pelaksanaan penyerapan teknik didik hibur

26
PENGENALAN Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang tela diperkenalkan di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai salah satu kaedah alternatif semasa proses pengajaran Bahasa Melayu. Pelaksanaan didik hibur ini berfokuskan kepada proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu agar ianya menjadi lebih menarik dan seronok untuk diikuti oleh murid-murid. penghayatan dan apresiasi juga diberikan kepada Kseusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah Menengah. Secara amnya, didik hibur boleh didefinisikan sebagai satu strategi dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang bersifat santai dan menyeronokkan. Murid akan memperolehi keseronokan yang total dalam mempelajari Bahasa Melayu melalui aktiviti didik hibur yang terancang dan sistematik. Didik hibur ini dilaksanakan secara penyerapan dalam Bahasa Melayu dengan berfokuskan kepada aktiviti menggunakan dan memahami lirik lagu, bahasa indah, bahasa badan dan berpantun. Pelaksanaan didik hibur ini mempunyai objektif tersendiri. Menurut Modul Kursus Didik hibur dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia (2010:4), antara objektif pelaksanaan didik hibur ialah murid dapat memahami lirik lagu secara didik hibur. Hal ini membawa maksud murid dapat memahami maksud tersurat dan maksud tersirat yang terkandung di dalam seni kata lagu yang diberikan. Objektif yang seterusnya ialah murid berupaya untuk memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita serta memahami pantun dua kerat secara didik hibur. Kesimpulannya, melalui pelaksanaan didik hibur ini, kerajaan berharap agar penumpuan memperkasa penguasaan Bahasa melayu dapat ditekankan. Kaedah pengajaran diharapkan akan menjadi lebih interaktif 1

Upload: suzianabasri

Post on 30-Nov-2015

546 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

kssr bm

TRANSCRIPT

Page 1: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

PENGENALAN

Didik hibur merupakan satu pembaharuan yang tela diperkenalkan di dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) sebagai salah satu kaedah alternatif semasa proses

pengajaran Bahasa Melayu. Pelaksanaan didik hibur ini berfokuskan kepada proses

pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu agar ianya menjadi lebih menarik dan seronok

untuk diikuti oleh murid-murid. penghayatan dan apresiasi juga diberikan kepada

Kseusasteraan Melayu untuk murid-murid sekolah Menengah.

Secara amnya, didik hibur boleh didefinisikan sebagai satu strategi dalam proses

pembelajaran dan pengajaran yang bersifat santai dan menyeronokkan. Murid akan

memperolehi keseronokan yang total dalam mempelajari Bahasa Melayu melalui aktiviti didik

hibur yang terancang dan sistematik. Didik hibur ini dilaksanakan secara penyerapan dalam

Bahasa Melayu dengan berfokuskan kepada aktiviti menggunakan dan memahami lirik lagu,

bahasa indah, bahasa badan dan berpantun.

Pelaksanaan didik hibur ini mempunyai objektif tersendiri. Menurut Modul Kursus Didik

hibur dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Malaysia (2010:4), antara objektif

pelaksanaan didik hibur ialah murid dapat memahami lirik lagu secara didik hibur. Hal ini

membawa maksud murid dapat memahami maksud tersurat dan maksud tersirat yang

terkandung di dalam seni kata lagu yang diberikan. Objektif yang seterusnya ialah murid

berupaya untuk memahami bahasa yang indah dan bahasa badan dalam lakonan dan bercerita

serta memahami pantun dua kerat secara didik hibur.

Kesimpulannya, melalui pelaksanaan didik hibur ini, kerajaan berharap agar penumpuan

memperkasa penguasaan Bahasa melayu dapat ditekankan. Kaedah pengajaran diharapkan

akan menjadi lebih interaktif iaitu berkonsepkan didik hibur supaya pengajarannya lebih mudah

dihayati dan difahami.

1

Page 2: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

Soalan 1: Bagaimanakah didik hibur dapat memberi impak kepada pembelajaran dan

pengajaran di dalam bilik darjah?

Pelaksanaan penyerapan teknik didik hibur di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran telah memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

berlangsung di dalam bilik darjah. Teknik didik hibur ini memberi peluang kepada murid untuk

belajar dalam keadaan yang seronok dan santai serta mencapai objektif pengajaran dan

pembelajaran yang telah ditetapkan. Pelaksanaan teknik didik hibur menekankan kepada 4

komponen iaitu nyanyian, cerita, puisi dan lakonan.

Aktiviti nyanyian dalam didik hibur merupakan satu aktiviti yang disarankan di dalam

didik hibur kerana ianya melibatkan kepelbagaian aktiviti dalam proses pembelajaran. Aktiviti

nyanyian di dalam Bahasa Melayu merupakan satu aktiviti yang memberi pengalaman baru

kepada murid-murid. Hal ini menyebabkan murid lebih tertarik kerana aktiviti nyanyian

merupakan aktiviti yang menyeronokkan dan murid berpeluang untuk belajar dalam situasi

yang menyeronokkan. (Modul Kursus Didik Hibur dalam Pembelajaran dan Pengajaran

Bahasa Melayu, 2010:7)

Teknik didik hibur dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat menarik minat

murid dalam proses pembelajaran. Menurut Gagne di dalam karya Choong Lean Keow PhD

(2008:24) menyatakan bahawa dengan adanya minat yang ditunjukkan oleh murid maka proses

pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar. Murid juga akan lebih mudah

untuk menerima mesej yang cuba disampaikan oleh guru melalui aktiviti didik hibur yang

dilaksanakan. Murid akan lebih mudah mengingat kembali perkara-perkara yang dipelajari

dengan lebih baik melalui aktiviti nyanyian berbanding dengan aktiviti lain. Hal ini demikian

kerana penggunaan rentak, irama juga melodi boleh menerapkan perkataan secara berkesan

ke dalam minda murid.

Selain daripada bernyanyi, komponen lain bagi didik hibur ialah bercerita. Menurut

Kamus Dewan Bahasa (2000), bercerita merupakan sesuatu cerita, bercakap atau berbual.

Komponen bercerita di dalam aktiviti didik hibur memberi impak yang sangat besar dalam

proses pembelajaran murid-murid. Menurut Modul Kursus Didik Hibur dalam Pembelajaran dan

Pengajaran Bahasa Melayu,(2010:13), melalui aktiviti bercerita ini, daya imaginasi murid-

murid dapat dipertingkatkan. Hal ini demikian berlaku apabila murid-murid cuba untuk

memasuki alam cerita yang disampaikan oleh guru dan cuba menggambarkan seolah-olah

mereka berada di dalam cerita tersebut. Mereka seolah-olah menjadi watak di dalam cerita

2

Page 3: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

tersebut. Aktiviti bercerita turut manyemai rasa empati dalam kalangan murid. dalam cerita

seringkali melibatkan perubahan emosi seperti sedih, gembira dan menderita dalam watak-

watak yang terdapat di dalam cerita tersebut. Perubahan emosi yang terdapat di dalam cerita ini

memboleh murid untuk menghayati tema cerita yang cuba disampaikan dan memahami isi

cerita secara keseluruhannya.

Aktiviti didik hibur turut menjadi medium menyampaikan pesanan positif kepada

murid-murid tentang sesuatu perkara. Sebagai contoh melalui aktiviti bercerita. Menurut Dewan

Bahasa dan Pustaka dalam buku Stategi Pendidikan Bahasa Melayu (1994:210) menyatakan

bahawa bercerita merupakan satu cabang seni dan disetiap penghujung sesuatu cerita pasti

terselit pengajaran yang perlu diteladani oleh murid-murid dalam kehidupan sebenar mereka.

Misalnya cerita rakyat yang bertajuk ‘Si Tanggang’ yang diceritakan semula oleh murid dan

mereka sendiri akan mengemukakan pengajaran yang perlu diteladani melalui cerita tersebut

kepada rakan-rakan mereka berdasarkan pemahaman mereka tentang cerita tersebut. Hal ini

demikian menunjukkan bahawa pelaksanaan didik hibur dalam proses pengajaran dan

pembelajaran berupaya untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kalangan murid-

murid sekolah.

Menurut Modul Kursus Didik Hibur dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa

Melayu (2010:13), aktiviti didik hibur turut memupuk daya kreatif dan estetika dalam

kalangan murid. Misalnya dalam aktiviti didik hibur iaitu aktiviti bercerita. Guru boleh

menyediakan beberapa kad yang mengandungi perkataan-perkataan Bahasa Melayu. Murid

akan diminta untuk bercerita berdasarkan perkataan-perkataan yang teah disediakan oleh guru.

Melalui aktiviti ini, murid akan cuba untuk mengasah fikiran mereka dalam membina ayat di

dalam minda mereka sebelum mereka mula bercerita. Mereka akan menggunakan daya kreatif

yang mereka punya dalam menghasilkan cerita yang menarik perhatian guru dan rakan-rakan.

Hal ini demikian menunjukkan bahawa aktiviti didik hibur yang diterapkan dalam Kurikulum

Standard Sekolah Rendah (KSSR) memberi impak yang positif dalam diri murid sekolah.

Murid juga diberi peluang untuk mengekspresikan perasaan mereka melalui aktiviti

didik hibur ini. Peluang mengekspresikan perasaan ini dapat dilaksanakan melalui aktiviti

bercerita. Kita sedia maklum bahawa Malaysia mempunyai banyak cerita-cerita rakyat yang

memberi banyak pengajaran kepada masyarakat dan cerita rakyat ini sesuai untuk dijadikan

bahan bagi membantu murid dalam mengekspresikan perasaan mereka. Misalnya cerita rakyat

‘Si Tanggang’ boleh diceritakan kepada murid di dalam kelas. Cerita ini membolehkan murid

3

Page 4: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

untuk menyuarakan perasaan serta pendapat mereka tentang cerita tersebut. Mereka akan

cuba mengaitkan mesej yang disampaikan melalui cerita rakyat dengan kehidupan seharian

mereka. Pengajaran yang diperolehi melalui cerita tersebut akan diaplikasikan di dalam

kehidupan seharian mereka.

Selain daripada bercerita dan bernyanyi, lakonan juga merupakan komponen didik hibur

yang utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Berlakon

murupakan salah satu aktiviti yang sangat digemari oleh murid-murid kerana ianya dijalankan

dalam situasi yang santai . Lakonan dapat melatih murid memahami pelbagai aspek kehidupan

kerana menerusi lakonan mereka akan memberi pengalaman sebenar kepada murid. Menurut

Edgar Dale didalam buku Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran edisi kemas kini karya

Noriati A. Rashid (2012:26), pengajaran berdasarkan pengalaman langsung murid dapat

mempercepatkan ataupun memudahkan penyampaian mesej kepada murid.

Merujuk kepada Modul Kursus Didik Hibur dalam Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa

Melayu (2010:19), lakonan dalam proses pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu dapat

menarik minat pelajar seterusnya meningkatkan penglibatan pelajar di dalam proses

pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Hal ini demikian kerana murid akan mudah

merasa bosan dengan pengajaran yang bercorak sehala sahaja. Pengajaran akan menjadi

lebih menarik sekiranya mereka boleh mengambil bahagian dalam pembelajaran tersebut. Guru

pula berperanan dalam memberi contoh yang berkaitan dengan pengalaman sedia ada pelajar

bagi memudahkan pelajar menerima apa yang ingin di sampaikan oleh guru. Antara contoh

aktiviti didik hibur yang boleh di lakukan bagi meningkatkan penglibatan murid di dalam proses

pengajaran ialah aktiviti lakonan. Guru memberi satu situasi yang mudah dan ianya boleh

dilakonkan oleh murid-murid dan sudah pasti murid akan memberikan komitmen yang

sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung tanpa disedari oleh

mereka.

Sementelahan itu, melalui aktiviti didik hibur, murid juga dapat memperbaiki

tatabahasa serta meningkatkan penggunaan kosa kata Bahasa Melayu di dalam kehidupan

seharian mereka. Misalnya melalui aktiviti lakonan yakni pelajar akan diminta untuk berlakon

dengan menggunakan Bahasa Melayu yang standard dan baku. Penggunaan Bahasa Melayu

dan kosa kata di dalam lakonan tersebut akan diaplikasikan oleh murid di dalam situasi sebenar

mereka di luar bilik darjah. Melalui aktiviti bercerita juga, murid dapat berfikir dan menyusun

ayat yang sesuai dalam menyampaikan sesuatu mesej di dalam fikiran mereka. Hal ini demikian

4

Page 5: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

jelas menunjukkan bahawa pelaksanaan teknik didik hibur di dalam pengajaran sekolah rendah

memberi impak yang positif dalam kalangan masyarakat.

Komponen terakhir dalam didik hibur ialah puisi. Pada peringkat sekolah rendah, puisi

tidak ditekankan namun pantun lebih ditekankan. Pada arus pembangunan ini, masyarakat

Melayu semakin lupa akan keindahan bahasa klasik yang diturunkan oleh nenek moyang

terdahulu. Pelaksanaan teknik didik hibur ini diharapkan dapat mengekalkan semngat cinta

akan bahasa Melayu di dalam kalangan murid agar ianya tidak luput ditelan zaman. Melalui

aktiviti berpantun, semangat cinta akan Bahasa Melayu dapat dipupuk di dalam kalangan

murid. Aktiviti ini melatih murid supaya mereka lebih peka kepada keindahan dan kesenian

yang terdapat di dalam pelbagai jenis pantun.

5

Page 6: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

Soalan 2: Huraikan dengan terperinci cara-cara apresiasi bahasa dalam didik hibur dapat

diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah.

Proses penyampaian pengajaran di dalam kelas boleh disampaikan dengan

menggunakan pelbagai pendekatan dan strategi. Berdasarkan perubahan kurikulum yang telah

berlaku, satu pembaharuan telah diperkenalkan kepada murid-murid sebagai satu kaedah

alternatif semasa proses pengajaran bahasa melayu (Portal Rasmi KPM, 2013). Kaedah

tersebut dikenali sebagai didik hibur.

Melalui aktiviti-aktiviti didik hibur, proses apresiasi bahasa dapat diaplikasikan dalam

pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan berkesan. Hal ini demikian kerana

menurut Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (2013), fokus pelaksanaan didik hibur

adalah untuk penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu dan apresiasi bahasa dalam

kalangan murid.

Berlakon merupakan salah satu daripada komponen didik hibur yang juga merupakan

cara apresiasi bahasa dapat diaplikasikan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran.

Aktiviti lakonan boleh dijalankan di dalam kelas, seperti mana yang tedapat di dalam

Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah saya dihasilkan pada soalan empat.

Berdasarkan RPH yang telah saya hasilkan, didik hibur melalui aktiviti lakonan pada langkah

set induksi bertujuan untuk menarik perhatian murid terhadap proses pembelajaran dan

pengajaran di dalam kelas. Pada langkah set induksi ini, murid diminta untuk berlakon menjadi

pembeli dan guru sebagai penjual buah-buahan. Murid dan guru menggunakan laras bahasa

yang betul dalam melakonkan watak sebagai seorang pembeli dan penjual. Melalui lakonan ini,

peningkatan laras bahasa yang digunakan oleh murid akan berlaku secara tidak langsung yakni

mereka akan cuba untuk menggunakan bahasa baku dalam pertuturan mereka. Kesalahan

dalam penggunaan bahasa akan dibetulkan oleh guru. Pengalaman berlakon ini kemudiannya

akan diaplikasikan oleh murid di dalam kehidupan seharian mereka sama ada di dalam sekolah

mahupun di luar kawasan sekolah. Hal ini demikian kerana murid akan lebih mudah memahami

sesuatu melalui pengalaman lakonan berbading dengan penggunaan bahasa semata-mata.

Ianya selaras dengan teori Kon Pengalaman Edgar Dale (1969) yang menyatakan bahawa

pembelajaran abstrak akan berlaku apabila murid sudah memilik maklumat konkrit untuk

mentafsir maklumat abstrak. Lakonan merupakan sesuatu yang konkrit kerana ianya memberi

pengalaman langsung kepada murid. Aktiviti lakonan ini membantu penggunaan bahasa yang

betul dalam pertuturan murid dan menjadi salah satu cara murid menghargai Bahasa melayu

6

Page 7: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

sebagai Bahasa Kebangsaan kita. Oleh yang demikian ianya perlulah dipupuk sejak dari

bangku sekolah lagi.

Selain daripada lakonan, nyanyian turut menjadi cara apresiasi bahasa dalam didik hibur

dapat diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang

demikian, aktiviti nyanyian dipilih pada RPH yang telah dihasilkan pada soalan empat. Guru

meminta murid untuk menyanyikan lagu yang bertajuk ‘Berniaga Usaha Mulia’ dengan

menggunakan irama lagu ‘Rasa Sayang Hei’. Melalui aktiviti ini, murid akan lebih tertarik

dengan proses pembelajaran dan pengajaran kerana mereka diberi peluang untuk belajar

dalam suasana yang menyeronokkan. Gagne di dalam karya Choong Lean Keow PhD

(2008:24) menyatakan bahawa salah satu daripada prinsip pembelajaran ialah suasana yang

menyeronokkan. Suasana yang menyeronokkan akan memotivasikan murid untuk berinteraksi

dan melibatkan diri secara aktif serta menyumbang kepada keberkesanan proses penyampaian

pembelajaran dan pengajaran. Melalui aktiviti nyanyian ini, murid akan lebih mudah untuk

mengenal pasti sebutan-sebutan perkataan dengan betul dan tepat. Walaupun proses

pengajaran disampaikan melalui aktiviti nyanyian, namun penggunaan perkataan adalah

sepenuhnya daripada Bahasa Melayu dan tidak terdapat singkatan perkataan di dalam seni

kata lagu yang diberikan kepada murid. Hal ini demikian bagi memastikan murid menggunakan

bahasa yang betul walaupun dalam nyanyian. Aktiviti nynyian ini melahirkan murid yang

menghargai serta menggunakan bahasa Melayu yang betul dan bukannya bahasa rojak

semata-mata. Melalui seni kata lagu juga, nilai-nilai murni turut diterapkan agar menjadi amalan

bagi murid dalam kehidupan seharian mereka.

Dengar kawan nasihat ini,

kalau kita hendak berniaga,

Amalkanlah sikap murni,

Tentu orang akan percaya

Ayat-ayat di atas merupakan rangkap pertama bagi seni kata lagu “Berniaga amalan

mulia’. Melalui rangkap ini, murid bukan sahaja belajar menyebut sebutan dengan betul tetapi

juga nilai-nillai murni yang perlu ada dalam diri mereka. Murid akan faham bahawa pengamalan

nilai-nilai murni dapat menjadikan mereka orang yang dipercayai ramai. Penerapan nilai-nilai

murni melalui didik hibur ini turut melahirkan murid yang bakal menjadi pemimpin yang

mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka kelak. Sekiranya guru terus menerus

menjalankan aktiviti sebegini maka murid akan lebih mudah memahami dan mentafsir bahasa

7

Page 8: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

yang mengandungi pelbagai makna dalam seni kata lagu seterusnya ianya boleh membantu

murid-murid untuk mempertingkatkan perbendaharaan kata di samping memperkukuh

kemahiran berbahasa mereka. Ianya merupakan satu langkah dalam mengapresiasikan bahasa

dalam pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu.

Selain itu, melalui aktiviti nyanyian yang di jalankan di dalam didik hibur, murid

berpotensi untuk mengingat kembali bahasa yang dipelajari dengan lebih baik berbanding

dengan aktiviti lain. Hal ini dinyatakan di dalam Modul Kursus Didik Hibur dalam Pembelajaran

dan Pengajaran Bahasa Melayu (2010:7). Rentak, irama dan melodi boleh menerapkan

perkataan-perkataan yang dipelajari ke dalam otak dengan berkesan. Sebagai contoh di dalam

RPH yang telah dihasilkan di pada soalan empat, penggunaan irama lagu “Rasa Sayang Hei”

memudahkan murid untuk menyanyikan lagu tersebut menggunakan lirik yang baharu.

Penggunaan lirik yang baharu ini disuaikan dengan irama lagu ‘Rasa Sayang Hei’ yang sedia

ada. Murid akan lebih mudah untuk mengingati perkataan-perkataan serta mesej yang cuba

disampaikan melalui nyanyian lagu ini berbanding dengan secara lisan daripada guru sahaja.

Didik hibur melalui aktiviti nyanyian turut dapat menyumbang kepada kerjasama antara

murid di dalam kelas. Kerjasama ini kemudiannya akan mempereratkan lagi perpaduan antara

murid di dalam kelas dan akan diamalkan oleh mereka dalam kehiduapan seharian mereka.

Misalnya melalui aktiviti mentafsir maksud perkataan yang bergaris di dalam seni kata lagu

yang telah diberikan di dalam kumpulan. Murid akan cuba untuk berbincang dan memberi

pendapat mereka tentang maksud perkataan yang ingin dicari. Melalui aktiviti ini, kerjasama

dalam kalangan murid dapat dipupuk dan murid akan belajar untuk berkomunikasi dengan

rakan-rakan dengan menggunakan bahasa yang betul. Dapat dilihat dengan jelas bahawa

apreiasi bahasa dapt diterapkan dalam proses pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti

didik hibur yang dirancang di dalam RPH yang telah dihasilkan.

8

Page 9: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

Soalan 3: Teori pemerolehan bahasa mempunyai kaitan dengan teknik didik hibur.

Justifikasikan teknik didik hibur dalam teori pemerolehan bahasa.

Menurut Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad di dalam karya mereka Kaedah

Pengajaran Bahasa Melayu (2012:53), teori-teori pemerolehan bahasa merujuk kepada teori

yang berfungsi untuk membantu seseorang memahami dan mengorganisasikan pengalaman

dan memberi makna rujukan yang sesuai. Terdapat banyak teori pemerolehan bahasa

antaranya ialah Teori Behavioris, Teori Kognitif, Teori Mentalis dan Teori Interaksionalis.

Teori Behavioris merupakan satu teori yang dominan dan banyak mempengaruhi aspek

di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Teori ini dipelopori oleh Skinner, Thorndike dan

Pavlov. Menurut Tuan Jah Tuan Yusof di dalam karyanya Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah (2011:32), salah satu cirri pembelajaran berasaskan teori Behavioris ialah

sesuatu gerak balas diulangi jika diikuti dengan ganjaran. Hal ini demikian membawa maksud

bahawa sesuatu perlakuan murid itu akan berulang dengan adanya ganjaran yang berbentuk

penghargaan ataupun pujian. Misalnya di dalam RPH yang telah dihasilkan pada soalan empat,

aktiviti nyanyian telah dipilih sebagai aktiviti didik hibur di dalam kelas. Pada langkah yang

pertama di dalam RPH, guru memilih seorang murid untuk menyanyikan lagu “Berniaga Usaha

Mulia”. Kemudian guru memberikan peneguhan positif berbentuk pujian kepada murid yang

menyanyikan lagu tersebut sebelum meminta semua murid menyanyikan lagu tersebut secara

beramai-ramai. Peneguhan yang diberikan kepada murid yang pertama telah memotivasikan

murid yang lain untuk cuba menyanyikan lagu tersebut dengan sebutan juga nada yang tepat

agar guru turut memberikan peneguhan kepada mereka. Secara tidak langsung, terbitnya gerak

balas positif serta penglibatan murid dapat dipupuk melalui teori ini. Hal ini membantu dalam

pencapaian objektif yang telah dirancang iaitu menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui

nyanyian. Guru perlu memberikan peneguhan yang berterusan ataupun berkala agar isi

pelajaran yang dipelajari dapat diperkukuhkan.

Selain itu, Tuan Jah Tuan Yusof di dalam bukunya Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu

Sekolah Rendah (2011:32) turut menyatakan bahawa salah prinsip pengajaran bahasa

berdasarkan Teori Behavioris ialah latihan pembelajaran yang diperkukuhkan. Hal ini demikian

membawa maksud bahawa pengulangan sesuatu gerakan akan memberikan satu pengukuhan

terhadap isi pelajaran yang dipelajari. Berpandukan RPH yang telah dirancang, guru meminta

murid untuk mengulangi nyanyian lagu “Berniaga Usaha Mulia” sebanyak dua kali. Hal ini

selaras dengan pandangan E.L Thondike di dalam Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu karya

9

Page 10: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012:57) yang mengatakan bahawa jika proses

pengulangan sering dilakukan, maka semakin banyak aktiviti terlaksana. Melalui pengulangan

nyanyian ini, sebutan dan nada murid diperbetulkan sehingga mereka mampu menyanyikan

lagu ini dengan sebutan serta nada yang betul dan sempurna.

Teori pemerolehan bahasa yang seterusnya ialah Teori Kognitif. Teori ini menganggap

bahasa ialah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu proses dalam otak setelah menerima

bahan dalam bentuk ransangan daripada pancaindera. Berdasarkan buku Kaedah Pengajaran

Bahasa Melayu hasil karya Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012:73), isi kandungan

pembelajaran dan pengajaran haruslah disusun mengikut perkembangan kanak-kanak dan

yang paling relevan ialah daripada pengetahuan sedia ada kepada pengetahuan baharu.

Misalnya di dalam aktiviti RPH yang telah dirancang pada langkah satu yakni pengunaan lagu

“Rasa Sayang Hei” untuk aktiviti didik hibur yang menjadi pengetahuan sedia ada murid. Murid

pernah menyanyikan lagu tesebut malah terdapat murid yang telah menghafal lagu tersebut.

Kemudian guru mengedarkan seni kata lagu yang baharu untuk dijadikan seni kata lagu “Rasa

Sayang Hei”. Melalui langkah ini, murid-murid akan melalui fasa asimilasi iaitu murid mencuba

untuk menyatukan informasi yang baharu iaitu seni kata lagu yang baharu dengan sturuktur

kognitif yang sudah dimiliki iaitu lagu asal “Rasa Sayang Hei”. Kemudian ianya diikuti dengan

akomondasi iaitu perubahan yang berlaku dalam struktur kognitif murid. Pada peringkat ini,

keupayaan murid berfikir dalam bahasa berada pada tahap yang lebih tinggi daripada

sebelumnya. Peringkat terakhir ialah peringkat ekilibrium yakni kesinambungan dalam diri murid

telah berlku. Maka akan berlakunya perubahan struktur kognitif dalam diri murid melalui aktiviti

ini. Hal ini demikian menunjukkan perkaitan antara teori kognitif dan aktiviti didik hibur yang

telah dirancang.

Selain itu, Gagne di dalam buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu hasil karya Adenan

Ayob dan Khairuddin Mohamad (2012:71) menggariskan beberapa fasa thap pengolahan

kognitif yang terjadi dalam pembelajaran. Fasa-fasa tersebut melibatkan proses

membangkitkan perhatian murid, menyatakan tujuan pembelajaran pada murid, merangsang

ingatan juga menyampaikan bahan rangsangan. Kesemua fasa ini terkandung di dalam RPH

yang telah saya sediakan iaitu pada peringkat set induksi. Pada peringkat set induksi ini, guru

menggunakan helaian wang yang bercetak untuk menarik perhatian murid dalam proses

pembelajaran di dalam kelas. Guru turut menggunakan aktiviti didik hibur iaitu berlakon sebagai

penjual buah-buahan dan murid sebagai pelanggannya. Melalui aktiviti didik hibur ini, ingatan

murid terangsang untuk mengingat kembali pengalaman mereka semasa membeli buah-

10

Page 11: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

buahan dan mereka akan menggunakan atau mengaitkan pengalaman lalu mereka dalam

melakonkan watak mereka. Berdasarkan aktiviti lakonan yang dijalankan, penggunaan laras

bahasa yang digunakan oleh murid akan meningkat kerana guru akan membetulkan jika

terdapat kesalahan terhadap laras bahasa yang digunakan oleh murid. Hal ini demikian

menunjukkan proses pengolahan kognitif serta penggunaan laras bahasa melalui aktiviti didik

hibur di dalam kalangan murid sekolah rendah.

Teori Mentalis juga merupakan salah satu teori pemerolehan bahasa yang sering

diaplikasikan di dalam proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Noami

Chomsky merupakan salah seorang daripada pelopor kepada teori Mentalis ini. Beliau

berpendapat bahawa manusia dilahirkan bersama Peranti Pemerolehan Bahasa atau dikenali

sebagai Language Acquisition Device (LAD). Peranti ini membolehkan manusia untuk

mempunyai kebolehan semula jadi untuk menguasai bahasa. (Adenan Ayob dan Khairuddin

Mohamad, 2012:74)

Teori Mentalis melibatkan penekanan terhadap beberapa perkara antaranya ialah

pengajaran berpusatkan murid. Menurut Choong Lean Keow PhD di dalam karyanya Murid

dalan Alam Belajar (2008:106), pengajaran berpusatkan murid merupakan pembelajaran

melibatkan murid secara aktif. Guru berperanan sebagai fasilitator yang membimbing murid

untuk membina dan memperolehi kefahaman masing-masing mengenai isi pelajaran yang

disampaikan. Hal ini demikian menunjukkan penglibatan murid termasuklah dalam penggunaan

bahan-bahan pembelajaran yang disediakan oleh guru. Misalnya melalui aktiviti yang saya

rancang di dalam RPH saya iaitu menyanyi lagu “Berniaga Usaha Mulia” pada langkah yang

pertama. Melalui aktiviti ini, guru meminta semua murid untuk menyanyikan lagu “Berniaga

Usaha Mulia” dengan berpandukan seni kata lagu yang diberikan. Murid-murid diminta untuk

menyanyikan lagu ini dengan sebutan serta nada yang betul dan tepat. Semua murid terlibat

dalam menyanyikan lagu ini dan hal ini menunjukkan penglibatan murid secara aktif di dalam

kelas. Murid menyanyikan lagu dengan bimbingan oleh guru menunjukkan bahawa guru hanya

bertindak sebagai fasilitator dan murid yang menjalankan aktiviti nyanyian ini sepenuhnya.

Teori yang terakhir dalam teori pemerolehan bahasa iaitu Teori Interaksionalis. Teori ini

melihat bahasa sebagai alat berkomunikasi yang melibatkan mental dan linguistik. Menurut

Tuan Jah Tuan Yusof di dalam bukunya Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

(2011:39), perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa.

11

Page 12: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

Murid-murid perlu didedahkan kepada interaksi linguistic supaya mereka boleh mempelajari

cara-cara menggambarkan makna kognitif dalam bentuk bahasa yang tepat.

Teori ini mementingkan aktiviti komunikasi. Oleh yang demikian, berdasarkan RPH yang

telah dirancang, terdapat aktiviti secara berkumpulan telah dirancang. Pada langkah yang

kedua dalam RPH yang telah dirancang, guru telah meminta murid untuk mengkaji maksud

perkataan yang bergaris yang terdapat di dalam seni kata lagu ‘Berniaga Usaha Mulia’ secara

berkumpulan. Hal ini demikian secara tidak langsung memerlukan murid berbincang di dalam

kumpulan masing-masing tentang perkataan-perkataan yang berkaitan. Melalui interaksi di

dalam kumpulan, guru juga dapat menyemai nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan tolak

ansur di dalam pasukan ataupun kumpulan masing-masing. Penggunaan teori ini membolehkan

laras bahasa murid dipertingkatkan. Hal ini demikian kerana murid akan berinteraksi secara

lisan di dalam kumpulan mereka melalui perbincangan yang dijalankan. Hasil daripada interaksi

yang dijalankan, murid berupaya untuk mempelajari cara-cara berkomunikasi dengan rakan

serta memilih perkataan-perkataan yang sesuai dalam menyampaikan mesej secara lisan. Oleh

yang demikian, aktiviti perbincangan yang dirancang oleh guru adalah bersesuaian dan

memenuhi keperluan murid memandangkan murid dapat belajar bertutur dengan masyarakat

sekeliling mereka dengan intonasi dan gaya betul melalui sesi perbincangan yang dijalankan

dalam bilik darjah.

12

Page 13: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

Soalan 4: Menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH), selama 60 minit yang

berkaitan dengan teori pemerolehan bahasa serta menerapkan teknik didik hibur secara

maksimum untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MELAYU

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kelas : 2 Aspirasi

Bilangan Murid : 24 Orang

Tarikh : 20 Ogos 2013

Masa : 9.10 pagi hingga 10.10 pagi

Tema : Ekonomi

Tajuk : Mari Berniaga

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid-murid

dapat :

i. Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui nyanyian.

ii. Membina 3 daripada 5 ayat tunggal menggunakan

perkataan yang diberikan dengan betul.

Standard Kandungan : 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu

melalui nyanyian secara didik hibur

Standard Pembelajaran ; 4.1.1 Menyebut seni kata lagu dengan jelas melalui

nyanyian secara didik hibur.

Pengetahuan Sedia Ada : - Murid pernah menyanyikan lagu “Rasa Sayang”

- Murid pernah melihat orang berniaga

Elemen Merentas Kurikulum

(EMK)

: - Ilmu : Matematik

- Nilai : Berbudi bahasa, kejujuran, Kerjasama, Yakin

- Keusahawanan

- Teknologi Maklumat dan Komunikasi – belajar melalui

TMK

Kemahiran Bernilai Tambah

(KBT)

: 1. Kemahiran Berfikir - Menyelesaikan masalah dan

merumus

2. Pembelajaran Kontekstual - Menghubung kait isi

13

Page 14: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

pelajaran dengan pengalaman ke pasar malam.

3. Kecerdasan Pelbagai : Intrapersonal, interpersonal,

Kinestetik, Muzik dan Verbal linguistik

Sistem Bahasa : Kosa Kata – Pelanggan, Usahlah, Elakkan, Peniaga

Bahan Bantu Mengajar : Lembaran kerja, lembaran kertas yang mengandungi lirik

lagu, Komputer riba, LCD, alat pembesar suara, helaian

wang yang bercetak dan buah-buahan tempatan

Masa /

LangkahIsi Pelajaran

Aktiviti Pembelajaran dan

PengajaranCatatan

Set induksi

(8 Minit)

Barangan yang digunakan

bagi urusan menjual beli

- Wang

- Buah-buahan tempatan

Contoh soalan:

a) Apakah kegunaan wang

dalam kehidupan kita ?

b) Berapakah nilai wang

yang ditunjukkan?

c) Dimanakah tempat

buah-buahan tempatan

sering dijual?

c) Apakah item yang

digunakan untuk membeli

buah-buahan di pasar

malam?

Jawapan jangkaan:

a) Wang untuk membeli

barangan keperluan

kita.

b) Buaha-buahan selalu

1. Guru menunjukkan

pelbagai jenis wang

Ringgit Malaysia yang

bercetak kepada pelajar.

2. Guru menunjukkan

beberapa jenis buah-

buahan tempatan kepada

pelajar.

3. Guru berlakon menjadi

peniaga buah-buahan

dan memanggil beberapa

orang murid untuk

berlakon menjadi

pembeli.

4. Guru bersoal jawab

dengan murid berkaitan

dengan wang dan buah-

buahan tempatan.

5. Guru mengaitkan isi

pelajaran dengan

jawapan yang diberikan

oleh murid.

KBT:

I. Kecerdasan

Pelbagai:

Interpersonal,

Verbal linguistic

dan kinestetik

II. Pembelajaran

Kontekstual:

Tajuk dikaitkan

dengan

pengalaman

murid

EMK:

-Keusahawanan

Nilai:

-Berbudi bahasa

-Kejujuran

BBM:

- Helaian wang

yang bercetak

14

Page 15: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

dijual di pasar malam.

c) Item yang digunakan

untuk membeli buah-

buahan ialah wang.

-Buah-buahan

tempatan

Langkah 1

(20 Minit)

Lagu ‘Berniaga Usaha

Mulia’.

Lirik lagu:

Rasa sayang hei, rasa

sayang, sayang hei, hei

lihat nona jauh, rasa

sayang, sayang hei.

Dengar kawan nasihat ini,

kalau kita hendak berniaga,

Amalkanlah sikap murni,

Tentu orang akan percaya.

Mari kawan kita berniaga,

cari peluang usahlah lupa,

pelanggan perlu kita jaga,

Elakkan segala tipu daya.

Mari kawan kita berusaha,

sikap rajin usahlah lupa,

tentu kita akan berjaya,

maju bangsa maju negara.

(Irama lagu “Rasa Sayang

Hei’)

1. Guru mengedarkan

helaian kertas yang

mengandungi seni kata

lagu iaitu lagu ‘Berniaga

Usaha Mulia’.

2. Guru meminta murid

untuk membaca kuat lirik

lagu terlebih dahulu.

3. Guru memperdengarkan

lagu ‘Rasa Sayang’

kepada pelajar.

4. Guru menyanyikan lagu

‘Berniaga Usaha Mulia’

dengan menggunakan

muzik lagu ‘Rasa

Sayang’.

5. Guru memilih murid

secara rambang untuk

menyanyikan lagu ini

secara individu dengan

sebutan yang betul.

6. Guru meminta semua

murid menyanyikan lagu

ini dengan sebutan yang

betul.

7. Murid diminta untuk

menyanyikan lagu

Berniaga Usaha Mulia’

sekali lagi.

KBT:

I. Kecerdasan

Pelbagai:

Intrapersonal ,

Muzik dan

Verbal linguistic

EMK:

-TMK

Nilai:

-Yakin dan teliti

BBM:

-Helaian kertas

yang mengandungi

seni kata lagu

-LCD

-Komputer riba

-Alat pembesar

suara

Langkah 2 - Kosa Kata: perkataan- Aktiviti i KBT:

15

Page 16: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

(10 Minit) perkataan yang bergaris

di dalam seni kata lagu .

- Murid mencari makna

perkataan

- Contoh perkataan:

Pelanggan – orang

yang melanggan atau

membeli di sesebuah

kedai

1. Guru memanggil

beberapa orang murid

untuk menyatakan

maksud seni kata lagu

mengikut rangkap.

2. Guru memberi

peneguhan terhadap

jawapan yang diberikan

dan menerangkan

maksud senia kata lagu

mengikut rangkap.

Aktiviti ii

1. Murid duduk di dalam

kumpulan masing-

masing.

2. Guru meminta murid

membaca perkataan

yang bergaris.

3. Guru meminta setiap

kumpulan mencari

maksud bagi perkataan

yang bergaris di dalam

seni kata lagu ‘Berniaga

Usaha Mulia’.

4. Guru memanggil

beberapa orang murid

untuk membaca makna

perkataan yang bergaris.

5. Guru memberi

peneguhan terhadap

jawapan yang diberikan

oleh murid.

I. Kemahiran

Berfikir :

Menyelesaikan

masalah

Nilai:

-Bekerjasama

-Teliti

BBM:

-Helaian kertas

yang mengandungi

seni kata lagu

Penilaian

Objektif:

Pemerhatian

melalui jawapan

yang diberikan

oleh murid.

Langkah 3

(15 Minit)

- Membina ayat tunggal

menggunakan perkataan

Aktiviti i

1. Guru meminta murid

KBT:

I. Kemahiran

16

Page 17: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

yang bergaris di dalam

seni kata lagu.

- Contoh ayat:

Beliau merupakan

pelanggan tetap di

sini.

Jawapan jangkaan

pengayaan;

Lupa – ingat

Berjaya – gagal

Pelanggan – penjual

Usahlah – hendaklah

untuk menyalin perkataan

yang bergaris di dalam

buku latihan masing-

masing.

2. Murid diminta untuk

membina ayat tunggal

menggunakan perkataan

bergaris yang terdapat di

dalam seni kata lagu.

3. Ayat tunggal yang dibina

perlulah berdasarkan

maksud yang telah dicari

pada langkah

sebelumnya.

4. Guru memilih beberapa

orang murid untuk

membaca ayat tunggal

yang telah dibina.

5. Guru memberi

peneguhan terhadap ayat

yang telah dibina oleh

murid.

Aktiviti ii

Pengayaan

1. Murid diedarkan dengan

helaian kertas yang

mengandungi beberapa

perkataan yang

terkandung di dalam seni

kata lagu

2. Murid diminta untuk

mencari perkataan

antonim bagi perkataan-

perkataan yang diberikan

Berfikir :

Menyelesaikan

masalah

Nilai:

-Bekerjasama

-Teliti

BBM:

-Helaian kertas

yang mengandungi

seni kata lagu

Penilaian

Objektif:

Pemerhatian

melalui ayat yang

dibina oleh murid

17

Page 18: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

di dalam lembaran kerja.

3. Murid membina ayat

tunggal dengan

menggunakan perkataan

tersebut.

Pemulihan

1. Melengkapkan petak

kosong di dalam seni kata

lagu.

2. Murid diminta untuk

melengkapkannya sambil

bernyanyi.

Penutup

(6 Minit)

- Rumusan isi pelajaran

- Contoh nasihat yang

diberikan:

Kita haruslah jujur

dalam urusan

membeli belah.

Kita mestilah

mengamalkan sikap

amanah dalam

kehidupan seharian

kita.

- Menyayanyikan lagu

‘Berniaga Usaha Mulia’

1. Beberapa orang murid

diminta untuk membuat

rumusan tentang tajuk

yang dipelajari.

2. Guru memberi peneguhan

terhadap respon yang

diberikan oleh murid.

3. Guru memberi nasihat

kepada murid berkaitan

dengan isi pelajaran pada

hari ini.

4. Guru meminta semua

murid menyanyikan lagu

‘Berniaga Usaha Mulia’

sekali lagi.

KBT:

I. Kecerdasan

Pelbagai:

Intrapersonal ,

Muzik dan

Verbal linguistic

II. Kemahiran

Berfikir :

Merumus

EMK:

-TMK

Nilai:

-Yakin

BBM:

-LCD

-Komputer riba

-Alat pembesar

suara

Refleksi:

KESIMPULAN

18

Page 19: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

Pelaksanaan didik hibur di dalam kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

merupakan satu pelaksanaan yang membawa banyak manfaat kepada guru mahupun kepada

pelajar. Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi semakin menarik

dan bermakna kerana ianya menerapkan unsure-unsur seni dalam pembelajaran. Penyampaian

oleh guru turut mempengaruhi kehendak pelajar untuk belajar. Dengan adanya pelaksanaan

didik hibur ini, murid akan bepeluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan di sampaing

menimba ilmu yang ingin disampaikan oleh guru.

Guru turut disarankan untuk menggunakan strategi pengajaran dan pemblajaran yang

pelbagai melalui dokumen standard KSSR ini. Kesemua strategi yang digunakan berdasarkan

pemilihan standard pembelajaran yang diinginkan. Guru juga digalakkan menggunakan krativiti

sendiri dalam memilih, menyusun dan mengolah aktiviti mengikut kesesuaian murid. Hal ini

demikian akan membantu dalam penyampaian pembelajaran dan pengajaran yang berkesan.

Melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran juga, guru diharapkan dapat menerap

kemahiran-kemahiran bernilai tambah. Terdapat banyak elemen kemahiran bernilai tambah

yang boleh diterapkan oleh guru. Selain daripada itu, guru juga perlu menerapkan nilai-nilai

murni serta semangat patriotik dalam proses pengajaran mereka. Semua elemen ini akan

melahirkan pelajar yang bukan sahaja maju dalam akademik tetapi juga melahirkan individu

yang mempunyai minda kelas pertama yang diinginkan oleh negara.

Natijahnya, subjek ini membantu bakal guru dalam menjalani tugasan mereka kelak.

Pelaksanaan didik hibur diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan prestasi murid

dalm penguasaan Bahasa melayu dari hari ke hari.

RUJUKAN

19

Page 20: Pelaksanaan Penyerapan Teknik Didik Hibur

Adenan Ayob, Khairudin Mohamad. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor :

Oxford Fajar Sdn Bhd.

Choong Lean Keow. (2008). Murid dan Alam Belajar. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn

Bhd.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor : Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010). Kreativiti dan Didik Hibur dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad. (2009). Murid dan Alam

Belajar. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Portal Rasmi Sektor Pengurusan Akademik (2010). Strategi Perlaksanaan MBMMBI. Dirujuk

pada 19 Ogos 2013 di laman sesawang: http://www.kedah.edu.my/akademik/index.php?

option=comcontent&view=articcle&idd=88%3Ambmmbi&catid=1%3Alatest-

news&itemid=1

Tuan Jah Tuan Yusof. (2012). Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Selangor :

Penerbitan Multimedia Sdn Bhd.

20