peranan bandar

5
Bandar, apakah yang di maksudkan dengan bandar?. Menurut kamus dewan edisi ketiga, muka surat 99 menyatakan bahawa bandar bermaksud tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan serta perniagaan dijalankan. Manakala maksud desa pada kamus dewan ialah kampung. Perancangan bandar merupakan salah satu dasar kerajaan dalam usaha membangun dan memajukan Negara. Perancangan yang teliti membolehkan kerajaan mengusahakan pelbagai projek selaras dengan kepentingan masyarakat. Satu tumpuan yang cukup nyata daripada langkah yang dilaksanakan ini ialah terhadap kebangkitan serta pengukuhan ekonomi. Hal ini amat penting kerana dengan kedudukan ekonomi yang kukuh dan mantap, perlaksanaan setiap projek kerajaan dapat berjalan dengan lancar selari dengan arus pembangunan negara, “Negara membangun rakyat sejahtera”. Pihak yang bertanggungjawab membangunkan bandar raya Terengganu ialah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (JPBDTR). Jabatan ini ditubuhkan pada Januari 1963. pada ketika itu bilangan kakitangan seramai enam orang dan diketuai oleh Pengarah Encik Ishak bin Ariffin. Sekarang diketuai oleh, Hajjah Khatijah binti A.O. Mohammad Shafie. Visi dan misi jabatan ini ialah Pewujudan Persekitaran yang Berkualiti dan Sejahtera di Negeri – Negeri Melalui Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa yang Cemerlang , Gemilang dan Terbilang serta Menjadikan Jabatan Sebagai Pusat Kecermelangan Dalam Perhidmatan Perancangan Bandar dan desa. Fungsi jabatan ini ialah sebagai Pentadbiran iaitu Merancang dan Mentadbir Pengurusan Pentadbiran Jabatan Keseluruhan. Sebagai Kawalan Perancangan dan Pengurusan Maklumat, Perancangan Koporat dan Lembaga Rayuan, dan Perancangan Pembangunan dan Projek Khas.

Upload: angahacik

Post on 07-Jun-2015

1.926 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peranan Bandar

Bandar, apakah yang di maksudkan dengan bandar?. Menurut kamus dewan edisi ketiga, muka surat 99 menyatakan bahawa bandar bermaksud tempat atau pusat yang ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan serta perniagaan dijalankan. Manakala maksud desa pada kamus dewan ialah kampung. Perancangan bandar merupakan salah satu dasar kerajaan dalam usaha membangun dan memajukan Negara. Perancangan yang teliti membolehkan kerajaan mengusahakan pelbagai projek selaras dengan kepentingan masyarakat.

Satu tumpuan yang cukup nyata daripada langkah yang dilaksanakan ini ialah terhadap kebangkitan serta pengukuhan ekonomi. Hal ini amat penting kerana dengan kedudukan ekonomi yang kukuh dan mantap, perlaksanaan setiap projek kerajaan dapat berjalan dengan lancar selari dengan arus pembangunan negara, “Negara membangun rakyat sejahtera”.

Pihak yang bertanggungjawab membangunkan bandar raya Terengganu ialah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Terengganu (JPBDTR). Jabatan ini ditubuhkan pada Januari 1963. pada ketika itu bilangan kakitangan seramai enam orang dan diketuai oleh Pengarah Encik Ishak bin Ariffin. Sekarang diketuai oleh, Hajjah Khatijah binti A.O. Mohammad Shafie.

Visi dan misi jabatan ini ialah Pewujudan Persekitaran yang Berkualiti dan Sejahtera di Negeri – Negeri Melalui Perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa yang Cemerlang , Gemilang dan Terbilang serta Menjadikan Jabatan Sebagai Pusat Kecermelangan Dalam Perhidmatan Perancangan Bandar dan desa. Fungsi jabatan ini ialah sebagai Pentadbiran iaitu Merancang dan Mentadbir Pengurusan Pentadbiran Jabatan Keseluruhan. Sebagai Kawalan Perancangan dan Pengurusan Maklumat, Perancangan Koporat dan Lembaga Rayuan, dan Perancangan Pembangunan dan Projek Khas.

Laporan Rancangan Struktur Negeri Terengganu 2005-2020, akan membentangkan cadangan-cadangan ke arah pencapaian Negeri Maju menjelang tahun 2020. Di peringkat ini segala penemuan hasil daripada analisis di peringkat Laporan Pemeriksaan yang dijalankan diolah menjadi penyataan-penyataan yang meyokong ke arah mencapai sasaran negeri yang telah di tetapkan.

Rancangan Struktur Negeri Terengganu telah dirumuskan untuk memandu pembangunan negeri di dalam tempoh lima belas tahun akan datang. Laporan ini akan membentangkan teras-teras pembangunan RSN, dasar-dasar pembangunan spatial, perincian

Page 2: Peranan Bandar

strategi serta langkah-langkah pembangunan di peringkat sektoral serta penyataan berkenaan gambarajah utama yang akan memandu pembangunan spatial negeri ke arah mencapai pembangunan yang telah digariskan.

Pada dasarnya, perancangan bandar memang mempunyai perkaitan yang rapat dengan kepentingan – kepentingan ekonomi negara. Menerusi dasar ini, berbagai – bagai kepentingan ekonomi negara dapat diadakan serta dipertingkat. Misalnya sistem pengankutan akan bertambah maju, ini memudahkan lagi usaha kerajaan untuk membangunkan desa yang terpencil. Contahnya di Terengganu, terdapat perkhidmatan bas awam dan teksi disediakan untuk kemudahan penduduk.

Berperanan untuk memudahkan penduduk desa yang ingin ke kota. Selain itu, cas yang dikenakan untuk perkhidmatan bas dan teksi berpatutan. Kerajaan Terengganu juga telah mewujudkan perkhidmatan bas cas ligas dan teksi bermeter. Dengan wujudnya perkhidmatan ini, kadar pencemaran dan kesesakan lalu lintas dapat dikurangkan. Kesannya kadar peratus rakyat Terengganu yang menghidap penyakit asma dapat dikurangkan.

Selain itu, perkhidmatan perhubungan antara satu tempat dengan tempat yang lain akan menjadi lebih senang melalui alat – alat perhubungan elektronik seperti seperti telefon rumah , telefon bimbit , telefon awam , telegram , internet dan sebagainya. Alat perhubungan ini bukan berada di bandar sahaja malahan di kampung. Ia berfungsi sebagai alat perhubungan dari jarak jauh. Kesannya ikatan ukhwah yang terjalin di antara satu sama lain makin utuh dek kerana alat perhubungan.

Selain itu, dengan penggunaan internet tidak menjadikan rakyat Terengganu seperti katak di bawah tempurung. Mereka juga boleh mencari kenalan baru dan dapat berhubung antara satu sama dengan melihat raut wajah melalui skrin komputer. Dengan ini perasaan rindu yang lama terbeku di hati dapat dirawat dengan mudah. Rakyat Terengganu juga kaya dengan sikap ambil tahu antara satu sama lain. Oleh itu, dengan alat perhubungan yang ada rakyat Terengganu bebas untuk bertanya khabar sesama manusia.

Dengan pembinaan pasaraya besar seperti Giant dan Maydin Mall telah menyebabkan kuasa beli pada kalangan penduduk menigkat dan kadar pertumbuhan ekonomi negeri juga telah meningkat sehingga 58 peratus berbanding pada tahun

Page 3: Peranan Bandar

sebelum ini. Kesannya telah menyebabkan banyak peluang pekerjaan disediakan. Selain itu, penduduk yang tinggal di kampung akan berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki untuk menampung keluarga.

Para pekerja juga boleh memperolehi pendapatan yang lumayan sekiranya mereka sanggup bekerja lebih masa. Dengan memperoleh pendapatan lumayan, mereka juga boleh merubah gaya dan penampilan mereka. Selain itu juga, pasaraya ini telah memberi kemudahan kepada penduduk untuk membeli barang keperluan harian. Di pasaraya semua barang keperluan yang diperlukan terdapat disana. Hanya dengan tolak troli dan ambil barang yang diperlukan, mudah bukan?. Oleh itu jadilah pengguna bijak.

Faktor perancangan bandar dan desa telah menyebabkan penigkatan pelancong asing yang tidak putus datang ke Terengganu. Hal ini demikian kewujudan Taman Tamadun Islam(TTI). Di sana terdapat pelbagai replika masjid dari seluruh negara yang tersergam indah di bumi Terengganu. Kedudukannya yang strategik dan layanan yang diberikan ketika berada di sana juga berbaloi telah menarik ribuan pelancong untuk melawat disana.

Selain itu, Muzium Negeri yang terletak di Losong juga telah menarik ramai pelacong. Ia berfungsi sebagai tempat untuk memperkenalkan artifak dan pakaian tradisi masyarakat melayu Terengganu. Terengganu terkenal juga dengan kain songket yang diperbuat daripada benang emas dengan ditenun. Kebanyakan pakaian ini dipakai oleh pengantinn ketika hendak bersanding.

Selain itu juga, Unit Perancangan Bandar dan Desa Terengganu telah menubuhkan persatuan kraf tangan yang terletak di desa Marang di mana golongan berkemahiran membuat bakul menggunakan rotan atau daun mengkuang. Berperanan untuk memberi peluang kepada mereka yang berbakat mengasahkan bakatnya dalam melakukan hasil seni dan kreatif. Hanya Orang yang kreatif dan mempunyai minat yang mendalam sahaja mampu melakukan sedemikian.

Selain dapat menampung pendapatan hidup, mereka juga dapat menikmati kepuasan hidup dalam melakukan perkara yang di minati. Mereka juga pandai membuat tikar mengkuang. Kebanyakan pelancong asing banyak menempah hasil kraf tangan mereka selain menjual di Pasar Kedai Payang. Iaitu berfungsi sebagai tempat menjual kraf tangan kepada pelanggan. Oleh itu

Page 4: Peranan Bandar

dapat menjadikan Negeri Terengganu kaya dengan hasil kraf tangan .

Menerusi penyataan - penyataan tersebut jelaslah bahawa perancangan Bandar dan desa banyak membantu rakyat negeri Terengganu dalam kehidupan seharian. Selain itu juga dapat mengukuhkan ekonomi dan produktiviti negara. Hal ini demikian amat penting kerana dengan kedudukan ekonomi yang kukuh dan mantap, perlaksaan setiap projek kerajaan dapat berjalan lancar selari dengan arus pembangunan Negara.

Perbandingan bukan hanya dengan negeri di Malaysia tetapi negara terbaik dunia untuk melihat Terengganu dalam konteks dunia . Oleh itu, sama – samalah kita sebulat suara seia sekata berganding bahu dalam memperkenalkan Terengganu di mata dunia.