penilaian kendiri big 5

Upload: harini-rini

Post on 10-Jan-2016

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penilaian kendiri

TRANSCRIPT

MALARVILI A/P JAGANATHAN

Saya amat bersyukur akhirnya, kami dapat menyempurnakan BIG Fasa 5 ( Bina Insan Guru) dengan berjaya. Program BIG kali ini amat beza dengan yang sebelumnya. Pertama kalinya kami diarahkan untuk merancang, mengurus dan melaksanakan lawatan Benchmarking ke Sekolah Cemerlang. Lawatan ini diadakan pada 16 Ogos 2015 dan seramai 18 pelajar guru bersama seorang pensyarah yang bernama En.Puspagaran. Sekolah yang kami telah dilawati adalah SJK(T) Tun Sambanthan, Ladang Bukit Lembu, Sungai Petani. Lawatan Benchmarking ke Sekolah Cemerlang ini telah mengetuai oleh Cik Kalai Selvi a/p Ratnam. Program penanda arasan berpusatkan kelas Pengajian Tamil ke sekolah ini atas tujuan memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandaarasan. Program ini dilaksanakan bagi memenuhi kehendak Jadual 3 WAJ3143 bagi semester ke-5 ini. Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah.Melalui lawatan Benchmarking ke Sekolah Cemerlang ini, saya dapat menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan. Sifat kepimpinan yang berpositif sangat penting kepada seseorang guru sebaliknya nilai-nilai juga amat penting. Saya amat mengkagumi dengan kepimpinan seorang guru besar, penolong kanan, PIBG, guru-guru sekolah tersebut. Semua pihak ini telah menyumbangkan diri mereka, masa sendiri mereka, kegembiraan mereka demi kejayaan sekolah tersebut. Sebagai seorang guru besar, beliau melakukan tugasnya dengan lebih berdedikasi, bertauliah dan sebagainya. Nilai-nilai murni juga dipupuk oleh setiap guru untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Mereka memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim semasa menjalankan tugasan. Dengan ini, sebagai bakal guru, saya harus memupuk nilai-nilai murni sebegini bagi meningkatkan tahap profesionalisme saya.Selain itu, saya juga dapat mengetahui kepentingan infrastruktur di sekolah dan juga pengendalian dengan lebih efisien. Infrastruktur adalah salah satu elemen yang sangat penting bagi keselesaan semua pihak. Dengan ini saya dapat memerhati infrastruktur yang mempunyai di sekolah tersebut. Penyusunan dalam bilik darjah ke arah 21 adalah satu perkara yang amat menghargai. Semua murid lebih menyukai cara penyusunan meja dan kerusi dalam bilik darjah yang berlainan apabila berbanding dengan sekolah lain, bilik sains yang lebih luas dan selesa, pusat sumber yang dipenuhi dengan buku-buku rujukan dan sudut-sudut bagi murid sekolah tersebut. Saya amat mengharapkan untuk bekerja di sekolah itu. Sudut-sudut yang mempunyai di sekolah itu telah menarik perhatian dan minat saya. Setiap sudut mempunyai aktiviti yang pelbagai jenis seperti permainan tradisional, sudut bacaan, sudut matematik dan sebagainya. Semua murid dapat menggunakan peluang tersebut untuk meluaskan minda fikiran mereka. Selepas mengikuti lawatan ini, saya dapat mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang. Pengurusan sekolah tersebut sangat bersistematik dan terancang. Hal ini kerana, semangat kerja berpasukan, kerjasama dan bertanggungjawab seseorang guru. Semangat berpasukan adalah sangat efektif untuk menguruskan urusan sekolah. Pengurusan fail adalah amat dikagumi dan mempunyai semua perkara yang diperlukan. Perkara-perkara yang kami perlukan, semuanya dalam fail dan kami dapat memerhati semua fail pengurusannya. Dengan itu, saya dapat membayangkan pengurusan sekolah itu amat dihargai. Saya juga diketahui pengurusan itu sangat penting untuk mengetahui diri kita siapa.Saya juga dapat mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan dalam menganjurkan sesuatu program. Saya telah diberi tugas untuk merancang aktiviti semasa berada di sekolah tersebut. Saya telah membahagikan pelajar guru kepada empat kumpulan dan memberi tugasan untuk mengetahui ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah & budaya sekolah dan infrastruktur sekolah tersebut. Semua pelajar guru dapat melaksanakan tugas yang diberi dengan sempurna. Mereka juga melibatkan secara aktif untuk mendapat maklumat dengan terperinci untuk melakukan laporan yang padat selepas balik ke kampus. Saya juga dapat mempertingkat daya keyakinan serta percaya kemampuan diri sendiri untuk menguruskan sesuatu program. Ia amat membantu kami dan kami dapat melakukan selepas kami dapat bekerja di sekolah nanti. Lawatan ini meliputi segenap pengendalian bermula daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaan. Akhirnya, lawatan Benchmarking ke Sekolah Cemerlang ini telah memberi pendedahan kepada kami sebagai bakal guru tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal terhadap tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih efisien di dalam pengurusan di sekolah. Di samping itu, kami pelajar PISMP dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan Negara.

1