8 pendekatan pengurusan bilik darjah

21
8 Pendekatan Pengurusan Bilik Darjah Posted in March 29th, 2008 by Cikgu Bashid in Hal Ehwal Murid 1.Pendekatan Intimidation Mengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan. 2.Pendekatan Autoritarian Guru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan. 3.Pendekatan Cookbook Management Guru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber. 4.Pendekatan Sosioemosi Suasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan. 5.Pendekatan Permisif (Kebebasan) Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing. 6.Pendekatan Pengubahan Tingkahlaku Kata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap

Upload: aryati-ariffin

Post on 23-Jun-2015

865 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

8 Pendekatan Pengurusan Bilik DarjahPosted in March 29th, 2008 by Cikgu Bashid in Hal Ehwal Murid

1.Pendekatan IntimidationMengawal tingkah laku melalui kaedah yang menimbulkan perasaan takut dalam diri pelajar seperti ancaman, sindiran, kata-kata yang mempersendakan dan memperkecilkan diri pelajar serta paksaan.

2.Pendekatan AutoritarianGuru menetapkan peraturan-peraturan dan penguatkuasaan dilakukan tanpa sifat tolak ansur.Tingkah laku pelajar dikawal dengan memberi arahan dan penyeliaan dijalankan secara berterusan.

3.Pendekatan Cookbook ManagementGuru menyenaraikan perkara-perkara yang boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan dan perkara-perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pelajar. Senarai ini disediakan berasaskan aspek-aspek yang diperoleh daripada pelbagai sumber.

4.Pendekatan SosioemosiSuasana bilik darjah yang positif diwujudkan melalui pembentukan hubungan antara perorangan (interpersonal) yang baik. Guru bersikap empati dalam memahami tingkahlaku pelajar serta mewujudkan komunikasi yang berkesan.

5.Pendekatan Permisif (Kebebasan)Kebebasan sepenuhnya diberikan kepada pelajar dengan tujuan untuk memperkembangkan potensi masing-masing. Guru memainkan peranan sebagai konsultan dan menggalakkan pelajar untuk bertanggungjawab atas pembelajaran masing-masing.

6.Pendekatan Pengubahan TingkahlakuKata pujian dan ganjaran untuk menggalakkan tingkah laku yang diingini serta mengurangkan tingkah laku yang tidak diingini. Dendaan juga digunakan sebagai pengukuhan negatif terhadap tingkah laku yang tidak diingini. Guru memainkan peranan untuk memodelkan tingkah laku yang diingini.

7.Pendekatan PengajaranProses pengajaran yang berasaskan keperluan dan minat pelajar dapat memotivasikan mereka untuk memberi tumpuan kepada pelajaran lantas mengurangkan masalah salah laku. Guru bertanggungjawab untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang positif melalui pemilihan isi kandungan serta penggunaan strategi pengajaran yang sesuai.

8.Pendekatan Proses KumpulanKumpulan pelajar di dalam bilik darjah dianggap sebagai satu sistem sosial. Guru memainkan peranan untuk mewujudkan dan mengekalkan satu sistem sosial yang efektif dan produktif. Pelajar-pelajar kurang melakukan salah laku kerana guru sentiasa peka dengan suasana dan aktiviti di dalam bilik darjah.

Page 2: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

Ujian Personaliti ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2. .

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:Anda berada di dalam hutan(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan.. tiba-tiba ternampak segugus kunci(4) nyatakan bilangan kunci itu(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.(7) apakah bentuk meja itu?(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.(10) Berapakah laju air itu?(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.(11) Apa ukuran kotak itu?

Page 3: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.(13) jambatan diperbuat daripada apa?(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.(14) Apakah warna kuda itu?(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)TIBA-TIBA... tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauhdaripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

Berikut adalah tafsiran:(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumahberpagar : close-mindedtidak berpagar : open minded

(6) pintuterbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang laintertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

Page 4: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

(7) MejaBulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnyaPersegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahajaSegitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) PasuKosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhiSetengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapaiPenuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!

(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuhlogam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali1-4 - ghairah **** rendah5 - ghairah **** sederhana6-9 - ghairah **** tinggi10 - ghairah **** sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:kecil - ego rendahmenengah - ego sederhanabesar - ego tinggi

(12) material peti:cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hatikepribadianlogam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman andajambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan andarotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

Page 5: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

(15) tindakan kuda:diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:Tornado - masalah dalam hidup andapeti - andaJambatan - kawan-kawan andaKuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan. ..

Posted by Shamsuddin Bin Yaacob at 6:48 AM 2 comments

Saturday, April 17, 2010

Cium Nurse Seorang Nurse, Ratna menahan teksi. Sedang dalam perjalanan... Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan... Nurse itu bertanya...

"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata..." Sebenarnya... saya selalu berfantasi....maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse..."

"Oh begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang memberikan kepuasan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata..."iya...iya, saya masih single".

Page 6: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

Kemudian teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...

"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...

"Sudahlah encik... tidak ada apa-apa yang perlu di bimbangkan... Saya juga bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"

Posted by Shamsuddin Bin Yaacob at 8:03 PM 1 comments

Tuesday, March 16, 2010

Bagaimana nak mengenali orang??

Sebenarnya kita boleh mengenali seseorang itu melalui keretanya. Sayapernah mencuci sebuah kereta yang penuh dengan buku-buku, novel-novel.Jika bukan seorang penulis, paling tidak pemiliknya seorang yang gemarmembaca.

Ada pula tu sepertinya seorang tauke kedai kasut (kereta perempuan!) Sebelah depan bahagian penumpang ada 2 pasang kasut. Di belakang, ada lagi tiga pasang. Dalam bonet ada dua pasang lagi,di samping sepasang kasut yang masih dalam kotak.

Ada pula nampaknya seperti penggemar barang-barang terbuang (sampah!) Daribotol-botol, tisu-tisu bekas hingus sampai ke tulang-tulang ikan dan ayam. Semuanya ada dalam kereta.

Ada lagi sepertinya seorang pencinta haiwan yang ekstrem (lipas!). Dari anak-anak lipas sehingga ke bapak-bapak lipas. Semua ada dalam kereta. Termasuk juga lipas dari spesis yang jarang ditemui. Pun ada.

Page 7: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

Indahnya menjadi seorang pencuci kereta tak sepenuh masa.

Posted by Shamsuddin Bin Yaacob at 8:31 PM 0 comments

http://shamsuddin5291.blogspot.com/

Keputusan Pertandingan Ucapan Kreatif Hari Guru 2010 14 Jul 2010, 01:57 PM | Karya Pelajar

Tempat PertamaSarah Syamimi binti RozaliSekolah Berasrama Penuh Intergrasi Kuantan, Pahang

GURU...MATA JIWA MENITIKKAN ILMU, PERIBADI JADI CONTOH IKUTAN, ROH, KERINGAT, JAYAKAN HASRAT NEGARA BANGSA.

Tempat KeduaFaez Amirul bin AzmanSM Agama Maahad Muar, Johor

GURU BERDEDIKASI PEMANGKIN INOVASI,PENANDA ARAS INDEKS PRESTASI,GURU BESTARI GENERASI BERINTEGRITI.

Tempat KetigaYee Xin EnSMJK Chung Ling Butterworth, Pulau Pinang

GURU PENCETUS KECELIKAN IDEA,MENDUKUNG TRANSFORMASI MINDAGENERASI MUDA MASA DEPAN NEGARA

Saguhati

Muhamad Kamil bin YazidSMK Agama Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

BIMBINGANMU MEMBUKA MINDAKUDORONGANMU MEMBAKAR SEMANGATKUKASIHMU SESUCI KASIH IBUTERIMA KASIH CIKGU....

Diyana Fazlin binti Mohamad RazifSMK St. Mary, Kuala Lumpur

Page 8: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

BIMBINGANMU MEMBUKA MINDAKUDORONGANMU MEMBAKAR SEMANGATKUKASIHMU SESUCI KASIH IBUTERIMA KASIH CIKGU....

Rini binti AbdurrahmanSMK Sri Tanjung, Pontian Johor

BIMBINGANMU MEMBUKA MINDAKUDORONGANMU MEMBAKAR SEMANGATKUKASIHMU SESUCI KASIH IBUTERIMA KASIH CIKGU....

Ain Nashuha binti Md. YusofSK Dato' Naning, Melaka

CIKGU YANG BIJAKSANA...DALAM TEGURNYA ADA DOA,DALAM TAWANYA ADA MESRA,DALAM TANGANNYA KITA TERBINA.

Nur Aqilah binti YusriSK Aminuddin Baki, Perak

KAU PEMBINA BUAYA ILMU,PENJANA MODAL INSAN CEMERLANG,BERMUAFAKAT, BERSEPADU MENJAYAKAN WAWASAN,PEMBINA NEGARA BANGSA

kembali ke laman utama

entri ini sudah 904 kali dibaca  

| More ---------------------------------------------------------------------------

RESPON  HANTAR

SUMBANGAN

----------------------------------Peta minda mantapkan ingatan 08 Jun 2011, 10:27 AM | Kreativiti

 

Page 9: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

PETA minda merupakan kaedah yang berkesan untuk mendapatkan semula maklumat daripada ingatan untuk ditukarkan menjadi bentuk yang boleh dilihat.

Ia boleh membantu untuk meningkatkan kecerdasan dan kemahiran untuk mengukuhkan daya ingatan serta pemahaman.

Peta minda merangsang pelbagai keupayaan yang ada dalam diri. Misalnya, anda perlu memikirkan mengenai maklumat yang diperlukan dan membuat pemilihan mengikut keinginan diri.

Secara langsung, anda berhubung secara aktif dengan maklumat yang ada dalam ingatan atau dalam perkataan lain, anda sebenarnya sedang berbicara dengan daya ingatan sendiri.

Peta minda juga boleh merangsang beberapa anggota anda yang mempunyai peranan tersendiri seperti berfikir, memerhati, memilih, melukis dan menentukan anda memahami apa yang anda inginkan.

Tangan anda ikut serta dalam kerja-kerja tersebut. Ia dapat memahirkan diri dengan disiplin yang penting dalam pembelajaran.

Page 10: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

Menggunakan peta minda bermakna anda harus menggunakan kemahiran menyusun maklumat yang betul dan tepat dan mudah difahami.

Peta minda juga membolehkan anda membuat perkaitan dengan lebih mudah dan cepat.

Apa yang anda ingat akan dapat diperkukuh melalui gambaran dan tulisan yang anda lakukan.

Kemudian anda mengaitkan pula dengan beberapa isi kecil yang lain.

Ini lama kelamaan akan membentuk idea keseluruhan mengenai apa yang anda inginkan daripada daya ingatan anda.

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa penggunaan peta minda akan menambahkan keseimbangan otak kiri dan otak kanan.

Anda telah ditunjukkan mengenai keperluan keseimbangan antara otak kiri dan otak kanan dalam rencana-rencana yang terdahulu.

Apa yang menarik mengenai peta minda ialah ia merangkumkan semua aspek bahasa, analitis, reka bentuk, matematik, deria dan sebagainya dalam usaha keseluruhannya.

Kelebihan lain yang terdapat pada peta minda ialah ia mudah digunakan serta sesuai untuk semua tujuan.

Peta minda amat sesuai untuk tujuan menelaah pelajaran, mengambil nota yang diajar oleh guru, membaca buku, persediaan sebelum berbahas, untuk bermesyuarat, malah untuk persediaan membeli-belah.

Anda tidak perlu menuliskan semuanya pada sekeping atau lebih kertas.

Anda tidak akan sukar untuk memikirkan secara mendalam kerana ingatan anda dibantu oleh hasil lukisan dan tulisan mata dan tangan anda.

Peta minda boleh disediakan dengan mudah. Pada buku tulis atau sekeping kertas, tulis topik utama yang menjadi perhatian anda. Topik tersebut, misalnya pembelajaran, eloklah dituliskan di bahagian tengah.

Dari sini, pelbagai perkara lain yang berkaitan dengan topik pembelajaran akan dihasilkan dalam bentuk cabang atau cawangan daripada pembelajaran tadi.

Daripada cabang-cabang tadi, anda boleh menghasilkan pelbagai fakta isi kecil yang lain bentuk ranting.

Di samping itu, anda boleh juga menggunakan pelbagai imej lain yang boleh mencorakkan peta minda dengan lebih menarik.

kembali ke laman utama

Menjadi seorang yang kreatif

Page 11: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

22 Jun 2010, 10:22 AM | Kreativiti

artikel disalin dari http://ideaunik.wordpress.com/2007/08/30/bagaimana-menjadi-seorang-yang-kreatif/

Menjadi seorang yang kreatif

Kreativiti bukanlah hanya untuk artis-artis sahaja. Ia menjadi bagai batu loncatan untuk kejayaan seseorang dalam segala bidang. Mereka yang tahu bagaimana menggunakan minda kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah akan menjadi seorang yang paling cemerlang dalam kerjaya, membina banyak bisnes yang menguntungkan dan berjaya menarik ramai kawan-kawan yang bijak pandai.

Setiap orang mempunyai daya kreativiti yang tersendiri. Malangnya, mereka tidak belajar bagaimana cara untuk menggunakannya selalu. Daya kreativiti tersebut tersimpan di minda mereka, tidak diguna pakai setiap hari. Artikel yang anda sedang baca ini membongkar rahsia bagaimana untuk menjadi seorang yang kreatif dan berjaya!

Kebijaksaan : Bagaimana Menggunakannya

“Ya lah, macamana aku tidak terfikir sebegitu?”

Bukankah itu yang selalu anda katakan apabila seseorang telah mendapat jawapan kepada masalah yang agak rumit? Apabila masalah seperti tidak boleh diselesaikan seperti biasa, orang kreatif tidak teragak-agak untuk memikirkan dengan cara pendekatan yang berbeza.

Contohnya ialah Ulyssess S. Grant. Abraham Lincoln, presiden USA suka bercerita tentang Grant, semasa zaman kanak-kanaknya suka menggunakan akalnya untuk mengalahkan anak lembu yang tidak suka sesiapa pun menunggangnya. Anak lembu tersebut sungguh keras kepala sehingga ia telah dibeli oleh seorang pemain sarkas, yang menawarkan wang kepada sesiapa sahaja yang berjaya menunggangnya pada masa yang ditetapkan.

Grant melihat beberapa orang muda yang lebih tua daripadanya dilempar ke atas tanah oleh anak lembu tersebut apabila mereka cuba menunggangnya. Dia mencuba menaiki badan anak lembu itu dan berjaya bertahan beberapa waktu tetapi akhirnya terjatuh juga. Kemudian, beliau menggunakan kebijaksaannya. Selepas mendapat kebenaran untuk mencuba lagi, kali ini beliau akan menyelesaikan masalah ini daripada sudut yang lain.

Daripada menunggang seperti biasa, dia melompat ke atas badan lembu itu dengan terbalik, iaitu memandang ke arah ekor dan bukannya kepala. Budak itu mencengkam perut anak lembu itu dengan kakinya dan memegang ekor lembu tersebut dengan kedua-dua tangannya. Walau bagaimana cara sekalipun lembu itu menggoncang dan menghentak, ia tetap tidak dapat menjatuhkan budak itu. Anak lembu itu berjaya dikalahkan dan Ulysses S. Grant memenangi hadiah. Selepas membesar, Grant memasuki tentera dan mengetuai batalion serta memenangi perang saudara.

Daripada pengalaman Grant ini telah memberi dua kegunaan penting kreativiti;

   1. Mencari jawapan yang pelik untuk satu masalah yang rumit

Page 12: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

   2. Mencetuskan konsep baru.

Lengkapkan diri anda dengan kreativiti

Keyakinan adalah satu kunci ke arah kreativiti. Apabila anda tahu bahawa terdapat satu cara untuk menyelesaikan masalah (walaupun anda belum tahu lagi apa caranya) anda mendapat semangat untuk mencari jawapannya. Seseorang yang sentiasa memberikan idea-idea bernas bukanlah lebih kreatif daripada kita semua. Mereka sebenarnya mempunyai lebih keyakinan.

Bagaimana anda boleh mempunyai keyakinan seperti itu? Dengan mengetahui bahawa, terdapat penyelesaian bagi setiap masalah dan idea bagi setiap perkara.

Jika berkeyakinan adalah prinsip yang pertama, keduanya pula ialah minda yang bebas. Pencipta telefon, Alexander Graham Bell berkata:

Jangan selalu menggunakan jalan awam, pergi di mana orang lain pernah pergi. Pergi ke suatu tempat yang anda tidak pernah pergi. Anda pasti akan berjumpa dengan sesuatu yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Satu penemuan akan membawa anda ke satu penemuan yang lain, dan tanpa anda sedari anda mempunyai sesuatu yang bagus untuk difikirkan. Semua penemuan yang penting adalah berasal daripada pemikiran.

Minda yang bebas tidak terbelenggu dengan cara yang biasa dilakukan. Walau apa juga orang lain kata, beliau tahu terdapat jawapan bagi setiap masalah dan idea bagi setiap perkara, dan dia tidak takut untuk mencuba sebarang bentuk kemungkinan.

Menyelesaikan Masalah Dengan Kreativiti

Terdapat satu cara untuk mempertingkatkan kreativiti anda dalam menyelesaikan apa juga masalah yang sukar. Mula dengan mengetahui rahsia ini;

Apabila satu masalah itu tidak boleh diselesaikan dengan cara konvensional, biasanya itu adalah kerana tiada rantai kaitan (missing link).

Masalah Grant yang tidak dapat bertahan lama diatas anak lembu tadi pada mulanya kerana tiada tempat untuk berpegang. Itulah dikatakan tiada rantai kaitan. Oleh itu inilah langkah pertama yang perlu diambil untuk mencari penyelesaian kepada masalah sukar ialah menentukan apakah dia rantai kaitan yang tiada. Objektif anda adalah untuk mencari satu perkara, jika ianya wujud akan menyelesaikan masalah. Jangan bimbang jika pada mulanya anda boleh mengadakan kaitan tersebut atau tidak. Hanya cari apakah kaitan yang tiada.

Pada tahun 1930s, Aramco, syarikat kerjasama Arab-American Oil Company memerlukan satu kenderaan yang boleh berjalan di atas padang pasir. Masalahnya ialah pasir tersebut yang menyebabkan tayar kenderaan tenggelam dan tidak bergerak. Oleh kerana tiada kajian yang dibuat keatas masalah ini, jurutera Aramco, Richard Kerr tidak mempunyai data kejuruteraan untuk mereka bentuk tayar yang dapat mencengkam di atas padang pasir. Jadi, perkara pertama ialah mencari kaitan yang tiada (missing link) iaitu kurangnya data

Page 13: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

kejuruteraan.

Langkah kedua ialah mencari jalan untuk mendapatkan data yang sesuai. Cuba dan salah (trial and error) adalah satu cara tetapi ia mengambil masa yang agak lama. Sedang beliau mencari idea untuk menyelesaikannya, satu cara ialah dengan meniru unta, yang tidak mempunyai masalah berjalan di atas padang pasir. Walaupun berat dan besar, unta tidak mudah untuk tenggelam dipadang pasir.

Walaupun idea itu agak gila, cengkaman yang digunakan oleh unta pastinya boleh digunakan oleh kenderaan. Dia mengukur luas kawasan bukaan kaki unta tersebut dan mengambil berat unta sekali. Ini memberikan beliau data kejuruteraan untuk menentukan bentuk dan tekanan tayar yang diperlukan di padang pasir. Akhirnya beliau berjaya mencipta tayar yang sesuai digunakan di padang pasir. Tayar yang dicipta itu masih digunakan sehingga hari ini di padang pasir oleh kenderaan-kenderaan komersial.

Teknik Missing Link adalah satu perkara penting yang perlu anda tahu untuk menyelesaikan apa juga masalah yang timbul. Ia meningkatkan daya kreativiti anda dalam mencari penyelesaian yang mungkin tidak pernah anda fikirkan sebelum ini.

Bagaimana mendapat idea kreatif

Kita telah membicarakan bagaimana menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah. Bagaimana pula menggunakannya untuk mendapat idea yang dapat memberi kita banyak peluang?

Kebanyakan penemuan terulung di dunia ini dijumpai dengan tidak sengaja. Isaac Newton terkejut apabila sebiji epal terjatuh ke atas kepalanya, di mana kemudiannya telah menyebabkan beliau menemui teori graviti. William H. Mason pula sedang mencuba untuk mencari cara untuk menanggalkan turpentine daripada kayu balak. Selepas melawat banyak kawasan pembalakan, dia melihat banyak kayu yang dibazirkan. Dia mengambil semua kayu-kayu kecil dan disatukan untuk menjadi sekeping papan yang apabila diberi tekanan tinggi boleh memberikan satu panel kuat, seperti yang kita dapati hari ini iaitu plywood.

Adalah sesuatu yang biasa satu penemuan dan reka cipta ditemui dengan cara yang tidak sengaja ini, dan idea yang asal dilupakan untuk meneruskan projek baru yang lebih menguntungkan.

Ini memberikan kita satu penemuan iaitu idea baru tidak pernah asli. Ia adalah gabungan dan ubahsuai daripada idea yang lain. Bill Gates tidak mencipta komputer seperti Steve Jobs (komputer Apple), tetapi menulis software untuk apple dan kemudian melihat peluangnya lebih cerah jika software itu boleh digunakan oleh semua jenis komputer. Kini Windows ciptaan beliau digunakan hampir kesemua komputer didunia ini. Oleh itu mengapa anda perlu bersusah payah mencipta idea baru, sedangkan idea yang anda perlukan sudah wujud dalam keadaan yang berbeza? Fikirkan kemungkinan yang ada. Jangan menunggu sehingga anda mendapat inspirasi untuk mendapat idea kreatif, pada hal anda boleh mencuba idea yang asal, ubahsuai menjadi satu keperluan yang anda mahukan.

Minda separa-sedar (subconscious) : Berikan anda idea dan penyelesaian

Page 14: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

Adalah penting untuk diingatkan bahawa terdapat jawapan bagi setiap masalah dan idea bagi setiap keperluan. Mungkin anda tidak sedar, bahawa idea dan jawapan itu mungkin sudah disimpan dalam minda anda

Para saintis telah membuat kajian dan mendapati terdapat 15 trillion data telah di simpan di dalam minda anda sepanjang hidup. Jika trillion data terdapat di sini, berapa zillion datakah yang boleh diwujudkan dengan kombinasi daripada data-data tersebut? Dengan potensi ini, kemungkinan terdapat jawapan adalah cukup tinggi.

Itu adalah berita baiknya. Berita tidak baiknya pula ialah 90 peratus daripada maklumat itu tersimpan di dalam minda separa-sedar anda, tiada cara mudah untuk membukanya. Ia terkeluar apabila ia mahu dan tidak pada masa anda sedang sedar dan mahukannya. Jadi apa yang anda perlu lakukan untuk mengambil data-data ini ialah dengan tidur! Banyak idea penting dan penemuan telah dibuat selepas anda tidur nyenyak. Anda seharusnya tahu bahawa ia datangnya daripada minda separa-sedar anda.

Bagaimana ia berlaku adalah seperti berikut;

� Semasa anda sedang sedar dan berusaha untuk mencari jawapan kepada masalah anda, minda separa-sedar anda juga sedar akan apa yang anda sedang cari.

� Minda separa-sedar anda tidak pernah berehat, walaupun anda sedang tidur. Ia sentiasa memilih data-data yang tersimpan di dalamnya.

� Minit, jam atau hari selepas anda berhenti daripada memikirkan masalah tersebut, minda separa-sedar anda akan memberikan jawapan sepintas lalu kepada anda, Anda tiba-tiba mendapat idea baru, atau jawapan kepada masalah yang rumit semasa anda sedang membuat perkara lain.

Contohnya Sir Walter Scott mendapat idea baru apabila baru sahaja bangun dari tidur. Einstein dilaporkan mendapat idea terbaiknya semasa sedang bercukur. Thomas Edison pula setelah mencuba beberapa kali, akan berhenti selama 24 jam dan pada masa itu beliau akan menemui idea-idea baru. Mozart pula dikhabarkan mendapat idea lagunya ketika sedang berdengkur. Apabila bangun, beliau akan menulis nota lagu tersebut yang beliau dapatinya semasa tidur.

Jangan tersalah anggap, satu perkara perlu diambil perhatian: setiap orang di atas adalah mereka yang cukup pakar dalam bidang masing-masing. Mereka tidak menjadi genius dariapda idea yang datang semasa sedang tidur. Minda separa-sedar hanya memilih maklumat yang telah disimpan beberapa tahun dan melaporkan data tersebut seperti yang anda mahukan.

Oleh yang demikian, maklumat berharga yang anda perolehi ini perlu anda lakukan sendiri. Tanpa teknik-teknik ini mungkin idea-idea kreatif anda akan tersimpan begitu sahaja.

kembali ke laman utamRahsia Pelajar Cemerlang

Page 15: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

19 Aug 2010, 01:30 PM | Motivasi

Di sini disertakan beberapa tip untuk menjadi pelajar cemerlang dan seimbang dalam setiap segi:-

1. Tentukan visi andaSebagai seorang pelajar, anda mestilah memiliki visi yang jelas ke mana hala tuju anda. Tanpanya, seseorang individu akan mudah terlupa ataupun tersasar daripada matlamat sebenar. Seseorang yang mempunyai visi yang jelas adalah yang berkarisma, menghargai masa, bercita-cita tinggi, berkomitmen tinggi dan pragmatis atau praktikal.

2. Aturkan langkah andaSusun dan tulis rancangan perlaksanaan visi atau cita-cita mengikut jangka waktu yang anda ingini. Ini akan membantu anda berada 'di atas landasan' dan 'tiba ke destinasi' pada waktu yang telah ditetapkan.

3. Rancang masa depan anda sekarangMembuat pilihan yang bijak di usia muda dan mula merancang pelan hidup seawal mungkin dapat membantu anda mengelakkan kegagalan atau kekecewaan dalam hidup.

4. Luangkan masa untuk bertindakSetiap manusia diberikan 24 jam setiap hari, hanya yang bijak mampu menggunakan waktu tersebut sebaik mungkin. Uruskan masa dengan bijak. Buat jadual harian, luangkan masa untuk membaca, beri sedikit masa untuk beriadah, sentiasa meluangkan masa untuk merealisasikan visi anda.

5. Konsisten dan jangan mudah mengalahPercaya teguh kepada diri sendiri. Jangan biarkan kegagalan kecil mematahkan semangat anda! Mudah mengaku kalah kepada diri sendiri adalah mereka yang tidak akan berjaya dan kurang percaya kepada kemampuan diri sendiri.

6. Tumpukan perhatian kepada matlamat andaJangan biarkan diri anda leka dengan gangguan-gangguan persekitaran: pengaruh rakan sebaya, aktiviti yang melalaikan dan masalah remeh temeh. Sentiasa fokus kepada apa yang anda mahu iaitu mahu berjaya!

7. Percaya kepada pertolongan Tuhan dan usaha sendiriAllah menciptakan setiap manusia untuk berjaya di muka bumiNya, bukan untuk menemui jalan gagal. Namun begitu, untuk mengecapi kejayaan, manusia perlu berusaha bersungguh-sungguh dan sentiasa percaya kepada pertolongan Allah.

Page 16: 8 pendekatan pengurusan bilik darjah

8. Solat dan doaSolat dan berdoa adalah cara bagi manusia untuk berhubung dengan Tuhan. Satu kajian telah dijalankan oleh sebuah universiti antarabangsa membuktikan bahawa berdoa dapat memberi kekuatan mental dan fizikal pesakit bagi menyembuhkan penyakit kritikal.

Penafian: Artikel/Info ini disalin dari laman web http://hushsya.blogspot.com/2010/01/rahsia-pelajar-cemerlang.html. Pihak Portal Pendidikan tidak bertanggungjawab terhadap isi kandungannya.

kembali ke laman utama