laporan pengurusan bilik darjah

17
1 Pengenalan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) adalah satu sistem perlaksanaan taksiran melalui komponen kerja kursus secara berstruktur yang bertujuan untuk mentaksir penguasaan dan pencapaian guru pelatih dalam aspek pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran, pemindahan pembelajaran, amalan kolabrasi serta penghayatan nilai dan sahsiah keguruan. Dalam kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku (EDU 3104), tugasan yang diberikan kepada saya ialah berkenaan pengurusan bilik darjah yang kondusif dan masalah tingkah laku yang berlaku di sekolah semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Tugasan yang terbahagi kepada dua bahagian memerlukan guru pelatih untuk meninjau keadaan bilik darjah dan pengurusan bilik darjah tersebut. Dalam bahagian kedua daripada tugasan kerja kursus ini, guru pelatih diminta untuk menjelaskan secara kritis punca-punca masalah tingkah laku yang dilakukan oleh murid-murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Signifikannya tugasan ini ialah untuk mencapai objektif atau hasil pembelajaran iaitu guru pelatih mampu untuk menjelaskan konsep pengurusan bilik darjah serta menghuraikan permasalahan pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid-murid. Tambahan agi, kerja kursus ini juga memberi impak kepada guru pelatih dalam menyediakan pelan perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan. Tugasan yang berbentuk penulisan ilmiah seperti ini sangat relevan dengan pengetahuan dan keupayaan guru pelatih dalam mengolah serta memberikan justifikasi terhadap seiap isi yang diberi. Bahkan, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalani oleh guru pelatih turut membantu dalam menyediakan laporan yang lebih spesifik dan seterusnya mampu mengaplikasikan pelbagai model pengurusan bilik darjah yang dipelajari. Oleh itu, tugasan ilmiah seperti ini mampu membuka minda guru pelatih dalam memberikan idea dan ulasan secara kritis dan kreatif. Sememangnya inilah yang diinginkan oleh kerajaan dalam menghasilkan bakal guru yang kreatif dan berpandangan jauh.

Upload: najmi-tajudin

Post on 23-Dec-2015

306 views

Category:

Documents


27 download

DESCRIPTION

test

TRANSCRIPT

1

Pengenalan

Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) adalah satu sistem perlaksanaan taksiran melalui

komponen kerja kursus secara berstruktur yang bertujuan untuk mentaksir penguasaan dan

pencapaian guru pelatih dalam aspek pemerolehan ilmu, penguasaan ilmu dan kemahiran,

pemindahan pembelajaran, amalan kolabrasi serta penghayatan nilai dan sahsiah keguruan.

Dalam kursus Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah laku (EDU 3104), tugasan yang diberikan

kepada saya ialah berkenaan pengurusan bilik darjah yang kondusif dan masalah tingkah laku

yang berlaku di sekolah semasa Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

Tugasan yang terbahagi kepada dua bahagian memerlukan guru pelatih untuk meninjau

keadaan bilik darjah dan pengurusan bilik darjah tersebut. Dalam bahagian kedua daripada

tugasan kerja kursus ini, guru pelatih diminta untuk menjelaskan secara kritis punca-punca

masalah tingkah laku yang dilakukan oleh murid-murid semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Signifikannya tugasan ini ialah untuk mencapai objektif atau hasil pembelajaran

iaitu guru pelatih mampu untuk menjelaskan konsep pengurusan bilik darjah serta

menghuraikan permasalahan pengurusan bilik darjah yang melibatkan murid-murid. Tambahan

agi, kerja kursus ini juga memberi impak kepada guru pelatih dalam menyediakan pelan

perancangan pengurusan bilik darjah yang berkesan.

Tugasan yang berbentuk penulisan ilmiah seperti ini sangat relevan dengan

pengetahuan dan keupayaan guru pelatih dalam mengolah serta memberikan justifikasi

terhadap seiap isi yang diberi. Bahkan, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) yang dijalani

oleh guru pelatih turut membantu dalam menyediakan laporan yang lebih spesifik dan

seterusnya mampu mengaplikasikan pelbagai model pengurusan bilik darjah yang dipelajari.

Oleh itu, tugasan ilmiah seperti ini mampu membuka minda guru pelatih dalam memberikan

idea dan ulasan secara kritis dan kreatif. Sememangnya inilah yang diinginkan oleh kerajaan

dalam menghasilkan bakal guru yang kreatif dan berpandangan jauh.

2

Laporan Pengurusan Bilik Darjah

Assalamualaikum. Alhamdulillah setelah selesai menjalankan Pengalaman Berasaskan

Sekolah (PBS) selama lima hari, banyak pelajaran dan pengalaman yang saya perolehi

khususnya dalam pengurusan bilik darjah dan tingkah laku murid. Saya menghadirkan diri ke

Sekolah Kebangsaan Jenderam Hilir. Sekolah ini terlektak di kawasan luar Bandar. Semasa

berada di sekolah itu, saya telah membuat tinjauan dan pemerhatian terhadap beberapa buah

kelas mengenai pengurusan bilik darjah dan kawalan tingkah laku serta disiplin murid-murid

oleh guru yang mengajar. Saya telah memilih satu buah kelas sebagai model dari beberapa

kelas yang telah saya jalankan pemerhatian. Kelas itu adalah kelas Tahun 4 Tekun. Dari segi

pengurusan bilik darjah, saya bahagikan kepada tiga komponen penting iaitu komponen fizikal,

psikososial dan peraturan serta rutin dalam bilik darjah.

Kelas 4 Tekun terletak di tingkat 3 iaitu tingkat atas dan paling tinggi di sekolah itu. Saya

dapati yang kelas ini cukup jumlah meja dan kerusinya bagi setiap murid yang ada. Meja yang

dibekalkan kepada pihak sekolah juga adalah boleh dikatakan baharu. Akan tetapi, terdapat

juga beberapa biji meja yang keadaan fizikalnya adalah kurang memuaskan, kaki meja tidak

sama panjang dan ini menyebabkan meja tidak stabil dan bergoyang-goyang semasa murid

menulis atau melakukan sesuatu kerja. Dari segi faktor kemudahan meja dan kerusi bilik darjah,

kelas tersebut tidak jauh beza berbanding dengan kelas-kelas yang lain. Saya sedar yang

sekolah yang saya hadiri itu bukanlah sekolah elit mahupun sekolah berprestij, iainya hanyalah

berasal dari sekolah yang diwakafkan. Selain dari meja dan kerusi, kelas itu mempunyai

keluasan yang boleh dikategorikan sebagai kecil bagi menampung murid yang ramai. Dalam

bilik darjah tersebut mempunyai beberapa sudut papan kenyataan dan apa yang saya

perhatikan papan kenyataan bagi setiap mata pelajaran dipenuhi dengan maklumat yang

berkaitan. Namun, ada diantara maklumat tersebut yang tidak dikemas kini dari semasa ke

semasa. Terdapat juga satu sudut hasil kerja murid yang mempamerkan hasil kerja murid

sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Sudut ini juga memaparkan pemenang

tempat kedua dan pertama bagi setiap hasil kerja yang dihantar. Ini adalah bagi memotivasikan

murid untuk berlumba-lumba di dalam pembelajaran. Jika dilihat dari segi pencahayaan dan

pengudaraan dalam bilik darjah tersebut adalah baik, selesa dan tiada masalah yang ketara.

Hal ini kerana kelas ini berada di tempat yang tinggi. Angin luar yang bertiup dapat dirasai oleh

3

murid-murid di dalam kelas, begitu juga pencahayaan, cahaya matahari pagi membantu

menyinari suasana pagi hingga lebih kurang jam 11:00 pagi. Akan tetapi, kain langsir yang

digunakan di tingkap kelas kelihatan agak lusuh. Ini akan menimbulkan suasana yang kusam

dan berbau dan sejurus itu mengganggu suasana pembelajaran di dalam kelas.

4

Bagi faktor psikososial bilik darjah, saya memerhatikan bagaimanakah hubungan guru

dengan muridnya serta kaitan diantara suasana bilik darjah terhadap sesi pengajaran dan

pembelajaran. Sepanjang saya membuat pemerhatian, guru kelas yang sedang mengajar

ketika itu mempunyai cara tersendiri di dalam mengajar kelas di mana terdapat perbagai jenis

murid yang berlainan sikap dan karenah. Setelah selesai sesi mengajar, di mana murid-murid

dikehendaki melakukan latihan-latihan yang telah disediakan, guru kelas itu telah meminta

seorang volunteer untuk menjawab satu daripada beberapa soalan latihan tersebut. Selepas itu,

guru itu menyuruh murid tadi memilih sendiri seorang lagi rakannya untuk membuat soalan

seterusnya. Dengan cara ini, kelihatan murid-murid begitu tekun belajar dan sentiasa bersedia

jika diminta untuk ke hadapan bagi menjawab soalan. Guru tersebut juga melakukan

pemantauan murid-murid ketika melaksanakan tugasan yang diberi olehnya. Pemantauan yang

dibuat dari meja ke meja dan beliau juga mengamalkan perbincangan dalam menentukan tarikh

hantar tugasan yang diberi.

Akhir sekali adalah dari segi peraturan dan rutin bilik darjah pula. Di tahun 4 Tekun ini,

sememangnya terdapat jadual rutin tugasan harian seperti sapu sampahm cuci tingkap, cuci

papan hitam dan sebagainya. Secara keseluruhannya peraturan dan rutin bagi murid-murid

dalam bilik darjah langsung tidak begitu diamalkan dan tidak memberi kesan kepada disiplin

mereka. Sebagai contoh,peraturan untuk pergi ke tandas adalah tidak boleh keluar dua orang

pada waktu yang sama, akan tetapi masih terdapat beberapa orang murid yang tidak sedar

ataupun tidak mahu mengikut perintah itu. Peraturan tugasan harian yang terdapat di papan

kenyataan mempunyai senarai nama yang bertugas pada setiap hari, akan tetapi mereka

melakukannya tidak mengikut tugasan yang telah ditetapkan untuk diri mereka. Selain dari rutin

tugasan harian, murid-murid ini akan beratur di pintu kelas untuk bersalaman dengan guru yang

terakhir sebelum keluar dari pintu kelas untuk pulang ke rumah. Mereka juga diminta untuk

mengutip tiga sampah untuk setiap orang. Perbuatan ini dapat memupuk nilai-nilai positif dalam

kalangan murid sekolah rendah. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari akar

rebungnya.”

Selain dari pengurusan bilik darjah, saya turut memerhatikan masalah disiplin dan

masalah disruptif yang timbul dalam bilik darjah tersebut. Sepanjang guru berada di dalam bilik

darjah, suasana kelas cukup terkawal walaupun ada beberapa murid yang cuba untuk berbuat

bising. Ketika guru tersebut memantau murid-murid dari meja ke meja, ada sebilangan murid

yang bercakap dengan rakan dan berjalan dari meja ke meja untuk meminjam alat tulis. Namun,

setelah guru itu keluar suasana bilik darjah berubah. Keadaan bertukar 180O. membuat bising

5

dan berkeliaran tanpa menghiraukan orang di luar kelas. Saya perhatikan di sebelah kanan

saya ketika itu ada murid yang pergi ke meja rakan untuk bertanyakan jawapan bagi tugasan

yang diberi. Di hadapan bilik darjah saya melihat beberapa orang murid sedang bermain

pemadam dan ada juga yang berlari-lari di dalam bilik darjah. Yang lebih teruk lagi, di belakang

bilik darjah sebelah kiri saya, ada dua orang murid sedang bermain tetapi seperti sedang

bergaduh dan apabila saya bertanya kepada mereka, mereka mengatakan mereka cuma

bermain dan menggambarkan diri mereka sebagai watak-watak di dalam kartun animasi

‘Naruto. Oleh yang demikian, saya membuat kesimpulan bahawa guru tadi yang mengajar

adalah seorang yang tegas dan digeruni oleh murid-murid di dalam kelas. Murid-murid akan

tunduk akur semasa beliau berada di dalam kelas. Ini menunjukkan guru tersebut seorang yang

profesional dan matang di dalam dunia pengajaran dan pembelajaran.

6

7

Punca-punca Masalah Dalam Bilik Darjah

Setiap sesuatu yang berlaku di dunia ini adalah bersebab. Begitu juga dengan

masalah disiplin dan tingkahlaku sama ada kanak-kanan mahupun orang dewasa. Apa yang

membezakan antara orang dewasa dan kanak-kanak adalah orang dewasa lebih

berkeupayaan untuk berfikir dengan lebih rasional dan betul. Bagi kanak-kanak pula, mereka

masih lagi mentah dan kurang ilmu serta pengalaman bagi menangani masalah mereka

sendiri. Oleh itu, mereka menggunakan jalan mereka sendiri yang sebenarnya “bermasalah” di

mata orang dewasa. Hal ini dapat kita lihat di sekolah-sekolah di mana kebanyakan masa

kanak-kanak ini telah terluang dan dihabiskan.

Terdapat beberapa sebab yang mempengaruhi tingkah laku bermasalah dalam

kalangan murid-murid di sekolah berkenaan, antaranya faktor murid itu sendiri. Bagi saya

faktor murid adalah faktor yang paling utama dan dominan penyebab tingkah laku

bermasalah. Jika dilihat lebih luas lagi, perkara ini merangkumi beberapa aspek yang berkait

rapat dengan diri murid itu sendiri iaitu latar belakang murid dan pengaruh keluarga

khususnya peranan ibu bapa dalam membentuk diri murid serta sosio-ekonomi keluarga.

Omardin Ashaari (1999), menjelaskan bahawa keluarga khususnya ibu bapa memainkan

peranan penting dalam memberi perhatian terhadap pembelajaran murid kerana mereka

mempunyai pengaruh kuat terhadap cara hidup murid. Sebagai tenaga penggerak, pengajar,

dan sumber ilham kepada murid, mereka hendaklah sentiasa memberi galakan dan

perangsang kepada murid agar mereka cemerlang dalam pencapaian akademik.

Persengketaan yang wujud dalam sesebuah keluarga pasti sedikit sebanyak menimbulkan

ketidaktenteraman dalam fikiran murid sekaligus menjejaskan ketenangan jiwa lantas menjadi

penyebab masalah disiplin di dalam dan luar bilik darjah.

Selain itu, masalah tingkah laku murid juga mungkin berpunca daripada sosio ekonomi

keluarga. Hal ini biasanya berlaku di kalangan murid daripada keluarga berpendapatan

rendah. Misalnya, kemiskinan menyebabkan anak-anak terlibat dengan kes mencuri di

sekolah kerana murid inginkan sesuatu seperti murid daripada golongan berada. Saya sempat

bersembang dengan guru kaunseling Sekolah Kebangsaan Jenderam Hilir, beliau ada

menyatakan bahawa terdapat kes-kes kecurian wang berlaku dalam kalangan murid di situ.

8

Setelah dikenalpasti, murid-murid ini adalah dari keluarga yang susah. Terdapat juga dari

mereka ini yang sukar ataupun tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling

disebabkan rasa rendah diri dan mungkin juga terpencil. Mereka akan membawa nilai-nilai

yang menjadi kebiasaan dan diamalkan di rumah semasa di sekolah seperti dalam soal

pengurusan masa, pergaulan dan sebagainya. Kehidupan mereka di rumah sememangnya

menjadi pengaruh besar kepada tingkah laku mereka di sekolah. Pendidikan anak-anak

bermula dari rumah. Sikap ibu bapa kurang memberi perhatian dan kurang memberi kasih

sayang kepada anak-anak serta ibu bapa yang mementingkan kerjaya iaitu sibuk denga

kerjaya akan mendorong kepada kemerosotan disiplin. Teori Humanistik menekankan tentang

kebolehan dan potensi dari keputusan yang murid ambil dalam mengawal kehidupan mereka.

Manakala Teori Motivasi Maslow dibangunkan oleh Abraham H. Maslow melalui Hierarki

Keperluan Maslow pula merupakan salah satu Teori Humanistik yang boleh membantu guru

memahami sebab mengapa murid bertingkah laku sedemikian. Melalui teori ini, Maslow

menegaskan bahawa seseorang individu perlu memenuhi keperluan asas terlebih dahulu

sebelum memenuhi keperluan lain yang boleh dikategorikan sebagai keperluan sekunder.

Menurut Nora Mislan (2007), Abraham Maslow telah membahagikan keperluan

manusia kepada lima peringkat iaitu keperluan fisiologi dan biologi (air, makanan,udara,

tempat tinggal, tidur dan sebagainya), keperluan keselamatan (dilindungi daripada elemen

ancaman, undang-undang, limitasi, stabiliti dan sebagainya), keperluan dibelai dan disayangi

(kasih dari keluarga, sekolah, rakan-rakan dan sebagainya), keperluan estim (keperluan estim

kendiri, pencapaian, masteri, berdikari dan sebagainya) serta kesedaran kendiri (kesedaran

dalam potensi diri, mengembangkan kebolehan dan mencapai apa yang diinginkan).

Walaubagaimanapun, teori ini menekankan bahawa keperluan asas, keselamatan, kasih

sayang, dan penghargaan kendiri manusia perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang

itu dapat menceburkan diri ke dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estetik.

Faktor ataupun penyebab seterusnya yang saya rasa banyak menyumbang kepada

masalah murid-murid di dalam bilik darjah adalah daripada guru itu sendiri di mana

pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan tidak menarik atau tidak sesuai.

Sesetengah guru gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang

dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada perkara yang disampaikan oleh guru.

Hasilnya, murid menjadi bosan, tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah

disiplin. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007). Jika guru itu

mempunyai personaliti yang tepat sebagai seorang guru, masalah ini sudah pasti dapat

9

dikawal. Kebijaksanaann guru dalam mengawal suasana pengajaran dan pembelajaran (P&P)

adalah menjadi paksi utama keberkesanan proses P&P di dalam kelas. Kepelbagaian kaedah,

teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi murid aktif, seronok dan

mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Dengan itu karenah disiplin dapat dikurangkan.

(Abdul Rahim Abd Rashid, 1999). Selain dari itu juga, menurut Rabven ( 1977 ) pula, apabila

murid-murid tidak berminat dalam sesuatu mata pelajaran tertentu dan guru pula tidak

beusaha menarik minat mereka, maka murid-murid itu akan hilang semangat belajar dan akan

melakukan apa saja yang terlintas di dalam hati mereka.

Perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam masalah

disiplin ini. Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan kurang

tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada

murid-murid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk

membuli guru yang kurang tegas. Menurut (Ahmad Mohd Salleh, 2004) antara sifat-sifat guru

yang disukai murid menurut Atan Long (1993) ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental

yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan

otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan

ikhtiar, mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa,

mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas,

menepati masa dan berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang positif dan

menggalakkan, memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.

Tiga belas ciri-ciri di atas adalah ciri-ciri yang sepatutnya ada pada diri seorang guru.

Faktor terakhir yang saya rasa banyak mendorong kepada masalah ini berlaku adalah

suasana kelas yang kurang kondusif. Persekitaran kelas termasuklah susun atur meja kerusi,

pengudaraan, pencahayaan, keadaan sekeliling dan kepadatan murid di dalam kelas. Kelas

yang pengudaraannya kurang baik boleh menyebabkan suasana di dalam kelas menjadi tidak

selesa. Ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam

kelas. Sudah tentu perkara ini begitu merunsingkan guru itu sendiri. Keadaan kelas yang tidak

selesa boleh menyebabkan tahap kebolehan menerima infomasi yang diberi oleh guru

berkurangan. Pada tahap ini murid mula bermain dan tidak fokus di dalam kelas. Mereka akan

mengganggu proses P&P yang sedang berjalan samada secara “direct” atau “indirect”. In ilah

yang dipanggil masalah disruptif di dalam bilik darjah di mana murid bersembang, bermain dan

menggangu rakan-rakan yang lain ketika guru mengajar di dalam kelas. Menyentuh isu fizikal

bilik darjah, Prof. Atan Long (1980) berpendapat bahawa keadaan dan suasana sekolah juga

10

menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan masalah tingkah laku di kalangan

murid. Kelas yang terlalu ramai, dengan alat kelengkapan yang tidak sesuai, cuaca yang panas,

alat bantu mengajar yang tidak mencukupi, gangguan dari luar semuanya boleh menimbulkan

ketidakselesaan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas.

11

Cadangan Penambahbaikan Pengurusan Bilik Darjah

Menurut Richards (1990), pengurusan bilik darjah adalah organisasi dan kawalan guru

ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa pembelajaran berlangsung

supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan (Haliza Hamzah, N. S. Joy, 2009).

Manakala Alberto & Troutman (1986) menyatakan pengurusan bilik darjah boleh didefinasikan

sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan

tingkah laku murid dalam dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pengurusan bilik darjah perlu

dilihat sebagai bidang yang lebih luas daripada hanya kawalan bilik darjah dan peraturan. Hal

ini termasuklah semua perkara yang perlu dilakukan oleh seseorang guru untuk menggalakkan

penglibatan dan kerjasama dalam aktiviti bilik darjah serta membentuk persekitaran yang

produktif (Stanford J., Emmer E. & Clemments B.). Ini bermaksud sekiranya bilik darjah dapat

diuruskan dengan baik dan cekap, proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan

lancer dan berjaya.

Masalah disiplin utama yang saya dapat lihat melalui pemerhatian terhadap kelas 4

Tekun adalah masalah yang lebih kepada disruptif. Masalah disruptif adalah masalah negatif

dan juga dikenali sebagai tingkah laku yang mengganggu. Murid yang mempunyai masalah ini

semestinya akan menyukarkan perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru

perlu mencari jalan penyelesaian dengan menangani masalah di bilik darjah mereka sendiri.

Saya mengesyorkan untuk menggunakan Model Disiplin Asertif Canter ataupun Model

Modifikasi Tingkah Laku B. F. Skinner. Kedua-dua model ini menekankan konsep peneguhan di

mana pendekatan ini menjurus kepada elemen-elemen luaran untuk mempengaruhi tingkah

laku, akan tetapi Model Disiplin Asertif ini lebih menarik kerana Canter menekankan penetapan

dan penguatkuasaan peraturan serta memastikan murid-murid mematuhi peraturan tersebut

dengan tegas. Asertif itu sendiri membawa maksud tegas. Guru 4 Tekun itu perlulah

mengendalikan bilik darjah dengan berinteraksi secara tenang, serius dan konsisten dengan

murid. Membuat peraturan di dalam kelas seperti mengenakan denda Time-Out kepada murid

yang melakukan bising yang mengganggu murid lain berulang kali semasa sesi pengajaran dan

pembelajaran. Hal ini sedikit sebanyak akan menyedarkan mereka Sekiranya murid melanggar

peraturan pula, guru perlulah mengenakan peneguhan negatif yang berstruktur atau dendaan di

mana murid akan sedaya upaya mengelaknya dengan mematuhi peraturan. Dalam membentuk

12

tingkah laku berdasarkan Model Modifikasi Tingkah Laku oleh Skinner (1979), ditegaskan juga

penggunaan dendaan di samping peneguhan. Untuk peneguhan negatif, guru bolehlah

membuat hierarki disiplin. Dalam hierarki ini, hukuman untuk kesalahan sama yang berulang

akan bertambah berat.

Kali pertama mengganggu rakan- 'Daniel, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Ini ialahamaran daripada saya'.

Kali kedua/ketiga mengganggu rakan- 'Daniel, peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN! Awak telah memilih untuk

time out 5 minit di belakang kelas'.

Kali keempat mengganggu rakan- 'Daniel, awak tahu peraturan kelas kalau mengganggu rakan. Awak telah memilih untuk

menelefon ibu awak'. Telefon ibu Daniel dan lebih berkesan sekiranya Daniel yang memberitahu ibunya tentang salah laku

yang dibuat.

Kali kelima Daniel masih mengganggu rakan- 'Daniel peraturan kita ialah JANGAN GANGGU RAKAN. Awak telah memilih untuk

berjumpa dengan GURU BESAR'.

Tingkah laku yang melampau! Kadang-kadang ada murid yang akan terus menunjukkan tingkah laku disruptif yang

melampau. 'Daniel, menumbuk rakan tidak dibenarkan di dalam kelas ini. Awak memilih untuk berjumpa dengan GURU

BESAR sekarang juga. Kita akan berbincang kemudian'.

13

Jika dirujuk kepada satu jurnal (Khalim Zainal, Rohani A. Tarmizi, K. Zakaria, A. I. Mizan Adilah,

2007), mereka telah mencadangkan satu system ataupun kaedah yang patut dikenakan kepada

murid-murid yang mempunyai masalah disiplin. Kaedah ini dipanggil “Program Sistem Penalti”

ataupun PSP. Dapatan kajian mereka menunjukkan perubahan positif dari kalangan murid-

murid. Jumlah kes telah berkurang lebih daripada 40% dari tahun 2000 ke tahun 2004. Saya

begitu yakin, jika guru 4 Tekun menggunakan kaedah PSP ini, masalah disiplin akan dapat

dikawal sedikit demi sedikit.

Merujuk dari punca-punca berlakunya masalah disiplin di dalam bilik darjah ini, ianya

menunjukkan bahawa guru perlu mengubah cara mengajar mereka. Menurut Glasser (1993),

guru boleh meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran melalui 5 langkah. Langkah yang

pertama adalah menyediakan bilik darjah yang kondusif. Guru perlu menguruskan bilik

darjahnya supaya pelajar tidak bosan di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran

yang kondusif. Suasana yang kondusif ini hanya dapat diwujudkan apabila semua murid

mengikut peraturan bilik darjah yang telah ditetapkan. (Mok Soon Sang, 2008). Bilik darjah yang

kondusif bukan sahaja menumpukan kepada ciri-ciri fizikal di dalam kelas itu sendiri, tetapi juga

menekankan hubungan guru-murid dan murid-murid. Bagaimana untuk menjadikan bilik darjah

itu kondusif? Di dalam penyediaan peraturan dan jadual bertugas perlula dilakukan bersama-

sama murid di dalam kelas. Dengan ini, hubungan guru-murid akan bertambah oleh kerana

murid mendapati guru mengambil kira pendapat dan kehendak mereka. Cara ini juga

mewujudkan suatu suasana di mana setiap murid melibatkan diri di dalam satu kegiatan kelas

iaitu perbincangan dalam memilih tugas dan sebagainya. Faktor bahasa yang digunakan juga

boleh dimasukkan ke dalam bilik darjah kondusif. Setiap murid dimestikan untuk menggunakan

bahasa melayu ataupun bahasa inggeris di dalam pertuturan bersama rakan. Mereka tidak

dibenarkan untuk menggunakan bahasa kasar yang boleh membuatkan suasana kelas menjadi

hangat.

Langkah yang kedua adalah guru perlu bersifat seperti seorang pembimbing dan

bukannya diktator ataupun pengarah. Ini bermaksud guru adalah sebagai sumber aspirasi

kepada muridnya. Guru itu perlulah sentiasa memberi galakan kepada murid untuk mencuba

yang terbaik serta memberi mereka sesuatu tanggungjawab untuk dipikul seperti tugasan-

tugasan kecil. Akan tetapi, guru mestilah ingat, mereka tidak boleh memaksa dan memberi

arahan direct kepada muridnya. Dalam erti kata lain, guru menunjukan hornat dan layanan yang

positif bagi mendekati muridnya, menjadi pendengar yang baik dan menghargai setiap seorang

muridnya sebagai individu yang unik dan berguna. Langkah yang seternya adalah segala

14

tugasan P&P perlulah berkaitan dengan kehidupan seharian. Cara ini akan membuatkan murid

untuk lebih berfikir oleh kerana sendiri sudah biasa laluinya atau akan melaluinya. Guru itu

mestilah cuba untuk mengaitkan topik-topik yang dipelajari dengan pengalaman-pengalaman

murid.

Memberi galakan dan motivasi kepada murid untuk memberikan yang terbaik di dalam

setiap apa yang muridnya ceburi adalah langkah yang keempat. Penghargaan dan pujian perlu

diberi kepada yang berkelakuan baik, di samping memupuk nilai-nlai murni di kalangan murid.

Murid yang mempunyai masalah peribadi perlu ditangani dengan sebaik mungkin supaya

mereka tidak menimbulkan masalah disiplin.(Abd. Ghafar Mad Din, 2003). Dengan ini murid

pasti akan berasa seronok oleh kerana guru mereka begitu mengambil berat tentang diri

mereka serta baik terhadap diri mereka. Langkah yang terakhir adalah memberi peluang

kepada setiap murid menilai sendiri hasil kerja mereka masing-masing serta memberi ruang

kepada mereka untuk memperbaikinya. Ini dalah termasuk di dalam salah satu ciri-ciri

pengajaran dan pembelajaran yang baik, apabila setiap orang muridnya sentiasa memperbaiki

kelemahan diri dari semasa ke semasa. Apa bila murid menyiapkan sesuatu kerja, guru

haruslah meminta murid itu menilai hasil kerja mereka terlebih dahulu dan bertanyakan adakah

mereka berpuas hati dengan hasil kerja mereka. Cara ini dapat meningkatkan lagi tahap

pemikiran mereka ke satu tahap di mana mereka mampu menilai setiap kerja mereka.

Dengan 5 langkah di atas, saya yakin guru 4 Tekun mampu mengubah sesuatu ke arah

yang lebih positif. Mereka perlu sedar bahawa mereka adalah insan yang paling dekat dengan

murid selepas ibu bapa. Ada juga kes-kes di mana guru adalah insan yang paling dekat dengan

murid, disebabkan ibu bapa pada zaman sekarang yang sering kali sibuk dengan pekerjaan

masing-masing.

15

Refleksi

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah serta kurnianya dapat juga saya

menyiapkan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan. Terima kasih juga diucapkan

kepada Puan Zainon binti Esa pensyarah bagi mata pelajaran Pengurusan Bilik Darjah dan

Tingkah Laku, tanpa bantuan beliau saya pasti tidak akan dapat menyiapkan tugasan ini.

Sepanjang menjalankan tugas ini, saya mengalami pelbagai masalah dan kesukaran

seperti menemui jalan buntu bagaimana untuk menghuraikan serta mengaitkan segala teori-

teori, model-model mahupun isi-isi kajian untuk tugasan ini. Bagi saya, tugasan untuk mata

pelajaran ini agak sukar jika dibandingkan dengan tugasan subjek-subjek yang lain. Adakalanya

saya berasakan yang saya akan gagal untuk menyiapkan dalam masa yang ditetapkan. Akan

tetapi, saya terus tegar dengan prinsip hidup saya yang saya pegang iaitu, berakit-rakit ke hulu,

berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Melalui tugasan ini juga, saya telah memperoleh pelbagai infomasi tentang masalah-

masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah rendah serta. Sebelum tugasan ini, saya hanya

belajar di dalam kelas tetapi tidak pernah membuat kajian yang lebih mendalam. Melalui

tugasan ini, saya telah membuat kajian yang lebih mendalam tentang model dan juga teori-teori

yang telah saya pelajari sebelum ini. Banyak pengajaran yang saya perolehi dari tugasan ini.

Antaranya, saya menjadi seorang yang lebih tekun berusaha, sabar dan berdisiplin. Tanpa

kesabaran yang utuh, saya pasti akan berputus asa dalam mencari segala maklumat yang

diperlukan.

Saya yakin bahawa sedikit sebanyak saya telah menimba sejumlah ilmu yang tidak

ternilai harganya. Pengalaman ini akan saya aplikasikan pada masa akan datang selepas saya

telah menjadi seorang guru di sekolah. InsyaAllah.

Akhir sekali, saya berharap agar tugasan ini dapat memenuhi kriteria yang telah

ditetapkan dan memuaskan hati semua pihak terutamanya pensyarah pembimbing saya Puan

Zainon.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allh, yang buruk itu juga dari Allah tetapi

melalui kelemahan saya sendiri. Wallahualam.

Sekian, terima kasih.

16

Bibliografi

Jurnal

Khalim Zainal (2007). Program Sistem Penalti : Kaedah Alternatif bagi Pengurusan Disiplin

Pelajar. Jurnal Pendidikan 32(2007) 61-76.

Ahmad Zabidi Abdul Razak(2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi

Pembelajaran. Berkes Jurnal Pendidikan 31 (2006) 3 – 19.

Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil(2012). Mengenal Pasti Punca-Punca Masalah

Ponteng Di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Journal of Educational

Psychology & Counseling, Volume 6 June 2012, Pages 50-73 / ISSN: 2231-735X

Buku

Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad.(2012). Murid & Alam Belajar. Shah

Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Akhiar Pardi. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Freemind

Horizons Sdn. Bhd.Noriati

Leonard M.S.Yong & Karen L.Biraimah (1996). Guru Yang Kreatif; Isu-isu Teoritikal & Aplikasi

Praktikal. Arenabuku Sdn.Bhd Kuala Lumpur.

Bahan Internet

http://rara-zura.blogspot.com/2011/05/bab-1-pengurusan-bilik-darjah-dan.htmlNoraini

http://matyusoff.blogspot.com/2010/05/kajian-masalah-disiplin-dalam-kalangan.html

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/disiplin-asertif.html

http://pasarnota.blogspot.com/2011/12/model-disiplin-asertif-canter.html

17