penyertan profesional

4
A04 PERNYATAAN PROFESIONAL Internship ialah peringkat transisi professional yang ketiga dalam amalan professional. Internship bertujuan untuk mengaitkan pengalaman professional pelajar dengan tugas guru permulaan. Sebagai pelajar saya dikehendaki merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya di sekolah. Saya juga perlu menunjukkan daya kepimpinan dalam pengurusan aktiviti sekolah. Internship juga memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan keyakinan, ketahanan, jati diri dan memupuk nilai profesionalisme keguruan kearah melahirkan guru yang berkesan. Namun begitu sebagai guru yang telah mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan, program internship ini adalah satu proses pembugaran dan penambahbaikan. Sebelum program internship dijalankan, saya telah menetapkan fokus utama iaitu dengan memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif internship. Fokus utama dalam internship adalah melaksanakan satu projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang

Upload: norhafizah-renlei

Post on 28-Sep-2015

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penyertaan Profesiona

TRANSCRIPT

A04PERNYATAAN PROFESIONAL

Internship ialah peringkat transisi professional yang ketiga dalam amalan professional. Internship bertujuan untuk mengaitkan pengalaman professional pelajar dengan tugas guru permulaan. Sebagai pelajar saya dikehendaki merancang, melaksanakan dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya di sekolah. Saya juga perlu menunjukkan daya kepimpinan dalam pengurusan aktiviti sekolah. Internship juga memberi peluang kepada saya untuk meningkatkan keyakinan, ketahanan, jati diri dan memupuk nilai profesionalisme keguruan kearah melahirkan guru yang berkesan.

Namun begitu sebagai guru yang telah mempunyai pengalaman dalam bidang pendidikan, program internship ini adalah satu proses pembugaran dan penambahbaikan. Sebelum program internship dijalankan, saya telah menetapkan fokus utama iaitu dengan memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif internship. Fokus utama dalam internship adalah melaksanakan satu projek inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan permasalahan dalam bidang Matematik. Tujuannya adalah untuk meningkatkan penguasaan pendaraban dalam menyelesaikan operasi darab sifir 6 hingga 9 bagi murid Tahun 5A dengan berbantukan PIZZA-PIZA di samping memperbaiki amalan PdP guru.

Di peringkat awal saya telah membuat tinjauan masalah yang dikaji. Saya juga akan membuat perancangan dengan mengenal pasti cara mudah dalam membantu murid lemah dalam penguasaan sifir darab 6 hingga 9 dan berinovasi menggunakan teknik PIZZA-PIZA. Saya juga bercadang untuk menggunakan instrument soal selidik, pemerhatian berstruktur dan ujian pra dan pasca bagi menilai keberkesanan teknik tersebut.

Semasa projek internship dijalankan, saya berharap dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran seperti yang dirancang. Pemerhatian terhadap kesan pelaksanaan PIZZA-PIZA dikumpulkan. Saya juga akan mula mengumpulkan data dalam bentuk rakaman video berdurasi 20-30 minit, deskrepsi inovasi dari segi kandungan, strategi dan langkah-langkah melaksanakannya. Semua data sama ada dalam bentuk gambar, jadual dan rajah juga akan direkodkan dan dikemukakan dalam pelaporan.

Selepas projek internship dijalankan saya akan menganalisis data berdasarkan maklumat yang diperolehi semasa program internship dijalankan. Maklumat ujian bertulis yang dikumpulkan dianalisis pencapaiannya menggunakan peratusan dan min. Manakala soal selidik akan menggunakan skala likert dan senarai semak pemerhatian menggunakan nilai kekerapan yang akan dianalisis berdasarkan nilai skor dan skala untuk mencari kekerapan, min kekerapan dan peratusan. Berdasarkan maklumat tersebut saya berharap agar penguasaan murid terhadap menyelesaikan operasi darab dapat ditingkatkan berbantukan PIZZA-PIZA yang merupakan satu inovasi dalam teknik membina sifir darab 6 hingga 9.

Akhir kata, saya berharap projek internship ini mencapai objektifnya bagi menghasilkan satu teknik PdP yang berinovasi dan boleh dijadikan sebagai bahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Saya juga berharap projek internship ini dapat membantu murid-murid di SK Kampong Tenang yang menghadapi masalah menghafal sifir darab 6 hingga 9 dengan lancar. Di harapkan teknik ini dapat menarik minat murid terhadap matematik dalam keadaan yang menyeronokkan. Segala penambahbaikan bagi memurnikan bahan PdP berinovasi ini akan dilakukan dengan kerjasama guru-guru panitia mata pelajaran Matematik.