isu pemulihan

42
CERAMAH PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS anjuran Maktab Perguruan Tun Abdul Razak Kota Samarahan Sarawak

Upload: mhezry

Post on 11-Jun-2015

4.282 views

Category:

Documents


15 download

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Pemulihan

CERAMAH PROGRAM PENDIDIKAN

PEMULIHAN KHAS

anjuranMaktab Perguruan Tun Abdul Razak Kota Samarahan Sarawak

Page 2: Isu Pemulihan

Salam PerkenalanSalam Persahabatan

MD AZIZ BIN HAJI LANIPegawai Pemulihan Khas

Jabatan Pelajaran Melaka

Page 3: Isu Pemulihan

TAJUK YANG DICADANGKAN

Peranan pihak pengurusan sekolah dalam menangani isu pemulihan

Isu dan cabaran/realiti pendidikan pemulihan di sekolah

Pengalaman JPN Melaka dalam pemulihan khas

Page 4: Isu Pemulihan

ISU-ISUISU-ISU PROGRAM PEMULIHAN PROGRAM PEMULIHAN

KHASKHAS

Page 5: Isu Pemulihan
Page 6: Isu Pemulihan
Page 7: Isu Pemulihan
Page 8: Isu Pemulihan
Page 9: Isu Pemulihan
Page 10: Isu Pemulihan

ISU-ISUISU-ISU PROGRAM PEMULIHANPROGRAM PEMULIHAN

DI SEKOLAHDI SEKOLAH

LAPORAN KAJIAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS DI SEKOLAH RENDAH

Bahagian Perancangan & Penyelidikan Dasar PendidikanKementerian Pelajaran Malaysia

Projek dibiayai oleh UNICEFJanuari 2002

Page 11: Isu Pemulihan

Metodologi Kajian

KUMPULANBIL SOALSELIDIK

DIHANTAR

BIL SOALSELIDIK

DIKEMBALIKAN(BERJAWAB)

%

BIL SOALSELIDIK

DIKEMBALIKAN(TIDAK BERJAWAB)*

%

Guru Besar 4000 3070 76.7 155 3.8

4000 2937 73.4 200 5.0GuruPemulihanKhas

Kadar Jawapan Soal Selidik

•Mengembalikan soal selidik tetapi tidak menjawab soalan kerana sekolah tidak melaksanakan/ telah berhenti melaksanakan program pemulihan khas kerana kekurangan guru dan sebab- sebab lain. Sekolah tidak ada guru pemulihan pada masa soal selidik dihantar kerana GPK bersalin, telah bersara dan belum ada pengganti, berkursus dan tidak ada kelas-kelas pemulihan khas.

Page 12: Isu Pemulihan

Metodologi KajianBilangan Sampel Kajian (Temu Bual)

KUMPULAN BILANGAN

GURU BESAR

GURU PEMULIHAN KHAS

GURU ASAS (KELAS/MATA PELAJARAN)

IBU BAPA MURID PEMULIHAN KHAS

PEGAWAI JABATAN PELAJARAN NEGERI

70 ORANG

70 ORANG

340 ORANG

220 ORANG

14 ORANG

Berdasarkan – 5 buah sekolah rendah yang melaksanakan kelas pemulihan khassetiap negeri. Seorang pagawai dari Jabatan Pelajaran Negeri yang bertanggungjawabke atas pelaksanaan program pemulihan khas

Page 13: Isu Pemulihan

FAKTOR MURID

A Murid kerap ponteng sekolah.B Sikap negatif murid terhadap pelajaran –

ada yang malas, tidak berminat belajar, kurang motivasi, kurang berusaha, tidak aktif dan tidak berani mencuba.

C Murid yang bermasalah kesihatan tidak dapat mengikuti pelajaran dengan sempurna.

D Murid cacat anggota/pekak dan bisu ditempatkan di kelas-kelas pemulihan khas.

E Murid terlalu lemah untuk menguasai pelajaran.

Page 14: Isu Pemulihan

“Sebab kadang-kadang budak-budak ini tak buat kerja rumah. Kadang-kadang buat di sekolah, kadang-

kadang tiru kawan. Kadang-kadang saya beritahusiapa tak buat kerja rumah, cikgu tak bagi masuk kelas pada hari ini. Kena ugut. Kita beri latihan

sama ada dia boleh buat atau tidak, tapi dia tak buat.Kadang-kadang latihan dalam kelaspun tak habis,

tak siap’”

Page 15: Isu Pemulihan

“Tidak ada alat-alat menulis seperti buku atau pun pensel – kalau diberi kerja rumah jangan harap dapat balik kerja rumah itu kerana habis hilang

bahan sekolah itu. Kemahuan untuk belajar merekamemang tidak ada”.

“Saya sukar membuat follow-up kerja-kerja merekakerana buku selalu dihilangkan, kerja tidak pernah

disiapkan dan alat tulis tak lengkap”.

Page 16: Isu Pemulihan

“Budak pemulihan ini pun bermasalah kerana senang menghilangkan lembaran kerja yang diberi –

diberi tetapi mereka buat roket.Mereka ini tidak mahu belajar, senang gaduh – sikap mereka kurang minat terhadap pelajaran”.

“Murid tidak faham, murid tidak ada disiplin, murid suka main”.

“Guru akan fed-up ajar murid yang degil. Murid ada inferiority complex – kalau dimarah

tak datang sekolah”.

“Ada yang betul-betul bermasalah, misalnya merekamalas dan terbiar – mak bapa mereka tidak

mengambil berat tentang mereka”.

Page 17: Isu Pemulihan

FAKTOR GURUA Sekolah tidak mempunyai guru pemulihan khas.B Kekurangan guru di sekolah menyebabkan

GPK tidak dapat dilantik atau GPK diminta mengajar murid-murid di kelas-kelas biasa.

C GPK dibebankan dengan tugas-tugas menggantikan guru-guru lain (relief) dan terpaksa menjalankan tugas-tugas bukan mengajar.

D Sikap negatif sesetengah guru yang tidakberminat dan tidak komited untuk mengajarmurid-murid pemulihan khas.

E Guru tidak mempunyai kemahiran/tiada latihankhusus disuruh mengajar.

Page 18: Isu Pemulihan

Masalah yang pertama sekali ialah tidak fahamdengan cara pengajaran pemulihan khas. Sebab saya tak ada pendedahan.

Saya tidak pernah dapat pendedahan tentang teknikdan kaedah yang sesuai mengajar kelas pemulihan.Saya rasa keberkesanan pengajaran dan pembelajarantidak berlaku, buktinya dari segi pencapaian murid-murid masih lemah, keputusan D dan E sahaja.

Page 19: Isu Pemulihan

Ada murid yang mempunyai masalah fizikal tetapimereka dimasukkan dalam kelas pemulihan khas.Sepatutnya mereka perlukan pendidikan khas,di tempat lain. Tapi parents tak tahu. –

Buku panduan . . . Tidak faham mengikut pengajaran…..….. mengikut buku ini kerana tidak ada pendedahan.

Page 20: Isu Pemulihan

KURANG KERJASAMA DARI GURU-GURU ASAS

Guru yang lain tidak faham pemulihan, bila dipulangkan ke kelas. Mereka hendakkanmurid pemulihan pandai sepertimana murid-muridlain di kelas biasa.Guru-guru kelas selalu ‘complain’ murid yangmengikuti pemulihan tidak pandai.Mereka harapkan murid-murid ini perfect.

Page 21: Isu Pemulihan

Guru tahun 1 tidak memulihkan murid yang lemah.Mereka seronok dengan budak yang pandai sahaja.Tiada peruntukan masa untuk mereka yang tertinggal.Tahap 1, khususnya tahun 1, bila kekuranganmereka tidak ditangani, maka ia akan bertimbuntambah dan akhirnya mereka betul-betul ketinggalan.

Page 22: Isu Pemulihan

SIKAP PENTADBIR SEKOLAH

Sikap GB tidak mengamalkan dasar pendemokrasianpendidikan seperti yang dinyatakan oleh seorang GB:‘mana yang lebih penting…..murid pemulihan khas yang sedikit atau murid biasa yang banyak?’ – JPN

Walaupun sekolah ada kelas pemulihan, ramai GBjuga tidak membantu slow learners. Sikap GBmesti diubah. Guru bermasalah jiwa dijadikanguru pemulihan khas. - JPN

Page 23: Isu Pemulihan

Ada Guru Besar yang tutup kelas pemulihan khas.

Guru ini kemudiannya disuruh menjadi guru kelas

atau relief teacher -JPN

Page 24: Isu Pemulihan

BAHAN BANTU MENGAJAR

A Sekolah sukar mendapatkan BBM yang sesuai dan terkini.

B BBM/bahan rujukan sukar /kurang di pasaran.C BBM yang berbentuk media elektronik tidak

dibekalkan walaupun sangat diperlukan.D Tiada buku teks yan g sesuai untuk kegunaan

guru dan murid pemulihan khas.

Page 25: Isu Pemulihan

PERUNTUKAN KEWANGAN

A Tiada bantuan kewangan untuk menyediakan bilik dan peralatan yang sesuai bagi murid-murid pemulihan khas.

B Tiada peruntukan kewangan untuk menyediakan/membeli BBM dan bahan-bahan rujukan untuk GPK.

C Tiada peruntukan khas untuk memberi latihan kepada GPK/Guru-guru lain.

Page 26: Isu Pemulihan

KEMUDAHAN FIZIKAL

A Ketiadaan bilik yang sesuai dan kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran pemulihankhas. Sekiranya ada bilik khas, bilik itu terlalukecil, sempit dan kurang selesa. Ada kelas dibilik stor, kantin dan tempat-tempat lain yangtidak sesuai.

B Kekurangan peralatan/perabut di bilik pemulihanseperti rak dan almari.

Page 27: Isu Pemulihan

Saya tidak diberikan tempat khas. Kelas pemulihandiadakan di pusat sumber dan terpaksa berebutdengan guru lain . Kalau bilik digunakan,kelas terpaksa dibatalkan. – GPK

Tiada bilik khas – berpindah randah.

Bilik pemulihan khas ialah bilik setor yang terletakdi bangunan lama. Kami tak dapat susun alat dankerusi meja dengan baik – terdapat banyak anak-anai.Bilik stor ini panas, udara nak keluar pun susah.

Page 28: Isu Pemulihan

Masalah tiada bilik – kelas dijalankan di kantin,di pondok rehat, tiada meja ….

Bilik pemulihan – tidak sesuai. Perlu bilik yang lebihbesar. Bilik sekarang ni udara nak mengalir pun susah.

Bilik tidak sesuai, kadang-kadang digunakan oleh jururawat pergigian, kadang-kadang sampai sebulantak ada kelas pemulihan khas kerana bilik digunakan.

Page 29: Isu Pemulihan

FAKTORT IBU BAPA/PENJAGA

A Ibu bapa tidak mengambil berat tentang pelajaran anak-anak.

B Ibu bapa tidak memberikan kerjasama kepada pihak sekolah.

C Ibu bapa kurang memberi perhatian terhadap pelajaran, pemakanan dan kesihatan anak-anak.

Page 30: Isu Pemulihan

BILANGAN MURID PEMULIHAN KHAS YANG RAMAI

A Bilangan murid yang memerlukan pemulihan khas agak ramai berbanding dengan seorang guru pemulihan khas.

B Sukar melaksanakan program pemulihan khasdengan berkesan kerana bilangan muridpemulihan khas yang ramai.

Page 31: Isu Pemulihan

SEBAHAGIAN BESAR TERCAPAI

Matlamat program pemulihan khas sebahagian besarnya tercapai, kerana 50% daripada murid pemulihan khas telah bolah membaca, dan terdapatperubahan pada sikap dan telah mempunyaikeyakinan diri. – GPK

Sebahagian besar objektif tercapai. Daripada 93orang murid, 50 orang telah dipulihkan. Merekasekarang boleh membaca ayat-ayat mudah. Merekaboleh membuat ayat mudah dengan mengisi tempat kosong dan campur, tolak yang asas. - GPK

Page 32: Isu Pemulihan

Sebahagian besar objektif pemulihan khas tercapaikerana ada murid pemulihan yang telah mendapatpangkat C dalam UPSR. Mereka menunjukkan perubahan sikap dan berminat belajar, lebih bersih,ada persaingan, ingin menonjol diri. Juga sudah boleh membaca dan menulis dengan baik. – GPK

Sebahagian besar tercapai kerana daripada 30 orangmurid Tahun 1 yang dikenalpasti pada bulan Julai 2000 untuk pemulihan, seramai 26 orang muridtelah berjaya dipulihkan dan telah kembali ke kelasmasing-masing. - GB

Page 33: Isu Pemulihan

Anak saya sudah boleh membaca walaupun merangkak-rangkak. Berminat membaca keratanakhbar yang dijumpai. – IB

Sudah ada kejayaan dalam ujian bulanan. Rajin membuat kerja sekolah. Rajin berkemas. – IB

Kadang-kadang anak bawa balik buku untuk dibacadi rumah. Ini berjayalah. Dulu ada bawa balikbuku tapi tak baca. -IB

Page 34: Isu Pemulihan

SEBAHAGIAN KECIL TERCAPAI

Kurang tercapai… jika guru sentiasa bertukar.Guru pemulihan khas jangan diberi kelas lain,jangan ganti kelas. Berjaya sebab dari tak tahu kepada tahu. –GPK

Sebahagian kecil tercapai kerana tidak menjalankankelas pemulihan sebenar. –GPK

Page 35: Isu Pemulihan

Sebahagian kecil yang menguasai 3M telah dipulangkan ke kelas biasa. Lepas iti mereka initertinggal di kelas sendiri. Kebanyakan guru kelasbuat tak kisah. –GPK

Kurang berjaya kerana guru kurang ambil berat. Patutambil tahu, panggil ibu bapa. Sikap kurang tanggungjawab guru. Cikgu tulis di papan hitam, taksempat salin….maka kerja tak buat. –IB

Masalah mental dan kesihatan….tak boleh buat apa-apa. GPK

Sekolah tidak menjalankan kelas pemulihan khas seperti yang diperlukan. -GA

Page 36: Isu Pemulihan

Kegagalan saya rasa adalah disebabkan faktor dirimurid sendiri. Program, pemulihan khas hanya boleh memberi kemahiran yang ‘basic’. Yang selanjutnya terpulang kepada murid itu sendiri. Ada murid yang tak boleh membaca selepas Tahun 6. –GA

Kegagalan memang ada. Murid ini macam biasasahaja, ‘they come and go just like that’.-GA

Page 37: Isu Pemulihan

KEKERAPAN PENCERAPAN,PEMANTAUAN DAN PENILAIAN

Tiada langsung pencerapan dilakukan oleh JPN, Nazir sepanjang 10 tahun saya mengajar ….. selaindari Guru Besar sendiri.

Tiada pemantauan oleh pihak-pihak tertentu.Hasil penat tiada siapa yang melihat kecuali murid-murid pemulihan.

Page 38: Isu Pemulihan

Guru pemulihan khas selalu tidak dipedulikan olehpentadbir. Pentadbir lebih suka memantau kelaspeperiksaan Tahun 6. Pegawai JPK, Guru Besar,guru penolong kanan, pegawai JPN, KPM tidak pernahmemantau pengajaran guru pemulihan khas. –GPK

Tidak ada pemantauan daripada mana-mana pihak,mereka tidak dapat membantu menyelesaikanmasalah kita.

Page 39: Isu Pemulihan

No time. Ada 308 buah sekolah di negeri ini danhanya ada 2 pegawai sahaja. Pemantauandilaksanakan mengikut kemampuan dari segi masadan tenaga. – JPN

Pegawai JPN datang sekali, bukan untuk mencerapsekadar menemubual untuk mendapat sedikitmaklumat. –GPK

Nazir ada datang tapi untuk mencerap guru lain.Mereka hanya singgah saja ke kelas ini. -GPK

Page 40: Isu Pemulihan

Nazir – jarang datang, tapi ada juga. Tetapi tidakbanyak feedback. Just take records. PPD – no. GB Penolong Kanan ada masuk kelas, adaberbincang dengan GPK.

PPD dan Nazir ada membuat pemantauan. Mereka membantu guru-guru merancang aktivitipemulihan, kaedah mengajar dan bahan-bahan bantuan mengajar yang patut digunakan. – GPK

GB ada masuk ke kelas pemulihan, saya selalu berbincang kalau tidak dengan GB dengan guruPenolong kanan 1. Bincang tentang masalah budak pemulihan. Budak tak hadir. Mengapa? Nak buat macam mana? - GPK

Page 41: Isu Pemulihan
Page 42: Isu Pemulihan

TAMATTAMAT