mte3123 amalan pentaksiran dalam matematik.docx

61
MTE3123 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK PENDAHULUAN Dalam tugasan ini kami dikehendaki untuk membina Jadual Spesfikasi Ujian dan membina 20 item soalan untuk diuji kepada murid-murid sekolah semasa kami menjalankan praktikum. Perkara yang penting untuk menggubal sesuatu kertas ujian ialah ia perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbanganperlu dibuat seperti ujianyang hendak ditadbirkan sebaiknya me!akili keseluruhan sukatan pelajaran yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang rele"an dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran. Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses termasuk penyediaan JSU membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Pada masa yang sama sebelum ujian tersebut ditadbirkan item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. #eseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehper$ayaan kesahan dan seterusnya pengukuran yang adil %&ale '()0*. +enurut #ubis,yn dan Bori$h %200 * JSU % est Spe$ifi$ation able* adalah $arta dua hala mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. /ajur $arta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaransementara baris $arta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan kata lain JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu di pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada a!al hingga akhir. Se$ara ringkasnya JSU seharusnya dibina sea!al mungkin misalnya sebelum kita memulakan pengajaran agar pelaksanaan pengajaran akan berjalan dengan lebih lan$ar lagi. 1 NELLSON JOUMIN/ SEMESTER 6/2014

Upload: nell2492

Post on 03-Nov-2015

35 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

MTE3123 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

MTE3123 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK2014

PENDAHULUAN

Dalam tugasan ini kami dikehendaki untuk membina Jadual Spesfikasi Ujian dan membina 20 item soalan untuk diuji kepada murid-murid sekolah semasa kami menjalankan praktikum. Perkara yang penting untuk menggubal sesuatu kertas ujian ialah ia perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan. Beberapa pertimbangan perlu dibuat, seperti ujian yang hendak ditadbirkan sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran. Pengubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk penyediaan JSU, membuat ujian rintis dan memurnikan item ujian. Pada masa yang sama, sebelum ujian tersebut ditadbirkan, item-item ujian hendaklah dinilai oleh pakar mata pelajaran tertentu. Keseluruhan proses ini boleh membantu untuk memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil (Hale, 1980). Menurut Kubiszyn dan Borich (2003), JSU (Test Specification Table) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Dengan kata lain, JSU boleh menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. Secara ringkasnya, JSU seharusnya dibina seawal mungkin, misalnya sebelum kita memulakan pengajaran agar pelaksanaan pengajaran akan berjalan dengan lebih lancar lagi.

PENGENALANPENGUJIAN, PENILAIAN DAN PENGUKURAN

Dalam era pendidikan pada masa kini, guru memainkan peranan yang amat penting dalam memperkembangkan prestasi akademik murid-murid di sekolah. Guru harus menjalankan ujian yang bertujuan untuk memperoleh maklumat berkenaan tahap pencapaian murid dengan berbantukan aspek-aspek seperti alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisa maklumat, menilainya dan membuat laporan. Selepas itu, dengan adanya maklumat-maklumat yang diperolehi, guru akan dapat mengenalpasti langkah seterusnya yang perlu dilaksanakan olehnya. Penilaian terhadap murid tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya dengan hanya memberikan mereka soalan ujian tanpa perancangan yang rapi tetapi haruslah berpandukan beberapa aspek yang efektif yang boleh menjamin peningkatan prestasi murid-murid di sekolah. Antara aspek-aspek tersebut ialah :

PengujianPengujian merupakan satu proses atau prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar. Pengujian biasanya dibuat secara ujian bertulis seperti menyelesaikan masalah matematik, melukis gambar raja, menyusun radas dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengukur yang hanya mengukur pencapaian murid dalam bentuk markah sahaja. Cronbach (1970), berpendapat bahawa ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor atau satu sistem yang berkategori. Pengujian ini bertujuan untuk mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai. Selain itu, ia juga dapat mengesan kemajuan yang telah diperoleh dalam pencapaian hasil-hasil pembelajaran murid-murid. Seterusnya, ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada murid sebelum pengajaran manakala ujian diagnostik pula menentukan punca masalah pembelajaran yang dihadapi murid-murid seterusnya membantu guru untuk menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

PenilaianPenilaian dalam konteks pendidikan membawa erti proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu pencapaian akademik. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran. Terdapat tiga jenis aktiviti penilaian iaitu dalam KBSR iaitu, penilaian mengesan penguasaan yang dijalankan di dalam bilik darjah bagi mengesan kelemahan penguasaan murid serta merta agar kelemahan ini dapat diperbetulkan dengan serta-merta. Penilaian juga penting untuk mengesan kemajuan seseorang murid. Kebiasaannya, penilaian ini dilaksanakan setelah beberapa kemahiran dalam sesuatu topik selesai diajar. Hal ini bertujuan untuk mengesan kemajuan murid dalam kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari selain mengesan murid yang memerlukan aktiviti pengayaan dan pemulihan. Kebiasaannya penilaian ini dilaksanakan dalam tempoh satu penggal. Hal ini adalah bertujuan bagi mengesan pencapaian murid-murid dalam topik-topik pelajaran yang telah dipelajari disamping menentukan kedudukan murid-murid dalam kumpulan masing-masing.Dalam KSSR pula, pentaksiran untuk pegajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid-murid dalam pembelajaran. Kaedah pelaksanaan pentaksiran bagi KSSR adalah bersifat autentik dan holistik. Oleh itu, pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas kehidupan seharian yang meliputi, penguasaan kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira. Disamping itu juga, murid-murid harus menguasai kemahiran menaakul secara kreatif dan inovatif. Seterusnya, murid-murid juga perlu ada kesedaran kesejahteraan diri fizikal dan mental disamping percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan mempuyai nilai murni, Sebagai tambahan, murid-murid juga perlu ada sifat jati diri dan semangat nasionalisme serta memahami dan menghayati budaya nasional.

PengukuranPengukuran merupakan satu proses atau sistem yang digunakan untuk menentukan nilai kuantitatif sesuatu benda, perkara atau keadaan. Nilai ini kebiasaannya dinyatakan dalam sesuatu unit angka yang tetap dengan menggunakan alat pengukuran yang berkaitan. Pengukuran dilaksanakan bertujuan untuk mengesan hasil-hasil pembelajaran yang diperoleh. Dengan adanya pengukuran, jenis-jenis kemahiran yang diperoleh akan dapat dikesan di samping mengesan kemajuan yang dicapai oleh murid-murid dalam aspek-aspek pembelajaran yang yang telah dipelajari oleh mereka. Pada masa yang sama, guru juga boleh mengenalpasti jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan di mana terdapat beberapa pertimbangan yang harus dibuat sebelum menyediakan sesuatu kertas ujian. Antara perkara yang harus dipertimbangkan ialah, ujian yang hendak ditadbir haruslah sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran. Namun, dalam tugasan ini, kami hanya akan memilih salah satu sukatan untuk menggubal soalan tersebut. Di samping itu, aras kesukaran soalan haruslah seimbang dengan dengan tahap kognitif murid mengikut aras Taksonomi Bloom. Oleh itu, Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) haruslah dibina terlebih dahulu sebelum menghasilkan sesebuah kertas ujian.Antara langkah-langkah pembinaan JSU adalah, pertama, seorang guru haruslah mengkaji sukatan pelajaran terlebih dahulu. Proses mengkaji sukatan pelajaran adalah untuk memperoleh maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Aspek-aspek yang dikaji adalah skop pengajaran bagi sesuatu pendekatan dalam pengajaran sesuatu tajuk, perbandingan antara satu tajuk dengan tajuk lain, kompleksiti tentang sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang telah diperuntukkan untuk tajuk tersebut. Selepas itu, guru haruslah menganalisis objektif pengajaran. Tujuan menganalisis objektif pengajaran adalah untuk menentukan pengetahuan dan kemahiran yang perlu diuji disamping tahap kesukaran mana ia perlu diuji. Lazimnya aras kesukaran sesuatu soalan dibina adalah berdasarkan aras kognitif Taksonomi Bloom. Di samping itu, guru juga harus menentukan jenis soalan yang hendak dibina. Bagi menentukan jenis soalan yang sesuai, guru perlu terlebih dahulu menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang perlu diukur. Akhir sekali, bilangan soalan harus ditentukan dan mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran, domain objektif pengajran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah soalan adalah penting kerana ianya akan mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan sesuatu ujian.LANGKAH-LANGKAH AM PENYEDIAAN ITEM UJIAN

Dalam menghasilkan sebuah item pengujian yang baik, terdapat lima langkah am pembinaan item ujian yang harus diikuti oleh guru. Antaranya ialah menyediakan JSU, menulis item ujian, menyemak item ujian, menilai item ujian dan membuat kajian rintis terhadap keseluruhan item.

Menyediakan JSULangkah awal dalam pembinaan sesuatu item ujian adalah menyediakan JSU terlebih dahulu. Tujuan pembinaan JSU ini adalah supaya item-item ujian yang dibina adalah mewakili keseluruhan kandungan pelajaran mengikut domain dan peringkat objektif pengajaran yang telah ditentukan samada sebelum atau selepas pengajaran dimulakan.

Menulis Item UjianApabila JSU telah dibina, guru boleh memulakan pembinaan item ujian. Terdapat beberapa jenis item ujian yang boleh dibina oleh guru antaranya, item beraneka pilihan (multiple choice item), item mengisi tempat kosong (fill-in-the-blank item), item berjawapan pendek (short-answer item), item betul salah (true-false item), item padanan (matching item), dan item esei (essay item). Namun begitu, terdapat beberapa prinsip pembinaan item yang sesuai digunakan bagi menghasilkan sebuah item ujian yang baik untuk semua jenis item ujian ini. Antara prinsip pembinaan item ujian adalah seperti berikut :a) Arahan menjawab bagi setiap item adalah ringkas dan mudah difahami oleh murid-murid. b) Guru juga harus menggunakan laras bahasa yang mudah dan jelas agar murid dapat memahami maklumat serta kehendak soalan tersebut. c) Soalan yang dibina haruslah berkait dengan pengetahuan atau kemahiran yang spesifik daripada tajuk pengajaran tertentu dan bukannya berbentuk pengetahuan atau kepintaran am. d) Guru juga harus memberi penekanan soalan seperti mencondongkan soalan yang diberi penekanan, menulis dalam huruf besar dan sebagainya. sebagai contoh; cari jawapan yang tidak benar atau benar. e) Bagi item berkaitan pengiraan atau lukisan, harus diperincikan seperti unit ukuran dalam meter, tepat pada dua titik perpuluhan dan sebagainya.Dalam tugasan ini, jenis item ujian yang dibina adalah item beraneka pilihan. Item ini sering digunakan bagi mengukur pencapaian murid dalam ujian sekolah rendah, sekolah menegah, malahan institut pengajian tinggi turut menggunakan jenis item ujian ini dalam mengukur tahap pencapaian seseorang individu. Item beraneka pilihan ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu stimulus, stem/badan soalan dan jawapan pilihan. Contoh soalan beraneka pilihan adalah seperti berikut ;

1. Soalan berdasarkan rajah tersebut

Rajah 1

Nyatakan ukuran panjang bagi pensel berikut.A.0.82 cmB.82 cmC.8.2 cmD.8.2 mm

INDEKS KESUKARAN ITEM UJIANApabila soalan telah siap dibina dan digubal, analisis ujian harus dibuat bagi memastikan kesesuaian sesuatu item ujian tersebut. Item ujian ini boleh dinilai dan diklasifikasikan kesesuaiannya kepada tiga tahap iaitu mudah, sederhana dan tinggi. Di samping itu, analisis item ujian ini juga dapat mengasingkan pelajar yang lemah dan pelajar pandai agar guru boleh membuat tindakan susulan bagi membantu murid-murid lemah di samping memberi pengayaan kepada murid-murid yang sudah pandai. Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian tersebut adalah dengan mengira indeks kesukaran (item difficulty index) (P). Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesebuah item sama ada item ujian tersebut berada pada tahap mudah, sederhana atau sukar untuk dijawab. Bagi mengira indeks kesukaran, bilangan pelajar yang dapat menjawab soalan dengan betul bagi item ujian tertentu dan dibahagikan dengan jumlah calon yang menjawab item tersebut. Formula mencari indeks kesukaran adalah seperti berikut;

P =

Nilai bagi P adalah dalam lingkungan 0.00 hingga 1.00. Sebagai contoh, sekiranya 13 orang murid dapat menjawab soalan tersebut daripada 20 orang murid, maka = 0.75. Indeks kesukaran soalan tersebut adalah pada tahap mudah. Sebaliknya, jika sekiranya tiada seorang pelajar yang berjaya menjawab soalan tersebut, indeks kesukarannya adalah 0.00 bermakna soalan tersebut beada pada tahap yang sangat sukar. Manakala, jika semua pelajar mampu menjawab soalan tersebut dengan betul, indeks kesukaran item bagi soalan tersebut adalah 1 bermakna soalan tersebut adalah mudah untuk dijawab. Berikut merupakan jadual bagi Indeks Kesukaran Item :

Nilai (P)Pengkelasan Item

0.00 0.40Sukar

0.41 0.70Sederhana

0.71 1.00Mudah

Jadual 1 : Indeks Kesukaran Item

INDEKS DISKRIMINASI ITEMIndeks ini diguna untuk menentukan perbezaan keupayaan pelajar di mana boleh dikira melalui langkah-langkah Mehrens & Lehmann (1991), dalam contoh berikut :

1. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan, iaitu pelajar berpencapaian rendah seramai 27%, pelajar berpencapaian sederhana seramai 46% dan pelajar berpencapaian tinggi seramai 27%.2. Mengira bilangan pelajar yang menjawab dengan betul dalam kalangan pelajar berpencapaian rendah (- Right Lower), bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berpencapaian tinggi (- Right Upper) dan jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi ( Total).3. Indeks Diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( - dengan separuh seperti dalam formula berikut;

Indeks Diskriminasi (d) =

4. Sebagai contoh, andaikan seramai 20 orang murid menjawab soalan tertentu. Setelah 5 orang murid berpencapaian tinggi dikenalpasti (27% daripada 20), kesemua pelajar ini dapat menjawab soalan dengan betul ( = 5). Seterusnya, daripada 5 orang murid berpencapaian rendah, hanya seorang sahaja murid berjaya menjawab soalan dengan betul ( = 1). Berdasarkan contoh ini, jumlah murid berpencapaian rendah dan tinggi adalah 10 orang ( = 5 + 5 = 10). Berdasarkan maklumat ini, indeks diskriminasi boleh dikira seperti berikut;

Indeks Diskriminasi = = = 0.8

5. Berdasarkan contoh ini, ideks diskriminasi boleh bernilai 1.00 sekiranya kesemua pelajar berpencapaian tinggi dapat menjawab soalan dengan betul. manakala, tiada seorang pun pelajar berpencapaian rendah dapat menjawan soalan dengan betul. = 5 0 = 5);

Indeks Diskriminasi = = = 1.00

6. Indeks Diskriminasi juga boleh bernilai 0.00 sekiranya bilangan murid berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan dengan betul adalah sama; = 0).

Indeks Diskriminasi = = = 0.00

7. Akhirnya, jika indeks diskriminasi bernilai -1.00, maka dapat dilihat bilangan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan dengan betul adalah lebih tinggi daripada bilangan murid berpencapaian tinggi yang dapat menjawab soalan.

Indeks Diskriminasi = = = -1.00

Indeks diskriminasi boleh bernilai daripada -1.00 hingga 1.00 di mana item ujian yang mempunyai indeks diskriminasi positif menunjukkan pelajar berpencapaian tinggi lebih ramai dapat menjawab sesuatu soalan dengan betul daripada pelajar berpencapaian rendah. Hal ini bermakna, soalan ujian tersebut adalah baik untuk disimpan di dalam bank soalan kerana ia dapat membezakan (discriminate) pelajar berpencapaian tinggi dengan pelajar berpencapaian rendah.Sebaliknya bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif yang menghampiri 0.00, soalan ini dikatakan tidak baik dan tidak boleh disimpan dalam bank soalan kerana ia tidak berupaya untuk membezakan pelajar pandai dan pelajar lemah. Dengan kata lain, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi -1.00, soalan ini tidak boleh disimpan di dalam bank soalan kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan dengan betul berbanding pelajar-pelajar pintar. Oleh itu, pembina soalan perlu memperbaiki soalan atau menggantikan soalan bagi soalan-soalan yang mempunyai indeks diskriminasi menghampiri 0.00 dan -1.00. Panduan indeks diskriminasi item ujian boleh dirujuk berdasarkan jadual berikut :

Nilai (d)Pengkelasan Item

-1.00Tidak Baik

0.00 0.39Kurang Baik

0.40 1.00 Baik

Jadual Indeks Diskriminasi Item Ujian

KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN

Menurut Hanna & Dettmer (2004), kebolehpercayaan sesuatu item ujian tersebut boleh ditentukan apabila tahap ketekalan antara skor-skor ujian yang digubal adalah sentiasa tetap dengan tidak adanya ralat pengukuran. Keboleh percayaan sesuatu ujian tersebut adalah bergantung kepada ketekalan skor yang dihasilkannya walaupun telah diuji berulang kali. Disamping itu, Mehrens dan Lehmann (1991) telah menyenaraikan beberapa jenis kebolehpercayaan dan kaedah bagi menentukan indeksnya iaitu :

1. Ukuran Kestabilan2. Ukuran Kesetaraan3. Ukuran Kesetaraan dan Kestabilan4. Ukuran Ketekalan Dalaman

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi KebolehpercayaanAntara faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehpercayaan item ujian adalah seperti berikut :

1. Panjang ujian2. Kehomogenan kumpulan3. Kesukaran item4. Objektiviti Jawapan

KESAHAN UJIANHanna & Dettmer (2004), mengatakan bahawa kesahan sesuatu alat pengukuran bermaksud sejauh mana alat tersebut dapat mengukur apa yang sepatutnya diukur oleh alat tersebut. Justeru, ciri kesahan bagi sesuatu alat ukuran adalah amat penting supaya alat ukuran tersebut dapat mengukur apa yang hendak diukur. Sebagai contoh, sekiranya sesuatu alat pengukuran dibina untuk mengukur sikap, alat pengukur tersebut hendaklah berupaya mengukur sikap dan bukannya konstruk lain. Terdapat beberapa jenis kesahan dan pelbagai istilah telah digunakan bagi menjelaskan jenis-jenis jesahan ini. Namun begitu, Mehrens dan Lehmann (1991) hanya menyenaraikan empat jenis kesahan iaitu :1. Kesahan kandungan2. Kesahan konstruk3. Kesahan Muka4. Kesahan Hubungan Kriteria

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)MASA DAN WAKTU TAHUN 3

Berikut merupakan Jadual Spesifikasi Ujian yang telah saya bina bagi membantu saya untuk menjalankan ujian kepada kelas tahun 3 Gemilang dalam topik masa dan waktu :

BILSUBTAJUKPENGETAHUANKEFAHAMANAPLIKASIANALISIS/ PENILAIANJUMLAH SOALAN

S T R

S T R

T S R

T S R

1Menyatakan waktu dalam jam dan minit.1214

2Mengenali kalender.33

3Menyatakan perkaitan dalam waktu.12

3

4Menambah masa.22

5Menolak masa.11

6Mendarab masa.11

7Membahagi masa.

8Menyelesaikan masalah harian.1326

JUMLAH S R

42 T

13413220

= Rendah = Sederhana = Tinggi

SOALAN UJIAN

ANALISIS SOALAN

4NELLSON JOUMIN/ SEMESTER 6/2014