penilaian kajian tindakan laporan dh siap

6
LAPORAN PENILAIAN KAJIAN TINDAKAN “Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Matapelajaran Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua” OLEH : ZAHARA AZIZ NURLIAH JAIR TAJUK Tajuk memainkan peranan penting dalam penghasilan satu kajian tindakan.Tajuk yang dicadangkan haruslah berkaitan dengan aspek-aspek yang boleh diselidiki serta diambil tindakan pada akhirnya. Pada pandangan saya, dari segi tajuk yang dikaji oleh penulis adalah spesifik dan jelas kerana ianya bersesuaian dengan maksud kajian itu sendiri untuk melihat penggunaan peta konsep bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi tingkatan dua. ABSTRAK Daripada kajian tindakan yang telah dikaji oleh penulis didapati bahagian abstraknya ada menyatakan permasalahan kajian dengan jelas iaitu untuk melihat penggunaan peta konsep bagi meningkatkan pencapaian matapelajaran Sejarah bagi tingkatan dua. Selain itu, tujuan kajian tindakan ini juga untuk melihat sama ada peningkatan pencapaian pelajar yang diajar dengan menggunakan peta konsep seterusnya untuk mengkaji tahap penerimaan pelajar terhadap peta konsep yang dijalankan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sejarah di dalam bilik darjah selain untuk melihat sejauhmana penggunaan peta konsep ini. Pencapaian yang lemah dikalangan pelajar menyebabkan pengkaji cuba melakukan pembaharuan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sejarah. Kajian ini telah dijalankan di sebuah sekolah di Cheras Selangor . Dari segi populasi dan sampel kajian pula ia juga jelas dinyatakan dalam bahagian abstrak. Ini dapat dilihat apabila populasi kajian adalah pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Cheras dan 37 orang pelajar diambil sebagai sampel yang dilaksanakan selama 8 minggu. Bahagian abstrak juga jelas menunjukkan kajian ini dijalankan secara kualitatif

Upload: linamira

Post on 19-Jul-2015

1.339 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Penilaian kajian tindakan laporan dh siap

LAPORAN PENILAIAN KAJIAN TINDAKAN

“Penggunaan Peta Konsep untuk Meningkatkan Pencapaian Matapelajaran

Sejarah bagi Pelajar Tingkatan Dua”

OLEH :

ZAHARA AZIZ

NURLIAH JAIR

TAJUK

Tajuk memainkan peranan penting dalam penghasilan satu kajian tindakan.Tajuk

yang dicadangkan haruslah berkaitan dengan aspek-aspek yang boleh diselidiki serta

diambil tindakan pada akhirnya.

Pada pandangan saya, dari segi tajuk yang dikaji oleh penulis adalah spesifik dan

jelas kerana ianya bersesuaian dengan maksud kajian itu sendiri untuk melihat penggunaan

peta konsep bagi meningkatkan pencapaian mata pelajaran Sejarah bagi tingkatan dua.

ABSTRAK

Daripada kajian tindakan yang telah dikaji oleh penulis didapati bahagian abstraknya

ada menyatakan permasalahan kajian dengan jelas iaitu untuk melihat penggunaan peta

konsep bagi meningkatkan pencapaian matapelajaran Sejarah bagi tingkatan dua. Selain

itu, tujuan kajian tindakan ini juga untuk melihat sama ada peningkatan pencapaian pelajar

yang diajar dengan menggunakan peta konsep seterusnya untuk mengkaji tahap

penerimaan pelajar terhadap peta konsep yang dijalankan di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran Sejarah di dalam bilik darjah selain untuk melihat sejauhmana penggunaan

peta konsep ini.

Pencapaian yang lemah dikalangan pelajar menyebabkan pengkaji cuba melakukan

pembaharuan bagi meningkatkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran Sejarah. Kajian

ini telah dijalankan di sebuah sekolah di Cheras Selangor .

Dari segi populasi dan sampel kajian pula ia juga jelas dinyatakan dalam bahagian

abstrak. Ini dapat dilihat apabila populasi kajian adalah pelajar tingkatan dua Sekolah

Menengah Cheras dan 37 orang pelajar diambil sebagai sampel yang dilaksanakan selama

8 minggu. Bahagian abstrak juga jelas menunjukkan kajian ini dijalankan secara kualitatif

Page 2: Penilaian kajian tindakan laporan dh siap

dan kuantitatif di mana menggunakan teknik peta konsep sebagai pemboleh ubah tidak

bersandar dan pencapaian akademik sebagai pemboleh ubah bersandar manakala jenis

instrumen yang digunakan dalam kajian ini iaitu menggunakan dua set ujian ujian aneka

pilihan untuk ujian pra dan pasca, borang soal selidik untuk melihat tahap penerimaan

pelajar terhadap penggunaan peta konsep, borang pemerhatian guru, persediaan mengajar,

temubual guru dan pelajar.Turut dinyatakan bahawa analisis data adalah dengan

menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif.

Dari segi dapatan kajian pula, dinyatakan bahawa terdapat perbezaan yang

significan min pencapaian pelajar dalam ujian pra dan pasca.Manakala tahap penerimaan

pelajar terhadap peta konsep adalah pada tahap sederhana positif.Seterusnya kajian

menunjukkan penggunaan peta konsep memberikan impak positif dalam meningkatkan

prestasi pelajar menguasai topik matapelajaran Sejarah. Dari itu, penulis berpendapat

bahagian abstrak kajian kajian tindakan ini adalah jelas menunjukkan setiap aspek-aspek

penting yang dikaji dalam kajian ini, kerana setelah membaca kandungan abstrak pembaca

dapat mengenalpasti pernyataan masalah kajian yang dilaksanakan.

PENGENALAN

Bahagian pengenalan dalam kajian tindakan ini tidak ada menyentuh tentang

permasalahan yang dikaji, serta strategi kajian yang akan digunakan dalam kajian ini secara

keseluruhan. Tetapi ada menyatakan dengan lebih jelas dan lanjut mengenai kepentingan

matapelajaran Sejarah ini iaitu subjek teras kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah

dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) (Kementerian Pelajaran Malaysia

1990). Penulis juga ada menyatakan mata pelajaran Sejarah mengandungi banyak idea

yang abstrak serta konsep yang kadangkala sukar difahami.Maka penggunaan peta konsep

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah adalah satu teknik

pengajaran yang sesuai.

Oleh itu, secara keseluruhannya, bahagian pengenalan dalam kajian ini begitu

memuaskan kerana kerana ianya berjaya merangsang minda pembaca untuk membuat

perkaitan kajian yang dilakukan dengan dapatan kajian yang telah memnberi impak yang

positif terhadap setiap tujuan dan objektif kajian tersebut dapat dicapai dengan sempurna.

Disamping itu, ia juga memberi kefahaman yang jelas kepada pembaca tentang mengapa

masalah tersebut perlu dikaji serta sumbangan kajian kepada perkembangan pengetahuan

yang sedia ada.

Page 3: Penilaian kajian tindakan laporan dh siap

METODOLOGI KAJIAN

Dari segi metadologi yang digunakan, guru telah memperkenalkan dahulu teknik peta

konsep. Peta konsep digunakan kerana ia menepati objektif setiap subtopik pengajaran.

Peta konsep menggunakan simbol, bentuk dan warna yang menghubungkan tajuk-tajuk

utama dan isi penting. Reka bentuk kajian ini ialah kajian tindakan meninjau sejauh mana

penggunaan peta konsep unutk menigkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran

sejarah dengan menggunakan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif untuk mendapatkan

data kajian. Pengkaji ini telah menggunakan model tindakan iaitu berdasarkan model

Kemmis dan model Mc Taggart. yang menggariskan empat fasa perkembangan iaitu terdiri

daripada fasa 1 menyediakan pelan tindakan unutk memperbaiki kedaan yang sedang

berlaku, fasa 2 bertindak mengikut pelan tersebut, fasa 3 iaitu mengumpul dan menganalisa

data dan fasa terakhir iaitu fasa 4 memerhati kesan daripada tindakan yang dibuat di mana

ia berlaku dan membuat refleksi. Tempoh Penyelidikan tindakan ini dilaksanakan adalah

selama 8 minggu.

Model 1:Model Kemmis dan McTaggart (1988)iaitu „action research cycle‟ merupakan model

yang biasanya digunakan dalam menjalankan kajian tindakan. Terdapat 4 elemen utama

dalam model ini iaitu:

Mereflek (reflect)

Merancang (plan)

Bertindak (action)

Memerhati (observe)

Gelung Kajian Tindakan (Kemmis & McTaggart, 1988)

Proses kajian tindakan bermula dengan guru menjalankan refleksi ke atas satu-satu isu

pengajaran dan pembelajaran yang hendak ditangani. Kemudian guru itu menyediakan satu

pelan yang sesuai untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Seterusnya guru

melaksanakan pelan yang dihasilkan dan dalam proses pelaksanaannya guru terpaksalah

memerhati kemajuan tindakan yang dijalankan itu. Keseluruhan pelaksanaan itu disifatkan

sebagai Gelungan Pertama (Cycle 1) dan jika masalah itu tidak dapat diatasi, maka guru

bolehlah memulakan proses semula ke Gelungan Kedua (Cycle 2) sehinggalah masalah itu

diselesaikan. Pada Gelungan Kedua guru mesti mereflek dan membuat adaptasi terhadap

pelan tindakan beliau. Satu kritikan terhadap model ini ialah ia sentiasa berlanjutan dan

tiada mutakhirnya (finality). Oleh itu, seseorang guru yang menjalankan kajian tindakan

Page 4: Penilaian kajian tindakan laporan dh siap

hendaklah pragmatik dan perlu memastikan bahawa pelan tindakan beliau selaras dengan

kurikulum yang hendak disampaikan.

Setting dan sampel kajian

Seterusnya tempat kajian dilakukan di sebuah sekolah menengah di Cheras, Selangor yang

membabitkan pelajar tingkatan 2 sahaja.Sampel pula terdiri daripada 37 orang pelajar

daripada 500 orang pelajar. Kelas yang terpilih sebagai kumpulan rawatan adalah Kelas 2H

berjumpah 37 orang pelajar iaitu 20 orang pelajar perempuan dan 17 orang pelajar lelaki.

Bagi sampel guru pula hanya seorang guru yang dipilh oleh pengkaji ini yan banyak

pengalaman mengajar subjek sejarah.

Instrumen Kajian

Bagi instrumen kajian pula, pengkaji menggunakan berbagai jenis instrumen iaitu terdiri

daripada soal selidik, ujian pencapaian subjek sejarah( ujian pra dan ujian pasca),

persediaan mengajar, protokol temu bual dan borang pemerhatian bagi mendapatkan

maklumbalas samada penggunaan peta konsep membantu mereka mengusai topik-topik

yang diajar.

Page 5: Penilaian kajian tindakan laporan dh siap

Pengumpulan Data

Melalui pengumpulan data, pelajar-pelajar telah diberikan ujian ujian pencapaian dalam

mata pelajaran sejarah sebelum pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan.Ujian ini

dikenali sebagai ujian pra yang bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian awal pelajar-

pelajar sebelum kajian dijalankan.Selain itu pengkaji menggunakan guru pembantu pengkaji

yang merupakan guru matapelajaran sejarah kelas 2H dan diberi pengrangan dan dilatih

untuk melaksanakan pengajaran seperti yang ditetapkan dalam kajian ini.Tempoh

pengajaran yang dilaksanakan adalah selama 8 minggu yang mana pemerhatian terhadap

pengajaran guru juga dikaji oleh pengkaji sepanjang kajian ini dijalankan. Mengikut tempoh

penyelidikan, iaitu pada minggu kelapan, pelajar-pelajar akan diberikan ujian pasca pula

untuk melihat sama ada terdapat peningkatan pencapaian selepas pengajaran peta konsep

dilaksanakan dan soal selidik berkaitan tentang tahap penerimaan pelajar terhadap

penggunaan peta konsep. Selain iaitu, pengjkaji juga telah mengadakan temubual secara

separa berstruktur ke atas dua orang pelajar yang dipilh secara rawakdan juga guru

pembantu pengkaji pada minggu terakhir kajian ini iaitu minggu kelapan bagi mendapatkan

respon dan maklum balas tentang pengajaran peta konsep dalam matapelajaran sejarah.

Penganalisaan Data

Dari segi penganalisaan datapula, telah dilakukan dengan dua jenis statistik iaitu statistik

inferensi dan statistik deskriptif. Statistik inferensi yang digunakan oleh pengkaji di dalam

kajian ini iailah Ujian-t iaitu bagi menguji hipotesis kajian yang telah dikemukakan. Ujian-t ini

digunakan bagi menguji perbezaan dari segi min ujian pra dan pasca bagi menentukan

sama adad perbezaan itu berlaku secara sebenar atau kebetulan. Bagi statistik deskriktif

pula, ia menggunakan min dan sisihan lazim bagi menjawab persoalan-persoalan berkaitan

tahap penerimaan pelajar terhapat penggunaan peta konsep ini di dalam pengajaran dan

pembelajaran sejarah. Kaedah analisis temubual dan pemerhatian dilakukan dengan

membuat rumusan secara deskriptif manakala analisis keputusan pencapaian pelajar dalam

ujian pra dan ujian pasca dilakukan secara peratusan.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian yang dikaji oleh penulis dalam kajian ini mendapati dapatan kajian

yang diterangkan oleh pengkaji adalah jelas. Ini kerana pengkaji menjelaskan dapatan yang

diperolehi dalam bentuk jadual dan analisa peratusan yang lebih mudah difahami. Ini dapat

dilihat melalui dapatan pertama yang diperolehi oleh pengkaji yang berdasarkan ujian

statistik inferensi iaitu ujian –t bagi menguji hipotesis kajian yang dikemukan ialah pengkaji

Page 6: Penilaian kajian tindakan laporan dh siap

menyatakan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi min pencapaian pelajar dalam

ujian pra dan ujian pasca.

Bagi dapatan kajian yang kedua iaitu tahap penerimaan pelajar terhadap

penggunaan peta konsep dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

Sejarah ini, pengkaji menyatakan data-data diperolehi dalam bentuk peratusan yang

berdasarkan analisis soal selidik. Bentuk peratusan juga adalah salah satu kaedah analisis

data yang berkesan dan kesahihan serta ketepatannya boleh diterima pakai tanpa

pertikaian.

Manakala bagi dapatan kajian ketiga pula pengkaji menyatakan dapatan dalam

bentuk jadual yang dilakukan secara peratusan dengan menggunakan instrumen ujian

pencapaian sejarah tingkatan dua (ujian pra dan pasca). Apa yang dapat penulis katakan di

sini adalah pengkaji memberi dapatan kajian secara secara keseluruhan dengan jadual

beserta dengan penerangan bagi lebih mudah difahami.

IMPLIKASI KAJIAN

Implikasi daripada kajian yang dijalankan menunjukkan kaedah penggunaan peta konsep

memberikan impak positif dalam meningkatkan prestasi pelajar dalam menguasai topik mata

pelajaran sejarah.Dapatan kajian ini jelas menunjukkan pelajar-pelajar berpencapaian

rendah dapat meningkatkan pencapaian mereka dalam mata pelajaran sejarah dengan

penggunaan teknik peta konsep sebagai satu teknik pembelajaran dan pengajaran sejarah

di sekolah.

KESIMPULAN

Secara keseluruhan, saya mendapati kajian yang dilakukan adalah bersesuaian dengan

maksud kajian itu sendiri dimana sebelum penggunaan peta konsep, pelajar tidak dapat

menguasai topik yang dipelajari dan selepas menggunakan kaedah peta konsep tersebut

jelas menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian pelajar bagi yang berpencapaian

rendah.Apabila guru memperkenalkan teknik peta konsep, teknik ini didapati memudahkan

dan membantu para pelajar memahami sesuatu topik dengan lebih berkesan. Perkara yang

paling penting adalah sebelum mengarahkan pelajar membuat peta konsep, guru perlu

menerangkan terlebih dahulu secara mendalam dan teliti cara dan teknik yang betul untuk

membuatnya supaya pelajar faham tujuan guru mengarahkan mereka melakukan

sedemikian