bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar tawau)

10
BANDAR SAYA DAN AGENDA TEMPATAN 21 (BANDAR TAWAU) KURSUS: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN KUZAIFAH HAFAZZILAH BINTI ADOR (A151759)

Upload: kuzaifah-hafazzilah

Post on 07-Jan-2017

211 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)

BANDAR SAYA DAN AGENDA TEMPATAN 21 (BANDAR TAWAU)

KURSUS: PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN

KUZAIFAH HAFAZZILAH BINTI ADOR (A151759)

Page 2: Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)

PENGENALAN LOCAL AGENDA 21APA ITU LOCAL AGENDA 21?

• Secara ringkas Local Agenda 21 ialah satu program untuk masyarakat, sektor swasta & Pihak Berkuasa Tempatan.

• Ketiga elemen utama bekerjasama untuk merancang & menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan.

APA ITU AGENDA 21?

• Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global. Angka "21" menandakan abad ke-21.

• Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan

• Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihakberkuasa Tempatan Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing.

Page 3: Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)

CADANGAN PERLAKSANAAN (ALAM SEKITAR)

BANDAR TAWAU- Masalah sampah sudah sinonim dengan masyarakat di Tawau sehinggakan kita

tidak terkejut lagi jika masalah ini masih tidak selesai lagi. Walaupun pelbagai program telah dirancang.

- Di kawasan bandar pula, masalah ini turut membimbangkan kita. Di belakang premis bangunan seperti di Fajar dan Sabindo contohnya, jika kita melalui jalan-jalan ini kita akan merasa kurang senang dengan bau busuk sampah-sampah ini yang tidak diselenggara dengan baik oleh pihak berwajib.

Page 4: Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)

CADANGAN:PENGGUNAAN KEMBALI DAN KITAR SEMULA • Kitar semula ini mempunyai beberapa kepentingan yang berasaskan kepada tiga alasan iaitu:• Pengitaran semula bahan buangan memulihkan bahan-bahan berguna dan mengurangi

keperluan kita untuk bahan-bahan tulen.• Pemprosesan semula bahan buangan boleh menyebabkan penjimatan tenaga dibandingkan

dengan pengeluaran bahan tulen yang sama.• Pengitaran semula mengurangi kuantiti sampah sarap yang perlu pelupusan akhir yang

mengurangi kerosakan alam sekitar. Penimbusan sampah sarap di landfill boleh mencemarkan air bawah tanah melalui kebocoran cecair sampah sarap dan pencemaran udara melalui gas metana yang terjana oleh penghuraian bukan organik dalam landfill.

Page 5: Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)

CADANGAN:

• PENGKOMPOSAN

- Pengkomposan ialah suatu proses pengubahan bahan organik ke dalam bentuk hasil metabolik yang sederhana dan meninggalkan bahan sisa organik dan sel mikrob yang boleh atau dapat digunakan sebagai bahan penyubur tanah .

- Sistem pengkomposan telah banyak dilakukan di banyak kawasan. Kaedah sistem kompos ini adalah penting kerana sampah organik merupakan komposisi sampah terbesar yang dihasilkan.

- Menurut kajian Devi et el. (1995), jenis sampah yang baik atau yang sesuai untuk dijadikan kompos ialah sampah sarap yang cepat membusuk iaitu sayuran, rumput, sisa makanan dan dedaunan. Kepentingan sistem kompos yang lain ialah dalam menjaga kesihatan masyarakat dari sebarang porses pembakaran dan penimbunan sampah secara haram.

- Untuk mempromosikan sistem kompos, pihak kerajaan seharusnya mempersiapkan pengetahuan umum kepada masyarakat. Juga kempen dilakukan untuk mencari metod kompos yang sesuai dengan kondisi masyarakat.

- Sektor swasta juga dapat dilibatkan dalam kegiatan ini, dengan membuat kerjasama antara pihak kerajaan dan pihak swasta.

Page 6: Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)

CADANGAN:

Incinerator • Incinerator ialah suatu alat yang digunakan untuk membakar sampah atau

sisa samaada sisa yang berpunca daripada kawasan perumahan ataupun sisa atau sampah yang terjana dari aktiviti di hospital.

Page 7: Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)

CADANGAN MEMANTAPKAN EKONOMI:• Pada asasnya Daerah Tawau adalah sebuah Daerah Pertanian dan atas sebab itu ramai orang

memberikan gelaran kepada Daerah Tawau sebagai "Bumi Peladang". Adalah dianggarkan lebih daripada 159, 328 hektar tanah didaerah ini didapati sesuai untuk tujuan pertanian.

• Di samping itu kedudukan Stesen Penyelidikan koko, Bukit Quoin Tawau sebagai stesen terunggul pengeluar biji benih koko bermutu tinggi dan terbaik di Negeri Sabah dan Malaysia amnya menguatkan lagi kenyataan ini. Syarikat peladang gergasi seperti Golden Hope, Taiko Plantation dan Sime Darby masing-masing mempunyai ladang di Daerah Tawau ini.

• Bagi memantapkan lagi ekonomi di daerah Tawau melalui pertanian, cadangan saya adalah memperbanyakkan lagi jenis-jenis tanaman selain daripada pokok kelapa sawit dan koko.

• Selain itu, mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan kepada mengutamakan masyarakat daerah Tawau itu sendiri daripada pekerja-pekerja asing.

• Seterusnya, membantu usahawan memperkenalkan produk-produk tempatan ke luar negeri Sabah dan seterusnya tembus kepasaran antarabangsa.

Page 8: Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)

CADANGAN DARI SEGI SOSIAL:MENERUSKAN AGENDA MASYARAKAT PENYAYANG• Dalam mempertingkatkan pembangunan dan kemajuan ekonomi negara, kualiti hidup golongan kurang

bernasib baik tidak diabaikan. Bagi membela kebajikan golongan orang kurang upaya, warga tua, anak-anak yatim dan fakir, kerajaan menyediakan peruntukan sejumlah RM185 juta. Di samping itu, saya juga mencadangkan supaya orang kurang upaya diberi bantuan berikut:

• * Pengecualian sepenuhnya ke atas kesemua bayaran rawatan perubatan di hospital kerajaan;

• * Pengecualian sepenuhnya ke atas bayaran dokumen perjalanan;

• * Pengecualian duti eksais sebanyak 50 peratus ke atas kereta dan motosikal nasional bagi golongan orang cacat anggota; dan Pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua peralatan direka khas untuk kegunaan orang kurang upaya.

Page 9: Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)

CADANGAN MENAMBAH PERUMAHAN RAKYAT:• Rumah merupakan kemudahan asas yang perlu disediakan kepada semua, sama ada oleh pihak kerajaan ataupun

swasta pada harga yang mampu dibeli oleh sebilangan besar rakyat. Salah satu sebab wujudnya kawasan setinggan di bandar mahupun di pinggir bandar adalah kerana kekurangan rumah yang mampu dibeli oleh masyarakat, terutamanya bagi mereka yang berhijrah untuk merebut peluang pekerjaan. Justeru, saya menyeru kepada majikan di sektor swasta agar turut melaksanakan tanggungjawab sosial dengan menyediakan tempat penginapan untuk pekerja mereka.

• Pemaju perumahan pula, digesa untuk membina rumah yang mempunyai permintaan pasaran, khususnya rumah kos rendah dan sederhana. Pada masa ini, terdapat lebihan hartanah yang ketara. Kerajaan telah membantu meningkatkan penjualan rumah melalui kempen-kempen pemilikan rumah serta memberi banyak insentif. Pemaju mesti lebih serius dan bersungguh-sungguh untuk mengurangkan lebihan ini. Jangan terlalu ghairah mengaut keuntungan beratus ribu, kurangkan harga pasti laku. Bagi kerajaan negeri pula, jangan terlampau mudah meluluskan tukar syarat tanah. Kerajaan tempatan juga jangan sewenang-wenang meluluskan pembinaan ruang pejabat dan kondominium mewah sebelum lebihan hartanah kembali reda.

• Usaha-usaha menyediakan perumahan kos rendah perlu diteruskan.

Page 10: Bandar saya dan agenda tempatan 21 (bandar TAWAU)

KESIMPULAN

• Diharapkan, agar Agenda Tempatan 21 ini Merangsang masyarakat perbandaran yang prihatin, bertanggungjawab dan beretika dalam kehidupan seharian agar persekitaran Tawau sentiasa harmoni, mesra dan kondusif'

• JAWATANKUASA KECIL PELANCONGAN & ALAM SEKITARMenjadikan daerah ini sebagai destinasi pelancongan yang konsisten dan mengekalkan imej dan identiti tersendiri iaitu Tawau bumi Peladang dan syurga makanan laut, keunikan sosio budaya, kekayaan alam semulajadi• JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN SEKTOR INFORMALMeningkatkan keupayaan dan kebolehan usahawan bumiputera Tawau dalam perniagaan dan pemilikan harta komersial khususnya premis perniagaan di pusat bandar."