penyataan profesional praktikum fasa 3 2015

2
PENYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 3 2015 Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, saya diwajibkan menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 12 minggu untuk fasa 3. Praktikum untuk sesi kali ini ialah pengajaran bagi major Matematik dan Minor Bahasa Melayu. Saya akan menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Pantai Senak, Bachok Kelantan. Pratikum fasa 3 ini bermula 1 Februari 2015 sehingga 30 April 2015. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi syarat yeng telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru. Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan di sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat memahami dan mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga saya akan dapat mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak. Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu diterima oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan aktiviti- aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan prestasi murid-murid. dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama bidang Matematik dan Bahasa Melayu. Ilmu yang dipelajari sepanjang 6 semester sebelum ini akan saya cuba mempraktikkan bagi membantu murid-murid

Upload: nur-hanis-ahmad

Post on 15-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

praktikum fasa iii

TRANSCRIPT

Page 1: Penyataan Profesional Praktikum Fasa 3 2015

PENYATAAN PROFESIONAL PRAKTIKUM FASA 3 2015

Sebagai salah seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota

Bharu, saya diwajibkan menjalani latihan mengajar ataupun praktikum selama 12

minggu untuk fasa 3. Praktikum untuk sesi kali ini ialah pengajaran bagi major

Matematik dan Minor Bahasa Melayu. Saya akan menjalankan praktikum di Sekolah

Kebangsaan Pantai Senak, Bachok Kelantan. Pratikum fasa 3 ini bermula 1 Februari

2015 sehingga 30 April 2015. Latihan praktikum ini dilaksanakan sebagai memenuhi

syarat yeng telah ditetapkan oleh Institut Pendidikan Guru.

Sebagai bakal guru, azam dan harapan saya melalui latihan praktikum ini

ialah untuk membina jati diri seorang guru. Untuk membina jati diri ini, saya perlu

memperolehi pelbagai pendedahan dalam pelbagai bidang berkaitan perguruan di

sekolah khususnya. Selain itu, dalam praktikum ini juga, saya dapat memahami dan

mengenali sedalamnya mengenai budaya murid dan guru serta suasana di sekolah

rendah sebagai pendedahan dan pengalaman awal sebelum saya ditauliahkan

sebagai seorang guru nanti. Pendedahan awal sangat penting kepada bakal guru

supaya teknik pengajaran dapat dijalankan dengan betul mengikut ketetapan yang

telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga saya akan dapat

mengambil dan menimba ilmu sebanyak mungkin dan pengalaman supaya dapat

digunakan dan diaplikasikan semasa mengajar kelak.

Antara harapan saya untuk membina jati diri guru ialah dapat menyesuaikan

diri dengan persekitaran sekolah. Selain itu, Kehadiran saya ke sekolah itu diterima

oleh guru-guru, murid-murid dan kakitangan sekolah. Untuk itu, saya perlu

menunjukkan sikap mesra terhadap warga sekolah untuk membina hubungan baik

antara saya dan warga sekolah. Disamping itu, saya dapat menjalinkan hubungan

profesional dengan guru-guru dan kakitangan sekolah. Hubungan professional ini

dapat dijalin dengan bekerjasama dengan pihak sekolah dalam melaksanakan

aktiviti-aktiviti yang berkaitan. Saya juga dapat dapat membantu meningkatkan

prestasi murid-murid. dan sekolah. Akhir sekali, saya dapat meningkatkan prestasi

dan kemahiran saya dalam bidang pendidikan terutama bidang Matematik dan

Bahasa Melayu. Ilmu yang dipelajari sepanjang 6 semester sebelum ini akan saya

Page 2: Penyataan Profesional Praktikum Fasa 3 2015

cuba mempraktikkan bagi membantu murid-murid di sekolah tersebut. Dalam masa

yang sama, saya boleh merasai sendiri pengalaman melaksanakan sesi bersama

murid-murid. Pada masa yang sama, saya boleh mengaplikasikan teori-teori

pengajaran yang telah saya pelajari sebelum ini.

Akhir kata, diharapkan seluruh warga SK Pantai Senak dapat menerima

kehadiran saya di sekolah dengan menimba banyak perkara berguna di situ sebagai

persediaan untuk bergelar guru.