pentaksiran (kumpulan 1)

Upload: laitenglow

Post on 14-Jan-2016

254 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

f

TRANSCRIPT

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)

PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV 3111)DISEDIAKAN OLEH :ALICE CHUA PEI LINGLEE JOO HAALOW LAI TENG

KONSEP PENGUJIANProses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis.Pengujian dapat dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrumen bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar.

KONSEP PENGUKURANSatu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda atau perkara dan keadaan.Penggunaan skel ordinal atau skel selang untuk tentukan kedudukan dan pencapaian pelajar dalam kelas.Skel ordinal adalah alat pengukuran yang digunakan untuk menempatkan pangkatan dan kedudukan pelajar ikut markah ujian.Skel selang mengandungi unit markah yang sama berat nilainya iaitu ia meliputi markah dan gred.

KONSEP PENILAIAN Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

DEFINISI PENTAKSIRANPentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

KONSEP PENTAKSIRANDalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

PENTAKSIRAN AUTENTIK Pentaksiran autentik ini menekankan kepada pengalaman terhadap dunia sebenar dalam kehidupan pelajar.Pentaksiran ini bukan hanya melibatkan tahap kognitifdi peringkat pengetahuan dan pemahaman malahmelibatkan tahap kognitif yang lebih tinggi iaitu peringkat aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN AUTENTIK

Berpusatkan kanak-kanak.Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.Subjek membina maksud yang tersirat.

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN AUTENTIK

Bercerita-Kanak-kanak bercerita melalui pengalaman atau melalui pembacaan mereka Projek/ Pameran Eksperimen/ Demostrasi-Kanak-kanak Pemerhatian guru Portfolio

KEBAIKAN KAEDAH PENILAIAN AUTENTIK Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman pelajar.Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada dalam dunia sebenar.Memberi peluang kepadapelajar untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa.

PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASEDProses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan.Kaedah ini menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna dan menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran.

JENIS- JENIS PENTAKSIRAN PERFORMANCED BASED1. Portfolio (dapatan hasil kerja) Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar). Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.3. Mengukur berdasarkan keupayaan. Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti Bahan penulisan Persembahan Gerak kerja projek

PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARANProses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat.Hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat.

KEBAIKAN KAEDAH PENTAKSIRAN HASIL PEMBELAJARANKebaikan kepada pelajar Faham kehendak hasil pembelajaran yang diharapkan. Pentaksiran lebih konsisten dan telus. Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum.Murid dapat menentukan pekara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik.

2. Kebaikan kepada penilaiMenentukan sama ada hasil pembelajaran yang diharapkan tercapai atau tidak.Dapat menerangkan keadaan murid dengan lebih terperinci.Memberikan bukti kukuh dalam kejayaan sesuatu hasil pembelajaran.3. Kebaikan kepada sekolahMenerapkan nilai akaunbiliti dalam mengumpulkan maklumat berkaitan perkembangan murid.Memberi maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan dalam usaha meningkatkan keberkesanan hasil pembelajaran.

15

SekianTerima Kasih