kata kata hikmat
TRANSCRIPT
KATA-KATA HIKMAT
Ungkapan (susunan kata yang digunakan dalam percakapan) yang berupa nasihat, panduan, peringatan dan dapat dijadikan pedoman.
Bahasa menunjukkan bangsa
Ertinya: Melalui pertuturan seseorang itu dapat diketahui bangsanya.
Contoh ayat:
•Contoh ayat: Melalui pertuturannya sahaja, kami dapat mengetahui asal keturunannya kerana biasanya bahasa menunjukkan bangsa.
Masa itu emas Ertinya: Masa sangat berharga.
Contoh ayat:
Usah membazirkan masa lapang yang ada kerana masa itu emas.
Bersatu teguh, bercerai roboh
Ertinya: Jika kita hidup bersatu, kita akan menjadi kuat, tetapi jika kita bercerai-berai kita akan menjadi lemah.
Contoh ayat:
Jika hidup saling bekerjasama pasti sesebuah masyarakat itu akan lebih teguh seperti kata orang, bersatu teguh, bercerai roboh.
Kata dikotakan Ertinya: Janji atau kata-kata yang diberikan hendaklah ditepati.
Contoh ayat:
•Kalau kita mahu dipercayai oleh orang lain, sebaiknya bila janji itu biarlah kata dikotakan.
Rajin dan usaha tangga kejayaan
Ertinya: Sifat rajin dan bersungguh-sungguh akan menghasilkan kejayaan.
Contoh ayat:
•Untuk Berjaya, kita perlu rajin berusaha kerana rajin dan usaha tangga kejayaan.