pengolongan kata

10
Pengolongan Kata menurut Nik Safiah Karim dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsinya. Pengolon ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria seperti keserupaan dari aspek fonologi ata bunyinya, struktur morfem, struktur sintaksis dan juga kriteria semantik. Terdapa pemahaman yang telah dibuat oleh beberapa orang penahu bahasa yang berbeza berkait dengan kelompok penggolongan kata. Tatabahasa Dewan ( 1996 ) telah mengkategorikan bentuk golongan kata kepada 4 bahagian iaitu : a) Golongan Kata ama b) Golongan Kata Kerja !) Golongan Kata "djektif d) Golongan Kata Tugas. a) Golongan Kata Nama : Kata nama adalah merujuk kepada sejumlah perkataan yang menjadi unsur utama dalam b frasa. #azimnya, kata nama menerangkan nama orang, benda atau konsep. Kata nama dikategorikan kepada $ jenisiaitu kata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama .Kata nama khas ialah kata nama yang merujuk kepada nama orang dan nama sesuatu benda yang ditulis dengan ejaan huruf besar dipangkal perkataan. Kata nama am pula merujuk kepada benda, orang atau perkara yang umum sifatnya. %anakala kata ganti nama pula terbahagi kepada kata ganti nama diri yang merujuk orang dan kata ganti nama tunjuk menerangkan benda atau perkara yang dirujuk. &iri'!iri yang boleh dikesan pada kata kata nama boleh didahului dengan pendojoh bilangan dan boleh dibilang. (elain itu, dapat dirangkaikan bersama frasa adjektif agar lebih jelas maksudnya. Proses pengim nama bersama imbuhan a alan *pe+ dan akhiran * an+ dapat digabungkan untuk menghas suatu kata yang lebih jelas maknanya. Golongan Kata Kerja : Kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur utama dalam pembinaan sesuatu frasa k bolehdisertai oleh beberapa unsur lain seperti kata bantu,objek , pelengkapdan keterangan. Zaaba - /0 ) menjelaskan kata kerja sebagai satu penerangan tentang per

Upload: norhayati-ahmad-osman

Post on 06-Oct-2015

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Pengolongan KatamenurutNik Safiah KarimdalamTatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan fungsinya. Pengolongan kata ini dibuat berdasarkan beberapa kriteria seperti keserupaan dari aspek fonologi atau bunyinya,struktur morfem, struktur sintaksis dan juga kriteria semantik. Terdapat beberapa pemahaman yang telah dibuat oleh beberapa orang penahu bahasa yang berbeza berkaitan dengan kelompok penggolongan kata.Tatabahasa Dewan ( 1996 )telah mengkategorikan bentuk golongan kata kepada 4bahagian iaitu :

a) Golongan Kata Nama

b) Golongan Kata Kerja

c) Golongan Kata Adjektif

d) Golongan Kata Tugas.

a)GolonganKata Nama:

Kata nama adalah merujuk kepada sejumlah perkataan yang menjadi unsur utamadalam binaan frasa. Lazimnya,kata nama menerangkan nama orang, benda atau konsep. Kata nama boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitukata nama khas, kata nama am dan kata ganti nama .Katanama khasialah kata nama yang merujuk kepada nama orang dan nama sesuatu benda yang ditulis dengan ejaan huruf besar dipangkal perkataan.Kata nama ampula merujuk kepada benda, orang atau perkara yang umum sifatnya. Manakalakata ganti namapula terbahagi kepada kata ganti nama diri yang merujuk orang dan kata ganti nama tunjuk yang menerangkan benda atau perkara yang dirujuk. Ciri-ciri yang boleh dikesan pada kata nama ialah kata nama boleh didahului dengan pendojoh bilangan dan boleh dibilang. Selain itu, kata nama dapat dirangkaikan bersama frasa adjektif agar lebih jelas maksudnya. Proses pengimbuhan kata nama bersama imbuhan awalan peN dan akhiran wan dapat digabungkan untuk menghasilkan suatu kata yang lebih jelas maknanya.

GolonganKata Kerja:

Kata kerja ialah perkataan yang menjadi unsur utama dalam pembinaan sesuatu frasa kerja dan boleh disertai oleh beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek , pelengkap dan keterangan.Zaaba( 1965 ) menjelaskan kata kerja sebagai satu penerangan tentang perbuatan atau mengerjakan sesuatu. Kata kerja diabagikan kepada 2 kategori iaitu ; kata kerja tidak transitif dan kata kerja transitif

Kata Kerja TransitifKata Kerja Tidak Transitif

Kata kerja transitif aktif-mengumumkan-memuaskan-memansuhkan-mengunakan-memperbaiki-melakukan-menyarankanKata kerja tidak transitif berpelengkap-memadai-dipantau-dibuat-dikekalkan

Kata kerja transitif pasif-diguna-ditangani-disediakanKata kerja tidak transitif tanpa pelengkap-peperiksaan-berkemahiran-dimansuhkan

c)Golongan Kata Adjektif

Kata adjektif yang juga dikenali sebagai kata sifat merupakan unsur utama dalam frasa adjektif. Kata adjektif berfungsi untuk menerangkan sifat atau keadaan sesuatu frasa nama dan mudah dikenali kerana kata adjektif ini boleh disertai dengan akat penguat sebagai katahadapannya. Kata penguat yang boleh digunakan bersama kata adjektif ialahamat, sangat, sungguh, palingataunian. Selain itu, imbuhan awalan ter dan sesesuai digunakan diawal kata adjektif bagi menerangkan maksud yang lebih jelas.Contoh : terbaik, terkaya, seharum, secantik. Frasa adjektifboleh digandakan dengan kata awalan se dan akhiran nya unutk menjelaskan maksud yang lebih bermakna. Contoh : sedalam-dalamnya , setinggi-tingginya.

Selain itu, kata adjektif juga boleh disertai kata nafi seperi bukan atau tidak. Berdasarkan kenyataan yang dibuat olehNik Safiah KarimdalamTatabahasa Dewan, kata adjektif dapat dikelaskan kepada 9 jenis. Namun begitu, hasil daripada kajian yang dibuat pada bahan teks ini, kata adjektif yang digunakan oleh penulis hanya menyentuh sebahagian kecil jenis kata adjektif sahaja.

Contoh-contoh kata adjektif yang diperolehi dari teks ialah :

Jenis kata adjektifContoh kata adjektif

Kata adjektif keadaanBerjaya/moden/

Kata adjektif warna(tiada dalam teks )

Kata adjektif ukuranMendalam/depan/

Kata adjektif bentuk( tiada dalam teks )

Kata adjektif waktuBaru/

Kata adjektif jarak( tiada dalam teks )

Kata adjektif caraTeliti/

Kata adjektif perasaanKasih/yakin/

Kata adjektifpancaindera( tiada dalam teks )

d)Golongan Kata Tugas

Lazimnya kata tugas akan hadir dalam ayat, klausa atau frasa. Kata tugas berfungsi sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar, pemeri dan tugas-tugas agar struktur dan maksud ayat menjadi lebih bermakna dan jelas. Secara ringkasnya kata tugas dapat dikelompokkan kepada 4 fungsi utama iaitu :

a)Kata Penyambung Ayat

b)Kata Praklausa

c)Kata Prafrasa

d)Kata Pascakata

Berikut adalah contoh-contoh kata tugas yang diperolehi daripada bahan kajian:

Kata tugasContoh kata tugas

Kata penyambung ayat-Kata hubung gabungan-Kata hubung pancangan-dan/atau/sebaliknya/ kemudian/-yang/kerana/supaya/untuk/sebelum/selepas/walaupun / namun /selain itu/

Kata praklausa-kata seru-kata tanya-kata perintah-kata pembenar-kata pengkal ayat( tidak ada dalam teks )

Ayat prafrasa-kata bantu-kata penguat-kata penegas-kata nafi-kata pemeri-kata sendi nama-kata arah-kata bilangan-kata adverba-telah/ hendak/ akan/-agak/-apatah/-tidak/bukan-ialah/adalah/-di/ke/dari/ untuk/pada / bagi/-sudut/-Semua/beberapa/-( tiada dalam teks )

Kata pascakata-Kata penekan-Kata pembenda-tentunya/sebaliknya-calonnya/

3.2Aspek Sintaksis

Dalam bahasa Melayu sintaksis merupakan peringkatpembentukan konstruksi ayat yang melahirkan ayat-ayat gramatis. Setiap binaan ayat terhasil daripadasatu gabungan dan susunan unit-unit kecil rangkaikata yang terdiri daripada 2 unsur iaitu frasa dan klausa ataupun dikenali sebagai subjek dan pradiket . Unsur-unsur yang terdapat dalam subjekialah Frasa Nama manakala unsur-unsur yang terdapat dalam pradiket ialah Frasa Kerja, Frasa Sendi Nama, Frasa Adjektif atau Kata Tugas yang menjadi penerang kepada unsur subjek.

Contoh :EncikAhmadiamatrajindancekapdalamtugasnya.

(Subjek=Frasa nama)( Pradiket = keterangan )

3.2.1Ragam Ayat

Binaan ayat yang lengkap dan gramatis adalah tertakluk kepada satuayat dasaryang menjadi sumber kepada pembentukan semua jenis ayat yang lain . Jenis ayat-ayat lain ialahayat terbitaniaitu pola ayat yang lebih kompleks dan panjang kerana ditambah dengan unsur-unsur frasa pada subjek dan pradiketnya. Terdapat 2 jenis ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.Ayat aktifialah ayat yang mengutamakan subjek asal sebagai unsur diterang dan menjadikan kata kerja sebagai penerang unsur subjek.Ayat pasifpula mengutamakan subjek terbitan sebagai unsur diterang .

Hasil daripada analisis yang dibuat, teks ini tidak mengandungi ayat-ayat pasif. Walau bagaimanapun, contoh-contohayat aktif yang masih boleh diperolehi daripada teks ini.

Ayat aktif:

a)Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran mengumumkan bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukan sedikit penambahbaikan.

Subjek ( Frasa nama )Kata KerjaPradiket (Keterangan)

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkapMenteri Pelajaran-mengumumkan-bahawa UPSR akan dikekalkan dengan melakukansedikit penambahbaikan

b)Kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia akan memastikan aspek integriti pentaksiran supaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah.

SubjekKata kerjaKeterangan 1Keterangan 2

Kementerian melalui Lembaga Peperiksaan Malaysiaakan memastikanaspek integriti pentaksiransupaya tiada sekolah mengamalkan sikap pilih kasih terhadap mana-mana calon dalam pemberian markah.

c)Kementerian Pelajaran turut melakukan ujian perintis membabitkan 50 buah sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalu bagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu.

SubjekKata kerjaKeterangan 1Keterangan 2

Kementerian Pelajaranturut melakukanujian perintis membabitkan 50 buah sekolah pada 2008 dan 500 lagi tahun lalubagi melihat kesesuaian cadangan yang bakal dilaksanakan itu.

3.2.2Jenis-jenis Ayat

Dalam bidang sintaksis, kajian yang dibuta bukan sahaja kepada ragam ayat malah meliputi struktur dan jenis-jenis ayat. Secara umumnya, jenis ayat terbahagi kepada 4 jenis. Ayat-ayat yang berbeza ini memberi penjelasan dan perbezaan dari aspek intonasi dan fungsinya. Jenis ayat yang dimaksdkan ialah ayat penyata, ayat tanya , ayat seru dan ayat perintah.

a)Ayat penyata

Ayat penyata diucapkan untuk membuat sesuatu penyataan atau mengemukakan keterangan tentang sesuatu perkara.Oleh itu, ayat penyata juga dikenali sebagai ayat keterangan.Contoh:

i)Jiran saya seorang lelaki berbangsa Cina.

ii)Mereka datang bertiga.

iii)Saya tidak akan hadir.

b)Ayat Tanya

Ayat tanya pula diucapkan dengan intonasi yang berbeza jika dibandingkan dengan ayat oenyata kerana ayatbtanya diakhiri dengan tanda soal. Fungsi ayat ini ialah untuk menyoal ataumengemukan pertanyaan dan jugamendapatkan maklumat yang diperlukan.Ayat tanya boleh digunakan tanay atau tanpa kata tanya. Contoh ayat tanya ialah :

a)Siapakah yang datang bersama awak ?

b)Apa khabar ? Sihat ?

c)Lukisan ini berharga seribu ringgit ?

d)Ayat Seru

Ayat seru pula ialah ayat yang menggunakan tanda seru dikahir ayat dankata seru dipangkal ayat untuk menyatakan sesuatu perkara yang mengambarkan perasaan.Ayat seru dilafazkan dengan nada yang menggambarkan perasaan seperti marah, terkejut, hairan, sedih dan sebagainya. Contoh:

a)Oh, Tuhanku !

b)Amboi, berseri-seri dari tadi !

c)Eh, awak lagi !

d)Ayat Perintah

Ayat perintah sering digunakan dalam memberikan arahan dan perintah kepada seseorang. Fungsi ayat ini ialah untuk menimbulkan sesuatu tindakan . Ayat perintah diucapkan dalam bentuk suruhan, larangan, silaan atau permintaan . Contohnya :

a)Jangan pijak rumput.

b)Sila datang lagi.

c)Tolong matikan suiz.

Analisis yang dibuat ke atas bahan teks menunjukkan penulis lebih banyak mengguna ayat jenis ayat penyata dan tidak terdapat jenis ayat seru, perintah mahu pun ayat tanya..Contoh ayat penyatayang dikesan dalam bahan kajian ialah :

a)Berikutan keputusan itu, mulai 2016 UPSR akan menggunakan format baru denganbeberapa penambahbaikan dari segi bentuk dan komposisi subjek.

b)Pelajar, guru dansekolah adalah pihak yang terbabit secara langsung dalam memastikan berjaya atau gagalnya pelaksanaan perunahan baru yang dicadangkan itu.

c)Pendidikan adalah proses membangunkun insan sebab itu setiap perubahan memerlukan perancangan teliti kerana jika tersilap langkah ia bukan hanya menjejaskan masa depan rakyat, malah kemajuan negara juga boleh terancam.

d)Teka-teki mengenai kedudukan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dan Penilain Menengah Rendah sudah pun terjawab.

e)Antara perubahan yang dicadang termasuklah mengambil kira bidang utama dengan 60 peratus penggredan berasaskan akademik terpilih dan selebihnya berteraskan aktiviti kokurikulum atau sivik.

3.0Refleksi DaripadaAnalisis.

Satu analisis dan kajian tentang morfologi dan sintaksis telah dihasilkan berdasarkankepada petikanMinda Pengarangyang bertajukSistem Baru Ganti PMR Mampu Kurangkan Tekanan Peperiksaandiambil dariBerita Harianbertarikh 11 Oktober 2010. Setelah dibuat penelitian dan kajian , teks ini boleh diangkat sebagai satu hasil penulisan yang sesuai untuk bacaan umum khasnya golongan pelajar ataupun bukan pelajar. Ini adalah kerana keterangan isi kandungannya yang jelas dan disokong pula oleh penggunaan kata dan struktur ayat yang jelas dan tepat juga.

Jika dikaji dari aspek morfologinya, penulis didapati menggunakan frasa-frasa yang mudah dan jelas maknanya. Walaupun terdapat akronim di gunakan di dalam teks ini, namun penerangan maksud kata ini jelas diberikan. Penggunaan golongan kata dan bentuk kata yang tepat dan sesuai dengan maklumat yang hendak diketengahkan dalam penulisan, menjadikan bahan teks ini mudah difahami pembaca khasnya penutur jati bahasa Melayu. Sementelahan pula isu yang diutarakan oleh penulis adalah isu penting yang menjadi bualan dan sering didebatkandikalanganibu bapa, orang ramai dan para guru khasnya.

Walaupun penulis menggunakan ayat-ayat kompleks iaitu ayat-ayat yang panjang , namun ia tidak menimbulkan kesukaran kepada para pembaca untuk memahami maklumat atau isu yang dibincangkan. Ini adalah kerana penulis lebih cenderung menggunakan ayat jenis ayat aktif. Ayat aktif mengutamakan subjek dan objek dandisokong dengan pradiket yang menjadi penerang kepada unsur subjek. Dengan penggunaan ayat yang begini akan menarik minat pembaca untuk terus membaca.

Jenis ayat yang diguna hanya tertumpu kepada ayat penyata semata-mata. Tidak ada sebarang unsur-unsur ayat tanya, ayat serumahu pun ayat perintah yang digunakan oleh penulis dalam menyampaikan penulisannya. Hasil penulisan yang begini dikira padan dengan isu yang dibincang oleh penulis dan dianggap sesuai dengan artikel jenis perbincangan ini. Sekiranya jenis ayat seru atau ayat perintah yang digunakan, sudah tentu artikel ini akan kedengaranagak janggal.

5.0Penutup

Tatabahasa adalah satu peraturan atau sistem dalam sesuatu bahasa. Dalam bahasa Melayu, bidang kajian tatabahasa dan sistem bahasa dianggap amat penting kerana sistem bahasa yang mantap akan menjadi sesuatu bahasa itu releven dan sesuai diguna pakai di sepanjang masa atau zaman. Kini, bahasa Melayu telah banyak berubah. Bermula dengan penggunaan kata yang pelbagai jenis dan kelompok, ditambah pula dengaan penggunaan istilah-istilah baru menjadikan penggunaan bahasa Melayu semakin luas dalam segenap bidang dan lapisan.Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab semua agar bersama-sama mendukong cita-cita negara untuk mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmiah.