kelas pemulihan

20

Upload: vince-here

Post on 27-Jun-2015

4.743 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kelas Pemulihan
Page 2: Kelas Pemulihan

• Program Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.

Page 3: Kelas Pemulihan

Pendidikan pemulihan adalah sebagai satu cabang daripada sebahagian pendidikan imbuhan.Ianya juga disebut sebagai ‘Remedial education’ di dalam bahasa Inggeris iaitu suatu bentuk pendidikan khas kepada kanak-kanak atau pelajar yang menghadapi masalah atau kesulitan pembelajaran dalam mata-mata pelajaran tertentu sahaja.Pendidikan Pemulihan berbeza daripada pendidikan atau pengajaran biasa

Guru yang mengajar kelas pemulihan adalah guru yang terlatih khas untuk kelas pemulihan. Kelas pemulihan selalunya lebih kecil daripada kelas biasa. Aktiviti yang dijalankan juga khas iaitu menepati kehendak ‘menjadikan pulih’.

Pendidikan Pemulihan adalah satu bentuk pendidikan untuk membetulkan sesuatu yang kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul atau sesuatu yang cacat.

Page 4: Kelas Pemulihan

Membantu murid mengatasi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu.

Memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Membantu murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran.

Membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan cara mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan mereka.

Page 5: Kelas Pemulihan

Membolehkan murid mendapat layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan mental individu.

Membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial, sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.

Membolehkan murid meneruskan pelajaran mereka dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.

Page 6: Kelas Pemulihan

Memastikan semua murid menguasai kemahiran asas 3M kecuali murid berkeperluan khas

Page 7: Kelas Pemulihan

Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran Kompleks)Pemulihan jenis ini dijalankan di bilik darjah khas oleh guru

khas yang terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada mereka yang yang gagal menguasai “3M”, yang telah dikenal pasti melalui Ujian Saringan.

Pemulihan Bahasa Melayu di Bilik Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan)

Pemulihan jenis ini pula dijalankan di dalam bilik darjah biasa oleh guru biasa.Murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dikenal pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti pemulihan dijalankan secara semerta.

Page 8: Kelas Pemulihan

Sekolah-sekolah yang mempunyai 2 kelas atau lebih bagi sesuatu darjah , murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari kelas-kelas tersebut sekiranya bilangan murid pemulihan dalam sesuatu kelas itu hanya 3 atau 4 orang sahaja.

Walau bagaimanapun jumlah murid dalam satu sesi pemulihan hendaklah tidak melebihi 15 orang.

Page 9: Kelas Pemulihan

Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas bagi satu darjah, murid-murid untuk kelas pemulihan bolehlah diambil dari darjah-darjah lain tetapi jumlahnya hendaklah tidak melebihi 15 orang.

Sekiranya murid-murid yang diambil untuk mengikuti kelas pemulihan datangnya dari satu kelas sahaja, maka bilangannya hendaklah tidak melebihi 6 orang.

Pemilihan mana-mana satu alternatif hendaklah tertakluk kepada perundingan di antara Guru Kelas Khas Pemulihan dengan guru besar dan guru-guru asas.

Page 10: Kelas Pemulihan

Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas. Kenal pasti masalah murid. Kenal pasti punca masalah murid. Menjalin hubungan mesra dengan murid. Menunjukkan penghargaan kepada murid. Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid

untuk belajar. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang

sesuai.

Page 11: Kelas Pemulihan

pendekatan bermain sambil belajar. teknik bercerita. teknik latih tubi. teknik bersoal jawab. teknik nyanyian. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran

yang sesuai. Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu

murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa ditetapkan.

Menjalankan aktiviti pengukuhan. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan

susulan.

Page 12: Kelas Pemulihan

KBSR menyarankan agar kaedah kumpulan digunakan untuk melaksanakan program KBSR dalam kelas. Sehubungan dengan itu, murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Pembahagian kumpulan ini dilakukan dengan adanya penilaian.

Kumpulan cerdas dan sederhana bolehlah menjalani aktiviti pengayaan.

Page 13: Kelas Pemulihan

Kumpulan lambat akan diberikan pendidikan pemulihan dalam kelas biasa, selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pemulihan dalam kelas biasa juga merupakan pemulihan dalam KBSR. Ia adalah proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira.

Bagi yang belum melepasi penilaian, mereka akan ditempatkan dalam satu kelas khas dan diberikan satu program pemulihan yang disediakan oleh guru pemulihan

Page 14: Kelas Pemulihan

Selepas kumpulan lambat menjalani aktiviti pemulihan dalam kelas biasa, mereka akan dinilai. Bagi yang berjaya, mereka akan diberikan program pengayaan seperti yang dilakukan kumpulan cerdas dan sederhana.

Pemulihan khas ialah tindakan-tindakan pendidikan khas yang digunakan untuk memenuhi keperluan-keperluan kanak-kanak yang menghadapi kesulitan pembelajaran, kanak-kanak pemulihan menghadiri kelas khas dalam sekolah biasa, atau pusat pemulihan khas secara sambilan, atau menyertai kumpulan yang diundurkan dari kelas biasa untuk diajar oleh seorang guru pemulihan

Page 15: Kelas Pemulihan
Page 16: Kelas Pemulihan

Ujian saringan ialah satu instrumen pengukuran yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkan bagi mengikuti Program Pemulihan Khas

Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas

Dengan lain perkataan Ujian Saringan bertujuan untuk menentukan calon yang layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas Bahan atau topik dalam Ujian Saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan

Page 17: Kelas Pemulihan

Ujian diagnostik adalah ujian yang terpenting dalam Program Pendidikan Pemulihan Khas

Ujian ini digunakan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid

Page 18: Kelas Pemulihan

Ujian Diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu guru pemulihan khas mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh seseorang murid secara khusus dan seterusnya membentuk objektif pengajaran (baseline)

Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengnal pasti punca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.

Page 19: Kelas Pemulihan

Murid yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan dan kerjasama dari Guru Pemulihan Khas apabila perlu

Guru kelas, guru mata pelajaran dan guru pemulihan perlu saling bekerjasama di antara satu sama lain bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid pemulihan.

Page 20: Kelas Pemulihan

SEKIANTERIMA KASIH