pengurusan bilik darjah kump 6

41
Pendahuluan Pengurusan Bilik Pembelajaran Pengurusan bilik pembelajaran ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat dimana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan,kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran kaunseling. Konsep pengurusan bilik darjah Selain mengajar,guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah.Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk P&P yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.

Upload: celyn-lee

Post on 12-Nov-2015

63 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pengurusan kelas

TRANSCRIPT

Pendahuluan

Pengurusan Bilik PembelajaranPengurusan bilik pembelajaran ialah suatu aspek yang penting dalam melaksanakan sesuatu pengajaran. Bilik darjah merupakan tempat dimana sekumpulan manusia berkumpul dan di ajar. Bilik darjah merupakan lebih dari hanya sebuah ruang pembelajaran,ia merupakan persekitaran murid,guru dan penggalak interaksi antara guru dan murid. Bilik darjah sebagai tempat berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran, merupakan tempat yang terpenting di sekolah. Bilik darjah juga merupakan medan perjuangan utama kerjaya seorang guru. Pengurusan bilik darjah dinamik ke arah pembinaan modal insan yang menjurus kepada pembinaan jasmani, emosi, rohani dan intelek memerlukan pelbagai pengetahuan,kemahiran, prosedur, teknik dan strategi. Guru seharusnya memiliki gaya kepimpinan, kemahiran merancang, kecekapan mengurus, kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran, kebijaksanaan interpersonal, kemahiran berkomunikasi, dan kemahiran kaunseling.Konsep pengurusan bilik darjahSelain mengajar,guru memainkan peranan sebagai seorang pengurus di dalam sesebuah bilik darjah.Guru perlulah mengurus rutin harian bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, tahu cara menyusun tempat duduk pelajar dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar di dalam kelas, mengurus bahan-bahan pengajaran untuk P&P yang lebih berkesan serta mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar.Lemlech (1979) mendifinisikan pengurusan bilik darjah sebagai koordinasi dalam bilik darjah yang mana menurutnya guru sebagai perancang kurikulum, pengorganisasi prosedur dan sumber,penyusun persekitaran kelas yang efisyen,penyelia prestasi murid serta pengenalpasti masalah potensi murid.Secara ringkasnya konsep pengurusan bilik darjah bermakna tindakan dan strategi guru untuk mengekalkan peraturan bilik darjah,mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkahlaku murid serta menarik perhatian murid bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang efektif.

Unsur Fizikal Bilik DarjahBilik darjah yang mempunyai peralatan asas iaitu papan hitam, papan kenyataaan, dan ruang yang selesa, meja dan kerusi untuk guru dan murid, almari, yang dihiasi dengan penyediaan bahan-bahan bacaan, dan bahan bantuan mengajar serta peralatan sokongan serta dihiasi dengan keceriaan dan keberrsihan.Susunan meja dan kerusi dalam bilik darjah sebaik-baiknya memberi kemudahan kepada murid-murid mengadakan aktiviti pembelajaran berpusatkan murid dan aktiviti berkumpulan.

Murid mudah berintraksi sesama mereka dan mudah berintraksi dengan guru. Bilik darjah yang berukuran 7 meter x 9 meter boleh memuatkan 40 orang murid. Cahaya yang mencukupi dan pintu dan tingkap yang terbuka yang membolehkan pengedaran udara yang secukupnya. Papan kenyataan yang dilengkapi dengan jadual waktu, jadual bertugas, carta organisasi, pelan keselamatan, sudut mata pelajaran, sudut bacaan atau rujukan, kata-kata motivasi, termasuk kemudahan penggunaan laman web, komputer dan CD dan LCD sehingga melahirkan pembudayaan bilik darjah yang kondusif. Hasilnya terjelma suasana yang harmonis, ceria, dan semangat kepada murid dan guru untuk berada lebih lama kerana terasa seolah-olah berada dalam sebuah rumah sendiri, wujudnya perasaan saling berkerjasama dan kekitaan dan semangat berdikari, iaitu bersama berusaha memajukan diri dan kumpulan secara kolektif.

Jenis-jenis Bilik Darjah

1.Bilik Darjah Tradisi

Bilik darjah jenis ini telah lama digunakan di negara kita untuk mendidik murid di bawah kurikulum lama iaitu KLSM dan KLSR iaitu sebelum KBSR dan KBSM diperkenalkan. Bilik darjah jenis ini merupakan satu tempat bagi sekumpulan pelajar mengikut pelajaran yang disampaikan oleh guru menggunakan kaedah keseluruhan kelas.Biasanya pelajar duduk mengikut susunan kerusi dan meja sebaris demi sebaris.Kerusi dan meja pelajar disusun sesuai dengan kaedah pengajaran yang lebih berpusatkan kepada guru.Guru lazimnya berdiri di hadapan bilik darjah dan menyampaikan pengajaran menggunakan kaedah dan strategi tertentu.Terdapat juga kerusi dan meja guru serta papan hitam yang digantung di hadapan kelas.Pelajar yang rendah,bertubuh kecil dan kurang penglihatan dan pendengaran ditempatkan di hadapan.Cara pengajaran keseluruhan kelas merupakan kaedah mengajar utama di dalam bilik darjah.Jarang mempratikkan aktiviti kumpulan.Pelajar berada dalam keadaan pasif dan menerima apa sahaja yang disampaikan oleh guru.2. Bilik Darjah KBSR

KBSR menekankan pendekatan pengajaran berpusatkan murid.Penyertaan murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah amat digalakkan.Program bagi membantu pendidikan pemulihan diperkenalkan kepada murid-murid lemah dan program pengayaan bagi mengembangkan lagi kebolehan murid-murid.Susunan kerusi dan meja adalah mengikut kumpulan.Saiz kerusi dan meja perlulah sesuai dengan ketinggian murid..Bentuk meja segi empat menjadi bentuk trapezium. Ruang-ruang pembelajaran jenis ini amat digalakkkan.

3. Bilik Darjah KBSMUntuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu supaya menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.Suasana bilik darjah KBSM yang menggalakkan murid yang aktif serta kerap berinteraksi antara meja dan kerusi. Susunan meja dan kerusi hendaklah berbentuk kumpulan. Kumpulan-kumpulan seperti ini memudahkan guru membantu murid yang lemah dalam pelajaran.

4.Bilik Darjah TerbukaTiada kurikulum ditetapkan dan kebebasan diberi kepada murid-murid memilih,merancang dan melaksanakan aktiviti pembelajaran yang diminati.Murid-murid bebas memilih kumpulan atau melaksanakan projek secara individu.Berbagai-bagai aktiviti p&p dilakukan dalam bilik darjah secara serentak.Persekitaran bilik darjak terbuka dilengkapkan dengan alat-alat dan bahan pelajaran untuk memudahkan murid menggunakannya.Pendekatan pengajaran guru adalah berdasarkan kebolehan,perbezaan,emosi serta minat murid.5.Bilik Darjah Prasekolah

Reka bentuk bilik darjah prasekolah perlu selesa, menjamin keselamatanserta merangsangkan kanak-kanak .Suasana yang memudahkan pembentukan hubungan mesra antara guru dengan kanak-kanak.Terdapat dua jenis bengunan persekolahan

a) bilik-bilik serba lengkap atau self-contained di mana melengkapi pelbagaijenis peralatan pembelajaranb) corak terbuka dimana kanak-kanak di ruang-ruang pembelajaran tertentu.

6.Bilik darjah BercantumBilik darjah bercantum merupakan kelas yang mengandungi murid-murid yang terdiri lebih daripada satu tahun persekolahan.Sebuah bilik darjah bercantum mungkin mengandungi murid-murid daripada dua tahun persekolahan ( Tahun 1 dan Tahun 2 ) atau tga tahun persekolahan iaitu ( Tahun 1,2 dan 3 ).Bilik darjah bercantum diwujudkan kerana bilangan murid dalan satu tahun persekolahan adalah kurang daripada 15 orang.Bilangan guru termasuk guru besar tidak melebihi 5 orang.Kemudahan sekolah biasanya kurang lengkap.Biasanya bilik darjah bercantum terdapat di kawasan terpencil dan kawasan pedalaman yang mana bilangan penduduknya tidak banyak.

7.Bilik Darjah Bestari

Bilik darjah bestari dilengkapi dengan bilangan komputer yang mencukupi untuk p & p.Bahan pembelajaran disediakan dalam bentuk cakera padat.Murid digalakkan untuk menggunakan internet.Strategi p & p yang digunakan dalah berpusatkan murid dan bahan.Guru sebagai fasilitator.Interaksi murid dengan kompeter adalah lebih banyak daripada interaksi sosial.

8. Bilik Darjah Mata Pelajaran Khas

Bilik darjah digunakan untuk menguruskan kerja amali atau melaksanakan sesuatu projek yang ditentukan.Meja kerusi disusun mengikut corak kumpulan.Bilik darjah dilengkapi dengan pelbagai alatan untuk menjalankan kerja amali.Tempat disediakan untuk menyimpan alatan dan mempamerkan hasil kerja murid.Sebuah televisyen,video dan projector diletakkan di hadapan untuk memudahkan guru mengendali kelasnya.Sinki dan paip dipasang untuk tujuan kerja amali.Bilik darjah mata pelajaran khas tidak hanya dikhaskan untuk sebuah kelas sahaja tetapi dihadiri oleh murid-murid setiap kelas mengikut jadual waktu yang ditetapkan untuk mata pelajaran tertentu.

Interaksi dalam bilik darjah

Apa pentingnya interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran? Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya (Gilbert dan Moore, 1998). Menurut Moore (1987), dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka, interaksi boleh dibahagikan kepada dua peringkat iaitu;

Peringkat pra-aktif ialah ketika guru bersendirian memilih objektif dan merancang strategi pengajaran

Peringkat interaktif ialah ketika guru menyampaikan isi kandungan secara verbal dalam bilik darjah

DefinisiInteraksi ~ satu process saling bertindak antara individu dengan pihak atau individu lain dengan pihak atau individu lan dengan alam sekitarnya.

Bilik darjah ~ tempat process pengajaran dan pembelanjaran berlaku.

CONTOH-CONTOH INTERAKSI Contohcontoh interaksi yang boleh berlaku dalam bilik darjah ialah seperti berikut:

(i) Apabila guru bercakap dengan murid-muridnya.

(ii) Apabila murid-murid bercakap antara satu sama lain.

(iii) Apabila murid-murid membuat soalan daripada buku kerja mereka.

(iv) Apabila seorang murid membuat pembentangan projek sejarahnya melalui satu persembahan Power Point.

Menurut Flander(1970), terdapat tigajenis interaksi dalam bilik darjah iaitu:

(a) interaksi di antara individu

(b) interaksi di antara dengan alam sekitar.

Teknik dan ciri-ciri interaksi di antara individu dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:-

Rajah 1

(a) Percakapan guru(i) Pengaruh langsung

~ secara bersyarah (memberi arahan & mengkritik)

~ adalah satu hala sahaja & penglibatan murid-murid adalah pada tahap minima.

(ii) Pengaruh Tidak langsung

~ Secara menyoal (menerima perasaan & memberikan dorongan)

~ untuk membina suasana interaksi yang positif di dalam bilik darjah.

(b) Percakapan murid Pelbagai hala

~ Terdiri daripada tndas balas & respon murid di mana mereka mengambil inisiatif sendiriuntuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelanjaran.

~ Terdapat perbincangan sktif antara guru dengan murid & murid dengan murid.

(c) Kesenyapan

~ Secara senyap (kerana kekeliruan berlaku di antara pihak guru dan murid

~ Untuk menghentikan gangguan komunikasi di antara guru murid.

Jenis-jenis interaksiInteraksi sehala/interaksi tradisional

Rajah 2

Corak interaksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas.

Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid

Murid-murid tidak terlibat dalam proses P&P secara aktif.

Cth: Guru mengamalkan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi.

Interaksi dua hala antara guru & murid

Rajah 3

Aktiviti pengajaran dan pembelanjaran bercorak aktif.

Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah.

Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses P&P dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.

Interaksi dua hala antara murid & murid

Rajah 4

Aktiviti pembelajaran menjadi aktif dan dinamik.

Perhubungan antara murid dengan murid dieratkan

Interaksi guru dengan murid dihadkan mengikut arahan guru sahaja.

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.

Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan saling membantu di kalangan mereka.

INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA GURU DENGAN MURID

Guru menggunakan pendekatan yang berlaianan seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, ujikaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan.Interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukarmenjadi interaksi dua hala.Komunikasi yang berkesan akan berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.Penyertaan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih aktif. Suasana yang kondusif dapat diwujudkan untuk mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran.

INTERAKSI DUA HALA DI ANTARA MURID DENGAN MURID

Guru menggunakan pendekatan kumpulan, kaedah projek, kaedah bermain, lakonan, sumbangsaran dan sosia grama sebagai aktiviti-aktiviti dalam process pengajaran dan pembelanjaran, Interaksi antara murid dengan murid dapat memikirkan dengan lebih banyak lagi.

Ciri- ciri Interaksi Dua hala di antara Murid dengan Murid

I. Aktiviti pembelanjaran menjadi aktif dan dinamik.

II. Perhubungan antara murid dengan murid dieratkan

III. Interaksi guru dengan murid dihadkan kepada mengikut arahan gurusahaja.

IV. Pembelajaran koperatif dan kolaboratif menjadi tumpuan guru.

V. Interaksi antara murid-murid mewujudkan perasaan hormat-menghormati dan saling bantu membantu di kalangan mereka

Melalui interaksi ini, perkembangan murid adalah secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani , sosial dan jasmani.

INTERAKSI PELBAGAI HALA ANTARA GURU DENGAN MURID DAN MURID DENGAN MURID

Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan,ujikaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah.

Ciri-ciri penting:-

(i) Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan murid.

(ii) Penyertaan aktif murid dalam process pengajaran dan pembelajaran.

(iii) Suasana yang kondusif untuk mengedalikan process pengajaran dan pembelajaran.

Penyampaian guru lebih ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna supaya murid-murid memahami fakta-fakta yang disampaikan dan mereka berupaya membuat kesimpulan.Peluang interaksi di antara murid adalah banyak dan sifat-sifat sosial yang positif seperti tolong- menolong, bekerjasama dan bertolok ansur jelas dapat dipupuk.

INTERAKSI BERKOMPUTER

Proses pengajaran dan pembelajaran yang terkini ialah penggunaaan komputer dan internet serta aplikasi-aplikasinya.

Kepentingan komputer semakin menyerah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat membantu dalam proses pendidikan dan mengurus pengajaran serta dapat membantu dalam proses penilaian.

Kini , penggunaan komputer untuk pembinaan penilaian ujian iaitu sebagai bank item dan penjana item serta untuk menjalankan ujian ( computeradaptive testing CAT).

Ciri-ciri penting:-( i ) Interaksi dalam bilik darjah menjadi lebih efesien untuk guru menjalani ujian melalui komputer.( ii ) Ujian CAT dapat menjimatkan masa guru.

(iii) Interaksi murid dengan komputer membolehkan murid-murid mendapatkan maklum balas serta-merta mengenai tindak balas yang dipilih oleh mereka.(iv) Guru dapat menyimpan rekod tentang keputusan murid-murid secara tersusun dan sistematik(v) Interaksi di dalam bilik darjah terhad kepada murid dengan komputer, dengan itu peranan guru sebagai pemudahcara sahaja.

KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

(i) Membolehkan guu memotivasi murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajarandalam bilik darjah.

(ii) Aktiviti soal jawab dapat menggerakkan murid-murid berfikirmemerlukan proses interaksi di antara guru dengan murid-muridnya.

(iii) Interaksi mengeratkan perhubungan guru dengan murid-murud dalam bilik darjah. Perhubungan guru dan murid-muridnya yang mesra adalahsyarat pentingbagi guru menyampai pelajaran dengan berkesan.

(iv) Interaksi dalam pengajaran dan pembelajaran adalah penting keranainteraksi merupakan proses utama bagi guru menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-muridnya.

(v) Melalui interaksi, guru dapat melaksanakan rancangan mengajarnya mengikut objektif pelajar yang ditentukan.

(vi) Melalui interaksi dengan bahan pelajaran, guru dapat menyampaikan pelajarannya dengan berkesan.

(vii) Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala.

(viii) Aktiviti kumpulan, khasnya aktiviti perbincangan, hanya dapat dijalnkan melalui interaksi di antara murid dalam kumpulan.

(ix) Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini yang sukar didapati daripada buku-buku atau media bercetak yang sedia ada.

CARA MEWUJUDKAN INTERAKSI YANG BERKESAN DALAM BILIK DARJAH

Cara-cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah iaitu;-

(i) Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi

dua hala.

(ii) Menggunakkan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif.

(iii) Memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi dalam setiap aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

(iv) Menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dan canggih.

(v) Memberikan ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dancanggih.

(vi) Memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara

aktif dalam process pengajaran dan pembelajaran.

(vii) Menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam pengurusan

dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana sosioemosi yang sihat serta

perhubungan yang rapat antara guru dengan murid-muridnya.

(viii) Pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandangan kendiri.

(ix) Bersifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif didalam bilik darjah.

(x) Memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan lagi interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.

Cara-cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan interaksi yang berkesan dalam bilik darjah iaitu;-

1. Mengadakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan interaksi dua hala.

2. Menggunakkan strategi pengajaran koperatif dan kolaboratif.

3. Memastikan yang penglibatan murid sangat tinggi dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

4. Menggunakan banyak alat bantuan mengajar yang menarik dan canggih.

5. Memberikan ganjaran atau peneguhan mengajar yang menarik dan canggih.

6. Memberikan ganjaran atau peneguhan positif jika murid melibatkan diri secara aktif dalam process pengajaran dan pembelajaran.

7. Menunjukkan gaya kepimpinan yang bercorak demokratik dalam pengurusan dalam bilik darjahnya dimana terdapat suasana sesio-emosi yang sihat serta perhubungan yang rapat antara guru dan murid-murid.

8. Pendengar yang baik dan mengelakkan daripada menonjolkan pandanagn kendiri.

9. Bersifat peramah dan mengaplikasikan konsep peneguhan positif di dalam bilik darjah.

10. Memikirkan strategi pengajaran yang kreatif dan inovatif untuk meningkatkan lagi interaksi murid-murid di dalam bilik darjah.

1. Komunikasi yang berkesan d akan berlaku jika mesej yang disampaikan oleh si penyampai dapat diterima dan difahami oleh si penerima. dengan jelas.

2. Berkesan apabila wujudnya persefahaman ynag mendorong meningkatkan hubungan yang baik di antara mereka yang terlibat.

3. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menggunakan kedua-dua jenis komunikasi (verbal dan bukan verbal) dengan berkesan.

4. Guru boleh memberikan peneguhan positif dalam bentuk verbal(Pujian) dan bukan Verbal (sentuhan dan Senyuman).

5. Kecekapan komunikasi boleh dipelajari dan dilatih oleh guru dari semasa ke semasa.

6. Murid mesti mendapat mesej/arahan yang ingin disampaikan oleh guru dengan tepat.

Amalan-amalan komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah Guru mesti mengendalikan strategi kumpulan di dalam bilik darjah.

Menggunakan kaedah perbincangan, lakonan, main peranan dan sosia drama.

Menggunakan alat Bantu mengajar yang akan membantunya menyampaikan konsep dengan lebih berkesan.

Menyampaikan fakta dengan suara yang terang dan mempraktikkan kemahiran menyoal yang berkesan.

Sekiranya maksud penyampai disalah tafsifkan oleh penerima, maka timbul konflik di antara kedua-dua pihak tersebut.

Komunikasi berkesan penting bagi menjamin pengajaran dan pembelajaran yang efektif yang guru dapat berkomunikasi denagn berkesan, beliau perlu mempraktikkan prinsip-prinsip yang berikut:-

i) Berusaha untuk mendengar cadangan murid-muridnya.ii) Memastikan bahawa tidak ada halanagn apabila guru menyampaikan pengajarannya.iii) Mesti menolong membuka minda murid-muridnya supaya mereka dapat berkomunikasi denagn lebih senang.Definisi iklim pembelajaran yang positifCiri-ciri sekolah seperti struktur fizikal bangunan dan interaksi antara pelajar dan guru-guru merupakan dua faktor besar yang mempengaruhi dan membantu dalam member takrifan terhadap konsep iklim sekolah yang sangat luas ini. Iklim sekolah telah dikaji oleh para pengkaji beberapa tahun yang lalu dan masih lagi berterusan untuk dikenalpasti dan diperhalusi lagi sebagai satu keputusan yang signifikan yang mempengaruhi hasil-hasil dalam bidang pendidikan.

Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendenisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendenisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Para pengkaji telah mengenalpasti faktor-faktor berikut dapat mempengaruhi iklim sekolah:

1. Bilangan dan kualiti perhubungan antara orang dewasa dan para pelajar (Kupermine, Leadbeater dan Blatt, 2001)

2. Persepsi pelajar terhadap dan guru terhadap persekitaran sekolah,atau personaliti sekolah (Johnson, Johnson dan Zimmerman,1996)

3. Faktor-faktor persekitaran (seperti keadaan fizikal bangunan dan bilik darjah serta bahan-bahan yang digunakan)

4. Pencapaian akademik (Johnson & Johnson, 1993)

5. Perasaan terhadap keselamatan dan saiz sekolah (Freiberg, 1998)

6. Perasaan terhadap kepercayaan dan hormat antara pelajar dan guru (Manning and Saddlemire, 1996)

Jelasnya, iklim sekolah adalah suatu dimensi pelbagai yang mempengaruhi banyak individu termasuklah para pelajar, ibubapa, para pentadbir dan komuniti. Iklim sekolah secara signifikannya dapat memberi impak kepada persekitaran dalam pendidikan. Freiberg (1998) menyatakan "iklim sekolah boleh menjadi satu pengruh yang positif yang member kesan terhadap persekitaran pembelajaran yang sihat" (p.22). Walaupun istilah iklim sekolah yang luas ini telah dikaji selama beberapa tahun, namun takrifan yang tepat tentang iklim sekolah masih lagi tidak dapat dirumuskan secara lebih spesifik.

Ciri-ciri iklim sekolah yang positifBanyak pengkaji telah membuat pengukuran terhadap iklim sekolah. Penilaian-penilaian ini mengambil kira pelbagai faktor di dalam system persekolahan dengan menggunakan pengukuran secara langsung seperti soal selidik dan temuramah serta pengukuran secara tidak langsung seperti tahap disiplin dan rekod kedatangan (Freiberg, 1998). Soal selidik " The School Climate Survey" mengandungi tujuh dimensi terhadap iklim sekolah dan memberikan persepsi pelajar terhadap bidang-bidang seperti pencapaian motivasi, keadilan, arahan dan disiplin, penglibatan ibu bapa, perkongsian sumber, hubungan sesama pelajar dan hubungan pelajar dan guru (Hayness, Emmons and Comer, 1993). Pengukuran yang lain terhadap iklim sekolah telah banyak dikaji antaranya adalah "The Organisational Climate Index"(Hoy, Smith dan Sweetland, 2002) dan "Organizational Climate Description Questionaire" (Halpin and Croft, 1963). Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan; guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan murid-muridnya; pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa; dan pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Sesebuah sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak sempurna sekiranya tidak wujud suasana keagamaan (iklim dini) di sekolah, khususnya jika majoriti warga sekolah sama ada pelajar, guru dan kakitangannya adalah beragama Islam. Ini bertepatan dengan pandangan Rosnani dalam muqaddimah buku Ali Mohammed (2002:x) yang mengatakan bahawa sesebuah sekolah bukan sahaja perlu efektif, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana guru dan pelajarnya yang kuat pegangan agama Islam berusaha untuk membawa sekolah berkenaan ke puncak kejayaan. Menurut Fathiah (2005), suasana sekolah yang mencerminkan ciri keislahan yang sebenar, boleh menyediakan persekitaran harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan aktiviti pendidikan yang membawa kepada kejayaan sahsiah dan pencapaian murid-murid.

Kepentingan Iklim Sekolah Yang PositifKajian telah menunjukkan bahawa iklim sekolah dapat mempengaruhi banyak perkara yang melibatkan ahli-ahli organisasi sekolah. Sebagai contohnya, iklim sekolah yang positif telah dikaitkan dengan pengurangan masalah tingkahlaku dan emosi pelajar (Kupermine et al, 1997). Tambahan pula, kajian yang lebih spesifik terhadap sekolah yang berada di kawasan bandar yang berisiko tinggi menunjukkan bahawa iklim sekolah yang positif, saling bekerjasama dan kesedaran terhadap budaya sekolah dapat memberikan kesan secara signifikan terhadap pencapaian akademik di kalangan pelajar bandar (Hayness & Comer,1993). Ini menunjukkan bahawa bahawa sekolah yang beriklim positif dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai jati diri dan kemahiran bersosial yang baik di samping menyediakan suasana pembelajaran yang sihat. Ini dapat dibuktikan oleh kajian yang dijalankan oleh Hayness, 1998. Beliau mendapati bahawa iklim sekolah yang positif menjadi faktor pelindung terhadap pelajar-pelajar lelaki dan boleh menyediakan kepada pelajar yang bermasalah (high risk students) persekitaran pembelajaran yang menyumbang kepada perkembangan yang sihat seterusnya dapat mengelakkan tingkah laku antisosial di kalangan mereka.

Perhubungan interpersonal yang positif dan peluang pembelajaran yang optimum terhadap para pelajar di dalam semua persekitaran yang positif dapat meningkatkan aras pencapaian pelajar dan mengurangkan Tingkahlaku Maladaptive (McEvoy & Welker, 2000). Jelas menunjukkan bahawa sekolah yang beriklim positif bukan sahaja dapat menyediakan prasarana yang kondusif, tetapi dapat membina keperibadian pelajar yang cemerlang.

Iklim sekolah boleh menyumbang kepada peningkatan motivasi dan kepuasan kerja guru-guru dan staf. Berdasarkan peranan yang dimainkan oleh guru-guru dan pihak pentadbir, Taylor dan Tashakkori (1995) mendapati iklim sekolah yang positif berkaitan dengan peningkatan kepuasan kerja bagi kakitangan sekolah.

Persepsi pelajar adalah penting sepanjang pertukaran sekolah. Contohnya di Malaysia, pertukaran daripada murid darjah 6 ke tingkatan 1. Kemasukan ke sekolah baru merupakan perkara yang ditakuti oleh pelajar dan boleh mempengaruhi persepsi pelajar dan dan hasil pembelajaran. Oleh sebab itu, kajian telah menunjukkan bahawa menyediakan suatu sekolah yang beriklim positif sangat penting dalam melicinkan dan memudahkan proses pertukaran ke sekolah baru (Freiberg, 1998).

Iklim sekolah juga dapat memainkan peranan yang signifikan di dalam menyediakan atmosfera sekolah yang positif dan sihat. Freiberg,1998 menyatakan "interaksi antara pelbagai faktor sekolah dan iklim bilik darjah dapat mewujudkan suatu sistem sokongan yang yang membolehkan semua pelajar dan guru dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran yang optimum" .

MEWUJUDKAN IKLIM BILIK DARJAH YANG POSITIF

Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri iklim bilik darjah yang positif

Iklim bilik darjah yang dikatakan baik mengandungi empat ciri utama seperti berikut;

Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-pelajarnya.

Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.

Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.

Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai.

Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna.

Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang kondusif, dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi motivasinya.

Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan aktiviti pengajaran-pembelajaran.

Keadaan atau suasana sekolah yang tenang dan nyaman, sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran dianggap sebagai mempunyai iklim sekolah yang berkesan. Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah mengatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai tahap organisasi iklim sekolah berkenaan. Seterusnya, Howard (1974) mendefinisikan iklim sekolah sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu

yang mempengaruhi tingkah laku orang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana keadaan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Memandangkan faktor iklim sekolah turut membantu mewujudkan sekolah yang berkesan, maka terdapat beberapa pengkaji yang telah mengetengahkan beberapa ciri iklim sekolah berkesan hasil daripada kajian yang mereka lakukan. Mengikut Halpin dan Croft (1963), iklim sekolah yang berkesan mempunyai ciri-ciri berikut:

(1) guru-guru merasa selamat, berpuas hati dan berkeyakinan,

(2) guru-guru tidak rasa tertekan dan mengambil perhatian tentang kemajuan muridmuridnya,

(3) pengetua merasa penuh yakin terhadap kerjanya, serta bertimbang rasa,

(4) pelajar merasa selamat dan belajar bersungguh-sungguh.

Abdul Rahman an-Nahlawi (1995) pula menyatakan iklim sekolah yang berkesan mampu mewujudkan integrasi dan keharmonian sesama pelajarnya yang berbeza status sosio-ekonomi mereka (SES). Selain itu, sekolah juga mampu mengurangkan perbezaan-perbezaan sesama mereka. Pihak sekolah juga boleh mewujudkan kerjasama dengan keluarga pelajar. Hubungan yang mesra di antara sekolah dan keluarga akan membentuk pendidikan yang lebih sempurna bagi pelajar-pelajarnya.

Sesebuah sekolah berkesan daripada kaca mata Islam pula tidak sempurna sekiranya tidak wujud suasana keagamaan (iklim dini) di sekolah, khususnya jika majoriti warga sekolah sama ada pelajar, guru dan kakitangannya adalah beragama Islam. Ini bertepatan dengan pandangan Rosnani dalam muqaddimah buku Ali Mohammed (2002:x) yang mengatakan bahawa sesebuah sekolah bukan sahaja perlu efektif, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana guru dan pelajarnya yang kuat pegangan agama Islam berusaha untuk membawa sekolah berkenaan ke puncak kejayaan.

Menurut Fathiah (2005), suasana sekolah yang mencerminkan ciri keislaman yang sebenar, boleh menyediakan persekitaran harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan aktiviti pendidikan yang membawa kepada kejayaan sahsiah dan pencapaian murid-murid.

Kesimpulan

Telah dapat dibuktikan bahawa iklim sekolah yang sihat dapat menghasilkan pendidikan dan objektif yang positif kepada pelajar dan guru serta kakitangan sekolah. Dengan kata lainnnya, iklim negatif dapat menghindari daripada berlakunya pengajaran dan pembelajaran berkembang secara optimum terhadap semua pihak.

Iklim pembelajaran positif akan mewujudkan suasana pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu pelajar memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Sekiranya iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik. Hubung kait yang rapat antara iklim pembelajaran dengan kejayaan murid. Sekiranya iklim baik, guru dan murid akan lebih bermotivasi dan pada masa yang sama aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik.

Peranan dan pengorbanan guru sebagai penggerak dan pengubah iklim yang kurang menyerlah kepada suasana yang lebih kondusif sebagai jambatan utama suasana pembelajaran yang memberangsangkan ke arah pembentukan modal insan di kalangan murid

Interaksi melibatkan guru dan murid dan sangat berkaitan dengan kaedah guru menyampaikan isi kandungannya. Ketika menyampaikan isi kandungan pelajaran, peringkat interaktif berlaku dimana guru menyediakan peluang dan ruang kepada murid untuk berinteraksi.Kita harus sedar, murid zaman sekarang adalah lebih terdedah kepada maklumat yang tanpa batasan. Oleh itu, sebagai seorang guru dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, guru harus menyediakan ruang interaksi yang luas semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Bibliografi :

Mok Soon Sang (1991). Pendidikan di Malaysia, Subang Jaya : Kumpulan Budiman

Atan Long, Pelbagai Kaedah Mengajar, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1991

Liou Hou Sin, Teori dan Strategi Pengajaran Matematik Rendah, Jurnal: Kementerian Pendidikan Malaysia, Keluaran 69, Disember 1986

Mok Soon Sang, Lee Shok Mee, ( 1986 ) Kurikulum Baru Sekolah Rendah,Tahap I, Siri Maktab Perguruan, Kuala Lumpur, Heinemann Malaysia Snd.Bhd.

Lampiran

Suasana sekolah yang ceria

Taman sekolah yang bersih

Suasana sekolah yang ceria

Bilik Darjah Moden

Bilik Darjah Tradisi

Bilik darjah KBSR

Bilik Komputer Bilik Seni Visual

Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Bilik Gerakan

Bilik Kemahiran Hidup

Bilik Pemulihan

Bilik Muzik

Makmal sains