pengurusan pentaksiran dalam bilik .ppt

Upload: adrie-zwan

Post on 02-Mar-2016

137 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Pengurusan Pentaksiran dalam bilik .ppt

TRANSCRIPT

  • Bincangkan peranan guru dalam pengurusan pentaksiran dalam bilik darjah.SELVARAJIPG KAMPUS SARAWAK

  • Pentaksiran Pengertian/ Konsep:satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

  • Konteks pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

  • Tujuan Pentaksiranmembolehkan sistem persekolahan, sekolah-sekolah, pengajar dan guru serta pelajar dan murid meningkatkan dan memberikan piawaian yang lebih bermakna.

    Piawaian yang ditetapkan memberikan fokus atau tumpuan serta arah kepada pengajaran dan pembelajaran.

  • Keputusan dan hasilan dari pentaksiran menyokong unsur-unsur penting dan utama terhadap sifat, kekuatan dan kelemahan prestasi murid dan pelajar yang berkaitan dengan piawai.

    Pendidik dan pelajar mengunakan maklumbalas dari hasilan pentaksiran ini untuk memahami dan memberi tumpuan bagi meningkatkan aspek berkaitan pembelajaran mereka .

  • Pentaksiran boleh meningkatkan motivasi pelajar dan murid untuk belajar dengan lebih baik, pengajar memberi pengajaran yang lebih bermakna dan sistem persekolahan yang lebih berkesan. (Klein, 2000)

  • Pentaksiran dalam bilik darjah terbahagi kepada tiga iaitu:

    pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

    pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning)

    pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning) .

  • Pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

    proses pembelajaran berterusan.dijalankan untuk memastikan setiap pelajar atau murid memahami dan dapat menterjemahkan kehendak tugasan.supaya guru boleh menentukan apa yang boleh dibantu dalam meningkatkan prestasi pelajar dan murid.Pelajar dan murid akan belajar secara bersendirian dengan cara dan kehendak mereka sendiri.

  • Peranan Guru dalam Pentaksiran Untuk Pembelajaranmengimbangkan proses pengajaran dan pembelajaran.mengenalpasti keperluan pembelajaran tertentu pelajar atau kumpulan pelajar.memilih dan menyesuaikan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran.mencipta strategi pengajaran yang berlainan dan peluang pembelajaran bagi membantu individu bergerak maju dalam pembelajaran. menyediakan maklumbalas dan arahan segera.

  • Pentaksiran sebagai pembelajaran (assessment as learning) proses membentuk dan menyokong metakognisi (iaitu memikir atau mencari jawapan kepada pemikiran sendiri) pelajar dan murid.

    memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan pelajar atau murid sebagai penguhubung yang kritikal diantara pentaksiran dan pembelajaran.

  • pelajar berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan mengunakannya untuk tujuan pembelajaran. Ini adalah sesuatu proses pengawalan dalam meta-kognisi (meta-cognition).

    Ianya berlaku apabila pelajar atau murid memantau pembelajaran kendiri dan mengunakan maklumbalas yang diperolehi untuk membuat pembetulan, penyesuaian, dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa yang mereka fahami.

  • Peranan Pendidik dan Guru dalam Pentaksiran sebagai Pembelajaran adalah : memberi contoh dan mengajar kemahiran pentaksiran kendiri .

    membimbing pelajar dan murid dalam menentukan matlamat, dan memantau prestasi mereka .

    menyediakan contoh-contoh amalan yang baik dan berkualiti yang melibatkan hasilan kurikulum.

    bekerjasama dengan pelajar dan murid untuk membentuk kriteria amalan yang baik dan jelas.

  • membimbing pelajar dan murid dalam membentuk maklumbalas dalaman atau membina mekanisma pemantauan kendiri bagi mengesahkan dan menyoal pemikiran kendiri serta berpuashati dengan kesamaran dan ketidaktentuan yang ketara dalam mempelajari perkara baru.

    menyediakan peluang berterusan dan yang mencabar untuk diamalkan, agar pelajar dan murid menjadi yakin dan bersifat pentaksir kendiri yang kompeten.

    memantau proses meta-kognitif pelajar dan juga pembelajaran serta menyediakan maklumbalas yang terperinci .

    menyediakan persekitaran yang selamat bagi pelajar dan murid memperolehi peluang pembelajaran dan mendapat sokongan sepenuhnya dari pihak sekolah atau pentadbiran.

  • Pentaksiran kepada pembelajaran (assessment of learning)

    berbentuk sumatif (summative) secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang pelajar dan murid boleh lakukan, mendemonstrasikan samada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain.

  • Pentaksiran pembelajaran yang berkesan memerlukan pendidik dan guru menyediakan : kaedah yang rasional bagi membolehkan pentaksiran kepada pembelajaran tertentu dijalankan dengan betul pada masa yang tertentu.

    kenyataan yang jelas bagi pembelajaran yang diinginkan.

    proses yang membolehkan pelajar dan murid menunjukkan kemahiran dan kebolehan atau kompetensi.

  • kadar mekanisma alternatif bagi mentaksir hasilan yang sama.

    penanda dan petunjuk am bagi membuat keputusan.

    kaedah yang telus bagi pentaksiran.

    deskripsi mengenai proses pentaksiran.

    strategi bagi membina semula apabila berlakunya ketidak sehaluan dalam membuat keputusan.

  • KONSEP PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH

  • Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

    PKS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat.

    Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa.

  • Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun.

    Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid.

  • Jenis Penilaian di SekolahPenilaian formatifPenilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

    Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.

    Oleh itu, guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

  • Penilaian sumatifPenilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun.

    Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.

  • PKS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran harian.

    Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang sewajarnya jika perlu.

  • PKS boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspekyang tidak dapat dinilai secara berpusat.

    PKS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran guru.

  • Melalui PKS, guru dapat :

    mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

    mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa;

  • mengetahui keberkesanan pengajarannya;

    merancang dan mengubahsuai pengajarannya

    menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

  • PELAKSANAAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH

  • PROSES PELAKSANAAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH

  • TINDAKAN SUSULANPENGUKUHAN PENGAYAAN

    TINDAKAN SUSULAN PEMULIHAN

  • PERANCANGANDalam pelaksanaan PKS, guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang perlu digunakan.

  • PEMBINAAN INTRUMEN PENILAIANPenggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) boleh membantu guru membina soalan mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan.Penentuan hasil pembelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada:

  • LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN JPU

  • KAEDAH PENILAIAN DALAM PKSHasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:

    Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada: ~ hasil pembelajaran yang hendak dinilai. ~ Kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

    PemerhatianLisanPenulisan

  • Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

    Mengesan serta-merta- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam pengajaran harian- tidak memerlukan instrumen yang khusus Mengesan kemajuan- mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran- perlu dirancang secara individu atau kumpulan- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis Mengesan pencapaian- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir program- perlu dirancang secara individu- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan ujian lisan

  • PENILAIAN SECARA PEMERHATIANDigunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan penulisan seperti:- sikap- perlakuan/amalan- amali- kemahiran manipulatif- kemahiran bersosial- kemahiran belajar- kemahiran kinestetik- kemahiran literasi komputer- kemahiran mereka cipta

  • PENILAIAN SECARA LISANDigunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:- murid dengan guru- murid dengan murid- murid dengan bahan pembelajaran

  • Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:- kefahaman konsep- pengetahuan fakta- kecekapan mendengar- penggunaan bahasa yang tepat- kefasihan menghafaz- sebutan dalam berbahasa- kecekapan mencongak- gaya persembahan- pertuturan dan sikap

  • Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:- bacaan kuat- syarahan- perbahasan- bercerita- perbincangan- hafazan- temu bual- soal jawab- nyanyian- deklamasi sajak- mendengar dan memberi respon secara lisan

  • PENILAIAN SECARA MENULISmelibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:- karangan- laporan projek/kerja kursus/folio- latihan dan ujian bertulis- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

  • Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:- soalan subjektif- soalan objektif

  • MEREKODaktiviti mencatat maklumat secara bersistem berkaitan dengan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid.perlu dikemas kini untuk memudahkan guru membuat rujukan.perlu dianalisis dan ditafsir untuk tujuan tindakan susulan dan pelaporan.dilakukan dari semasa ke semasa.

  • BENTUK MEREKODMerekod boleh dibuat dalam bentuk yang berikut:- membuat pernyataan- menanda dengan menggunakan simbol- memberi markah- memberi gred

  • Rekod boleh dibuat dalam dokumen sepertiyang berikut:- buku rekod mengajar- buku latihan mengajar- laporan kemajuan murid- buku catatan guru- senarai semak- rekod prestasi- rekod profil

  • MELAPORproses penyampaian maklumat penilaian dari semasa ke semasa tentang perkembangan pengetahuan, kemahiran, nilai, sikap dan pencapaian murid.Maklumat untuk pelaporan diperoleh daripada rekod penilaian.

  • Guru melapor kepada:- murid sendiri- ibu bapa- pihak tertentu

  • Guru melaporkan perkara-perkara yang relevan berkaitan murid merangkumi kekuatan dan kelemahan pembelajaran. Antaranya ialah:- prestasi akademik- pernyataan tentang minat, sikap dan perlakuan- cadangan memperkembang potensi murid

  • BENTUK LAPORANlisan atau bertulis:MarkahPernyataanGredpernyataan dan gred

    Laporan bertulis boleh dibuat dalam:- buku laporan kemajuan murid- rekod profillaporan ringkas oleh guru mata pelajaran atau guru kelas

  • TINDAKAN SUSULANAktiviti PemulihanMembantu murid mengatasi masalah pembelajaran.

    Aktiviti Pengukuhanpengukuhan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai.

    Aktiviti PengayaanDirancang untuk memberi peluang kepada murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar.

  • BENTUK TINDAKAN SUSULANTINDAKAN SUSULAN SERTA-MERTAsentiasa peka untuk memberi teguran dan bimbingan kepada murid tentang keadaan dan kelemahan tertentu jika perlu semasa atau selepas proses pengajaran dan pembelajaran.

    TINDAKAN SUSULAN TERANCANGSelepas maklumat penilaian dianalisis, kekuatan dan kelemahan murid dapat dikenal pasti. Seterusnya, guru merancang dan memberikan aktiviti tindakan susulan yang sesuai mengikut keperluan murid. Guru perlu mengambil kira murid yang berlainan kebolehan, gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan.

  • PENILAIAN BERBENTUK URKDalam PKS penilaian berbentuk Ujian Rujukan Kriteria (URK) digunakan untuk mengetahui sejauh mana murid telah menguasai sesuatu kemahiran atau topik. Pendekatan ini memberi maklumat tentang penguasaan murid berdasarkan kriteria yang ditetapkan oleh guru.

  • PERKAITAN URK DENGAN PEMBELAJARAN MASTERIDalam pembelajaran masteri, pendekatan pengajaran dan pembelajaran berfokuskan kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara.

    berasaskan kepada kepercayaan bahawa setiap murid mempunyai kebolehan untuk menguasai perkara yang diajarkan sekiranya ada masa yang mencukupi, dan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

  • UJIAN RUJUKAN NORMAmerujuk kepada ujian yang mengukur pencapaian seseorang murid berbanding pencapaian murid lain dalam sesuatu kumpulan.

    penilaian yang bersifat sumatif.

    Digunakan semasa proses menentukan aras kesukaran item dalam menghasilkan set soalan yang bermutu.

  • PENILAIAN KENDIRI1. Bagaimanakah penilaian berikut dijalankan ?- Penilaian secara lisan- Penilaian secara pemerhatian- Penilaian secara penulisan

    2. Berikan aspek-aspek yang sesuai dinilai melalui setiap kaedah di atas.

  • *