penyerapan kbt

61
5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN Tarikh : 24 April 2011 Masa : 7.45 – 8.45 petang (60 minit) Tahun : 5 Bijaksana Bilangan murid : 36 orang Tema: Pertanian Tajuk : Buah-buahan Obj ekt i f: Pada akhi r pe mbel aj arani ni ,mur i d dapat : i. Memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai untuk mendapatkan keyakinan dalam berurus niaga ii. Memberi pendapat dan penilaian terhadap aktiviti simulasi yang di l aksanakan. iii. Murid dapat mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan kelebihan buah-buahan, kemudian membuat peta minda. Fokus Utama : 1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan. Aras 3 (i) Memujuk dengan ayat dan intonasi yang sesuai untuk mendapatkan keyakinan semasa berurusan. Fokus sampingan : 9.2 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan yang didengar dan dibaca. 1

Upload: share-with-me

Post on 31-Jul-2015

634 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penyerapan kbt

5.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 24 April 2011

Masa : 7.45 – 8.45 petang (60 minit)

Tahun : 5 Bijaksana

Bilangan murid : 36 orang

Tema: Pertanian

Tajuk : Buah-buahan

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, murid dapat :

i. Memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai untuk

mendapatkan keyakinan dalam berurus niaga

ii. Memberi pendapat dan penilaian terhadap aktiviti simulasi yang

dilaksanakan.

iii. Murid dapat mengenal pasti isi-isi penting daripada petikan kelebihan

buah-buahan, kemudian membuat peta minda.

Fokus Utama : 1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan

transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan

barangan dan perkhidmatan.

Aras 3 (i) Memujuk dengan ayat dan intonasi yang sesuai untuk

mendapatkan keyakinan semasa berurusan.

Fokus sampingan : 9.2 Mengenalpasti maklumat dan mencatat nota daripada bahan

yang didengar dan dibaca.

Aras 1 (i) Membuat catatan ringkas daripada maklumat yang diperolah.

1

Page 2: Penyerapan kbt

Sistem Bahasa : kemahiran menulis, bertutur dan mendengar.

Tatabahasa :

Pengisian kurikulum : Sains

Nilai : Mencintai buah-buahan tempatan

Kemahiran Bernilai Tambah :

i) Kemahiran Berfikir : Mengelaskan, menjana idea

ii) Kemahiran Belajar : Memberi maklumat

iii) Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal, Intrapersonal, Kinestetik dan Emosi.

iv) Pembelajaran konstruktivisme : Menghuraikan (elaboration)

Menarik minat (engagement)

Meneroka (exploration)

v) Pembelajaran kontekstual : Menemukan (Inquiry)

Bertanya (questioning)

Masyarakat-belajar (learning comunity)

Refleksi (reflection)

Pengetahuan sedia ada: Murid pernah merasai musim buah-buahan dikampung.

Bahan Bantu Mengajar :

Bil. Bahan Bantu Mengajar Kuantiti

1. LCD 1

2. Lirik lagu buah-buahan 36

3. Cakera padat multimedia lagu dan bunyian 1

4. Kad situasi 36

5. Borang pemarkahan simulasi 6

2

Page 3: Penyerapan kbt

6. Petikan kelebihan buah-buahan 36

7. Borang pengumpulan maklumat 36

ISI PENGAJARAN AKTIVITI P&P CATATAN

Lirik lagu buah-buahan

seperti lampiran 1.

Tajuk P&P pada hari ini

adalah buah-buahan.

Situasi di sebuah pasar

malam

Set Induksi ( 5 minit )

Murid diberi keratan lagu

tema ‘buah-buahan’.

Guru memainkan lagu tema

buah-buahan.

Murid menyanyikan lagu

tema bersama-sama guru.

Murid diberi penjelasan

tentang tajuk pembelajaran

pada hari ini.

BBM: - LCD - Komputer riba.

KP: - muzik

LANGKAH satu (40 minit)

Aktiviti 1: Melakonkan main

peranani

i. Murid diminta berpecah

kepada enam kumpulan

BBM:

- Kad situasi

3

Page 4: Penyerapan kbt

Kad situasi simulasi

seperti dalam lampiran 2.

Lakonan kumpulan akan

dinilai oleh kumpulan

yang lain.

Borang pemarkahan

simulasi merangkumi:

o Intonasi

o Kelancaran

o Gaya

persembahan

o Cara memujuk dan

mempengaruhi

o Mimik muka

yang ditentukan oleh

guru.

ii. Guru memberi sekeping

kad situasi kepada

setiap murid yang

berkaitan dengan

urusniaga di pasar

malam bagi setiap

kumpulan beserta

sehelai borang

pemarkahan main

peranan.

iii. Murid diarah untuk

berbincang mengenai

watak masing-masing.

iv. Setiap kumpulan perlu

membentangkan dan

membuat simulasi

urusniaga di pasar

malam di hadapan

kelas.

v. Murid perlu menekankan

sebutan dan intonasi

yang betul untuk

memujuk dan

meyakinkan para

pelanggan mereka.

vi. Simulasi diikuti dengan

kumpulan seterusnya

- Semua pelajar

KB :

- Menyelesaikan

masalah

- Menjana idea

- Bertutur

BCB :

- Visual-ruang

KP :

4

Page 5: Penyerapan kbt

o Kesesuaian

pemilihan kata

Contoh borang

pemarkahan simulasi

seperti lampiran 3.

Aspek-aspek kritikan

merangkumi:

o Suara

o Kelancaran

o Intonasi

o Gaya

persembahan.

o Cara memujuk dan

mempengaruhi

o Kesesuaian

pemilihan kata

sehingga tamat.

Aktiviti 2: menilai dan

mengkritik.

i. Setiap kumpulan perlu

menilai hasil lakonan

setiap kumpulan yang

lain.

ii. Wakil setiap kumpulan

yang menonton simulasi

tersebut perlu membuat

kritikan ke atas lakonan

simulasi kumpulan-

kumpulan lain.

iii. Guru mengkritik dan

memperbetulkan

sebutan dan intonasi

murid yang salah.

iv. Borang pemarkahan

perlu diisi dan

dipenuhkan oleh murid

dan dihantarkan kepada

guru.

v. Guru membuat rumusan

dan penilaian aktiviti

- Kinestetik

- Emosi

NILAI:

- Kerjasama

- Keyakinan

BBM:

- Borang

pemarkahan

Pembelajaran

Konstruktivism :

5

Page 6: Penyerapan kbt

simulasi tersebut. - Menarik minat

(Engagement)

- Meneroka

(Exploration)

- Menghurai

(Elaboration)

Pembelajaran

konstektual :

- Menemukan

(Inquiry)

- Bertanya

(questioning)

- Masyarakat-belajar

(learning comunity)

- Refleksi

(reflection)

Petikan berkaitan buah

durian seperti lampiran 4

Borang pengumpulan

LANGKAH DUA (10 minit)

Aktiviti 1: Mengumpul

maklumat

i. Murid diminta bergerak

dalam kumpulan

BBM:

- Petikan buah

durian

- Borang

pengumpulan

maklumat

6

Page 7: Penyerapan kbt

maklumat seperti lampiran

5.

berenam semula.

ii. Setiap kumpulan diberi

satu petikan ‘buah

durian’ dan sekeping

borang pengumpulan

maklumat.

iii. Murid diminta membaca

secara kumpulan.

iv. Murid diminta

mengeluarkan maklumat

berdasarkan teks dan

mengisinya kedalam

borang yang telah

diedarkan.

Aktiviti 2:

i. Murid diminta menukar

borang maklumat

dengan kumpulan

sebelah untuk

menyemak jawapan

dengan jawapan yang

guru berikan.

ii. Guru membincangkan

jawapan yang betul

bersama murid.

iii. Borang tersebut perlu

diserahkan semula

KB:

- Menyelesaikan

masalah

BCB:

- Membaca dengan

pantas

7

Page 8: Penyerapan kbt

kepada kumpulan

pemiliknya untuk

membuat pembetulan

Penutup kognitif:

o Guru bertanya

kepada murid ilmu

yang diperoleh

daripada

pembelajaran hari

ini.

o Murid memberitahu

apa yang dipelajari

pada hari tersebut.

Penutup sosial:

o Murid memberi

tepukan sebagai

motivasi dalam diri

murid.

o Guru memuji

murid-murid yang

berjaya dan

memberi semangat

kepada murid yang

tidak berjaya.

o Murid menerima

kata pujian dan

motivasi daripada

PENUTUP (5 minit)

Murid diminta membuat

kesimpulan berdasarkan

pembelajaran hari ini.

Guru menggalakkan

murid untuk memilih

buah-buahan tempatan.

Guru membuat

kesimpulan secara

keseluruhan.

Murid-murid diminta

menyanyikan lagu tema

sekali lagi.

Guru mengucapkan

terima kasih.

KB:

- Menjana idea

KMD:

- Memilih buah-

buahan tempatan

sepenuhnya

NILAI:

- Cintai buah-

buahan tempatan

8

Page 9: Penyerapan kbt

guru seperti:

Kamu seorang

yang pandai.

Kelas ini

memberi

kerjasama

dalam

melakukan

aktiviti.

6.0 APLIKASI PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK (PKT) BERDASARKAN TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA DALAM RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Pengenalan

9

Page 10: Penyerapan kbt

Dalam Rancangan Pengajaran Harian yang telah disediakan, pegangan kepada

Teori Huraian dan Teori pemerolehan Bahasa amat penting supaya guru dapat

menjalankan sesuatu pengajaran dengan baik ketika berinteraksi dengan murid di

dalam kelas. Dalam RPH ini, Teori Huraian Bahasa Fungsional telah digunakan

disertakan dengan Teori Pemerolehan Bahasa Interaksionalis dalam mengaplikasikan

Pendekatan, Kaedah dan Teknik yang sesuai dan menarik bagi menghasilkan

pembelajaran yang berkesan.

Teori Huraian Bahasa (Fungsional)

Teori Fungsional yang dipelopori oleh Halliday dan Wilkins berkembang pada

tahun 60 hingga 70-an. Teori ini mengkaji ke arah bahasa yang meliputi struktur dan

fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Mereka menumpukan kajian pada bentuk dan

perubahan bahasa semasa berkomunikasi. Selain daripada perubahan bahasa,

mereka juga membuat anggapan bahawa bahasa juga merupakan sebagai alat

pertuturan (perhubungan). Oleh yang demikian, jelas bahawa kajian yang dijalankan

oleh mereka sangat mementingkan aspek semantik. Selain itu juga, mereka tidak

menafikan bahawa wujudnya variasi dalam penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa

dapat menggambarkan fikiran dan emosi penutur. Golongan ini beranggapan bahawa

pengukuhan bahasa boleh berlaku secara verbal dan non-verbal.

Selain daripada kajian tentang struktur bahasa, golongan ini juga membuat

kajian berkaitan dengan fungsi bahasa sebagai alat komunikasi. Dalam kajian mereka,

mereka telah menekankan perubahan-perubahan yang berlaku pada bentuk-bentuk

bahasa ketika seseorang itu berkomunikasi.

Ciri-ciri bahasa fungsional dapat dinyatakan seperti yang berikut:

10

Page 11: Penyerapan kbt

Teori Pemerolehan Bahasa (Interaksionalis)

Teori interaksionalis mementingkan aktiviti komunikasi. Seseorang

menghasilkan bahasa apabila dia memerlukannya. Sebagai contoh seorang guru

melakukan aktiviti simulasi agar muridnya berinteraksi antara satu sama lain dengan

menggunakan bahasa. Perkembangan bahasa melibatkan proses kognitif dan proses

interaksi bahasa. Melalui interaksi, terhasillah ayat penyata dan ayat perintah. Hasil

interaksi yang dilakukan akan mempengaruhi kanak-kanak untuk mempelajari sistem

bahasa. Menurut teori pembelajaran interaksionalis kanak-kanak perlu didedahkan

kepada interaksi linguistik supaya mereka boleh mempelajari cara-cara

menggambarkan makna-makna kognitif dalam bentuk linguistik dengan tepat dan jelas.

Teori ini menekankan betapa pentingnya proses pembentukan hipotesis

mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran bahasa itu. Seseorang

pelajar harus boleh menggunakan strruktur-struktur bahasa yang betul dari segi

11

Page 12: Penyerapan kbt

tatabahasa dan makna. Kebolehan ini adalah penting bagi membolehkan mereka itu

berkomunikasi dalam bahasa masyarakat itu dengan baik dan berkesan.

Dalam pembelajaran bahasa, teori ini menyarankan supaya guru-guru memberi

banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Walaupun pada dasarnya teori ini menganggap

penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa namun kedua-dua

makna dan struktur harus berjalan serentak. Langkah ini dapat menolong murid-murid

menggunakan sistem bahasa yang dipelajarinya dengan betul. Selain itu, aktiviti-aktiviti

bahasa yang bermakna dan menarik adalah juga penting difikirkan. Menurut teori ini,

aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan membolehkan murid-murid bukan

sahaja berusaha menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa itu tetapi

juga berkemampuan untuk menggunakannya dengan fasih dan lancar.

Hubungan Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa dengan Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa.

Secara relatifnya, teori huraian dan pemerolehan bahasa mempunyai hubungan

yang sangat rapat dengan pengajaran dan pemberlajran bahasa. Oleh yang demikian

12

Page 13: Penyerapan kbt

seseoran guru bahasa mestilah memahami teori huraian dan pemerloleh dengan

mendalam supaya dapat memngaplikasiknnya dengan berkesan sewaktu mereka

berinterkasi dengan murid-murid mereka dalam bilik darjah.

Setiap guru bahasa mestilah memahami ilmu yang berkaitan dengan bahasa dan

masyarakat (sosiolinguistik) , ilmu linguistik tulen (linguistik huraian, perbandingan dan

linguistik sejarah), dan ilmu linguistik yang berkaitan dengan fikiran (psikolinguistik).

Hal ini demikian kerana ketiga-tiga disiplin ini mempunyai kaitan dengan teori huraian

dan pemerolehan bahasa. Huraian sosiolinguistik, isi pelajaran dan huraian bahasa

adalah bertunjangkan situasi sosiolinguistik.

Isi pelajaran yang akan disampaikan haruslah melalui kaedah dan teknik yang

betul. Kaedah dan teknik haruslah berpunca daripada strategi pembelajaran yang

bersumberkan teori pedagogi bahasa. Teori pedagogi bahasa pula mempunyai kaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Dalam masa yang sama, pemilihan media atau bahan bantu belajar pula

haruslah difahami dan boleh di buat oleh guru. Bahan Bantu Belajar (BBB) hendaklah

sesuai dengan isi, kebolehan murid, situasi bilik darjah, saiz huruf (font) dan yang

terpenting ialah objektif pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan penggunaannya

akan membantu pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran.

Pendekatan, Kaedah Dan Teknik Yang Berkaitan Dengan RPH

Pendekatan Komunikatif

13

Page 14: Penyerapan kbt

Dalam pengajaran bahasa, terdapat pelbagai pendekatan seperti pendekatan

komunikatif, pendekatan situasi, pendekatan psiko-linguistik, pendekatan terjemahan

dan pendekatan nahu. Pendekatan-pendekatan ini timbul berasaskan teori-teori

pembelajaran yang berbentuk mentalis atau behavouris. Contohnya jika kita mengikut

teori mentalis atau kognitif maka pendekatan yang digunakan adalah seperti

pendekatan terjemahan dan pendekatan nahu. Bagi teori behavouris, maka pendekatan

pengajaran yang digunakan adalah pendekatan komunikasi dan situasi.

Pendekatan Komunikatif dibentuk berdasarkan teori fungsi bahasa yang

diutarakan oleh M.A.K Halliday (1970). Berdasarkan eksperimennya dengan kanak-

kanak, Halliday telah membuktikan bahawa bahasa memainkan beberapa peranan

penting dalam kehidupan manusia. Menurut Halliday, peranan bahasa itu ialah seperti

yang berikut:

Bahasa digunakan sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu.

Bahasa digunakan untuk mengawal tingkah laku orang lain.

Bahasa digunakan untuk berinteraksi dan berhubung dengan orang lain.

Bahasa digunakan untuk menyampaikan maksud.

Bahasa digunakan untuk meluahkan perasaan.

Bahasa digunakan untuk menyampaikan maklumat.

Bahasa digunakan untuk mencipta sesuatu secara kreatif dan imaginatif.

Sungguhpun Halliday yang mengutarakan teori ini, dia sendiri tidak membina

pendekatan pengajaran bahasa. Ahli-ahli lain yang merupakan ahli pedagogi bahasa

seperti Keith Morror, H.G. Widdowson, Keith Johson, D. Hymes, Christopher Brumfit

14

Page 15: Penyerapan kbt

dan lain-lain telah cuba membina satu pendekatan pengajaran bahasa berdasarkan

teori Halliday.

Ciri-ciri penting dalam pendekatan komunikatif yang pertama ialah aspek makna

sangat diutamakan. Kedua, sekiranya dialog digunakan dalam pengajaran, fungsi atau

peranan komunikatif dialog itu hendaklah diutamakan dan bukan dilakukan untuk

dihafaz. Ketiga, konteks dan situasi penggunaan bahasa amat dipentingkan. Keempat,

pembelajaran bahasa merupakan pembelajaran untuk berhubung dan kemahiran

bahasa dianggap sebagai kemahiran sosial. Kelima, bahan-bahan pembelajaran yang

dipilih hendaklah bersesuaian dengan situasia atau simulasi dalam aktiviti pengajaran.

Keenam, stimulus atau aktiviti pembelajaran hendaklah menggalakkan atau

memberangsangkan murid-murid bercakap dan berkomunikasi, ataupun menggunakan

bahasa dalam pelbagai keperluan berkomunikasi. Ketujuh, keupayaan berkomunikasi

dengan menggunakan bahasa secara betul dan berkesan ialah matlamat pendekatan

komunikatif.

Menurut ahli-ahli yang telah menyokong pendekatan ini, terdapat beberapa

perkara penting yang perlu dipraktikkan sekiranya kaedah pengajaran hendak dibina

berdasarkan pendekatan komunikatif. Prinsip-prinsip tersebut meliputi tujuh perkara.

1. Semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bersesuaian dengan umur,

pengalaman, latar belakang, minat dan keperluan pelajar.

2. Semua latihan dan aktiviti bahasa hendaklah bercorak realistik dan pragmatik

dan menggambarkan keperluan sebenar penggunaan bahasa untuk

berkomunikasi dalam dunia yang sebenarnya, iaitu sama ada dalam alam

persekolahan, pekerjaan atau pergaulan.

3. Kemahiran berkomunikasi yang dimaksudkan ialah penggunaan bahasa sebagai

alat untuk berkomunikasi, sama ada secara lisan atau tulisan.

15

Page 16: Penyerapan kbt

4. Semasa mengajar pula pelajar perlu dilibatkan secara aktif iaitu wujudnya

komunikasi dua hala. Dengan kata lain, ada pihak yang memainkan peranan

berbahasa yang bersifat produktif dan ada pihak yang memainkan peranan

berbahasa yang bersifat reseptif.

5. Guru haruslah kreatif dan hendaklah sentiasa mencuba menghidupkan situasi

pembelajaran di bilik darjah agar dapat menarik minat dan menyeronokkan

murid-murid.

6. Aspek tatabahasa sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Kesilapan perlu

dibetulkan serta-merta apabila berlaku dan tidak boleh dibiarkan berterusan.

7. Dalam sesuatu aktiviti bahasa yang diadakan di dalam bilik darjah, guru

seharusnya bertindak sebagai pengawas, penasihat atau pemerhati sahaja di

mana penglibatan guru amat minimum iaitu masa yang diambil olehnya untuk

menerangkan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu haruslah seringkas mungkin.

Kaedah Komunikatif

Pembelajaran menggunakan kaedah komunikatif ini terbentuk berlandaskan teori

interaksi. Prinsip pengajaran menggunakan kaedah ini ialah:

(a Kanak-kanak memperoleh bahasa melalui proses kognitif dan interaksi

bahasa.Oleh itu, pengajaran bahasa mestilah merangkumi pengajaran

kecekapan bahasa dan komunikatif.

(b) Kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah

mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang

tertentu. Dalam pengajaran bertutur, murid-murid melibatkan diri dalam aktiviti

bahasa yangbermakna seperti dalam penyelesaian masalah, perbincangan,

16

Page 17: Penyerapan kbt

dialog, sumbangsaran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih

menggunakan strukturbahasa yang diajar.

(c) Pengajaran bertutur mestilah melalui huraian bahasa dalam teks dan wacana

danbukan secara ayat pencilan.Ini bermakna, untuk berkomunikasi dengan

berkesan,ayat-ayat tidak dihasilkan secara pencilan tetapi dalam suatu wacana.

(d) Pengajaran bertutur hendaklah mementingkan pengetahuantentang bahasa

danpenggunaan unsur bahasa dalam konteksnya.Dengan kata lain,

pengajarankemahiran bertutur tidak boleh bertumpu kepada aktiviti latih tubi atau

latih amal unsur-unsur bahasa sahaja tetapi juga perlu memasukkan aktiviti-

aktiviti penggunaan unsur-unsur bahasa yang telah dilatih tubi atau dilatih amal

tersebut.

(e) Murid dibenarkan membuat kesilapan kerana dalam proses pemerolehan

bahasa juga kanak-kanak akan melakukan kesilapan.Mereka melakukannya

semasa mereka membuat percubaan hipotesis terhadap bahasa yang mereka

gunakan.

Kesimpulannya dalam proses pengajaran kemahiran bertutur, kaedah

komunikatif ini bertujuan untuk membolehkan murid menguasai kecekapan bahasa

(tatabahasa), dan menguasai kecekapan menggunakan unsur-unsur bahasa yang

dipelajari dalam konteks penggunaan yang sebenar yakni dalam komunikasi bahasa.

Teknik Simulasi

Teknik Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir

menyerupai keadaan sebenar yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri

17

Page 18: Penyerapan kbt

berdasarkan peranan masing-masing bagi membuat keputusan menyelesaikan

masalah, isu atau tugasan semula. Melalui teknik ini murid –murid dapat menggunakan

kemahiran belajar seperti mengumpulkan maklumat, menjalankan temuramah dengan

individu tertentu dan mencatat isi-isi penting dan pelbagai lagi. Semasa di dalam proses

ini murid-murid digalakan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan

dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan.

Memberi peluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah. Melalui teknik

ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya

dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Dengan menggunakan teknik ini guru

dapat melakukan pelbagai aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada murid

– murid untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Rancangan Pengajaran Harian

(RPH).

Aplikasi Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam RPH.

18

Page 19: Penyerapan kbt

Dalam RPH yang telah disediakan, guru berpegang kepada pendekatan

komunikatif yakni pendekatan yang mengutamakan kecekapan komunikatif dan

kecekapan linguistik. Kami menggunakan strategi berpusatkan murid bagi melibatkan

murid secara aktif dalam pembelajaran. Pendekatan ini bertujuan mendedahkan murid

dengan struktur dan tatabahasa dalam sesuatu aktiviti berkomunikasi yang sebenar

seperti situasi di membeli barang di pasar malam. Melalui aktiviti simulasi yang

dijalankan dalam RPH, murid dapat dilatih dari beberapa aspek pertuturan atau

komunikasi iaitu:

1. Intonasi

2. Kelancaran

3. Cara memujuk dan mempengaruhi.

4. Gaya persembahan

5. Mimik muka

6. Pemilihan ayat yang sesuai dalam menyatakan sesuatu perkara.

Pendekatan komunikatif ini dibentuk dalam RPH berdasarkan teori bahasa yang

dipelopor oleh Halliday yang menyatakan bahawa kanak-kanak belajar berbahasa

sebagai alat untuk mendapatkan sesuatu, menyampaikan maklumat disamping

berinteraksi dan berhubung dengan orang lain. Aktiviti bahasa yang dijalankan iaitu

simulasi dapat menarik minat dan penglibatan mereka berdasarkan pengalaman sedia

ada yang ada pada mereka sebelum ini. Aktiviti yang dilaksanakan bercorak realistik

dan memberi gambaran sebenar tentang penggunaan bahasa untuk berinteraksi di

dunia sebenar. Guru juga bertindak sebagai pengawas dan memastikan murid

menjalankan seperti yang dirancang. Namun, setelah selesai aktiviti, guru perlu

membuat penilaian dan pembetulan kepada murid agar mereka tidak mengulangi

kesilapan yang sama.

19

LANGKAH satu (40 minit)

Aktiviti 1: Melakonkan main peranan

i. Murid diminta berpecah kepada enam kumpulan yang ditentukan oleh guru.

ii. Guru memberi sehelai kad peranan berkaitan dengan urusniaga di pasar

malam bagi setiap kumpulan beserta sehelai borang pemarkahan simulasi

iii. Murid diarah untuk berbincang dan menentukan watak-watak yang terdapat

dalam teks dialog tersebut.

iv. Setiap kumpulan perlu membentangkan dan membuat simulasi urusniaga di

pasar malam di hadapan kelas.

v. Murid perlu menekankan sebutan dan intonasi yang betul untuk memujuk

dan meyakinkan para pelanggan mereka.

vi. Simulasi diikuti dengan kumpulan seterusnya sehingga tamat.

Page 20: Penyerapan kbt

Rajah 1: Petikan daripada Rancangan Pengajaran Harian

Dalam RPH yang telah dibuat, kami telah memilih pengkaedahan komunikatif

kerana kaedah ini berkait rapat dengan Teori Huraian Fungsional dan Teori

Pemerolehan Interaksionalis yang digunakan oleh kami. Kaedah ini juga dipilih

bertujuan untuk memberi pembelajaran bahasa yang bermakna kepada murid yang

menggalakkan lagi pembelajaran mereka. Aktiviti komunikasi yang terdapat dalam

Rajah 1 iaitu pada Langkah Satu melalui aktiviti melakonkan simulasi menunjukkan

penggunaan kaedah komunikatif yang menekankan aspek kelancaran dan ketepatan

berbahasa.

Teknik main peranan yang dijalankan ialah aktiviti yang melibatkan komunikasi

sebenar yang di bawa ke dalam bilik darjah bagi menambahkan lagi kefahaman murid

untuk mengaplikasikannya di dunia sebenar. Kaedah komunitif ini memberi tumpuan

kepada fungsi komunikasi dalam konteks situasi sebenar. Sebagai contoh, pada

langkah satu melalui aktiviti melakonkan simulasi, murid dikehendaki berpecah kepada

20

Page 21: Penyerapan kbt

enam kumpulan mengikut ketentuan guru. Murid kemudiannya masing-masing diberi

kad peranan yang mana terdapat watak dan peranan setiap orang murid.

Kemudian murid dikehendaki membuat lakonan tentang simulasi berkaitan

dengan urusniaga di pasar malam. Dengan ini, penggunaan kaedah komunikatif dapat

dilihat ketika murid berinteraksi sesama mereka memenuhi sesuatu kehendak seperti

memujuk penjual di pasar malam mengurangkan harga barang ataupun sebagai

peniaga yang perlu meyakinkan pelanggan. Penekanan kepada intonasi dan

penggunaan bahasa yang sesuai untuk memujuk diberi perhatian oleh guru bagi

memenuhi objektif pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti main peranan ini perlu

dijalankan oleh semua murid dan dinilai oleh murid sendiri disamping penilaian yang

dibuat guru. Guru akan memberi pendapat dan membetulkan kesilapan yang dilakukan

oleh murid ketika aktiviti simulasi bagi mengelak berulang kesilapan yang sama.

7.0 PENYERAPAN KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH

7.1 Pengenalan

21

Page 22: Penyerapan kbt

kemahiran bernilai tambah ialah kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah

serta dapat diaplikasikan dalam suasana dunia sebenar murid dan dalam senario dunia

yang global. Kemahiran bernilai ini tambah beliau melibatkan aktiviti-aktiviti yang

memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca,

dan menulis.

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

(KBSR) Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai Tambah mengutamakan pengalaman bilik

darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang

global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan pelbagai kemahiran

agar memenuhi keperluan semasa pengajaran dan pembelajaran. 

Berdasarkan kepada definisi yang diberikan tersebut, dapatlah kita faham

bahawa kemahiran bernilai tambah ini merupakan suatu kemahiran yang boleh

diajarkan kepada murid-murid dalam membantu meningkatkan keupayaan dan potensi

individu seseorang murid. Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini

terhadap murid-murid seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-

murid untuk diaplikasikan dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan

seharian murid.

Kemahiran bernilai tambah merupakan suntikan baru kepada pengisian

kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang sedia ada seperti

penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotisme, dan peraturan

sosiobudaya. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran bernilai tambah yang diterapkan

secara eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian

Pendidikan Malaysian ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti.

Antara kepentingan pengajaran bernilai tambah ialah merupakan salah satu cara

untuk memenuhi konsep pembelajaran seumur hidup dan menempuh cabaran abad ke-

21. Dengan adanya kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran kajiaan masa depan

pelajar dapat bersedia untuk menghadapi sagala masalah dan cabaran pada masa

depan. Hal ini kerana, kaedah kajian masa hadapan merupakan satu pendekatan

22

Page 23: Penyerapan kbt

pengajaran yang mendidik pelajar agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu

yang berlaku pada masa lampau, masa kini, dan masa hadapan. Ini bermakna pelajar

dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta mengendalikan perubahan.

Selain itu, kemahiran bernilai tambah yang disarankan dalam pengisian

kurikulum sukatan pelajaran dapat memberi ilmu pengetahuan kepada murid secara

tidak langsung. Biarpun murid ini tidak mempelajari kemahiran muzik dan kemahiran

berfikir misalnya, namun kesan penyerapan itu dapat diambil positif oleh setiap

pengguna kurikulum sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam 

menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah 

merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang murid. Kemahiran ini yang merangkumi kemahiran 

berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara belajar, 

kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan 

pembelajaran kontekstual. Kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam pengajaran dan

pembelajaran (P&P) di dalam kelas supaya dapat mewujudkan suasana p&p yang

harmoni dan dapat merangsang murid-murid untuk terus belajar.

23

Page 24: Penyerapan kbt

Rajah 1

Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti

mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi

24

Page 25: Penyerapan kbt

mengkonsepsikan idea menyelesaikan masalah atau membuat keputusan, adalah

penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

Kemahiran berfikir juga diajarkan kepada murid melalui soalan dan aktiviti yang

memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur,

membaca dan menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan

idea, menyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam

kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa depan.

Untuk membolehkan murid menguasai kemahiran tersebut, alat berfikir seperti

penyusunan grafik, soalan jenis bertumpu, bercapah dan lingkaran soalan serta peta

minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

Teori Robert Sperry pula menghuraikan otak manusia yang menggunakan

bahagian kirinya berfikir secara kritis dan bahagian kanannya pula berfikir secara

kreatif. Kedua-dua bahagian otak ini mempunyai fungsi berfikir yang tertentu. Otak kiri

mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang berupa logik, analitis urutan atau susunan

bahasa fakta, matematik dan ingatan. Manakala bahagian kanan mempunyai

kemahiran berfikir dalam bidang berupa kreatif, sintesis, warna, reka bentuk di samping

perasaan, irama, muzik dan imaginasi. Berdasarkan huraian di atas, untuk melahirkan

pelajar yang sanggup berfikir secara kritis dan kreatif, kedua-dua bahagian otak kanan

dan kiri hendaklah dikembangkan.

25

Page 26: Penyerapan kbt

Rajah 1

26

Page 27: Penyerapan kbt

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Kemahiran ini perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan

komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel,

menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian, dan

mengakses maklumat melalui internet.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara berfikrah, terancang

dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran berupaya meningkatkan

kefahaman dan penguasaan murid terhadap pelajaran dan memberi peluang

pembelajaran yang sama kepada semua murid yang pelbagai keupayaan. Murid-murid

juga boleh mengaplikasikan pembelajaran kendiri dengan mencari maklumat sendiri di

internet.

Rajah 2

27

Page 28: Penyerapan kbt

Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran ini perlu diajar kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik

pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid

meningkatkan pengetahuan, kecekapan, bertindak untuk menghadapi dunia yang

semangkin mencabar dan sering berubah serta mengamalkan pembelajaran seumur

hidup.

Kemahiran belajar cara belajar juga diajarkan supaya murid peka terhadap teknik

pembelajaran yang berkesan. Kemahiran belajar yang perlu dikuasai ialah

menentukan bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses

maklumat. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan

pengetahuan, cekap bertindak dan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.

Penguasaan kemahiran belajar cara belajar amat penting bagi murid-murid

lantaran masa pengajaran dan pembelajaran dalam kelas adalah amat terhad. Hal ini

menyebabkan ilmu pengetahuan yang diterima oleh murid-murid juga terhad. Oleh itu,

mereka harus belajar cara untuk memperoleh maklumat tambahan dan meningkatkan

penguasaan mereka dalam mempelajari sesuatu. Dalam erti kata lain, belajar cara

belajar akan membantu murid-murid supaya mampu dan berupaya untuk belajar sendiri

tanpa guru.Dengan menguasai kemahiran belajar cara belajar, murid-murid juga

mampu menilai tahap pembelajarannya sendiri dan seterusnya membuat sesuatu untuk

meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.

Kemahiran belajar meliputi keseluruhan kemahiran yang biasanya cuba

diterapkan oleh guru Bahasa Melayu ( sama ada peringkat sekolah rendah mahupun

sekolah menengah) dalam pengajaran dan pembelajaran mereka (terkandung dalam

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu) iaitu meliputi kemahiran mendengar dan bertutur,

kemahiran membaca, kemahiran menulis dan mencatat nota dan kemahiran menghafal.

28

Page 29: Penyerapan kbt

Rajah 3

29

Page 30: Penyerapan kbt

Kemahiran Kajian Masa Depan

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid

agar lebih prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa

lampau, masa kini, dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan,

menjangka akibat serta mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat

yang maksimum.

Pembelajaran berasaskan Kajian Masa Depan diperkenalkan untuk mendidik

generasi baru bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Pembelajaran

berasaskan kajian masa depan merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk

menambahkan keupayaan pelajar dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan

membuat keputusan untuk menghasilkan generasi masa depan yang berkeyakinan,

berupaya dan bertanggungjawab.

Kajian Masa Depan memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang

isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka

memandang masa depan dengan yakin dan optimis serta mengambil bahagian dalam

merancang masa depan mereka.

Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menghasilkan tenaga

manusia yang dapat berfikir tentang masa depan. Selain daripada itu, mereka

seharusnya berfikir untuk menggambarkan serta menjangkakan masalah yang bakal

timbul. Murid-murid juga dapat mencari alternatif dan pilihan kearah masa depan yang

lebih baik melalui kajian masa depan seterusnya akan membawa anjakan paradigma

terhadap budaya belajar yang berasaskan pengetahuan dan ingatan semata-mata

kepada budaya berfikir.

30

Page 31: Penyerapan kbt

Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Teori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun

1983. Beliau merupakan profesor dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti.

Menurut Gardner, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu

berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Justeru, Dr. Gardner telah mengemukakan

8 jenis kecerdasan yang berbeza sebagai satu cara untuk mengukur potensi

kecerdasan manusia, kanak-kanak dan dewasa.

Antara teori Kecerdasan pelbagai ialah merangkumi logik matematik, visual-

ruang, muzik, naturalis, intrapersonal, kinestetik, verbal-linguistik dan interpersonal.

Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan

gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana

setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.

Kepentingan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran ialah

untuk membolehkan guru untuk menjalankan pengajaran mengikut lapan kecerdasan.

Selain itu, melalui kecerdasan pelbagai ini, guru dapat menilai bakat dan kebolehan

pelajar seterusnya membangunkan bidang akademik dan kokurikulum pelajar.

Suasana kolaboratif juga dapat diwujudkan. Hal ini seterusnya menggalakkan inovasi

dan penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 4

31

Page 32: Penyerapan kbt

Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang

boleh membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri berdasarkan

pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih

faham, yakin, dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat.

“konstruktivisme adalah tidak lebih daripada satu komitmen terhadap pandangan

bahawa manusia membina pengetahuan sendiri. Ini bermakna bahawa sesuatu

pengetahuan yang dipunyai oleh seseorang individu adalah hasil daripada aktiviti yang

dilakukan oleh individu tersebut, dan bukan sesuatu maklumat atau pengajaran yang

diterima secara pasif daripada luar. Pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada

pemikiran seseorang individu kepada pemikiran individu yang lain. Sebaliknya, setiap

insan membentuk pengetahuan sendiri dengan menggunakan pengalamannya secara

terpilih” ( Nik Azis Nik Pa, 1999 )

Mengikut Konstruktivisme, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang

berfikir. Individu ini tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang

disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan

pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya

dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya.

Dalam proses membina pengetahuan baru, murid akan berfikir untuk

menyelesaikan masalah, menjana idea, dan membuat keputusan yang bijak dalam

menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran. Sebagai contoh, ini boleh dicapai

melalui aktiviti penyelidikan dan penyiasatan seperti mengenal pasti masalah,

mengumpul maklumat, memproses data, membuat interpretasi dan membuat

kesimpulan.

32

Page 33: Penyerapan kbt

Selain itu. kefahaman murid tentang sesuatu konsep dan idea lebih jelas apabila

mereka terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru. Seorang murid

yang memahami apa yang dipelajari akan dapat mengaplikasikan pengetahuan yang

baru dalam kehidupan dan situasi baru. Setelah memahami sesuatu konsep, murid

akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka terlibat secara aktif

dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk

membina pengetahuan baru.

Murid yang belajar secara konstruktivisme diberi peluang untuk membina sendiri

kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih yakin kepada diri

sendiri dan berani menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Dalam

pembelajaran secara konstruktivisme, murid membina sendiri pengetahuan, konsep

dan idea secara aktif. Ini menjadikan mereka lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok

untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai kemungkinan dan

cabaran.

Murid yang berkemahiran sosial boleh bekerjasama dengan orang lain dalam

menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh apabila

murid berinteraksi dengan rakan atau guru-guru mereka dalam membina pengetahuan

mereka.

Rajah 5

33

Page 34: Penyerapan kbt

Kemahiran Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan

pengalaman individu, masyarakat, dan alam bekerja. Pembelajaran kontekstual

disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai secara konkrit yang melibatkan latih

amal adab berfikir. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan

pengetahuan baru secara bermakna, dan menghayati kerelevanan pembelajaran

dengan kehidupan mereka.

Pembelajaran konteksual merupakan satu model dinamik dan terbuka.

Pembelajaran kontekstual memastikan pelajar disediakan peluang untuk menjadikan

pembelajaran bermakna melalui pengalaman dan informasi, dan menggunakan

pengalaman serta informasi demi membina pengetahuan sendiri. Pemahaman pelajar

menjadi semakin jelas apabila mereka berupaya mengaitkan pengetahuan yang

diperoleh dalam bilik darjah dapat diaplikasikan dengan situasi di luar konteks bilik

darjah. Pembelajaran kontekstual mempertimbangkan interaksi antara pelbagai tahap

dan unsur pengajaran. Ini memerlukan proses pembelajaran yang luwes dan tidak

mengikut susunan bukan konteksual yang berbentuk artifisial.

Pembelajaran secara kontekstual dapat membina keyakinan diri kerana murid

dapat memahami perhubungan antara teori dan amalan. Pembelajaran secara

Kontekstual juga membina pendekatan kerja kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu

masalah. Sekolah dapat memainkan peranan sebagai penghubung antara akademik

dan alam pekerjaan dan dengan itu mendapat sokongan dan dokongan industri.

Pendekatan kontekstual dapat membina asas kukuh tenaga kerja mahir masa depan

untuk menguatkan kedudukan negara di peringkat dunia.

34

Page 35: Penyerapan kbt

Rajah r

Konsep dan tujuan penyerapan Kemahiran Bernilai Tambah dalam mata pelajaran

Bahasa Melayu

35

Page 36: Penyerapan kbt

Konsep dan prinsip kemahiran bernilai tambah yang digariskan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia sejajar dengan kemahiran generik. Kemahiran bernilai

tambah merupakan kemahiran umum yang diaplikasikan merentas semua domain mata

pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Kemahiran bernilai tambah

memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikuasai berbanding dengan ilmu atau

kemahiran dalam mata pelajaran tertentu. Kemahiran bernilai tambah merupakan

kemahiran yang diperolehi melalui aplikasi kemahiran generik, serta melalui

aplikasi pendekatan, kaedah dan teknik tertentu dalam pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah.

Dalam literatur pendidikan, istilah ‘kemahiran generik’ sering diutarakan dengan

pengertian yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai ‘strategi

kognitif’. Sarjana kognitif pula merujukkannya sebagai ‘ilmu bebas domain’

(domain-independent knowledge) Stasz et.al, 1990: Bikson dan Law, 1995; Bikson,

1994 mentakrifkan kemahiran generik sebagai ‘Suatu literatur pendidikan umum

tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis dan

menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi.´

Attewell (1994) : pengguna atau pekerja yang memiliki kemahiran generik dapat

mempelajari aplikasi baru yang disampaikan kepadanya dengan mudah. Dalam hal

ini kemahiran generik dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang diberkan

penekanan.

kemahiran generik yang meliputi kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif,

kemahiran belajar, kemahiran mentaksir dan menilai , dan kemahiran fasilitator.

Meskipun aplikasi kemahiran generik semakin diberikan penekanan, namun terdapat

variasi tentang subkemahiran yang terangkum dalam kemahiran generik.

Walaupun terdapat pelbagai perspektif kemahiran generik, para sarjana

bersetuju bahawa jenis kemahiran generik yang utama ialah kemahiran berfikir

36

Page 37: Penyerapan kbt

(penyelsaian masalah), strategi pembelajaran (mencipta mnemonik untuk mengingat

dan kemahiran metakognitif). Para sarjana, penggubal kurikulum dan pelaksana

pendidikan bersetuju tentang kepentingan kemahiran generik serta tuntutan untuk

melengkapkan individu pelajar dengan kemahiran tersebut.

Tujuan konsep penyerapan ini boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan

pembelajaran didalam kelas adalah bertujuan untuk membantu murid untuk supaya

dapat menambahkan kefahaman dan kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan

melalui aktiviti yang dijalankan oleh guru.

Selain itu, konsep penyerapan ini dapat membentuk sikap ingin menambahkan

ilmu pengetahuan dalam kalangan murid dan dapat meluaskan ruang untuk meneroka

bidang ilmu yang mereka minati. Murid juga boleh memupuk corak pemikiran yang

terbuka dan sentiasa ingin tahu dalam diri mereka dan secara tidak langsung, mereka

dapat melatih diri mereka untuk berfikiran yang rasional, logik, objektif, dan positif.

Tambahan lagi, konsep penyerapan dalam pengajaran Bahasa melayu pula

boleh membantu murid menguasai pengetahuan tentang penggunaan perbendaharaan

kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, kegunaan intonasi, dan perlakuan bukan

bahasa yang lain mengikut konteks selain dapat memahami dan menerima serta

mengamalkan aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri mereka. Murid juga

akan menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang bersesuaian dan diterima oleh

rakan sebaya dan masyarakat jika kosep ini berjaya diserap kedalam diri mereka.

Penyerapan dianggap penting dalam pengajaran untuk tujuan memantapkan lagi

penguasaan pembelajaran pelajar. Melalui penyerapan pengajaran sepatutnya mampu

dikaitkan dengan unsur-unsur nilai tambah yang ditekankan di dalam kurikulum. Dalam

konteks pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malayisia (BM), matlamatnya tidak

hanya menekankan penguasaan bahasa semata-mata, tetapi meliputi pembinaan diri

pelajar. Oleh itu, kajian ini melihat persepsi guru Bahasa Melayu terhadap aspek

penyerapan berdasarkan persediaan, pelaksanaan dan keberkesanannya.

7.2 Pemupukan Potensi Semula Jadi Murid Melalui Penyerapan Kemahiran

Bernilai Tambah Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu

37

Page 38: Penyerapan kbt

Definisi Potensi.

Potensi merujuk kepada keupayaan dan kebolehan manusia yang terpendam

dalam diri seseorang yang membolehkan manusia berkembang maju ke hadapan.

Istilah potensi dalam Kamus Dewan (1989), membawa makna kemampuan

(mencapai,menghasilkan atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan,

kesanggupan, keupayaan untuk berkembang maju. Justeru itu, potensi seseorang

individu itu berkembang sejak manusia dilahirkan. (Siri Pendidikan Guru :

Perkembangan Kanak-kanak,2008)

Persekitaran keluarga dan masyarakat turut menyumbang kepada

perkembangan potensi seseorang individu. Ini beerti potensi seseorang individuadalah

berkaitan dengan fungsi hidup seseorang manusia yang normal untuk berkembang,

selaras dengan fitrah manusia dijadikan di muka bumi ini. Selain itu potensi juga

merangkumi ke semua aspek dalam kehidupan iaitu aspek intelektual, rohani, emosi,

jasmani dan sosial (JERIS).

Sehubungan dengan itu, manusia perlu mengoptimumkan potensi yang ada

dalam dirinya selaras dengan fitrah manusia yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t agar

manusia memperolehi kebahagiaan di dunia dan akhirat.

38

Page 39: Penyerapan kbt

Rajah 1

Perkembangan Intelek

Potensi intelek individu boleh dilihat daripada daya pemikiran, cara seseorang itu

berfikir untuk menyelesaikan masalah, mereka cipta dan menaakul.

Rajah

2

Menurut Piaget (1896 - 1980), proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh

bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan

sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang

berlaku di persekitaran mereka.

Piaget juga menjelaskan kaedah manusia mempersepsikan ilmu dan membina

hipotesis dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia schemata dan

melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. (Ramlah dan

Mahani, 2002).

Empat faktor yang saling berkait boleh mempengaruhi proses pemikiran individu

ialah kematangan biologi kerana proses pemikiran dipengaruhi oleh factor baka atau

genetic. Selain itu, interaksi individu dengan persekitaran untuk memahami perkara-

perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji,memerhati dan menyusun

maklumat. Pengalaman sosial iaitu pergaulan individu dan juga proses keseimbangan

39

Page 40: Penyerapan kbt

iaitu mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami juga merupakan fakor-

faktor tersebut.

Perkembangan Emosi

Emosi boleh didefinisikan sebagai satu perasaan afektif yang dialami seseorang

individu dalam sesuatu keadaan yang member makna kepada dirinya. Emosi dating

dalam berbagai bentuk seperti emosi gembira, sedih, takut, marah, keliru, gelisah. (Siri

Pendidikan Guru : Perkembangan Kanak-kanak,2008)

Rajah 3

Perkembangan emosi individu dilihat sebagai suatu keadaan dimana seseorang

itu dapat memahami perasaan diri sendiri dan orang lain. Dengan itu, manusia

berkeupayaan untuk mencapai kesedaran, keinsafan, sikap bertanggungjawab dan

boleh dipercayai.

Daniel Goleman (1995) menyatakan 80% kejayaan seseorang bergantung

kepada kecergasan emosi (EQ) manakala lebih kurang 20% sahaja kejayaan yang

disebabkan oleh kecergasan mental (IQ). Menurut Meyer dan Salovey (1993),

kepintaran emosi membolehkan individu berfikir lebih kreatif dan dapat menggunakan

emosi untuk menyelesaikan masalah.

40

Page 41: Penyerapan kbt

Perkembangan Sosial.

Aspek ini merujuk kepada hubungan individu dilihat sebagai suatu keadaan di

mana seseorang itu dapat memahami perasaan diri sendiri dan orang lain. Dengan itu,

manusia berkeupayaan untuk mencapai kesedaran, keinsafan, sikap bertanggungjawab

dan boleh dipercayai.

Teori perkembangan Psikososial Erikson (1950) menekankan kepentingan

hubungan sosial dengan individu lain di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson,

personality seorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.

Perkembangan Rohani

Aspek ini merujuk kepada kepercayaan beragama, nilai dan norma masyarakat

masyarakat serta perlakuan peribadi individu. Individu yang mempunyai pegangan

agama, nilai dan moral yang baik akan membentuk tenaga penggerak dalam jiwa dan

perasaan dalaman yang akan melahirkan perilaku manusia yang baik.

Perkembangan Jasmani.

Perkembangan fizikal merujuk kepada perubahan saiz fizikal, kadar

pertumbuhan bahagian-bahagian badan, fungsi angota badan dan perawakan manusia

(Woolfolk & Margetts, 2007). Semasa pembesaran, kanak-kanak akan mengalami

perubahan dalam ketinggian, berat badan, menjadi lebih kuat dan dapat melibatkan diri

dalam kegiatan fizikal yang lebih kompleks.

Perubahan-perubahan ini mempengaruhi tingkah laku kanak-kanak secara

langsung dan tidak langsung (Hurlock, 1978). Perkembangan fizikal menentukan

kebolehan kanak-kanak melakukan sesuatu, misalnya keupayaan mereka bersaing

dengan rakan sebaya dalm sukan atau permainan.

Aspek perkembangan jasmani ini penting kerana aspek ini berkait dan menjadi

asas kepada aspek-aspek perkembangan yang lain. Jika murid tidak mempunyai aspek

41

Page 42: Penyerapan kbt

ini dengan baik, maka merek akan menjadi paisif dan suka menyendiri kerana kurang

keyakinan dalam diri mereka.

Penyerapan Komponen Kemahiran Bernilai Tambah Dapat Memupuk Potensi Murid

Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu.

Antara komponen KBT yang yang dapat melahirkan atau ,mengasah potensi

murid ialah kemahiran belajar cara belajar. Kemahiran ini mengandungi aspek

mengingat jangka panjang, serta kemahiran mendengar. Dalam aktiviti yang dirancang,

guru memulakan pengajaran dengan memperdengarkan rakaman perbualan di radio

untuk situasi di kedai buku. Ketika itu, murid perlu menumpukan perhatian mereka

dengan mengaplikasikan kemahiran mendengar aktif yang telah dipelajari.

Selain itu, komponen KBT bagi kemahiran ini melibatkan cara mengingat jangka

panjang. Murid telah diajarkan beberapa ayat dasar yang berkaitan dengan situasi di

kedai buku. Murid perlu menghafal setiap baris ayat itu untuk diaplikasikan semasa

mengalaminya di dunia sebenar. Untuk itu, murid perlu mengingat jangka panjang

dialog situasi itu serta meningat beberapa kosa kata tambahan yang dipelajari semasa

aktiviti latih tubu gentian bagi sistem bahasa dan tatabahasa.

Oleh itu, daripada penyerapan komponen KBT tersebut dalam aktiviti sesi

pengajaran dan pembelajaran (p&p), potensi murid dari segi intelek telah dapat di

zahirkan. Penyerapan elemen tersebut dapat melatih murid supaya berfikir dan

menaakul dalam menghadapi situasi sebenar mereka untuk menyelesaikan sesuatu

masalah.

Seperti mana yang diketahui, komponen KBT iaitu kecerdasan pelbagai

terdapat banyak cabang dalam kemahiran ini dan kesemuanya melibatkan ilmu yang

pelbagai untuk diserapkan dalam aktiviti pengajaran. Mengambil contoh dalam aktiviti,

kecerdasan yang terkandung ialah kecerdasan interpersonal, intrapersonal serta verbal

linguistik.

42

Page 43: Penyerapan kbt

Bagi kecerdasan interpersonal, aktiviti P & P tersebut membolehkan murid

memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Kecerdasan ini

merangkumi keupayaan bertindak secara berkesan terhadap orang lain secara praktikal

seperti menggalakkan dan mempengaruhi orang lain.

Contohnya, apabila guru melaksanakan teknik simulasi iaitu guru menyuruh

murid mencari pasangan untuk berdialog bagi situasi di kedai buku, murid dapat

menjalankannya dengan baik di mana setiap mereka menyelami perasaan dan hasrat

masing-masing dalam urusan pembelian dan penjualan barang di kedai buku tersebut.

Seterusnya, kecerdasan intrapersonal pula menekankan aspek pemahaman

terhadap diri sendiri termasuklah kemahiran mengawal emosi. Murid akan memahami

diri sendiri ketika cuba menyatakan hasrat dan keperluan serta dapat mengawal emosi

mereka semasa berurusan dengan peniaga.

Potensi individu iaitu potensi murid melalui aspek perkembangan sosial dan

perkembangan emosi dapat dipupuk melalui aktiviti p&p tersebut. Penyerapan

komponen KBT tersebut penting kepada murid untuk menghadapi dunia sebenar

mereka agar mudah bertindak dan tidak kaku untuk berinteraksi dengan orang lain

kerana dapat memanipulasikan pengalaman belajar mereka itu dengan baik. Selain itu,

murid juga tidak akan menghadapi krisis sosial dalam diri mereka.

Tambahan lagi, murid akan pandai mengawal emosi dan dapat memotivasikan

diri mereka. Murid akan dapat mendorong dan memotivasikan diri mereka untuk

membina emosi yang stabil dan seimbang. Orang lain hanya dapat memberi nasihat

kepada mereka tetapi semua itu bergantung kepada diri mereka untuk membuat pilihan

keputusan. Mereka juga dapat menyedari emosi orang lain dalam kehidupan sekeliling

mereka. Individu yang berlainan mempunyai emosi yang berlainan. Oleh itu, melalui

pengalaman aktiviti p&p tersebut, mereka akan menjadi lebih peka dengan emosi

individu lain yang berkaitan dengan persekitaran mereka.

43

Page 44: Penyerapan kbt

Tuntasnya, implikasi penyerapan kemahiran bernilai tambah dalam aktiviti

pengajaran dan pembelajaran mereka dapat membentuk potensi diri mereka. Setiap

individu iaitu murid dapat memperoleh kesan yang positif dalam hubungan dengan

individu lain secara formal atau informal dan mereka juga dapat mengendalikan

kehidupan mereka dengan baik.

44

Page 45: Penyerapan kbt

7.3 Aplikasi Kemahiran Bernilai Tambah dalam Rancangan Pengajaran Harian

Rajah 1

Di dalam contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah kami rancang,

kami telah menyerapkan beberapa aspek iaitu aspek kemahiran bernilai tambah dalam

aktiviti-aktiviti p&p. Contoh keterangan dibawah merupakan konsep-konsep KBT yang

telah kami aplikasikan ke dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) kami. Dalam

rajah 1 tersebut terdapat empat aspek kemahiran bernilai tambah yang kami terapkan.

Rajah 2

45

Kemahiran Bernilai Tambah :

i) Kemahiran Berfikir : Mengelaskan, menjana idea

ii) Kemahiran Belajar : Memberi maklumat

iii) Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal

iv) Pembelajaran konstruktivisme dan kontekstual

Aktiviti 1: Melakonkan simulasi

i. Murid diminta berpecah kepada enam kumpulan yang ditentukan oleh guru.

vii. Guru memberi sehelai kad situasi berkaitan dengan urusniaga di pasar malam

bagi setiap kumpulan beserta sehelai borang pemarkahan simulasi.

viii. Murid diarah untuk berbincang dan menentukan watak-watak yang terdapat

dalam teks dialog tersebut.

ix. Setiap kumpulan perlu membentangkan dan membuat simulasi urusniaga di

pasar malam di hadapan kelas.

x. Murid perlu menekankan sebutan dan intonasi yang betul untuk memujuk dan

meyakinkan para pelanggan mereka.

xi. Simulasi diikuti dengan kumpulan seterusnya sehingga tamat.

Page 46: Penyerapan kbt

Dalam rajah 2 di atas iaitu langkah satu, aktiviti tersebut merupakan aktiviti yang

pertama, iaitu aktiviti simulasi, murid telah diberikan Kad situasi berkaitan dengan

urusniaga di pasar malam. Murid diarah untuk berbincang dan menentukan watak-

watak yang terdapat dalam kad situasi tersebut. Aktiviti ini ini telah diterapkan aspek

KBT iaitu kemahiran berfikir. Murid dapat melatih potensi diri mereka untuk berfikir

untuk menjana idea dalam mendapatkan watak dalam situasi urusniaga tersebut.

Selain itu, aktiviti melakonkan watak juga dapat meningkatkan keyakinan murid

untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka sekaligus juga dapat meningkatkan

potensi sosial mereka untuk menghadapi situasi dunia sebenar. Hal ini dapat dibuktikan

bahawa aktiviti ini memerlukan murid untuk berinteraksi dengan rakan-rakan mereka

dan secara tidak langsung maklumat atau pengetahuan yang diperolehi daripada

interaksi sosial tersebut dapatlah mereka jadikan sebagai pengalaman dan pengalaman

tersebut mereka akan aplikasikan dalam kehidupan mereka kelak.

Tambahan pula, aktiviti simulasi juga merupakan aktiviti yang telah diserapkan

aspek Kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran kecerdasan pelbagai. Komponen

kecergasan pelbagai dalam aktiviti simulasi ini ialah visual-ruang. Hal ini kerana aktiviti

simulasi ini memerlukan murid untuk berlakon seperti keadaan yang sebenar. Aktiviti ini

telah melatih murid untuk berimaginasi atau memanipulasikan lakon mereka kepada

situasi sebenar. Potensi murid dari segi Intelek telah dapat diasah melalui aktiviti

simulasi ini.

46

Page 47: Penyerapan kbt

Rajah 4

Dalam rajah empat di atas merupakan aktiviti satu dalam langkah dua. Kemahiran

bernilai tambah yang telah diterapkan dalam aktiviti tersebut ialah kemahiran belajar

cara belajar dan kemahiran berfikir.

Murid diminta membaca secara berkumpulan petikan ‘buah durian’yang telah

diberikan. Murid akan membaca teks tersebut dengan teknik membaca yang kuat dan

pantas. Berdasarkan teknik membaca tersebut, kemahiran bernilai tambah yang

berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terdapat dalam rancangan

pengajaran harian yang telah kami rancang tersebut ialah kemahiran belajar cara

belajar. Melalui teknik membaca itu juga, murid akan mudah untuk mengingat apa yang

telah dibaca. Teknik ini penting kerana dapat memberi panduan kepada tentang teknik

belajar mereka untuk menghadapi peperiksaan dan secara tidak langsung dapat

meningkatkan potensi keyakinan diri dan juga potensi intelek mereka.

Secara tuntasnya, guru mestilah memasukan aspek kemahiran bernilai tambah

(KBT) dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mereka kerana aspek-aspek KBT

ini penting untuk memupuk potensi diri murid supaya murid dapat melatih diri mereka

untuk mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. Selain itu, penyerapan komponen

KBT ini juga penting untuk melahirkan seorang insan yang positif serta dapat berfikir

secara kreatif dan kritis dalam menghadapi masalah kehidupan mereka sama ada

secara langsung atau tidak langsung.

47

LANGKAH DUA (10 minit)

Aktiviti 1: Mengumpul maklumat

i. Murid diminta bergerak dalam kumpulan berenam semula.

ii. Setiap kumpulan diberi satu petikan ‘buah durian’ dan sekeping borang

pengumpulan maklumat.

iii. Murid diminta membaca secara kumpulan.

iv. Murid diminta mengeluarkan maklumat berdasarkan teks dan mengisinya

kedalam borang yang telah diedarkan.