moral kumpulan 1

41
ELM3013E PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS PENDIDIKAN MORAL TAJUK: KONSEP ASAS MORAL

Upload: cynthia-ting

Post on 17-Jan-2016

43 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

moral

TRANSCRIPT

Page 1: Moral Kumpulan 1

ELM3013EPENGENALAN KEPADA KONSEP

ASAS PENDIDIKAN MORAL

TAJUK:KONSEP ASAS MORAL

Page 2: Moral Kumpulan 1

Definisi Konsep Dalam memperkatakan konsep asas moral, kita patut meneliti konsep-konsep berikut: moral, etika dan akhlak. Tidak dapat dinafikan adalah penting kita memahami konsep-konsep ini yang saling berkaitan untuk mencari pengertian terhadap aspek moral dalam kehidupan sesebuah masyarakat.

Page 3: Moral Kumpulan 1

Konsep Moral Perkataan ‘moral’ berasal daripada perkataan ‘mores’ - bahasa Yunani yang membawa erti: tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila dan peraturan masyarakat. Oleh itu, moral merupakan nilai-nilai murni seperti baik hati, merendah diri, belas kasihan dan berkait dengan beberapa peraturan seperti tatahukum, tatasusila, tatatertib, nilai tradisi, kepercayaan, undang-undang, norma dan adat dalam mana-mana masyarakat yang dimaksudkan.

Page 4: Moral Kumpulan 1

Contoh:Sepasang suami isteri menemui seorang bayi di tepi sebuah balai raya ketika pulang ke kampung orang tuanya. Kebetulannya pasangan itu tidak mempunyai anak setelah 10 tahun berkahwin. Mereka bercadang untuk membawa bayi comel itu balik ke rumah dan membelanya tanpa mengikut peraturan undang-undang. Akhirnya setelah berbincang mereka akur bahawa undang-undang negara perlu dipatuhi. Mereka membawa bayi comel itu ke balai polis untuk tindakan selanjutnya mengikut peruntukan undang-undang yang ditentukan.

Page 5: Moral Kumpulan 1

Contoh:

Nora terjumpa dompet kawannya yang tercicir. Dia mengutipnya tanpa pengetahuan sesiapa. Nora boleh menyimpan dompet itu jika dia mahu. Nora seorang budak yang jujur dan ikhlas. Dia segera memulangkan dompet tersebut. Nora ialah seorang budak yang bermoral. Dia tidak teragak untuk berbuat demikian kerana kejujuran merupakan sebahagian daripada akhlaknya. Tiada guna dia mengambil dompet kepunyaan orang lain kerana hatinya akan menjadi gelisah. Gerak hatinya tidak merestui perlakuan tersebut. Hatinya lapang apabila dia memulangkan dompet tersebut kerana dapat membantu meringankan bebanan orang lain.

Page 6: Moral Kumpulan 1

Moral terdiri daripada peraturan komuniti dan sifat peribadi mulia. Peraturan komuniti penting diikuti demi kesejahteraan masyarakat sekeliling. Sifat peribadi mulia pula amat menguntungkan pemiliknya dan memberikan faedah positif kepada orang yang dia berinteraksi dan sekali gus individu yang berperibadi mulia itu mudah mengamalkan peraturan masyarakat yang baik. Oleh itu insan moral ialah insan yang seimbang dari segi keperibadian mulia, mematuhi peraturan moral kerana tanpa prinsip moral, individu itu mungkin akan menghadapi ketidaktentuan dalam menghadapi dilema moral.

Page 7: Moral Kumpulan 1

Konsep Etika• Etika berasal daripada perkataan Yunani ethos yang

bermaksud adat atau cara hidup. Konsep ini merupakan sains atau kajian tentang falsafah moral, perlakuan yang baik, kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral dan ciri-ciri kehidupan yang baik. Konsep ini biasa dihasilkan untuk menjadi garis panduan kepada sesuatu kumpulan untuk menjamin kebaikan kumpulan asas persatuan mereka seperti etika keguruan, etika guaman dan sebagainya .

Page 8: Moral Kumpulan 1

Contoh:• Seorang guru kaunseling telah menceritakan keburukan

kliennya di dalam bilik guru sewaktu berbual dengan rakan-rakan sejawatnya. Perkara yang didedahkan adalah tentang latar belakang keluarga pelajar yang mempunyai masalah. Si ayah ada tiga orang isteri dan jumlah adik beradik pelajar itu seramai dua puluh lima orang. Pelajar yang dimaksudkan itu mengalami tekanan lantaran keluarga yang porak peranda. Sama ada guru kaunseling itu sedar atau tidak, beliau sebenarnya telah melanggar etika seorang guru yang perlu menyimpan rahsia atau maklumat pelajar daripada dipersendakan atau dijadikan bahan cerita lucu di sekolah.

Page 9: Moral Kumpulan 1

• Konsep Akhlak

Akhlak merupakan perlakuan baik atau budi pekerti seseorang. Akhlak dianggap sebagai tingkah laku seseorang yang dilakukan secara spontan kerana kebiasaan jiwa atau sifatnya yang baik. Akhlak Islamiah dikaitkan dengan konsep Khasyatullah yang bermaksud perasaan takut dan kagum akan kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. sehingga mendorong seseorang melaksanakan perintahNya serta meninggalkan segala laranganNya.

Page 10: Moral Kumpulan 1

Contohnya, mengikut agama Islam, seseorang itu dianggap tidak berakhlak jika minum arak dan berjudi kerana kedua-dua perbuatan itu diharamkan dalam agama Islam. Antara sebabnya ialah arak membahayakan kesihatan dan menjadi punca maksiat. Minum arak dan berjudi boleh memporakperandakan kehidupan keluarga. Di samping itu, berjudi akan menyebabkan berlakunya pergaduhan dan permusuhan dalam masyarakat dan melalaikan tanggungjawab terhadap Allah dan keluarga. Sesungguhnya berjudi boleh menyebabkan seseorang menjadi miskin dan mendorong manusia mencuri, menipu dan membunuh. Islam telah menetapkan hukuman haram dan berdosa besar terhadap peminum arak dan penjudi.Menurut Islam orang yang meminum arak disebat sebanyak 40 kali sebatan dan yang berjudi dirampas hartanya.

Page 11: Moral Kumpulan 1

Peraturan Morali. Pengertian Peraturan Moral•Peraturan moral ialah satu hasil kajian tentang betul salah tingkah laku manusia.•Peraturan moral menyediakan undang-undang yang sistematik tentang tanggapan-tanggapan / matlamat-matlamat yang unggul.•Peraturan moral bersifat rasional dan autonomous kerana manusia sentiasa berminat dalam tingkah laku sendiri, berfikir dan bersoal jawab tentang tingkah laku-tingkah laku, membandingkan tingkah laku manusia dan cuba mencari prinsip-prinsip dan rasional atas tingkah lakunya sendiri.

Page 12: Moral Kumpulan 1

ii. Antara ciri peraturan moral adalah: •Boleh diubah-ubah.•Dicipta oleh manusia.•Tiada pengasas, seseorang bermoral haruslah menghormati orang lain

Page 13: Moral Kumpulan 1

iii Prinsip-prinsip peraturan moral•Prinsip AutonomiPrinsip ini meliputi pertimbangan bebas. Pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral.

Contoh : Nazri memilih tidak merokok kerana dia sedar bahawa merokok membahayakan kesihatan. Dia tidak merokok bukan kerana dia takut dimarah ibubapa/guru tetapi kerana kesedaran dalaman yang tinggi dan tidak mudah dipengaruhi oleh sesiapapun

Page 14: Moral Kumpulan 1

• Prinsip Keadilan Keadilan melibatkan menghormati hak orang lain dan

kesaksamaan. Oleh itu keadilan tidak akan membenarkan individu menyalahgunakan kebebasannya untuk individu yang bersifat tamak dan mementingkan diri sendiri.

Contoh : Di sekolah A, Guru Besar sentiasa menyuruh guru X membuat kerja-kerja pentadbiran sekolah. Akibatnya guru X tidak ada masa langsung untuk dirinya dan keluarganya sedangkan terdapat ramai guru di sekolah A yang tidak mempunyai banyak kerja . Perkara tersebut membuktikan salah guna kuasa oleh guru besar sehingga membawa kesan negatif kepada kehidupan guru tersebut.

Page 15: Moral Kumpulan 1

• Prinsip AltruismeBelas kasihan, simpati, menghargai dan mengambil berat

tentang kebajikan orang lain. Altruisme juga akan menjauhkan individu daripada sifat mementingkan diri sendiri.

Contoh 1: Seluruh dunia tanpa mengira bangsa telah bersatu padu menyumbangkan tenaga dalam bentuk tenaga dan wang ringgit untuk membantu mangsa Tsunami di Aceh, India, Bangkok dan lain-lain. Mereka menderma untuk meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa yang hidup dan anak-anak yatim yang kehilangan ibubapa.

Page 16: Moral Kumpulan 1

• Contoh 2 : Seorang gadis berusia 19 tahun telah menderma RM60,000.00 kepada Persatuan Perubatan Malaysia (Mercy) untuk membantu mangsa pencerobohan Amerika Syarikat ( AS ) di Iraq. Wang tersebut diperolehi melalui kemenangannya dalam peraduan meneka lagu. Beliau ialah Khatijah Khalilul Rahman. Khatijah memang unik, seumur hidupnya belum tentu beliau akan menerima wang yang sebegitu banyak. Satu sen pun tidak diambilnya. Tanpa apa-apa tujuan mencari nama atau mempromosi syarikat atau pertubuhan, gadis remaja itu mengamalkan sikap alturisme yang begitu tinggi nilainya. Khatijah, semoga Allah merahmati hidupmu! Semoga anda sentiasa menjadi contoh insan yang sentiasa menjunjung amalan murni dan kemanusiaan.

Page 17: Moral Kumpulan 1

Konsep Baik, Benar dan Patut

Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dn patut.Contohnya:Kita patut melakukan apa yang baik dan benar.Anda patut berkelakuan baik.Anda patut makan makanan berkhasiat.Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan.

Page 18: Moral Kumpulan 1

• Sesuatu tindakan itu dikata “baik” dan “benar” sekiranya tindakan sejajar dengan tugas dan tanggungjawab, dan salah jika perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan benar. Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah mentakrifkannya dalam konteks atau pendekatan yang berbeza.

Page 19: Moral Kumpulan 1

Konsep Baik

• Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Ia merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya.

Page 20: Moral Kumpulan 1

• Makna baik:1.Secara fizikal: alat yang banyak faedah dan kepuasan

dari segi penggunaan2.Kepuasan diri: memuaskan hati pengguna dari segi

rupa, mutu,kecekapan dan sebagainya3.Kelakuan: gerak-geri yang ditunjukkan, sesuai atau

tepat dan memberi sokongan atau persetujuan4.Penyakit: dalam proses pulih atau balik kepada

asalnya.

Page 21: Moral Kumpulan 1

Konsep Benar• Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai,

mempunyai fakta-fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti. Perkataan benar boleh dilihat dari segi:

i. kebenaran mutlak kepadaTuhan

ii.kebenaran secara saintifik sesuatu kebenaran yang boleh dibuktikan dengan fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik.

iii. kebenaran secara relative pada sesuatu situasi tertentu benar wujud secara relatif dan bukan mutlak seperti yang terdapat dalam pantang larang dan peraturan adat.

Page 22: Moral Kumpulan 1

Konsep Patut

• Patut bermaksud “seharus”, “mesti”, atau “sesuai”dan mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana.

Page 23: Moral Kumpulan 1

Pernyataan Normatif dan pernyataan DeskriptifPernyataan Normatif • Pernyataan ini terbahagi kepada dua, iaitu:

i) Pernyataan Normatif Moral•Pernyataan ini merupakan penegasan atau pernyataan yang menyatakan pertimbangan nilai kita seperti baik atau jahat, benar atau salah, dan diterima atau ditolak.

Contoh-contohnya:(a) Berzina adalah perbuatan yang sangat keji.(b) Pengguguran adalah perbuatan yang tidak bermoral.

Page 24: Moral Kumpulan 1

• Abdul Rahman Aroff (1999) menyatakan bahawa terdapat dua cara kita menggunakan istilah baik, buruk, benar, salah, larangan,tanggungjawab, hak, dan sebagainya. Pertama, apabila kita menilai perbuatan atau perlakuan individu. Perbuatan ini dipanggil pertimbangan nilai obligasi (deontic). Kesan perbuatan itu tidak diambilkira.

Contoh-contohnya:(a) Kita patut menepati janji(b) Perbuatan mencuri adalah salah.

Page 25: Moral Kumpulan 1

• Kedua, apabila kita menilai ciri perwatakan, motif, atau peribadi seseorang. Pertimbangan ini dinamakan pertimbangan moral aretaic.

Contoh-contohnya:(a)Seseorang yang kedekut adalah tidak baik.(b)Dia mempunyai motif yang benar. Harus diingat bahawa

ada pernyataan normatif yang mempunyai implikasi atau kesan langsung dan segera terhadap tingkah laku.

Page 26: Moral Kumpulan 1

• Apabila pernyataan itu dikeluarkan, kita menentukan patut atau tidak patut seseorang itu berkelakuan demikian.

Contoh-contohnya:(a)Kecuaian memandu di jalan raya membahayakan diri

sendiri danorang lain. Berhati-hati di jalan raya.(b)Kita patut membantu orang yang tidak bernasib baik.

Oleh itu,bermurah hatilah.

Page 27: Moral Kumpulan 1

• Di samping itu, terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk atau perintah. Hal ini melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhi oleh anggota masyarakat.

Contoh-contohnya:(a)Peraturan Perlembagaan mesti dipatuhi.(b)Tempat ibadat semua agama mesti dihormati.

Page 28: Moral Kumpulan 1

ii) Perbuatan Normatif Bukan Moral•Pernyataan ini disebut sebagai domain bukan moral. Termasuk didalamnya ialah agama, estetika, ekonomi, intelek, kebendaan, politik,dan sosial

Page 29: Moral Kumpulan 1

• Dalam hal ini, istilah baik, buruk, dan sebagainya tidak diguna pakai untuk menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang.

Contoh-contohnya:(a)Ini sebuah buku yang baik.(b)Anda tidak perlu membeli kasut itu. Antara pernyataan-

pernyataan normatif yang berhubung dengan soal estetika dan agama ialah:a) Saya suka membeli beg tangan yang cantik dan

selesa.b) Menipu adalah satu dosa.

Page 30: Moral Kumpulan 1

2.4.2 Pernyataan Deskriptif• Abdul Rahman Aroff menyatakan bahawa pernyataan ini bebas daripada sebarang nilai atau tiada kaitan dengan pertimbangan nilai-nilai moral. Pernyataan ini value-neutral dan terdiri daripada laporan atau deskriptif. Tujuannya adalah untuk menyatakan fakta empirical atau logikal.

Contoh-contohnya:(a)Dia sentiasa tidur awal.(b)(b) Kereta itu berwarna biru

Page 31: Moral Kumpulan 1

Aliran Pemikiran Moral•Naturalis•Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis.

Page 32: Moral Kumpulan 1

• Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk.Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya.

Page 33: Moral Kumpulan 1

• Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walaupun negara telah merdeka 52 tahun yang lalu.

• Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

Page 34: Moral Kumpulan 1

• Emotivis• Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak

mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.

• Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

o Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30 di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut.

Page 35: Moral Kumpulan 1

o Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

o Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut.

o Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang dimuka keluarga.

o Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut

Page 36: Moral Kumpulan 1

• Intuisionis• Aliran pemikiran ini merujuk satu proses “melihat”

dan “memahami” secara spontan. Aliran ini ada kaitannya dengan bisikan hati. Orang tua yang bijak telah mengalami pengalaman hidup. Oleh itu, apabila mereka menghadapi sesuatu masalah atau isu, mereka dapat membaca apa yang tersirat daripada yang tersurat. Bak kata pepatah Melayu “terkilat ikan di air sudah tahu jantan betina”. Gerak hati mereka ketika menilai bakal menantu pada kali pertama berdasarkan timbunan pengalaman lalu serta kematangan fikiran lantaran faktor usia.

Page 37: Moral Kumpulan 1

• Dengan kata lain pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Aliran pemikiran ini juga boleh dikaitkan dengan pemikiran spontan celik akal. Kemunculan idea yang meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara boleh dikaitkan dengan aliran pemikiran ini. Maka berkatalah MunsyiAbdullah, intelek Melayu dalam bahasa indahnya, “lagi kutebas pohon di hutan,baru kutahu luasnya bentara”.

Page 38: Moral Kumpulan 1

• Kesimpulannya, orang yang terlebih dahulu makan garam, maka teballah intuisionisnya berbanding dengan gadis remaja yang mudah ditipu oleh lelaki “don juan” atau “kasanova” lantaran pengalaman hidupnya yang masih hijau; sebab itulah mereka mudah diperkotak-katik dengan janji-janji manis lelaki hidung belang.

Page 39: Moral Kumpulan 1

• Rasionalis• Rasionalis berasal daripada perkataan “ratio” yang

bermakna “reason” atau sebab. Segala tingkah laku moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar dan semangat patriotik perlukan asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

• Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak, menyelesaikan masalah, mereka cipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat.

Page 40: Moral Kumpulan 1

• Kes-kes bunuh diri, menggunakan keganasan untuk mendapat sesuatu, bukanlah berpunca daripada pemikiran rasional. Walaubagaimanapun bukan semua perkara boleh ditaakulkan. Perkara-perkara yang berhubung dengan ketuhanan adalah sesuatu yang abstrak dan tidak boleh dihujah dengan logik akal biar pun 1000 orang cerdik pandai berhimpun untuk mencari logiknya. Contohnya perkara tentang Hari Kiamat, kewujudan Tuhan, Hari Pembalasan dan sebagainya.

Page 41: Moral Kumpulan 1

SEKIAN. TERIMA KASIH.