tugasan 7 rekabentuk bandar kajang : memperbaharui bandar (a156779)

14
PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN (LMCP 1532) NUR ADILA SUFIA BINTI AJEMAN (A156779) TUGASAN : REKABENTUK BANDAR

Upload: nur-adila-sufia-binti-ajeman

Post on 14-Apr-2017

186 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN (LMCP 1532)

NUR ADILA SUFIA BINTI AJEMAN(A156779)

TUGASAN : REKABENTUK BANDAR

Page 2: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

SOALAN Cadangan Memperbaharui Bandar :

Kajang telah menjelma dari sebuah bandar kecil menjadi bandar besar dengan membina bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putra serta melebarkan pusat bandarnya sehingga ke Sungai Chua. Akan tetapi pusat bandar yang asal tidak banyak berubah dan sebahagian besar penduduknya bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan luaran.

Anda diminta mencadangkan satu perubahan besar untuk pusat bandar Kajang supaya Kajang boleh berdiri sendiri.

Gunakan lukisan dan gambar-gambar yang sesuai.

Page 3: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

PENGENALAN Kajang mula didiami pada tahun 1709. Ia

merupakan kawasan kediaman orang asli dari keturunan suku temuan. Pada masa itu orang asli diperintah oleh seorang ketua yang berpusat di Klang yang bernama Batin Seri Alam. Kuasa Batin Seri Alam tertunduk pada kuasa Sultan.

Nama Kajang diberi bersempena dengan peristiwa rombongan Batin Berchanggi Besi yang pulang dari mengadap pemerintah di Johor atas urusan menjodohkan anakandanya Puteri Mayang Selida.

Page 4: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

ISU DAN PERMASALAHAN BANDAR KAJANG

Kelemahan sistem perparitan, penyelenggaraan longkang dan kutipan sampah tidak konsisten didakwa antara punca yang menyebabkan masalah banjir kerap berlaku.

Page 5: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

Kesesakan lalu lintas dan ketidakcukupan tempat parking adalah masalah utama bagi Bandar Kajang.

Page 6: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

Masalah Sampah Sarap Di Bandar Kajang.

Page 7: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

CADANGAN : MENGATASI PERMASALAHAN BAGI MENGURANGKAN PERMASALAHAN BANJIR

DAN PERPARITAN. Mempertingkat Sistem Saliran Dan Perparitan

Meningkatkan kualiti dan membaikpulih sistem saliran dan perparitan yang melibatkan sungai- sungai utama, parit- parit utama dan longkang yang sedia ada.

Contohnya : Setiap sungai perlu dijaga supaya keupayaan sungai ini mengambil dan menampung air dapat ditingkatkan mengikut tahap pembangunan semasa.

Page 8: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

Penswastaan Projek Penyelenggaraan Sistem Saliran Dan Perparitan.

Penyelenggaraan secara berjadual mestilah dilaksanakan terutama sekali di kawasan- kawasan mudah banjir.

Mengawal Pembangunan Yang Pesat.

Mengawal kadar pembangunan terutama sekali di kawasan- kawasan hulu sungai yang merangkumi juga kawasan tadahan air

Page 9: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

BAGI MENGURANGKAN PERMASALAHAN KESESAKAN LALULINTAS DAN PARKING.

Pembangunan Berorientasikan Transit Galakan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan

jumlah kenderaan persendirian di jalan raya semasa waktu puncak.

Kemudahan pengangkutan awam Mewujudkan laluan khas untuk bas/teksi di jalan raya

membolehkan kenderaan awam membawa orang ramai daripada titik A ke titik B dengan lebih cepat.

Page 10: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

BAGI MENGURANGKAN PERMASALAHAN SAMPAH SARAP.

Meminimumkan Penghasilan Sampah Sarap.

Melalui Kempen"3R"(Reduce, Reuse and Recycle) Meminimumkan iaitu Kurangkan, Gunakan Semula, dan

Kitar Semula merupakan pengurusan sampah sarap dari segi sisa.

Page 11: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

CADANGAN : UNTUK PERUBAHAN BESAR BANDAR KAJANG

Kerajaan perlu peka dan memberi perhatian terhadap pembangunan Bandar Kajang yang mampu untuk membangun pesat seiring dengan Bandar Baru Bangi :-

Menambah nilai tempat-tempat menarik di Kajang bagi menarik minat pelancong sekaligus meningkatkan nama baik bandar Kajang.

Menyelenggara jalan raya supaya keadaan tersusun dan rapi dengan kemudahan lampu jalan yang lengkap.

Page 12: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

CADANGAN : PERUBAHAN BESAR

Menyediakan lebih banyak kemudahan yang seiring dengan keadaan ekonomi masa sekarang.

Mengurangkan pengambilan kadar pekerja asing di kawasan Kajang yang boleh menjejaskan rakyat tempatan untuk bekerja di kawasan Kajang.

Meningkatkan taraf penjagaan kebersihan di persekitaran Kajang.

Page 13: Tugasan 7  Rekabentuk Bandar Kajang : Memperbaharui Bandar  (A156779)

GAMBAR HIASAN BANDAR KAJANG