pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

31
PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PKU 3106 TAJUK 1 : ANDA DIKEHENDAKI MENCARI MAKLUMAT MENGENAI KONSEP PENTAKSIRAN, PELBAGAI CARA MENGUMPUL MAKLUMAT DAN KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS DALAM PELBAGAI BIDANG YANG MELIBATKAN MURID KHAS.

Upload: azlinda-abdullah

Post on 19-Jun-2015

6.206 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS PKU 3106

TAJUK 1 : ANDA DIKEHENDAKI MENCARI MAKLUMAT MENGENAI KONSEP PENTAKSIRAN, PELBAGAI CARA MENGUMPUL MAKLUMAT DAN KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS DALAM PELBAGAI BIDANG YANG MELIBATKAN MURID KHAS.

Page 2: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

KUMPULAN 11. AZLINDA BINTI ABDULLAH2. AZLINA BINTI ZAINAL3. NUR SHAPRINA BINTI BAHARI4. JAMEAH BINTI MOHD SALLEH

PPG AMBILAN JUN 2011SEMESTER 3

PENSYARAH : PN KHADIJAH BINTI AMAT @ KAMARUDDIN

Page 3: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

PENGENALAN•Pentaksiran adalah sesuatu bidang yang tidak dapat dipisahkan daripada pendidikan khas. •Segala keputusan yang dibuat dalam pendidikan khas berkait rapat dengan maklumat yang dikumpulkan melalui proses pentaksiran.•Maklumat diperlukan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh seseorang murid

Page 4: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

•Seterusnya, bagi menjalankan pengajaran yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, guru memerlukan maklumat yang dikumpul melalui pelbagai cara pengujian atau kaedah lain.

•Seterusnya, apabila pengajaran dan langkah-langkah yang dianggap wajar telah dilaksanakan, guru perlu menilai keberkesanan perancangan dan pengajarannya.

Page 5: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

DEFINISI PENTAKSIRAN Pentaksiran dalam konteks pendidikan khas boleh didefinisikan sebagai satu proses

pengumpulan maklumat untuk tujuan membuat keputusan.

Definisi membawa implikasi bahawa terdapat banyak keputusan yang penting

yang perlu dibuat dalam pendidikan khas.

Page 6: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Keputusan yang akan dibuat adalah berdasarkan maklumat yang tertentu

dan bukan dibuat dengan sewenang-wenangnya.

Cara membuat keputusan sedemikian adalah sistematik dan memperlihatkan

unsur profesionalisme.

Page 7: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

David Lambert dan David Lines 2000. Pentaksiran adalah proses pengumpulan, menterjemah, merekod dan menggunakan maklumat mengenai respon pelajar kepada tugas pendidikan.

Gearheat 1990. Pentaksiran adalah proses yang melibatkan pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik sesuatu maklumat yang luas berdasarkan keputusan intervensi dan apabila bersesuaian, keputusan klasfikasi dan penempatan.

Page 8: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Menurut Salvia dan Ysseldy 1978 . Pentaksiran adalah proses pengumpulan data dengan tujuan mengenalpasti dan mengesan masalah pelajar dan membuat keputusan mengenai pelajar.

Menurut Bailey & Woldery 1992. Pentaksiran adalah suatu proses mengumpul maklumat bagi tujuan membuat keputusan.

Page 9: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Mc Cluhen 1994. Pentaksiran kanak-kanak khas ialah “proses sistematik mengumpul maklumat yang relevan, bertujuan membuat keputusan

pembelajaran dan perundangan yang berkaitan dengan peruntukan perkhidmatan khas.

Pentaksiran pembelajaran juga meliputi usaha memahami masalah pembelajaran pelajar dan

faktor-faktor yang memberi kesan kepada pencapaian sekolah dan perkembangan diri

murid dari berbagai peringkat umur.

Page 10: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Pentaksiran dalam Pendidikan Khas adalah untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasaan murid dalam

pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan sebagainya.

Ia juga dapat mengesan punca masalah yang dihadapi murid dan merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang

sesuai mengikut tahap kebolehannya.

Page 11: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

KONSEP PENTAKSIRAN

•Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti mengumpul,

merekod, memberi skor menginterpretasi, menghurai,

maklumat tentang pembelajaran seorang bagi sesuatu tujuan

Page 12: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Maklumat hasil pentaksiran akan dirujuk untuk memperbaiki kelemahan murid dan meningkatkan pencapaiannya.Pentaksiran yang dibuat adalah mengikut peringkat kebolehan dan standard perkembangan murid tersebut.

Pentaksiran juga memerlukan pengumpulan bukti dan data pencapaian murid dalam satu tempoh masa untuk mentaksir pembelajaran dan pemahamannya.Bukti dan data ini dapat diambil dalam bentuk dialog, jurnal, lembaran kerja, portfolio dan beberapa jenis ujian seperti ujian diagnostik.

Page 13: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Umumnya

Pentaksiran = data +maklumat keputusan

Page 14: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

CIRI-CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK

Keobjektifan - ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan. Kebolehtadbiran - kelicinan dan kerja-kerja susulan yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah. Kemudahtafsiran - maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon,menepati tujuan mengadakan satu ujian dan pentaksiran. Kekomprehensifan - mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

Page 15: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Pengukuran - melibatkan data sistematik yang dikumpulkan mengikut "peraturan“ Pengujian - satu bentuk pengukuran spesifik Penilaian - memberikan penghakiman ke atas pengumpulan data Pentaksiran - pengintegrasian data kualitatif dan kuantitatif yang dikumpulkan untuk menyediakan maklumat mengenai pembelajaran, apa yang diajar dan bagaimana ianya diajar

Pentaksiran = Pengukuran+ Pengujian + Penilaian

Page 16: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

JENIS-JENIS PENTAKSIRAN Jenis pentaksiran yang boleh

digunakan kepada pelajar-pelajar khas :

1. Kemahiran pembelajaran asas - pengamatan2. Kemahiran sosial dan tingkah laku3.Kemahiran bahasa – membaca, menulis dan lisan4.Kemahiran matematik

Page 17: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Sesuatu pentaksiran ditadbir berdasarkan perkara-perkara berikut :

Mengambilkira bagaimana seseorang pelajar melaksanakan pelbagai tugas dalam keadaan yang berbezaMemberi makna kepada pencapaian kanak-kanak itu sebagai indivduMemberi interpretasi kepada pencapaian tersebut 

3 domain yang diuji :AkademikTingkahlakuFizikal

Page 18: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Tujuan Pentaksiran

Pierangelo , R & Giuliani, G (2006)Menyatakan tujuan penaksiran adalah untuk :a. Pemeriksaan dan pengenalpastian (screening

and identification)b. Kelayakan dan diagnosis (Eligibility and

diagnosis)c. Penempatan dan perkembangan RPI (IEP

Development and placement)d. Perancangan pengajaran (Instructional planning)e. Penilaian (Evaluation)

Page 19: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

PELBAGAI CARA MENGUMPULKAN MAKLUMAT

a. Rekod lamab. Sampel kerjac. Pengujiand. Pemerhatiane. Soal selidik

Page 20: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Rekod dan laporan berkaitan- Latar belakang keluarga- Kesihatan murid- Prestasi akademik- Minat murid

Seseorang murid bermasalah pembelajaran sudah pasti telah menjalani pelbagai jenis pentaksiran sebelum dia masuk ke sekolah.Laporan yang dibuat oleh para profesional akan memberi banyak maklumat berkaitan murid yang boleh digunakan oleh guru pendidikan khas. Guru pkhas perlu merujuk kepada laporan tersebut untuk mendapat satu gambaran yang lebih menyeluruh berkaitan murid.

Page 21: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Sampel kerja- Analisis ralat- Kualiti kerja

Salah satu sumber maklumat yang sedia ada berkaitan murid adalah sampel-sampel kerja yang dihasilkan oleh murid dalam mata pelajaran yang diikutinya di sekolah. Untuk mendapat maklumat yang berfaedah, guru pkhas perlu membuat analisis sampel kerja untuk mengetahui kelebihan dan kelemahan murid dalam matapelajaran yang dipelajari.

Page 22: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Pengujian- Ujian rujukan norma ( ujian yang membandingkan prestasi murid dalam sesuatu ujian dengan pencapaian orang yang telah mengambil ujian yang sama )-Ujian rujukan kriteria ( ujian untuk mengukur samada kemahiran yang telah diajar boleh dianggap sebagai telah dikuasai murid )

-Inventori tidak formal-Kuiz ( ujian yang dijalankan sebaik sahaja sesuatu pelajaran telah disampaikan untuk menguji samada murid telah memahami apa yang telah diajar )-Probe ( kalau seseorang guru ingin tahu samada murid boleh menjalankan sesuatu tugasan atau ujian yang sama tetapi dengan sedikit pengubahsuaian seperti memberi penyampaian yang berlainan)-Analisis tugasan

Page 23: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Pemerhatian- Aspek yang boleh dinilai - kefahaman konsep - pengetahuan fakta - sebutan - kecekapan mencongak - sikap

- Instrumen (senarai semak & skala kadar) - semasa interaksi murid dengan guru,

murid dengan murid, murid dengan bahan pembelajaran.

- hasil kerja murid

Page 24: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Soal Selidik- Dinilai melalui aktiviti seperti:-

. Temu bual

. Soal jawab

. Memberi respon

. Aktiviti bacaan

Page 25: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

KEGUNAAN PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN KHAS

Perancangan Pentaksiran Bilik DarjahTujuan :untuk mendapatkan maklumat yang sah, boleh dipercayai dan berguna berkaitan dengan pembelajaran pelajar.

Guru perlu menentukan secara jelas apa yang hendak diukur dan seterusnya menyediakan analisa pentaksiran yg dapat mengukur pengetahuan, kemahiran dan nilai yang hendak diukur dengan tepat.

Page 26: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Sebagai guru pendidikan khas, anda harus memahami segalaaspek yang mendalam berkaitan dengan murid. Oleh yangdemikian, pentaksiran yang selalu dijalankanoleh guru di sekolah bertujuan untuk mendapat maklumatberkaitan:Kemahiran kognitif

KecerdasanMemori

Kemahiran motorMotor kasarMotor halus

Page 27: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Kemahiran persepsiPersepsi visualPersepsi auditori

Kemahiran akademikBacaanTulisanMatematik

Kemahiran bahasaBahasa eskpresifBahasa reseptif

Tingkah lakuKeadaan sosio-emosi

Page 28: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Maklumat yang dikumpul berkenaan aspek-aspek diatas akan memberi satu gambaran yang komprehensif berkaitan murid, dan menunjuk arah tentang jenis bantuan dan pengajaran yang perlu disediakan.

Dengan demikian, guru boleh merancangsatu program intervensi yang bersesuaian dengan keperluan individu setiap orang murid.

Page 29: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

Seorang guru yang berkesan akan selalu berpandukan kepada maklumat pentaksiran untuk mengendali murid di sekolah.

Page 30: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

KesimpulanPenaksiran adalah sesuatu yang sangat penting & tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana ia merupakan sesuatu perkara yang subjektif & melibatkan antara guru dan pelajar. Guru perlu melihat pengajaran dari pelbagai aspek. Melalui pentaksiran yg dibuat, guru mampu merancang pengajaran supaya lebih berkesan & mampu menarik minat pelajar.

Page 31: Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106

TAMATSekian, terima kasih