peranan gb

17
PENDAHULUAN Sekolah yang merupakan sebuah institusi pendidikan formal mempunyai struktur organisasi yang diterajui oleh Guru Besar sebagai peneraju utama kepimpinan di peringkat sekolah Kecemerlangan atau kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh kepimpinan Guru Besar yang berkesan. Ini bermakna, Guru Besarlah yang dapat menggerakkan sekolah itu maju ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko-kurikulum atau mundur kebelakang sebagai sekolah yang tidak berkesan. In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school. … it is his leadership that sets the tone of the school, the climate for learning, the level of professionalism and morale of teacher and the degree of concern for what students may or may not become. … if a school is a vibrant, innovative, child-centred place; if it has a reputation for excellence in teaching; if students are performing to the best of their ability one can almost always point to the principals leadership as the key to success. (Sergiovani, 1995: 83). Peranan Guru Besar sebagai pemimpin pengajaran di sekolah memang tidak dapat dinafikan. Sebagai ketua, beliau mengepalai seluruh anak buahnya untuk menghadapi cabaran pendidikan masa kini. Kajian dan tulisan beberapa tokoh dalam bidang pengurusan seperti Edmonds (1979) dan Sergiovanni (1987), telah menunjukkan bahawa kepemimpinan memainkan peranan yang penting untuk menentukan kelicinan, kecekapan, dan keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi khususnya sekolah. Antara perubahan dan reformasi dalam pendidikan ialah pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011, reformasi dasar 1

Upload: wanierashid

Post on 22-Dec-2015

19 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

edu3083

TRANSCRIPT

Page 1: peranan gb

PENDAHULUAN

Sekolah yang merupakan sebuah institusi pendidikan formal mempunyai struktur organisasi

yang diterajui oleh Guru Besar sebagai peneraju utama kepimpinan di peringkat sekolah

Kecemerlangan atau kejayaan sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh kepimpinan Guru

Besar yang berkesan. Ini bermakna, Guru Besarlah yang dapat menggerakkan sekolah itu maju

ke hadapan untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan kegiatan ko-kurikulum atau

mundur kebelakang sebagai sekolah yang tidak berkesan.

In many ways the school principal is the most important and influential individual in any school.

… it is his leadership that sets the tone of the school, the climate for learning, the level of

professionalism and morale of teacher and the degree of concern for what students may or may

not become. … if a school is a vibrant, innovative, child-centred place; if it has a reputation for

excellence in teaching; if students are performing to the best of their ability one can almost

always point to the principals leadership as the key to success. (Sergiovani, 1995: 83).

Peranan Guru Besar sebagai pemimpin pengajaran di sekolah memang tidak dapat dinafikan.

Sebagai ketua, beliau mengepalai seluruh anak buahnya untuk menghadapi cabaran

pendidikan masa kini. Kajian dan tulisan beberapa tokoh dalam bidang pengurusan seperti

Edmonds (1979) dan Sergiovanni (1987), telah menunjukkan bahawa kepemimpinan

memainkan peranan yang penting untuk menentukan kelicinan, kecekapan, dan keberkesanan

pengurusan sesebuah organisasi khususnya sekolah.

Antara perubahan dan reformasi dalam pendidikan ialah pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah

Rendah (KBSR) pada tahun 1982 dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada

tahun 2011, reformasi dasar penggunaan bahasa dan pengwujudan Falsafah Pendidikan

Negara. Masyarakat sendiri menghadapi pelbagai perubahan sama ada dari segi sosial,

ekonomi mahupun politik. Semua ini menjadikan Guru Besar, sebagai pengurus sekolah,

menghadapi cabaran yang lebih besar yang memaksa mereka sentiasa peka, kreatif, dan

inovatif dalam menangani pelbagai masalah pengurusan harian mereka.

Navanro (1986) melihat betapa pentingnya kepemimpinan Guru Besar dalam menentukan

kejayaan sesebuah sekolah. Dalam usaha mengejar dan mencapai kecemerlangan pendidikan,

sama ada di negara membangun, mahupun di negara-negara maju yang lain, kepimpinan Guru

1

Page 2: peranan gb

Besar sering dilihat sebagai teraju utama. Guru Besar merupakan pelakon utama dalam

menentukan halatuju sekolah dalam menghadapi kerencaman masa hadapan.

Jatuh bangun dan maju mundurnya sesebuah sekolah bergantung penuh kepada komitmen

dan kesungguhan Guru Besar dan guru-guru dalam menjalankan tugas mereka di sekolah. Ini

adalah kerana semua tindakan dan aktiviti yang berlaku di sekolah dicetuskan oleh Guru Besar

dan ianya digerakkan oleh para guru. Guru Besar tidak mampu menjalankan sebarang aktiviti

atau program bersendirian tanpa penyertaan para guru. Komitmen guru-guru terhadap tugas

yang diamanahkan kepada mereka adalah bermula dengan keselesaan dan keseronokan

mereka bekerja. Semua tindakan mereka ini berpunca daripada beberapa faktor yang

membuatkan wujudnya suasana dan persekitaran kerja mereka di sekolah termasuklah gaya

kepimpinan pengurus sekolah (Guru Besar).

PERANAN GURU BESAR SEBAGAI PEMIMPIN PENTADBIRAN DAN PENGAJARAN

Kepimpinan dalam pendidikan merupakan komponen yang penting dalam mencapai matlamat

kecemerlangan pendidikan. Kepentingan kepimpinan menjadi keutamaan terutama dalam

usaha Kementerian Pendidikan Malaysia mengangkatkan martabat pendidikan ke peringkat

dunia selaras dengan matlamat Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk

menjadikan sistem pendidikan Malaysia yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia bagi

menyediakan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan meningkatkan martabat

pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa.

Hussein (1997) pula berpendapat bahawa kepimpinan Guru Besar di sekolah merangkumi

kepemimpinan pengajaran dan kepemimpinan pendidikan. Kepimpinan pendidikan memerlukan

sentuhan teknologi pengajaran bagi menghasilkan pengurusan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan ke arah melahirkan murid cemerlang dalam bidang akademik (Anderson &

Coralyn, 1987; Blase & Blasé, 1998). Di samping itu, Guru Besar turut perlu mempunyai

kemahiran pengajaran yang tinggi supaya dapat memberi bimbingan yang efektif dalam aspek

pengajaran kepada guru-guru. Dengan memiliki pengetahuan yang tinggi dan pengalaman yang

meluas dalam bidang pengajaran, pemimpin sekolah akan lebih dihormati dan seterusnya dapat

memperbaiki amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran agar nantinya dapat menghasilkan

pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik dan koakademik.

Kepimpinan Guru Besar memerlukan pengetahuan, kecekapan, pengalaman mengajar dan

mentadbir yang tinggi. Guru Besar sebagai pemimpin pengajaran dan sekali gus sebagai

2

Page 3: peranan gb

pengurus pendidikan di sekolah menjadi faktor utama kepada bukan sahaja kejayaan sebuah

sekolah, bahkan dengan kepimpinan dan pengurusannya dengan misi dan visinya boleh

menentukan hala tuju institusi pendidikan nasional yang diamanahkan kepadanya (Day et al.,

2000). Menurut Ishak (2004; 2001) dan Flath & Findley (1992).

Kepimpinan seiring dengan kepesatan teknologi maklumat, sekolah Bestari, sekolah berkesan,

sasaran 60% pelajar aliran sains dan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat

kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia. Kepimpinan pendidikan sangat penting untuk

membawa organisasinya mencapai matlamat. Imej pendidikan ditentukan oleh imej sekolah dan

imej kepemimpinannya. Selaras dengan matlamat untuk mencapai Wawasan 2020, kerajaan

telah menetapkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan

Serantau.  Semua ini harus bermula dari peringkat akar umbi, iaitu bermula di peringkat sekolah

lagi. Dan semestinya agenda penting ini menjadi tanggungjawab Guru Besar yang menjadi

pemimpin dan pengurus di sekolah.  Ia menjadi faktor utama bukan sahaja dalam menentukan

kejayaan sebuah sekolah, malahan dengan kepemimpinan dan pengurusannya, serta visi dan

misinya, Guru Besar boleh menentukan hala tuju institusi yang diamanahkan kepadanya boleh

dicapai dan direalisasikan sebagai satu instrumen dalam sistem pendidikan di Malaysia.

mempunyai iklim pengurusan yang dianggap sebagai berjaya. (Mohd. Salleh Lebar : 1998)

Ternyata wujud peralihan tugas utama Guru Besar daripada hanya menekankan pentadbiran

sekolah kepada kepemimpinan pengajaran. Perubahan peranan Guru Besar ini ditegaskan lagi

apabila Kementerian Pendidikan mengeluarkan satu garis panduan pada tahun 1985 yang

menyenaraikan tugas Guru Besar. Ini termasuk:

a. mengelola pentadbiran sekolah;

b. menyelia pelaksanaan kurikulum sekolah selaras dengan dasar pelajaran kebangsaan;

c. menyelia pelaksanaan program pendidikan tambahan dan juga perkhidmatan sokongan;

d. memberi kepemimpinan profesional kepada semua guru di sekolahnya; dan

e. mempereratkan kerjasama antara pihak sekolah dengan masyarakat melalui organisasi

seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pihak pengelola/pengurus.

Sebagai pemimpin atau pengurus sekolah, Guru Besar diharapkan memainkan peranan

termasuk memberi galakan (kewangan dan fizikal) menyebarkan maklumat, mengadakan

aktiviti pembangunan staf dan membina perhubungan baik antara sekolah dengan masyarakat 3

Page 4: peranan gb

serta membina suasana sekolah yang ceria yang dapat menerima, memupuk dan menyokong

perubahan dari luar (Ibrahim, 1988). Peranan Guru Besar dilihat sebagai penentu kejayaan dan

kegagalan dalam pelaksanaan program pendidikan di sekolah khususnya dan segi

kepemimpinan pengajaran (Berman & Mc Laughlin, 1976; Fullan &Pomfret, 1982).

Oleh kerana Guru Besar merupakan individu yang diberikan autonomi di sekolah maka beliau

seharusnya menunjukkan satu contoh yang paling baik kepada orang-orang bawahannya.

Justeru itu Guru Besar mestilah mempunyai satu set akhlak yang boleh dibanggakan dalam

mempamerkan satu contoh yang baik bagi sekolahnya dalam membawa sebuah sekolah itu ke

arah kejayaan, seorang Guru Besar itu mestilah menunjukkan gaya kepimpinan yang benar-

benar meyakinkan.

CIRI-CIRI KEPEMIMPINAN GURU BESAR YANG BERKESAN PADA MASA DEPAN

Menurut Ibrahim Mamat, (2001) Guru Besar adalah orang paling penting di sekolah dan

bertanggungjawab terhadap semua kegiatan. Sebagai pemimpin, dia harus menggerakkan

sekolah, terutamanya dari sudut pengajaran dan pembelajaran, tingkatkan profesionalisme dan

semangat serta rasa tanggungjawab guru terhadap pelajar. Dia perlu membimbing, menggalak

dan menyelia kakitangan untuk membaiki dan mengekalkan kualiti pendidikan. Dia juga harus

merancang dan mengelola program sekolah, mengawasi dan mempengaruhi perlaksanaannya,

menyelaras pelbagai aktiviti orang-orang bawahannya dan menilai kemajuan serta prestasi

keseluruhannya dari masa ke semasa.

Menurut Abas Awang (1999), pengetua yang berkesan memiliki ciri-ciri profesional seperti

berikut:

i. Mengenali penyakit (masalah persekolahan).

ii. Mengenal pasti ubatnya (penyelesaian masalah).

iii. Mengetahui tempoh memerlukan rawatan (jangka masa masalah dapat ditangani).

iv. Mempunyai etika yang tinggi.

v. Memahami teori-teori yang berkaitan dengan kerjanya.

vi. Berilmu.

vii. Berkemahiran dalam bidang tugasnya.

viii. Bersikap positif dan yakin.

4

Page 5: peranan gb

Bagi menghadapi cabaran-cabaran dan harapan pada masa depan, di mana dunia pendidikan

akan terus berubah sesuai dengan kemajuan zaman dan dunia tanpa sempadan, ‘langit

terbuka’, penggunaan komputer dan teknologi maklumat di sekolah, ditambah pula dengan

seribu satu macam kerenah pentadbiran, guru dan masalah pelajar, maka Guru Besar yang

berkesan pada masa depan hendaklah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

i. Mempunyai kualiti kepimpinan.

ii. Mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan,

pendidikan, budaya dan simbolik.

iii. Berwawasan, kreatif dan inovatif.

iv. Mempunyai kemahiran komunikasi dan motivasi.

v. Mempunyai kemahiran membuat keputusan dan penyelesaian masalah.

vi. Mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosi

vii. Beriman dan bermoral.

i. Kepimpinan Yang Berkualiti

Guru Besar yang berkesan perlu mempunyai kepimpinan yang berkualiti. Menurut Azmi

Zakaria (1996), pengetua yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri kualiti kepimpinan

seperti berikut:

i. Kemahuan yang tinggi untuk memimpin dan tabah bertindak menghadapi

cabaran.

ii. Pintar dan berinisiatif tinggi.

iii. Berwawasan dan mempunyai matlamat yang jelas mengenai organisasi dan

pengajaran.

iv. Bekerja keras dan menjadi contoh yang baik kepada staf yang lain.

v. Memberi peluang kepada guru menonjolkan kepimpinan mereka.

vi. Mengetahui batasan kepimpinan formal dan tidak formal seperti kemahiran

interpersonal, ramah dan baik hati.

vii. Proaktif dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas.

Oleh itu, pengetua yang berkesan pada masa depan boleh menghadapi cabaran dan

masalah-masalah sekolah secara profesional dan berkesan. Mengikut Edmonds (1979),

kepimpinan pengetua yang berkesan membolehkan "principals can make difference".

Manakala Mortimore (1995), mengatakan salah satu faktor sekolah berkesan ialah

pengetua yang mempunyai kepemimpinan profesional (professional leadership) iaitu

5

Page 6: peranan gb

pengetua yang mempunyai sikap yang tegas dan bermatlamat. Ia juga mengamalkan

pendekatan bersama dan permuafakatan rumah-sekolah seperti dalam soal-soal

pembelajaran pelajar dan membuat keputusan. Kepemimpinan profesional juga

menekankan keunggulan pengetua itu sendiri sebagai pemimpin untuk menangani

pelbagai masalah di sekolah.

ii. Berkemahiran dan Berketrampilan (Competent Leader)

Guru Besar yang berkesan perlu mempunyai pelbagai kemahiran dan ketrampilan

supaya dapat menjalankan tugas sebagai pemimpin sekolah yang berkesan.

Ketrampilan ini boleh membantu Guru Besar menangani cabaran-cabaran dan harapan-

harapan yang diminta oleh majikan, ibu bapa dan pelajar yang terdapat di sekolah.

Mengikut Sergiovani (1995: 85), seseorang Guru Besar yang berkesan perlu

mempunyai lima kemahiran iaitu:

i. Kemahiran teknikal.

ii. Kemahiran manusia.

iii. Kemahiran pendidikan.

iv. Kemahiran simbolik.

v. Kemahiran budaya.

Kemahiran teknikal bermaksud Guru Besar boleh memainkan peranan sebagai jurutera

pengurusan (management engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ia perlu cekap dan mahir

dalam memanipulasi strategi dan keadaan untuk menjamin keberkesanan yang

maksimum dan optimum dalam menyelesaikan masalah seperti pengajaran-

pembelajaran, disiplin pelajar, kekurangan komitmen guru dan sebagainya. Kemahiran

ini termasuklah kemahiran merancang (planning), pengelolaan (organizing), penjadualan

(schedule dan penyelarasan (coordinating), tentang takwim, masa, dan organisasi

sekolah.

Kemahiran manusia bermaksud Guru Besar berkesan berperanan sebagai jurutera

manusia (human engineer) (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna Guru Besar perlu

mempunyai kemahiran kemanusiaan yang tinggi, mahir dan cekap dalam aspek

perhubungan manusia seperti perhubungan individu dan mampu memotivasikan

stafnya. Salah satu masalah yang dihadapi di sekolah pada masa kini ialah kurangnya

wujud hubungan baik dan mesra antara Guru Besar dengan guru, guru dengan guru,

dan guru dengan pelajar. Selain itu, wujudnya masalah seperti kurang komitmen,

6

Page 7: peranan gb

ketidakhadiran bertugas dan perasaan ‘burn out’ di kalangan guru-guru juga

menggambarkan Guru Besar kurang berjaya dalam memotivasi guru-gurunya. Bagi

menangani masalah ini, pengetua perlu mempunyai kemahiran motivasi untuk membina

dan mengekalkan moral yang tinggi di kalangan staf dengan memberi penghargaan,

sokongan, menggalakkan serta melibatkan stafnya dalam membuat keputusan.

Kemahiran pendidikan bermaksud, seseorang Guru Besar adalah menjadi pemimpin

atau pengamal klinik "Clinical Practitioner’ (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna

seseorang Guru Besar yang berkesan mesti pakar dalam pendidikan. Ia bertindak

sebagai pakar rujuk dalam kurikulum, pengajaran-pembelajaran, penggunaan alat bantu

mengajar, diagnosis keperluan, penilaian dan membuat pencerapan pengajaran guru

dalam kelas. Kemahiran ini penting bagi menangani masalah berkaitan dengan

pengajaran-pembelajaran guru dan pelajar dan pengetua sepatutnya bertindak sebagai

‘super teacher’ kepada guru dan pelajarnya.

Kemahiran simbolik bermaksud Guru Besar sebagai ketua atau ‘chief’ (Sergiovani,

1995: 93), di mana pengetua yang berkesan akan berada di sekolah sepanjang masa,

membuat ‘rondaan’ di kawasan sekolah, melawat bilik darjah, mengenali dan

mengetahui masalah pelajar, mewujudkan perpaduan bagi mencapai visi dan misi

sekolah, mengetuai upacara rasmi di sekolah. Melalui kemahiran ini, Guru Besar dapat

menangani masalah yang berlaku di sekolah seperti masalah dalam bilik darjah,

masalah disiplin pelajar dan kelakuan yang tidak sihat.

Kemahiran budaya bermaksud, seseorang Guru Besar adalah memainkan peranan

sebagai ‘high priest’ (Sergiovani, 1995: 93). Ini bermakna Guru Besar perlu mencari,

mentafsir dan memperkukuhkan nilai, kepercayaan dan unsur budaya yang dapat

menjadi sekolah berkesan. Peranan Guru Besar termasuklah mewujudkan visi dan misi

sekolah, mewujudkan simbol-simbol sekolah, mewujudkan sosiolisasi di antara guru

dengan pelajar, dan mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada

guru dan pelajar yang telah mencapai kejayaan. Melalui kemahiran ini Guru Besar dapat

mewujudkan budaya sekolah atau sekolah berwatak yang perlu diikuti oleh guru-guru

dan pelajar-pelajar bagi menangani masalah disiplin pelajar.

7

Page 8: peranan gb

iii. Berwawasan, Kreatif dan Inovatif

Seorang Guru Besar yang berkesan mestilah mempunyai wawasan dan sanggup

mengambil risiko terhadap tindakannya. Salah satu sebab sekolah kurang berkesan dan

timbulnya pelbagai masalah di kalangan guru dan pelajarnya ialah kerana Guru Besar

tidak mempunyai wawasan. Jika adapun, wawasan itu tidak disampai dan dijelaskan

kepada guru dan pelajarnya. Mengikut Hussein (1993: 163), wawasan dikatakan

sebagai gambaran mental masa depan yang hendak dicapai. Ia meliputi rasional,

matlamat, arah hala dan keutamaan yang mendorong dan memberi tenaga kepada guru

dan pelajar untuk mendapat hasilan yang dicita-citakan. Untuk membolehkan seseorang

Guru Besar itu merealisasikan wawasannya, ia perlu sentiasa dinamik, kreatif dan

inovatif serta inginkan perubahan. Guru Besar yang berkesan juga perlu menjelaskan

kepada guru dan staf lain serta pelajar, ibu bapa dan masyarakat sekitar tentang

matlamat dan wawasan sekolahnya. Dengan cara ini, masalah kurangnya hubungan,

sokongan dan komitmen daripada guru, pelajar dan masyarakat terhadap sekolah dapat

ditangani dengan mudah dan berkesan.

iv. Kemahiran Berkomunikasi dan Bermotivasi

Guru Besar yang berkesan harus mempunyai kemahiran berkomunikasi dan motivasi.

Berlakunya beberapa masalah di kalangan guru dan pelajar, sekolah dengan agensi luar

seperti masyarakat kerana komunikasi tidak jelas dan pendekatan yang digunakan oleh

pengetua kurang sesuai. Oleh itu, Guru Besar perlu memahami, proses, pola dan

saluran komunikasi yang betul supaya maklumat dapat disampaikan dan diterima oleh

guru, pelajar dan ibu bapa. Mengikut A.L. Ramaiah (1999: 115), seseorang pengetua

yang mahir dalam proses komunikasi adalah Guru Besar yang sedar serta peka

terhadap pelbagai halangan kepada komunikasi, sentiasa bertindak mendengar secara

aktif, dan sebagai pemberi maklum balas yang mahir. Guru Besar yang mempunyai

kemahiran komunikasi yang baik akan dapat menangani pelbagai masalah

ketidakjelasan matlamat, kurangnya komitmen dari guru dan masalah disiplin di

kalangan pelajar. Selain itu, masalah jurang komunikasi antara Guru Besar dengan

pelajar dan masyarakat dapat dikurangkan.

Selain kemahiran berkomunikasi, Guru Besar yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri

sebagai seorang’motivator’ dan kaunselor di sekolah. Motivasi boleh didefinisikan

sebagai penggerak atau pendorong untuk sesuatu tingkah laku supaya menjadi 8

Page 9: peranan gb

bertenaga dan bertujuan (Zaidatul Akmaliah, 1999: 108). Kemahiran motivasi penting

bagi membolehkan Guru Besar berhadapan dengan pelbagai masalah guru dan pelajar

di sekolah. Biasanya masalah yang dihadapi oleh Guru Besar di sekolah ialah

bagaimana untuk mempengaruhi dan memotivasi pekerja supaya bekerjasama dalam

usaha mencapai visi sekolah, iaitu untuk menjadi sekolah berkesan.

v. Kemahiran Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah

Kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah adalah satu lagi ciri yang

perlu dimiliki oleh Guru Besar yang berkesan dalam menangani pelbagai masalah di

sekolah. Sebarang masalah yang dihadapi sama ada yang melibatkan guru, pelajar,

masyarakat dan pihak berkuasa pendidikan memerlukan penyelesaian masalah yang

cepat dan betul. Mengikut Lunenburg (1995: 116), proses membuat keputusan di

sekolah melibatkan enam peringkat iaitu:

i. Mengenal pasti masalah.

i. Mengenal pasti alternatif.

ii. Menilai alternatif.

iii. Memilih alternatif yang sesuai.

iv. Melaksanakan keputusan.

v. Menilai keberkesanan keputusan yang telah dibuat.

Mengikut Lunenburg (1995) lagi, Guru Besar perlu melibatkan guru dan pelajar dalam

membuat keputusan bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah, manakala Hussein

Mahmood (1993: 1124) penglibatan para guru dalam membuat keputusan mempunyai

kaitan yang signifikan dengan rasa puas hati bekerja, tanggapan positif di kalangan guru

terhadap kepimpinan Guru Besar dan pencapaian akademik yang tinggi.

vi. Kecergasan Fizikal dan Kestabilan Emosi

Guru Besar yang berkesan juga perlu mempunyai personaliti yang sesuai iaitu dari segi

fizikal dan emosi. Dari segi fizikal ia perlu mempunyai tubuh badan yang sihat, tidak

cacat dan cergas. Guru Besar yang tidak mempunyai tahap kesihatan yang baik didapati

sukar menjalankan tugasnya dengan berkesan. Guru Besar juga perlu mempunyai

tahap kecerdasan (IQ) yang tinggi dan kecerdasan emosi yang seimbang (EQ Test).

Kenyataan ini disokong oleh Keith Davis (1972) yang mengatakan pemimpin (pengetua)

hendaklah mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi daripada kecerdasan standard

9

Page 10: peranan gb

kakitangannya. Ciri ini penting bagi membolehkan Guru Besar menangani masalah yang

dihadapi secara rasional. Mengikut Keith Davis lagi, pemimpin (Guru Besar) juga perlu

mempunyai kematangan sosial iaitu matang dan stabil dari segi emosi serta mempunyai

konsep kendiri yang boleh diteladani dan disanjung. Kajian yang dijalankan untuk

melihat stres dan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru di negara ini mendapati

bahawa pengetua adalah antara golongan yang mengalami stres pekerjaan berbanding

dengan profesion lain. Kecergasan fizikal yang terganggu dan ketidakstabilan emosi

akan mempengaruhi sikap dan tingkah laku pengetua terhadap tugas dan gaya

kepimpinannya. Guru Besar yang terlalu emosional didapati lebih mudah mengalami

stres dan sukar diajak berunding. Mereka lebih cenderung mengamalkan gaya

kepimpinan autokratik. Manakala Guru Besar yang stabil emosinya lebih mudah diajak

berunding dan cenderung mengamalkan gaya kepimpinan demokratik.

vii. Beriman dan Bermoral

Ciri-ciri Guru Besar yang berkesan tidak akan lengkap jika tidak mengambil kira dari

sudut keagamaan. Dari perspektif Islam, keunggulan seseorang pemimpin atau

pengetua seharusnya melibatkan ketinggian komitmen, moral dan akhlak. Ketinggian

moral dan akhlak sewajarnya dijadikan budaya sekolah di samping mensepadukan

kurikulum dan agama. Sebagai pemimpin sekolah, Guru Besar perlu mempunyai rasa

bertanggungjawab dan amanah terhadap tugas yang diberikan kepada mereka. Selain

daripada mempunyai kemahiran seperti yang telah dihuraikan sebelum ini, Guru Besar

juga perlu mempunyai "character" atau keperibadian dan akhlak yang baik sehinga

boleh dijadikan "uswatun hasanah" (model terbaik).

Perkara ini juga selaras dengan Steven Covey (1990) yang mengatakan pemimpin

bermoral ialah pemimpin yang lebih menenangkan hati mereka secara perbincangan

moral dan rasional. Ia perlu mengamalkan konsep syura iaitu setiap Guru Besar perlu

menerima pandangan orang lain atau kakitangannya dengan berlapang dada dan

berhati terbuka dalam membuat keputusan. Oleh itu, sebagai Guru Besar sebarang

tindakan yang diambil untuk menangani masalah haruslah berdasarkan kepada nilai-

nilai kejujuran, keikhlasan, keadilan dan amanah terhadap tugas dan tanggungjawab.

Dengan mempunyai ciri-ciri ini, Guru Besar akan dapat menangani masalah di sekolah

dalam situasi menang-menang (win-win).

10

Page 11: peranan gb

Nyatalah bahawa peranan Guru Besar yang hanya menjalankan pentadbiran sekolah kini tidak

lagi dianggap sesuai bagi mencapai matlamat pendidikan seperti yang diharapkan, lebih-lebih

lagi dalam konteks Wawasan 2020, yang menuntut pelbagai perubahan dalam sektor

pendidikan. Guru Besar telah dikenalpasti sebagai orang yang amat penting di sekolah dan

sebagai pembolehubah utama bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi

pendidikan di sekolah. Jelaslah Guru Besar perlu mempunyai kompetensi tertentu bagi

menangani inovasi tersebut.

.

KESIMPULAN

Dalam menangani permasalahan yang semakin kompleks di sekolah-sekolah pada abad ke 21

ini, Guru Besar seharusnya mempunyai ciri-ciri seperti: mempunyai kualiti kepimpinan,

mempunyai kemahiran dan berketrampilan dalam bidang teknikal, kemanusiaan, pendidikan,

budaya dan simbolik, berkemahiran dalam komunikasi, motivasi, membuat keputusan dan

penyelesaian masalah. Selain itu, ia mesti mempunyai kecergasan fizikal dan kestabilan emosi,

beriman dan bermoral.

Melalui perbincangan di atas jelas menunjukkan kepada kita bahawa tugas pengetua adalah

sangat penting. Justeru itu untuk menjalankan tugas yang amat berat ini semestinyalah seorang

pengetua itu mempunyai kesedaran yang tinggi serta kesediaan yang cukup untuk memikul

tanggungjawab yang sangat besar ini. Oleh kerana itu untuk memastikan kelancaran tugas ini

Islam telah menunjukkan satu contoh yang amat agung kepada manusia dalam melaksanakan

tugas mereka sebagai seorang khalifah di muka bumi ini.

11

Page 12: peranan gb

BIBLIOGRAFI

Anderson, J & Coralyn S. (1987). Instructional Leadership Behaviours In High School Principals, Assistant Principal And Deparmant Chairpersons, The High School Journal, 70 (2): 115 - 123.

Edmond, R. (1979). Effective Schools for the Urban Poor dalam Educational Leadership, 37 (1),

hlm. 15 – 27.

Findley, B. & Findley, D. (1992). Effective Schools: The Role of the Principal Contemporary Education, 63(2): 102-104.

Flath, B. & Findley, D. (1992). The Principal as Instructional Leader. ATA Magazines, 69(3): 19-22, 47-49.

Hussein Mahmood (1997). Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Sin (2001). Pengaruh Kepemimpinan Pengajaran, Kepemimpinan Transformasi dan Gantian Kepada Kepemimpinan Ke Atas Komitmen Terhadap Organisasi, Efikasi dan Kepuasan Kerja Guru. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mortimore, P. (1993). School Effectiveness and the Management of Effective Learning and Teaching. School Effectiveness and School Improvement, 4: 290–310.

Sergiovani, T.J. (1995). "The Principalship: A Reflective Practice Perspective". Boston: Allyn

and Bacon.

Zaidatul Akmaliah (1999). Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur:Fajar Bakti.

12