peranan daeng parani bersaudara

9
PERANAN DAENG PARANI BERSAUDARA • Satu daripada keluarga Bugis yang terlibat dalam pemindahan ini ialah keluarga Daeng Rilaka dan 5 anak lelakinya. • Anak - anak lelakinya ialah Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Chelak dan Daeng Kamasi. •Daeng Rilaka, seorang putera raja, dan anak- anaknya meninggalkan Makasar selepas satu pertelingkahan di istana. •Keturunan Daeng Menambun menjadi pemerintah di Pontianak, Matan dan Berau di Borneo. •Daeng Kamasi berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Sambas.

Upload: huda-hairi

Post on 30-Jul-2015

84 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Daeng Parani Bersaudara

PERANAN DAENG PARANI BERSAUDARA

• Satu daripada keluarga Bugis yang terlibat dalam pemindahan ini ialah keluarga Daeng Rilaka dan 5 anak lelakinya.• Anak - anak lelakinya ialah Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Menambun, Daeng Chelak dan Daeng Kamasi.•Daeng Rilaka, seorang putera raja, dan anak-anaknya meninggalkan Makasar selepas satu pertelingkahan di istana.•Keturunan Daeng Menambun menjadi pemerintah di Pontianak, Matan dan Berau di Borneo.•Daeng Kamasi berkahwin dengan saudara perempuan Sultan Sambas.

Page 2: Peranan Daeng Parani Bersaudara

Jasa-jasanya

• Daeng Parani dan 2 saudaranya berjaya merampas kuasa politik di Johor.

• Pada tahun 1712 pemberontakaan berlaku di Johor. Raja kecil dari Siak ingin merampas takhta dan telah membuat komplot dengan Daeng Parani. Tetapi Raja Kecil berjaya menawan Johor tanpa bantuan Bugis.

• Pihak Bugis dipimpin oleh Daeng Parani merasa kecewa atas perbuatan Raja Kecil.

• Dia berkomplot dengan keluarga Bendahara untuk menghalau Raja kecil dari Johor.

Page 3: Peranan Daeng Parani Bersaudara

Sambungan……

• Daeng Parani menggunakan kesempatan untuk menghalau Raja Kecil apabila tercetusnya perselisihan di antara Raja Kecil dan Bendahara mengenai adat perkahwinan.

• Raja Kecil telah mengecewakan Tengku Tengah anak perempuan tuan Bendahara dan mengahwini adiknya Kamariah.Dengan ini Raja Kecil telah melanggar adat melayu.

• Oleh itu Bendahara Abdul Jalil dan anaknya Tengku Tengah telah menghasut Daeng Parani menyerang Johor.

• Pada tahun 1720 Daeng Parani menyerang Johor tetapi gagal mengusir Raja Kecil.

Page 4: Peranan Daeng Parani Bersaudara

Sambungan…

• Pada tahun 1722 Daeng Parani sekali lagi membuat serangan yang lebih berkesan dan dapat merampas kuasa dari Raja Kecil.

• Dengan ini bermulalah pengaruh Bugis di Johor. Raja Sulaiman,anakanda Bendahara Abdul Jalil,dilantik sebagai raja boneka yang daif dengan gelaran Sultan Sulaiman Badr Al-Alam Shah(1722-60).

• Kuasa Johor jatuh ke tangan Bugis dengan perlantikan Daeng Merewah sebagai Yamtuan Muda.

• Daeng Parani mengahwini Tengku Tengah.• Kesimpulannya, Daeng Parani yang membantu Bugis menetap

di Johor.

Page 5: Peranan Daeng Parani Bersaudara

KEJATUHAN KUASA BUGIS DI JOHOR

• Daeng Kemboja dibantu oleh Raja Haji,putera Daeng Chelak. Menjelang tahun 1760, kuasa Bugis dipulihkan oleh Raja Haji. Dia meluaskan semula kuasa Bugis di Jambi dan Indragiri di Sumatera,Perak dan Kedah.

• Tahun 1777 Raja Haji menjadi Yamtuan Muda Johor. Dia berazam menghapuskan pengaruh perdagangan Belanda di Johor.

• Pada tahun 1782 Raja Haji bersengketa dengan Belanda atas harta rampasan dari sebuah kapal Inggeris yang ditawan oleh Belanda di kawasan Riau.

Page 6: Peranan Daeng Parani Bersaudara

Sambungan…

• Keengganan Belanda untuk memberi sebahagian daripada harta rampasan itu menyebabkan peperangan di antara Bugis dan Belanda.

• Dalam bulan Januari 1784 Raja Haji mengepung dan menyerang Melaka. Satu pertempuran yang hebat berlaku dalam mana Raja Haji telah terbunuh. Orang-orang Bugis dihalau ke Riau.

• Pada bulan Oktober 1784 orang-orang Bugis diusir keluar dari Riau.

Page 7: Peranan Daeng Parani Bersaudara

SALASILAH KETURUNAN RAJA-RAJA DI JOHOR

RAJA-RAJA EMPAYAR JOHOR, 1511-1699:KETURUNAN DIRAJA MELAKASultan Mahmud Shah(1511-28)Sultan Muzzafar Shah(Sultan Perak Pertama) Sultan Alauddin Riayat Shah(1528-64)

Sultan Muzzafar Shah(1564-70) Sultan Jalla Abdul Riayat Shah(1570-97) Sultan Alauddin (1597-1612) Sultan Abdullah Maayat Shah (1623-77) Sultan Abdul Jalil Shah (1623-77)

Sultan Ibrahim (91677-85) Sultan Mahmud (1677-99)

Page 8: Peranan Daeng Parani Bersaudara

• RAJA EMPAYAR JOHOR (1699-1855):KETURUNAN KELUARGA BENDAHARA.Bendahara Abdul Jalil(Sultan Abdul Jalil Shah IV)

(1699-1717)

Sultan Sulaiman Badr Al-Alam Shah(1722-1760)

Sultan Abdul Jalil Muazzam V(1760-1761)

Sultan Mahmud(1761-1813)

Sultan Hussein(Tengku Long) Sultan Abdul Rahman(berada di Riau)(1819-1824) (1813-1841) Sultan Mahmud( diturunkan dari takhta oleh Belanda)

(1841-1857)Sultan Ali(1835-1877)Keturunan keluarga Bendahar berakhir dengan kemangkatan baginda kerana Temenggung dijadikan

pemerintah Johor yang sah oleh British

Page 9: Peranan Daeng Parani Bersaudara

KETURUNAN BUGIS 5 BERSAUDARA

Daeng Rilaka

Daeng Parani Daeng Merewah Daeng Chelak Daeng Merimbun Daeng Kemasi (YTM Johor Pertama) (YTM ke-2)

1722-28 1728-45

Daeng Kemboja(YTM ke-3 Johor 1745-77) Raja Lumu Raja Haji (Sultan Salahuddin) (YTM Johor ke-4 1777-84)Raja Ali Sultan Selangor Pertama(YTM ke-5 1784-1805) Raja Jaffar

(YTM ke-6)