penyata profesional praktikum

2
Apa yang akan Dilaksanakan Semasa Praktikum? Pada fasa ketiga praktikum yang bermula dari 21 Januari hingga 19 April 2013 ini, saya ditempatkan di SK XXX, bersama Susan . Sebelum praktikum bermula, Jabatan Sains telah mengadakan taklimat praktikum bersama guru pembimbing. Oleh itu, kami berpeluang untuk berkenalan dengan Cikgu X dan bertanyakan maklumat mengenai SK XXX. Semasa di institut sebelum saya berpraktikum, saya telah diberi pendedahan berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran secara teori dengan amali tanpa situasi yang bukan sebenar di mana, rakan guru pelatih berperanan sebagai murid. Melalui praktikum ini. Saya berharap dapat mempraktikkan segala ilmu pedagogi yang telah dipelajari semasa di institut dan juga memperkukuhkan ilmu dan pengalaman mengajar yang telah saya perolehi semasa di SK YYY dan SK ZZZ. Latihan praktikum Fasa 3 selama 3 bulan ini dapat membuka satu ruang pengetahuan yang bermakna kepada saya sebagai guru pelatih bagi memantapkan lagu penguasaan ilmu pedagogi. Sememangnya, sekolah merupakan gedung ilmu bagi guru pelatih seperti saya untuk menimba ilmu semaksima yang boleh sebagai bekalan selepas ditempatkan ke sekolah lain selepas tamat penggajian nanti. Tambahan pula, ini adalah kali pertama saya mengajar di sekolah luar bandar. Oleh itu, saya mengharapkan saya dapat mengenali dan memahami latar belakang murid yang pelbagai ini dan yang

Upload: aisyah-jas

Post on 30-Dec-2014

191 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

sebelum praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: Penyata Profesional Praktikum

Apa yang akan Dilaksanakan Semasa Praktikum?

Pada fasa ketiga praktikum yang bermula dari 21 Januari hingga 19 April 2013 ini, saya

ditempatkan di SK XXX, bersama Susan . Sebelum praktikum bermula, Jabatan Sains

telah mengadakan taklimat praktikum bersama guru pembimbing. Oleh itu, kami

berpeluang untuk berkenalan dengan Cikgu X dan bertanyakan maklumat mengenai SK

XXX.

Semasa di institut sebelum saya berpraktikum, saya telah diberi pendedahan

berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran secara teori dengan amali tanpa

situasi yang bukan sebenar di mana, rakan guru pelatih berperanan sebagai murid.

Melalui praktikum ini. Saya berharap dapat mempraktikkan segala ilmu pedagogi yang

telah dipelajari semasa di institut dan juga memperkukuhkan ilmu dan pengalaman

mengajar yang telah saya perolehi semasa di SK YYY dan SK ZZZ.

Latihan praktikum Fasa 3 selama 3 bulan ini dapat membuka satu ruang

pengetahuan yang bermakna kepada saya sebagai guru pelatih bagi memantapkan

lagu penguasaan ilmu pedagogi. Sememangnya, sekolah merupakan gedung ilmu bagi

guru pelatih seperti saya untuk menimba ilmu semaksima yang boleh sebagai bekalan

selepas ditempatkan ke sekolah lain selepas tamat penggajian nanti. Tambahan pula,

ini adalah kali pertama saya mengajar di sekolah luar bandar.

Oleh itu, saya mengharapkan saya dapat mengenali dan memahami latar

belakang murid yang pelbagai ini dan yang sememangnya berbeza dengan murid yang

pernah saya ajar dahulu. Murid-murid yang unik dan berbeza-beza inilah yang

menyebabkan saya jatuh cinta kepada profession keguruan, kerana saya menyedari

saya sangat merindui murid-murid saya dahulu.

Selain itu, saya juga mengharapkan dapat menjalin hubungan yang mesra dan

positif dengan warga SK XXX kerana ketika Praktikum Fasa 2 dahulu saya kurang

beramah mesra dengan guru-gurunya kerana terlalu banyak guru di sekolah tersebut,

hanya beberapa orang guru sahaja yang saya selalu bercakap dengan.