pentaksiran psikometrik ting 1 2012 (1)

44
LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Pentaksiran Psikometrik

Upload: holifah-selamat

Post on 31-Jul-2015

1.799 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pentaksiran PsikometrikPentaksiran Psikometrik

Page 2: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Akademik

PBS

Bukan Akademik

1. Pentaksiran Sekolah

2. Pentaksiran Pusat

1. Pentaksiran Psikometrik

2. PAJSK

Page 3: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

UJIAN APTITUD• Aptitud

Umum• Aptitud

Khusus

PENTAKSIRAN PSIKOMETRIK

INVENTORI PERSONALITI

Mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh (acquired ability)

Tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran pembelajaran

• Tidak berjadual,

• Dicadangkan kepada semua murid

• Tidak berjadual • Tidak diwajibkan untuk semua murid

Mengenal pasti kecenderungan, kekuatan/kelemahan, minat, bakat dan kesediaan bagi menyediakan situasi pengajaran dan pembelajaran yang terbaik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan berkesan

Mendapatkan maklumat tentang ciri-ciri perilaku unik dan stabil yang ada pada setiap individu untuk membimbing murid membentuk personaliti yang seimbang dan membantu guru menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

LP sediakan item / instrumen dan manual yang komprehensif

Penskoran secara dikotomus, polikotomus, kadaran pilihan

Pelaporan secara deskriptif dan individu

3

Page 4: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Kandungan

Konsep1

Komponen2

Inventori Personaliti33

Ujian Aptitud44

Page 5: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Konsep

• kajian tentang jiwaPsiko

• measure/ukurMetrik

Mengukur dimensi yang berkaitan dengan kebolehan mental atau personaliti

Page 6: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Konsep

Tingkah laku

Fikiran

Emosi

Instrumen pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat kuantitatif tentang atribut-atribut (kapasiti atau keupayaan untuk bertindak balas, menstruktur atau menyusun pemikiran atau tingkah laku dalam suatu cara tertentu) psikologi yang terdapat dalam diri seseorang

Page 7: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Pentaksiran Psikometrik

Pentaksiran Psikometrik (PPsi) ialah suatu kaedah yang digunakan secara sistematik untuk mengumpul maklumat personaliti dengan tujuan;

Untuk mengukur aptitud, tret personaliti dan kecenderungan minat kerjaya murid.

Untuk membantu mempertingkatkan pembelajaran dan pencapaian murid .

Instrumen pentaksiran ini tidak berasaskan kurikulum dan pengajaran-pembelajaran.

Ujian ini mengukur kebolehan semula jadi dan kebolehan yang diperoleh daripada pengalaman dan persekitaran.

Page 8: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Komponen

Pentaksiran Psikometrik

Aptitud

Aptitud Am

Kecenderungan Minat Kerjaya

Penyelesaian Masalah

Aptitud Khusus

Inventori Personaliti

Page 9: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Komponen dan konstruk

(A)

1 Kemahiran berfikir

2 Kemahiran

menyelesaikan

masalah

(B)

3 Kecenderungan

Minat Kerjaya

Aptitud Am 1 Verbal Linguistik

2 Visual

3 Logik Matematik

4 Muzik

5 Naturalis

6 Kinestatik

7 Interpersonal

8 Intrapersonal

9 Existential

Aptitud Khusus

Page 10: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Konstruk Aptitud Khusus

1. Verbal Linguistik (Pintar perkataan): keupayaan seseorang individu menggunakan bahasa, memahami maklumat dan memberi respons dalam pelbagai bentuk set komunikasi.

2. Visual – Spatial (Pintar ruang): keupayaan seseorang individu mengguna, menganggar dan mengintepretasi ruang.

3. Logikal- Matematik (Pintar nombor): keupayaan seseorang individu menggunakan nombor dalam kehidupan seharian untuk membuat penyelesaian secara logikal.

4. Muzik (Pintar muzik): keupayaan seseorang individu menghargai, menghayati dan menggubah muzik.

5. Naturalis (Pintar naturalisma): keupayaan seseorang individu mengenalpasti, menghargai alam semulajadi.

Page 11: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Konstruk Aptitud Khusus

6. Kinestatik – Jasmani (Pintar jasmani): keupayaan seseorang individu mengawal dan memahami pergerakan tubuh.

7. Interpersonal (Pintar orang – pengalaman sosial): keupayaan seseorang individu berkomunikasi dan berinteraksi dan bekerjasama dengan orang lain.

8. Intrapersonal (Pintar diri – refleksi kendiri): keupayaan seseorang individu memahami kendiri dengan menilai kekuatan, kelemahan.

9. Existential (Kewujudan): peka dan berkebolehan membincangkan hal–hal kewujudan seperti mencari makna dalam kehidupan.

Page 12: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Inventori Personaliti

Membantu murid menyedari potensi /kekuatan dan kelemahan diri

Membantu murid dan ibu bapa mengenal pasti personaliti murid

Membantu guru merancang pengajaran dan pembelajaran

Inventori PersonalitiInventori

Personaliti

Membantu murid merancang hala tuju kerjaya

Page 13: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Komponen Personaliti

Intelektual

Kreatif

Kepelbagaian

Struktur

Analitikal

Menolong

Ekstrovert

Kritik diri

Autonomi

Agresif

Pencapaian

Resilien

Memimpin

Wawasan

Kejujuran

Tret Personaliti

Realistik

Investigatif

Artistik

Sosial

Enterprising

Konventional

Minat kerjaya

Page 14: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Definisi Konstruk Personaliti

• Individu lebih sukakan kebebasan dalam tindakannya dan dapat mengawal serta menentukan aktiviti-aktiviti hariannya.

Autonomi

• Individu berkebolehan mencipta, menghasil dan mengembangkan idea baru dan asli.

Kreatif

• Individu terlalu kritikal terhadap orang lain, tegas, berani dan tidak suka dimanipulasi. Tidak menghiraukan perasaan orang lain dalam mencapai matlamat diri.

Agresif

Page 15: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Definisi Konstruk Personaliti

• Individu suka berada, berinteraksi dan bekerja dengan orang ramai.Ekstrovert

• Individu ini seorang yang bersemangat dan bermotivasi untuk menyelesaikan tugas. Mahukan kejayaan dan suka persaingan walaupun banyak halangan.

Pencapaian

• Individu dapat menerima dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Sukakan pengalaman yang pelbagai ke arah perubahan berterusan.

Kepelbagaian

Page 16: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Definisi Konstruk Personaliti

• Individu berminat kepada aktiviti yang memberi cabaran dari aspek intelektual. Mementingkan aktiviti yang berbentuk kognitif dan ilmiah.

Intelektual

• Individu yang suka mengawal orang lain atau lebih suka memimpin daripada dipimpin.

Kepemimpinan

• Individu suka kepada perkara yang teratur, kemas, terperinci dan mengikut peraturan.

Struktur

Page 17: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Definisi Konstruk Personaliti

• Individu yang cekal, mempunyai daya tahan dan ikhtiar yang tinggi untuk menyempurnakan sesuatu tugasan.

Resilien

• Individu berkecenderungan untuk menunjukkan rasa empati, kasih sayang dan suka memberi bantuan kepada orang lain.

Menolong

• Individu yang suka membuat pemerhatian dan analisis sebelum membuat keputusan. Keputusan adalah berdasarkan fakta dan bukti..

Analitikal

Page 18: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

• Individu yang tidak stabil dari aspek emosi dan psikologi. Mempunyai anggapan bahawa orang lain adalah lebih baik.

Kritik Diri

• Individu yang berpandangan jauh, memiliki daya imaginasi yang tinggi, memikirkan idea-idea yang tidak terjangkau oleh orang lain, dan berkarisma.

Wawasan

• Individu yang telus dalam memberi maklum balas terhadap item ujian ini.Ketelusan

Definisi Konstruk Personaliti

Page 19: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Contoh Item Tret Personaliti

Bil Item Ya Tidak

1. Saya tidak sepandai rakan saya

2. Terus terang menyatakan kesalahan orang

3. Terus berusaha hingga berjaya

4. Memberi tempat duduk kepada wanita hamil

5. Resah apabila bersendirian

6. Saya tidak yakin berjaya dalam hidup ini

7. Tidak terikut dengan pujukan kawan

8. Memesan makanan mengikut selera sendiri

9. Memarahi pelayan jika pesanan lambat

10. Seronok dijemput ke majlis keramaian

Page 20: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Contoh Item Tret Personaliti

Bil Item Ya Tidak

11. Sering membuat pilihan salah

12. Saya tidak pernah marah

13. Saya membuat keputusan sendiri

14. Tidak menerima sesuatu bulat-bulat

15. Orang lain kata saya suka bercakap

16. Saya amat yakin saya boleh berjaya

17. Suka dipuji dikhalayak ramai

18. Saya tidak suka diarah

19. Saya memaksa seseorang bagi mendapatkan apa yang saya hendak

20. Saya tidak pernah cemburu

Page 21: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Tafsiran Skor- AgresifTahap Skor Tafsiran

Rendah 1-40% Anda seorang yang pasif, mudah dimanipulasi dan terlalu menjaga perasaan orang lain.

Sederhana 40-70% Anda seorang yang asertif, iaitu berani menyatakan hak, perasaan dan pandangan sendiri tanpa menafikan hak dan perasaan orang lain.

Tinggi 70-90% Anda seorang yang cepat bertindak tanpa berfikir, sangat berterus terang tanpa menghiraukan perasaan orang lain, sangat tegas dalam mempertahankan hak dan yang penting matlamat anda tercapai.

Page 22: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Inventori Minat dan Kerjaya

Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973, 1985, 1996) mengutarakan empat andaian asas yang menjadi nadi dan teras kepada teori ini

Page 23: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Holland- Andaian 1

TERDAPAT

6 JENIS PERSONALITI

Realistik

Investigatif

Artistik

Sosial

Enterprising

Konvensional

Page 24: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Holland- Andaian 2

Terdapat enam jenis persekitaran pekerjaan yang menyokong personaliti individu dan di dominasi oleh jenis personaliti tertentu iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Konvensional (K).

Ringkasan bagi enam jenis persekitaran pekerjaan ini ialah RIASEK.

Page 25: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Holland- Andaian 3

Individu akan mencari persekitaran atau pekerjaan yang selaras dengan personaliti yang membolehkan mereka menunjukkan kemahiran dan kebolehan serta melahirkan sikap dan nilai di samping berusaha menyelesaikan sebarang masalah dan peranan yang wujud dalam persekitaran tersebut.

Menurut Holland (1973), individu akan berasa puas sekiranya dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja yang selaras dengan personalitinya. Misalnya, individu yang mempunyai personaliti realistik akan berasa puas sekiranya dapat bekerja dalam persekitaran realistik juga.

Page 26: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Holland- Andaian 4

Tingkah laku seseorang individu boleh ditentukan melalui interaksi antara personaliti dan kriteria-kriteria persekitarannya.

Apabila kita mengetahui tentang pola personaliti dan persekitaran, secara tidak lansung kita akan dapat meramalkan pemilihan kerjaya, pencapaian kerjaya, kecekapan personal, tingkah laku pendidikan dan sosial serta pertukaran pekerjaan.

Page 27: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Definisi Operasional: RealistikBil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

1. Realistik

(Membuat)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran praktikal dan mekanikal. Bekerja dengan objek, peralatan, mesin, haiwan dan tumbuhan. Mempunyai kemahiran yang baik apabila menggunakan peralatan, lukisan mekanikal, mesin atau haiwan. Menghargai objek praktik yang boleh dilihat dan disentuh. Lebih suka bekerja di luar bangunan.

Contoh pekerjaan: jurutera, jurubina, animator, pengaturcara komputer, juruterbang, ahli radiologi, pustakawan, juruteknik elektronik, chef, atlet, ahli bomba dan penyelamat, pemandu, tentera, operator mesin, mekanik, ahli perkebunan dan pembuat perabot.

Tret Personaliti: praktikal, mekanikal, materialistik, suka menggunakan peralatan dan mesin, introvert, akur, natural (semula jadi), berhemah, tulen, tegas dan berprinsip.

Page 28: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

2. Investigatif

(Memikir)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan kemahiran menyelidik, saintifik, intelektual, analitikal dan mementingkan ketepatan. Suka membuat pemerhatian, mempelajari sesuatu, membuat penyelidikan, menganalisis, menilai dan menyelesaikan masalah. Menghargai sains dan matematik. Melihat diri sendiri sebagai tepat, saintifik dan intelektual serta meminati kerjaya saintifik dan beberapa kerjaya bercorak teknikal.

Contoh pekerjaan: pegawai perubatan, aktuari, ahli farmasi, psikatrik, ahli ekonomi, ahli kajicuaca, ahli biologi, ahli botani, ahli agronomi, ahli fizik, ahli kaji bintang, ahli kimia, ahli kajibumi, penyelidik sains, angkasawan, ahli antropologi, profesor, guru sains dan matematik.

Tret Personaliti: pemerhati, analitikal, rasional, teliti, intelektual, introvert, introspektif, optimistik, ingin tahu, teoris dan jitu.

Definisi Operasional: Investigatif

Page 29: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

3. Artistik

(Mencipta)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan daya intuisi yang tinggi, ekspresif, original, bebas, kreatif, inovatif dan artistik. Suka bekerja dalam situasi yang kurang berstruktur, tidak rutin dan tidak berulang-ulang. Mempunyai apresiasi yang tinggi dan menghargai hasil seni kreatif.

Contoh pekerjaan: Arkitek, penulis seni kreatif, artis, pemimpin orkestra, pengubah lagu, pengarang, pelukis, wartawan hiburan, kartunis, pereka grafik, pereka fesyen, juruhias dalaman, jurufoto, dan jurusolek.

Tret Personaliti: imaginatif, intuitif, ekspresif, estetika, emosional, introspektif, reflektif, tulin, bebas, sensitif dan idealistik.

Definisi Operasional: Artistik

Page 30: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

4. Sosial

(Menolong)

Persekitaran pekerjaan yang memerlukan interaksi, kerjasama, kolaborasi, saling membantu, melatih dan membuat kebajikan kepada orang lain. Mempunyai kemahiran berinteraksi dan berkomunikasi dengan orang lain. Suka kepada aktiviti membantu, memberi perkhidmatan dan menyelesaikan masalah sosial.

Contoh pekerjaan: guru, pensyarah, kaunselor, pekerja sosial, pegawai perhubungan awam, penyambut tetamu, pegawai kebajikan, jururawat, paramedik, pramugari/ pramugara dan pemandu pelancong.

Tret Personaliti: sosial, suka menolong, bekerjasama, mesra, peramah, sabar, ekstrovert, empati, baik hati, bertanggungjawab dan boleh dipercayai.

Definisi Operasional: Sosial

Page 31: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

5. Enterprising

(Memujuk)

Persekitaran pekerjaan yang melibatkan pentadbiran dan pengurusan, perniagaan dan keusahawanan. Wujudnya suasana pengaruh-mempengaruhi, mengarah, memimpin dan mengurus individu lain serta menjual barangan atau idea. Matlamat akhir mereka adalah untuk mencapai keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh pekerjaan: usahawan, pengarah syarikat, spekulator, eksekutif pengiklanan, eksekutif pemasaran, agen insuran, pengarah publisiti, peguam, ahli politik, pengurus hotel, pengurus bank, wartawan, jurujual, jurulatih dan agen pelancongan.

Tret Personaliti: ciri kepimpinan, sukakan pencapaian, bertenaga, daya pujuk yang tinggi, suka mempengaruhi, kebolehan manipulasi, suka meneroka (adventurous), yakin diri, optimistik, mudah mesra, berwawasan, bercita-cita tinggi, berusaha, sosial, suka menonjolkan diri, ekstrovert dan bijak berkomunikasi.

Definisi Operasional: Enterprising

Page 32: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Bil. Gagasan Keterangan mengenai bidang minat kerjaya

6. Konvensional

(Mengurus)

Persekitaran pekerjaan yang melibatkan kerja berstruktur, teratur, melibatkan data, nombor, dan kerja-kerja perkeranian. Melakukan kerja secara terperinci, mengikut peraturan dan arahan.

Contoh pekerjaan: kerani, setiausaha, penyimpan kira-kira, guru perdagangan/ guru perakaunan, akauntan, jurutrengkas, pegawai bank, pegawai cukai, operator komputer, penilai harta, juru audit, juruwang dan pegawai perangkaan.

Tret Personaliti: berstruktur tinggi, teliti, teratur, daya tahan tinggi, akur, praktikal, mengikut aturan dan rutin, menurut perintah, cermat dan cekap mengemaskini.

Definisi Operasional: Konvensional

Page 33: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Contoh Item Minat-Kesukaan

Bil. Item YA TIDAK

1. Membuat kerja tangan

2. Membaca buku mengenai komputer

3. Meminati suasana zoo

4. Melawat pameran hiasan dalaman

5. Menghayati keindahan alam

6. Mendengar masalah rakan

7. Melakukan aksi ngeri

8. Menulis sajak

9. Menghias taman

10. Mencuba masakan baru

Page 34: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

MODEL HEXSAGON HOLLANDInventori Minat dan Kerjaya

R I

K A

E S

Page 35: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Jenis personaliti tertentu memerlukan jenis persekitaran yang tertentu juga.

Cth 1: Darjah keselarasan yang tinggi berlaku apabila jenis personaliti Sosial berada dalam persekitaran Sosial juga. Padanan ini merupakan padanan yang tepat.

Cth 2: Apabila jenis personaliti Sosial berada di dalam persekitaran yang berhampiran iaitu persekitaran Enteprising atau Artistik, maka darjah keselarasannya berlaku secara sederhana.

Cth 3: Apabila jenis personaliti Sosial berada di dalam persekitaran yang bertentangan seperti Realistik, menunjukkan tiada keselarasan berlaku. Hasil ketidakselarasan ini boleh menimbulkan rasa tidak puas hati, menghasilkan perlakuan kerja yang tidak berkesan dan menjadikan individu merasa kurang stabil dari segi kepuasan kerja dan gaya hidup.

KESELARASAN / KONGRUENS

Page 36: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

KESELARASAN / KONGRUENS

R I

K A

E S

S-S : Keselarasan tinggiS-A : Keselarasan sederhanaS-E : Keselarasan sederhanaS-R : Tiada keselarasan

Page 37: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

PERSONALITI PERSEKITARAN

KERJAYA

TAHAP

KONGRUEN

SOSIAL DENGAN SOSIAL TEPAT / TINGGI

SOSIAL DENGAN ARTISTIK SEDERHANA

SOSIAL DENGAN REALISTIK TIADA

KESELARASAN / KONGRUENS

Page 38: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Contoh Item Ujian Aptitud

4. Menerangkan diri saya sepenuhnya

3. Menerangkan sebahagian diri saya

2. Menerangkan sedikit mengenai saya

1. Tidak menerangkan diri saya

Item Ujian

1. Muzik sangat penting dalam kehidupan seharian saya

2. Tugasan bernombor mudah untuk saya

3. Saya suka hadir ke majlis sosial

4. Saya sayang haiwan peliharaan

5. Membaca peta adalah mudah bagi saya

6. Saya boleh memainkan alat muzik dengan baik

7. Saya boleh melukis dengan baik

Skala Penskoran

Page 39: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)
Page 40: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Pilih satu bentuk yang anda suka!

Page 41: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

PROFIL DIRI ANDA Mempunyai arah tuju yang jelas Empunyai wawasan Bercita-cita tinggi untuk mencapainya Rajin dan bersungguh-sungguh dalm

melaksanakan tugas Sanggup meninggalkan kawan demi

matlamatyang ingin dicapai

• Tidak puas dengan keadaan biasa Berani mengambil risiko Suka tingkah laku serius

Page 42: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

PROFIL DIRI ANDA

Sangat logikal

Menilai sesuatu secara lebih objektif

Mengutamakan panduan dan peraturan Mementingkan keadilan Mengutamakan fokus & matlamat terperinci daripada khabar angin

Mementingkan keharmonian Mempunyai kemahiran interpersonal Yang baik Selesa bergaul dengan orang lain Mempunyai ramai kawan Mudah memahami perasaan orang lain dan bersifat assertif Suka seks dan keseronokan

Page 43: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)
Page 44: Pentaksiran Psikometrik Ting 1 2012 (1)

Tahap-tahap Ketekalan Holland

Tahap ketekalan Pola-Pola PersonalitiTinggi RI, RK, IR, IA, AI, AI, SA, SE, ES, EK,

KE, KR

Sederhana RA, RE, IS, IK, AR, AE, SI, SK, EA, ER, KS, KI

Rendah RS, IE, AK, SR, EI, KA