pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

19
pengurusan bilik darjah yang kondusif 1.0 Pendahuluan Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.

Upload: azman-ismail

Post on 31-Oct-2014

210 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

pengurusan bilik darjah yang kondusif

1.0 Pendahuluan

Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh

menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur

merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.

Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau

‘musuh’ dalam pengajaran. Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti

pengajaran. Tempat duduk perlu disusun,papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan

rak-rak buku perlu dipasang. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk

menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru

haruslah sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka.

Bagi memainkan peranan sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami

kesukaran situasi bilik darjah dan mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk

menghasilkan suasana pembelajaran yang sihat.

1.1 Konsep Persekitaran Bilik Darjah Yang Kondusif

Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,

mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini

mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.

Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat

mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat

pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta

berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak

komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan

Page 2: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini,

murid menyedari kelebihan sikap berdikari  mempunyai perasaan bertanggungjawab dan

kesepunyaan terhadap pembelajarannya.

1.1.1     Persekitaran Fizikal

Suasana fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana suasana bilik

darjah yang teratur merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan.  Menurut

Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh’

dalam pengajaran. Persekitaran yang selesa, kemas dan ceria mampu menyeronokkan

pengalaman pembelajaran murid.  Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi

aspek-aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan

pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pengcahayaan,

pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga

termasuk menunjukkan sikap positif terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum.

1.1.2      Persekitan psikososial

Psikososial merujuk kepada hubungan antara keperluan emosi individu dengan

persekitaran sosialnya. Persekitaran psikososial yang sihat di dalam bilik darjah mempunyai

ciri-ciri seperti suasana selesa dan mesra, bebas daripada ancaman dan bahaya fizikal,

suasana yang merangsang pembelajaran, menggalakkan pembelajaran koperatif dan memberi

peluang yang sama untuk semua murid. Faktor yang memberi kesan kepada persekitaran

psikososial yang sihat ialah pendekatan pengajaran, gaya kepimpinan guru, bentuk

komunikasi dan corak interaksi yang guru wujudkan di dalam bilik darjah.  Jika persekitaran

psikososial ini tidak dititikberatkan oleh guru, masalah disiplin akan berlaku dalam kalangan

murid.  Oleh itu, bagi menguruskan keperluan psikososial setiap murid, guru perlulah

menjadi seorang guru yang asertif. Mengikut Model Disiplin Asertif Canter, pendekatan yang

Page 3: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

terbaik untuk menguruskan bilik darjah adalah dengan menggunakan pendekatan asertif.

Guru asertif mempunyai matlamat yang jelas dengan pengurusan, yakin dan tegas dalam

menetapkan peraturan dan pada masa yang sama akan bersikap adil kepada semua murid.

Jika seorang guru ini konsisten bersikap asertif ini dapat membantu membina persekitaran

yang tenang dan menyokong perkembangan pembelajaran dan psikososial murid.

1.1.3     Peraturan dan rutin bilik darjah

Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih

memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan menunjukkan

respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison, kanak-kanak

pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran

pengetahuan dan kemahiran baharu. Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur

dan prosedur-prosedur kerja yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam

bilik darjah. Oleh itu, guru perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti

dalam bilik darjah. Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang

boleh dan tidak boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap

murid perlulah mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka,

murid perlu menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika

mahu menjawab sebarang pertanyaan.  Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada

keberkesanan pengurusan disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan

penyeliaan yang teliti guru terhadap bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah

laku di dalam bilim darjah menurut Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk

mengawasi semua perkara yang berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja

kumpulan, seorang guru berjaya mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil

walaupun pada ketika itu dia sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini,

Page 4: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

seorang guru berupaya menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat

menghalang masalah daripada menjadi semakin serius.

Selain itu, guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-

aktiviti yang dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh

murid dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan

pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara

mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas, menghantar

buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk hendaklah sentiasa

dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi satu budaya dalam

kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah tersebut. Untuk

mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal

Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan

tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik

darjah.

2.0 Cadangan Membina Persekitaran Bilik Darjah yang Kondusif

Sepanjang menjalani latihan Pengalaman Berasakan Sekolah III, saya telah bercadang untuk

merancang kelas Tahun 1 Saidina Umar dalam membantu guru kelas tersebut iaitu Puan

Rahila Bt Sahar untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang kondusif. Sebelum

merancang, saya terlebih dahulu mengenalpasti kedudukan pintu dan tingkap. Hal ini

demikian kerana kedua-dua aspek ini adalah sumber cahaya dan udara, jadi ini dapat

membantu saya untuk merancang susun atur bilik darjah. Dalam pelan bilik darjah yang saya

bina, terdapat beberapa elemen yang boleh membawa kepada persekitaran bilik darjah yang

kondusif.

Page 5: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

Papan hijau

Info LINUS

Carta organisasi

Teratak LINUS

Rak fail

Papan kenyataan

Papan kenyataan

Meja guru

Sudut multimedia

Sudut pembelajarran

Rak buku

tingkap

tingkap

tingkap

Page 6: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

pintu

tingkap

pintu

tingkap

2.1 pelan bilik darjah

2.2 Perancangan Persekitan Fizikal

2.2.1      Meja guru

Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini adalah

amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid Tahun Satu. meja guru juga hendaklah

Page 7: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid dan guru

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di belakang ini juga 

tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan pemantauan guru terhadap setiap

murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap gerak gerinya diperhatikan, mereka

akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu dengan sebaiknya. Dengan itu,

kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat merangsang semangat untuk guru

mengajar dalam emosi yang positif.

2.2.2     Kerusi dan meja murid

Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini ialah

kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan selamat.

Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan peringkat tahap umur

murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara berkelompok di mana meja disusun

secara berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid. Selain itu,

susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja kumpulan. Pada

masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri. Susunan kelompok

membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling membantu dan berkongsi

bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun, untuk membuat susunan

secara berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan murid tidak terlalu ramai dan

keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah memantau ahli kelompok supaya boleh

bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif kepada kumpulan.  Guru juga bolehlah

menempatkan setiap murid dalam kumpulan mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan

memudahkan guru memberikan tugasan atau latihan selaras dengan pencapaian murid. 

Page 8: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

2.2.3     Sudut multi-media

Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21

memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabungjalinan elemen-elemen ini

menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran. (Weinstein

& Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut multi-media juga perlu ada di

dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan jaringan internet

untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada di dinding

bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan murid

mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan kepada

guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multi-media secara bijak dan

bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multi-media. Rasionalnya

adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan

pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau kemalangan.

2.2.4     Sudut bacaan

Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut ini,

dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid.

Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah mereka

berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar, majalah

turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan bacaan ini

diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan berasa lebih

bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut memberi sumbangan

bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti bahan bacaan tidak

boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali di atas rak selepas

digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan sebegini boleh

Page 9: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk mendapatkan

hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal Dreikurs di

mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada

murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik darjah.

2.2.5     Pencahayaan dan pengudaraan

Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan murid dan guru

semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan lampu yang mencukupi

boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah memastikan alat elektrik ini

berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika terdapat kerosakan.  Susun

atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan baik supaya tidak menghalang

tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu,

guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan tingkap untuk pengudaraan.

2.2.6     Meja bulat

Meja bulat diletakkan di sudut kiri atau berdekatan dengan pintu di bahagian belakang kelas.

Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang mengenai aktiviti-aktiviti atau

tugasan-tugasan tertentu.

2.2.7     Tempat simpanan bekal makanan

Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah menyediakan

tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid dikehendaki

menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu dilaksanakan. Hal ini kerana

sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di meja murid,

andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin juga akan

Page 10: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh menarik

perhatian murid sehingga mengganggu tumpuanmurid semasa belajar. Dengan adanya tempat

simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas kelihatan lebih

kondusif.

2.2.8      Papan kenyataan

Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja murid, dan

gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam jadual

tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan kelas.

Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang hari.

Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid apabila

mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung mencetuskan minat

mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input yang bermanfaat

kepada semua murid

2.2.9     Bakul sampah

Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana murid-murid perlu

membuang sampah ke dalam bakul sampah.

2.2.10  Peti pertolongan cemas

Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti pertolongan cemas

ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti pertolongan cemas

kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan adanya peti ini,

rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya kemalangan.

Page 11: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

2.2.11   Jam dan Kalendar

Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar pula

digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan peristiwa

penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan peristiwa-

peristiwa penting sebegini.

2.2.12  Rak guru

Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan bahan

bantu mengajar, fail-fail,  termasuk untuk kegunaan murid.

     

     

RUMUSAN

Semasa menguruskan bilik darjah, guru memainkan pelbagai peranan penting. Bilik

darjah merupakan sebuah komuniti kecil dan menjadi tempat di mana seorang guru dan

sekumpulan pelajar saling berinteraksi. Oleh itu, menjadi tanggungjawab seorang guru untuk

menguruskan bilik darjah dengan bantuan murid-murid. Dalam usaha ke arah menyediakan

persekitaran yang kondusif, guru perlulah mengambil kira ciri fizikal sesebuah bilik darjah,

faktor emosi dan sosial serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Melalui persekitaran

bilik darjah yang kondusif ini, guru dapat melahirkan pelajar yang  lebih berdisiplin dan

suasana harmoni dalam bilik darjah dapat diwujudkan. Selain itu pembentukan suasana bilik

Page 12: pengurusan bilik darjah yang kondusif.docx

darjah yang ceria dan menyeronokkan secara tidak langsung dapat  mengurangkan gejala

ponteng sekolah. Pengurusan bilik darjah yang berkesan mampu meningkatkan kualiti pelajar

yang akan dilahirkan oleh institusi pendidikan, sekaligus dapat mengurangkan masalah sosial

yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

BIBLOGRAFI/RUJUKAN

Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel.2009. Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah Laku.

Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar.

Amir Hasan Dawi. 2006. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga. KualaTanjung

Malim: Quantum Books.

Chris Watkins. 2005. Classrooms as Learning Communities: What’s in it for schools?.

Routledge Taylor & Francis Group.

Frazer, E. Home. 1989. Environment and The School . London: London UniversityPress.

Pengurusan Bilik Darjah yang Cekap Mewujudkan Suasana Pembelajaran yang

Harmoni.  http://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.js (akses 25

Februari 2012)

Corak Pengurusa Bilik Darjah yang Kondusif.

http://notapismpks.blogspot.com/2011/12/pbdt-nota-topik-8-perancangan.html

Developing Classroom Expectations

http://www.projectidealonline.org/classMgt_ClassroomExpectations.php (akses pada 13 Mac

2012)