian anda untuk hari berikutnya. Salah satu cara untuk mengenal pasti keutamaan adalah dengan membuat senarai „perkara yang perlu dilakukan‰. Gunakan contoh berikut sebagai panduan untuk anda membuat senarai perkara yang perlu dilakukan.

Contoh:

No. Senarai Perkara yang Perlu Dilakukan Susunan Keutamaan/ Tarikh Akhir

1 Menghantar anak untuk menghadiri janji temu dengan doktor gigi pada jam 3 petang.

3

2 Makan tengah hari dengan rakan anda. 5

3 Menghantar surat kepada Dekan. 1

4 Menghantar jawapan ke forum dalam talian.

4

5 Mula membaca Topik 4. 3

AKTIVITI 1.5

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 26: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 26

1.2.5 Strategi Memberi Tumpuan untuk Pembelajaran yang Lebih Baik

Daya tumpuan adalah penting untuk proses pembelajaran. Anda boleh mengenal pasti apakah yang menyebabkan anda kurang daya tumpuan ketika belajar dan kemudian gunakan pelbagai strategi untuk meningkatkan daya tumpuan anda.

2. Buat jadual mingguan anda sendiri. Ini ialah jadual untuk aktiviti mingguan anda seperti kelas, waktu belajar, janji temu, kerja dan kegiatan sosial. Setelah selesai, anda boleh membandingkan jadual mingguan anda dengan rakan anda. Pelajar yang berbeza akan mempunyai set jadual mingguan yang berlainan.

Bulan: Minggu 1/2/3/4

Hari/ Masa 8 10 pagi

10 pagiTengah

hari

2 4 petang

4 6 petang

9 malam ke atas

Isnin

Selasa

Rabu

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 27: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 27

(a) Punca Kurang Daya Tumpuan Yang berikut ialah beberapa punca kurang daya tumpuan (lihat

Jadual 1.11).

Jadual 1.11: Punca Kurang Daya Tumpuan

Punca Deskripsi

Gangguan persekitaran

Ini termasuk televisyen, kerusi yang terlalu selesa, makanan ringan, orang lain dan sebagainya. Alihkan atau susun semula persekitaran yang mengganggu. Pergi ke perpustakaan atau kelas apabila anda berniat untuk belajar dengan serius.

Bunyi bising Muzik, lagu dan perbualan ialah contoh bunyi bising. Latih diri anda untuk belajar jauh daripada orang lain dan dalam keadaan senyap.

Gangguan fizikal Contohnya, rasa lapar, mengantuk dan keletihan. Belajar apabila anda berkeadaan paling cergas. Makan snek berprotein tinggi. Lakukan senaman ringan selama lima minit untuk menyegarkan diri.

Kebosanan, tidak suka, tidak berminat

Cari penyebab anda mengambil sesuatu kelas dengan bertanyakan tutor dan pelajar lain. Wujudkan rasa minat yang sebenar.

Bimbang tentang pembelajaran

Ketahui cara untuk belajar secara efektif. Letakkan kursus dalam perspektif yang tepat. Pelajari kemahiran yang penting.

Tugasan pembelajaran yang menggerunkan

Pecahkan tugasan yang besar kepada tugasan yang lebih kecil dan boleh dilaksanakan. Lakukan tugasan yang paling sukar dahulu. Berikan ganjaran atas kemajuan anda dan „denda‰ apabila anda malas.

Mengelamun Elakkan mengelamun sambil belajar. Apabila anda mula mengelamun, tuliskan apa yang mengganggu anda dan teruskan belajar. Sebagai alternatif, ingat perkara penting, alih perhatian anda daripada buku anda dan teruskan berangan-angan. Apabila anda sudah bersedia untuk membaca semula, teruskan. Strateginya adalah tidak berangan-angan dan membaca pada masa yang sama.

Kebimbangan bersifat peribadi

Kenal pasti dan definisikan masalah dan membangunkan pelan konkrit dan khusus untuk mengatasi kebimbangan peribadi. Berbicaralah dengan seseorang yang boleh membantu seperti rakan, kaunselor atau pakar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 28: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 28

(b) Strategi untuk Meningkatkan Daya Tumpuan Dalam usaha untuk meningkatkan daya tumpuan yang lebih baik semasa

belajar, salah satu perkara yang boleh anda lakukan adalah menganggap peningkatan daya tumpuan sebagai tiga langkah proses seperti yang diterangkan dalam Jadual 1.12.

Jadual 1.12: Tiga Langkah Proses untuk Meningkatkan Daya Tumpuan

Langkah Deskripsi

Kenal pasti punca daya tumpuan yang rendah

Kenal pasti puncanya yang berkaitan dengan anda. Jika anda ibu bapa yang bekerja dan mempunyai anak yang bersekolah, anda mungkin menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pembelajaran dan gangguan daripada anak anda.

Mengambil langkah sewajarnya untuk mengawal faktor ini

Anda boleh merancang dan mengatur jadual anda untuk mempertimbangkan keperluan anda sendiri bagi menumpukan perhatian kepada pembelajaran anda tanpa menjejaskan keperluan anak yang memerlukan perhatian anda.

Menjadikan kawalan anda sebagai amalan

Sentiasa tegaskan bahawa anda memberi tumpuan menggunakan kawalan ini sehinggalah anda secara rutinnya anda dapat memberi tumpuan dengan baik dalam pembelajaran anda.

(c) Bidang Kajian yang Kondusif untuk Meningkatkan Daya Tumpuan Adakah anda mempunyai tempat untuk belajar? Tempat yang sesuai sudah

tentu berbeza-beza mengikut pilihan peribadi anda dan suasana. Tidak kira sama ada anda memilih untuk belajar di rumah, perpustakaan atau tempat lain, anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai:

(i) Ruang yang sesuai dikenali sebagai kawasan belajar anda;

(ii) Perabot dan pencahayaan yang selesa; dan

(iii) Keupayaan untuk kekal terurus!

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 29: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 29

Mempunyai ruang belajar yang sesuai juga membantu anda menumpukan perhatian kepada pelajaran anda sama seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.8.

Rajah 1.8: Contoh ruang belajar

Satu soalan yang sering ditanya ialah „Di manakah tempat untuk belajar?‰ Cadangan kami ialah sediakan ruang belajar yang sesuai dan kerap anda gunakan. Namun, kadangkala anda boleh memilih tempat yang berbeza, ia bergantung pada angin (mood) anda.

Bagaimanakah anda boleh menjadikan tempat belajar anda sesuai untuk pembelajaran? Anda boleh menjadikan ruang belajar anda kondusif dengan:

(i) Menyediakan satu ruang di dalam bilik atau rumah anda khas untuk belajar dan membiasakan diri untuk hanya belajar di tempat itu.

(ii) Mewujudkan suasana yang memberi motivasi dan menjadikan ruang belajar tersebut sebagai tempat yang positif untuk belajar dengan menjadikannya selesa.

(iii) Memilih lokasi yang baik untuk ruang belajar anda. Gangguan haruslah dielakkan. Tempat belajar anda haruslah dapat diakses dengan mudah. Pastikan ia mempunyai pintu untuk mengurangkan bunyi bising dan gangguan.

(iv) Memastikan ruang belajar mempunyai pengudaraan yang baik dan suhu yang selesa.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 30: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 30

GAYA PEMBELAJARAN PERIBADI

Mengenal pasti gaya pembelajaran peribadi anda dapat membantu meningkatkan pembelajaran anda. Setelah anda tahu gaya belajar anda, anda akan lebih fokus kepada pembelajaran anda, sekali gus meningkatkan daya tumpuan.

Untuk makluman, terdapat banyak jenis gaya pembelajaran yang berbeza. Gaya pembelajaran anda adalah unik untuk anda sahaja. Gaya pembelajaran anda mentakrifkan bagaimana anda memperoleh dan memproses maklumat dan tidak ada kena mengena dengan menjadi „bijak‰! Dengan memahami gaya belajar anda, anda boleh menyusun strategi pembelajaran anda sendiri. Akhirnya, anda boleh menyesuaikan tabiat belajar anda dengan keperluan anda sendiri.

Ingat, orang yang berlainan cenderung ke arah gaya belajar yang berbeza, iaitu sama ada kita lebih kepada visual, auditori atau kinestetik. Namun, ada juga cara lain untuk menentukan jenis gaya pembelajaran seperti yang ditunjukkan dalam Apendiks 1.1 dan 1.2.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, ingat bahawa tiada sebarang kelebihan umum bagi satu gaya ke atas gaya lain. Walau bagaimanapun, dengan mengetahui gaya belajar anda, terdapat beberapa kelebihannya, iaitu:

(a) Anda boleh mengelakkan situasi bermasalah;

(b) Anda boleh menyasar ruang yang perlu diperbaiki; dan

(c) Anda akan lebih berjaya sebagai pelajar kendiri.

1.3

Layari laman web berikut. Jawab soalan dalam talian dan bincangkan dengan rakan sekuliah anda.

http://www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html

AKTIVITI 1.6

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 31: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 31

Pendekatan pembelajaran OUM termasuklah pembelajaran kendiri, interaksi

secara bersemuka dan pembelajaran dalam talian.

Kemudahan yang ditawarkan oleh OUM merangkumi pusat perkhidmatan pelajar, tutorial secara bersemuka, forum perbincangan dalam talian dan sumber maklumat.

Sebagai pelajar kendiri, anda perlu menguasai beberapa strategi secara lebih realistik dan wajar untuk mengatasi sebarang situasi yang memberi tekanan. Antara strategi yang boleh digunakan ialah mengambil tindakan untuk menguruskan diri sendiri, beri diri anda maklum balas positif, beri ganjaran terhadap diri sendiri, bersenam, berehat dan sebagainya.

Terdapat sembilan ciri matlamat yang efektif seperti relevan, mencabar, realistik, boleh diukur, terikat dengan masa dan sebagainya.

Untuk mencapai matlamat ini, anda boleh mempraktikkan pendekatan lima langkah berikut:

Tulis apa yang anda mahu capai;

Tulis sebarang halangan;

Tulis sebarang sumber yang tersedia untuk anda;

Lihat semula dan semak matlamat tentatif anda dalam Langkah 1; dan

Perbaiki matlamat anda.

Beberapa strategi motivasi yang boleh membantu anda untuk memotivasikan diri menjadi pelajar kendiri yang cemerlang merupakan mengamalkan sikap positif, menyasarkan matlamat yang lebih tinggi, menggunakan strategi pembelajaran aktif, belajar daripada kesilapan, memantau pembelajaran anda dan sebagainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 32: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 32

Tiga aspek pengurusan masa ialah penggunaan masa, menetapkan keutamaan dan merancang jadual.

Terdapat lapan penyebab kepada tumpuan, lemah termasuklah gangguan persekitaran, gangguan fizikal, kebimbangan terhadap pelajaran dan sebagainya.

Terdapat tiga strategi untuk meningkatkan tumpuan, iaitu mengenal pasti penyebab kepada tumpuan lemah, mengambil langkah untuk mengawal faktor tersebut dan menjadikan pengawalan sebagai kebiasaan.

Terdapat tiga gaya pembelajaran dominan, iaitu visual, pendengaran dan kinestetik. Gaya pembelajaran ini mempengaruhi pendekatan seseorang untuk memperoleh pembelajaran.

Gaya pembelajaran peribadi

Interaksi bersemuka

Kelas maya

Kelas sebenar

Matlamat yang efektif

Pelajar kendiri

Pembelajaran dalam talian

Pembelajaran teradun

Pembelajaran kendiri

Pengurusan masa

Strategi motivasi

Tekanan

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 33: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 33

APENDIKS 1.1 INDEKS GAYA PEMBELAJARAN*

Arahan

Masukkan jawapan untuk setiap soalan pada Lembaran Pemarkahan ILS (lihat Apendiks 1.2). Sila pilih hanya satu jawapan untuk setiap soalan. Jika kedua-dua „a‰ dan „b‰ kelihatan berlaku kepada anda, pilih salah satu yang lebih kerap terjadi.

1. Saya faham sesuatu lebih baik selepas saya

(a) mencubanya.

(b) memikirkannya.

2. Saya lebih suka dianggap

(a) realistik.

(b) inovatif.

3. Apabila saya berfikir tentang apa yang saya buat semalam, saya mungkin mendapat

(a) gambaran.

(b) kata-kata.

4. Saya cenderung untuk

(a) memahami butiran subjek tetapi mungkin kabur tentang struktur keseluruhannya.

(b) faham struktur keseluruhan tetapi mungkin kabur tentang butirannya.

5. Apabila saya belajar sesuatu yang baharu, ia membantu saya untuk

(a) berbicara mengenainya.

(b) berfikir mengenainya.

* Hak cipta © 1991, 1994 oleh North Carolina State University (Dikarang oleh Richard M. Felder dan Barbara A. Soloman). Untuk maklumat tentang penggunaan yang sesuai dan tidak sesuai bagi Indeks Gaya Pembelajaran dan kajian kebolehpercayaan dan kesahannya, lihat <http://www.ncsu.edu/felder-public/ILSpage.html>.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 34: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 34

6. Jika saya guru, saya lebih suka mengajar kursus

(a) yang berkaitan dengan fakta dan situasi kehidupan nyata.

(b) yang berkaitan dengan idea dan teori.

7. Saya lebih suka mendapatkan maklumat baharu dalam

(a) gambar, diagram, graf atau peta.

(b) arahan bertulis atau maklumat lisan.

8. Setelah saya faham

(a) kesemua bahagian, saya faham keseluruhan perkara.

(b) keseluruhan perkara, saya lihat bagaimana bahagian itu disesuaikan.

9. Dalam sesi belajar secara berkumpulan yang melibatkan bahan yang susah, saya lebih cenderung untuk

(a) menyertainya dan menyumbang idea.

(b) duduk dan mendengarnya.

10. Saya lebih mudah

(a) mempelajari fakta.

(b) mempelajari konsep.

11. Dalam buku yang mengandungi banyak gambar dan carta, saya mungkin

(a) melihat gambar dan carta tersebut dengan teliti.

(b) memberi fokus terhadap teks bertulis.

12. Apabila saya menyelesaikan sesuatu masalah matematik

(a) saya biasanya menyelesaikannya secara langkah demi langkah.

(b) saya sering hanya melihat penyelesaiannya tetapi kemudian bersusah payah untuk memikirkan langkah untuk menyelesaikannya.

13. Dalam kelas yang saya ambil

(a) saya biasanya berkenalan dengan ramai pelajar.

(b) saya jarang berkenalan dengan ramai pelajar.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 35: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 35

14. Apabila saya membaca bahan bukan fiksyen, saya lebih suka

(a) sesuatu yang mengajar saya fakta baharu atau memberitahu saya cara untuk melakukan sesuatu.

(b) sesuatu yang memberi saya idea baharu untuk difikirkan.

15. Saya suka guru

(a) yang meletakkan banyak gambar rajah di papan tulis.

(b) yang menghabiskan banyak masa dalam memberi penjelasan.

16. Apabila saya menganalisis cerita atau novel

(a) saya membayangkan kejadian itu dan cuba menyusunnya untuk mengetahui temanya.

(b) saya hanya tahu apa temanya apabila saya selesai membaca, kemudian saya perlu kembali dan mencari kejadian yang berkaitan dengannya.

17. Apabila saya mula menyelesaikan masalah dalam tugasan, saya lebih cenderung untuk

(a) mulai dengan mencari penyelesaian dengan segera.

(b) cuba untuk benar-benar memahami masalah dahulu.

18. Saya lebih suka idea melibatkan

(a) kepastian.

(b) teori.

19. Saya paling mudah mengingati

(a) perkara yang saya lihat.

(b) perkara yang saya dengar.

20. Ia adalah lebih penting kepada saya apabila pengajar

(a) memaparkan bahan dalam langkah urutan yang jelas.

(b) memberi saya gambaran keseluruhan dan mengaitkan bahan itu dengan subjek lain.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 36: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 36

21. Saya lebih suka belajar

(a) secara berkumpulan.

(b) bersendirian.

22. Saya lebih cenderung dipertimbangkan sebagai seorang yang

(a) teliti terhadap butiran hasil kerja saya.

(b) kreatif dalam cara melakukan kerja.

23. Apabila saya diberi arah panduan ke tempat baharu, saya lebih suka dalam bentuk

(a) peta.

(b) arahan bertulis.

24. Saya belajar

(a) pada kadar yang biasa. Jika saya belajar bersungguh-sungguh, saya akan „mendapatnya‰.

(b) sekali-sekala. Saya akan berada dalam keadaan sangat keliru dan kemudian tiba-tiba ia semuanya „berhubung kait‰.

25. Mula-mula, saya lebih suka

(a) mencuba sesuatu perkara.

(b) fikirkan cara saya akan melakukannya.

26. Apabila saya membaca untuk keseronokan, saya suka penulis yang

(a) menerangkan dengan jelas apa yang mereka maksudkan.

(b) mengatakan sesuatu dengan cara kreatif dan menarik.

27. Apabila saya melihat diagram atau lakaran di dalam kelas, saya akan mengingati

(a) gambar tersebut.

(b) apa yang pengajar katakan mengenainya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 37: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 37

28. Apabila menerima sesuatu maklumat, saya akan lebih

(a) fokus kepada butiran dan terlepas gambaran keseluruhannya.

(b) cuba memahami gambaran keseluruhannya sebelum mendapatkan butirannya.

29. Saya lebih senang mengingat

(a) sesuatu yang telah saya buat.

(b) sesuatu yang saya sering fikirkan mengenainya.

30. Apabila saya perlu melakukan sesuatu tugas, saya lebih suka

(a) menguasai satu cara sahaja untuk melakukannya.

(b) menghasilkan cara baharu untuk melakukannya.

31. Apabila seseorang menunjukkan data kepada saya, saya lebih suka

(a) carta atau graf.

(b) teks yang merumuskan hasilnya.

32. Apabila menulis kertas kerja, saya lebih cenderung untuk

(a) bermula (memikirkannya atau menulis) pada bahagian permulaan kertas kerja dan meneruskannya.

(b) bermula (memikirkannya atau menulis) pada bahagian yang berlainan dalam kertas kerja dan kemudian menyusunnya.

33. Apabila saya perlu melakukan projek berkumpulan, mula-mula saya mahu

(a) mengadakan sesi „kumpulan percambahan fikiran‰ yang setiap orang menyumbangkan idea.

(b) membuat percambahan fikiran secara individu dan kemudiannya menjadi satu kumpulan untuk membandingkan idea.

34. Saya merasakan ia suatu pujian untuk menganggap seseorang itu

(a) bersikap wajar (sensible).

(b) berdaya imaginasi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 38: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 38

35. Apabila saya berjumpa dengan seseorang di sesuatu pesta, saya cenderung untuk mengingati

(a) rupa mereka.

(b) apa yang mereka perkatakan tentang diri mereka.

36. Apabila saya sedang belajar subjek baharu, saya lebih suka

(a) fokus pada subjek, belajar sebanyak yang mungkin tentang perkara tersebut.

(b) cuba mengaitkan antara subjek tersebut dan subjek yang berkaitan dengannya.

37. Saya lebih cenderung dianggap sebagai seorang yang

(a) peramah.

(b) pendiam.

38. Saya lebih suka kursus yang menekankan

(a) bahan yang konkrit (fakta, data).

(b) bahan yang abstrak (konsep, teori).

39. Untuk hiburan, saya lebih suka

(a) menonton televisyen.

(b) membaca buku.

40. Sebahagian guru memulakan kuliah mereka dengan memberi garis panduan tentang apa yang akan diajar. Garis panduan sedemikian

(c) agak membantu saya.

(d) sangat membantu saya.

41. Idea untuk melakukan tugasan secara berkumpulan dengan diberi satu gred kepada seluruh ahli kumpulan

(a) menarik bagi saya.

(b) tidak menarik bagi saya.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 39: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 39

42. Apabila saya melakukan kiraan yang panjang,

(a) saya cenderung untuk mengulang semua langkah saya dan menyemak kerja saya dengan teliti.

(b) saya dapati menyemak semula kerja saya adalah meletihkan dan saya terpaksa melakukannya.

43. Saya cenderung menggambarkan tempat yang pernah saya kunjungi dengan

(a) mudah dan cukup tepat.

(b) kesukaran dan sedikit sahaja butiran.

44. Apabila menyelesaikan masalah secara berkumpulan, saya lebih suka untuk

(a) memikirkan langkah dalam proses penyelesaian.

(b) memikirkan akibat yang mungkin timbul atau penerapan penyelesaian dalam ruang lingkup yang luas.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 40: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 40

APENDIKS 1.2 LEMBARAN SKOR ILS

1. Letakkan „1‰ dalam ruang yang bersesuaian dalam jadual yang diberi (contohnya, jika anda jawab „a‰ kepada Soalan 3, letakkan „1‰ dalam Lajur a pada Soalan 3).

2. Jumlahkan lajur dan tulis jumlah besar dalam ruangan yang telah disediakan.

3. Untuk setiap satu daripada empat skala, tolak jumlah yang lebih kecil daripada jumlah yang lebih besar. Tuliskan perbezaan (dari 1 hingga 11) dan huruf (a atau b) bagi jumlah yang lebih besar daripada garisan bawah.

Sebagai contoh, jika di bawah „Aktif/Reflektif‰, tindak balas anda ialah 4 „a‰ dan 7 „b‰, anda akan menulis „3b‰ pada garis bawah di bawah tajuk tersebut.

4. Pada halaman berikutnya, tandakan „X‰ atas skor anda pada setiap satu daripada empat skala.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 41: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 41

Pindahkan skor anda ke dalam borang laporan ILS dengan meletakkan X di lokasi yang sesuai pada keempat-empat skala.

Jika skor anda pada skala ialah 1 hingga 3, anda cukup seimbang pada kedua-dua dimensi skala itu.

Jika skor anda pada skala ialah 5 atau 7, anda mempunyai keutamaan yang sederhana untuk satu dimensi skala dan akan belajar dengan lebih mudah dalam persekitaran pengajaran yang memihak pada dimensi tersebut.

Jika skor anda pada skala ialah 9 atau 11, anda mempunyai pilihan yang sangat kuat untuk satu dimensi skala itu. Anda mungkin menghadapi kesukaran untuk belajar dalam persekitaran yang tidak menyokong keutamaan itu.

Lihat Gaya Pembelajaran dan Strategi oleh Richard Felder dan Barbara Soloman untuk penerangan keutamaan anda pada skala individu itu.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 42: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 42

APENDIKS 1.3 GAYA PEMBELAJARAN DAN STRATEGI1

Richard M. Felder Hoechst Celanese, Prof Kejuruteraan Kimia

North Carolina State University

Barbara A. Soloman Koordinator bagi Penasihat, First Year College

North Carolina State University

PELAJAR AKTIF DAN REFLEKTIF2

Pelajar aktif cenderung untuk mengingat dan memahami maklumat paling baik dengan melakukan sesuatu yang aktif dengannya membincangkan atau menerapkannya atau menjelaskannya kepada orang lain. Pelajar reflektif lebih suka untuk berfikir tentang hal itu secara senyap-senyap dahulu.

„Mari kita mencubanya dan lihat bagaimana ia berfungsi‰ ialah frasa pelajar aktif; „Mari kita berfikir dahulu‰ ialah respons pelajar reflektif.

Pelajar aktif cenderung menyukai kerja berkumpulan lebih daripada pelajar reflektif yang lebih suka bekerja sendiri.

Duduk mendengar kuliah tanpa berbuat apa-apa secara fizikal tetapi mengambil nota adalah sukar bagi kedua-dua jenis pembelajaran, namun ia sangat sukar untuk pelajar aktif.

Semua pelajar kadangkala aktif dan kadangkala reflektif. Kecenderungan anda ke arah salah satu kategori berbanding yang lain boleh jadi sangat cenderung, sederhana cenderung atau sedikit cenderung. Keseimbangan kedua-dua adalah wajar. Jika anda selalu bertindak sebelum berfikir dahulu anda mungkin membuat kesimpulan awal yang tidak matang dan menghadapi masalah, sebaliknya jika anda menghabiskan terlalu banyak masa memikirkannya, anda tidak mungkin dapat melakukan apa-apa.

1 Hak cipta © 1993 oleh Richard M. Felder dan Barbara A. Solomon. Berdasarkan bahan dalam

Felder, R. M., & Silverman, L. K. (1988). Learning and teaching styles in engineering education. Engineering Education, 78(7), 674 681. [Dalam talian]. Dicapai dari: http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Papers/LS-1988.pdf [2008, Mac 14].

2 Lihat Felder, R. (1994). Meet your students: 5. Edward and Irving. Chemical Engineering Education, 28(1), 36 37. [Dalam talian]. Dicapai dari:

http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Edirv.html [2008, Mac 14]. Edward ialah seorang yang aktif dan Irving ialah seorang yang pendiam, ciri yang berkaitan dengan pelajar aktif dan reflektif walaupun tidak serupa seperti mereka.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 43: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 43

Bagaimanakah Pelajar Aktif Dapat Membantu Diri Mereka?

Jika anda pelajar aktif di dalam kelas yang membolehkan sedikit atau tiada tempoh masa untuk sesi perbincangan atau aktiviti menyelesaikan masalah, anda perlu cuba untuk mengimbangi perkara ini ketika belajar. Belajar dalam kumpulan yang ahlinya bergilir-gilir menerangkan topik yang berbeza antara satu sama lain. Bekerja dengan orang lain untuk meneka apa yang akan ditanya mengenai ujian seterusnya dan fikirkan bagaimanakah anda akan menjawabnya. Anda akan dapat mengekalkan maklumat dalam ingatan dengan lebih baik jika anda mempunyai cara untuk melakukan sesuatu dengannya.

Bagaimanakah Pelajar Reflektif Dapat Membantu Diri Mereka?

Jika anda pelajar reflektif di dalam kelas yang membolehkan sedikit atau tiada tempoh masa untuk berfikir tentang maklumat baharu, anda perlu cuba untuk mengimbangi kekurangan ini apabila anda belajar. Jangan hanya membaca atau menghafal bahan; berhenti secara berkala untuk mengkaji semula apa yang anda telah baca dan fikirkan soalan atau penerapan yang mungkin. Anda mungkin mendapati adalah lebih baik untuk menulis ringkasan daripada bacaan anda atau nota kelas dengan perkataan anda sendiri. Tindakan ini mungkin mengambil masa tetapi ia akan membolehkan anda mengekalkan maklumat tersebut dalam ingatan dengan lebih berkesan.

PELAJAR SENSORI DAN INTUITIF3

Pelajar sensori cenderung menyukai fakta pembelajaran, pelajar intuitif selalunya lebih suka menerokai kemungkinan yang terjadi dan hubungannya.

Pelajar sensori selalunya suka menyelesaikan masalah melalui kaedah yang mantap dan tidak suka kepada sesuatu yang rumit dan mengejutkan; pelajar intuitif suka inovasi dan tidak suka pengulangan sesuatu. Pelajar sensori mungkin tidak suka menguji bahan yang belum jelas dibincangkan di dalam kelas berbanding pelajar intuitif.

Pelajar sensori cenderung untuk bersabar dengan butiran dan pandai menghafal fakta dan melakukan amali (makmal) kerja. Pelajar intuitif mungkin lebih baik menggunakan konsep baharu dan sering kali lebih selesa daripada pelajar sensori dari segi abstrak dan formula matematik.

3 Lihat Felder, R. (1989). Meet your students: 1. Stan dan Nathan. Chemical Engineering Education,

23(2), 68 69. [Dalam talian]. Dicapai dari: http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Stannathan.html [2008,

Mac 14]. Pengesan dan intuisi ialah mod persepsi yang berasal daripada Teori Carl Jung jenis psikologi.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 44: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 44

Pelajar sensori lebih praktikal dan teliti berbanding pelajar intuitif; pelajar intuitif boleh membuat sesuatu kerja dengan lebih pantas dan lebih inovatif daripada pelajar sensori.

Pelajar sensori tidak suka kursus yang tidak mempunyai kaitan yang jelas dengan dunia nyata; pelajar intuitif tidak suka kursus yang memerlukan banyak penghafalan dan pengiraan yang rutin.

Semua pelajar kadangkala sensori dan kadangkala intuitif. Kecenderungan anda ke arah salah satu kategori berbanding yang lain boleh jadi sangat cenderung, sederhana cenderung atau sedikit cenderung. Untuk menjadi pelajar dan penyelesai masalah yang efektif, anda seharusnya boleh menggunakan kedua-dua cara. Jika anda terlalu menekankan gerak hati (intuitif), anda mungkin akan terlepas pandang maklumat penting atau cuai dalam pengiraan atau kerja amali; jika anda terlalu menekankan sensori, anda mungkin terlalu bergantung pada kaedah penghafalan dan cara biasa dalam penyelesaian masalah dan tidak menumpukan perhatian yang cukup kepada pemahaman dan pemikiran inovatif.

Bagaimanakah Pelajar Sensori Dapat Membantu Diri Mereka?

Individu sensori boleh mengingati dan memahami maklumat dengan baik jika mereka dapat melihat bagaimanakah maklumat tersebut berkait dengan dunia nyata. Jika anda berada di dalam kelas yang kebanyakan kandungannya adalah abstrak dan teoretikal, anda mungkin akan mengalami kesukaran. Tanya pengajar anda tentang contoh khusus bagi konsep dan prosedur, dan ketahui bagaimana konsep tersebut diaplikasikan. Jika pengajar tidak memberikan perincian yang mencukupi, cuba cari dalam buku teks anda atau rujukan lain ataupun buat sumbang saran dengan rakan atau rakan sekuliah.

Bagaimanakah Pelajar Intuitif Dapat Membantu Diri Mereka?

Kebanyakan kuliah di kolej disediakan untuk pelajar intuitif. Walau bagaimanapun, jika anda bersifat intuitif dan anda berada di dalam kelas yang memerlukan banyak hafalan dan menggunakan formula, anda mungkin akan berasa bosan. Tanya pengajar anda sama ada terdapat interpretasi atau teori yang dapat menghubungkan fakta tersebut, atau cuba cari hubung kaitnya sendiri. Anda juga mungkin akan cuai dalam ujian kerana anda tidak sabar dengan butiran kecil dan tidak suka kepada pengulangan (seperti memeriksa semula penyelesaian matematik yang telah dilakukan). Ambil masa untuk membaca keseluruhan soalan sebelum anda mula menjawab dan pastikan anda menyemak kembali jawapan anda.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 45: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 45

PELAJAR VISUAL DAN LISAN

Pelajar visual ingat apa yang dilihat oleh mereka gambar, gambar rajah, carta aliran, garis masa, filem dan demonstrasi. Pelajar lisan lebih banyak belajar daripada butir perkataan penjelasan secara lisan dan tulisan. Semua orang boleh belajar dengan lebih baik apabila maklumat dipersembahkan secara visual dan lisan.

Dalam kebanyakan kuliah di kolej, sangat sedikit maklumat visual dipersembahkan; pelajar biasanya lebih banyak mendengar kuliah dan membaca nota yang tertulis di papan hitam, buku teks dan nota edaran. Malangnya, kebanyakan pelajar ialah pelajar visual, ini bermakna mereka tidak akan mendapat sebanyak mungkin maklumat yang mereka perlukan berbanding dengan kuliah yang lebih banyak menggunakan visual di dalam kelas. Pelajar yang cemerlang ialah pelajar yang mampu memproses maklumat yang disampaikan sama ada secara visual atau lisan.

Bagaimanakah Pelajar Visual Dapat Membantu Diri Mereka?

Jika anda pelajar visual, cuba cari gambar rajah, lakaran, skema, gambar, carta aliran atau apa-apa perwakilan visual lain untuk kursus yang disampaikan secara lisan. Tanya pengajar anda, rujuk kepada buku rujukan dan cari jika ada pita video atau CD-ROM untuk kursus tersebut. Sediakan peta konsep dengan menyenaraikan perkara penting, isikannya dalam bentuk petak atau bulatan dan sambungkan kotak tersebut dengan garisan anak panah untuk menunjukkan perkaitannya. Gunakan kod warna dalam nota anda dengan pen penanda supaya maklumat yang berkaitan dalam sesuatu topik mempunyai warna yang sama.

Bagaimanakah Pelajar Lisan Dapat Membantu Diri Mereka?

Tuliskan rumusan atau kandungan bahan kursus menggunakan perkataan anda sendiri. Bekerja dalam kumpulan untuk lebih efektif: anda mendapat kefahaman tentang kandungan kursus dengan mendengar penerangan oleh rakan sekuliah, malah anda akan belajar dengan lebih banyak lagi apabila anda memberi penerangan.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 46: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 46

PELAJAR SEKUENSIAL DAN GLOBAL4

Pelajar sekuensial cenderung untuk faham mengikut turutan langkah yang linear dengan setiap langkah mengikut logik daripada langkah sebelumnya. Pelajar global pula cenderung untuk belajar kandungan secara berkelompok, mereka memahami kandungan secara rawak tanpa melihat hubung kait antara satu sama lain dan kemudian secara tiba-tiba mereka dapat „mengaitkannya‰.

Pelajar sekuensial cenderung mengikut logik berdasarkan langkah demi langkah dalam mencari penyelesaian; pelajar global mungkin dapat menyelesaikan masalah yang kompleks dengan cepat atau menyelesaikan masalah dengan cara baharu sebaik sahaja mereka mendapat gambaran keseluruhannya tetapi mereka mungkin akan menghadapi kesukaran untuk menjelaskan cara mereka menyelesaikannya.

Ramai orang yang membaca huraian ini mungkin akan tersilap dengan menyimpulkan bahawa mereka pelajar global kerana semua orang pasti pernah mengalami rasa bingung dan tiba-tiba boleh faham tentang sesuatu. Sebenarnya, apa yang menentukan sama ada anda pelajar global atau tidak ialah proses yang berlaku sebelum anda berjaya menyelesaikan permasalahan tersebut. Pelajar sekuensial mungkin tidak benar-benar memahami permasalahan itu, namun mereka tetap boleh melakukan sesuatu dengannya (seperti menyelesaikan masalah dalam tugasan atau lulus ujian) memandangkan maklumat yang difahami oleh mereka dapat dihubungkan secara logik. Sebaliknya, bagi pelajar global yang kurang kemampuan untuk berfikir secara sekuensial, mungkin mempunyai masalah yang serius sehinggalah mereka mendapat gambaran keseluruhannya. Walaupun setelah mereka nampak gambaran keseluruhannya, mereka mungkin masih kabur tentang perincian masalah tersebut. Manakala pelajar sekuensial pula mungkin tahu dengan terperinci tentang sesuatu subjek tetapi mungkin mereka mempunyai masalah untuk mengaitkannya dengan aspek lain subjek yang sama atau subjek yang berbeza.

4 Lihat Felder, R. (1990). Meet your students: 2. Susan and Glenda. Chemical Engineering

Education, 24(1), 7 8. [Dalam talian]. Dicapai dari: http://www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Columns/Susanglenda.html

[2008, Mac 14].

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)

Page 47: Mengurus Pembelajaran Anda

TOPIK 1 MENGURUS PEMBELAJARAN ANDA 47

Bagaimanakah Pelajar Sekuensial Dapat Membantu Diri Mereka?

Kebanyakan kursus di kolej diajar secara berurutan. Walau bagaimanapun, jika anda pelajar sekuensial dan anda mempunyai pengajar yang suka melompat dari satu topik ke topik lain atau melangkau topik, anda mungkin akan mengalami masalah untuk mengikuti kuliah dan mengingati kandungannya. Minta pengajar untuk menerangkan topik yang dilangkau atau anda cari sendiri dengan merujuk buku rujukan. Ketika belajar, ambil masa untuk merangka sendiri nota kuliah mengikut susunan logik. Untuk jangka panjang, tindakan ini akan menjimatkan masa anda. Anda juga boleh cuba untuk mengukuhkan kemahiran berfikir global anda dengan mengaitkan setiap topik baharu yang anda pelajari dengan perkara yang anda sudah tahu. Lebih banyak anda boleh berbuat demikian, lebih mendalam kefahaman anda tentang topik tersebut.

Bagaimanakah Pelajar Global Boleh Membantu Diri Mereka Sendiri?

Jika anda pelajar global, fahamilah bahawa anda bukannya lembab atau tidak pandai tetapi anda belajar dengan cara yang berbeza daripada kebanyakan rakan sekuliah anda. Namun, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil yang mungkin membantu anda mendapat gambaran keseluruhannya dengan lebih cepat. Sebelum anda mula belajar bahagian pertama sesuatu topik, lihat seimbas lalu keseluruhan topik untuk mendapatkan gambaran tentang subjek tersebut. Perkara ini mungkin memakan masa tetapi ia boleh mengelakkan anda daripada terpaksa berulang kali melihat bahagian tersebut. Daripada menghabiskan masa yang singkat untuk setiap subjek pada setiap malam, anda mungkin akan lebih produktif jika benar-benar meluangkan masa untuk mendalami sesuatu subjek secara keseluruhannya. Cuba kaitkan subjek tersebut dengan perkara yang anda telah ketahui sama ada dengan meminta bantuan pengajar anda atau dengan melihat rujukan. Walau apa pun, jangan hilang keyakinan terhadap diri anda sendiri; lama-kelamaan anda pasti akan dapat memahami maklumat baharu itu, dan apabila anda sudah memahami perkaitan maklumat tersebut dengan topik dan disiplin lain, anda mungkin boleh menggunakannya dengan cara yang lebih baik daripada pelajar sekuensial.

Hak Cipta © Open University Malaysia (OUM)