14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

27
5.1 MAKSUD PENGURUSAN BILIK DARJAH Satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Melibatkan penyediaan persekitaran sosiomosi yang sihat. 5.1.1 KONSEP BILIK DARJAH Tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku.secara rasmi Bilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. MArland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau ‘musuh dalam pengajaran’. 5.1.2 KONSEP PELAJAR ATAU MURID Akta Pendidikan - pelajar atau murid merupakan seseorang yang menerima pendidikan atau latihan. 5.1.3 KONSEP GURU - seorang yang mengajar murid-murid di sekolah atau institusi pendidikan, atau - menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah sekolah gaya pos.

Upload: emy69

Post on 02-Jul-2015

3.271 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

5.1 MAKSUD PENGURUSAN BILIK DARJAH

Satu proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah,

serta galakan komunikasi dan interaksi antara murid.

Melibatkan penyediaan persekitaran sosiomosi yang sihat.

5.1.1 KONSEP BILIK DARJAH

Tempat di mana proses pengajaran dan pembelajaran yang

berlaku.secara rasmi

Bilik darjah ditakrifkan sebagai sebuah bilik di mana sekumpulan murid diajar

oleh seorang guru.

MArland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan ‘kawan’ atau

‘musuh dalam pengajaran’.

5.1.2 KONSEP PELAJAR ATAU MURID

Akta Pendidikan - pelajar atau murid merupakan seseorang yang menerima

pendidikan atau latihan.

5.1.3 KONSEP GURU

- seorang yang mengajar murid-murid di sekolah atau institusi pendidikan,

atau

- menyediakan bahan pelajaran atau menanda skrip jawapan di sesebuah

sekolah gaya pos.

Page 2: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

5.2 JENIS-JENIS BILIK DARJAH, PENYUSUNAN

FIZIKAL DAN ORGANISASI SUMBER

PEMBELAJARAN

5.2.1 BILIK DARJAH TRADISI

Diwujudkan sebelum KBSR dan KBSM

Kerusi dan meja disusun mengikut baris demi baris

Setiap baris murid duduk bersebelahan

Susunan fizikal agak rigid.

Bersesuaian dengan pendekatan pengajaran yang berpusatkan guru, iaitu

penglibatan

murid dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran tidak digalakkan.

Dinding bilik darjah jarang dihiasi dengan hasil kerja murid atau bahan

pengajaran-pembelajaran yang lain.

Suasana ini tidak mendorongkan proses pengajaran-pembelajaran.

5.2.2 BILIK DARJAH KBSR

KBSR menekankan pendekatan pengajaran berpusatkan murid.-penyertaan

murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat

digalakkan.

Program pendidikan pemulihan diperkenalkan bagi membantu murid-murid

lemah dan program pengayaan bagi mengembangkan lagi kebolehan murid-

murid.

Susunan kerusi dan meja adalah mengikut kumpulan.

Saiz kerusi dan meja perlulah sesuai dengan ketinggian murid-murid.

Bentuk meja segi empat diubah menjadi bentuk trapezium.

Page 3: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Ruang-ruang pembelajaran jenis ini amat digalakkkan.

5.2.3 Bilik darjah KBSM

Untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

supaya

menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi

dan jasmani, suasana bilik darjah KBSM yang menggalakkan murid yang

aktif serta kerap berinteraksi antara meja dan kerusi..

Susunan meja dan kerusi hendaklah berbentuk kumpulan.

Kumpulan-kumpulan seperti ini memudahkan guru membantu murid yang

lemah

dalam pelajaran.

5.2.4 BILIK DARJAH TERBUKA

Suasana bilik darjah dan pengajaran secara seluruh kelas adalah pada

peringkat

minimum, murid-murid dibenarkan untuk mengkaji sesuatu mengikut minat

masing-masing.

Murid-murid digalakkan untuk merancang sebahagian pembelajaran mereka

yang

berkaitan dengan pengajaran berpasukan dan ‘pelan terbuka’.

5.2.5 BILIK DARJAH PRASEKOLAH

Reka bentuk bilik darjah prasekolah perlu selesa, menjamin keselamatan

serta merangsangkan kanak-kanak.

Suasana yang memudahkan pembentukan hubungan mesra antara guru

dengan kanak-kanak.

Terdapat dua jenis bangunan prasekolah

a) Bilik-bilik serba lengkap atau self-contained di mana melengkapi pelbagai

jenis peralatan pembelajaran.

Page 4: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

b) Corak terbuka di mana kanak-kanak mengajar di ruang-ruang

pembelajaran

tertentu.

5.3 FAKTOR FIZIKAL, KEMANUSIAAN DAN TEKNIKAL YANG

MEMPENGARUHI PENGURUSAN BILIK DARJAH

5.3.1 FAKTOR FIZIKAL

a) SAIZ BILIK DARJAH

Ukuran bilik darjah yang dianggap sesuai untuk menampung 40 orang

murid-murid adalah 7 x 9 meter atau diperbesar lagi.

a) SUASANA AM BILIK DARJAH

Bilik darjah dihias, ruang-ruang pembelajaran disediakan untuk

mempamerkan hasil-hasil kerja murid, alat bantu mengajar, carta, keping

gambar yang berwarna-warni,l model dan objek yang lain.

Papan kenyataan serta almari juga disediakan.

C) PERALATAN

Kerusi dan meja murid-murid, kerusi dan meja guru, papan kenyataan,

juga rak-rak buku, almari dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

D) KEADAAN CAHAYA DAN UDARA BILIK DARJAH

Mempunyai tingkap dan pintu yang mencukupi untuk membolehkan

pengedaran udara yang secukupnya di dalam bilik darjah.

Cahaya yang cukup supaya tidak menjejaskan penglihatan murid-murid

dan tidak menyebabkan mereka cepat berasa letih dan mengantuk.

5.3.2 FAKTOR KEMANUSIAN

Page 5: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

A) KASIH SAYANG

guru perlu menyayangi kanak-kanak.

B) KEADILAN

Bersikap adil dan tidak pilih kasih. Semua murid dilayan secara saksama

b) DEMOKRASI

Guru tidak melantik ketua darjah tetapi meminta murid-murid memilihnya.

Guru sanggup mendengar serta menerima pendapat yang baik daripada

murid-murid.

c) BERTIMBANG RASA

Dapat membentuk murid yang bersikap sedemikian terhadap kawan-

kawan mereka.

d) KELUCUAN

Guru yang bergurau dari semasa ke semasa dapat menghilangkan

kebosanan murid.

Guru tidak boleh menggunakan sindiran terhadap murid-muridnya. Ini

akan menyebabkan murid-murid berasa rendah diri atau terhina.

5.3.3 FAKTOR TEKNIKAL

Perkara yang terlibat adalah seperti kemahiran guru, computer, projector

overhed, transparensi, slaid, pita rakaman dan sebagainya. Guru harus

meningkatkan lagi kemahirannya.

Alat Bantu mengajar yang digunakan secara berkesan akan

menyebabkan pengajaran-pembelajaran lebih bermakna, berkesan serta

menarik.

5.4 RUTIN BILIK DARJAH

Page 6: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Rutin merupakan satu cara tetap untuk menjalankan aktiviti bilik darjah

setiap hari atau prosedur tetap menjalankan aktiviti harian bilik darjah.

Penggunaan rutin di dalam bilik darjah akan menjamin kelancaran aktiviti-

aktiviti.

Guru sebagai pentadbir menjalankan rutin seperti menanda jadual

kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah, mengeluar dan

menyimpan bahan-bahan seperti buku cerita, berus, menyemak dan

memulangkan buku latihan, mengutip yuran dan lain-lain.

Murid-murid pula boleh menjalankan rutin seperti membersihkan bilik darjah,

membuka tingkap dan pintu, membersihkan papan hitam, mengedar dan

menghantar buku latihan, menyusun meja dan kerusi, menghias bilik darjah

dan mengemas kini bahan-bahan pada papan kenyataan.

5.5 DISIPLIN

5.5.1 Konsep

Peraturan-peraturan yang dipersetujui sesuatu kelompok masyarakat bagi

mewujudkan tingkah laku yang baik demi kesempurnaan kehidupan

masyarakat itu. Merujuk kepada cara berfikir tersusun yang seterusnya

membawa kepada sifat

rasional serta keyakinan diri seseorang.

Berkaitan dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan

dan akhlak.

Disiplin membawa erti bukan sahaja mempunyai dan

menghayati perlakuan yang diharapkan oleh masyarakat, tetapi juga

sanggup taat dan setia kepada sekolah, negeri dan negara.

5.5.2 KEPENTINGAN DISIPLIN

A) Pengajaran dapat dijalankan secara licin dan teratur

B) Pembelajaran dapat dilangsungkan dalam suasana yang tenang dan

teratur.

C) Keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat dipertingkatkan lagi

Page 7: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

D) Murid-murid menjadi lebih produktif

E) Keselamatan murid-murid terjamin

F) Tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat.

G) Murid-murid dapat dibesarkan menjadi warganegara yang berguna dan

berdisiplin.

H) Nilai-nilai moral seperti tanggungjawab, tolong-menolong, ketekunan,

kerjasama, rendah hati, kebersihan dapat dipupuk.

5.5.3 Jenis-jenis disiplin

Terdapat empat jenis utama disiplin mengikut Lindgren, 1972

I) DISIPLIN ARAHAN GURU

Mewujudkan struktur serta mewajibkan murid-murid mematuhi

peraturan

Guru yang berkesan akan membenarkan kebebasan murid-murid

berkembang secara semula jadi serta spontan dan bersedia

mengenakan batasan bagi satu-satu tingkah laku yang kurang

diingini.

Guru harus memberi inisiatif mengadakan struktur dan

pertimbangan.

Inisiatif mengadakan struktur merujuk kepada aktiviti-aktiviti

seperti mengarah, mengawal, menghukum, mengenakan

batasan, memberi ganjaran, pengelolaan, menyusun jadual

kerja, mengekalkan standard dan sebagainya,

Pertimbangan kepada tingkah laku perlu dilakukan seperti

memberi simpati serta kefahaman, mengadakan kompromi,

menolong, menggalakkan penyertaan ahli-ahli kumpulan dan

bersedia memberi sokongan.

II) DISIPLIN ARAHAN KERJA

Page 8: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Merujuk kepada disiplin yang diwujudkan oleh tugasan yang

perlu diselesaikan oleh seseorang itu.

Setiap tugasan mempunyai disiplin yang tersendiri, sama ada

mengumpul dan mengasingkan setem, kira-mengira, bekerja

dalam sesuatu projek dan sebagainya. Semakin matang

seseorang itu semakin mudah baginya untuk mematuhi harapan

sesuatu tugasan.

Disiplin ini berlandaskan kepada motivasi positif.

III) DISIPLIN ARAHAN KUMPULAN

Disiplin ini hasil daripada kawalan rakan-rakan sebaya.

Murid-murid yang enggan mengikut kehendak kumpulan akan

dipulaukan.

Dalam aktiviti pembelajaran, ahli-ahli kumpulan yang dibentuk

hendaklah mengikut arahan kumpulan

IV) DISIPLIN ARAHAN KENDIRI

Disiplin ini bersifat motivasi dalaman.

Kebolehan membuat kompromi disebut disiplin arahan diri.

5.5.4 PUNCA-PUNCA MASALAH DISIPLIN

a) DIRI MURID

Personaliti seseorang murid adalah berbeza

Murid kurang yakin dan mempunyai konsep kendiri akademik yang

rendah

b) KAEDAH SERTA BAHAN PENGAJARAN YANG TIDAK SESUAI

Page 9: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Kebosanan disebabakan kegagalan guru menjadikan sesuatu aktiviti

pembelajaran itu menarik, bersesuaian dengan masa, mencabar dan

berkaitan.

c) KEADAAN FIZIKAL BILIK DARJAH

Bilik yang terlalu panas atau terlalu sesak, gelap atau cahaya yang tidak

mencukupi, kerusi dan meja yang kurang sesuai akan mewujudkan

masalah disiplin.

Bilik darjah tidak kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran

d) SUASANA SOSIOEMOSI YANG KURANG SIHAT

Guru autokratik dan dominant akan mengakibatkan murid-muridnya

sentiasa berada dalam keadaan emosi yang tertekan, bimbang serta

takut pada gurunya.

Guru perlu menjejaskan keupayaan murid untuk menerima pelajaran

yang disampaikan.

Corak persahabatan di kalangan murid tidak sihat maka wujudlah

kelompok tertutup, pengasing, murid yang tersingkir dan sebagainya.

e) KESIHATAN MURID

Badan sihat otak cergas maka dapat memberi tumpuan penuh terhadap

pengajaran guru.

Gangguan emosi, tidak cukup rehat akan menyebabkan murid berasa

gelisah atau rimas.

f) KUALITI GURU

Guru yang berinisiatif serta kreatif, bahan serta alat bantuan mengajar

akan menarik minat kanak-kanak.

Guru yang kurang tegas serta tidak tetap pendiriannya sukar mendapat

penghormatan murid-murid.

Page 10: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

g) PERSEKITARAN SEKOLAH

Bilangan murid yang ramai merumitkan guru mengawal disiplin murid-

murid.

Kesannya - setengah-setengah murid tidak dilayani oleh guru.

Pihak sekolah yang amat menekankan peperiksaan, bentuk dan struktur

ganjaran dan hukuman, sikap dan harapan guru, kesemuanya akan

menggalakkan masalah disiplin di kalangan murid-murid yang lemah dari

segi akademik.

h) KELUARGA

Ibubapa yang sibuk mengejar kekayaan, menghadiri majlis dan aktiviti

sosial menyebabkan ibubapa tidak dapat memberikan perhatian yang

sewajarnya kepada anak-anak mereka.

i) RAKAN SEBAYA

Interaksi rakan sebaya akan terbawa-bawa ke dalam bilik darjah.

Contoh, sifat-sifat social positif rakan sebaya juga akan menghasilkan

seorang individu yang amat menekankan nilai moral dalam satu-satu

masyarakat.

5.5.5 CADANGAN-CADANGAN MENGATASI MASALAH DISIPLIN

λ Memastikan semua murid sentiasa memenuhi masa mereka dengan

tugasan yang berfaedah.

λ Mewujudkan suasana sosioemosi yang sihat supaya proses pengajaran

dan pembelajaran dapat berjalan dengan licin.

λ Mempelbagaikan kaedah pengajaran serta banyak menggunakan alat

bantu mengajar.

λ Menghormati murid-murid seperti manuasia biasa. Layanan baik yang

diberikan akan merapatkan hubungan guru dan murid.

Page 11: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

λ Memberi perhatian terhadap perbezaan individu.

λ Memberi pujian kepada murid yang menyiapkan tugasan dengan baik.

Perasaan Berjaya dan diiktirafkan akan mengurangkan masalah disiplin.

λ Bersifat adil, tegas dan tekal ketika menyelesaikan masalah disiplin. Guru

tidak harus menggunakan ugutan.

λ Berjenaka pada masa yang sesuai.

λ Teknik pengajaran yang berpusatkan guru perlu berubahkepada teknik

berpusatkan murid-murid agar keperluan mereka dapat dilayani. Aktiviti

yang dirancangkan hendaklah menarik minat serta menyeronokkan

mereka.

λ Bahan pengajaran yang disediakan oleh guru perlulah sesuai dengan

kebolehan murid-murid, tidak terlalu susah sehingga dengga

mengecewakan mereka dan tidak terlalu mudah sehingga tidak mencabar

langsung.

λ Penggunaan alat bantu mengajar perlu digiatkan oleh guru.

λ Bilangan pelajar harus dikekalkan kepada 35 orang dalam satu kelas.

λ Aras aspirasi bagi setiap murid perlulah realistik. Murid-murid berbeza

dari segi kebolehan, minat dan bakat. Oleh itu, guru perlu menggalakkan

murid-murid agar bersaing dengan dirinya sendiri dan bukan dengan

murid-murid yang lain.

λ Hukuman dera tidak seharusnya digunakan.

λ Cuba meluangkan masa untuk mendengar masalah murid. Sesi

kaunseling harus dijalankan.

λ Keadaan fizikal bilik darjah yang sesuai patut diwujudkan.

Page 12: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

BAB 6: INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

6.1 Definisi

Interaksi ~ satu process saling bertindak antara individu dengan pihak

atau individu lain dengan pihak atau individu lan dengan alam sekitarnya.

Bilik darjah ~ tempat process pengajaran dan pembelanjaran berlaku.

6.2 CONTOH-CONTOH INTERAKSI

Contoh–contoh interaksi yang boleh berlaku dalam bilik darjah ialah seperti

berikut:

(i) Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya.

(ii) Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain.

(iii) Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka.

(iv) Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya

melalui satu persembahan Power Point.

Menurut Flander(1970), terdapat tigajenis interaksi dalam bilik darjah iaitu:

(a) interaksi di antara individu

(b) interaksi di antara dengan alam sekitar.

Interaksi di antara individ dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada tiga Jenis

iaitu:-

(b)PERCAKAPAN MURID (c) KESENYAPAN(a) PERCAKAPAAN GURU

INTERAKSI DALAM BILIK DARJAH

Page 13: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Rajah 1: Jenis interaksi dalam bilik darjah

Jadual 1: Teknik dan ciri jenis interaksi

6.3 JENIS –JENIS INTERAKSI DAN KEPENTINGANNYA

Terdapat beberapa jenis interaksi dalam bilik darjah, iaitu:-

I) Interaksi sehala/interaksi tradisional

II) Interaksi dua hala antara guru dan murid

III) Interaksi dua hala antara murid dan murid

IV) Interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid

dengan murid

V) Interaksi berkomputer.

6.3.1 INTERAKSI SEHALA/INTERAKSI TRADISIONAL

Jenis interaksi Gaya Teknik & Ciri-ciri(a) Percakapan guru (i) Pengaruh

langsung~ secara bersyarah (memberi arahan & mengkritik)~ adalah satu hala sahaja & penglibatan murid-murid adalah pada tahap minima.

(ii) Pengaruh Tidak langsung

~ Secara menyoal (menerima perasaan & memberikan dorongan)~ untuk membina suasana interaksi yang positif di dalam bilik darjah.

(b) Percakapan murid

Pelbagai hala

~ Terdiri daripada tndas balas & respon murid di mana mereka mengambil inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dalam process pengajaran dan pembelanjaran.~ Terdapat perbincangan sktif antara guru dengan murid & murid dengan murid.

(c) Kesenyapan ~ Secara senyap (kerana kekeliruan berlaku di antara pihak guru dan murid) ~ Untuk memhentikan gangguan komunikasi di antara guru murid

Page 14: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Berkait rapat dengan pendekatan/ teknik/ kaedah/ strategi yang

digunakan oleh guru di dalam pengajarannya.

Cth: Jika guru mengamalakan pendekatan berpusatkan guru, kaedah

kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi,

interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang

mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di

dalam bi;ik darjah.

Ciri-ciri interaksi sehala:-

I. Corak interaraksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.

II. Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid

III. Murid-murid tidak terlibat dalam process pengajaran dan

pembelanjaran secara aktif.

Rajah 2: Corak Interaksi Sehala

6.3.2 INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA MURID DENGAN MURID

Guru menggunakan pendekatan yang berlaianan seperti

perbincanagn atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik

darjah bertukar menjadi interaksi dua hala.

Ciri-ciri interaksi Dua hala:-

I. Aktiviti pengajaran dan pembelanjaran bercorak aktif.

II. Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi

terbuka di dalam bilik darjah.

III. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proces

pengajaran dan pembelanjaran dengan menyoal dan meminta

pendapat mereka.

Guru Murid

Page 15: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Rajah 3: Corak Interaksi Dua hala antara guru dengan murid

6.3.3 INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA MURID DENGAN MURID

Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah

bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosia grama sebagai aktiviti-aktiviti

dalam process pengajaran dan pembelanjaran, interaksi antara murid

dengan murid dapatmemikirkandengan lebih banyak lagi.

Ciri- ciri Interaksi Dua hala di antara Murid dengan Murid

I. Aktiviti pembelanjaran menjadi aktif dan dinamik.

II. Perhubungan antara murid dengan murid dieratkan

III. Interaksi guru dengan murid dihadkan kepada mengikut arahan guru

sahaja.

IV. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tnpuan guru.

V. Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-

menghormati dan saling bantu membantu di kalangan mereka

Guru Murid

Page 16: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Rajah 4: Interaksi dua hala di antara murid dengan murid

6.3.4 Interaksi Pelbagai Hala Antara Guru dengan Murid dan

Murid dengan Murid.

λ Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti

simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan,

ujikaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan

menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan

murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.

λ Ciri-ciri penting:-

(i) Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan

murid dengan murid.

(ii) Penyertaan aktif murid dalam process pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Suasana yang kondusif untuk mengedalikan process pengajaran dan

pembelajaran.

Murid

Murid

Murid

MuridMurid

Page 17: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Rajah 5: Interaksi Pelbagai Hala Antara Guru dengan Murid dan Murid

dengan Murid

6.3.5 INTERAKSI BERKOMPUTER

ν Proses pengajaran dan pembelajaran yang terkini ialah penggunaaan

komputer dan internet serta aplikasi-aplikasinya.

ν Kepentingan komputer semakin menyerah dalam proses pengajaran dan

pembelajaran kerana ia dapat membantu dalam proces pendidikan dan

mengurus pengajaran serta dapat membantu dalam proses penilaian.

ν Kini - penggunaan komputer untuk pembinaan penilaian ujian iaitu sebagai

bank item dan penjana item serta untuk menjalankan ujian ( computer

adaptive testing –CAT).

ν Ciri-ciri:-

A. Interaksi dalam bilik darjah menjadi lebih efesienuntuk guru menjalani

ujian melalui komputer.

B. Ujian CAT dapat menjimatkan masa guru.

C. Interaksi murid dengan komputer membolehkan murid-murid

mendapatkan maklum balas serta-merta mengenai tindak balas yang

dipilih oleh mereka.

Guru

Murid

Murid

MuridMurid

Page 18: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

D. Guru dapat menyimpan rekod tentang keputuan murid –murid secara

tersusun dan sistematik.

E. Interaksi di dalam bilik darjah terhad kepada murid dengan komputer,

dengan peranan guru sebagai pemudahcara.

6.4 KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

(i) Membolehkan guu memotivasi murid-murid supaya menimbulkan

minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah.

(ii) Aktiviti soal jawab dapat menggerakkan murid-murid berfikir

memerlukan proses interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.

(iii) Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murud

dalam bilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang

mesra adalah syarat pentingbagi guru menyampai pelajaran dengan

berkesan.

(iv) Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting

kerana interaksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan

ilmu pengetahuan kepadamurid-muridnya.

(v) Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya

mengikut objektif pelajar yang ditentukan.

(vi) Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan

pelajarannya dengan berkesan.

(vii) Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid

memerlukan interaksi dua hala.

(viii) Aktiviti kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat

dijalnkan melalui interaksi di antara murid dalam kumpulan.

(ix) Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu

dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau

media bercetak yang sedia ada.

Page 19: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

6.5 CARA MEWUJUDKAN INTERAKSI YANG BERKESAN

DALAM BILIK DARJAH

Cara-cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan interaksi yang berkesan

dalam bilik darjah iaitu;-

λ Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

menggalakkan interaksi dua hala.

λ Menggunakkan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif.

λ Memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi dalam setiap

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

λ Menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dan

canggih.

λ Memberikan ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dan

canggih.

λ Memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid melibatkan

diri secara aktif dalam process pengajaran dan pembelajaran.

λ Menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam

pengurusan dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana sesio-

emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru dan

murid-murid.

λ Pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan

pandanagn kendiri.

λ Bersifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di

dalam bilik darjah.

λ Memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk

meningkatkan lagi interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.

6.6 KOMUNIKASI DALAM BILIK DARJAH

Page 20: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Ditakrifkan sebagai satu process yang melibatkan penghantaran dan

penerima maklumat (mesej) di antara dua pihak iaitu pengahntar dan

penerima.

Satu proses penyampaian maklumat dari satu pihak (penyampai) kepada

satu pihak yang lain(penerima).

merupakan perhubungan dan penerima di antara dua pihak, iaitu guru

dengan murid atau murid dengan murid yang berlaku dalam bentuk

percakapan atau gerak-geri.

Komunkasi antara manusia berlaku bila seorang itu bertindak balas (respon)

kepada symbol atau isyarat.

Manusia selalu lupa lupa bahawa perbuatan dan tingkah lakunya merupakan

mesej yang paling berkesan.

Sesuatu mesej yang dihantar kepada penerima tidak akan terhenti disitu

saja, sebaliknya proses ini terus berlaku ia melibatkan elemen-elemen lain

seperti keyakinana diri, pengalaman lalu, kebimbangan, keupayaan diri,

jangkaan, kehendak dan keperluan manusia.

6.6.1 JENIS-JENIS KOMUNIKASI

Rajah 6: Jenis-jenis komunikasi

6.6.1.1 CIRI-CIRI KOMUNIKASI VERBAL:

1. Komunikasi berbentuk lisan.

2. Secara langsung di antara dua orang.

3. Melibatkan penggunaan bahasa.

Komunikasi

(i) Komunikasi secara lisan (Verbal)

(ii) Komunikasi secara bukan lisan (Non-Verbal)

Page 21: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

4. Proses pemindahan maklumat atau idea secara lisan dihantar

daripada seorang individu kepada seorang atau sekumpulan

pendengar.

5. Idea yang disampaikan oleh guru dalam komunikasi verbal mestilah

jelas dan mudah difahami.

Guru banyak menggunakan komunikasi verbak dalam bilik darjah.

6.6.1.2 CIRI-CIRI KOMUNIKASI BUKAN VERBAL:-

1. Komunikasi bukan verbal terdiri daipada semua jenis bentuk tingkah

laku yang bukan lisan dan tudak bertulis.

2. Terdiri daripada, gerakan anggota badan, mimic muka, atau sebaran

komunikasi yang dibuat tanpa suara.

3. Terdiri daripada gerak isyarat seperti isyarat tangan, gerak kepala

atau ungkap mata. Sebagai contoh, guru hanya perlu meletakkan jari

di bibirnya apabila dia kehendaki murid-muridnya untuk berdiam.

4. Guru boleh menggunakan gerak isyarat positif atau negatif dalam bilik

darjah.

5. Contoh gerak isyarat positif yang guru boleh memaparkan dalam bilik

darjah ialah dengan menggangguk kepala dan bersenyum.

6. Contoh gerak isyarat negative yang guru boleh menunjukkan dalam

bilik darjah ialah menggeleng kepala dan menuding jari kepada

murid-muridnya sebagai satu bentuk peneguhan negatif.

6.6.2 MODEL-MODEL KOMUNIKASI

Page 22: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Rajah 7: Model komunikasi asas

a) MODEL CLAUDE SHANNON DAN WARREN WEAVER

Menegaskan bagaimana satu konsep matematik dapat disampaikan

daripada guru kepada murid.

Sumber maklumat yang disimpan dalam ingatan sipenyampai (guru)

akan dihantar melalui satu pesanan/isyarat menggunakan alat

pemancar(suara) dan isyarat mesej hendaklah sampai kepada otak

penerima (murid) melalui telinganya.

Kadangkala, terdapat gangguan kepada pesanan yang menghalang

mesej dihantar kepada penerima.

Rajah 8: Model komunikasi Claude Shanaan dan Warren Wearen

Model ini syorkan yang semua jenis komunikasi mempunyai enam jenis elemen:

A. Punca makumat

B. Pemancar

C. Pesanan

Empat model komunikasi asas

Model Claude Shannon dan Warren

WeaverModel Wilbur Schramm I

Weaver

Model Wilbur Schramm III

Weaver

Model Wilbur Schramm II

Weaver

Isyarat Isyaratmesej

Maklumat Suara TelingaOtak

Pesanan

Gangguan

Page 23: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

D. Dstinasi

E. Penerima

F. Isyarat mesej

Dikenali sebagai model transmisi dan resepsi maklumat.

Mengikut model ini, keberkesanan proses penghantaran dan penerimaan

pesanan bergantung kepada sumber gangguan yang boleh menjadi

penghalang kepada komunikasi asas ini.

Contoh sumber gangguannya: Kebisingan yang berlaku dalam bilik

darjah. Kesannya – pesanan atau isyarat yang guru ingin sampaikan dan

isyarat mesej yang diterima oleh murid mungkin tidak sama.

b) MODEL WILBUR SCHRAMM I

Satu sumber rangsangan mesti dienkodkan sebagai satu isyarat atau

mesej oleh penyampainya.

Penerima (destinasi) yang menerima pesanan ini perlu dekod mesej

tersebut (mentafsir pesanan ini).

Rajah 9: Model Komunikasi Wilbur Schramm1

Model ini syorkan yang semua jenis komunikasi mempunyai lima jenis

elemen:

1) Punca

2) Enkoder (pemerosesan secara mental pesanan yang dikeluarkan dari

punca/sumber)

3) Isyarat/mesej

4) Decoder (memproses semula mesej supaya dapat difahami dan diterima.

5) Destinasi (penerima mesej)

Punca rangsangan Enkoder

Isyarat (Mesej)

Enkoder Destinasi

Page 24: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Setiap pesanan bermula denagan rangsangan yang dikenali sebagai

punca yang akan dienkod iaitumentafsir sumber yang hendak disampaikan.

Diikuti dengan penghantaran pesanan itu dalam bentuk isyarat, sama

ada secara lisan atau bukan lisan.

Bila isyarat ini diterima oleh penerima, ia akan dekodkan isyarat

tersebut untuk memahami pesanan yang dihanter kepadanya.

Mengikut Schramm, keberkesanan komunikasi di dalam bilik darjah

banyak bergantung dalam ketepatan sesuatu sumber rangsangan dienkod

oleh guru dan bagaimana didekod oleh murid-muridnya.

c) MODEL WILBUR SCHRAMM II

Direkacipta berasaskan Model Schramm I.

Satu lagi aspek dimasukkan iaitu bidang pengalaman (si penyampai

pesanan) dan bidang pengalaman (si penerima pesanan).

Rajah 10: Model Komunikasi Wilbur Schramm II

Isyarat (mesej) yang akan diterima dengan jelas bila pengalaman kedua-dua

s penyampai dan si penerima bertindih.

Sumber(rangsangan)

Enkod

d

Isyarat(Mesej)

Enkod

d

Sumber(rangsangan)

Bidang Pengalaman

(Penyampaian)

Bidang Pengalaman

(Penerima)

Page 25: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Sebab - rangsangan yang dienkod dan mesej yang didekod adalah

berdasarkan pengalaman bertindih yang terdapat di antara si penyampai dan

si penerima.

Komunikasi berkesan hanya berlaku apabila sumber yang dienkod adalah

sama dengan mesej yang di dekod oleh sipenerima.

Dalam sekolah pula, komunikasi yang berkesan hanya boleh berlaku di

dalam bidang pengalaman bertindih di antara guru dan murid-murid.

d) MODEL SCHRAMM III

Dikembangkan daripada Model Schramm I dan II.

Tiga pihak yang bertindak sebagai penyampai mesej; pengenkod, pentafsir,

dan pendekod

Pertukaran mesej atau pesanan bertukar-tukar di antara ketiga-tiga pihak ini.

Mereka yang terlibat akan mengubah peranan mereka daripada pengengkod

(penyampai), pendekod (penerima) dan pentafsir.

Rajah 11: Model Komunikasi Wilbur Scramm III

Model ini mementingkan aktiviti perbincangkan dan soal jawab di antara

guru dan murid.

Menegaskan bahwa kita bukan sahaja menerima pesanan tetapi juga

mengintepretasikan dan mentafsir pesanan daripada pelbagai sumber.

Membuat intepretasinya yang tersendiri terhadap setiap pesanan yang

diterima.

PengenkodPentafsirPendekod

PengenkodPentafsirPendekod

mesej

mesej

Page 26: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

6.6.3 GANGGUAN DAN HALANGAN KOMUNIKASI

Terdapat beberapa gangguan dan halangan dalam process komunikasi.

Beberapa gangguan ini adalah seperti yang berikut:-

a) Guru sukar berterus terang

b) Emosi guru yang tidak terkawal

c) Guru yang tidakmelayani maklum balas murid

d) Kebisingan dalam bilik darjah

e) Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang

f) Suasana bilik darjah yang kurang kondusif

6.6.4 CARA MEWUJUDKAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM BILIK

DARJAH

Komunikasi yang berkesan d akan berlaku jika mesej yang disampaikan

oleh si penyampai dapat diterima dan difahami oleh si penerima. dengan

jelas.

Berkesan apabila wujudnya persefahaman ynag mendorong meningkatkan

hubungan yang baik di antara mereka yang terlibat.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan

kedua-dua jenis komunikasi (verbal dan bukan verbal) dengan berkesan.

Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal(Pujian) dan

bukan Verbal (sentuhan dan Senyuman).

Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh guru dari semasa ke

semasa.

Murid mesti mendapat mesej/arahan yang ingin disampaikan oleh guru

dengan tepat.

6.6.4.1 Amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah

Guru mesti mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah.

Page 27: 14585693 pengurusan-bilik-darjah-interaksi-dan-komunikasi-dalam-bilik-darjah

Menggunakan kaedah perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia

drama.

Menggunakan alat Bantu mengajar yang akan membantunya

menyampaikan konsep dengan lebih berkesan.

Menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan

kemahiran menyoal yang berkesan.

Sekiranya maksud penyampai disalah tafsifkan oleh penerima, maka

timbul konflik di antara kedua-dua pihak tersebut.

Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan

pembelajaran yang efektif yang guru dapat berkomunikasi denagn

berkesan, beliau perlu mempraktikkan prinsip-prinsip yang berikut:-

i) Berusaha untuk mendengar cadangan murid-muridnya.

ii) Memastikan bahawa tidak ada halanagn apabila guru

menyampaikan pengajarannya.

iii) Mesti menolong membuka minda murid-muridnya supaya mereka

dapat berkomunikasi denagn lebih senang.