huraikan peranan raja dalam sistem pemerintahan melaka pada abad ke 15 masehi

35
Huraikan peranan Raja dalam sistem pemerintahan Melaka pada abad ke 15 Masehi. Pengenalan : o Konsep pemerintahan Beraja dizaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka sejak pemerintahan Sultan Iskandar Syah dan berlanjutan sehingga ke hari ini. o Raja berkuasa mutlak, dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana dan Syahbandar. Isi : Pentadbiran : o Ketua negara dan pemerintah tertinggi. Raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan ketua agama Islam o Mengetuai pentadbiran pusat dan wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana dan Syahbandar. Perundangan : o Raja bertanggungjawab sebagai ketua kehakiman. o Raja mempunyai daulat dan kesaktian untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang diketuai oleh sultan. o Raja berkuasa menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah. o Raja berkuasa menggubal undang-undang untuk mengukuhkan kedudukan raja dan rakyat tidak boleh mempertikaikannya. Hubungan Luar : o Raja bertanggungjawab menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar demi kepentingan Melaka contohnya kerajaan Melayu Melaka menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara China unuk mengelakkan dari diserang oleh Siam, pihak China telah menghantar Laksamana Cheng Ho ke Melaka pada tahun 1405. Ketenteraan : o Raja adalah ketua angkatan tentera, walau bagaimana pun , Sultan tidak pergi berperang tetapi tugas berperang dipertanggungjawabkan kepada Bendahara. o Raja mempunyai kuasa mutlak mengerahkan rakyat menyertai tentera tanpa diberi upah. Agama Islam : o Raja adalah ketua agama Islam dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Undang-undang Islam diamalkan dan diterapkan dalan system pentadbiran negara.

Upload: md-azlan-shah-bustan

Post on 12-Dec-2015

260 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

j

TRANSCRIPT

Huraikan peranan Raja dalam sistem pemerintahan Melaka pada abad ke 15 Masehi.

Pengenalan :o Konsep pemerintahan Beraja dizaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka sejak

pemerintahan Sultan Iskandar Syah dan berlanjutan sehingga ke hari ini.

o Raja berkuasa mutlak, dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu Bendahara, Penghulu

Bendahari, Temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana dan Syahbandar.

Isi :

Pentadbiran :o Ketua negara dan pemerintah tertinggi. Raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan  dan

ketua agama Islam

o Mengetuai pentadbiran pusat dan wilayah serta dibantu oleh pembesar-pembesar iaitu

Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung, Hulubalang Besar, Laksamana dan Syahbandar.

Perundangan :o Raja bertanggungjawab sebagai ketua kehakiman.

o Raja mempunyai daulat dan kesaktian untuk mengukuhkan kedudukan raja seperti 

Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka yang diketuai oleh sultan.

o Raja berkuasa menjatuhkan hukuman mati terhadap pesalah.

o Raja berkuasa menggubal undang-undang untuk mengukuhkan kedudukan raja dan

rakyat tidak boleh mempertikaikannya.

Hubungan Luar :o Raja bertanggungjawab menjalinkan hubungan dengan negara-negara luar demi

kepentingan Melaka contohnya kerajaan Melayu Melaka menjalinkan hubungan diplomatic dengan negara China unuk mengelakkan dari diserang oleh Siam, pihak China telah menghantar Laksamana Cheng Ho ke Melaka pada tahun 1405.

Ketenteraan :o Raja adalah ketua angkatan tentera, walau bagaimana pun , Sultan tidak pergi

berperang tetapi tugas berperang dipertanggungjawabkan kepada Bendahara.

o Raja mempunyai kuasa mutlak mengerahkan rakyat menyertai tentera tanpa diberi

upah.

Agama Islam :o Raja adalah ketua agama Islam dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka. Undang-

undang Islam diamalkan dan diterapkan dalan system pentadbiran negara.

o Pengaruh hukum Islam dalam system perundangan amat jelas semasa pemerintahan

Sultan Mahmud Syah dari amalan baginda berangkat ke masjid untuk bertarawih dan Sultan Alaudin Riayat Syah yang melaksanakan hukum Hudud bagi kesalahan jenayah mencuri, merompak dan menyamun.

Ekonomi :o Raja mengetuai pentadbiran ekonomi di Melaka.

o Raja dibantu oleh pembesar seperti Bendahara, Temenggung, Laksamana dan

Syahbandar bagi melicinkan urusan perdagangangan di Melaka.

o Raja bertanggungjawab mewujudkan hubungan baik dengan kawasan-kawasan yang

boleh mendatangkan sumber ekonomi dari kawasan pendalaman.

o Raja menguasai bidang ekonomi dengan mengutip hasil-hasil pertanian, cukai,

perkhidmatan buruh dab hamba.

Kesimpulan :o Kecemerlangan pemerintahan beraja menjadikan Melaka gemilang pada abad ke 15

hingga 16.

o Sistem pemerintahan Melaka memperlihatkan satu bentuk pemerintahan sistematik dan

teratur.

o Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka memperkukuhkan konsep daulat da

Melaka

PEMBESAR BEREMPAT ADALAH NADI PENTADBIRAN MELAKA DARUL ISLAM

BENDAHARA BERSAMAAN DENGAN JAWATAN

– Perdana Menteri

TEMENGGONG BERSAMAAN DENGAN JAWATAN

– Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri

– Ketua Hakim

– Ketua Polis Negara

PENGHULU BENDAHARI BERSAMAAN DENGAN JAWATAN

- Menteri Kewangan

- Ketua Perbendaharaan Negara

LAKSAMANA BERSAMAAN DENGAN JAWATAN

- Menteri Hal Ehwal Luar Negara

- Duta Khas

- Ketua Turus Angkatan Bersenjata

- Panglima Perang

Dalam sestem permerintahan Kesultanan Melayu Melaka, Sultan berkuasa penuh dalam kerajaan serta diangap mempunyai daulat dari keturunan yang mulia.Rakyat mesti menghormati Raja mengikut perintah Raja tanpa bantahan, Sultan berkuasa penuh menjatuhkan hukuman bunuh begitu juga sifatnya dengan Pembesar Negeri yang mempunyai kuasa politik dan mempunyai pengikut sendiri. Mereka bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan rakyat dan Negara dari ancaman musuh.

Pada tahun 1511 Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka berakhir apa bila di takluki portugis.Warisan Empayar Melaka diambil alih oleh anakanda Sultan Mahmud Shah pada tahun 1528. Raja Muzaffar menguasai kawasan utara, Empayar Melaka mengwujudkan Kesultanan Melayu Perak, yang berpusat dipinggir Sungai Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Shah. Sementara adindanya Raja Alauddin mengambil alih kawasan Selatan Empayar dengan bermulakan kerajaan Johor Riau yang

berpusat di Johor Lama dengan gelaran Sultan Alauddin Riayat Shah II. Kawasan taklukkannya meliputi Pahang yang diasaskan oleh Sultan Muhammad Shah 1, anakanda Sultan Mansur Shah Sultan Melaka Tahun 1457.

SENARAI NAMA DAN GELARAN

PEMBESAR RAJA KESULTANAN MELAKA DARUL ISLAM

ORANG BESAR EMPAT :

1. Y.A. Bhg. Orang Kaya Bendahara Ser Maharaja

Y.A.M. DATUK RAJA BAHAR NOORDIN IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH

2. Y.A. Bhg. Orang Kaya Besar Maharaja di Raja

Y.A.M. DATUK RAJA MAHURI IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH

1. Y.A. Bhg. Orang Kaya Temengong Paduka Raja

Y.A.M.DATUK RAJA RODZMAN IBNI AL-MARHUM Y.A.M. RAJA TUAH SHAH

4. Y.A. Bhg. Orang Kaya

Menteri Paduka Tuan

ORANG BESAR DELAPAN :

1. Y.Bhg. Orang Kaya

Shahbandar Paduka Indera

2. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya

Seri Adika Raja

3. Y. Bhg. Orang Kaya Kaya

Panglima Kinta Seri

Amar Bangsa Diraja

4. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya

Panglima Bukit Gantang

Seri Amar Diraja

5. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya

Laksamana Raja Mahkota

6. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya

Setia Bijaya di Raja

Shahbandar Muda

7. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya

Mahakurnia Indera di Raja

8. Y.Bhg. Orang Kaya Kaya

Imam Paduka Tuan

ORANG BESAR ENAM BELAS :

01. Y.D.H. Tok Seri Maharaja Lela

02. Y.D.H. Tok Paduka Indera

03. Y.D.H. Tok Maharaja Dewa

04. Y.D.H. Tok Maharaja Indera

05. Y.D.H. Tok Shahbandar Ulu

06. Y.D.H. Tok Tan Dewa Paduka

07. Y.D.H. Tok Paduka Setia

08. Y.D.H. Tok Sedewa Raja

09. Y.D.H. Tok Paduka Raja

10. Y.D.H. Tok Perdana Indera

11. Y.D.H. Tok Indera Jaya

12. Y.D.H. Tok Seri Bijaya

13. Y.D.H. Tok Seri Lela Paduka

14. Y.D.H. Tok Amar Seri di Raja

15. Y.D.H. Tok Raja di Raja

16. Y.D.H. Tok Seri Wangsa

TOK MUDA ORANG BESAR EMPAT :

1. Y.D.H. Tok Muda Orang Kaya

Besar Maharaja Di-Raja

2. Y.D.H. Tok Muda Orang Kaya

Temenggong Paduka Raja

3. Y.D.H. Tok Muda Orang Kaya

Menteri Paduka Tuan

4. Y.D.H. Tok Muda Orang Kaya

Bendahara Seri Maharaja

TOK MUDA ORANG BESAR DELAPAN :

1. Y.D.H. ToK Muda

Orang Kaya Kaya

Laksamana Raja Seri Mahkota

2. Y.D.H. Tok Muda

Orang Kaya Kaya

Seri Adika Raja Shahbandar Muda

3. Y.D.H. Tok Muda

Orang Kaya Kaya Panglima Kinta

Seri Amar Bangsa di-Raja

4. Y.D.H. Tok Muda

Orang Kaya Kaya Panglima Bukit

Kaya Kaya Imam Paduka Tuan

5. Y.D.H. Tok Muda

Orang Kaya-kaya

Shahbandar Paduka Indera

6. Y.D.H. Tok Muda

Orang Kaya-kaya

Setia Bijaya di-Raja

7. Y.D.H. Tok Muda

Orang Kaya Kaya

Mahakurnia

8. Y.D.H. Tok Muda Orang

Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan

ORANG BESAR TIGA PULUH DUA :

01.Y.D.H.Tok Tan Dewa Sakti

02.Y.D.H.Tok Kamar Lela

03.Y.D.H.Tok Seri Indera Lela

04.Y.D.H.Tok Sakna Bongsu

05.Y.D.H.Tok Tan Dewa Raja

06.Y.D.H.Tok Rakna Sakti

07.Y.D.H.Tok Purba Raja

08.Y.D.H.Tok Jana Pahlawan

09.Y.D.H.Tok Sa Indera

10.Y.D.H.Tok Bahagia Negara

11. Y.D.H.Tok Amar

12. Y.D.H.Tok Mangku di

13. Y.D.H.Tok Dewa Mahkota

14. Y.D.H.Tok Sakna Menteri

15.Y.D.H. Tok Demang Perwira

16.Y.D.H.Tok Indera Wangsa

17.Y.D.H.Tok Mekong

18.Y.D.H.Tok Lela Indera

19.Y.D.H.Tok Mahkota

20.Y.D.H.Tok Amar Di Wangsa

21.Y.D.H.Tok Pekerma Wati

22.Y.D.H.Tok Johan Pahlawan

23.Y.D.H.Tok Pendewa Sakti

24.Y.D.H.Tok Kelana Perkasa

25.Y.D.H.Tok Kelana di Raja

26.Y.D.H.Tok Kohor

27.Y.D.H.Tok Sukar Di Lawan

28.Y.D.H.Tok Pendekar Alam

29.Y.D.H.Tok Bijaya Wati

30.Y.D.H.Tok Puspa

31.Y.D.H.Tok Bahtera di-Raja

32.Y.D.H.Tok Suri Wati

AB 5 : KEGEMILANGAN MELAKA

5.1 PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK

Bagi melicinkan urusan pentadbiran, Sultam Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.

Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka.

Dalam sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan.

Baginda dibantu oleh 4 orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.

Pembessar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua.

Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing

Peranan sultan

Menyelaras semua kegiatan ekonomi

Menjadi lambang perpaduan rakyat

Mengetuai hubungan diplomatik

Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu

Mengetuai angkatan tentera

Melantik pembesar negeri

Sistem Pembesar Empat Lipatan

Bendahara

Menjadi penasihat sultan

Menteri utama

Ketua turus angkatan perang

Ketua hakim

Pemangku sultan

Penghulu Bendahari

Menjadi pemungut hasil atau ufti

Ketua segala bendahari

Ketua urus setia istana

Ketua segala syahbandar

Temenggung

Menjadi ketua polis dan penjara

Penguasa Bandar dan Kota Melaka

Ketua protokol istana

Hakim di darat

Laksamana

Menjadi ketua angkatan laut

Ketua duta

Pengawal peribadi sultan

Utusan rasmi kerajaan

Sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan sangat penting untuk membina kerajaan yang kuat dan maju.

Untuk meningkatkan sokongan, Pembesar Berempat dianugerahkan "kawasan pegangan" iaitu kuasa untuk mentadbir kawasan.

Muar dan Bentan dipegang oleh Bendahara

Sening Hujung dan Kampar dipegang oleh Penghulu Bendahari

Temasik dipegang oleh Laksamana

Sungai Raya dan Siantan dipegang oleh Hulubalang

Sultan melantik pembesar lain seperti pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai. Kawasan memungut cukai ini dipanggil "kawasan pemakanan". Lazimnya, pembesar akan menghadap dan mempersembahkan ufti kawasannya kepada sultan.

5.2 PUSAT PERDAGANGAN

Pada pertengahan abad ke-15, Melaka muncul sebagai pusat perdagangan antarabangsa.

Kegemilangan Melaka dalam bidang perdagangan telah dinyatakan dalam buku Sejarah Melayu iaitu :

" Maka segala dagang atas angin dan bawah angin sekaliannya datang ke Melaka; terlalu ramai Bandar Melaka pada zaman itu." (Sumber : W.G Shallebear,1612,Sejarah Melayu, edisi1961.hlm 82)

Pedagang atas angin bermaksud pedagang yang datang dari negara di sebelah Barat.

Pedagang bawah angin ialah pedagang yang datang dari Timur.

Faktor Perkembangan Melaka sebagai pusat Perdagangan antarabangsa

Kedudukan geografi

Melaka terletak di pertengahan laluan perdagangan antara Timur dan Barat. Ini membolehkan Melaka mengawal selat Melaka yang menjadi laluan kapal dagang

Muara Sungai Melaka yang dalam membolehkan kapal berlabuh dengan mudah, menurunkan barang dagangan dan mendapatkan barang keperluan.

Terlindung daripada tiupan angin monsun :

Barat Daya dilindungi oleh Pulau Sumatera

Timur Laut dilindungi oleh Banjaran Titiwangsa

Bentuk muka bumi yang berbukit-bukau menjadi pedoman kepada pedagang untuk belayar menuju ke Melaka serta tempat yang strategik mengawasi Selat Melaka.

Selain faktor geografi, kemajuan perdagangan di Melaka juga dikaitkan dengan beberapa faktor lain.

Peranan syahbandar

Jawatan syahbandar diwujudkan bagi memastikan kegiatan perdagangan berjalan lancar.

Antara peranan Syahbandar ialah

Menguruskan pasar dan gudang, memeriksa alat timbang dan mata wang, menjadi hakim di pelabuhan, menguatkuasakan peraturan keluar masuk kapal, menguruskan cukai, menjaga kebajikan dan keselamatan pedagang.

Setiap Syahbandar ditugaskan menjaga kumpulan pedagang yang ditetapkan.

Syahbandar I – mengurus pedagang dari Gujerat

Syahbandar II – menguruskan pedagang dari China, Champa dan Ryukyu

Syahbandar III – mengurus pedagang dari Kalingga, Pegu, Benggala dan Parsi

Syahbandar IV – menguruskan pedagang dari Pulau Jawa, Maluku, Banda, Kalimantan, Borneo, Pasai dan Filipina

Peranan Laksamana dan Orang Laut

Lsksamana ialah pembesar yang bertanggungjawab menjaga keselamatan perairan Selat Melaka

Tugas-tugas mengawal dilaksanakan oleh Orang Laut.

Hal ini adalah untuk menjamin keselamatan pedagang dan keamanan perairan Melaka.

Keberkesanan Undang-undang Laut Melaka

Undang-undang Laut Melaka digubal bagi memastikan aktiviti perdagangan berjalan lancar.

Terdiri daripada 24 fasal yang mengandungi peraturan dan tata tertib berniaga, hukum jenayah di kapal, cara berjual-beli, larangan dan tanggungjawab anak kapal, kiwi dan nakhoda.

Kiwi merupakan penyewa ruangan perahu dan penumpang yang membawa barang untuk diperdagangkan.

Mulkiwi adalah ketua segala kiwi

Kemudahan di pelabuhan

Pelbagai kemudahan seperti

gudang untuk menyimpan barang, tempat tinggal untuk pedagang semasa menunggu pertukaran angin monsun

kapal, perahu, jong, lancar, gajah dan pekerja disediakan oleh Syahbandar untuk mengangkut barang ke gudang

kapal-kapal yang rosak boleh dibaiki dipelabuhan

bekalan makanan dan minuman

kemudahan prasarana

Semua ini penting untuk kemudahan pedagang yang berdagang di Melaka.

Bahasa Melayu sebagai lingua franca

Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan antara pedagang dengan pembesar dan pedagang lain.

Sistem cukai dan surat kebenaran berniaga

Sistem cukai yang berpatutan :

Pedagang dari Barat dikenakan 6%

Pedagang yang tinggal tetap di Melaka 3%

Pedagang dari China dan Jepun hanya perlu memberi hadiah

Pedagang perlu membayar "panduan" iaitu cukai rasmi sebelum berjual-beli

Penggunaan sistem mata wang

Menggunakan mata wang logam yang diperbuat daripada timah dipanggil calains dan wang emas, wang perak, dan wang timah dari Pedir, Pasai Kembayat dan Gujerat.

Pelabuhan entrepot

Pelabuhan Melaka merupakan pusat pengumpulan barang dari Kepulauan Melayu dan pusat mengedar barang dari Timur dan Barat ke Kepulauan Melayu.

5.3 KEMATANGAN HUBUNGAN LUAR

Hubungan Serantau

Pasai

Hubungan Melaka dengan Pasai terjalin melalui perkahwinan antara sultan Melaka, Megat Iskandar Shah dengan Puteri Pasai.

Hubungan juga terjalin dalam bentuk pertukaran pendapat tentang hukum agama Islam.

Kedudukan Melaka dan Pasai dianggap setaraf. Kerajaan Melaka pernah membantu Pasai menamatkan huru-hara dengan menghantar pembesar dan tenteranya ke Pasai.

Melaka mendapat bekalan lada hitam, emas dan beras dari Pasai.

Siak dan Kampar

Hubungan terjalin apabila Melaka menakluki Siak dan Kampar.

Siak dan Kampar menghantar ufti kepada Melaka.

Membekalkan emas untuk kegiatan perdagangan dengan Melaka.

Jawa

Membekalkan beras, bahan makanan dan rempah.

Hubungan Antarabangsa

China

Hubungan dengan China bermula pada tahun 1404 apabila Laksamana Yin Ching melawat Melaka

Siam

Hubungan bermula apabila Melaka menghantar utusannya, Tun Telanai dan Menteri Jana Putera ke Siam,

Siam membekalkan kayu jati, beras dan bahan makanan kepada Melaka.

Ryukyu (Jepun)

Terjalin melalui hubungan perdagangan dan diplomatic.

Sultan Mansur Shah pernah mengirim surat kepada Raja Ryukyu yang melanggar undang-undang di Melaka.

Gujerat (India)

Terjalin melalui kegiatan perdagangan.

Gujerat membekalkan kain dan menyebarkan agama Islam di Melaka.

Pedagang Gujerat mendapatkan rempah dari Kepulauan Melayu.

Arab

Pedagang Arab mendapatkan emas dan rempah dari kepulauan Melayu dank ain sutera dan teh dari China.

Pedagang Arab juga mengembangkan agama Islam di Melaka.

5.4 PUSAT PENGEMBANGAN AGAMA ISLAM

Kedatangan Agama Islam ke Melaka

Antara cara agama Islam disebarkan di Melaka ialah melalui perkahwinan Sultan Melaka, iaitu Megat Iskandar Shah dengan Puteri Raja Pasai yang memeluk Islam.

Menurut Hikayat Raja-Raja Pasai dan Bustanus Salatin, Islam disebarkan di Melaka oleh pendakwah Arab yang bernama Syeikh Abdul Aziz dari Makkah yang mengislamkan Raja Sri Maharaja, pembesar dan rakyat Melaka.

Pedagang Islam dari Arab dan India menyebarkan agama Islam ke Melaka melalui kegiatan dakwah. Ada antara mereka yang berkahwin dengan masyarakat Melaka dan menyebarkannya kepada penduduk tempatan.

Sifat agama Islam iaitu toleransi, adil, dan rasional serta meliputi semua aspek kehidupan telah menarik minat golongan istana dan rakyat untuk mneganut agama Islam.

Keunggulan Melaka sebagai Pusat Penyebaran Agama Islam

Melaka menjadi pusat penyebaran dan pengajian Islam serta tempat pertemuan ulama dan pendakwah.

Sultan menyambut baik kedatangan Islam dan sanggup menghantar pembesar ke Pasai untuk bertanyakan hal-hal agama.

Masjid, madrasah dan surau diwujudkan untuk mempelajari agama dan membaca al-Quran.

Melaka menjadi pusat pengajian ilmu tasawuf. Ahli tasawauf yang terkenal ialah abdul Karim al-Jali yang mengarang kitab Insan al-Kamil.

Istana Melaka menjadi tempat menterjemah, menyadur, dan menyimpan kitab agama Islam.

Antara kitab yang diterjemah ialah Hikayat amir Hamzah dan Hikayat Muhammad ali Hanafiah.

Sultan Melaka menerapkan nilai Islam seperti musyawarrah iaitu berbincang bersama pembesar dalam urusan pentadbiran.

Kegigihan Melaka Menyebarkan Agama Islam

Melalui perdagangan

Ramai pedagang asing yang memeluk Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tempat asal mereka.

Melalui peranan tentera upahan

Misalnya, tentera upahan dari Jawa yang memeluk agama Islam di Melaka dan menyebarkannya apabila pulang ke tanah air.

Melalui penaklukan

Raja di negeri taklukan memeluk Islam untuk menjamin keselamatan negeri dan menunjukkan taat setia kepada sultan Melaka.

Peranan pendakwah, ulama dan ahli agama (sufi)

Mereka telah menyebarkan Islam ke Jawa, Kalimatan, dan selatan Filipina dengan cara berhemah dan bukan dengan paksaan.

Melalui perkahwinan politik

Putera dan puteri Melaka dengan putera dan puteri kerajaan lain.

Contohnya, puteri Sultan Mansur shah berkahwin dengan putera Raja Pasai.

Peranan pemerintah Melaka

Contohnya, menghantar ahli agama untuk mengajar raja-raja dari Pahang, Kampar, dan Inderagiri serta member galakan kepada pendakwah untuk menyebarkan agama Islam.

Sinar Islam di Melaka

Dalam pentadbiran

Institusi kesultanan telah menggantikan sistem beraja dan gelaran raja digantikan dengan sultan.

mMenggunakan undang-undang fikah (syariah) seperti Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka

Pengajian al-quran menjadi asas sistem pendidikan di Melaka.

Bahasa Melayu dijadikan bahasa ilmu dan lingua franca. Tulisan jawi digunakan secara meluas.

Agama Islam mempengaruhi kesenian, contohnya ukiran di kubah masjid, mimbar, mihrab, menara azan, dan batu nisan. Terdapat tulisan khat dan ukiran berbentuk bunga, geometrid an ayat al-Quran atau hadis.

Amalan masyarakat seperti upacara khatam al-Quran, majlis kesyukuran dan kenduri arwah.

5.5 PUSAT KEGIATAN ILMU

Istana menjadi pusat kegiatan ilmu pengetahuan dan menjadi tempat perkumpulan golongan cerdik pandai yang terdiri daripada :

Pengarang yang mengarang sejarah, menghasilkan pelabgai jenis kesusasteraan, menyusun salasilah raja dan mencatat diari istana.

Ulama yang menulis dan menterjemah kitab agama Islam.

Juritulis yang mengarang surat rasmi raja, menggubal perjanjian, dan menjadi guru kepada anak-anak raja.

Kegiatan menterjemah dan menyadur karya sastera dari arab dan Parsi :

Karya sastera terjemahan seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, dan Hikayat Iskandar Zulkarnain.

Karya sastera saduran seperti Hikayat Bulan Belah, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bakhtiar, Hikayat Nabi Wafat dan Hikayat Nabi Yusof.

Istana menjadi tempat menyimpan buku penulis tempatan dan asing yang menjadi khazanah kerajaan.

Istana juga menjadi tempat perbincangan dan perdebatan alim ulama tentang hal agama. Contohnya, mereka membahaskan kitab Darul Manzum yang berkaitan dengan aspek ketuhanan.

5.6 DASAR PERLUASAN KUASA

Cara-cara perluasan kuasa :

Penaklukan

Kerajaan yang ditakluki ialah Kampar dan Pahang.

Perkahwinan

Putera dan puteri Melaka dikahwinkan dengan putera dan puteri kerajaan lain seperti Siak, Pahang dan Kelantan.

Kerelaan raja negeri lain

Seperti Jambi dan Lingga.

Campur tangan dalam negeri

Melaka memberi bantuan kepada kerajaan lain yang menghadapi huru-hara seperti Pasai.

Kebijaksanaan pemerintah Melaka

Sultan Muzaffar Shah Berjaya menguasai Pahang, Kampar dan Inderagiri. Baginda menghantar Tun Perak menghadapi serangan Siam, menjalinkan hubungan dengan China, dan menyelesaikan perbalahan antara orang Melayu dengan orang India-Muslim.

Sultan Mansur Shah Berjaya menguasai Bernam, Perak dan Siak.

Sultan Alauddin Riayat Shah merupakan seorang yang alim, gagah, mementingkan keamanan dan keselamatan dalam negeri dan Berjaya menguasai Aru.

Bendahara Tun Perak merupakan pembesar yang cekap dan berwibawa. Beliau Berjaya menghalang serangan Siam.

ejarah Malaysia: Peranan PembesarPeranan Pembesar

Dalam sistem politik melayu, pemerintahannya dijalankan bersama oleh sultan dan pembesar.

Pembesar-pembesar yang menjalankan tugas pemerintahan ini dilantik oleh sultan. Di Negeri

Sembilan  Yang Dipertuan Besar tidak melantik pembesar, tetapi disebaliknya, Undang Luak yang

bermuafakat untuk melantik Yang Dipertuan Besar. Begitu jugalah seterusnya bagi jawatan Undang ia

akan dilantik oleh anak buahnya.

Sehingga pertengahan abad ke-19, para pembesar merupakan aset penting dalam sistem politik di

Tanah Melayu. Setiap orang pembesar mempunyai peranannya dalam ekonomi, politik dan sosial

masyarakat Melayu.

 

Dari segi politik, di negeri-negeri Melayu, pembesar merupakan pentadbir tempatan sebelum

kewujudn sistem kerajaan dan institusi kesultanan. Misalnya, pembesar bergelar Tun Derma Dewa

dan Tun Perkasa telah mentadbir negeri Kedah sebelum kewujudan Kerajaan Kedah. Datuk Am, Tok

Penggawa Permatang, Tok Klang dan Tok Naga serta Datuk Menteri telah mentadbir jajahan-jajahan

Selangor sebelum Raja Lumu dilantik sebagai rajanya. Empat orang penghulu telah mengetuai

pentadbiran Luak Sungai Ujong, Luak Rembau, Luak Johol dan Luak Jelebu di Negeri Sembilan.

 

Selepas institusi kesultanan wujud, para pembesar dilantik untuk membantu raja menjalankan

pemerintahan dan pentadbiran negeri untuk melaksanakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka.

Pembesar ini mempunyai cop mohor sendiri. Pembesar-pembesar seperti Pembesar Empat Lipatan

semasa Kesultanan Melayu Melaka membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran kerajaan

pusat. Mereka merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan. Sistem

Pembesar Empat Lipatan Kerajaan Melayu Melaka telah menjadi model bagi pengurusan dan

pentadbiran pusat kerajaan-kerajaan awal seperti Perak, Johor dan sebagainya. Di Kelantan, Jemaah

Menteri membantu Sultan dalam pentadbiran kerajaan pusat. Di Negeri Sembilan, Undang-undang,

Lembaga, Buapak membantu di dalam pentadbiran kerajaan pusat.

 

Pembesar-pembesar pusat memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan

negara. Sebagai contoh, Bendahara dalam Kesultanan Melayu Melaka memimpin angkatan bersenjata

semasa menghadapi peperangan, Laksamana menjaga keselamatan negara di perairan dan

Temenggung menjaga keselamatan dalam negeri. Di negeri Kelantan, Jemaah Menteri

bertanggungjawab mengurus hal ehwal peperangan, ketenteraan dan sebagainya.

 

Para pembesar juga menjadi ahli dalam Jemaah Penasihat Sultan. Sebagai contoh, Bendahara

menasihati Sultan dalam soal pentadbiran negara dan perhubungan luar. Pembesar-pembesar yang

lain pula bertanggungjawab dalam bidang masing-masing.

 

Para pembesar juga membantu raja untuk mentadbir di luar wilayah yang dipanggil pegangan yang

merupakan anugerah Sultan kerana jasa dan perkhidmatan cemerlang mereka. Bendahara Melaka

telah memegang kawasan Muar dan Bintan merupakan salah satu contoh daripadanya. Di tanah

jajahan atau daerah, pembesar yang bergelar Mandulika memainkan peranan penting dalam

pentadbiran. Di peringkat kampung pula, Penghulu atau Penggawa pula mentadbir peringkat

kampung. Pembesar ini akan memastikan penduduk di bawah jajahannya sentiasa taat setia terhadap

Sultan dan kerajaan. Mereka membekalkan tenaga ketenteraan untuk mempertahankan negara dan

untuk ekspedisi memperluaskan empayar jika perlu. Mereka ini ibarat “jambatan menghubungkan

rakyat jelata dengan pemerintah”.

 

Adakalanya, pembesar-pembesar ini juga mempengaruhi pentadbiran raja ataupun Sultan. Sebagai

contoh, di Melaka, peranan Bendahara Tun Perak sebagai “The King Maker” dan di negeri Perak,

pembesar memainkan peranan penting dalam perlantikan Sultan mengikut sistem penggantian raja.

 

Pembesar seterusnya juga memainkan peranan dalam menentukan perhubungan antarabangsa,

contohnya Bendahara Melaka memainkan perana penting dalam hal ini.

 

Dari segi ekonomi, pembesar memainkan peranan penting dalam pengutipan cukai. Sebagai contoh,

Syahbandar mengutip cukai dari pedagang-pedagang dan pembesar daerah atau penggawa memungut

cukai di kawasan pemakanannya. Pembesar pusat pula mengutip cukai dari kawasan pegangannya.

Daripada hasil tersebut, sebahagiannya akan diserahkan kepada raja yang memerintah.

 

Pembesar-pembesar bertanggungjawab memastikan urusan perdagangan berjalan dengan licin.

Sebagai contoh, Temenggung bertanggungjawab menentukan timbangan dan sukatan yang betul dan

mengawasi saudagar-saudagar daripada kepulauan Melayu. Laksamana pula menjaga pencerobohan

orang asing ke kawasan perairan kerajaannya. Syahbandar pula bertanggungjawab menjaga

pelabuhan, hal ehwal pedagang asing serta mengaturkan tempat perniagaan dan menyediakan gudang

untuk menyimpan barang.

 

Dari segi sosial, pembesar memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan anak buahnya. Di

kawasan pegangannya, pembesar ini bertanggungjawab membina balai raya, pondok dan segala

kemudahan awam yang akan digunakan oleh semua anak buahnya. Semasa pembinaan benda

berkenaan, pembesar ini akan mengarah anak buahnya untuk melakukan kerja tersebut.

 

Pembesar juga memainkan peranan penting dalam mengawasi keamanan dan kesejahteraan di

kawasan pentadbirannya. Sebagai contoh, pembesar ini telah menjadi hakim dalam perbicaraan di

kawasan pegangannya. Seseorang yang bersalah akan dijatuhkan hukuman yang selaras dengan

kesalahan yang dilakukan. Namun begitu, hukuman mati perlu mendapat keizinan daripada Sultan

yang memerintah terlebih dahulu.

 

Pembesar juga bertanggungjawab mengetuai kerja-kerja sosial seperti pembinaan surau, masjid, balai

raya, jambatan dan sebagainya. Semasa pembinaan bangunan ini dilakukan, pembesar ini akan

mengarahkan anak buahnya melakukannya dan  menetapkan seseorang yang bertanggungjawab

mengetuai pembinaan sesuatu bahagian bangunan tersebut.

 

Selain itu, pembesar juga bertanggungjawab mengawasi adat dan tradisi supaya dapat diteruskan dari

saru generasi ke generasi yang lain. Seseorang yang didapati melanggar adat akan dijatuhkan

hukuman. Tujuannya adalah supaya adat dan tradisi dapat dijalankan tanpa gangguan dan sebagainya.

Sistem pembesar merupakan sebahagian daripada struktur pemerintahan Tanah Melayu pada abad ke-19. Seperti juga sistem beraja, sistem ini berasaskan kepada sistem pembesar Kesultanan Melayu Melaka. PEMBESAR EMPAT LIPATAN yang terdapat di KESULTANAN MELAYU MELAKA diamalkan di hampir semua negeri Melayu KECUALI NEGERI SEMBILAN, tetapi gelaran pembesarnya berbeza-beza di antara satu sama lain. Selepas kedatangan British, sistem pembesar ini mengalami penjejasan.

STRUKTUR SISTEM PEMBESAR

Pada dasarnya, struktur pembesar yang utama di Tanah Melayu ialah seperti berikut : Bendahara ® Laksamana ® Temanggung ® Penghulu Bendahari. Walau bagaimanapun, terdapat juga pembesar yang bertugas sebagai penguasa sesuatu kawasan jika kawasan pentadbiran sesebuah negeri itu luas.

Seseorang pembesar itu boleh jadi menguasai sesuatu kawasan yang luas yang mungkin terdiri daripada beberapa buah kampung atau lembah. Perlantikan beliau dilakukan olah Sultan melalui sepucuk surat tauliah dan sebilah pedang sebagai lambing jawatannya. Dan ketua-ketua kampung ini adalah bertanggungjawab kepada pembesar itu.

1.Kedah :-Di negeri Kedah terdapat seorang pembesar Raja Bendahara yang lebih tinggi tarafnya daripada Menteri Berempat dan gelarannya ialah Seri Paduka Maharaja Sura. Menteri Berempat pula terdiri daripada Seri Paduka Raja Laksamana, Seri Maharaja Anggota Desa dan Seri Maharaja Putera Dewa. Selain itu, terdapat seorang Syahbandar yang tergolong dalam pembesar enam belas.

2.Pahang :-Di Pahang, Orang Besar Berempat ialah Orang Kaya Maharaja Indera Perba, Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Indera Pahlawan dan Orang Kaya Indera Syahbandar. Orang Besar Berempat ini diberikan kawasan tertentu untuk ditadbir. Pembesar pertama berkuasa di Tanjung Lindung, pembesar kedua di Temerloh, pembesar ketiga di Bera ke Kuala Luit dan pembesar keempat di Luit ke Bebar.

3.Perak :-Orang Besar Berempat juga dikenal sebagai Orang Empat di Balai. Mereka ialah Bendahara, Orang Kaya Besar Penghulu Bendahari, Orang Kaya Temenggung Paduka Raja dan Orang Kaya Menteri Paduka Tuan. Orang Besar Delapan pula terdiri daripada Maharajalela, Syahbandar, Laksamana, Imam Paduka Tuan, Sri Amar Diraja, Sri Adika Raja, Panglima Kinta dan Panglima Bukit Gantang. Orang Besar Enambelas memakai gelaran Maharaja, Paduka dan Sri.

4.Negeri Sembilan :-Ketua pemerintah memakai gelaran Yang Dipertuan Besar. Di bawahnya ialah 4 orang Undang yang merupakan ketua daerah yang dipanggil Luak. Terdapat 4 Luak utama iaitu

Rembau, Sungai Ujong, Jelebu dan Johol. Di bawah Undang, Lembaga merupakan ketua bagi setiap suku anggota masyarakat. Di bawah Lembaga ialah Buapak, iaitu gabungan perkataan ibu dan bapak.

5.Kelantan:-Terdapat 7 orang di peringkat pusat, iaitu Raja Bendahara Banggol, Raja Kampung Laut, Raja Bukit Panar, Tengku Kota, Tengku Aria Pahlawan, Dato’ Kaya Hulubalang Kaduk dan Dato’ Panglima Perang Londang.

PERANAN PEMBESAR

1. MENJAGA DAN MENGEKALKAN KEAMANAN KAWASAN PENTADBIRAN

Pada zaman ini, pembesar berempat akan diberi kawasan tadbiran. Pembesar ini bertanggungjawab menjaga kawasan yang diberi oleh sultan dan berusaha mengekalkan keamanan kawasan ini. Beliau juga bertanggungjawab menasihati anak buahnya supaya sentiasa taat setia terhadap sultan.

2. MEMASTIKAN JENTERA PENTADBIRAN NEGERI DIJALANKAN DENGAN BERKESAN

Tugas seseorang pembesar adalah untuk membantu raja dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri. Keadaan ini dapat dibuktikan malalui Kelantan di mana Sultan Muhammad I telah melantik 7 orang pembesar untuk membantu baginda dalam pemerintahan dan pentadbiran negeri. Pembesar-pembesar ini akan membentuk satu Jemaah Menteri. Setiap pembesar bertanggungjawab terhadap sesuatu perkara. Secara tidak langsung, jentera pentadbiran negeri akan dapat dijalankan dengan berkesan kerana kerja pemerintahan telah dibahagikan kepada setiap pembesar dan bukan terkumpul dalam tangan seseorang raja atau sultan.

3. MENGERAH TENAGA TENTERA

Mengikut sistem serah dan kerah, rakyat jelata bekerja untuk raja atau kerajaan merupakan suatu kewajipan khasnya dalam menjaga keselamatan negeri, memperbaiki istana dan sebagainya tanpa menerima bayaran. Dari sini, pembesar akan menolong sultan untuk mengerah tenaga tentera ketika menghadapi ancaman dari luar atau dalam dan menyerahkannya kepada sultan. Sebahagian daripada tentera itu akan digunakan oleh para pembesar untuk menjaga kawasan pentadbirannya supaya keamanan dapat dikekalkan selalu.

4. MELAKSANAKAN ISTIADAT MENJUNJUNG DULI

Mengikut Kamus Dewan, menjunjung duli bermaksud memberi khidmat kepada raja. Ini bermaksud, seseorang pembesar haruslah sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada raja. Contohnya, semasa sultan hendak berangkat daripada suatu tempat ke tempat

lain, Temenggung akan duduk di hadapan gajah dan Laksamana pula akan duduk di belakang gajah. Ini merupakan sebahagian daripada istiadat menjunjung duli yang harus dilakukan oleh seseorang pembesar.

5. MENASIHATI SULTAN DALAM SEGALA HAL

Para pembesar telah membentuk Majlis Penasihat Sultan bagi membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan. Sebelum sesuatu keputusan dibuat, sultan akan mengemukakan pendapat baginda dan pembesar akan menasihati baginda sekiranya pendapat sultan mempunyai kelemahan. Cadangan juga akan dikemukakan oleh para pembesar terhadap sultan supaya suatu keputusan yang sempurna dapat dicapai dan diperolehi.

6. MENYELARASKAN SEMUA ISTIADAT DALAM ISTANA

Dalam istana, setiap pembesar mempunyai tugasan tertentu dalam menyelaraskan istiadat dalam istana. Contohnya, semasa Kerajaan Melayu Melaka, Bendahara akan menjadi ketua adat-istiadat serta penjaga alat kebesaran raja. Penghulu Bendahari pula bertanggungjawab menyediakan balai rong seri serta hidangan makanan dan memastikan segala upacara rasmi berjalan lancar. Selain itu, Temenggung akan bertugas dalam urusan jamuan di raja termasuk mengatur dan menentukan orang yang bertugas ketika upacara rasmi.

7. MEMUNGUT CUKAI

Setiap orang pembesar akan diberikan kawasan tertentu yang menjadi kawasan pentadbiran, misalnya di Kerajaan Pahang, Orang Kaya Maharaja Indera Perba bertanggungjawab mentadbir kawasan Tanjung Lindung. Pembesar ini akan memungut cukai daripada anak buahnya selain daripada menjaga keamanan kawasan tersebut. Pembesar ini akan melantik penghulu atau penggawa di setiap kampung. Penghulu inilah yang bertanggungjawab mengutip cukai dari kalangan anak buahnya. Penghulu ini tidak diberi gaji tetapi sebahagian daripada hasil cukai akan diberi kepadanya.

8. SERAH UFTI/CUKAI

Sudah diketahui bahawa pembesar utama akan diberi kawasan pentadbiran dan pembesar berhak memungut cukai daripada anak buahnya. Ini tidak bermaksud semua cukai yang dikutip merupakan kepunyaannya, tetapi disebaliknya, sebahagian daripada cukai yang dikutip ini akan diserah kepada sultan bagi menunjukkan kesetiaannya terhadap sultan yang memerintah.

9. MENYEDIAKAN TENAGA BURUH

Bagi masyarakat Melayu lama, adalah menjadi tanggungjawab bagi setiap rakyat untuk bekerja bagi pihak sultan untuk membina istana atau bangunan lain tanpa menerima apa-apa ganjaran. Di sini, pembesar akan mengerah tenaga buruh daripada kawasan pentadbirannya

dan diserahkan kepada sultan. Sistem ini juga dipanggil sistem kerah dan serah. Tanpa pembesar, sultan tidak akan dapat memperolehi tenaga buruh untuk bekerja bagi pihaknya.

10. MENJAGA KEADILAN

Pembesar bertanggungjawab menjatuhkan hukuman terhadap orang yang melakukan kesalahan. Hukuman yang boleh diambil oleh beliau tidak termasuk hukuman mati. Hukuman mati hanya boleh dilaksanakan selepas mendapat keizinan daripada sultan. Dari sini, jelaslah kita lihat pembesar ini bertangguyngjawab menjaga keadilan sosial melalui undang-undang bertulis, undang-undang tidak bertulis, contohnya hokum syarak.

11. MENJADI PERANTARAAN ANTARA RAJA DENGAN RAKYAT

Pembesar mempunyai pengaruh yang kuat di kalangan rakyat jelata khasnya di kawasan pentadbirannya. Beliaulah yang menjadi perantaraan di antara raja dan rakyat dimana semua titah perintah sultan akan disampaikan oleh pembesar kepada rakyat jelata. Di sebaliknya, pembesar akan menyampaikan ketidakpuasan rakyat jelata terhadap sesuatu kepada sultan supaya langkah yang berkaitan dapat diambil.

PEMBESAR DAN PERANANNYA DI SABAH DAN SARAWAK

1. Pada abad ke-18 dan ke-19, Sarawak dan kawasan barat Sabah telah dikuasai oleh Kerajaan Brunei. Sultan Brunei telah melantik pembesar-pembesar tempatan untuk mentadbir Sarawak. Mereka ialah Datu Patinggi, Datu Temenggung dan Datu Bandar.

2. Setiap pembesar mempunyai tugasannya yang tertentu :a. Datu Patinggi – mengutip dan menyerahkan hasil kepada Kerajaan Brunei sebagai ufti.b. Datu Temenggung – mengawal keselamatan.c. Datu Bandar – menyelenggarakan hal-ehwal perdagangan seluruh kawasan.

3. Di bawah Pemerintahan Brooke (1841-1941) :a. Pembesar tempatan dilantik sebagai penasihat kanan dalam pentadbirannya digelar Pegawai Anak Negeri.b. Berperanan membantu Residen Inggeris apabila Sarawak dibahagikan kepada 5 bahagian.c. Pembesar ini bertugas untuk menasihati residen, mengutip cukai dan mengetuai ekspedisi ketenteraand. Di peringkat kempung, ketua penduduk tradisi mengekalkan peranturan, menyelesaikan pergaduhan dan memungut cukai.

4. Di Sabah, sehingga tahun 1881, bahagian utara dan timur Sabah dikuasai oleh Kesultanan Sulu dan ditadbir oleh pembesar Sulu yang digelar Datu.

5. Jawatan Ketua Anak Negeri diperkenalkan di peringkat Daerah untuk membantu Pegawai Daerah berbangsa Eropah, hasilnya :a. Peranan pembesar diperluaskan dengan penubuhan Majlis Penasihat Ketua-ketua Anak Negeri pada tahun 1915.b. Di peringkat kampung, ketua kampung yang bergelar Orang Tua dilantik untuk menjaga hal pentadbiran kampung.

c. Mahkamah Anak Negeri yang wujud secara tradisional di kalangan penduduk pribumi Sabah dikekalkan. Mahkamah ini diketuai oleh seorang Ketua Anak Negeri yang berfungsi sebagai hakim tempatan.