mte3123 amalan pentaksiran dalam matematik

14
Salah tanggapan dan kesukaran dalam Matematik Oleh : Noni Junaidah bt Mohd Yunus (7710070866!" MTE 3123 – AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK PENSYARAH – EN.SYED MOHD HASHIM B. SYED ISMAIL. Ambilan Khas Koho 1 !"#b$%a$i 2&13'

Upload: noniesyunus

Post on 05-Oct-2015

60 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pembentangan

TRANSCRIPT

Salah tanggapan dan kesukaran dalam Matematik

Salah tanggapan dan kesukaran dalam MatematikOleh :Noni Junaidah bt Mohd Yunus (771007086632)MTE 3123 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIKPENSYARAH EN.SYED MOHD HASHIM B. SYED ISMAIL.Ambilan Khas Kohot 1 (Februari 2013)

Pernyataan masalahMurid-murid yang mengalami kesukaran dalam memahami konsep dan kemahiran matematik perlu dikenalpasti bidang kelemahan mereka seawal yang mungkin. Dengan membuat diagnostik pada peringkat awal, program-program pemulihan yang bersesuaian dapat dilakukan sebelum mereka melangkah ke tahap matematik yang lebih tinggi lagi. Program pemulihan ini harus dimulakan apabila kelemahan-kelemahan asas dikenalpasti agar pembelajaran Matematik dapat bermula daripada kekuatan yang ada pada murid yang bermasalah itu. Jika murid-murid mengalami masalah pembelajaran dalam Matematik tidak dibantu dan tidak diberi bimbingan yang sewajarnya dari awal lagi mereka dikhuatiri akan menghadapi kegagalan yang berterusan. Pada akhirnya, murid-murid ini akan kehilangan motivasi untuk belajar Matematik dan seterusnya membenci dan melupakan mata pelajaran ini.

Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan murid-murid bermasalah dalam menjawab soalan Matematik terutama sekali bahagian penyelesaian masalah. Baretta-Lorton (1997) juga menegaskan bahawa keadaan ini berlaku kerana penyelesaian masalah bercerita memerlukan tahap pemikiran yang tinggi. Selain itu juga, ia memerlukan kefahaman teks dan arahan serta proses mengira. Sekiranya murid-murid dapat mengatasi masalah tersebut, lazimnya kegagalan mereka dalam menyelesaikan masalah bercerita disebabkan oleh kecuaian atau kesilapan dalam penyusunan data atau langkah mengira.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji peningkatan minat murid darjah 5 terhadap mata pelajaran Matematik KBSR. Pemerhatian tingkah laku murid menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran Matematik kelihatan tidak menyeronokkan, mengharapkan semua jawapan dari persoalan aktiviti diberi oleh guru. Guru dan murid menjalani proses pengajaran dan pembelajaran seperti dalam keadaan terkongkong dengan teks. Perancangan kajian tindakan difokuskan bagi meningkatkan minat murid kepada mata pelajaran Matematik dengan menjalankan aktiviti Kad Interaktif Bernombor.

Masalah Murid :

Masalah Umum Murid :

Isu-isuMasalah Pembelajaran Matematik :

1. Kerisauanmerupakan satu gejala gangguan emosi yang melibatkan perasaan trauma mahupun risau disebabkan oleh pengalaman masa lampau

2. Disleksiasejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku. Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguhMempunyai keupayaan intelek yang normal. Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupiMasalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengirakeliru sebelum atau selepas pertuturan/penulisankesalahan mengejar perkataanperasaan kecewa atau putus asa serta merasa diri tidak boleh dibantu

3. Fobia Matematik (mathophobia) tidak suka matematik

4. Diskalkuliasesuatu keadaan yang mempengaruhi keupayaan menguasai / memperolehi kemahiran aritmetik. Kanak-kanak diskalkulia menghadapi masalah dalam memahami konsep nombor yang mudah, kekurangan kefahaman intuisi terhadap nombor dan bermasalah dalam mempelajari fakta nombor dan prosedur-prosedur. Contohnya, mereka tahu 3+5=8, tetapi tidak dapat mentafsirkan bahawa 5+3=8. Walaupun mereka dapat menghasilkan jawapan yang betul, tetapi mereka melakukannya dengan tanpa keyakinan diri

5. Masalah ruang

Sekian.