penulisan jurnal minggu 1 (ok)

Upload: ida

Post on 01-Mar-2016

220 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENULISAN JURNAL

Nama : Nor Lida Binti Mat IsaBil. Jurnal: 3Minggu Praktikum: Pertama (06 hingga 10 Julai 2015)Tajuk Jurnal: Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah Pada minggu ini saya sekali lagi telah menghadapi masalah pengurusan masa. Ini disebabkan oleh kecuaian saya dalam mengendalikan setiap aktiviti dengan bersistematik. Terdapat aktiviti yang dilaksanakan telah melebihi masa yang dirancang. Ada juga aktiviti yang kurang daripada masa yang telah ditetapkan.

2. AnalisisMasalah ini berlaku disebabkan oleh aktiviti yang dirancang tidak menarik dan membosankan. Guru juga kurang peka dengan masa yang diperuntukan. Selain itu, murid juga kurang memahami arahan yang diberikan oleh guru. Ini menyebabkan murid hilang tumpuan kepada pengajaran guru.

3. Cadangan Untuk Memperbaikia. Saya perlu menyediakan aktiviti yang lebih menarik dan menyeronokkan.b. Saya perlu peka terhadap masa yang dirancang dan aktiviti yang bersesuaian dengan murid.c. Saya perlu berbincang dan mananyakan kepada guru-guru yang lebih berpengalaman sebelum menyediakan merancang sesuatu aktiviti.

4. Tempoh MasaMasalah ini boleh di atasi dengan secepat mungkin. Ini kerana aktiviti yang dirancang haruslah berfokuskan kepada tahap penguasaan murid terhadap pembelajaran yang akan disampaikan.

5. Penilaian KejayaanBagi memantapkan kualiti pengajaran dan pembelajaran, khidmat guru pembimbing akan digunakan untuk memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan. Khidmat nasihat guru-guru lain yang berpengalaman juga turut digunakan bagi memberi kesan yang positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah perbincangan dan pemerhatian turut digunakan.

6. Tindakan SusulanSebelum sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan, perancangan aktiviti yang sesuai akan diberikan mengikut tahap penguasaan murid. Aktiviti yang menarik dan menyeronokkan akan diutamakan bagi menjadikan kualiti pengajaran lebih berkesan.