pengurusan bilik darjah

22
PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

Upload: annie-johnson

Post on 10-Oct-2015

38 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Bab 1

TRANSCRIPT

  • PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU

  • PENGENALANPengetahuan tentang pengurusan bilik darjah adalah penting kepada kepada guru-guru.Pengurusan bilik darjah komponen penting dalam latihan perguruan kerana murid tidak boleh belajar tanpa ketertiban dalam bilik darjah.Pembelajaran serta potensi pelajar dapat ditingkatkan apabila guru-guru memahami serta mengaplikasikan strategi pengajaran yang berdasarkan kepada teori perkembangan pelajar serta mengetahui dasar-dasar bagi pembelajaran yang berkesan.

  • Definisi Pengurusan Bilik Darjah.Lemlech (1988): Ibaratkan pengurusan bilik darjah sebagai orkestra dalam kehidupan di bilik darjah yang memerlukan pembentukan kurikulum, penyelenggaraan prosedur dan sumber pengajaran. Menekankan kepentingan penyusunan suasana bilik darjah bagi memaksimakan keberkesanan, pemantauan perkembangan murid serta tanggungjawab guru dalam memikirkan terlebih dahulu masalah-masalah yang mungkin timbul.

  • Hall (2000):Pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah satu usaha yang berterusan dan menjadi proses orientasi penyelenggaraan.Pengurusan bilik darjah melibatkan aspek memotivasikan pelajar untuk belajar, menyediakan arahan dan maklumat yang bersesuaian dan menguruskan kerja murid.Pengurusan yang efektif dalam bilik darjah haruslah bersifat proaktif, responsif dan menyokong.

  • Levin dan Nolan (2004):Menurut mereka adalah mudah membezakan antara dimensi arahan dan pengurusan dalam pengajaran dan memberikan tumpuan kepada pentingnya aspek keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah itu sendiri

  • KonsepGuru harus mempunyai tiga jenis kesediaan untuk menampung keperluan bilik darjah.

  • 1. Guru harus mempunyai ilmu agar dapat mengajar dengan baik subjek yang telah ditentukan ke atas guru.2. Guru harus mempunyai kemahiran pedagogi agar dapat merancang dan menyampaikan pengajaran dengan baik.3. Pengetahuan guru dalam perkembangan dan pertumbuhan murid-muridnya.

  • FalsafahGuru-guru secara keseluruhannya mempunyai falsafah yang berbeza dalam menentukan cara terbaik bagi mereka menguruskan bilik darjah.Gaya pengajaran dan personaliti guru banyak menyumbang kepada keseluruhan falsafah yang dipegang.

  • Kepentingan dan implikasi pengurusan.Marzano (2003) menyatakan tindakan guru dalam bilik darjah mempunyai impak dua kali ganda dalam pencapaian pelajar berbanding dengan polisi sekolah berkenaan kurikulum, penilaian kerjasama di antara guru dan penglibatan masyarakat.Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan banyak pembolehubah yang dibandingkan dengan pengurusan bilik darjah mempunyai kesan besar dalam pencapaian pelajar.

  • Kepentingan dan implikasi pengurusan.Pengurusan bilik darjah menjadi penting kerana dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus berusaha mengikuti pelajaran dengan mengikuti pelajaran dengan sebaliknya.

  • BAGAIMANA????Nilai-nilai keguruan dalam pengurusan bilik darjah

  • PengajaranDalam pengajaran:-Mempunyai kefahaman mendalam aspek yang diajar.Bergabung tenaga bagi memberikan hasil terbaikSentiasa menyemak dan memperbaiki mutu pembelajaran.

  • PembelajaranSentiasa menggalakkan pelajar menimba ilmuMeneruskan proses pembelajaran walaupun selepas ujian.Menekankan kemahiran asas.

  • Peranan Falsafah Pendidikan NegaraFPN teras pendidikan di negara ini.FPN sebagai landasan akta Pendidikan kebangsaan.Pengurusan bilik darjah antara perkara penting capai matlamat FPN.

  • Peranan Seorang Pengurus Bilik DarjahFokus kepada pencegahan adalah lebih utama dari hukuman ke atas salah laku.Guru harus tegas tetapi ramah, adil dan saksasma serta bersikap professionalDisiplin kendiri dan sikap yang baik harus disemai dan dipelajari.

  • Rutin pengurusanTiga langkah asas dalam rutin Terangkan rutinMelakukan rutin secara berulangBeri pengetahuan dan pengulasan

  • Rutin PentadbiranRutin pentadbiran spt:Mengisi rekod kedatangan.Mengutip yuranMengisi laporan tugasanMengendalikan rekod setiap murid

    Guru harus bersikap professional dalam membuat laporan penilaian kemajuan pelajar.

  • Rutin AkademikMemulakan sesuatu dengan pelajaran ringan kepada rumit.Memberikan pelajar kerja rumah.

  • Sifat Dan Kualiti Sosial/Tingkah LakuGuru yang berjaya pada masa kini bukan hanya diinjau dari segi sifat dan kualiti peribadi dan profesional semata-mata tetapi juga dari segi sosial. Antara sifatdan kualiti guru seperti:

    Budi pekerti > berkelakuan sopan santun semasa bergaul dengan kawan-kawan. Guru sebegini akan dihormati dan disanjung oleh orang ramai.

    Ramah mesra > sifat ini akan mendorong murid-murid suka berdamping rapat dengan guru itu.

    Merendah diri > sifat merendah diri merupakan salah satu kualiti sosial yang perlu ada pada seseorang guru kerana orang tidak suka bergaul dengan guru yang sombong.

  • SambunganSemangat berbakti > guru yang mempunyai semangat berbakti akan sentiasa disanjung oleh orang lain. Sifat ini merupakan satu kualiti sosial yang murni.

    Jujur > guru yang bmempunyai sifat jujur akan menjalankan tugas dengan penuh dedikasi baik dalam bilik darjah, mahupun luar darjah.guru yang jujur akan berusaha bersungguh-sungguh supaya hasil kerjanya mencapai ke tahap cemerlang.

    Mengikut nilai-nilai keguruan, kualiti sosial seseorang guru merangkumi inovasi dalam perhubungan sosial, berpekerti mulia, mudah suai, berdaya kepimpinan, kesedaran terhadap persekitaran serta sikap tolenransi.

  • RumusanPengurusan bilik darjah merangkumi perkara yang dilakukan oleh guru untuk memastikan pelajar belajar dalam suasana kondusif.Melibatkan 2 aspek saling berkaitan iaitu arahan dan penerapan ketertiban dalam bilik darjah.

  • Guru mahir dalam bidang yang diajar.Rutin dan prosuder yang ditetapkan oleh guru harus diterangkan dengan jelas.Guru sentiasa mencari jalan yang terbaik memaksimumkan pembelajaran pelajar.