penulisan refleksi waj3073

5
PENULISAN REFLEKSI Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak IPGKR dan Puan Ling Ching Rou kerana berpeluang untuk mempelajari subjek wajib ini iaitu Seni Dalam Pendidikan yang amat menarik ini. Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan insan yang lebih bersifat holistik. Seni Dalam Pendidikan berperanan untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi lebih seronok, menarik dan berkesan. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan interaksi positif dalam kalangan murid dan guru serta murid dan murid. Terdapat tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu seni muzik (irama), ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat dalam aktiviti nyanyian yang dijalankan berikutan adanya irama yang dialunkan oleh murid-murid dan guru. Oleh yang demikian, di sini jelas menunjukkan, guru dapat meningkatkan pengetahuan murid-murid, daya kreativiti dan NAMA PELAJAR : EVELYNE ANAK MANGGAU ANGKA GILIRAN : 2012031360074 NO. K/P : 810513135176 KUMPULAN : PPG PRASEKOLAH

Upload: lyne

Post on 21-Dec-2015

33 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

okeh

TRANSCRIPT

Page 1: PENULISAN REFLEKSI WAJ3073

PENULISAN REFLEKSI

Saya berasa bersyukur dan berterima kasih kepada pihak IPGKR dan Puan Ling

Ching Rou kerana berpeluang untuk mempelajari subjek wajib ini iaitu Seni Dalam

Pendidikan yang amat menarik ini. Seni dalam pendidikan (SDP) memainkan peranan

penting ke arah perkembangan kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi,

estetika dan kreativitinya. Matlamatnya adalah untuk melahirkan individu yang

berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian, berjiwa kreatif, inovatif,

inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga jenis seni yang terdiri

daripada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu pembentukan

insan yang lebih bersifat holistik. Seni Dalam Pendidikan berperanan untuk menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah menjadi lebih seronok, menarik dan

berkesan. Hal ini sangat penting dalam mewujudkan interaksi positif dalam kalangan

murid dan guru serta murid dan murid. Terdapat tiga unsur seni dalam pendidikan iaitu

seni muzik (irama), ruang dan warna. Unsur seni muzik terdapat dalam aktiviti nyanyian

yang dijalankan berikutan adanya irama yang dialunkan oleh murid-murid dan guru.

Oleh yang demikian, di sini jelas menunjukkan, guru dapat meningkatkan pengetahuan

murid-murid, daya kreativiti dan pemikiran yang inovasi serta berkemahiran dalam

bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan dalam PdP. Dalam

perancangan pementasan, kumpulan kami telah memilih persembahan dramatari tidak

berdialog. Dramatari adalah suatu kegiatan yang mempunyai unsur cerita di mana

pemain mengungkapkan ekspresinya dalam bentuk gerak ritmis yang dapat dilakukan

dalam ruang. Pementasan dramatari ini adalah berdasarkan isu alam kanak-kanak.

Sebelum pementasan dramatari diadakan, terlebih dahulu kami telah dibahagikan

kepada dua kumpulan dan dalam satu kumpulan terdapat tujuh orang ahli.

NAMA PELAJAR : EVELYNE ANAK MANGGAU ANGKA GILIRAN : 2012031360074 NO. K/P : 810513135176 KUMPULAN : PPG PRASEKOLAH AMBILAN

FEBRUARI 2012 SEMESTER 7

Page 2: PENULISAN REFLEKSI WAJ3073

Pengalaman yang boleh saya kongsikan sepanjang menjalankan tugasan ini

iaitu dari segi kekuatan ialah saya dapat memperkukuhkan lagi displin diri sendiri.

Setiap ahli dalam kumpulan telah diberikan peranan dan tanggungjawab masing-

masing. Sebagai seorang guru, saya haruslah mempunyai displin diri yang tinggi

supaya agihan tugas yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan baik.

Selain itu, displin diri yang baik dalam melaksanakan tugasan ini membolehkan tugasan

ini dibuat dan harus siap dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Seterusnya,

semasa merancang tugasan ini sikap bekerjasama antara ahli kumpulan sangat

dititikberatkan. Kumpulan kami telah menubuhkan satu kumpulan di dalam laman sosial

telefon pintar sebagai satu cara untuk kami berkomunikasi dan berbincang mengenai

tugasan. Segala cadangan, pendapat, kritikan dan luahan perasaan dibincangkan dan

dikongsi bersama demi melaksanakan tugasan ini dengan jayanya. Dalam proses

menyediakan pementasan ini pula, kumpulan kami telah membuat pembahagian tugas

kepada ahli masing-masing. Antara senarai tugas yang perlu dilaksanakan ialah

merekacipta papan cerita lengkap dengan synopsis cerita, watak, cadangan muzik,

kesan bunyi, pencahayaan, kostum serta props yang sesuai dengan isu pementasan.

Semua ahli kumpulan menunjukkan sikap bekerjasama yang tinggi kerana masing-

masing telah menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan dengan baik. Sebelum

melakukan pementasan, kumpulan kami telah membuat latihan pementasan. Latihan ini

sangat perlu kepada kami supaya kami dapat membuat persembahan pementasan

dengan baik. Di sini, saya berasa bersyukur kerana berpeluang mengalami sendiri

bagaimana membuat pementasan. Ini merupakan peluang baik dan pengalaman baru

bagi saya memandangkan saya tidak pernah terlibat dengan aktiviti sebegini

sebelumnya. Kostum dan ‘props’ kumpulan kami nampak sangat menarik dan kreatif.

Watak saya sebagai rama-rama berjaya mewujudkan adanya interaksi dengan watak

budak baik menampakkan keharmonian. Kumpulan kami juga berjaya mewujudkan

budaya dalam persembahan iaitu tarian Cina dan tarian ngajat. Lakonan watak 3 budak

baik sangat menceriakan, penggunaan ‘props’ dan muzik yang sesuai dapat

menonjolkan jalan cerita.

Page 3: PENULISAN REFLEKSI WAJ3073

Setiap yang baik ada buruknya, begitu juga dengan kelemahan yang dapat saya

tuliskan sepanjang menempuhi cabaran membuat tugasan pementasan ini. Kelemahan

yang dapat saya kesan ialah lakonan saya sebagai watak rama-rama nampak kurang

ceria. Lakonan budak jahat yang terperangkap lalu cedera dan insaf juga terlalu

singkat. Kumpulan kami juga telah membuat rakaman semula kerana watak budak

jahat terlupa membawa masuk ‘props’ semasa lakonan. Semasa lakonan juga, lampu

lupa dipasang dan menyebabkan pencahayaan kurang semasa babak rama-rama

cedera minta untuk diselamatkan. Selain itu, kurang kreatif dalam manipulasi peralatan

juga dapat dilihat. Sebagai contoh, alat penyiram pokok bunga hanya digunakan untuk

menyiram bunga sahaja dan terus berhenti digunakan. Cadangan penambahbaikkan

saya ialah untuk watak rama-rama seharusnya nampak ceria supaya seimbang dengan

watak budak baik. Ini telah dapat di atasi setelah mendengar pandangan daripada

pensyarah pembimbing dan juga rakan-rakan yang lain. Lakonan budak jahat perlu

menunjukkan kesakitan yang lebih dan jerat yang digunakan harus nampak. Bagi babak

terlupa membawa masuk ‘props’ dan lampu lupa hendak pasang pula harus dipastikan

supaya tidak berlaku pada masa akan datang. Dalam manipulasi peralatan pula,

cadangan saya ialah watak budak baik tersebut boleh menari dan membuat pergerakan

menggunakan alat penyiram itu supaya nampak lebih harmoni dan kreatif. Ini sejajar

dengan kandungan Seni Dalam Pendidikan yang membolehkan saya untuk

mengekspresikan idea-idea secara bebas dan kreatif.

Kesimpulannya, seni dalam pendidikan dapat membantu perkembangan

menyeluruh dan seimbang setiap insan dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia juga bermatlamat untuk

menyediakan guru dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti

seni visual, muzik, dan pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam

pelbagai bidang mata pelajaran lain.