pengurusan bilik darjah

11
OUM 111 PENGURUSAN BILIK DARJAH TOPIK 7 TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH PENGENALAN Dalam topik yang lepas, kita telah mempelajari tentang bagaimana guru boleh menyampaikan pengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Kita lihat bahawa seorang guru, bukan sahaja perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran, malah guru perlu berkemahiran mengesan masalah pembelajaran, menentukan objektif, mengajar dan lain-lain lagi. Guru juga perlu membantu setiap pelajar bagaimana hendak belajar. Untuk membolehkan guru melaksanakan tugas ini, guru perlu mengetahui sistem sosial yang terdapat di dalam bilik darjah. Pengurusan bilik darjah adalah salah satu aspek yang selalu menjadi keprihatinan di kalangan bakal guru, guru yang baru berkhidmat dan guru yang telah berpengalaman. Ini adalah kerana pengurusan bilik darjah adalah satu set tingkah laku yang kompleks, yang digunakan untuk mengurus keadaan bilik darjah supaya proses pengajaran tercapai. Oleh itu, pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan pra-syarat kepada pengajaran yang berkesan. Pengetahuan dan kemahiran pengurusan bilik darjah adalah penting bagi seseorang guru untuk menjadi guru yang berkesan. Kebanyakan guru akan menyangka bahawa pengurusan bilik darjah hanyalah berkaitan dengan disiplin dan perlakuan yang menimbulkan gangguan. Hubungan antara pengajaran dan pengurusan adalah kritikal dalam bilik darjah. Apabila merancang pengajaran, guru perlu mengambil kira perbezaan pelajar; pembelajaran dan pengajaran mesti terarah kepada setiap pelajar, tetapi pengurusan melibatkan bagaimana sekelompok pelajar belajar dalam satu persekitaran yang telah ditetapkan. Topik ini akan menerangkan bagaimana cara menguruskan persekitaran pembelajaran, peraturan dan prosedur dan pengurusan tingkah laku pelajar. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menghurai maksud pengurusan bilik darjah; 2. mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus bilik darjah yang sesuai untuk pembelajaran; 3. mengenal pasti peraturan yang sesuai untuk mengurus bilik darjah; dan 4. menghurai bagaimana mengurus tingkah laku pelajar.

Upload: corrine-chan

Post on 30-Sep-2015

25 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

urusan bilik darjah

TRANSCRIPT

  • OUM 111

    PENGURUSAN BILIK DARJAHTOPIK 7

    TOPIK 7 PENGURUSAN BILIK DARJAH

    PENGENALAN

    Dalam topik yang lepas, kita telah mempelajari tentang bagaimana guru boleh menyampaikanpengetahuan dan kemahiran kepada pelajar. Kita lihat bahawa seorang guru, bukan sahajaperlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu mata pelajaran, malah guruperlu berkemahiran mengesan masalah pembelajaran, menentukan objektif, mengajar danlain-lain lagi. Guru juga perlu membantu setiap pelajar bagaimana hendak belajar. Untukmembolehkan guru melaksanakan tugas ini, guru perlu mengetahui sistem sosial yang terdapatdi dalam bilik darjah.

    Pengurusan bilik darjah adalah salah satu aspek yang selalu menjadi keprihatinan di kalanganbakal guru, guru yang baru berkhidmat dan guru yang telah berpengalaman. Ini adalah keranapengurusan bilik darjah adalah satu set tingkah laku yang kompleks, yang digunakan untukmengurus keadaan bilik darjah supaya proses pengajaran tercapai. Oleh itu, pengurusanbilik darjah yang berkesan merupakan pra-syarat kepada pengajaran yang berkesan.

    Pengetahuan dan kemahiran pengurusan bilik darjah adalah penting bagi seseorang guruuntuk menjadi guru yang berkesan. Kebanyakan guru akan menyangka bahawa pengurusanbilik darjah hanyalah berkaitan dengan disiplin dan perlakuan yang menimbulkan gangguan.

    Hubungan antara pengajaran dan pengurusan adalah kritikal dalam bilik darjah. Apabilamerancang pengajaran, guru perlu mengambil kira perbezaan pelajar; pembelajaran danpengajaran mesti terarah kepada setiap pelajar, tetapi pengurusan melibatkan bagaimanasekelompok pelajar belajar dalam satu persekitaran yang telah ditetapkan. Topik ini akanmenerangkan bagaimana cara menguruskan persekitaran pembelajaran, peraturan danprosedur dan pengurusan tingkah laku pelajar.

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. menghurai maksud pengurusan bilik darjah;

    2. mengenal pasti perkara yang perlu diambil kira untuk mengurus bilik darjah yangsesuai untuk pembelajaran;

    3. mengenal pasti peraturan yang sesuai untuk mengurus bilik darjah; dan

    4. menghurai bagaimana mengurus tingkah laku pelajar.

  • 112 OUM

    PENGURUSAN BILIK DARJAH TOPIK 7

    PETA MINDA TOPIK

    7.1 APAKAH PENGURUSAN BILIK DARJAH?

    Ada pelbagai maksud pengurusan bilik darjah yang dinyatakan oleh para pendidik. Lemlech(1988), menyatakan pengurusan bilik darjah sebagai pengorkestraan kehidupan dalam bilikdarjah: merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun aturpersekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar dan menjangkakemungkinan masalah. Guru yang berkesan ialah guru yang boleh memantau kemajuanpelajar dengan menjangka masalah pembelajaran dan tingkah laku pelajar, bolehmenyediakan pelbagai aktiviti pembelajaran dan boleh memadankannya dengan keperluanpembelajaran pelajar. Anderson (1989), pula menambah pengurusan bilik darjah yangberkesan terdiri daripada tingkah laku guru yang menghasilkan penglibatan pelajar yangmaksimum dalam aktiviti pembelajaran dan meminimumkan tingkah laku pelajar yangmengganggu tugas guru dan pelajar lain serta penggunaan masa pembelajaran yang efisien.Beliau menegaskan bahawa peranan guru dan hubungan peranan tersebut denganpembelajaran sangatlah penting dalam pengurusan bilik darjah.

    Pengajaran dan Pengurusan

    Ganjaran dan Hukuman

    Merancang Peraturan

    TOPIK 7:PENGURUSAN BILIK DARJAH

    Apakah Pengurusan Bilik Darjah?

    Apakah Perkara Utama untuk Mendapatkan Susunan Bilik

    Darjah yang Baik?

    Memantau Perlakuan Pelajar

    Ketekalan

    Pengurusan Segera kepada Tingkah Laku Negatif

    Pembentukan dan Pengurusan Persekitaran

    Pembelajaran

    Pengurusan Tingkah Laku Pelajar

    Pembentukan Peraturan

  • OUM 113

    PENGURUSAN BILIK DARJAHTOPIK 7

    Selain daripada maksud pengurusan bilik darjah seperti di atas, para pendidik jugamendefinisikan pengurusan bilik darjah mengikut pendekatan pengurusan bilik darjah itusendiri iaitu:

    (a) Pendekatan AutoritarianPandangan tentang pengurusan bilik darjah ialah proses mengawal tingkah laku pelajar.Peranan guru ialah untuk membentuk dan memastikan peraturan diikuti dan penekananutama ialah mengawal disiplin pelajar. Perkataan pengurusan bilik darjah dan disiplinselalunya sinonim. Pengurusn bilik darjah ialah satu set aktiviti di mana ia dibentuk olehguru dan guru juga memastikan ia dipatuhi oleh pelajar.

    (b) Pendekatan PermisifPendekatan ini bertentangan dengan yang pertama di atas. Mereka yang menyokongpendekatan ini menyatakan peranan guru ialah memaksimumkan kebebasan pelajar.Mereka mengatakan jika kita mengawal pelajar, kita akan menyekat perkembangansemula jadi mereka. Mereka mendefinisikan pengurusan bilik darjah sebagai satu setaktiviti di mana guru memaksimumkan kebebasan pelajar.

    (c) Pendekatan Modifikasi Tingkah Laku PelajarPendekatan ini berasaskan prinsip modifikasi tingkah laku pelajar dan pengurusan bilikdarjah merupakan satu proses memodifikasikan tingkah laku pelajar. Peranan guruialah menggalakkan tingkah laku pelajar yang dikehendaki dan menghapuskan tingkahlaku yang negatif. Pengurusan bilik darjah pula berfungsi sebagai satu set aktiviti untukmenggalakkan tingkah laku yang dikehendaki dan menghapuskan tingkah laku yangnegatif.

    (d) Pendekatan yang Menggalakkan Persekitaran Pembelajaran yang PositifAndaian pendekatan ini ialah pembelajaran boleh dimaksimumkan dengan adanyahubungan yang baik antara pelajar dengan pelajar dan guru dengan pelajar. Guru adalahpunca utama yang menjalinkan hubungan yang baik. Pendekatan ini menyatakanpengurusan bilik darjah adalah satu set aktiviti di mana guru membentuk hubunganyang baik dan persekitaran bilik darjah yang positif.

    Pandangan yang lain pula menyatakan bilik darjah adalah satu sistem sosial di manaproses kumpulan adalah perkara penting. Andaian di sebalik pandangan ini ialahpengajaran berlaku dalam konteks kumpulan. Ini bermakna tingkahlaku kumpulanmemberi kesan yang signifikan dalam pembelajaran walaupun pembelajaran dilihatsebagai proses individu. Peranan guru ialah merangsang pembentukan dan operasisistem bilik darjah. Pendekatan ini menyatakan pengurusan bilik darjah sebagai satuset aktiviti di mana guru membentuk dan menjaga organisasi bilik darjah yang berkesan.

    Apakah pendapat anda tentang Pendekatan Autoritarian dan PendekatanPermisif dalam pengurusan bilik darjah? Apakah kebaikan dankeburukannya?

  • 114 OUM

    PENGURUSAN BILIK DARJAH TOPIK 7

    Perhatikan tingkah laku yang positif dan negatif dalam bilik darjah anda,kemudian buat satu senarai. Perhatikan tingkah laku yang paling panjangsenarainya.

    Tingkah laku positif Tingkah laku negatif

    7.1.1 Pengajaran dan Pengurusan

    Anda telah pun mengetahui dengan terperinci tentang maksud pengajaran di awal modul ini.Umumnya, pengajaran mengandungi dua set aktiviti, iaitu: pengajaran dan pengurusan.

    Aktiviti pengajaran bertujuan untuk menggalakkan pencapaian pelajar kepada objektifpengajaran yang spesifik. Contohnya, mengesan keperluan pelajar, merancang pembelajaran,menyampaikan pengajaran, menyoal dan menilai kemajuan pelajar.

    Aktiviti pengurusan pula adalah aktiviti yang bertujuan untuk membentuk dan menjagakeadaan di mana pengajaran boleh berlaku dengan berkesan. Antara contoh aktiviti ialahmembentuk hubungan guru dengan pelajar dan membentuk norma kumpulan yang produktif.Adalah sukar untuk anda menentukan secara khusus aktiviti pengajaran dan aktivitipengurusan kerana ia saling berkait.

    7.2 PEMBENTUKAN DAN PENGURUSAN PERSEKITARANPEMBELAJARAN

    Pengurusan bilik darjah bermula dengan susunan fizikal bilik darjah untuk pengajaran. Keadaanbilik darjah yang tersusun boleh membantu guru mengajar beberapa waktu pembelajarandalam satu hari. Apabila guru cuba membuat susunan fizikal bilik darjah, guru perlu membuatbeberapa keputusan.

    7.2.1 Apakah Perkara Utama untuk Mendapatkan Susunan Bilik Darjahyang Baik?

    (a) Pastikan lalu lintas dalam bilik darjah tidak sesak. Elakkan daripada wujudnya ruangyang sesak dengan lalu lintas, contohnya ruang berhampiran pintu. Pelajar yang

    Mengapakah persekitaran bilik darjah penting dalam proses pengajaran danpembelajaran?

  • OUM 115

    PENGURUSAN BILIK DARJAHTOPIK 7

    bermasalah (contoh, sukar mendapat perhatian guru semasa pengajaran) perluditempatkan jauh daripada tempat yang sibuk.

    (b) Pastikan semua pelajar dapat dilihat oleh guru. Pemantauan pelajar merupakan satutugas utama dalam pengurusan bilik darjah. Jika pelajar tidak dapat melihat guru, adalahsukar untuk guru membantu pelajar apabila pelajar itu memerlukannya.

    (c) Pastikan pelajar mudah melihat dan mendengar penyampaian guru dan dapat melihatapa yang guru tulis di papan tulis dan yang ditayangkan pada overhead projector (OHP),tanpa terpaksa menggerakkan kerusi atau meja mereka.

    (d) Sebagai permulaan, untuk mendapat ruang atau tempat yang sesuai, guru hendaklahmengenal pasti tempat untuk guru berdiri semasa melaksanakan pengajaran. Ini bolehdikenal pasti dengan melihat kedudukan papan tulis dan OHP.

    Rajah 7.1 di bawah adalah salah satu contoh susunan bilik darjah. Perhatikan kedudukanmeja dan peralatan dalam gambar rajah ini.

    Rajah 7.1: Susunan bilik darjah

    (e) Bahan pengajaran untuk pelajar dan guru mudah dan cepat diperoleh. Oleh itu, simpanalat di tempat yang sesuai supaya aktiviti pembelajaran boleh dimulakan dengan segeradan mengurangkan masa untuk persiapan dan mengemas semula.

    (f) Papan Buletin Papan buletin memberikan ruang untuk mempamerkan hasil kerjapelajar, bahan pengajaran yang berkaitan, tugasan, tugasan yang menjadi contoh untukpelajar lain, peraturan, jadual waktu, dan lain-lain lagi. Papan buletin boleh dihias dengankertas berwarna untuk lebih menceriakan bilik darjah. Perlu diingat bahawa kita tidakmeletak terlalu banyak pameran pada dinding bilik darjah kerana ia akan menampakkanbilik darjah itu sesak.

    (g) Penggunaan Ruang - Perabot dan peralatan disusun teratur supaya tidak mengganggupengajaran dan guru boleh melihat keseluruhan kelas. Pelajar juga dapat melihat guru,papan tulis dan layar OHP. Kadang kala guru menghadapi kekangan dari segi ruang.Jika keadaan ini timbul, guru perlu menilai penyesuaian yang boleh dibuat. Jika ruangterlalu kecil, guru boleh mengeluarkan peralatan yang kurang digunakan.

    Meja Guru

    Simpananalat bahan

    Papan BuletinTong sampah

    Tingkap

    Papan Tulis

    Layar OHP

    Pintu

    Pintu

  • 116 OUM

    PENGURUSAN BILIK DARJAH TOPIK 7

    Jawab latihan berikut untuk menguji kefahaman anda.

    7.3 PEMBENTUKAN PERATURAN

    Seperti yang dinyatakan di atas, tugas guru bukan sahaja mengajar, malah mereka jugaseorang pengurus. Guru yang berkesan adalah guru yang memberitahu pelajar peraturankelas pada hari pertama kelas bermula. Peraturan ini hendaklah eksplisit, jelas dan bolehdiikuti. Peraturan dibentuk untuk membantu guru membentuk persekitaran pembelajaran yangproduktif. Peraturan merupakan harapan yang dinyatakan tentang tingkah laku pelajar semasapembelajaran dan seterusnya di sekolah.

    Pengurusan bilik darjah yang baik adalah berdasarkan pemahaman pelajar tentang tingkahlaku yang diharapkan. Peraturan yang dirancang berhati-hati memudahkan guru berkomunikasidengan pelajar tentang peraturan yang perlu diikuti. Pamerkan peraturan dalam bilik darjahsupaya setiap pelajar dapat membacanya.

    Sila lihat contoh peraturan bilik darjah:

    Beratur sebelum masuk kelas.

    Hantar tugasan yang lengkap pada tarikh yang ditetapkan.

    Padamkan kipas dan lampu selepas meninggalkan kelas.

    Beritahu guru atau ketua kelas apabila hendak keluar kelas.

    7.3.1 Merancang Peraturan

    Apabila guru telah mengetahui peraturan sekolah, guru boleh mula merancang peraturanuntuk bilik darjah. Perkara yang perlu diambil kira adalah seperi berikut:

    (a) Elak daripada membuat terlalu banyak peraturan.

    (b) Setiap peraturan ditunjukkan contoh tingkah laku yang diingini.

    (c) Bincang dengan pelajar apa yang guru harapkan daripada peraturan tersebut.Perbincangan dengan pelajar boleh membawa kesan positif kerana membantu pelajarberkelakuan mengikut peraturan.

    (d) Nyatakan dengan jelas tingkah laku yang tidak sesuai dan sering dilakukan oleh pelajarseperti menjerit dan berlari.

    (e) Bincang peraturan ini pada hari pertama kelas.

    Latihan 7.1

    Apakah panduan yang harus diikuti oleh guru dalam menentukankeputusan tentang susunan bilik darjah?

  • OUM 117

    PENGURUSAN BILIK DARJAHTOPIK 7

    (f) Sesetengah guru berbincang dengan pelajar apabila membuat peraturan. Ini adalahuntuk menggalakkan rasa milikan di kalangan pelajar dan mereka akan lebihbertanggung jawab. Penglibatan pelajar boleh dibuat dalam pelbagai bentuk. Contohnya,guru boleh berbincang dengan pelajar seperti menyoal Mengapakah peraturan itu dibuatdan rasionalnya?.

    7.3.2 Ganjaran dan Hukuman

    Perancangan untuk peraturan bilik darjah itu mustahak bagi pengurusan bilik darjah yangbaik. Bagaimanapun, untuk memastikan ia berkesan, pelajar perlu akur dengan peraturanyang telah dibuat. Pelajar akan menerima akibatnya jika peraturan ini tidak diikuti. Akibatnyaialah ganjaran dan hukuman. Ganjaran ialah perkara yang ingin diperoleh pelajar keranapencapaian, usaha, atau tingkah laku yang baik. Hukuman ialah sesuatu yang tidak diinginioleh pelajar, tetapi perlu diberi kepada pelajar kerana tingkah laku yang negatif.

    Guru perlu merancang apabila memberi ganjaran dan hukuman perlu dirancang. Mula-mulaguru perlu menyemak sama ada terdapat dasar sekolah tentang ganjaran dan hukuman,atau sama ada sekolah menyediakan peruntukan untuk memberi ganjaran. Contohnya, jikaguru menjanjikan lawatan sebagai ganjaran kepada pelajar, maka pastikan ada peruntukanuntuk itu.

    Ganjaran dan hukuman hendaklah setimpal dengan tingkah laku pelajar. Ganjaran yangmudah diperoleh akan menghilangkan motivasi pelajar. Hukuman yang terlalu berat akanmenimbulkan kemarahan daripada pelajar dan kritikan daripada ibu bapa. Ganjaran jugaperlu sesuai dengan umur pelajar.

    Ganjaran ada beberapa jenis, antaranya:

    Simbol Simbol dalam bentuk nombor, bintang dan lain-lain. Gred yang baik merupakansimbol yang sangat berkesan kepada hampir semua pelajar kerana ianya merupakanrefleksi yang terus daripada usaha mereka dan pencapaian kerja mereka.

    Pengiktirafan Merupakan cara memberikan perhatian kepada pelajar. Contohnya,mempamerkan kerja pelajar, memberikan pengiktirafan secara lisan kepada tingkahlaku yang baik. Sijil atau pelekat juga adalah salah satu pengiktirafan yang sesuai untuksekolah menengah.

    Aktiviti Membuat aktiviti yang menarik dengan pelajar seperti membuat lawatan.

    Hukuman ada beberapa jenis, antaranya:

    Gred Mengurangkan gred atau markah kepada mereka yang tidak menghantar tugasanpada tarikh yang ditetapkan, atau tugasan tidak kemas dan tidak lengkap.

    Hilang Keistimewaan Contohnya, pelajar yang merosakkan alat tidak diberikebenaran menggunakan alat tersebut.

    Dendaan Dalam bentuk kerja berulang seperti menulis berkali-kali. Hukuman inidigunakan untuk pelajar yang melanggar peraturan kelas dan bukan peraturan yangserius.

    Gantung Sekolah Diberikan kepada pelajar yang melakukan tingkah laku yang kronikseperti terlibat dalam pergaduhan.

  • 118 OUM

    PENGURUSAN BILIK DARJAH TOPIK 7

    7.4 PENGURUSAN TINGKAH LAKU PELAJAR

    Adalah penting untuk guru merespon kepada pelajar dengan cara yang positif. Guru perlumengelakkan daripada hanya memfokus kepada tingkah laku yang negatif sahaja. Dalamusaha untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar, guru perlu mengenal pasti tingkah lakuyang ingin diubah, dan guru perlu memantau tingkah laku berkenaan, perlu tekal denganperaturan yang dibuat dan menguruskan tingkah laku yang negatif.

    7.4.1 Memantau Perlakuan Pelajar

    Untuk memastikan pemantauan berkesan, guru perlu kenal pasti tingkah laku yang perludipantau. Emmer dan rakan-rakan (1989), menyatakan terdapat dua kategori perlakuan yangpenting di dalam bilik darjah, iaitu:

    penglibatan pelajar dalam aktiviti pembelajaran; dan

    pematuhan pelajar kepada peraturan bilik darjah.

    Penglibatan pelajar boleh dilihat melalui pelbagai tingkah laku, termasuk perhatian semasapengajaran, perbincangan dan lain-lain tugasan. Pematuhan pelajar kepada peraturan bilikdarjah mudah dipantau jika guru mempunyai harapan atau jangkaan yang jelas tentang tingkahlaku pelajar dan telah menerangkan kepada pelajar tentang harapan ini.

    Pemantauan tingkah laku pelajar semasa mengajar memerlukan guru berada dalam keadaandi mana guru boleh melihat semua pelajar di dalam bilik darjah berkenaan. Ini boleh dilakukandengan guru bergerak antara barisan pelajar. Ini boleh menambah perhatian pelajar semasapengajaran. Sesetengah guru pula tidak dapat memantau dengan baik kerana ia memfokusatau memberi perhatian kepada beberapa pelajar sahaja.

    Sesetengah guru pula hanya bercakap dengan papan tulis. Oleh itu, guru tidak mengetahuitindak balas pelajar terhadap pengajarannya. Dengan demikian, semasa pengajaran, guruperlu bergerak dan sentiasa aktif. Jika guru dapati ada kekecohan yang melibatkan beberapapelajar dan guru tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku di sebalik kekecohan tersebut, inimenunjukkan yang guru kurang memantau bilik darjah tersebut.

    Apabila pelajar melakukan tugasan individu, pemantauan perlu dibuat dengan guru bergerakdari satu pelajar kepada satu pelajar yang lain untuk mengetahui kemajuan dari semasa kesemasa dan untuk memberikan maklum balas individu berkenaan. Guru tidak sepatutnya hanya

    Apakah ganjaran yang perlu anda berikan kepada pelajar anda danbagaimanakah reaksi mereka terhadap ganjaran tersebut?

    Bagaimanakah cara untuk menguruskan tingkah laku pelajar?

  • OUM 119

    PENGURUSAN BILIK DARJAHTOPIK 7

    menyelia pelajar yang memerlukan bantuan atau yang mengangkat tangan kerana perlukanbantuan. Jika guru berbuat demikian, ini bermakna guru tidak memantau kemajuan kesemuapelajar.

    Memantau tugasan pelajar daripada meja guru atau mana-mana lokasi yang kekal adalahsukar untuk guru melihat tingkah laku pelajar lain. Oleh itu, elakkan daripada menggunakanmasa yang banyak pada satu tempat atau pelajar. Jika guru terpaksa memantau pelajardaripada meja guru, sekali-sekala guru perlu bangun dan berjalan untuk menyelia kemajuanpelajar untuk memastikan mereka mengikut arahan. Elakkan daripada berada agak lamapada seseorang pelajar untuk membantu mereka, kecuali guru boleh memantau pelajardaripada meja pelajar berkenaan. Jika guru berada dalam keadaan demikian, pastikankedudukan meja pelajar itu membolehkan guru membuat pemantauan pelajar yang lain.

    Jika guru terpaksa membuat penyeliaan di meja guru, atau satu lokasi yang tetap, pastikanpelajar tidak berhimpun di sekelilingnya. Ia akan mengganggu pandangan guru kepadakeseluruhan bilik darjah. Sebaliknya, anda hendaklah memanggil seorang pelajar padasesuatu masa.

    Satu teknik memantau pelajar pada peringkat awal membuat tugasan individu ialah:

    pastikan setiap orang memulakan aktiviti;

    pastikan setiap pelajar telah mengeluarkan bahan yang diperlukan di atas meja;

    pastikan mereka memulakan latihan yang pertama atau menjawab soalan yang pertamadi bawah arahan guru; dan

    semak serta bincang dengan semua pelajar. Ini memudahkan anda melihat keseluruhanpelajar telah memulakan tugas dan menentukan sama ada mereka faham apa yangperlu dilakukan.

    Tugas pemantauan yang kritikal ialah menyemak tugasan. Tugasan dikumpulkan dari semasake semasa. Guru hendaklah sentiasa mengemaskini rekod pengredan pelajar supaya dapatmengesan pelajar yang tidak membuat tugasan dengan baik atau yang tidak membuattugasan langsung. Jika anda memberi tugasan yang memerlukan masa yang panjang, semakkemajuan dari semasa ke semasa. Guru boleh memberi skor atau gred pada setiap kemajuantugasan. Guru juga boleh memberikan pelajar senarai semak kemajuan tugasan tersebut.

    7.4.2 Ketekalan

    Di dalam bilik darjah, ketekalan bermakna mengekalkan harapan perlakuan yang sesuai dantidak sesuai dalam aktiviti tertentu; ia juga bermakna bahawa harapan ini adalah untuk semuapelajar dalam semua keadaan (Emmer & rakan-rakan, 1989). Contohnya, jika pelajardikehendaki memakai kot makmal semasa kerja makmal, maka setiap kali kerja makmal,pelajar dikehendaki memakai kot makmal.

    Ketekalan juga digunakan kepada hukuman. Jika pelajar yang lambat memasuki makmaluntuk kelas amali akan didenda, maka semua yang lambat akan didenda walau apa sekalialasan yang diberikan oleh pelajar. Jika guru tidak tekal dengan peraturan, pelajar akanmenguji setakat mana peraturan itu boleh bertahan dengan mengulangi tingkah laku tersebutatau tidak mengikut peraturan untuk menimbulkan hukuman. Perbuatan ini akan merebakdan menyebabkan guru membuang peraturan tersebut atau terpaksa mentoleransi tingkahlaku negatif.

  • 120 OUM

    PENGURUSAN BILIK DARJAH TOPIK 7

    Ketidaktekalan selalunya timbul akibat tiga sumber, iaitu:

    peraturan yang tidak munasabah atau tidak sesuai;

    guru gagal memantau pelajar dengan rapi dan tidak dapat mengesan tingkah laku yangtidak sesuai; dan

    guru tidak merasakan peraturan itu penting dikuatkuasakan.

    Jika guru mendapati pelajar tidak tekal dengan peraturan dan telah menimbulkan masalah,guru boleh melakukan alternatif berikut:

    Peraturan tersebut dijelaskan semula kepada pelajar. Ambil beberapa minit untukmembincangkan masalah dengan semua pelajar dan ulang harapan anda bahawaperaturan perlu diikuti, kemudian dikuatkuasakan.

    Ubah suai peraturan dan kemudian perkenalkan semula.

    Batalkan peraturan dan kalau boleh, ganti dengan peraturan yang lain.

    Alternatif yang anda pilih bergantung kepada keadaan dan kepentingannya dalam sistempengurusan bilik darjah.

    7.4.3 Pengurusan Segera Kepada Tingkah Laku Negatif

    Guru perlu menangani dengan cepat tingkah laku negatif bagi mengelakkan tingkah laku ituberterusan dan merebak. Tingkah laku yang perlu diperhati ialah tingkah laku seperti kurangpenglibatan dalam aktiviti pembelajaran, memanjangkan masa membuat tugasan, tidakmemberi perhatian dan mengelakkan tugasan yang diarahkan oleh guru dan sengajamelanggar peraturan.

    Guru yang berkesan adalah guru yang dapat mengesan tingkah laku pelajar luar-tugas (off-task) dan memberhentikannya sebelum merebak. Adalah tidak bijak jika guru tidak mengambilberat terhadap tingkah laku luar-tugas. Pelajar yang tidak memberi perhatian berterusan akanmenyukarkan pelajar tersebut untuk belajar dan keupayaan mereka untuk menyiapkan tugasanyang diberi. Pelajar yang melanggar peraturan dan gagal mengikut peraturan menyebabkanbanyak masalah yang akan timbul.

    Tingkah laku ini perlu diberhentikan dengan segera. Guru perlu menggunakan penyelesaiansecara tenang kerana ini lebih produktif dan boleh mengelakkan daripada berlakunyakonfrontasi dengan pelajar. Berikut adalah beberapa alternatif:

    Cara Menangani Tingkah Laku Negatif Apabila pelajar luar-tugas, iaitu pelajar yang tidak membuat tugasan, arah semula

    perhatian mereka kepada tugas.

    Contoh:

    Norhayati, anda sepatutnya sudah mula menulis jawapan untuk soalan 1.

    Tan, semua tugasan perlu disiapkan dalam kelas ini.

    Semak kemajuan pelajar beberapa minit kemudian untuk memastikan mereka akan terusmelakukan tugasan yang diberikan.

  • OUM 121

    PENGURUSAN BILIK DARJAHTOPIK 7

    Perhatikan pelajar atau bergerak ke arah pelajar berkenaan. Guna bahasa isyarat sepertijari atau goyangkan kepala untuk membetulkan tingkah laku berkenaan. Pantau sehinggapelajar akur.

    Jika pelajar tidak mengikut peraturan dengan betul, ingatkan pelajar tentang peraturanberkenaan. Nyatakan atau betulkan peraturan atau tanya pelajar jika mereka masihingat lagi peraturan tersebut.

    Tanya atau beritahu pelajar supaya berhenti melakukan tingkah laku negatif. Kemudianpantau sehingga mereka berhenti melakukan tingkah laku berkenaan.

    Kadang-kadang tidak sesuai atau mengganggu aktiviti apabila menguatkuasakan peraturanini dengan segera. Jika ini berlaku, guru hendaklah mencatat atau menyimpan di dalamfikiran berkaitan dengan tingkah laku negatif ini dan teruskan aktiviti sehingga masa yangsesuai tiba untuk membetulkan tingkah laku berkenaan. Kemudian beritahu pelajar apa yanganda lihat telah berlaku dan bincangkan apakah tingkah laku yang sepatutnya. Seboleh-bolehnya, selesaikan masalah tingkah laku negatif secara peribadi. Dengan berbuat demikian,ia mengurangkan tekanan perhatian rakan sebaya dan kurang mengganggu aktiviti yangsedang berjalan.

    RUMUSAN

    Pengurusan bilik darjah yang baik tidak berlaku tanpa perancangan. Pengajaran akan berlakudengan lancar sekiranya bilik darjah mempunyai aktiviti pembelajaran yang tidak adagangguan tingkah laku yang tidak menyenangkan.

    GLOSARI

    Ketekalan Ketekalan membawa maksud mengekalkan harapan perlakuanyang sesuai dan tidak sesuai dalam aktiviti tertentu. Ia jugabermakna bahawa harapan ini adalah untuk semua pelajardalam semua keadaan.

    Pengurusan Bilik Darjah Ia merupakan pengorkestraan kehidupan dalam bilik darjah:merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber,meyusun atur persekitaran untuk memaksimumkankecekapan,memantau kemajuan pelajar dan menjangkakemungkinan masalah.

    UJIAN 1

    Apakah yang dimaksudkan dengan pendekatan autoritarian dan pendekatan permisif? Adakahkedua-dua pendekatan ini susuai diwujudkan dalam bilik darjah?

    UJIAN 2

    Apakah perkara utama untuk mendapatkan susunan bilik darjah yang terbaik? Pada pendapatanda adakah cara anda ini yang terbaik sekali?