penyerapan pemulihan dalam pendidikan seni visual

5
3.0 PENYERAPAN PEMULIHAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL 3.1 Matlamat a) Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi asas seni visual yang diberi. b) Kandungan kurikulum berupaya 3.2 Objektif a) Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan b) Melibatkan diri dengan kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan. c) Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera. d) Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya. e) Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat. 3.3 Konsep Seni Visual Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti pernyataan diri (self-expression), pengalaman dan sensasi visual dan sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi dan mesej, imej, form, content, benda subjek, objek berfungsi/kegunaan, nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas seni reka dan berbagai aspek lain. Berikut diterangkan secara terperinci aspek-aspek berkenaan. a) Penyataan Diri (self-expression)

Upload: fikri-hanafi

Post on 17-Feb-2015

43 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Seni Visual

TRANSCRIPT

Page 1: Penyerapan Pemulihan Dalam Pendidikan Seni Visual

3.0 PENYERAPAN PEMULIHAN DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

3.1 Matlamat

a) Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif

menerusi asas seni visual yang diberi.

b) Kandungan kurikulum berupaya

3.2 Objektif

a) Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan

b) Melibatkan diri dengan kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif

dan menyeronokkan.

c) Menajamkan daya persepsi dan imaginasi melalui pancaindera.

d) Mengenali asas seni reka dan olahan serta dapat menggunakannya.

e) Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni

visual, membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur,

cermat dan selamat.

3.3 Konsep Seni Visual

Konsep seni visual boleh difahami berdasarkan aspek seperti

pernyataan diri (self-expression), pengalaman dan sensasi visual dan

sentuh, 2D dan 3D, komunikasi visual, bahasa seni visual, isi dan

mesej, imej, form, content, benda – subjek, objek berfungsi/kegunaan,

nilai estetik, ciri-ciri kreatif, pelukis/pandai tukang dan karya seni, asas

seni reka dan berbagai aspek lain. Berikut diterangkan secara terperinci

aspek-aspek berkenaan.

Page 2: Penyerapan Pemulihan Dalam Pendidikan Seni Visual

a) Penyataan Diri (self-expression)

Bermaksud meluahkan atau menyatakan apa yang dirasa dan difikir

secara bebas. Penyataan atau luahan ini haruslah ada mediumnya

dan medium itu biasanya berupa permukaan yang boleh dicalitkan

atau digoreskan. Catan, arca, lukisan merupakan produk hasil

daripada ekspresi diri ini dalam konteks seni visual. Kanak-kanak

merupakan golongan yang gemar menyatakan ekspresi diri ini.

Ekspresi diri kanak-kanak adalah lebih tulen kerana mereka

menyatakan perasaan tanpa sedar dan tanpa diarah oleh sesiapa.

Sebab itu kita kerap melihat kanak-kanak suka menconteng.

Tampakan yang mereka hasilkan nampak bersahaja dan tidak

terkawal.

b) Pengalaman 2D/3D (Sensasi Visual dan Sentuh)

Seni Visual juga dikenali dan difahami sebagai sesuatu yang

bersifat 2D atau 3D secara fiziknya. Deria sentuh dan deria

penglihatan terlibat dalam konteks ini. Arca, ukiran merupakan

produk seni yang boleh dinikmati melalui sentuhan dan bersifat 3D.

Manakala catan, lukisan, cetakan merupakan produk seni yang

boleh dinikmati dengan deria penglihatan dan bersifat 2D.

c) Bahasa Seni (laras bahasa) 

Seperti juga bidang yang lain, seni tampak juga mempunyai laras

bahasanya sendiri. Bidang sastera ada laras bahasa sendiri seperti

monolog, imbas kembali, dan lain-lain. Seni tampak pula

mempunyai laras bahasanya sendiri seperti unsur-unsur seni

(warna, jalinan dan lain-lain ), prinsip rekaan (kontra, harmoni,

pergerakan dan lain-lain), bahan dan alat (berus, plaster, cat minyak

dan lain-lain), teknik dan gayaan (basah atas basah, realistik dan

lain-lain). Tanpa pengetahuan laras bahasa ini, seni dilihat tanpa

makna.

Page 3: Penyerapan Pemulihan Dalam Pendidikan Seni Visual

d) Kandungan/Isi/Mesej (Contents / makna)

Seni Visual juga diertikan sebagai suatu produk yang mempunyai

makna atau isi. Sebelum wujudnya fotografi manusia merakam

peristiwa dalam bentuk visual 2D seperti manuskrip, lukisan dinding,

catan dinding dan seumpamanya. Contoh dalam lukisan dinding di

pyramid mesir atau catan lanskap oleh Abdullah Arif (Ladang

Kelapa ).

Seni tampak atau visual juga merakamkan pencapaian manusia

dan menggambarkan tentang nilai, kepercayaan dan sikap social.

Karya seni merupakan rakaman sejarah dan budaya secara tampak.

Biasanya mesej atau maksud dalam sesuatu karya seni visual itu

hanya diketahui secara jelas oleh pihak primer iaitu pengkarya

sendiri. Ia ditafsir secara berlainan oleh pihak kedua (sekunder) atau

pengkritik/audien.

3.4 Kepentingan Pendidikan Seni Visual

a) Seni sebagai Alat Penyataan diri

Moholy Nagey menyatakan, satu cara untuk ilistrasi emosi

adalah dengan menggunakan seni untuk merangsang dan

menyatakan emosi itu. Sebenarnya melalui aktiviti-aktiviti seni

kesan emosi diri akan merasakan kepuasan, lega, lapang

perasaan, stabil emosi, dan ketengaan dari tekanan perasaan.

Ini terbukti dengan membuat aktiviti melukis, kraf atau apa-apa

kegiatan seni akan meimbulkan kesan kelegaan dengan

meluahkan perasaan dalam hasil karya yang dibuat itu.

b) Seni Menajamkan Kepekaan dan Pengamatan

Pacaindera yang ada pada manusia seperti rasa, sentuhan, bau,

penglihatan, pendengaran adalah fitrah yang Allah berikan

Page 4: Penyerapan Pemulihan Dalam Pendidikan Seni Visual

kepada manusia. Panceinderan ini perlu disuburkan melalui

sentuhan yang murni.

Pengalaman seni memerlukan kepekaan terhadap

pengamatan semasa pencitaan sesebuah karya seni, sebagai

contoh semasa melukis, pengkarya perlu memberi perhatian dan

pengamatan kepada objek yang difokuskan, maka berlakulah

pengamatan secara teliti.

3.3 Jenis-jenis Seni Visual

a) Mengecap

Capan ialah teknik mengecap dengan bahan alam atau semula

jadi yang mempunyai jalinan tertentu. Capan adalah berbeza

dengan cetakan kerana tidak perlu menyediakan blok cetakan.

Imej yang dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan

dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam tersebut.

Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan

jalinan yang ada pada jari.

b) Cetakan

i) Cetakan Timbul

Hasil imej berdasarkan kesan garisan di atas permukaan

blok atau plat yang terlebih dahulu disapu dengan dakwat

atau pewarna. Kaedah cetakan timbul ialah kolaj, lino,

potongan kayu, kad bod bergelugor dan sayur-sayuran.

c) Kolaj

Kolaj bermaksud potong, koyak, gunting, gam, tampal sesuatu

bahan ke atas sesuatu permukaan. Ia juga boleh didefinisikan

sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian

imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan

ditindih. Berbagai jenis bahan dilekat dan tampal disatu

Page 5: Penyerapan Pemulihan Dalam Pendidikan Seni Visual

permukaan khas seperti kertas lukisan. Mempunyai satu tema

bagi sesuatu karya seni kolaj.

d) Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan

daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang

kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh

dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut

dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan

lembut.

e) Ukiran (Gurisan)

Ia dilakukan menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk

mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu

permukaan.

Cara melakukannya: permukaan kertas disapu dengan

krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat

di atas kertas.

Gurisan dilakukan dengan alat yang keras atau tajam

seperti kayu, paku atau plastik supaya gambar terhasil. Kesan

yang berlainan terhasil apabila guna bahan yang berlainan.