pengurusan bilik darjah

14
5 1.0 TAJUK Masalah tingkah laku di kelas 1 Cerdik dan cadangan mengatasinya. 2.0 NAMA PENYELIDIK Ukasyah bin Dzul Bahak 3.0 NAMA SEKOLAH Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Jalan Padang Tembak 36000 Teluk Intan, Perak. 4.0 PENGENALAN 4.1 Pengurusan Bilik Darjah Menurut Anderson (1989), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran. Selain daripada itu, Anderson juga menyatakan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain dan penggunaan masa pembelajaran yang efesien. Pengurusan bilik darjah merupakan isu bagi guru baru yang ditempatkan di sekolah. Murid pada zaman sekarang berlainan daripada murid zaman dahulu, di mana ada yang aktif, hyperaktif, nakal dan kuat bermain atau yang sukar menerima pembelajaran. Mereka ini biasanya menganggu implementasi perancangan pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh hal yang demikian guru hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurusan bilik darjah. Lemlech (1988) pula menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah ialah merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan menjangka kemungkinan masalah. 4.1.1 Konsep Pengurusan Bilik Darjah Pengurusan bilik darjah dapat dikaitkan dengan kaedah-kedah untuk menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah. Ia amat penting dalam

Upload: ukaesyaeh-db

Post on 10-Dec-2014

130 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

pengurusan bilik darjah

TRANSCRIPT

Page 1: pengurusan bilik darjah

5

1.0 TAJUK

Masalah tingkah laku di kelas 1 Cerdik dan cadangan mengatasinya.

2.0 NAMA PENYELIDIK

Ukasyah bin Dzul Bahak

3.0 NAMA SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Jalan Padang Tembak 36000 Teluk

Intan, Perak.

4.0 PENGENALAN

4.1 Pengurusan Bilik Darjah

Menurut Anderson (1989), pengurusan bilik darjah yang berkesan adalah

terdiri daripada tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum

dalam aktiviti pembelajaran. Selain daripada itu, Anderson juga menyatakan

pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah meminimumkan tingkah laku pelajar

yang mengganggu tugas guru dan pelajar lain dan penggunaan masa pembelajaran

yang efesien.

Pengurusan bilik darjah merupakan isu bagi guru baru yang ditempatkan di

sekolah. Murid pada zaman sekarang berlainan daripada murid zaman dahulu, di

mana ada yang aktif, hyperaktif, nakal dan kuat bermain atau yang sukar menerima

pembelajaran. Mereka ini biasanya menganggu implementasi perancangan

pengajaran dan pembelajaran guru. Oleh hal yang demikian guru hendaklah

melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan

pengurusan bilik darjah.

Lemlech (1988) pula menyatakan bahawa pengurusan bilik darjah ialah

merancang kurikulum, mengorganisasi prosedur dan sumber, menyusun atur

persekitaran untuk memaksimumkan kecekapan, memantau kemajuan pelajar, dan

menjangka kemungkinan masalah.

4.1.1 Konsep Pengurusan Bilik Darjah

Pengurusan bilik darjah dapat dikaitkan dengan kaedah-kedah untuk

menangani masalah disiplin di dalam bilik darjah. Ia amat penting dalam

melaksanakannya sebelum memulakan pengajaran sebenar bermula. Pengurusan

Page 2: pengurusan bilik darjah

5

bilik darjah dan pengajaran bukanlah dua aspek berasingan tetapi saling berkait

rapat. Kejian menunjukkkan bahawa pengurusan bilik darjah yang berkesan

membantu murid dalam mencapai keputusan akademik yang lebih tinggi.

Richards (1990) mentafsir pengurusan bilik darjah sebagai organisasi dan

kawalan guru ke atas tingkah laku, pergerakan serta interaksi murid semasa

pembelajaran berlangsung supaya pengajaran dapat dilaksanakan dengan

berkesan.

Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh

didefinasikan sebagai kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber

pembelajaran, peranan dan tingkah laku murid dalam menyediakan suatu iklim yang

sesuai untuk pembelajaran.

Antara kesan yang dapat dilihat daripada pengurusan bilik darjah yang

berkesan ialah menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai, membentuk suasana

pembelajaran yang positif, menjalinkan hubungan interpersonal antara guru-murid

dan murid-murid. Selain itu, ia dapat menggunakan masa yang diperuntukkan untuk

pembelajaran dengan optimum, meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti p &

p, mengurangkan masalah disiplin, pengurusan rutin yang berkesan, murid belajar

mengawal dan menguruskan diri sendiri.

Page 3: pengurusan bilik darjah

5

4.2 Tingkah Laku

4.2.1 Kepelbagaian Tingkah Laku

Tingkah laku bermasalah di kalangan murid-murid bukan sahaja merujuk

kepada tingkah laku bermasalah negatif semata-mata tetapi juga merangkumi

tingkah laku bermasalah positif iaitu seperti tingkah laku ingin tahu, cepat belajar,

pintar cerdas dan proaktif.

Tingkah laku bermasalah terbahagi kepada tingkah laku disruktif (anti-sosial),

distruktif (mengganggu) dan bergantung. Tingkah laku masalah bergantung ialah

seperti hyperactive, bimbang, murung, pengunduran diri dan pengasingan diri.

4.2.1.1 Tingkah Laku Masalah Disruptif

Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku disruptif merupakan tingkah

laku yang mengganggu dan membahayakan orang lain seperti hiperaktif, kelakuan

nakal, bising, bergerak sesuka hati, ketawa kuat dan agresif sama ada secara lisan

atau fizikal. Manakala Kerr & Nelson (1998) dalam Nora Mislan (2007) pula

menyatakanperlakuan disruptif sebagai apa sahaja perlakuan yang mengganggu

proses pembelajaran yang sedang berlangsung di dalam bilik darjah. Cara-cara

tingkah laku disruptif ini termasuklah untuk mendapat perhatian tidak kira positif atau

negatif, mengelak dari melakukan tugasan, berkelakuan agresif dan kasar.

Tiwi Kamidin (2004) menjelaskan bahawa individu yang mempunyai tingkah

laku disruptif akan sentiasa menganggu dan menjejaskan kelicinan perjalanan

pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku menganggu ini bukan sahaja berlaku di

dalam bilik darjah tetapi juga di luar bilik darjah sama ada terhadap adik beradik atau

rakan sebaya. Jika tidak dikawal, tidak mustahil tingkah laku tersebut membawa

kepadatingkah laku distruktif dan aspek balas dendam, tidak puas hati dan

sebagainya. Jenis-jenis tingkah laku disruptif antaranya termasuklah hiperaktif,

terlalu membuat bising, pergerakan melampau, menganggu rakan sebaya, gelak

terbahak-bahak serta menunjukkan keagresifan fizikal seperti tolak-menolak.

Page 4: pengurusan bilik darjah

5

4.2.1.2 Tingkah Laku Masalah Distruktif

Menurut Mok Soon Sang (2003), tingkah laku distruktif merupakan tingkah

laku anti sosial yang amat merbahaya kerana pelaku bukan sahaja melakukan

aktiviti jenayah tetapi juga mengancam keselamatan orang lain dan kemudahan-

kemudahan sekolah. Sikap agresif mereka dapat dilihat dalam bentuk tingkah laku

merosakkan sama ada melalui sindiran atau perbuatan fizikal seperti tumbuk-

menumbuk, bergaduh, melukai atau menyakiti seseorang yang lain dan hal ini boleh

membawa kepada permusuhan nyata, dan vandalisme. Pelaku juga mungkin

bertindak agresif kepada pihak lawan akibat rasa tidak puas hati, benci, marah atau

dendam.

Zirpoli & Melloy (2001) dalam Nora Mislan (2007) menjelaskan bahawa

tingkahlaku distruktif boleh berlaku tidak kira sama ada secara lisan, bukan lisan

atau fizikal yang boleh mencederakan orang lain secara sengaja ataupun tidak.

Dipercayai semua bahasa badan yang ditunjukkan oleh pelajar untuk kesemua

tingkah laku yang distruktif dan agresif ini menunjukkan kemarahan, keberangan,

kekecewaan, kehinaan atau sebagainya yang menyebabkan kelakuan distruktif .

Ciri-ciri pelajar yang distruktif secara lisan ialah memberi arahan secara kasar

kepada orang lain, mengejek dan mengkritik kerja orang lain. Manakala ciri-ciri

pelajar yang distruktif secara fizikal pula ialah menendang, memukul, meludah,

menggigit, merampas, melempar dan bergaduh.

Tiwi Kamidin (2004) berpendapat bahawa tingkah laku distruktif sering

berlaku dikalangan pelajar berusia 10 hingga 15 tahun. Kebiasaannya tingkah laku

distruktif dikalangan pelajar pada usia 15 tahun dianggap membahayakan kerana

berkemungkinan besar mengakibatkan kecederaan pada individu yang dimusuhi.

Sekiranya melibatkan kumpulan gengster, ia akan menyebabkan kes gangsterisme

seperti kejadian pukul bukan sahaja didalam bahkan di luar sekolah. Hal ini mungkin

berpunca daripada konflik keluarga, terpengaruh dengan suasana persekitaran,

keganasan yang dilihat daripada televisyen, bergaul dengan pelajar yang nakal yang

bertujuan ingin mendapatkan perhatian.

Page 5: pengurusan bilik darjah

5

4.2.1.3 Tingkah Laku Masalah Bergantung

Menurut Tiwi Kamidin (2004), tingkah laku bermasalah juga mungkin

berbentuk pergantungan berlebihan yang menunjukkan murid tidak dapat berdikari

sebaliknya amat bergantung kepada orang lain dan kumpulannya. Tingkah laku

bermasalah ini biasanya berlaku di kalangan kanak-kanak yang berumur sepuluh

tahun ke bawah tetapi ada kalanya berlarutan sehingga usia remaja. Mereka mudah

berasa cemas, takut, bimbang, tertekan dan tidak tahu apa yang dilakukannya jika

tidak berada disamping orang yang diharapkan.

Antara simptom-simptom yang ditunjukkan oleh murid yang mempunyai

tingkah laku masalah bergantung adalah seperti sukar untuk membuat keputusan

seharian tanpa mendapatkan nasihat dan jaminan dari orang lain, memerlukan

orang lain untuk bertanggunjawab ke atas kebanyakan perkara dalam kehidupan,

tidak berani untuk mengambil sesuatu tindakan kerana kekekurangan keyakinan diri

dan tidak yakin akan kebolehan diri, mengambil langkah yang berlebih-lebihan untuk

mendapatkan sokongan dari orang lain sehinggakan sanggup melakukan apa

sahaja walaupun ia sesuatu yang dak baik, merasa tidak selesa atau lemah apabila

bersendirian kerana takut tidak dapat menjaga diri sendiri dan sebagainya.

Selain itu, murid yang mempunyai tingkah laku masalah bergantung biasanya

mudah mengikut percakapan orang lain dan dipengaruhi. Pendirian mereka juga

kurang tegas khasnya apabila berkaitan dengan sesuatu pendapat Hal ini akan

menimbulkan masalah pembentukan personaliti dan kendiri diri khasnya apabila

mudah dipengaruhi oleh orang lain. Kesannya mungkin akan menimbulkan tingkah

laku bermasalah yang lebih agresif seperti disruptif atau distruktif akibat terlalu

bergantung kepada kumpulan gengster. Kebanyakan individu yang mempunyai

masalah tingkah laku bergantung merupakan seorang yang pendiam, tidak aktif,

rendah diri, selalu mengalami kebimbangan dan tekanan. Ia mungkin berpunca

daripada sikap ibu bapa yang mengamalkan perlindungan terlampau, suasana

rumah tangga yang tegang, autokratik dan tidak mempercayai kanak-kanak.

Page 6: pengurusan bilik darjah

5

5.0 HASIL KAJIAN

5.1 Masalah Tingkah Laku Yang Timbul Dalam Bilik Darjah

Semasa melakukan pemantauan di kelas 1 Cerdik, saya berjaya

mengenalpasti beberapa masalah tingkah laku yang telah mengganggu proses

pengajaran dan pembelajaran. Guru kelas bagi kelas ini ialah Puan Fadzilah binti

Zakaria yang telah mempunyai pengalaman selama 8 tahun mengajar di Sekolah

Kebangsaan Sultan Abdul Aziz, Jalan Padang Tembak 36000 Teluk Intan, Perak.

Antara masalah tingkah laku dapat dikenalpasti ialah terdapat murid yang

suka mengganggu rakan yang sedang menumpukan perhatian untuk belajar. Antara

gangguan yang dilakukan ialah mencubit badan rakan, menyepak kaki rakan,

mencucuk rakan dengan pensel, membaling getah pemadam ke arah rakan, bising

di dalam kelas, tidak membawa buku latihan ke sekolah dan tidak menyiapkan kerja

rumah yang diberikan. Selain itu, terdapat juga murid yang menconteng baju rakan,

kerap ke tandas dan bergaduh semasa guru sedang mengajar.

Dalam masa yang sama, saya mengenalpasti cara yang digunakan oleh Puan

Fadzilah untuk mengatasi masalah tingkah laku yang berlaku di dalam kelasnya.

Sebagai contoh, bagi murid yang mengganggu rakan semasa belajar, beliau akan

memberi amaran, “Devan, jangan ganggu kawan awak yang hendak belajar. Jika

awak berkelakuan sedemikian lagi, saya akan bawa awak berjumpa dengan En.

Mustapha (guru disiplin)”. Namun demikian, Puan Fadzilah tidak melaksanakan apa

yang beliau telah cakapkan. Hal ini membuatkan murid keliru dengan jangkaan dan

tindakan guru.

Selain daripada itu, antara masalah yang ditimbulkan oleh murid ialah tidak

menyiapkan kerja rumah. Kepada murid yang tidak menyiapkan kerja rumah yang

telah diberikan, Puan Fadzilah memberitahu agar menyiapkan kerja rumah terlebih

dahulu sebelum dibenarkan pulang. Dalam hal ini, beliau bersifat tidak tegas

terhadap murid yang tidak menyiapkan kerja rumah. Hal ini dapat dilihat apabila

murid merayu, “Cikgu, ibu/bapa saya dah tunggu di luar. Nanti saya siapkan kerja

rumah ni”. Dengan rasa belas kasihan, beliau memberi peluang dan membenarkan

murid tersebut pulang.

Page 7: pengurusan bilik darjah

5

Semasa melakukan pemerhatian, saya juga mendapati bahawa terdapat

beberapa faktor utama berlakunya masalah tingkah laku di dalam bilik darjah. Antara

faktornya ialah kebosanan. Hal ini kerana kegagalan guru dalam menyampaikan

aktiviti bilik darjah yang menarik, menetapi masa, mencabar dan relevan. Selain itu,

faktor lain ialah keupayaan menjalankan tugasan yang diberikan guru. Hal ini

mungkin disebabkan ianya terlalu sukar, dinyatakan dalam bahasa yang tidak sesuai

atau tidak jelas arahan yang diberikan.

Faktor lain yang dapat saya kenalpasti ialah tahap akademik yang rendah

dalam kalangan murid. Murid juga dilihat kurang keyakinan terhadap diri sendiri

kerana kemungkinan mereka pernah menghadapi kegagalan.

5.2 Hasil Temu Bual dan Pemantauan Dengan Guru

Selepas melakukan pemantauan di kelas 1 Cerdik, saya telah menemubual

guru kelas tersebut, Puan Fadzilah binti Zakaria. Di samping mengenalpasti masalah

tingkah laku murid kelas tersebut, saya juga berhasrat untuk mengenalpasti masalah

tingkah laku yang paling kritikal.

Hasil daripada temu bual tersebut dapat dikenal pasti bahawa masalah paling

kritikal atau paling sukar dikawal ialah bergaduh. Berdasarkan apa yang dinyatakan

oleh guru kelas tersebut, antara punca berlakunya pergaduhan di dalam bilik darjah

ialah terdapat murid yang suka mengganggu rakan lain yang berminat untuk

mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang di sampaikan oleh guru. Hal ini

menyebabkan murid yang diganggu berasa tidak selesa dan apabila tahap

kesabaran telah hilang, maka tercetuslah pergaduhan di dalam bilik darjah.

Bagi mengatasi masalah tingkah laku tersebut (bergaduh), Puan Fadzilah

menyatakan bahawa beliau akan mencari punca bagaimana sesuatu pergaduhan

boleh berlaku. Hal ini penting kerana jika beliau membuat silap membuat percaturan

dalam menyelesaikan masalah tersebut, maka beliau akan menghadapi masalah

yang jauh lebih berat pada masa akan datang. Oleh hal yang sedimikian, seorang

guru harus tenang, sabar, kawal perasaan ketika marah dan elakkan daripada

berasa tertekan.

Semasa proses temu bual dijalankan, Puan Fadzilah turut menyatakan

bahawa murid-murid tahap 1 tidak menyimpan dendam kepada guru sekiranya guru

Page 8: pengurusan bilik darjah

5

menegurnya atau memarahinya. Beliau berpendapat bahawa murid-murid tahap 1

lebih mudah dijaga berbanding dengan murid tahap 2 yang sudah pandai

berdendam sehingga berani mengancam guru yang memarahinya.

Puan Fadzilah juga menyatakan bahawa masalah tingkah laku yang berlaku

merupakan suatu fitrah bagi murid-murid yang sentiasa inginkan perhatian dan suka

bermain. “Oleh hal yang demikian, sebagai seorang guru harus memahami dan

mempunyai sikap sabar yang tinggi dan tenang menghadapai sebarang situasi yang

memerlukan guru untuk membuat keputusan yang tepat”, kata beliau.

6.0 CADANGAN DAN LANGKAH PENYELESAIAN MASALAH TINGKAH LAKU

BERDASARKAN MODEL DISIPLIN ASERTIF CANTER

Setelah melakukan pemerhatian di dalam bilik darjah, temu bual dan

pemantauan dengan guru, saya berjaya mengenalpasti masalah tingkah laku yang

paling kritikal di kelas 1 Cerdik iaitu bergaduh. Bagi menangani masalah tingkah laku

tersebut, saya mencadangkan model yang sesuai digunakan bagi masalah yang

dihadapi oleh Puan Fadzilah ialah Model Disiplin Asertif Canter.

Model Disiplin Asertif Canter telah menggariskan tiga jenis guru iaitu guru

yang agresif, guru yang tidak asertif dan guru asertif. Secara ringkasnya, guru yang

agresif lebih bersifat autokratik, menunjukkan kuasa dan tidak bertolak ansur. Guru

tidak asertif pula menggunakan pendekatan pasif, tidak konsisten dan mengelirukan.

Namun berlainan dengan guru asertif, ia jelas dengan matlamat pengurusan, yakin

dan tegas dalam menetapkan peraturan. Pada masa yang sama, guru asertif

mengambil berat dan berlaku adil kepada semua murid.

Berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang telah saya lakukan, saya

dapati bahawa guru kelas 1 Cerdik, Puan Fadzilah binti Zakaria boleh dikategorikan

sebagai guru tidak asertif. Oleh hal yang demikian, untuk menangani masalah

tersebut beliau perlu bertukar kepada guru yang asertif.

Menurut Canter, murid-murid memilih untuk bertingkah laku. Oleh itu, guru

perlu menyediakan persekitaran pembelajaran yang dapat membantu murid memilih

Page 9: pengurusan bilik darjah

5

tingkah laku yang sesuai dan bermanfaat. Guru perlu memberikan perhatian yang

positif kepada murid-murid, berinteraksi dengan murid-murid yang menunjukkan

salah laku dan mewujudkan hubungan saling mempercayai dan menghormati antara

satu sama lain. Konsep utama Model Disiplin Asertif Canter ialah guru mempunyai

hak untuk mengajar tanpa gangguan dan murid mempunyai hak untuk belajar dalam

keadaan selamat dan selesa.

Bagi Puan Fadzilah, beliau boleh menggunakan cara yang disarankan oleh

Canter. Canter mencadangkan guru perlu membuat perancangan disiplin secara

bertulis dan formal yang menyatakan dengan jelas peraturan dan rutin, pengiktirafan

dan akibat daripada salah laku. Contohnya, “Latihan yang sudah siap hantar kepada

guru dan dapatkan latihan pengayaan”.

Canter juga mencadangkan pengiktirafan kepada murid. Pengiktirafan

merujuk kepada perhatian khusus yang diberikan guru apabila murid menunjukkan

tingkah laku yang diingini. Di sini dapat dilihat bahawa pengiktirafan sangat sesuai

diberikan kepada murid kelas 1 Cerdik yang “suka” bergaduh khususnya agar dapat

meningkatkan konsep kendiri dan keyakinan diri murid. Antara cara memberikan

pengiktirafan ialah memberikan galakan, menghargai tingkah laku murid,

memberikan komen positif dan memaklumkan tingkah laku murid yang baik kepada

ibu bapa.

Untuk menangani masalah pergaduhan dalam bilik darjah, akibat dan

tindakan pembetulan boleh dikenakan kepada murid yang mengganggu murid-murid

lain yang ingin belajar. Walaupun pembetulan akan menimbulkan rasa kurang

selesa kepada murid, namun tindakan tersebut perlu diberitahu bahawa disebabkan

tingkah laku yang ditunjukkan oleh mereka bercanggah dengan peraturan yang telah

ditetapkan. Sekiranya guru akan gagal menyediakan suasana pembelajaran yang

kondusif kepada murid-murid sekiranya tidak mengambil tindakan ke atas tingkah

laku yang mengganggu pembelajaran tersebut.

Apabila berlaku salah laku di dalam bilik darjah khususnya melibatkan

pergaduhan, Canter menasihatkan guru membuat hierarki disiplin kengikut

keutamaan beserta tindakan pembetulan/akibat yang akan dikenakan. Setiap

tindakan menjadi semakin serius daripada sebelumnya.

Page 10: pengurusan bilik darjah

5

Rajah 3 : Hierarki Tindakan Pembetulan Canter

Untuk melaksanakan hierarki disiplin yang berkesan, guru perlu merekodkan

kesalahan dengan menggunakan senarai nama murid.

Contohnya :

Kesalahan

Nama MuridA B C

John // //

Sara // /

kali pertama murid bergaduh - "John, perturan kita ialah JANGAN BERGADUH. Ini ialah amaran

daripada saya".

kali kedua/ketiga murid bergaduh - "John, perturan kita ialah JANGAN BERGADUH! Awak telah

memilih untuk time out 5 minit di belakang kelas".

kali keempat murid bergaduh - "John, awak tahu perturan kelas kalau menggganggu rakan. Awak telah memilih untuk menelefon ibu awak" Telefon

ibu John dan lebih berkesan sekiranya John memberitahu tentang salah laku yang dibuat.

kali kelima John masih bergaduh - "John, perturan kita ialah JANGAN BERGADUH. Awak telah

memilih untuk berjumpa dengan GURU BESAR".

Tingkah laku melampau! kadang-kadang ada murid menunjukkan tingkah laku disruptif yang melampau.

"John, menumbuk/menyepak rakan adalah tidak dibenarkan di dalam kelas ini. Awak telah memilih untuk

berjumpa dengan GURU BESAR sekarang juga. Kita akan berbincang kemudian".

Page 11: pengurusan bilik darjah

5

Petunjuk :

A – berlari di dalam kelas

B – bercakap semasa guru sedang mengajar

C – bergaduh di dalam kelas

/ - bilangan kesalahan yang dilakukan

Walau bagaimanapun ada beberapa kelompok kecil murid yang memerlukan

pertimbangan tambahan. Kolompok ini ialah murid-murid yang sukar dibimbing.

Mereka adalah murid selalu menunjukkan kelakuan disruptif (bergaduh khususnya),

senang memberontak, memerlukan perhatian dan tidak bermotivasi. Mereka akan

mencabar guru, melanggar peraturan yang boleh mengakibatkan stress, putus asa

dan kemarahan kepada guru. Sebenarnya mereka sangat memerlukan perhatian

dan pertimbangan daripada guru.

Antara cadangan Canter untuk menangani murid-murid ini ialah dengan

mendekati mereka dan cuba dapatkan kepercayaan mereka terhadap guru. Kedua,

berikan perhatian dan keperluan yang diperlukan oleh murid-murid ini yang tidak

didapati sebelum ini. Ketiga, cari jalan dan berusaha untuk berkomunikasi lebih

kerap dengan murid-murid yang sukar ini.

Page 12: pengurusan bilik darjah

5

7.0 KESIMPULAN

Guru yang berkualiti mempunyai wawasan yang jelas, daya kreativiti, serta

peka terhadap segala perubahan yang dikehendaki oleh pengurusan atasan supaya

tidak berlaku pembaziran waktu disebabkan berlakunya pemantauan yang efektif.

Guru yang berwibawa sentiasa berfikir kaedah bagi mencapai pengurusan bilik

darjah yang cemerlang, diantara perkara utama yang harus dipandang berat ialah

memahami amanah yang diberikan padanya dalam kerjayanya sebagai pendidik.

Tugas guru bukan sahaja mendidik malahan lebih daripada itu sekiranya matlamat

utama yang ingin dicapainya adalah melahirkan modal insan yang berkualiti dan

berjaya didunia dan akhirat.

Oleh itu, semua guru dan bakal guru haruslah menitikberatkan apa yang

berkaitan dengan pengurusan bilik darjah dari segala aspek agar matlamat dan

objektif pendidikan dapat dicapai. Insya-Allah.

Page 13: pengurusan bilik darjah

5

8.0 RUJUKAN

Page 14: pengurusan bilik darjah

5

9.0 LAMPIRAN