pendidikan pemulihan

Download PENDIDIKAN PEMULIHAN

Post on 29-Jun-2015

885 views

Category:

Documents

24 download

Embed Size (px)

TRANSCRIPT

Oleh: Cik Siti Salamah bt. Mohd Yusof Jabatan Ilmu Pendidikan Institut Perguruan Bahasa Melayu Malaysia 2011

PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH:LATAR BELAKANG, KONSEP, DASAR DAN STRATEGI PERLAKSANAAN

Latarbelakang1967 - Kementerian Pendidikan telah melaksanakan program pemulihan dengan menggunakan strategi Withdrawal System. 1975 - Pusat Perkembangan Kurikulum menjalankan projek percubaan Pendidikan Imbuhan bagi tahap satu (Tahun 1 hingga 3) dengan menggunakan strategi di mana pemulihan dijalankan oleh guru kelas / mata pelajaran. 1994 - Program Khidmat Guru Pendamping bagi meningkatkan aktiviti pengayaan dan pemulihan dalam kelas KBSR. 1998 - Program Intervensi 3 M. 2000 - Multiple Intelligence

Laporan Jawatankuasa Kabinet Perlaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979 : (PERAKUAN 5) Adalah diperlukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan langkah-langkah mengadakan pengajaran pemulihan selepas daripada Ujian Rujukan Kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut termasuklah mendalami kaedah dan pengajaran, bahan-bahan yang lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta penggunaan bahan-bahan tertentu

Takrifan kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah dan kuarang kebolehan menerima pendidikan biasa. (A.E. Tansley dan Gulliford) kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang daya taakul, kurang kemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang abstrak. (M.F. Clough) Pendidikan Pemulihan di Malaysia ialah untuk muridmurid yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemungkinan mempunyai kecerdasan yang tinggi, sederhana dan yang di bawah sederhana. (Sharifah Rahmah Ali)

Takrifan Pendidikan Pemulihan ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan. (National Association for Remedial Education NARE Great Britain - 1977)

Pemulihan dalam KBSR ialah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira.

(Panduan Am KBSR - 1982)

KonsepDalam proses pendidikan, pendidikan pemulihan ialah: Suatu perkhidmatan yang diadakan khusus untuk murid-murid yang menghadapi kesulitan pembelajaraan khususnya dalam menguasai satusatu kemahiran membaca, menulis dan mengira sebagai kemahiran asas yang menjadi fokus KBSR.

ObjektifMembantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam menguasai kemahiran asas - membaca, menulis dan mengira. Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkahlaku yang menjejaskan proses pembelajaaran. Memupuk serta mengembangkan sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. (Panduan Program Pemulihan KBSR Tahap Satu - 1984)

Dasar PerlaksanaanSurat Pekeliling Kementerian Pendidikan. (yang masih digunapakai): Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8691/Jld.II/(32) bth. 22 Januari 1985. Guru Khas Pendidikan Pemulihan Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld.V (26) bth. 18 Januari 1986. Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah Surat Pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V (34) bth. 30 Jun 1989. Guru Khas Pemulihan Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah

Perjawatan Guru Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah Semua sekolah rendah kecuali sekolah kecil (under enrolmen) diperuntukkan satu (1) perjawatan Guru Khas Pemulihan. Peruntukan Guru Khas Pemulihan tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas (n x 1.5). Guru Khas Pemulihan tidak terlibat sebagai guru penganti kepada guru asas atau sebagai guru kelas sesuatu darjah. Guru Khas Pemulihan berkhidmat sepenuh masa melaksanakan program pendidikan pemulihan. Penutupan Kelas Khas Pemulihan atau pemberhentian program pendidikan pemulihan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah Pendidikan Negeri.

Perjawatan Guru Khas Pemulihan6 5 4 335 358 37 5 9 55 55 556 56 564

99

99

993

994

995

996

997

998

999

Peruntu an

Carta Alir Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Tidak diterima Pengambilan Awal

Pencalonan

Pengumpulan Maklumat

Ramalan Penentuan

Tidak diterima Diagnosis (Ujian Diagnostik) Diterima

Analisa Keputusan dan Penentuan Calon

Ujian SaringanMeneruskan P&P

Perancangan Pengajaran

P&P

Penilaian Pencapaian

Analisa Keputusan

Balik ke Kelas Biasa

Susulan

Pencalonan Siapa mencalonkan murid ? - berdasarkan prestasi mata pelajaran Guru Kelasasas dan keputusan ujian.

Guru Besar Ibu bapa / Penjaga

- berdasarkan kad laporan kemajuan murid dan pemerhatian. - berdasarkan pencapaian dalam mata pelajaran asas.

Bila mencalonkan murid ?Tahun 1 - selepas penilaian yang pertama / enam - lapan minggu persekolahan atau pemulaan penggal ke 2.

Tahun 2 - selepas meninjau prestasi mata pelajaran &Tahun 3 asas tahun sebelumnya. Awal tahun akademik.

Pengumpulan Maklumat Apakah maklumatnya ? Latar belakang taraf pendidikan ibu bapa / penjaga. Sumber-sumber untuk mendapatkan maklumat: Rekod-rekod sekolah - Peribadi, Prestasi dan Kesihatan. Perbincangan dengan Guru Besar. Perbincangan dengan Guru Kelas. Perbincangan dengan ibu bapa / penjaga. Borang Rujukan. Pemerhatian oleh Guru Pemulihan.

Mengapa maklumat penting ? Untuk memahami murid yang dicalonkan tentang: Kesihatan dan sosio-ekonomi keluarga. Kehadiran dan ketetapan masa ke sekolah. Perkembangan sosial. Tingkahlaku umum dan kegemaran. Kelemahan dalam mata pelajaran asas.

Maklumat adalah elemen penting bagi ramalan penentuan proses selanjutnya menjalani Ujian Saringan.

Ujian Saringan (US) US ialah satu alat untuk meninjau secara am kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran mata pelajaran asas. Instrumen US didasarkan kepada apa yang sudah dipelajari oleh murid dalam kelas biasa. Menguji murid yang dijangka memerlukan perkhidmatan pendidikan pemulihan. Faktor yang menentukan bilangan murid : Skor yang rendah dalam Ujian Saringan. Jumlah yang dapat diselenggarakan oleh guru pemulihan. Masalah murid. Kemudahan ruang untuk kelas pemulihan.

Ujian Diagnostik (UD) UD bertujuan untuk menunjukkan kelemahan dan kekuatan murid dalam mata pelajaran asas dan pengamatan secara khusus. UD terdiri daripada Ujian: - Pengamatan - Mata pelajaran asas. Analisa keputusan UD dikumpul, direkod dan diberi interprestasi dengan cermat untuk menentukan masalah khusus dialami oleh murid. Rancangan pengajaran dan pembelajaran dirancang berdasarkan interpretasi analisa keputusan UD.

Pengajaran & PembelajaranPerkara penting dalam proses pengajaran: Sebelum mengajar Guru Khas Pemulihan perlu mengetahui 2 perkara penting: - Apa yang diketahui oleh murid sebelum mengajar. - Apa yang dipelajari oleh murid selepas mengajar. Maklumat penting ketika merancang: - Maklumat individu murid. - Sebab-sebab memasuki program pemulihan. - Diagnosis - ujian dan penilaian. - Analisa kesalahan. - Faktor-faktor sampingan. Pengelolaan : - Pengelolaan bahan pengajaran. - Kaedah yang hendak digunakan. - Kaedah berdasarkan kemampuan murid (berpusatkan kepada murid).

Pengajaran & PembelajaranFormat Pengajaran Butiran mengenai murid: - Sebab-sebab memasuki program pemulihan. - Diagnosis - ujian dan penilaian. - Analisa kesalahan. - Faktor-faktor sampingan. Rancangan Pengajaran: - Obejktif pengajaran - Kaedah - Alat. Penilaian: - Ujian - Keputusan - Pencapaian Objektif - Komen / Cadangan.

Penilaian

Perkara utama dalam penilaian

Rekod Kemajuan menunjukkan pencapaian murid selepas pengajaran. Bahagian penilaian mata pelajaraan bahasa: - mengenal abjad - membunyi/menyebut huruf-huruf - mengenal/menyebut perkataan - membaca dengan fahaman - mengeja Bahagian penilaian mata pelajaran matematik: - membilang - mengenal angka - mengetahui proses-proses asas - yang berkaitan denan wang - timbangan, ukuran dan masa.

Perbandingan antara pencapaian ujian pra dan pos. Penyimpanan rekod prestasi / kemajuan individu murid.

Kemudahan FizikalKeperluan ruang bagi Kelas Pemulihan Khas Bilik / Ruang keluasan 3 bay (saiz satu bilik darjah biasa) bagi sekolah yang diperuntukkan kemudahan satu bilik untuk Kelas Pemulihan Khas sebagaimana dalam pelan asal dan surat penyerahan bangunan sekolah. Bilik / Ruang keluasan 2 bay bagi sekolah yang tiada / tidak diperuntukan kemudahan bilik untuk Kelas Pemulihan Khas.

Tiga alternatif mengadakan Kelas Pemulihan Khas Dua (2) atau lebih kelas bagi setiap darjah 3 atau 4 orang murid sahaja dari setiap kelas. Satu (1) kelas bagi setiap darjah murid dari darjah lain boleh diambil bagi sesuatu sessi pengajaran & pembelajaran tetapi tidak melebih 15 orang. Dari satu darjah sahaja bilangannya antara 6 hingga 10 orang murid sahaja.

Persoalan yang perlu dibincangkan dalam perbengkelan. 1. Bagaimana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran boleh laksanakan jika sekolah tidak dapat mengadakan ruang untuk Kelas Pemulihan Khas. 2. Bagaimana aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran boleh laksanakan bagi sekolah kecil (under enrolmen murid < 1 0 orang) dan tiada peruntukan jawatan Guru Pemulihan Khas.

Kedudukan / Lokasi Kelas Pemulihan Khas Berhampiran dengan kelas murid yang terlibat. Bebas daripada gangguan yang menjejaskan tumpuan murid. Cukup cahaya dan pengaliran udara tidak tersekat.